terbitanir.uitm.edu.my/12591/1/pro_zarul azhar nasir imp 13.pdfsiti nur izaura bt mohd razis,...
Post on 12-Mar-2018
254 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ISBN: 978-967-11172
Terbitan:
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 1 | IMPAK
©Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu
Hakcipta terpelihara
Tidak dibenarkan mengulang dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa juga cara baik secara
elektronik, fotostat, mekanik, rakaman atau lain-lain, mana-mana bahagian kandungan penerbitan ini
sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu
(IMPAK), Universiti Teknologi MARA, Blok 11, Aras 3, Intekma Resort & Convention Centre,
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Malaysia.
Perpustakaan Negara Malaysia – Data Pengkatalogan – dalam – Penerbitan
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu.
Diterbitkan di Malaysia oleh:
Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu
Blok 11, Aras 3, Intekma Resort & Convention Centre,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan Malaysia.
Tel: 03-5522 5448 / 5515
Fax: 03-5522 5489
e-mail: impakuitm@salam.uitm.edu.my Mengandungi Indeks
ISBN 978-967-11172
e-Printed oleh: INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPIMPINAN MELAYU (IMPAK)
Pendapat yang dikemukakan oleh penulis-penulis dalam prosiding ini adalah pandangan peribadi
mereka dan tidak semestinya mewakili pandangan Insitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu
(IMPAK) dan UiTM. Sebarang ulasan, kemusykilan dan pertanyaan tentang artikel-artikel yang
diterbitkan hendaklah dikemukakan kepada Sidang Editor.
Sidang Editorial
Pengerusi:
Prof. Madya. Dr. Mohd Sazili Mohd Shahibi
Ketua Editor:
Dr. Samsudin Wahab
Senarai Editor:
Prof Madya Dr. Rozi Malim
Prof Madya Dr. Ghazali Daimin
Prof Madya Mat @ Muhammad bin Yusoff
Tuan Haji Juwahir Ali
Hasan Abdullah
Fairul Nazmie bin Osman
Norhayati Hussin
Grafik:
Mohd Husni Mohd Som
Mohd Hafiz Ab Satar
Hussien Harnis
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 2 | IMPAK
JADUAL KANDUNGAN
Tajuk Muka
Surat
Dasar Kepimpinan Najib: Model Transformasi Ke Arah Kesejahteraan Global
Dr Samsudin Wahab, Mohd Sazili Shahibi, Juwahir Ali dan Hasan Abdullah
FELO, Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu IMPAK
3-10
Peranan Komunikasi Visual dalam Perpaduan Melayu
Prof. Madya Dr Ghazali Daimin, IMPAK 11-15
Bangsa Melayu dan Orang Jawi Menurut Kitab Turath Arab
Wan Kamal Nadzif bin Wan Jamil,CITU, UiTM Perak 16-22
Pengaruh Status Ekonomi Keluarga Terhadap Tahap Motivasi dan Pencapaian
Akademik Pelajar Melayu: Kajian terhadap pelajar Mengubah Destini Anak
Bangsa
Zarul Azhar Nasir, Unit MDAB UiTM Perak
23-29
Perbandingan Manoriti Melayu Ayutthaya & Pattani Dalam Domain Keluarga,
Bahasa, Budaya, Pendidikan, Pekerjaan, Sosial & Politik
Prof Madya Dr Muhammad Rozi Malim, IMPAK
30-42
Komunikasi Efektif Melalui Media Perantaraan Di Kalangan Masyarakat Melayu
Melaka
Raha Radzi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka
43-57
Estetika Melayu dalam Seni Moden Malaysia
Nurkhazilah Idris, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Kuala Terengganu 58-67
Kajian Budaya Dan Fundamental Terhadap Seni Lukisan Kontemporari Malaysia
: Masyarakat Jawi Peranakan
Siti Nur Izaura Bt Mohd Razis, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Shah Alam
68-77
Atlet Bumiputera: Tahap Keyakinan Diri dan Pencapaian Dalam Sukan
Dr. Vincent A. Parnabas, Fakulti Sains Sukan, UiTM Shah Alam 78-77
Pembentukan Kerangka Sosio-Budaya Anthropologi Terhadap Budaya
Masyarakat Minangkabau Di Malaysia
