ayat aktif dan ayat pasif

Post on 22-Dec-2015

63 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Pembentangan Ayat Aktif dan Ayat Pasif

TRANSCRIPT

Bahasa Malaysia Tahun 6

Tarikh: 11 Mac 2015

Bacakan ayat di bawah.

•Pokok yang layu itu menebang abang pada hari kelmarin.

•Adakah ayat ini betul? •Struktur ayat adalah salah.

Betulkan ayat tersebut.

• Pokok yang layu itu menebang abang pada hari kelmarin.

• Abang menebang pokok yang layu itu pada hari kelmarin.

• Pokok yang layu itu ditebang oleh abang pada hari kelmarin.

Ayat Aktif & Ayat Pasif

• Struktur ayat aktif• Subjek + Kata Kerja me- + Objek• Subjek + Kata Kerja me- + Objek + Penerangan• Subjek + Kata Bantu + Kata Kerja me- + Objek• Subjek + Kata Bantu + Kata Kerja me- + Objek

+Penerangan

Ayat Aktif & Ayat Pasif

• Struktur Ayat Pasif• Objek + Kata Kerja di-(oleh) + Subjek• Objek + Kata Kerja di-(oleh) + Subjek +

Penerangan• Objek + Kata Bantu + Kata Kerja di-(oleh) +

Subjek• Objek + Kata Bantu + Kata Kerja di-(oleh) +

Subjek + Penerangan

Membina benteng ayat

• Abang / menyepak / bola itu.• Subjek + Kata Kerja me- + Objek

• Objek + Kata Kerja di-(oleh) + Subjek• Bola itu / disepak oleh / abang.

Membina benteng ayat 2

• Jasmine / membuang / kertas tisu itu /ke dalam tong sampah.

• Subjek + Kata Kerja me- + Objek + Penerangan

• Objek + Kata Kerja di- (oleh)+ Subjek + Penerangan

• Kertas tisu itu dibuang oleh Jasmine ke dalam tong sampah.

Membina benteng ayat 3

• Kakak sedang membakar kek perisa coklat.• Subjek + Kata Bantu + Kata Kerja me- + Objek

• Objek + Kata Bantu + Kata Kerja di-(oleh) + Subjek

• Kek perisa coklat sedang dibakar oleh kakak.

Membina benteng ayat 4

• Kit Chai telah menebas semak-samun di belakang rumah.

• Subjek + Kata Bantu + Kata Kerja me- + Objek + Penerangan

• Objek +Kata Bantu + Kata Kerja di-(oleh) +Subjek + Penerangan

• Semak-samun telah ditebas oleh Kit Chai di belakang rumah.

Latihan Tubi

Tukar ayat aktif ke ayat pasif atau sebaliknya dengan betul.1. Amanda melukis gambar pemandangan yang cantik itu.2. Samantha didenda oleh Cikgu Peh kerana malas.3. Polis berjaya menangkap perompak itu.

top related