aktiviti ldk
Post on 05-Jul-2015
2.053 Views
Preview:
TRANSCRIPT
AKTIVITI LDK(Perkhemahan Pemimpin Muda SMK Sungai Tiram)
TEMPAT : Foyer
MASA : 8.00 pg hingga 10.00 pg
AKTIVITI (MEMBENTUK KUMPULAN)
OBJEKTIF
1. Mewujudkan satu hubungan kumpulan dan seterusnya mengeratkan hubungan
antara satu sama lain.
2. Meningkatkan interaksi dan semangat perpaduan antara peserta.
3. Mengurangkan rasa malu dalam melakukan sesuatu.
4. Mewujudkan kemesraan antara ahli kumpulan.
5. Bersikap terbuka.
PERLAKSANAAN AKTIVITI
1. Peserta diminta untuk membuat satu bulatan besar
2. Setiap peserta diminta untuk mencabut gulungan kertas yang berada di dalam
kotak.
3. Pada kertas tersebut ditulis nama-nama penyanyi.
4. Setiap peserta diminta untuk mencari ahli kumpulan masing-masing
berpandukan nama penyanyi yang tertulis di atas kertas tersebut dengan hanya
menggunakan bahasa isyarat dan pergerakan badan serta tidak boleh
mengeluarkan suara.
5. Peserta diberi masa 5 minit untuk mencari ahli kumpulan dan berkumpul
dalam kumpulan masing-masing
Aktiviti 1: Energizer (We Can Fly)
Objektif :
Memulakan aktiviti dengan suasana yang ceria dan penuh bersemangat.
Menyedarkan peserta tentang kebolehan yang boleh diasah.
Melatih berfikiran kreatif.
Masa: 5 minit
Bahan/alatan: laptop (iringan lagu)
Langkah-langkah:
1. Fasilitator meminta peserta berdiri dan mengambil tempat yang dirasakan
selesa.
2. Lagu ‘I Believe I Can Fly’ dipasang.
3. Fasilitator menunjukkan cara pemanasan badan dan peserta mengikutnya
sambil menghayati lagu tersebut.
4. Peserta diminta mendepakan tangan dan pusing ke belakang perlahan-lahan
sejauh yang mungkin, kiri dan kanan. Ulang langkah yang sama untuk kali
kedua.
5. Seterusnya fasilitator meminta peserta menyentuh jari kaki mereka dengan apa
cara sekalipun.
6. Selesai pemanasan badan, fasilitator menjelaskan pengajaran disebalik aktiviti
tersebut.
4. Aktiviti kedua : Energizer (Percaya padamu)
Objektif :
1. Menimbulkan mood baik kepada para peserta untuk aktiviti yang
seterusnya.
2. Menguji fokus pemikiran peserta.
3. Menggalakkan peserta berasa yakin antara satu sama lain.
4. Membentuk dua kumpulan untuk aktiviti yang seterusnya.
Masa : 5 minit
Alatan : -
Pelaksanaan aktiviti:
1. Fasilitator meminta peserta berdiri dan berbaris panjang.
2. Fasilitator memberikan nama kepada peserta yang berdiri pada nombor
ganjil dengan panggilan ‘Tun”, manakala peserta yang berdiri pada
nombor genap dipanggil “Teng”.
3. Apabila fasilitator menyebut “Tun”, maka hendaklah mengangkat dua
belah tangan ke atas. Manakala, “Teng” pula, hendaklah mengangkat
tangan ke hadapan.
4. Fasilitator akan menyebut “Tun” dan “Teng” itu secara berselang-seli.
Aktiviti 3
Peringkat: Pertengahan
Tajuk modul: Lukisanku (Komunikasi sehala dan dua hala)
Masa: 40 minit
Alat-alat: : Kertas A4 dan pen
Sinopsis:
Aktiviti ini dijalankan untuk kem pengawas sekolah lantikan baru. Aktiviti ini
dijalankan supaya para pengawas menyedari konsep kepentingan berkomunikasi
antara seorang pemimpin dengan ahli-ahlinya. Selain itu, para pengawas akan
menyedari bagaimana pentingnya komunikasi melalui penggunaan perkataan yang
betul dan gerak-geri yang sejajar dalam menjalankan tugas sebagai pengawas.
Objektif:
1. Memahami pentingnya kemahiran mendengar dalam proses berkomunikasi.
2. Mewujudkan kepentingan komunikasi dua hala antara pemimpin dan ahli-
ahlinya.
3. Menyedari pentingnya komunikasi pemimpin melalui penggunaan perkataan
yang betul dan gerak-geri yang sejajar.
4. Memberi kesedaran kepada pemimpin tentang pentingnya mendengar
pendapat dari ahli-ahlinya.