Nurul Shima Taharuddin Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Perak
84-90
Budaya dan Tradisi Seni Anyaman Melayu
Noor Hafiza Ismail, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Terengganu 91-97
Manifestasi Pandangan Dunia Melayu Dalam Rupa Dan Jiwa Seni Catan Wanita
Melayu
Liza Marziana Haji Mohammad Noh, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Melaka
98-106
Strategi Pujuk Rayu Dalam Perkahwinan: Tanggapan dan Pengalaman Lelaki
Melayu Dalam Konteks Komunikasi Interpersonal
Hariyati Ariffin, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam
107-118
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 23 | IMPAK
PENGARUH STATUS EKONOMI KELUARGA TERHADAP
TAHAP MOTIVASI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR MELAYU: KAJIAN TERHADAP PELAJAR
PROGRAM MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA
Zarul Azhar bin Nasir, Nor Zarina Mohd Salim, Jamilah Laidin
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Universiti Teknologi MARA (Perak), Bandar Seri Iskandar,
Perak Darul Ridwan
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan diantara status ekonomi keluarga terhadap
tahap motivasi dan pencapaian akademik dikalangan pelajar Melayu yang mengikuti program
Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Untuk tujuan tersebut satu kajian soal selidik telah
dilakukan ke atas 99 orang responden. Sejumlah 7 item berkaitan motivasi dan 11 item
berkaitan status ekonomi keluarga telah diajukan kepada responden untuk mendapatkan
pandangan mereka. Selain itu maklumat berkaitan profil demografi dan pencapaian akademik
pelajar turut diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan pembolehubah status ekonomi keluarga
tidak signifikan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar (ρ=0.497) tetapi signifikan
dalam mempengaruhi tahap motivasi pelajar untuk berjaya (ρ=0.035). Ujian analisis faktor
mengklasifikasikan status ekonomi keluarga kepada dua kategori iaitu 1) kewangan untuk
pembelajaran 2) penyediaan persekitaran kondusif untuk pembelajaran. Ujian-ρ mendapati
faktor penyediaan persekitaran kondusif untuk pembelajaran signifikan dalam mempengaruhi
tahap motivasi pelajar (ρ=0.013) manakala faktor kewangan tidak signifikan dalam
mempengaruhi tahap motivasi pelajar (ρ=0.685). Pihak berkaitan perlu menitikberatkan aspek
penyediaan persekitaran kondusif untuk pembelajaran dalam usaha mempertingkatkan tahap
motivasi pelajar untuk berjaya.
Kata-Kunci: MDAB, Motivasi, Pencapaian Akademik, Pelajar Melayu
1.0 PENGENALAN
Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) merupakan suatu cetusan idea oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
yang kemudiannya telah direalisasikan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Dato’ Prof.
Ir. Dr Sahol Hamid Abu Bakar.
Secara dasarnya, program ini menumpukan terhadap usaha untuk membantu dan mengubah nasib
anak Bumiputera yang datang daripada keluarga miskin atau berpendapatan rendah menerusi kaedah
pemindahan ilmu secara formal di UiTM. Pada awal penubuhannya iaitu pada tahun 2010, keluarga
miskin atau berpendapatan rendah telah diklasifikasikan sebagai keluarga yang mempunyai jumlah
pendapatan isirumah di bawah RM2000 sebulan. Sejajar dengan peningkatan kos dalam kehidupan
seharian, jumlah ini telah dinaikkan kepada RM3000 pada tahun 2013. Pemilihan dan kemasukan
pelajar ini juga adalah berdasarkan beberapa syarat am dan khas yang telah digariskan oleh pihak
universiti bagi memastikan matlamat penubuhan program ini tercapai bergantung kepada program
yang dipilih oleh pelajar.
