amalan membaca dalam kalangan rakyat

Post on 21-May-2015

22.419 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN RAKYAT

MALAYSIA

Disediakan Oleh :Zebidah bt. Hussain

Wan Muhd Hasif b. Hj Wan JamariTerence ak Edward

MEMBACA GAYA WAWASANAwal suruhan ialah membaca 

Menuntut ilmu disuruh budayaInilah teladan sepanjang masaGayakan hidup dengan membaca

Apalah nama andai tanpa ilmuApalah mahkota permatanya palsuTanpa membaca cacatlah mindaTanpa ilmu ke manalah kita

Jika ilmu penuh di dadaBila bergaya dengan membacaDunia sempit menjadi luasTemp0h kejayaan tiada terbatas

Negara yang kecil tinggi martabatKerana ilmu, negara berdaulat

Mari kawan kita membacaMari rakan, timba ilmu dengan membacaInilah perjuangan, sambutlah seruanJadikan Membaca Gaya Wawasan

Everybody! Take a book and readTo gain knowledge, everyone has to readLet's reach out, open up your mindLet's make reading, a lifestyle of Wawasan

LATAR BELAKANG

• Membaca melibatkan proses deria dan minda. Kedua-dua proses ini adalah saling berhubungan antara satu sama lain. Proses bacaan yang melibatkan organ deria seperti mata dan telinga adalah kurang berkesan berbanding dengan proses minda. Pembacaan melalui minda amat berkesan kerana ia melibatkan otak yang bertindak memproses bahan bacaan.

• Sebenarnya, aktiviti membaca adalah suatu proses yang kompleks. Membaca melibatkan proses komunikasi di antara pembaca dengan penulis melalui sumber tulisannya. Ia melibatkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi.

• Thorndike (1917) menyatakan bahawa membaca melibatkan proses berfikir, merenung, memberi nilai, membuat analisis dan sintesis, memilih maklumat, membandingkan maklumat dan mengukur maklumat tersebut

Fakta tabiat membaca dalam kalangan rakyat

• Secara puratanya, Rakyat Malaysia masih kurang membaca. Mereka masih terperangkap dalam kalimah yang menyatakan bahawa “Membaca itu membosankan”. Sebaliknya, membaca patut dibudayakan kerana “Membaca itu jambatan ilmu”.

• KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perpustakaan Negara Malaysia akan menjalankan kajian seawal April ini bagi mengukur tahap membaca dalam kalangan masyarakat negara ini yang dikatakan masih rendah, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

• Mengikut kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara pada 2005 mendapati lebih daripada separuh jumlah 60,441 (kajian secara rambang) rakyat Malaysia membaca kurang daripada 7 muka surat setiap hari. Ini bermakna rakyat Malaysia yang berumur lebih dari 10 tahun ke atas membaca kurang daripada 2 buah buku setahun.

KEPENTINGAN MEMBACA

MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN

Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu di sekeliling kita. Jika bahan bacaan itu berbentuk ilmiah pasti ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu pasti berguna untuk masa sekarang ataupun masa hadapan anda.

Kita sudah sedia maklum tentang perkara ini, namun apakah kita masih tidak sedar dan lebih rela menjadi komuniti yang jahil?

Sepertimana resmi padi, semakin tunduk semakin berisi, dengan ilmu pengetahuan akan membuatkan kita menjadi lebih rendah diri dan menghormati insan lain.

SENAMAN MINDA

• Anda akan menghadapi hari-hari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh kerana anda mempunyai minda yang sihat. Jika anda menganggap senaman tubuh badan itu sangat penting untuk mendapat kesihatan yang sihat, maka begitu juga senaman minda ini untuk kesihatan minda anda. Dengan membaca anda akan melakukan satu proses aktif minda anda.

• Hal ini demikian kerana anda menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.

• Bijak pandai ada mengatakan, cantik di luar, indah di dalam, badan yang sihat akan menjadi lebih bermaya sekiranya dilengkapi dengan minda yang cerdas dan berilmu.

MENINGKATKAN MEMORI

• Sekiranya anda tidak menggunakan memori, lama-kelamaan memori anda akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, ia dapat membantu meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan permainan yang menggunakan memori.

• Hal ini demikian kerana membaca memerlukan ingatan lebih lanjut mengenai bahan yang anda baca . Secara tidak langsung ia akan meningkatkan kekuatan memori anda.

