amalan khurafat masyarakat melayu
Post on 18-Dec-2014
6.117 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
TITAS KUMPULAN 7AMALAN KHURAFAT MASYARAKAT MELAYU
PENSYARAH:ALI HAFIZAR BIN MOHAMAD RAWI
1. MUHAMMAD FARIS BIN MUSTAFA2. MUHAMMAD AZLI ZHAFRI BIN GUZALI3. NURAZAM BIN MOHAMAD HAMDANI4. ALIFF ASHRAF BIN SHAHURIN5. MUHAMMAD ZULFIKRI BIN RAHKINOOR
IBU-IBU MENGANDUNG DAN KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK MENONTON
PEMBENTANGAN INI. JIKA BERDEGIL PASTIKAN ADA PENJAGA BERSAMA-SAMA ANDA
AMARAN!!!!!!
APA YANG ANDA TAHU TENTANGKHURAFAT?????
MENGAPA????
Sebelum kedatangan Islam, penduduk di Nusantara mempunyai pegangan dan keyakinan tentang adanya kuasa ghaib yang mereka tidak nampak tapi dapat mereka rasai kesannya.
Tetapi bagaimana dengan kehidupan kita yang lahir-lahirnya sudah mempunyai AGAMA??
Tambahan hidup didalam era globalisasi serba canggih
Wajarkah??? ^.-
SURAH AL BAQARAH AYAT 102
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.
DEFINISI
Kamus Bahasa Arab: • Al-Mujam al-Wasit - Cerita-cerita yang mempesonakan yang
dicampuradukkan dengan perkara dusta• Al-Marbawi - Cerita karut (karut marut)
Khurafat maksudnya kepercayaan karut marut yang sengaja direka-reka, bertujuan untuk membentuk satu keyakinan akan berlakunya perkara baik atau buruk terhadap sesuatu kerja yang dilakukan. Perkara baik atau buruk yang dijangka akan berlaku tersebut berpandukan kepada sesuatu kejadian alam atau peristiwa atau juga perbuatan dengan cara mentafsirkan kejadian tersebut boleh membawa bala bencana atau tuah dan keberuntungan kepada seseorang, keluarga atau masyarakat.
CONTOH AMALAN KHURAFAT
MEMBUANG ANCAK
MANDI SAFAR
MEMUJA PANTAI
PUKAU
PUJA KUBUR
SUSUK/TANGKAL
SANTAU
SEDIKIT RENUNGAN
• Dari Abu Hurairah R.A Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: “Tidak ada jangkitan ( yang berlaku tanpa izin Allah ), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar ( seperti yang dipercayai ).”
CUBA FAHAMI MAKSUD HADIS DI ATAS
CIRI-CIRI PERBUATAN KHURAFAT
• Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam.
• Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.• Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan
bercanggah dengan Islam.• Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok
dan sebagainya.• Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan
syariah.• Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk
halus
PUNCA
• Tidak mempunyai asas yang kukuh di dalam pengetahuan agama di mana mudah menerima perkara-perkara yang dianggap menarik baginya.
• Mempelajari dari guru-guru atau ketua-ketua yang tidak bertanggungjawab.
• Terikut-ikut dengan amalan yang sedia ada kerana menyangka amalan itu adalah amalan yang betul.
• Sudah terbiasa melayani nafsu ammarah.
KESAN KHURAFAT TERHADAP UMAT ISLAM
• MEROSAKAN AKIDAH• MENAMBAHKAN AMALAN BID'AH • HILANG KEPERCAYAAN KEPADA QADA’ DAN QADAR�• HILANG SIKAP BERUSAHA• MUDAH BERPUTUS ASA
TIDAK BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH
Bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai khurafat dan beramal dengannya ialah terjerumus ke lembah kesyirikan.
Ingatlah wahai rakan-rakan..Sesungguhnya syirik itu adalah satu daripada dosa besar kerana orang yang syirik telah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
KESIMPULAN
• Umat Islam diminta bertawakal hanya kepada Allah selepas berusaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara yang dihajati.
• Kepercayaan bahawa ada makhluk lain yang boleh memberi manfaat dan mudarat, mengakibatkan pemikiran umat Islam terbelenggu dalam akidah sesat.
• Khurafat dan tahyul bukan daripada ajaran agama. Ia adalah perkara yang tidak munasabah dan tidak dapat diterima akal waras.
• Amalan khurafat hanya boleh dielak jika kita berpegang teguh dengan ajaran Islam dan kembali kepada al-Quran dan Sunnah.
top related