bab 2 peralatan dan komponen komputer -...
Post on 07-Feb-2018
255 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-1
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer
2.1 Casing Casing merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad
paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing iaitu :
a. Tower – Full tower, Mid tower (medium), Midi Tower dan mini tower
b. Desktop – Desktop dan Slimline
Pemilihan jenis casing bergantung kepada keperluan ruang dan jangkaan peningkatan
taraf di masa hadapan. Pemilihan casing jenis Mini Tower sudah mencukupi untuk
majoriti pengguna normal.
Rajah 1: Jenis-jenis Casing.
Jenis Casing Saiz External
Bays Internal
Bays Sistem
Pendingin Power Supply (Watt)
Harga
Full Tower Tinggi 2 + 4atau lebih
3 hingga 5 atau lebih
Tersangat baik 250 Sangat
Mahal
Mid Tower Pertengahan 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 200 hingga 300 Mahal
Midi Tower Pertengahan
sehingga kecil
2 + 2 atau 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 170 hingga
300 Pertengahan
Midi Tower Pertengahan
sehingga kecil
2 + 2 atau 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 170 hingga
300 Pertengahan
Mini Tower Kecil 2 + 2 2 atau 3 Baik 170 hingga 250 Murah
Desktop Kecil 2 + 2 1 atau 2 OK 150 hingga 230 Murah
Slimline Kecil dan nipis 1 + 2 1 atau 2 Kurang baik 90 hingga
200 Pertengahan
Jadual 1 : Perbandingan Casing
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-2
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
2.2 Monitor
Monitor merupakan peranti output yang digunakan sebagai output untuk paparan.
Terdapat dua jenis monitor dipasaran.
1. Tiub sinar katod (CRT- cathode ray tube) – Menggunakan teknologi yang sama
seperti televisyen tetapi menggunakan isyarat digital. Ia menggunakan tiub
vakum sebagai skrin paparan pada komputer
2. Paparan panel rata merupakan produk yang lebih ringan, nipis dan kurang
menggunakan kuasa berbanding dengan CRT.
Teknologi monitor terkini di pasaran ialah jenis LCD (liquid crystal display) – lebih ringan
dan menjimatkan ruang (nipis). Terdapat berbagai saiz monitor antaranya bersaiz 14”,
15”, 17”, 19” dan 21”.
Rajah 2 : Penentuan ukuran saiz monitor.
Rajah 2 menunjukkan cara yang betul untuk mengukur saiz sesebuah monitor .
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-3
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Rajah 3 : Soket penyambung monitor
Monitor mempunyai penyambung jenis D 15 pin male seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 2.
2.3 Papan Induk (Motherboard)
Motherboard merupakan papan litar utama yang menjadi tapak (base) yang
menghubungkan semua perkakasan, seperti kad kad ingatan, kad paparan, kad modem,
cakera keras, pemacu cakera liut, pemacu CDROM, papan kekunci, tetikus, monitor dan
sebagainya. Pemilihan motherboard perlu sesuai dengan CPU yang digunakan, kerana
kelajuan External Bus CPU mesti sama dengan kelajuan External Bus yang disokong
oleh motherboard. Contoh pengeluar motherboard adalah gigabyte (http://tw.giga-
byte.com), Abit (http://www.abit-usa.com), Aopen (http://english.aopen.com.tw) dan
asustek (http://usa.asus.com/).
Rajah 4 : Motherboard keluaran Aopen untuk Pentium4.
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-4
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
2.4 Kad Ingatan (RAM)
Kad Ingatan berfungsi menyimpan sementara aturcara aplikasi, sistem
pengendalian, perisian sistem dan data yang sedang beroperasi. Semakin besar
saiz kad ingatan akan meningkatkan prestasi PC tersebut. Terdapat banyak jenis
kad ingatan dipararan, antaranya:
1. SIMM (Single in-line memory module) – Mempunyai saiz 30 atau 72 pin. Kad
ingatan SIMM 30 pin digunakan pada PC generasi 80286 sehingga 80486 dan
beroperasi pada 16 bit. Kad ingatan jenis ini tidak lagi digunakan untuk komputer
yang baru.
