analisis perbandingan temu bual
Post on 27-Dec-2015
62 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
ANALISIS PERBANDINGAN TEMU BUAL.
Perbezaan Kepimpinan
Guru Permulaan Guru Penolong Kanan
Pengalaman - Baru menimba
pengalaman yang
berkaitan dengan
pendidikan di sekolah.
- Mempunyai pengalaman
yang lebih banyak tentang
pendidikan terutamanya di
beberapa buah sekolah.
Gaya kepimpinan - Mempunyai gaya
kepimpinan yang
tersendiri dalam mentadbir
mengikut situasi yang
bersesuaian.
Komunikasi - - Sudah terbiasa dan mahir
untuk berkomunikasi
dengan rakan sekerja
yang lain.
Pergaulan - Sedikit sukar untuk
bergaul rapat dengan
rakan sekerja dalam
tempoh masa yang
singkat.
- Lebih mudah untuk
bergaul rapat dengan
rakan sekerja yang lain.
Komitmen - Dapat memberi komitmen
yang sebaik mungkin
terhadap program yang
dianjurkan oleh pihak
sekolah.
- Kurang memberi
komitmen terhadap
sesuatu program yang
dilaksanakan di sekolah.
Melalui dua sesi temu bual yang telah dilaksanakan, saya telah mendapati bahawa
terdapat beberapa aspek perbezaan kepimpinan yang terdapat pada seorang guru
permulaan dan juga seorang guru penolong kanan (GPK). Antaranya ialah perbezaan
berdasarkan pengalaman. Jika dilihat berdasarkan pengalaman, sememangnya kita akui
bahawa guru penolong kanan mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding dengan
guru permulaan. Walaupun begitu, guru permulaan ini mempunyai semangat yang lebih
tinggi daripada guru yang telah lama berkhidmat.
Selain itu, dari segi aspek gaya kepimpinan, seorang guru permulaan kebanyakannya
bergantung kepada persekitaran dan suasana sekolah yang ditempatkan. Oleh itu, jika
kepimpinan yang dipraktikkan di sekolah tersebut baik, maka baiklah gaya kepimpinan yang
akan diperoleh dan dipraktikkan oleh guru permulaan tersebut. Berbanding dengan guru
penolong kanan yang telah mempunyai pengalaman yang banyak dalam mengajar di
sekolah, mereka telah menghadapi dan melalui pelbagai pengalaman yang berkaitan
dengan kepimpinan. Hal ini menjadikan seseorang guru penolong kanan itu mempunyai ciri-
ciri kepimpinan yang lebih tinggi berbanding dengan guru permulaan
top related