aturcara - kmseremban.edu.my kms 2019.pdf · 11.1 mendapat sekurang-kurangnya kedudukan baik (kb)...
Post on 28-Jul-2019
239 Views
Preview:
TRANSCRIPT
2
ATURCARA
PENDAFTARAN PELAJAR
AMBILAN 2019
8.30 pagi - 10.30 pagi : Pendaftaran pelajar baru
Pelajar SAHAJA yang dibenarkan masuk untuk
urusan pendaftaran
(Kaunter 1,2,3 di Dewan Razak)
(Kaunter 4 & 5 di Dewan Selera Asrama)
9.30 pagi : Taklimat Kumpulan Sokongan Ibubapa (Dewan Tun Hussein Onn) *Ibubapa SAHAJA *Pembentangan Aktiviti Kolej Sepanjang Tahun *Pelantikan AJK Baru
10.30 pagi : Rehat
10.35 pagi : Perjumpaan Bersama Pihak Pengurusan KMS (Dewan Tun Hussein Onn) *Ibubapa dan pelajar
*Bacaan Doa *Lagu Negaraku *Lagu MARA *Ucapan Aluan Wakil Pengarah
- Taklimat daripada Wakil UTM
- Sesi Q & A
2.30 petang : Majlis Tamat
3
1. ATURCARA ............................................................ 2
2. SEULAS PINANG PENGARAH ......................... 4
3. CARTA ORGANISASI KOLEJ ............................ 5
4. SENARAI NAMA PENSYARAH ......................... 6
5. SOALAN - SOALAN LAZIM/ MAKLUMAT ..... 7
ISI KANDUNGAN
4
Seulas Pinang Pengarah Kolej MARA Seremban
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa
dan para pelajar ambilan 2019. Selamat datang dan tahniah kepada
para pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam
SPM yang lepas dan seterusnya berjaya melayakkan diri anda untuk
meneruskan pengajian dalam Asasi UTM di KMS.
Antara ribuan pelajar yang membuat permohonan, kalian
adalah antara individu yang bertuah kerana terpilih dan peluang ini sewajarnya
dihargai.
Kolej MARA Seremban merupakan salah satu daripada Institusi Pendidikan
MARA (IPMa) yang diamanahkan untuk menyediakan bakal graduan bumiputera
bertaraf tinggi. Objektif kami adalah membantu MARA melahirkan anak-anak
Melayu dan bumiputera yang mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa dan
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam apa jua bidang yang bakal diceburi.
Justeru, pihak kolej disamping menyediakan program akademik yang mantap turut
menyediakan program-program pembangunan diri pelajar yang akan dapat
membantu dalam pembentukan sahsiah, rohani dan jasmani.
Kejayaan seorang pelajar memerlukan penglibatan dan komitmen yang tinggi dari 3
pihak; pelajar, pihak kolej dan juga ibu bapa. Kami percaya dengan penglibatan
dan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa akan dapat membantu merealisasikan
matlamat melahirkan pelajar yang teguh jati diri dan kompetitif agar mereka dapat
mendepani setiap cabaran mendatang dalam proses mencari ilmu di peringkat yang
lebih tinggi.
Akhir kata, sesungguhnya seluruh warga kerja KMS sentiasa komited kepada usaha
untuk memastikan semua pelajar berjaya menyambung pengajian ke peringkat
ijazah dan mencapai kecemerlangan akademik yang diharapkan.