Rajah 5 : Contoh SIMM 30 pin.
Rajah 6 : Contoh SIMM 72 pin
2. DIMM (dual in-line memory module) – Bersaiz 168 pin, kedua belah modul kad
ingatan ini aktif, setiap permukaan adalah 84 pin. Ini berbeza daripada SIMM
yang hanya berfungsi pada sebelah modul sahaja.
Rajah 7 : Contoh DIMM 168 pin.
3. DDR SDRAM (double-data-rate SDRAM) - Mempunyai 184 pin, dengan kelajuan
266MHz, 333MHz, 400MHz dan 533MHz.
4. DRDRAM (direct Rambus DRAM) – Dulu dikenali sebagai RDRAM. Adalah dari
jenis SDRAM yang dibangunkan oleh Rambus. DRDRAM digunakan pada CPU
Intel Pentium4 soket 423.
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-5
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
2.5 Unit Pemprosesan Pusat (Central Processor Unit)
Unit Pemprosesan Pusat ( CPU ) merupakan komponen utama
yang mempengaruhi kelajuan memproses data. CPU boleh
dianggap sebagai otak kepada keseluruhan sistem komputer. CPU
merupakan pusat kawalan pemprosesan data menjadi maklumat
yang dikehendaki pengguna.
Kelajuan CPU dipengaruhi oleh tiga faktor utama:
1. Kelajuan dalaman (Internal Bus) - CPU speed
2. Kelajuan luaran (External Bus) - kelajuan diluar CPU dan
mesti disokong dengan kelajuan motherboard
3. Saiz Ingatan Cache (Cache Memory) - menyimpan sementara, arahan
yang diproses oleh CPU.
Contoh: Pentium4 – 2.4GHz (prescott) – kelajuan CPU.
133X18 = 2.394MHz - kelajuan bus X multiplier.
1024KB - saiz cache memory.
Jenis CPU CPU speed External Bus
850 MHz – 2.6 GHz 66/100/133 MHz
400MHz (1.7GHz keatas)
450MHz - 1.33GHz 100/133 MHz
1.5 – 3.6 GHz 400/533/800 MHz
1.0 – 1.3GHz 200MHz
650 - 3200+ 266/333/400 MHz
Jadual 2 : Perbezaan CPU Internal dan External BUS
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-6
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
2.6 Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)
Pemacu cakera liut adalah peranti storan sekunder yang membaca atau menulis data
pada disket.
Rajah 8: Pemacu cakera liut
2.7 USB Flash Drive
Teknologi terkini storan berasaskan cip yang menggunakan port USB (universal serial
bus) laju, selamat dan mudah dibawa dengan storan yang berkapasiti besar (32MB
hingga 1GB).
Rajah 9 : USB Flash Drive
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
2.8 Cakera Keras (Hard Disk)
Cakera keras adalah peranti storan yang menyimpan data secara kekal. Cakera keras
mempunyai kelajuan pusingan 4200rpm, 5400rpm, 7200rpm dan 10000rpm. Cakera
keras merupakan storan sekunder yang boleh menyimpan data dan perisian dengan
pantas jika dibandingkan dengan storan sekunder yang lain seperti pita magnetik,
cakera liut dan storan optik.
Rajah 10 : Cakera keras
Selain cakera jenis sambungan Integrated Drive Electronics (IDE) seperti di atas,
terdapat sejenis lagi cakera keras yang dikenali sebagai Small Computer System
Interface (SCSI) atau (disebut scuzzy). Cakera keras jenis ini sangat laju dan hanya
sesuai digunakan pada pelayan (server).
Jenama Kapasiti Kelajuan pusingan
Western Digital
Maxtor
Seagate
20-320 GB 5400/7200/10000 RPM
Jadual 3 : Kapasiti dan kelajuan Cakera Keras
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-8
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
2.9 Pemacu Cakera Optik
Pemacu cakera optik merupakan storan sekunder berasaskan optik.
