akademi darul qur an darul huffaz -...
Post on 23-May-2018
288 Views
Preview:
TRANSCRIPT
AKADEMI DARUL QUR’AN DARUL HUFFAZ PUSAT BIMBINGAN UMMAH KAMPAR, PERAK DARUL RIDZUAN
www.adarulhuffaz.com
AKADEMI DARUL QUR’AN DARUL HUFFAZ PUSAT BIMBINGAN UMMAH KAMPAR, PERAK DARUL RIDZUAN No 1807, Jalan Intan, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan
Email : fkummah@streamyx.com | HOTLINE : 05-4666428 | www.adarulhuffaz.com
Tuan Sri/Puan Sri, Dato’ Sri/Datin Sri, Dato’/Datin, Tuan/Puan,
Muslimin/Muslimat, Saudara/Saudari
Kepada Sesiapa Yang Berkenaan, 24hb Febuari 2012
Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN DANA (WAKAF/ZAKAT/INFAQ)
Merujuk kepada perkara di atas, saya Ustaz Hj Ahmad Mahfuz Bin Hj Amin selaku Mudir
di Akademi Darul Huffaz Darul Quran, Pusat Bimbingan Ummah (PBU) dengan rendah
hati ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk membantu memberikan
sumbangan dana. Sumbangan ini adalah untuk membantu meringankan beban dan
tanggungan kami untuk membiayai pembelian asrama di PBU.
2. Untuk makluman, PBU telah berjaya mendapatkan hak milik dua buah
bangunan asrama yang diberi nama Asrama Khadijah dan Asrama Maimunah.
Bangunan asrama tersebut telah digunakan semenjak 10 tahun lalu sebagai kediaman
penuntut Kem Warga Emas, asrama pelajar perempuan Kem Tahfiz Bulanan & Tahunan
& penempatan anak-anak yatim. Pemilikan bangunan asrama tersebut adalah melalui
sumbangan wakaf dan pinjaman dari orang awam dan pihak-pihak tertentu yang
berjumlah RM 285,000 dimana RM 70,000 adalah dari sumbangan wakaf dan bakinya
RM 215,000 adalah pinjaman.
3. Mengikut perancangan awal, pihak PBU ingin menjelaskan pinjaman yang
diberikan tersebut dengan secepat mungkin. Walaubagaimanapun, terdapat
kekangan dan halangan yang menyebabkan kami tidak mampu untuk berbuat
demikian. Oleh yang demikian, saya merayu kepada mana-mana individu untuk
menghulurkan sumbangan atau wakaf bagi menyelesaikan masalah tersebut.
4. Selain daripada itu, kami juga ingin memohon jasa baik dari pihak tuan/puan
untuk memberikan bagi menyiapkan dewan serbaguna untuk aktiviti pelajar yang
masih terbengkalai. Kosnya adalah dianggarkan sebanyak RM 25,000. Untuk
makluman, pihak kami baru sahaja membina sebuah dewan belajar bagi
menampung bilangan pelajar yang ramai. Dengan terbinanya dewan tersebut
diharapkan akan menambahkan lagi keselesaan pelajar yang menyertai kem ini.
5. Dengan ihsan, saya sekali lagi merayu dan berharap agar pihak tuan/puan
dapat memanjangkan hasrat kami ini kepada sanak saudara dan sahabat handai
untuk membantu pihak PBU dengan seikhlas hati. Sehubungan dengan itu, kepada
setiap individu atau pihak tertentu yang berhasrat memberikan sumbangan wakaf
bolehlah berhubung terus dengan Ustaz Hj Ahmad Mahfuz ( 019-4220428) atau
menyalurkan sumbangan/wakaf tersebut terus ke akaun seperti yang tertera di bawah.
Perhatian dan jasa baik pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Nama Akaun : PUSAT BIMBINGAN UMMAH
Akaun : MAYBANK
No Akaun : 558042800170
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar
,
SENARAI KOS KERJA-KERJA PEMBINAAN DAN BAIK PULIH
DI DEWAN UTAMA DARUL HUFFAZ BANDAR BARU KAMPAR
BIL PEKARA AMAUN
1. Memasang Atap Owning dan Pintu Pagar Besi Dewan RM 4,200.00
2. Memasang 3 Pintu Pagar Besi Dewan RM 1,400.00
3. Cat bahagian dalam Dewan RM 2,500.00
4. Belian Jubin Lantai Dewan (1504 keping) RM 6,617.00
5. Memasang Paip di bilik wudhu Dewan RM 240.00
6. Memasang Kipas LWD 20’ di bilik masak Dewan RM 360.00
JUMLAH RM 15,317.00
BAYARAN UPAH KERJA-KERJA PEMBINAAN DAN BAIK-PULIH
DI DEWAN UTAMA DARUL HUFFAZ BANDAR BARU KAMPAR
BIL. PEKARA AMAUN
1. Memasang jubin lantai Dewan Solat 3,000 kaki persegi
dengan kadar RM1.20 sekaki persegi. RM 3600.00
2. Memasang dinding batu bata di sekeliling dewan yang
tebuka kadar upah secara borong RM 650.00
3. Memasang batu bunga sebanyak 252 ketul di sekeliling
dewan solat dengan kadar upah RM1.50 perunit RM 378.00
4. Membina rak kasut dengan kadar upah 50% dari nilai
barang RM 357.24
5. Memasang dan membina penutup longkang dengan
kadar upah 50% dari nilai bahan RM 204.40
6. Memasang kepala paip wuduk kadar upah secara borong RM 180.00
7. Memasang tabir bilik mandi wanita di dua blok asrama RM 150.00
8. Membina tempat wuduk dewan solat secara borong RM 320.00
JUMLAH RM 5,839.64
RINGKASAN PERBELANJAAN DAN KOS KESELURUHAN
BIL. PEKARA AMAUN
1. JUMLAH KOS PEMBELIAN BARANGAN RM 15,317.00
2. JUMLAH BAYARAN UPAH KERJA RM 5,839.64
JUMLAH KESELURUHAN RM 21,156.64
DEWAN UTAMA AKADEMI DARUL QUR’AN DARUL HUFFAZ YANG MASIH PROSES BAIK PULIH DAN PENYELENGGARAAN
top related