Sekian. Terima kasih
DR. SA’AIDAH BINTI ABDUL RAHMAN
Pengarah Kolej MARA Seremban
5
TIMB. PENGARAH HAL EHWAL SISWA
Pn. Arfaseela Binti Hj. Amiruddin
Tel No : 012 2291895
PENGARAH
Dr. Sa’aidah Binti Abdul Rahman Tel No : 019 3643976
TIMB. PENGARAH HAL EHWAL AKADEMIK
Pn. Salina Binti Yahya Tel No : 013 8504293
KETUA JABATAN SAINS
Pn. Norkhalilie Binti Zulkifli
KETUA JABATAN MATEMATIK
Pn. Nurul Aidha Binti Mohd Tarimizi
KETUA JABATAN BAHASA
Pn. Norilyani Binti Abd. Rahman
KETUA JABATAN SAINS SOSIAL
En. Mohd Nasrizal Bin Mohd Nasir
KAUNSELOR
Pn. Junainah Binti Mahat Tel No : 012 3465732
En. Nurul Adha Bin Abdul Latif
Tel No : 012 3008461
6
Senarai Nama Pensyarah
Penyelaras Program Asasi UTM:
Pn. Norkhalilie Binti Zulkifli
Jabatan Bahasa : (English Language)
1. Pn. Mazrah Binti Hamzah
2. Pn. Revathi A/P Raja Kumaran 3. Pn. Rothnamala Binti Hazim
Jabatan Matematik:
(Mathematics)
1. Pn.Norzihan Binti Hashim @ Endut 2. Pn. Wan Suhaila Binti Wan Nawang
3. Pn. Siti Faridatul Zahariyah Binti Hashim
Jabatan Sains
(Chemistry) 1. En. Azmi Bin Dollah
2. Pn. Noorlida Binti Ismail 3. Pn. Nurul Hamiza Binti Ahmad Lodfi
(Physics)
1. En. Hasram Bin Ramli 2. Pn. Haszita Binti Azim
3. Pn. Noor Aziyah Binti Azan
Jabatan Sains Sosial : (Philosophy of Science & Technology)
1.Ustaz Kamal Sharil Al-Tohamy Bin Mohd Atar 2.Ustaz Muhammad Sameer Bin Abd Wahab
3.Ustaz Mohd Hasrol Bin Harun 4.Ustazah Nor Hayati Binti Muhammad
7
FAQ PROGRAM ASASI
UTM
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Program Asasi UTM - Kolej MARA
Seremban?
Program Asasi yang ditawarkan UTM adalah satu pilihan alternatif dalam saluran
pendidikan pra-universiti selain matrikulasi. Pelajar yang mengikuti program Asasi
UTM di Kolej MARA Seremban diberi pilihan untuk melanjutkan pengajian ke
peringkat Ijazah Sarjana Muda di UTM dalam bidang Kejuruteraan, Sains
Komputer dan Seni Reka.
2. Berapa lamakah tempoh pengajian Program Asasi UTM dijalankan di
Kolej MARA Seremban?
Tempoh minimum pengajian bagi Program Asasi yang dijalankan di Kolej MARA
Seremban adalah selama satu tahun dan sesi akademik program Asasi
dibahagikan kepada tiga semester iaitu Semester I, Semester II dan Semester III.
8
Jadual Perlaksanaan Program Asasi di KMS
SEMESTER 1
Perkuliahan 16 minggu
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu
Tempoh Ulangkaji* 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 1 minggu
Jumlah (C) 19 minggu
Cuti akhir semester (D) 2 minggu
SEMESTER II
Perkuliahan 16 minggu
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu
Tempoh Ulangkaji* 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 1 minggu
Jumlah (E) 19 minggu
Cuti akhir semester (F) 2 minggu
SEMESTER III
Perkuliahan 7 minggu
Tempoh Ulangkaji* 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 1 minggu
Jumlah (A) 9 minggu
Cuti akhir semester (B) 1 minggu
JUMLAH MINGGU PER SESI AKADEMIK (A) + (B) + (C) +(D) +(E) + (F) =
52 minggu
9
3. Siapakah yang mengendalikan UTMSPACE?
UTMSPACE dikendalikan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia, UTM.
4. Apakah UTMSPACE?
UTMSPACE iaitu singkatan kepada ‘UTM School of Professional and Continuing
Education’ atau Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan adalah
sebuah entiti di bawah kendalian Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang
merangka, menguruskan dan mengimplementasi program pendidikan berterusan di
UTM. Program Asasi UTM-KMS adalah salah satu program di bawah kendalian
UTMSPACE.
5. Apakah syarat kemasukan untuk mengikuti Program Asasi UTM di Kolej
MARA Seremban?
Syarat kemasukan untuk mengikuti Program Asasi UTM-KMS adalah mendapat
sekurang-kurangnya 7A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM.
6. Bilakah Program Asasi UTM dimulakan di KMS?
Ambilan pertama Program Asasi UTM di KMS adalah pada bulan Julai 2018.
7. Apakah subjek- subjek yang ditawarkan dalam program Asasi UTM?
Subjek- subjek yang ditawarkan adalah seperti Fizik, Kimia, Matematik, Bahasa
Inggeris dan beberapa lagi matapelajaran yang berkaitan dengan keperluan
pembelajaran dalam fakulti.