1. Pemacu CD-ROM yang hanya boleh membaca cakera padat ( CD ).
2. Pemacu CD-RW boleh membaca dan menulis. Dua jenis cakera CD yang
digunakan ialah :
• Cakera CD-R (CD-Recordable) data yang ditulis tidak boleh diubahsuai.
• Cakera CD-RW (CD-Read/Write) data yang ditulis boleh diubahsuai.
3. Pemacu DVD (Digital Video Disk) kini amat popular kerana keupayaannya
membaca cakera DVD berkapasiti 4.7GB berbanding dengan cakera padat (CD)
hanya sekitar 740MB. Pemacu DVD boleh membaca cakera padat biasa (CD),
CD-R dan DVD.
Rajah 11: Pemacu CDROM
2.10 Modem
Modem adalah alat komunikasi untuk mengakses internet dan faksimili, berperanan
menukarkan isyarat dari bentuk digital kepada analog (dari komputer ke talian telefon)
dan sebaliknya. Kelajuan paling tinggi bagi dial-up modem adalah 56Kbps.
Terdapat empat jenis modem.
1. Internal modem
2. External modem
3. USB modem
4. PCMCIA modem
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-9
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Internal modem External modem
USB Modem PCMCIA modem.
Rajah 11 : Jenis-jenis modem
2.11 Kad Paparan (Display Card)
Kad paparan merupakan peranti yang menentukan format paparan (display) di monitor.
Jenis kad paparan :
1. ISA – beroperasi dalam 16 bit (4 colour – 256 colour). Hanya sesuai untuk sistem
80286 sehingga 80486
2. PCI – beroperasi dalam 32 dan 64 bit. Kad paparan jenis PCI 64 bit sering
terdapat dalam komputer pelayan. Kebanyakkan sistem komputer peribadi hanya
menyokong PCI 32 bit
3. AGP – beroperasi dalam 32 bit tetapi mempunyai sistem bus 66MHz berbanding
dengan PCI yang mempunyai sistem bus 33MHz.
4. Bina dalam (Built-in) – kebanyakkan motherboard sekarang mempunyai kad
paparan bina dalam. Motherboard jenis ini murah sebab tidak perlu menyediakan
slot AGP. Dari segi prestasi, kad paparan bina dalam tidak dapat menandingi
kepantasan kad jenis AGP.
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-10
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Terdapat dua jenis kad paparan binaan dalaman;
a. Menggunakan kad ingatan motherboard. Berkongsi. Saiz kad ingatan
boleh diubah dari 2MB sehingga 64MB
b. Mempunyainya kad ingatannya sendiri. Selalunya bersaiz 8MB dan
mempunyai prestasi yang lebih baik dari pilihan di atas
Rajah 16: Kad Paparan jenis AGP
Setiap kad paparan AGP mempunyai kadar kapasiti yang berbeza (4MB / 8MB / 16MB /
32MB / 64MB / 128MB dan 256MB).
Gambar Rajah 8 : Penyambungan kabel monitor kepada penyambung kad paparan
Soket kuasa monitor
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-11
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
2.12 Papan Kekunci (Keyboard)
Papan kekunci adalah peranti input. Fungsinya ialah untuk input data ke dalam
komputer. Terdapat tiga peranan papan kekunci iaitu:
PERANAN FUNGSI – CONTOH
Kekunci kawalan Ctrl + P (mencetak)
Kekunci aksara a, B (abjad), ? ^ @ (simbol) dan 3 6 8 (nombor)
Kekunci fungsi F1 (help)
Rajah 17: Papan Kekunci.
2.13 Tetikus (Mouse)
Tetikus merupakan peranti input untuk memudahkan kita menggunakan perisian
berlandaskan tetingkap. Tetikus mempunyai berbagai bentuk dan fungsi tambahan.
Rajah 18: Tetikus.
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-12
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Gambar Rajah 9 : Penyambungan tetikus dan papan kekunci kepada port PS/2
Penyambung Papan Kekunci ( ungu )
Penyambung Tetikus ( hijau )
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-13
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-14
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
HDD lock (optional)
Audio Devices
Camera
HDD
Scanner
Mic
Headphone
top related