Dalam program ini, pelajar yang telah terpilih akan mengikuti program khas samada Pra Perdagangan
atau Pra Sains selama 6 bulan sebelum ditentukan samada layak atau tidak untuk meneruskan
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 24 | IMPAK
pelajaran ke peringkat diploma. Bersesuaian dengan hasrat program ini iaitu untuk membantu
golongan anak Bumiputera yang berpendapatan rendah, kesemua kos pembelajaran ditanggung
sepenuhnya oleh pihak universiti. Ianya termasuk pengecualian yuran pengajian, penyediaan
kemudahan asrama secara percuma dan pemberian elaun bulanan atau wang sara diri.
Usaha ini dilihat selari dengan kefahaman dan kepercayaan bahawa golongan miskin dan
berpendapatan rendah ini tidak harus dipinggirkan dan ditinggalkan hanya semata-mata mereka ini
tidak memperoleh keputusan yang baik dalam akademik. Tindakan membiarkan mereka inilah yang
akan menjadi penyebab kepada pelebaran jurang diantara golongan miskin dan kaya di dalam
sesebuah kumpulan masyarakat. Kelompok pelajar ini juga dipercayai tidak mencapai kecemerlangan
akademik bukan kerana ketidakupayaan diri mereka sebaliknya status ekonomi keluarga yang rendah
menganggu tumpuan mereka dalam usaha mencapai kejayaan (Gulliford,1969; Iverson & Walberg,
1982; Rozumah Baharudin, 2001; Sa’ibah, 2000; Rafidah Rajimin, 2006).
Selain daripada itu, kebanyakan kajian mendapati status ekonomi keluarga yang rendah juga turut
memberi pengaruh kepada tahap motivasi para pelajar untuk berjaya (Kim, 2002; Syaila Alfiani,
2007; Lumsden, 1994). Faktor motivasi ini juga turut mempunyai peranan yang begitu penting dalam
proses pembentukan modal insan yang cemerlang kerana motivasi yang tinggi akan memandu proses
mencapai kejayaan dengan lebih baik (Greenberg and Baron, 2003). Maka, kajian ini secara umum
dijalankan untuk mengenalpasti hubungan diantara status ekonomi keluarga terhadap tahap motivasi
dan pencapaian akademik dikalangan pelajar Melayu yang mengikuti program Mengubah Destini
Anak Bangsa (MDAB).
Susunan perbincangan kertas ini adalah: ii) Sorotan Kajian Lepas, iii) Objektif dan Metodologi
Kajian, iv) Hasil Kajian dan v) Kesimpulan dan Implikasi Kajian.
2.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS
Banyak kajian lepas telah menghuraikan berkenaan pengaruh status ekonomi keluarga ke atas tahap
pencapaian akademik pelajar dan tahap motivasi pelajar untuk berjaya. Bahagian ini merumuskan
beberapa kajian lepas yang telah dijalankan dalam menyokong penghasilan kertas kerja ini.
2.1 Status ekonomi dan pencapaian pelajar
Saifuddin Masduki (1997) dalam kajiannya mendapati bahawa pendapatan ibu bapa mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar. Semakin tinggi pendapatan ibu bapa maka semakin tinggi pencapaian
akademik anak-anak.
Kajian ini konsisten dengan Berns(1993) dan Siti Nor Yaakob (1990) yang mendapati pelajar yang
mempunyai ibubapa yag berpendidikan dan berpendapatan tinggi adalah lebih cemerlang
akademiknya berbanding pelajar yang mempunyai ibubapa yang berpendapatan rendah. Menurut
beliau keluarga yang berpendapatan rendah membelanjakan sejumlah besar pendapatannya untuk
keperluan asas berbanding kelengkapan dan kemudahan pendidikan anak-anak yang seterusnya akan
mempengaruhi pencapaian akademik yang rendah di kalangan pelajar-pelajar.
Norazlinda Saad(2005) juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara jumlah
pendapatan dan pencapaian merit pelajar ke IPTA. Mohamad Johdi Salleh (2012) mendapati salah
satu pendorong kejayaan pelajar dipengaruhi oleh faktor ibubapa dalam memenuhi keperluan
persekolahan anak-anak, untuk itu ibu bapa perlu mempunyai kestabilan status ekonomi agar
kelengkapan kemudahan persekolahan anak-anak dapat disediakan seterusnya mempengaruhi
motivasi pelajar untuk berjaya.
