apa itu falsafah

Post on 02-Jul-2015

459 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

“ Falsafah mengkaji kewujudan manusia, hubungan antara manusia…

falsafah diumpamakan seperti _ _ _ _ _ di mana pepohon tumbuh dengan suburnya.”

Falsafah berasal dari perkataan Yunani, philosophia

Philo bermaksud ‘cinta’ dan sophia bermaksud ‘pengetahuan’.

Boleh ditakrifkan sebagai ‘ cinta kepada pengetahuan atau hikmah’.

Orang yang cinta kepada pengetahuan dikenali sebagai ahli falsafah.

Mereka menjadikan pengetahuan sebagai tujuan hidup, berikhtiar mencari hakikat tentang sesuatu, menaut sebab-akibat dan mentafsir pengalaman manusia untuk memahami kebenaran mengenai diri dan dunia mereka.

Kesimpulannya, mereka sanggup mengabdikan diri kepada pengetahuan.

Pengertian falsafah yang dikemukakan oleh ahli falsafah adalah berbeza-beza.

Wujud satu persamaan iaitu takrifan mereka berpaksikan kepada elemen-elemen seperti manusia, Tuhan dan alam.

Falsafah membawa maksud “ berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan sejagat”.

Berfikir secara sistematik – “ berfikir secara logik dan berurutan”.

Berfikir secara radikal – berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dengan penuh tanggungjawab.

Berfikir secara sejagat – tidak terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya.

Rusel ( 1946 ) berpendapat falsafah terletak di antara teologi ( ilmu ketuhanan, agama dan sains > sains fizikal dan kemanusiaan ).

Teologi- falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara yang belum nyata

Sains – falsafah mengunakan taakulan untuk membuktikan kebenaran yang terkandung.

TEOLOGI SAINS

Schofield ( 1972 ) berpendapat falsafah adalah satu proses menyoal seperti dalam Jadual 1.

Falsafah boleh dianggap sebagai satu sistem idea yang komprehensif mengenai fitrah manusia dan makna realiti di mana kita berada.

Satu panduan hidup kerana isu-isu yang difokuskan dalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewujudan manusia, kebaikan, kecantikan dan sebagainya.

Falsafah- Proses Menyoal

Menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagi jawapan yang diberi.

Cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.

Terdapat dua jenis logik : Logik induktif – bermula dengan butiran khusus,

kemudian membuat penaakulan terhadap butiran tersebut dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.

Logik deduktif – bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.

Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk:

Apa yang dimaksudkan dengan taakulan “ baik” atau “ kurang baik “ ?

Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang baik ?

Berasal daripada dua istilah asas,iaitu falsafah dan pendidikan.

Konsep Pendidikan – berasal daripada perkataan Latin, educare yang bermaksud “memelihara atau mengasuh”.

Menurut Kamus Pendidikan (1979);▪ “Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang

bertujuan mengembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah.”

Takrifan ini selari dengan pandangan Dewey (1859-1952), seorang tokoh pendidik Barat yang terkenal. Beliau mengatakan bahawa :

“ Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial.

Yusuf al-Qardawi (1980)

“ Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.”

Hassan Langgulung ( 1987)

“ Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu. Proses pemindahan tersebut berlaku melalui cara-cara berikut :

▪ Pengajaran- pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu yang lain

▪ Latihan- membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran: dan

▪ Indoktrinasi- menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.

Ada tokoh-tokoh pendidikan yang berpandangan bahawa pendidikan mempunyai fungsi di bawah: Proses sosiolisasi- pendidikan memberi murid peluang

untuk berinteraksi antara satu sama lain agar membantu mereka menjadi dewasa yang berfungsi kelak.

Pembentukan budaya- pendidikan mewujudkan serta memupuk nilai-nilai budaya.

Integrasi sosial- manusia bersifat lebih bersatupadu akibat pengajaran nilai-nilai budaya dan norma-norma tertentu. Ini merupakan fungsi yang amat penting khususnya dalam masyarakat pelbagai budaya.

Penempatan sosial- pencapaian di sekolah dinilai berasaskan pencapaian akademik. Secara unggul, kejayaan akademik murid menjadi asas kepada kejayaan sosial pada masa depan.

Antara perkara-perkara yang menjadi tumpuan para pendidik :

Apakah jenis pendidikan yang kita hasratkan untuk anak-anak kita ?

Apakah tujuan pendidikan ? Apakah peranan pendidikan untuk kita dan

masyarakat ? Apakah yang wajar diajar di sekolah ? Apakah kaedah mengajar yang sesuai ? Apakah peranan guru ?

CABANG-CABANG FALSAFAH

Metafizik ( ontologi ) : spekulatif, perkaitan sebab-akibatCth : Apa itu kebenaran ? Siapa itu manusia ?

Axiologi : etika dan estetikaCth : Apa itu kebaikan ? Apa itu kecantikan ?

RAJAH 1

Epistemologi : ilmu dan kepercayaanCth : Apa itu ilmu ? Apakah sumber-sumber pengetahuan ?

Logik : membezakan antara idea sah dan yang mengelirukanCth : Apa itu taakulan “baik “ atau “ kurang baik “ ?

Soalan Jawapan Adakah semua soalan merupakan soalan falsafah ?

Tidak

Mengapa ? Kerana secara am, terdapat dua jenis soalan, iaitu soalan empirikal dan teologi. Soalan-soalan empirikal hanya boleh dijawab melalui eksperimen dan taakulan. Manakala soalan teologi memerlukan kita bertafakur iaitu duduk dan berfikir.

Apakah yang difalsafahkan ? Semua ilmu pengetahuan termasuk sains dan teknologi.

Siapa yang berfalsafah ? Semua insan.

Apakah terdapat perbezaan antara orang biasa berfalsafah dengan ahli falsafah berfalsafah ?

Ada.

Apakah perbezaannya ? Apabila ahli falsafah berfalsafah, mereka akan membentuk idea yang lengkap berpandukan logik dan cara yang tekal, kemudian idea tersebut disebarkan kepada orang ramai.

top related