MELATIH DIRI UNTUK BERDISIPLIN

• Hal ini demikian kerana apabila anda selalu membaca, anda telah memanfaatkan masa dengan membaca sesuatu yang anda tidak tahu dan menjadikannya sebagai hobi. Tetapi adakah ada individu yang membuat jadual membaca dalam sehari? Bagaimana dengan anda ?

• Maka, apabila anda menambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya anda akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri anda sangat tinggi.

MENINGKATKAN KREATIVITI

• Seseorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan membantunya mendapat inspirasi dan menjana idea-idea yang baru.

• Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia bukan sahaja membantu anda memajukan bahagian kreatif dalam minda malah ia turut menyerap pembaharuan ke dalam proses pemikiran.

• Seterusnya anda akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.

• Selain itu, keupayaan minda kita akan semakin berkembang dengan berfikir di luar kotak fikiran sekaligus mendidik minda kita bekerja dengan lebih kreatif dan kritis.

MENGURANGKAN TEKANAN

• Jika anda selalu merasa tertekan ataupun banyak menghadapi masalah pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila anda membaca mungkin anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda yakni membaca sesuatu yang menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dan tekanan dalam diri anda .

• Maka jelaslah bahawa membaca dapat membantu anda dari keluar tekanan dan stres.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN TATABAHASA

• Pada mulanya memang sukar untuk seseorang mendapat kemahiran membaca namun lama-kelamaan dia akan menemui kemahiran dan rentak membaca itu. Seterusnya akan meningkatkan keseronokannya untuk membaca kerana dia sudah menemui kemahiran dan rentaknya sendiri.

• Dengan kemahiran dan rentak inilah seseorang itu tidak akan mudah merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terus membaca.

• Secara tidak langsung, kemahiran dalam penulisan seseorang itu akan bertambah baik kerana kemahiran membaca dan tatabahasa nya digilap dan dimurnikan dengan amalan membaca yang konsisten.

DAPAT BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK

• Hal ini demikian kerana dengan adanya pengetahuan yang diperolehi daripada pembacaan , maka seseorang akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi.

• Seseorang itu akan dapat menceritakan kepada orang lain mengenai perkara yang dia tahu dan mengelakkannya daripada berdiam diri sahaja apabila berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang itu juga akan merasa seronok untuk menceritakan dan berkongsi dengan orang lain tentang perkara yang dia tahu.

• Tanpa kita sedari, kita telah merapatkan jurang sosial di antara kita dengan orang lain. Hal ini dengan sendirinya akan memupuk sifat bermasyarakat dan menyemai unsur perpaduan di antara kita.

KEKANGAN

SIKAP MASYARAKAT

• Mereka lebih suka mendengar dan berborak berbanding membaca.

• Sarjana dalam masyarakat sendiri menyampaikan ilmu yang terkandung di dalam buku dengan membacanya dengan nada yang kuat. Malah, jika perlu melakukan perkara yang terkandung di dalam buku berkenaan, mereka akan melakukannya.

• Budaya ini diwarisi dan menjadi penghalang memupuk tabiat membaca di kalangan masyarakat.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, KEWANGAN DAN

STRATEGI

• Keadaan ini menyebabkan jumlah perpustakaan tidak mencukupi kerana kebanyakan perpustakaan awam, sekolah atau pusat sumber khusus berpusat di bandar. Jumlah koleksi buku dan bahan bacaan untuk kegunaan awam dan pelajar juga tidak mencukupi.

• Kekurangan tenaga pustakawan terlatih dan berpendidikan serta bajet terhad untuk membeli koleksi bahan bacaan.

• Sebagai contoh, seorang anak kecil yang minat membaca tetapi oleh kerana bahan-bahan bacaan tidak mencukupi di rumah dan di sekolah, kedai buku juga tidak banyak di bandar kecilnya, maka minatnya akan pupus dan apabila dia dewasa , dorongan untuk membacanya hilang begitu saja.Maka negara telah kehilangan segelintir pembaca akibat kekurangan kemudahan.

• Seperti yang kita sedia maklum, pemupukan sifat membaca ini harus ditingkat daripada kanak-kanak hingga dewasa dan berterusan sehingga menjadi warga emas. Minat membaca wajar dibentuk sepanjang hayat. Justeru, untuk mempertahankan minat membaca ini maka kemudahan yang dapat membekal buku sepanjang hayat bagi seseorang diperlukan.