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 25 | IMPAK
2.2 Status ekonomi dan motivasi pelajar
Menurut Saifudin Masduki (1997) mendefinisikan motivasi sebagai penggerak kepada kemahuan dan
keinginan untuk mencapai sesuatu untuk berjaya. Pencapaian pelajar di sekolah berkait rapat juga
dengan tahap motivasi mereka. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi tahap motivasi
pencapaian pelajar. Antaranya ialah jangkaan orang-orang yang signifikan di sekelilingnya. Tetapi
adakah jangkaan dan keperihatinan ibu bapa terhadap pencapaian anak-anak di sekolah bergantung
kepada latarbelakang sosiobudaya? Kajian telah menunjukkan bahawa semua ibu bapa daripada
semua latarbelakang prihatin dan mempunyai jangkaan dan harapan yang tinggi terhadap
pembelajaran anak-anak mereka (Trawick,1997).
Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Zuhaimy Ismail (2010) yang mengkaji sikap pelajar terhadap
subjek matematik di sekolah menengah kebangsaan mendapati pelajar dari keluarga yang
berpendapatan tinggi lebih bersikap positif terhadap matematik dan pembelajarannya.
Syaila Alfiani (2007), dalam kajiannya yang bertajuk’ Pengaruh Perhatian dan latar belakang ekonomi
orang tua terhadap motivasi belajar di Malang Indonesia’, menunjukkan latar belakang ekonomi ibu
bapa mempunyai hubungan yang signifikan terhadap motivasi seterusnya pencapaian akademik
seseorang pelajar. Walaubagaimanapun, terdapat juga pengkaji yang memperoleh keputusan
signifikan dalam hubungan diantara status ekonomi dan tahap motivasi pelajar untuk berjaya (Nurul
Ain Hamsari, 2012).
3.0 OBJEKTIF DAN METODOLOGI KAJIAN
3.1 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini secara umumnya ingin mengkaji pengaruh status ekonomi keluarga ke atas tahap motivasi
pelajar untuk berjaya dan pencapaian akademik pelajar dan secara khususnya adalah untuk:
1. Mengenal pasti hubungan diantara status ekonomi keluarga dan tahap motivasi pelajar
untuk berjaya.
2. Mengenal pasti hubungan diantara status ekonomi keluarga dan pencapaian akademik
pelajar.
3.2 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan data primer yang diperoleh melalui soal selidik ke atas 99 orang responden
yang merupakan pelajar Program Mengubah Destini Anak Bangsa di Universiti Teknologi MARA,
Perak. Sejumlah 7 item berkaitan motivasi dan 11 item berkaitan status ekonomi keluarga telah
diajukan kepada responden sebagai pengukur dengan menggunakan skala likert 1-5 (1-sangat setuju
dan 5-sangat tidak setuju). Faktor sosial demografi dan pencapaian akademik turut diperoleh daripada
kajian ini. Status ekonomi keluarga ini pula telah diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu 1)
kewangan untuk pembelajaran 2) penyediaan persekitaran kondusif untuk pembelajaran dilakukan
ujian analisis faktor. Maklumat kajian lapangan ini telah dianalisis menggunakan pakej komputer
seperti Statistics Package for Social Science (SPSS 21).
Bagi mencapai objektif kajian, kaedah regrasi mudah telah digunapakai dengan menggunakan model
(1) bagi mencapai objektif pertama dan model (2) untuk mencapai objektif kedua kajian:
MOTIVASI = β0 + β1EKONOMI + e -------- (1)
AKADEMIK = β0 + β1EKONOMI + e -------- (2)
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 26 | IMPAK
Kemudiannya, kedua-dua model yang terhasil dianalisis menggunakan ujian- ρ bagi menentukan
samada terdapat hubungan yang signifikan diantara pembolehubah yang diuji. Sekiranya nilai ρ bagi
pembolehubah yang diuji adalah lebih kecil berbanding nilai α (0.05) maka pembolehubah tersebut
mempunyai hubungan yang signifikan pada aras keyakinan 95 peratus dan sebaliknya.