10
Bentuk
Pertemuan
Nilai Kredit
Jumlah Jam Pertemuan Satu
Semester
Jumlah jam Belajar per
Kredit
Kuliah dan Tutorial
1 16 40
Amali 1 30 hingga 40 40
8. Bagaimanakan penilaian subjek dibuat?
Penilaian subjek berdasarkan Sistem Kredit. Setiap kursus mempunyai nilai kredit
tertentu. Nilai kredit bagi kursus yang mempunyai kredit adalah seperti dalam jadual
II.
Jadual II : Nilai Kredit
Pelajar mesti lulus semua kursus yang disyaratkan dalam kurikulum Program Asasi.
Jumlah minimum kredit lulus program ialah 50.
9. Bagaimanakah pengredan dibuat?
Prestasi pelajar dalam sesuatu kursus digambarkan melalui gred yang diperolehinya.
Hubungan antara markah, gred dan mata nilai adalah seperti dlam jadual III.
Jadual III : Hubungan antara Markah, Gred dan Mata Nilai
Markah Gred Mata Nilai Status
90-100 A+ 4.00 Cemerlang 80-89 A 4.00
75-79 A- 3.67
70-74 B+ 3.33 Kepujian 65-69 B 3.00
60-64 B- 2.67
55-59 C+ 2.33 Lulus 50-54 C 2.00
45-49 C- 1.67
40-44 D+ 1.33
35-39 D 1.00 Gagal 30-34 D- 0.67
00-29 E 0.00
11
10.Bagaimanakah pencapaian pelajar dinilai?
Kedudukan Akademik
10.1 Pencapaian pelajar dinilai menggunakan dua ukuran iaitu Purata Nilai Gred
(PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).
10.2 Taraf kedudukan akademik pelajar ditentukan pada akhir setiap semester
dengan menggunakan PNGK seperti dalam jadual IV.
Jadual IV : Kedudukan Akademik
11. Apakah syarat-syarat untuk pelajar mendapat perakuan lulus program?
Syarat mendapat perakuan lulus program untuk pelajar program asasi UTM adalah:
11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB)
11.2 Telah lulus semua kursus yang telah ditetapkan
11.3 Menepati syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam peraturan dan prosedur
universiti
11.4 Mendapat perakuan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan
(SPACE)
11.5 Mendapat kelulusan Senat universiti
12. Berapakah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang mesti dicapai oleh
pelajar untuk membolehkan mereka mendapat tajaan MARA bagi meneruskan
pengajian di UTM?
Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum yang mesti dicapai oleh pelajar untuk
melayakkan mereka mendapat tajaan MARA bagi meneruskan pengajian perngkat
ijazah pertama di UTM ialah 3.00.
Taraf kedudukan PNGK
Kedudukan Baik (KB) Kedudukan Bersyarat (KS)
Kedudukan Gagal (KG) (Diberhentikan)
PNGK ≥ 2.00 1.70 ≤ PNGK < 2.00
PNGK < 1.70
12
13. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat yang lengkap tentang
program ini?
Melalui laman web https://www4.utmspace.edu.my
14. Bilakah pelajar akan menduduki peperiksaan?
Pelajar akan menduduki peperiksaan di penghujung semester. Peperiksaan
dijadualkan berlangsung selama seminggu bagi setiap semester.
15. Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran di Kolej MARA Seremban
(KMS)?
Kelas di dalam kumpulan kecil dengan maksimum 25 orang pelajar di dalam setiap
kelas. Pengajaran dijalankan secara berkumpulan, kuliah dan kelas tutorial.
16. Adakah pelajar perlu membeli buku teks?
Judul buku teks akan dimaklumkan oleh pensyarah kepada pelajar nanti. Pensyarah
akan mengaturkan samada buku teks perlu dibeli sendiri oleh pelajar di luar atau
dibeli terus daripada pembekal.
17. Adakah pelajar perlu membayar apa-apa yuran ?
Pelajar perlu menjelaskan yuran perkhidmatan koperasi dan yuran kolej. Kutipan
yuran akan digunakan untuk memberikan perkhidmatan dan menanggung
pembiayaan aktiviti pelajar sepanjang pengajian mereka di KMS. Makluman tentang
pembayaran yuran akan dimaklumkan di laman sesawang Kolej MARA Seremban
sebelum semester bermula.
18. Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya ibu bapa ingin mendapatkan
maklumat lanjut tentang anak semasa di KMS?
Pengarah, Timbalan Pengarah (HEA dan HES) dan ketua fellow boleh dihubungi
melalui nombor telefon 06-7622372 atau nombor faks 06-7634891.
13
top related