TARIKAN MEDIA ELEKTRONIK

• Potensi mengenai kesan media elektronik seperti televisyen terhadap keupayaan membaca kanak-kanak sering menjadi isu yang membimbangkan pendidik. Malahan, ia selalu dikatakan menjadi punca kurangnya minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Buktinya, kanak-kanak terlalu banyak menghabiskan masa menonton rancangan hiburan berbanding rancangan yang berunsur ilmiah. Hal ini adalah demikian kerana rancangan hiburan lebih ‘ceria’ dan lebih mampu menarik perhatian mereka berbanding rancangan berunsur ilmiah.

Natijahnya, generasi muda yang akan menjadi korban, rentetan daripada rancangan hiburan yang menjanjikan keseronokan dan hiburan semata-mata.

LANGKAH-LANGKAH

Memupuk dan menyemai budaya membaca dalam diri.

– Selaras dengan isu yang diutarakan, pelajar seharusnya mempunyai kesedaran tentang maslahat yang dijanjikan oleh amalan membaca. Mereka harus mengambil inisiatif untuk memulakan amalan ini bertitiktolak daripada buku-buku teks, surat khabar, majalah pelajar sehinggalah karya-karya agung penulis tersohor.

– Selain itu, dalam era ledakan teknologi maklumat ini,bahan bacaan ilmiah boleh didapati di mana-mana sahaja, termasuklah di gerai-gerai surat khabar, kedai buku dan perpustakaan. Malah, kini pelajar yang celik komputer boleh memuat turun artikel-artikel dan cerita daripada jaringan internet.

• Oleh itu, alasan bahawa sukar mencari bahan bacaan ilmiah yang sesuai tidak boleh menjadi penghalang kepada pelajar untuk mengamalkan tabiat membaca. Lantaran itu, kita perlu akur bahawa diri pelajar sememangnya memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk tabiat membaca

PERANAN IBU BAPA

• Ibu bapa menggalas tanggungjawab dalam memberi galakan dan dorongan kepada anak agar mengamalkan tabiat murni membaca. – Keluarga merupakan pemangkin atau katalis

masyarakat kerana ibu bapa merupakan insan terdekat dengan pelajar.

– Pepatah Melayu ada mengatakan anak ibarat kain yang putih adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya.

– Justeru, amalan membaca perlu diterapkan dalam diri anak dari peringkat akar umbi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

– Ibu bapa seharusnya mendedahkan anak kepada bahan bacaan yang sesuai dengan umur anak dan menjadi teladan baik agar anak dapat mengikut jejak langkah mereka.

–Mesejnya jelas, ibu bapa bertanggungjawab memberi pendedahan kepada anak terhadap dunia membaca yang luas dan menjanjikan keindahan ilmu yang tidak terbatas.

PERANAN KERAJAAN

• Peranan kerajaan dengan menggembleng tenaga untuk menyemai tabiat membaca.– Sekiranya ditinjau melalui skop yang

lebih holistik, kerajaan memainkan peranan dominan dalam usaha menyemai tabiat membaca dalam kalangan pelajar.

– Sebagai tonggak negara, dasar, kempen dan aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan seharusnya menjurus kepada pemupukan amalan membaca.

– Mengambil contoh daripada Dasar Pandang Ke Timur yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, pelajar negara ini digalakkan agar mencontohi budaya penduduk Korea dan Jepun yang kuat membaca. Amalan membaca yang begitu sebati dalam jiwa mereka haruslahdijadikan ikutan pelajar Malaysia. Malah, Kementerian Pendidikan perlu memainkan peranan dengan menganjurkan pertandingan seperti Pertandingan Rensensi Buku yang berupaya memancing minat pelajar terhadap buku.

– Justeru, jelaslah bahawa kerajaan berperanan penting dalam pemupukan amalan membaca dalam kalangan pelajar

PERANAN PIHAK-PIHAK LAIN

• Usahasama pihak-pihak swasta dalam langkah memupuk tabiat membaca.– Sementelahan itu, pihak swasta juga

seharusnya menyumbangkan dana untukmenyuburkan benih membaca dalam diri pelajar.

– Ekspo buku dan pameran buku secara besar-besaran hanya dapat dicapai dengan sumber kewangan pihak swasta seperti Popular Bookstore dan MPH.

– Di peringkat sekolah, syarikat-syarikat swasta perlulah mempunyai inisiatif untuk menaja surat khabar untuk bacaan para pelajar. Dengan ini, pelajar berpeluang membeli surat khabar pada harga yang lebih rendah seterusnya amalan membaca dapat dipupuk.

– Tuntasnya, pihak swasta juga perlu menyumbangkan tenaga untukmenyemai tabiat membaca dalam diri pelajar.

sekian Amalkan membaca budaya

kita

top related