3.3 HASIL KAJIAN
Sebelum data kajian yang diperoleh melalui edaran instrumen soal selidik dianalisis bagi mencapai
objektif kajian, tahap kebolehpercayaannya telah diuji menggunakan ujian Cronbach Alpha. Mengikut
Hair (2003), tahap penerimaan kebolehpercayaan sesuatu instrumen kajian menunjukkan responden
telah menjawab soalan atau pernyataan dalam keadaan konsisten. Cronbach Alpha yang berada dalam
nilai melebihi 0.7 dianggap sebagai baik. Di dalam kajian ini didapati nilai Cronbach Alpha adalah
0.942. Ini bermakna instrumen soal selidik yang diguna pakai dalam kajian ini mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi.
Kemudiannya ujian analisis faktor telah dijalankan keatas kesemua pembolehubah yang terdapat
didalam kajian. Ujian analisis faktor telah mengklasifikasikan status ekonomi keluarga kepada dua
kategori iaitu 1) kewangan untuk pembelajaran 2) penyediaan persekitaran kondusif untuk
pembelajaran.
3.3.1 Mengenal pasti hubungan diantara status ekonomi keluarga dan tahap motivasi pelajar
untuk berjaya.
Bagi mencapai objektif pertama kajian, teknik analisis regresi mudah telah digunapakai untuk
membentuk model (3) seperti berikut:
MOTIVASI = 23.801 + 0.109EKONOMI -------- (3)
Model ini menunjukkan hubungan positif diantara faktor status ekonomi keluarga dan motivasi.
Peningkatan 1 peratus pada status ekonomi keluarga dilihat akan dapat meningkatkan tahap motivasi
pelajar untuk berjaya sebanyak 0.109 peratus. Bagi menentukan samada kedua-dua pembolehubah ini
mempunyai hubungan signifikan atau tidak, ujian-ρ telah digunapakai dan hasilnya mendapati status
ekonomi keluarga mempunyai hubungan yang signifikan terhadap tahap motivasi pelajar. Ini
berdasarkan nilai ρ (0.035) bagi pembolehubah status ekonomi keluarga yang diuji adalah lebih kecil
nilainya berbanding nilai α (0.05).
Bagi memperkukuhkan lagi keputusan kajian ini, dua komponen status ekonomi keluarga yang telah
diklasifikasikan oleh ujian analisis faktor telah diuji. Bagi tujuan tersebut, kaedah regresi berbilang
telah digunapakai dan membentuk model (4) seperti berikut:
MOTIVASI = 26.15 + 0.184WANG + 1.151KONDUSIF -------- (4)
Berdasarkan ujian- ρ yang dijalankan keatas model tersebut, didapati bahawa komponen pertama iaitu
faktor kewangan untuk pembelajaran adalah tidak signifikan dalam mempengaruhi tahap motivasi
pelajar (ρ=0.685). Faktor kedua iaitu penyediaan persekitaran kondusif untuk pembelajaran pula
didapati signifikan (ρ=0.013). Ini bermakna dalam mempengaruhi tahap motivasi pelajar ini, faktor
yang harus ditumpukan untuk diperbaiki adalah faktor penyediaan kondusif yang mana ianya
termasuklah penyediaan tempat belajar selesa dan bebas daripada gangguan, penyediaan fasiliti
pembelajaran yang lengkap dan lain-lain. Faktor kewangan untuk pembelajaran dilihat tidak
signifikan memandangkan terdapat banyak bantuan yang disalurkan oleh pelbagai pihak samada
kerajaan atau swasta dalam soal bantuan kewangan untuk pembelajaran. Ini menyebabkan walaupun
status kewangan keluarga adalah rendah, tetapi pelajar tidak berhadapan dengan tekanan yang
membabitkan komponen ini. Tetapi dalam soal ruang pembelajaran yang kondusif, seringkali dilihat
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 27 | IMPAK
pelajar tidak mendapat akses terhadapnya. Kesukaran memberikan tumpuan untuk belajar kerana
ketiadaan ruang yang kondusif ini menjadi sebab pelajar terganggu motivasi mereka untuk berjaya.
