amalan terbaik dalam pembangunan sosial (memuliakan anak yatim)

Post on 09-Jan-2017

328 Views

Category:

Education

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1

LMCP1553PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM

AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL

(MEMULIAKAN ANAK YATIM)

NURUL SHUHADAH BINTI MOHAMAD YASIRA149736

2

DEFINISI PEMBANGUNAN SOSIAL

“Suatu proses pembangunan yang memberi penekanan kepada

pembangunan manusia dan sistem sosialnya”

(Zaliza Mohd. Nasir et al. 2009)

3

AMALAN TERBAIK PEMBANGUNAN SOSIAL

Memuliakan anak yatim- Al-Quran sendiri banyak menggunakan perkataan ‘yatim’ dan

penggunaan perkataan itu merujuk kepada kemiskinan.

- Individu yang berada dalam golongan yatim ini (anak yatim) sangat memerlukan

perhatian dan pembelaan daripada masyarakat.

- Anak yatim merupakan anak yang telah kehilangan bapa (meninggal dunia) dan kebanyakannya anak-anak yatim ini memerlukan bantuan dan menjadi tanggungjawab kita sebagai umat islam untuk membantu memuliakan golongan ini.

- Bukan sahaja membantu dari segi kewangan bagi anak-anak yatim yang tidak

mampu, malah masyarakat juga perlu berbuat baik dan melindungi hak-hak anak yatim serta tidak menyalahgunakan hak-hak mereka (harta khususnya).

4

Surah Al-Baqarah 2:220“…dan mereka bertanya kepadamu tentang anak

yatim, katakanlah “Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan

mereka, maka mereka adalah saudaramu, dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerosakan dari

yang mengadakan kebaikan…”

Surah Ad-Dhuha:9“Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu

berlaku sewenang-wenang”

DALIL AL-QURAN BERKENAAN DENGAN ANAK YATIM

5

Mendapatkan jaminan masuk ke dalam syurga.

Rasulullah SAW telah bersabda, sesiapa yang memelihara anak yatim (dengan baik) di rumahnya, maka Allah akan membalas dengan hadiah masuk syurga.

Meningkatkan kasih sayang Allah.

Allah sangat suka pada hamba yang berbuat baik kepada hamba yang lain khususnya anak-anak yatim. Hal ini demikian kerana, anak yatim merupakan golongan yang patut dilindungi dan diberikan kasih sayang.

KELEBIHAN MEMULIAKAN ANAK YATIM

6

Memberikan ketenangan rohani.

Hati akan merasa tenang dan damai kerana kita telah melakukan apa yang disukai Allah dan memberikan kesenangan kepada anak-anak yatim.

Memudahkan jalan kejayaan pada masa hadapan.

Manfaat kerana memuliakan anak-anak yatim, Allah akan membukakan jalan dan melimpahkan rezeki berlipat kali ganda.

7

• Anak-anak yatim merupakan golongan yang istimewa.

• Istimewa sehingga golongan ini perlu diberikan perhatian dan perlindungan.

• Jadi, sebagai ahli sosial yang bertanggungjawab kita haruslah berbuat baik dan menjaga hak anak-anak yatim agar kehidupan mereka sentiasa terpelihara.

• Anak-anak yatim merupakan anak-anak yang telah kehilangan ayah yang menjadi tempat bergantung justeru itu kita sebagai masyarakat islam perlu memuliakan golongan ini agar mereka tidak merasa tersisih dan bersedih.

KESIMPULAN

8

• Zaliza Mohd. Nasir & Norlin Ahmad. 2009. Pembangunan Sosial dalam Hubungan Etnik. hlm. 141-142

RUJUKAN

top related