Perlaksanaan Aktiviti:
1. Semua peserta duduk dalam bulatan, setiap peserta diberi dua helai kertas A4.
2. Fasilitator memberi arahan berikut, untuk dilukis oleh peserta. Peserta tidak
dibenarkan bertanya. Arahan diulangi dua kali sahaja.(Lampiran 3)
a) Lukis satu bulatan.
b) Dalam bulatan itu lukis tiga bulatan kecil.
c) Di atas bulatan lukis sebuah bentuk segiempat sama.
d) Di kiri dan kanan bulatan buat dua garis panjang yang selari dan satu
bulatan di hujung.
e) Di bawah bulatan tadi, lukis segi empat tepat.
f) Di bawah segiempat tepat, lukis 4 garis lurus panjang ke bawah dan dua
bulatan di hujung empat pasang garis panjang tadi.
3. Setelah semua ahli selesai melukis fasilitator akan meminta mereka meletakkan
lukisan tersebut di tepi dan di terbalikkan.
3. Di atas kertas lain, peserta diminta melukis kali kedua dengan arahan yang sama
tetapi kali ini mereka dibenarkan bertanya.
4. Peserta diminta meletakkan kedua-dua lukisan mereka dihadapan masing-masing.
5. Peserta diminta membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan lukisan contoh.
Mereka digalakkan memberi maklumbalas berkenaan perasaan mereka sewaktu
melukis kali pertama dan kali kedua.
6. Fasilitator mengaitkan aktiviti ini dengan peranan peserta sebagai pemimpin,
pendengar dan pemberi respon yang menggalakkan pada masa berinteraksi dan
berbual dengan rakan.
Falsafah modul:
1. Kesukaran berkomunikasi sehala antara pemimpin dengan ahli yang lain iaitu
ahli hanya menerima arahan tanpa diberi kesempatan menyoal boleh
menimbulkan berbagai-bagai perasaan negatif di kalangan ahli.
2. Komunikasi sehala oleh pemimpin menyebabkan mesej berubah dan tidak
tepat. Oleh itu hasil yang diperolehi adalah mengikut tafsiran sendiri.
Aktiviti 4
Tajuk : Boleh percaya ke!
Masa : 40 minit
Alatan : Laptop, kerusi, akhbar lama, benang gunting dan kain penutup
mata.
Masa aktiviti : Pertengahan program
Sinopsis :
Modul ini memberi kesedaran tentang pentingnya arahan di dalam sesuatu organisasi.
Bukan mudah untuk menyampaikan maklumat kerana dunia hari ini mempunyai
pelbagai dugaan dan rintangan yang perlu dihadapi oleh setiap manusia.
Objektif:
2.1 Melahirkan pelajar yang memberi fokus kepada pemimpin.
2.2 Menerapkan sikap memberi arahan yang berkesan sebagai seorang
pemimpin.
2.3 Menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai
pemimpin.
2.4 Menimbulkan kesedaran agar percaya kepada pemimpin.
2.5 Menyedarkan pemimpin agar membimbing ahli dengan baik.
Kumpulan sasaran :
pengawas sekolah.
Perlaksanaan aktiviti :
1. Pelajar dipecahkan kepada dua kumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu menghantar wakil sebagai ketua.
3. Mata setiap ahli kumpulan ditutup kecuali ketua dan mereka diminta untuk
berpegang kepada benang agar sentiasa dapat bersama kumpulan.
4. Arahan diberi kepada ketua sahaja iaitu, mereka perlu membawa setiap
ahli kumpulan yang telah ditutup matanya ke destinasi yang telah
ditetapkan oleh fasilitator dengan menggunakan suara sahaja dan tidak
boleh menyentuh ahli.
5. Fasilitator akan menyusun kerusi, menggumpal akhbar lama, dan
memasang lagu dengan nada sederhana dan kuat secara berperingkat untuk
mengganggu arahan yang diberikan oleh ketua.
6. Fasilitator akan menggunting benang yang dipegang oleh ahli supaya ahli
berpecah dari kumpulannya.
7. Permainan tamat apabila masa yang diberikan telah habis dan ketua yang
berjaya membawa ahli paling ramai ke destinasi yang dianggap sebagai
pemenang.
Falsafah modul:
1. Halangan wujud di mana sahaja, sebagai pemimpin yang baik kita perlu
berusaha melepasinya untuk membantu ahli kumpulan dengan semangat
dan ketabahan.
2. Kehidupan memerlukan kita saling bekerjasama dan tolong menolong
untuk hidup dengan bahagia.
3. Setiap pemimpin tidak boleh mengambil kesempatan di atas kelemahan
ahli yang dipimpin.
4. Setiap ahli perlu mempercayai pamimpin agar segala maklumat yang
disampaikan bukan dari sumber yang tidak dipercayai.
5. Kejujuran amat penting sebagai pemimpin.
Warisan
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
c/o Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan
Cinta ini
Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan.
Ziana Zain Ziana Zain Ziana Zain Ziana Zain
Mas Idayu Mas Idayu Mas Idayu Mas Idayu
Amy searchAmy search Amy search Amy search
M daud Kilau M daud Kilau M daud Kilau M daud Kilau
Saloma Saloma Saloma Saloma
Saloma Saloma Saloma Saloma
Ziana Zain Ziana Zain Ziana Zain Ziana Zain
Mas Idayu Mas Idayu Mas Idayu Mas Idayu
M daud Kilau M daud Kilau M daud Kilau M daud Kilau
Amy search Amy search Amy search Amy search
top related