bab 1 pemahaman diri

Post on 30-Jan-2016

266 Views

Category:

Documents

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

kpp

TRANSCRIPT

KPP 6014Perkembangan Sosial Emosi dan Moral

“Lambaian Malar Hijau”Bersama Kita Berjuang

DR. SUPPIAH NACHIAPPAN012-5270801

KULIAH 1: Pemahaman diri

Rangka

• Pengenalan• Definisi• Konsep• Komponen• Kesan

Pengenalan• Satu proses di mana kita sebagai

seorang individu belajar mengenali serta memahami diri kita sendiri dari aspek psikologi, kognitif, psikomotor, dan afektif.

• “Ilmu pengetahuan hanya memberi fakta-fakta, sedangkan matlamat utama kehidupan ditentukan oleh cita-cita, harapan serta sikap percaya kepada diri sendiri.” -Albert Einstein, (Dipetik daripada Ahmad Radzi Adil:2003)

• Menurut Ahmad Radzi Adil (2003), sesiapa yang mahu berjaya dalam hidup hendaklah percaya kepada dirinya sendiri. • Keyakinan untuk berjaya,

menang dan keyakinan positif harus selalu ada dalam hati.

• “If one advances confidently in the direction of their dreams, and endeavours to lead a life which they have imagined, they will meet with success unexpected in common hours”.- Henry David Thoreau (Dipetik daripada Ahmad Radzi Adil:2003).

Pepatah Melayu

• ‘Tak faham maka tak kenal, apabila tak kenal maka tak cinta’.

Definisi• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),

‘diri’ bermaksud :1.Tubuh2.Orang seorang3.Empunya badan4.Sendiri (bukan orang lain)• Diri seseorang itu adalah kepunyaan secara

mutlak dan bukannya dikawal oleh orang lain.

• Aspek diri terdiri daripada: 1.Jasmani atau fizikal2.Emosional3.Rohani4. Intelektual5.Spiritual

Konsep Kendiri• Penilaian seseorang terhadap dirinya

atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif.

• Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya - (Wikipedia)

• ‘Sesuatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya’- Carl Rogers (1950).

• Life being aware of itself – (Fromm, 1956).

• Self concept is a totality of complex, dynamic, organized systems of earned, beliefs, attitudes, opinion that each person holds to be true about his / her personal existence.

• Konsep kendiri dilihat melalui dua cara:

1.Tanggapan diri seseorang individu 2.Proses yang menentukan tingkah

laku seseorang individu- Hall dan Landsay yang dipetik oleh

Staats (1963),

• Kendiri merupakan suatu organisasi dan peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran untuk menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran - Syarifah Alawiyah (1987)

• Konsep kendiri adalah proses yang mana mampu melihat diri kita sendiri dari perspektif orang lain. • Ini adalah berkaitan dengan maklum

balas yang diterima oleh orang yang berada di sekeliling kita mencerminkan diri kita yang sebenarnya -Kuper dan Kuper (2000)

• Konsep kendiri adalah merujuk kepada bagaimana seseorang itu melihat dirinya dari aspek kemampuan diri dan kekurangan diri.

• Ia juga dikenali sebagai imej kendiri seperti perasaan dan fikirannya terhadap segala bakat, keupayaan, keistimewaan, kekuatan, kelemahan dan kekurangan diri. -Haslinda binti Hassan (2008).

• Konsep kendiri adalah perasaan identiti peribadi seseorang yang dilihat oleh dirinya sendiri di mana seseorang itu mengetahui siapa sebenarnya dirinya, apa yang dimiliki dari aspek pemikiran, keadaan fizikal, tempat tinggal dan apa sahaja yang berkaitan dengan diri sendiri- Maarof (2003) .

• Ainon Mohd (2005) menyatakan bahawa konsep diri adalah ‘apa kita fikir tentang diri kita sendiri.’ Konsep diri seseorang menjawab pertanyaan Aku ni siapa?

• Istilah lain bagi konsep diri adalah imej diri. Setiap individu mempunyai imej tentang siapa dirinya. Imej itulah yang dikatakan konsep diri.

8 Komponen Konsep Kendiri

1. Ciri-ciri interpersonal2. Ciri-ciri yang diberikan oleh orang-

orang lain kepada diri kita.3. Perkara-perkara yang kita minati

dan aktiviti yang kita lakukan.4. Kesedaran tentang diri kita sendiri.

5. Perbezaan sosial.6. Keyakinan yang kita pegang.7. Keyakinan menentukan nasib

sendiri.8. Kesedaran tentang ciri-ciri diri

sendiri.

• Konsep kendiri setiap individu adalah berbeza dan ia berubah-ubah daripada semasa ke semasa dikenali sebagai ‘working self-concept’-(Markus dan Nurius, 1986)

Kesan pada Tingkah Laku

• Ainon Mohd (2005) menyatakan cara berfikir dan tingkah laku seseorang itu amat dipengaruhi oleh konsep dirinya.• Seseorang yang mempunyai konsep

diri positif bertingkah laku positif, dan begitu juga sebaliknya.

• Ainon Mohd (2005) menyatakan lagi bahawa seseorang itu hanya mengubah tingkah lakunya sesudah dia mengubah konsep dirinya terlebih dahulu.

