bab5-definisi peribahasa

Post on 29-Jun-2015

2.817 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Definisi Peribahasa

Luqman Ariffin&Abu Khair Atan

Peribahasa-mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyangkita yg membandingkan realiti kehidupandgn segala gerak laku manusia dan alam sekeliling.

CTH: Setinggi terbangnya bangau,akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

Sulaiman Zakaria

Peribahasa-digunakanutk menyampaikan sesuatu maksud scara halus.

Cth:Ibarat Bunga Dedap sungguh merah berbau tidak.

Wan Abdullah Ali, Naemah Mohd Ashari& Za’ba

Peribahasa-ayat mengandungi susunan kata yg pendek dan indah, mempunyaikebenaran dan membawa makna yg luas

CTH: Spt Katak di bawah tempurung

G.Soosai

Peribahasa-bahasa halus ygmengandungi kata2 sindiran tajam yg lekas berkesan di dalam jiwa.

CTH:Bagai bertepuk sebelah tangan

Palmer dlm Ishak Ramly& Goh Ong Sing

Peribahasa-ungkapan yg tidak adapersamaan atau tidak boleh diterjemahkan terus kpd bahasa2 lain.

CTH: Katak di bawah tempurung [bM] frog under coconut shell [bI]

Edward Jamaris

Untuk menterjemahkan peribahasa, sebaik-baiknya dgn peribahasa itu juga supaya terjemahannya tidak janggal&mudah difahami.

CTH: You cannot make ommelette without breaking eggs

Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya

Setiap bangsa dan bahasa mempunyai bentuk2peribahasanya sendiri kerana peribahasa sesuatu bangsa itu mencerminkan watak bangsa itu.

Aristotle: peribahasa-sbg pecahan drp kebijaksanaanMasyarakat terdahulu yg digunakan sbg peringatan,Nasihat serta pengajaran.

Asmah hj Omar: peribahasa-cara org Melayu memberi nasihat tanpa melukakan hati seseorang.

Cth: Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya

Annas Haji Ahmad

Masyarakat Melayu lama menggunakan peribahasadlm segala lapangan hidup

Sifat, perwatakan dan nilai sesuatu masyarakatdapat disampaikan melalui peribahasa.

Cth:Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

Izani Daud

Peribahasa-gambaran scara berkias & berseni ttg sesuatu keadaan dan berupaya mengisahkan ciri2 negatif masyarakat Melayu.

Cth: Rumah siap pahat berbunyi

Ciri2 negatif lain, dapat digambarkan melalui Peribahasa ialah sikap tidak bersungguh dalam melakukan pekerjaan [Melepaskan batuk di tangga]dan sikap suka berlagak [bingung tak dapat diajar,cerdik tak dapat diikut]

Kamus Dewan

Peribahasa-ayat @kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian tertentu.

Maksud susunan kata peribahasa tidak boleh diterjemahkan perkataan demi perkataan.Sebaliknya susunan kata tersebut mempunyai maksud tertentu.

Cth: Bertanam tebu di bibir.

Peribahasa juga tdk boleh ditukar susunanya kpd bentuk lain.

KESIMPULAN

Peribahasa-salah satu warisan generasi lampauyg menjadi salah satu seni percakapan yg populardalam kalangan masy Melayu kerana mempunyaipelbagai keistimewaan dan fungsi.

Satu kiasan yg dicipta oleh nenek moyang kita ygmengandungi maksud yang jelas serta kebenaran yg jitu berdasarkan pemerhatian mereka.

top related