ayat aqsam dan ayat amthal.pptx

Post on 25-Oct-2015

93 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

aqsam

TRANSCRIPT

Ayat Aqsam Dan Ayat Amthal

Ayat Aqsam Definisi aqsam Menurut bahasa, aqsam merupakan

bentuk jamak dari kata qasam yang bermaksud sumpah. menurut istilah aqsam dapat diertikan sebagai ungkapan yang digunapakai bagi memberikan penegasan atau pengukuhan untuk sesuatu percakapan dengan menggunakan kata-kata qasam.

FAEDAH QASAM DI DALAM AL-QURAN Bahasa Arab mempunyai keistimewaan

iaitu kelembutan dalam ungkapan dan uslub bahasanya yang berbagai-bagai, sesuai dengan matlamatnya.  Mukhattab bermakna lawan bicara, Ia mempunyai beberapa keadaan dalam ilmu ma’ani yang disebut adrubul khabarthalasah atau tiga bentuk penggunaan kalimah iaitu ibtidai’, talabi daninkari.

Ibtidai’ Ibtidai’ ialah lawan bicara bagi

seseorang yang tidak mempunyai pandangan mengenai sesuatu hukum. Maka perkataan yang disampaikan itu tidak perlu kepada penyokong atau penguat

Talabi Talabi iaitu syak terhadap sesuatu

ketetapan hukum adakah ia sudah diputuskan ataupun tidak. Maka orang seperti ini hendaknya ia menggunakan pertanyaan yang boleh menghilangkan kebimbangannya.

Inkari Inkari ialah apabila sesorang itu

menginkari atau menolak isi sesuatu hukum. Maka perbicaraan untuk seterusnya harus disertai dengan kata-kata penguat sesuai dengan kadar keingkarannya.

 Qasam merupakan salah satu penguat perkataan yang masyhur untuk memperkukuhkan kebenaran sesuatu di dalam jiwa.

Al-Quran diturunkan untuk semua manusia, dan manusia itu mempunyai sikap yang pelbagai terhadapnya. Antaranya ada yang meraguinya, ada yang mengingkarinya, dan ada pula yang membencinya.

Maka dengan itu, gunalah qasam dalam kalamullah.

Tujuannya adalah untuk menghilangkan rasa kebimbangan, melenyapkan kesalah fahaman, membina hujah, menguatkan khabar dan menetapkan hukum dengan cara yang paling sempurna.

JENIS- JENIS QASAM

Berbentuk zahir secara jelas, tegas

berbentuk mudmar iaitu tersirat.

Qasam Zahir  Zahir (jelas, tegas) Ialah sumpah yang didalamnya disebutkan fi’il

qasam dan muqsam bih. Dan ada pula fi’il qasamnya digantikan dengan huruf-huruf qasam (“ba” “ta” dan “wawu”).

Contoh:Iw ãNÅ¡ø

%é& ÏQöqu‹Î/ ÏpyJ»uŠÉ)ø9$# ÇÊÈ Iwur ãNÅ¡ø%é& Ä§øÿ¨Z9$$Î/ ÏptB#§q¯=9$# ÇËÈ

“Tidak, Aku bersumpah dengan hari kiamat, dan tidak Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri)”.

(Al-Qiyamah: 1-2)

.    Mudmar ialah yang didalamnya tidak dijelaskan fi’il qasam dan tidak pula muqsam bihnya, tetapi adanya “lam taukid” yang masuk ke dalam jawab qasam.

Contoh:

* žcâqn=ö7çFs9 þ’Îû öNà6Ï9ºuqøBr& öNà6Å¡àÿRr&ur 

“Kamu sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu”. (Ali ‘Imran: 186)

 

Kesimpulan Aqsam Kesimpulannya, al-Quran merupakan

panduan kepada umat Islam dan sebagai persiapan jiwa setiap individu dalam menerima kebenaran, dan tunduk terhadap cahayanya itu berbeza-beza. Jiwa yang tertutup oleh kejahilan dan kesesatan tidak akan tergerak hatinya melainkan dengan peringatan dan kalimat yang keras. Qasam (sumpah) dalam perkataan, merupakan salah satu cara untuk memperkuat ungkapan kalimah yang disertai dengan bukti nyata, sehingga orang yang berhujah menentang kebenaran al-Quran akhirnya mengiktiraf apa yang mereka pertentangkan itu.

Definisi Ayat Amthal Bahasa : bentuk jama’ dari matsal, mitsl &

matsil yang sama dengan syabah, syibh, dan syabih yang sering diertikan dengan perumpamaan.

·         Istilah : menonjolkan makna dalam bentuk perkataan yang menarik dan padat serta mempunyai pengaruh mendalam terhadap jiwa, baik berupa tasybih ataupun perkataan bebas. 

Unsur-unsur Amthal al-Quran Wajhu Syabah: segi perumpamaan  Adaatu Tasybih: alat yang

dipergunakan untuk tasybih  Musyabbah: yang diperumpamakan Musyabbah bih: sesuatu yang

dijadikan perumpamaan.

Jenis-jenis Amthal al-Quran

1.)  Al-Amthal Al-Musharrahah - matsal yang di dalamnya dijelaskan dengan lafaz matsal atau sesuatu yang menunjukkan tasybih.

Contoh

261. bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.

Surah Al-Baqarah (2:261)

2.)  Al-Amthal Al-Kaminah - matsal yang di dalamnya tidak disebutkan dengan jelas lafaz tamsil tetapi ia menunjukkan makna-makna yang indah, menarik  dan mempunyai pengaruh tersendiri bila dipindahkan kepada yang serupa dengannya.

Contoh

67. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

Surah Al-Furqan (25:67)

3.)  Al-Amthal Al-Mursalah - kalimat-kalimat bebas yang tidak   menggunakan lafadz tasybih secara jelas, tetapi kalimat-kalimat tersebut berlaku sebagai tasybih.

Contoh

81. (Mendengarkan Yang demikian tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya Kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. kaum Engkau

Yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama Dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. kecuali isterimu, Sesungguhnya ia akan ditimpa azab Yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa Yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; Bukankah waktu subuh itu sudah dekat?"

Surah Huud (11:81)

Faedah Amthal al-Quran Menonjolkan sesuatu yang hanya dapat

dijangkau dengan akal menjadi bentuk konkrit yang dapat dirasakan atau difahami oleh pancaindera manusia.

Menyingkapkan hakikat dari mengemukakan sesuatu yang tidak nampak menjadi sesuatu yang seakan-akan nampak.

Mengumpulkan makna yang menarik dan indah dalam ungkapan yang padat, seperti dalam amthal kaminah dan amthal mursalah dalam ayat- ayat di atas.

top related