3.3.2 Mengenal pasti hubungan diantara status ekonomi keluarga dan pencapaian akademik
pelajar.
Ujian regresi mudah turut digunapakai bagi tujuan mencapai objektif kedua kajian ini dan membentuk
berikut :
AKADEMIK = 2.090 + 0.004EKONOMI -------- (5)
Hubungan diantara kedua-dua pembolehubah ini kemudiannya diuji menggunakan ujian-ρ bagi
menentukan samada terdapat hubungan yang signifikan atau tidak. Ujian ρ yang dijalankan mendapati
pembolehubah status ekonomi keluarga tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan
pencapaian akademik pelajar secara langsung. Ini berdasarkan nilai ρ (0.682) bagi pembolehubah
status ekonomi keluarga yang lebih besar nilainya berbanding nilai α (0.05). Keputusan ini adalah
selari dengan keputusan kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahaya (2010) berkenaan faktor keluarga
dalam mempengaruhi pencapaian pelajar dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Faktor-faktor yang
dikaji ialah faktor ekonomi, pendidikan keluarga, bimbingan, sikap dan minat keluarga ke atas
pencapaian pelajar. Kajian soal selidik telah dijalankan ke atas 130 pelajar sekolah menengah di
negeri Johor. Hasil kajian beliau menunjukkan, faktor ekonomi tidak signifikan dalam mempengaruhi
pencapaian pelajar, manakala faktor minat merupakan faktor yang paling signifikan.
4.0 KESIMPULAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
Pelbagai usaha telah digembeleng oleh semua pihak termasuk kerajaan, swasta mahupun pertubuhan
bukan kerajaan dalam usaha membantu golongan yang berpendapatan rendah terutama dalam proses
memastikan kumpulan masyarakat ini tidak ketinggalan dalam arus kemodenan negara.
Tanggungjawab sosial korporat ini dilihat turut menumpukan terhadap kecemerlangan akademik anak
golongan miskin serta memajukan diri mereka dengan pemberian biasiswa, program motivasi,
program kesedaran dan pelbagai usaha lagi. Atas dasar itu, kajian ini dilakukan bagi mengukur sejauh
manakah wujud hubungan diantara kesemua faktor yang dibincangkan. Hasil kajian ini dilihat
signifikan bagi menilai benarkah bantuan ini akan memberikan harapan dalam memantapkan
akademik dan motivasi mereka ini. Selain mengenalpasti faktor ekonomi apakah yang harus diberikan
tumpuan yang lebih jitu dalam mempertingkatkan usaha sedia ada agar lebih efektif.
Hasil kajian didapati bahawa pembolehubah status ekonomi keluarga tidak signifikan dalam
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar (ρ=0.497) tetapi signifikan dalam mempengaruhi tahap
motivasi pelajar untuk berjaya (ρ=0.035). Ujian analisis faktor mengklasifikasikan status ekonomi
keluarga kepada dua kategori iaitu 1) kewangan untuk pembelajaran 2) penyediaan persekitaran
kondusif untuk pembelajaran. Ujian-ρ mendapati faktor penyediaan persekitaran kondusif untuk
pembelajaran signifikan dalam mempengaruhi tahap motivasi pelajar (ρ=0.013) manakala faktor
kewangan tidak signifikan dalam mempengaruhi tahap motivasi pelajar (ρ=0.685).
Justeru, dalam proses membangunkan motivasi diri pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan
rendah ini pihak yang bertanggungjawab harus menumpukan usaha kearah penyediaan persekitaran
kondusif untuk pembelajaran pelajar. Kerana itu, wacana UiTM dalam memperkenalkan program
MDAB dilihat wajar dan relevan. Ini kerana para pelajar yang terlibat dalam program ini disediakan
kemudahan persekitaran pembelajaran yang kondusif seperti ditempatkan di asrama dengan fasiliti
yang lengkap, kawasan pembelajaran yang selesa seperti di kelas, berhampiran dengan perpustakaan
malah mempunyai akses yang banyak untuk belajar dikawasan yang tiada gangguan persekitaran
berbanding dengan suasana semasa mereka berada di rumah mereka. Ini akan membangkitkan
motivasi mereka untuk berjaya dan memulakan rencana hidup yang baru.