Kesan pada Keyakinan Diri

• Ainon Mohd (2005) menyatakan, konsep kendiri yang positif menghasilkan keyakinan yang tinggi.• Konsep kendiri seseorang itu sangat

dipengaruhi oleh maklum balas yang diterima sepanjang hidupnya.

• Konsep kendiri adalah bayangan apa orang-orang lain kata tentang kita.

Kesan pada Kesihatan

• Cara bagaimana seseorang itu menganggap tubuh badannya adalah salah satu sumber konsep kendiri. Ia menghasilkan apa yang disebut ‘imej badan’ atau ‘konsep kendiri jasmaniah’

Kesan Label kepada Konsep Kendiri

• Konsep diri merupakan bayangan apa orang-orang lain kata tentang diri kita. Justeru itu, seorang individu yang dilabel oleh orang lain dengan satu label yang negatif tentulah akan menyebabkan perkara itu mempengaruhi konsep dirinya.

• Eksperimen Dr. Denis Waitley (1979)

Kesan Konsep Kendiri pada Nasib Masa Depan

• Ainon Mohd (2005) menyatakan, konsep kendiri seseorang itu dapat menentukan orang yang bagaimana yang dia akhirnya jadi.

Kesan Konsep Kendiri ke atas Kejayaan

• Individu yang berjaya tahu mengawal cara bagaimana mereka melihat diri mereka sendiri.

• Menurut Ainon Mohd (2005), individu yang berjaya boleh mengubah konsep kendiri mereka mengikut keadaan. Dengan mempertingkatkan konsep kendiri mereka, maka mereka meluaskan dunia mereka sendiri.

Pembentukan Konsep Kendiri

• Dari orang penting dalam hidup • Dari perbandingan dengan

individu di sekeliling• Dari hasil penialian diri sendiri

Questionnaires

1. Self Description Questionnaire (Marsch, 1992).

2. Rosenberg Self Esteem Scale (Rosenberg, 1965).

3. The Piers- Harris Self Concept (Piers, 1984).

4. Teenessee Self Concept Scale (Fitts, 1991).5. Personality Warna (Sidek Mat Noor, UPM).

Penghargaan Kendiri

Definisi• Menurut Ainon Mohd (2005),

penghargaan kendiri adalah perasaan yang dirasai berkenaan nilai diri sendiri

• Penghargaan kendiri adalah sejauh mana seseorang menyukai dirinya sendiri

• Penghargaan kendiri adalah penilaian yang menyeluruh ke atas diri sendiri. Ia adalah gabungan antara semua konsep diri seseorang dengan semua dirinya yang mungkin.

• Maslow (1968) menyatakan bahawa penghargaan kendiri berada di kedudukan kedua dalam senarai Teori Hierarki Keperluan Maslow.

Kesan Penghargaan Kendiri

• Penghargaan kendiri yang positif adalah antara ciri asas yang paling penting yang ada pada individu yang berjaya.

• Penghargaan kendiri positif menghasilkan pencapaian tinggi manakala penghargaan kendiri yang negatif menghasilkan pencapaian yang rendah.

Efikasi Kendiri

Definisi

• Efikasi kendiri merupakan satu kepercayaan di mana seseorang itu yakin bahawa dia berupaya dan berkebolehan untuk melakukan sebarang tindakan bagi mencapai matlamatnya –(Ormrod, 2006 dipetik dalam sumber Wikipedia).

Elemen

(1) Boleh dipelajari(2) Mudah diatur

(3) Dinamik.

• Efikasi kendiri adalah penilaian seseorang ke atas kebolehan dirinya melaksanakan sebarang tindakan berdasarkan kepandaian serta kemahiran yang dimilikinya -(Steinberg,1998)

Teori Sosial Kognitif

• Efikasi kendiri merujuk kepada kepercayaan seseorang ke atas kebolehannya untuk berjaya di dalam situasi yang tertentu.

• Kesedaran individu tentang efikasi kendirinya boleh memainkan peranan yang besar dalam cara pendekatan yang diambil oleh seseorang itu terhadap matlamat, tugasan dan cabaran yang dihadapinya – (Albert Bandura)

• Teori Sosial Kognitif menekankan aspek dan peranan pembelajaran secara pemerhatian dan pengalaman sosial dalam perkembangan personaliti.

Teori Pembelajaran Sosial

• Pembelajaran sosial bergantung kepada ilmu dinamik dan bagaimana seseorang itu berjaya atau gagal di dalam interaksi dinamik.

• Pembelajaran sosial menggalakkan perkembangan emosi seseorang individu dan kemahiran praktikalnyan serta persepsi seseorang individu itu dan penerimaan oleh orang lain terhadap kelebihan dan kekurangannya.

Teori Konsep Kendiri

• Teori ini menerangkan tentang tanggapan seseorang individu itu terhadap dirinya dan persepsi ke atas kewujudannya. Terjemahan dan tanggapan ini biasanya mereka terima melalui sumber luaran.

Sumber

• 4 sumber yang mempengaruhi efikasi kendiri iaitu:

1. Pengalaman2. Peneladanan atau ikutan3. Pemujukan sosial4. Faktor-faktor fisiologi

Kesan

• Kajian yang telah dijalan menunjukkan peringkat paling optimum untuk efikasi kendiri berada ialah di atas sedikit daripada kebolehan sebenar kerana ini akan menggalakkan individu menangani tugasan yang mencabar dan seterusnya memperolehi pengalaman yang berharga –(Csikszentmihalyi,1997).

top related