alat perlindungan diri di jalan raya

Post on 02-Jul-2015

229 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

CARTA PENGGUNAAN ALAT PERLINDUNGAN DIRI

ALAT PERLINDUNGAN DIRI DI JALANRAYA

TOPI KELEDAR

Topi keledar diperbuat daripada adunan fiber, kaca istimewa serta karbon pada bahagian luarannya, dan polistirena khas dengan pengalas anti-kebakaran pada sebelah dalamannya untuk mengurangkan hentaman pelanggaran dan mengelakkan kelecuran. Topi keledar boleh menjamin keselamatan anda - kalau anda memasang kancingnya.

BAJU PEMANTUL CAHAYA

Dipakai pada waktu malam semasa membonceng motosikal atau menunggang basikal.Ini bagi mengelakkan kemalangan berlaku.Ini memudahkan para pemandu untuk melihat secara jelas penungang basikal atau pembonceng motosikal.

ALAT PERLINDUNGAN

DIRI DI AIR

JAKET KESELAMATAN

Dipakai ketika mengadakan aktiviti di air bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

ALAT PERLINDUNGAN DIRI DI MAKMAL

ALAT PEMADAM API

Terdapat pelbagai jenis serta saiz alat pemadam api. Cara penggunaan atau pengendaliannya adalah seperti berikut:-

1. Pilih jenis alat pemadam api yang sesuai

2. Ikut arah angin semasa menggunakannya

3. Praktikkan penggunaan kaedah PASS

KAEDAH/ SISTEM P.A.S.S

P – PullTarik / cabut pin keselamtan

A – AimArahkan nozel ke arah punca api

S – SqueezeTekan pemegang “lever”dimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar

S – SweepLayangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman

ALAT PERLINDUNGAN DIRI SEMASA SUKAN

KASUT YANG SESUAI DENGAN PERMAINAN YANG INGIN DIJALANKAN.

Memakai kasut yang sesuai dengan aktiviti sukan yang hendak dijalankan.Ini bagi mengelakkan kecederaan pada bahagian kaki terutamanya.Contoh,jika hendak bermain bola sepak,penggunaan but bola adalah perlu bagi mengelakkan kecederaan.

 

PAKAIAN YANG SESUAI

Memakai pakaian yang longgar dan bersesuaian bagi setiap aktiviti yang dijalankan.Ini bertujuan bagi memudahkan pergerakan dan mengelakkan kecederaan.

SHIN GUARD

Dipakai ketika bermain permainan seperti bola sepak,hoki dan sebagainya.Ini bagi melindungi bahagian tulang kering daripada tercedera.

 

top related