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 28 | IMPAK
Kajian ini juga mendapati, kepelbagaian usaha yang sebelum ini dilaksanakan hanya menumpukan
terhadap bantuan kewangan dan keperluan asas pembelajaran seperti buku teks dan peralatan tulis.
Sebaliknya tumpuan terhadap persekitaran pembelajaran kondusif adalah amat kurang. Justeru, pihak
bertanggungjawab boleh menyediakan lebih banyak kawasan perpustakaan luar bandar yang lebih
kondusif yang boleh digunapakai oleh pelajar miskin ini untuk mengulangkaji pelajaran. Selain itu,
pihak penduduk dan kerajaan boleh mengambil inisiatif dengan mewujudkan kawasan seperti dewan
orang ramai yang dibuka untuk tujuan pembelajaran dengan menyediakan ruang yang bersesuaian.
Penyediaan persekitaran yang kondusif ini sedikit sebanyak akan membantu meningkatkan tahap
motivasi pelajar untuk berjaya.
RUJUKAN
Berns, R.M. (1993). Child, Family, community : socialization and support (3rd ed). Forth Worth:
Harcout Javanovich College.
Greenberg, J. & Baron, R. A. (2003). Behavior in Organizations, 8th edition, Prentice Hall. New
Jersey.
Gulliford,1969. Backwardness and educational failure, National Foundation for Educational Research,
102-108
Iverson, B. K. & Walberg, H. J. (1982). Home Environment and School Learning: A Quantitative
Synthesis. Journal of Experiential Education, 50, p.144-151.
Kim, E. (2002).The Relationship between Parental Involvement and Children's Educational
Achievement in the Korean Immigrant Family. Journal of Comparative Family Studies, vol.
33 i4 p529 (15).
Lumsden, L. S. (1994). Student Motivation to Learn. ERIC Clearinghouse on Educational
Management Eugene OR.
Mohamad Johdi Salleh, Mazliza Kamin, Jane Frances Henry, Caroline L Loven, Moini Rubin (2012).
Labuan International Conference On Educational Research (LICER).
Norazlinda Saad (2005). Meritokrasi: Faktor Sosio ekonomi dan Peluang Pendidikan Tinggi.
Universiti Utara Malaysia.
Nurul Ain Hamsari & Azizi Yahaya (2012). Educational Psychology & Counseling, Volume 5 March
2012, 30-57.
Rafidah Rajimin (2006). Hubungan Pengaruh Ibu bapa Terhadap Pencapaian Penilaian Menengah
Rendah Bagi Matapelajaran Sains: Tinjauan Disalah sebuah Sekolah di Daerah Pontian,
Johor. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda
Rozumah Baharudin, (2001), Lahirkan anak pintar : interaksi positif ibu bapa dengan anak
prasekolah, Singapore : Times Media International, 2001.
Sa’ibah Saniman (2000). Pengaruh Dalam Pencapaian Pelajar-pelajar Cacat Pendengaran Dalam
Matapelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad Klang,
Selangor. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda
Siti Nor Yaakob (1990). Perkaitan beberapa faktor latar belakang keluarga dengan pencapaian
akademik pelajar. Jurnal Pendidikan Guru Vol. 6 p.p 87-98.
Syaila Alfiani (2007). Pengaruh perhatian dan latar belakang ekonomi orang tua terhadap motivasi
belajar siswa SMA Negeri 6 Malang.
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 29 | IMPAK
Trawick J.S. (1997). Early Childhood Development-a multicultural perspective. New Jersey: Prentice
Hall.
Yahaya, Azizi (2010). Sejauh manakah Faktor Keluarga Dapat Mempengaruhi Pencapaian Pelajar
Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris. pp. 1-9. Repsitory, UTM (Unpublished).
Zuhaimy (2010). Menyingkap sikap pelajar terhadap subjek matematik di sekolah menengah
kebangsaan. Universiti Teknologi Malaysia, pp. 1-7.
top related