aimi amalia binti suibisi kandungan bab tajuk muka surat pengisytiharan i pengakuan penyelia ii...
Post on 03-Aug-2021
12 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MEMINIMUMKAN SISA BAHAN BINAAN DI TAPAK BINA
AIMI AMALIA BINTI SUIB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
iii
MEMINIMUMKAN SISA BAHAN BINAAN DI TAPAK BINA
AIMI AMALIA BINTI SUIB
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
2016
iv
v
DEDIKASI
Bimillah... Bersyukur ke atas Ilahi dikurniakan kekuatan untuk
menyiapkan tesis ini. Alhamdulillah setelah berjuang dan diberi
pelbagai ujian sepanjang menyiapkan tesis ini, akhirnya
berjaya..
Khas Buat,
Abah dan Ibu tercinta yang membesarkan dan mendidik saya sehinggalah saya
menjadi siapa saya pada hari ini,
Terima Kasih di atas segala pengorbanan dan sokongan kalian berdua,
Kepada adik beradik saya kalianlah pembakar semangatku.
Kepada Penyelia PSM dan Pensyarah-Pensyarah UTM
Terima kasih diatas segala ilmu yang dicurahkan.
Juga Kepada,
Rakan seperjuangan, Nadia, Yasmin, Ernie, Ika, Atul, dan Seha serta seluruh rakan
sekelas
Dan kepada S.A saya tunggu awak tau.
Terima kasih diucapkan kerana telah membantu saya dalam apa jua keadaan
sepanjang menjalankan pengajian bersama-sama,
Semoga persahabatan antara kita akan kekal selama-lamanya
Terima kasih kerana sentiasa berada di belakang saya menyokong perjuangan
saya.
ga yang tersayang
vi
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi, akhirnya telah berjaya menyiapkan Projek
Sarjana Muda (PSM) ini dengan sempurnanya.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada juga kepada
penyelia projek sarjana muda iaitu Dr. Zuhaili bin Mohamad Ramly yang selama ini
telah banyak membimbing saya dan menyalurkan maklumat mengenai projek sarjana
muda ini. Tidak dilupakan juga kepada pihak lain yang terlibat secara tidak langsung
yang sebenarnya banyak membantu saya dalam menyiapkan tesis ini. Ribuan terima
kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah-pensyarah lain yang memberi tunjuk ajar
dan bantuan kepada saya.
Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih di atas budi kalian dalam dalam
membantu menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada ahli
keluarga saya yang telah banyak menyokong saya untuk menyiapkan tesis saya ini
dengan memberikan kata-kata peransang agar saya tetap berusaha menyiapkan tesis
ini.
This study was carried out to determine good study habit within Faculty of
Built in Environment, University Technology Malaysia as well as to find out the
effects of having good study habit. A total of 30 people which consisted of students
from 2SBEC, Degree of Science in Construction, were selected to be the respondents
of the study. A set of questionnaire was designed to obtain the primary data from the
respondents about the study habit they practice. The overall fin
vii
ABSTRAK
Industri pembinaan merupakan salah satu sektor industri yang paling penting
di setiap negara. Aktiviti yang menyebabkan wujud lebihan bahan binaan ialah aktiviti
pembinaan dan perobohan kemudian ditinggalkan tidak kira sama ada diproses atau
dalam simpanan. Pengurusan sisa bahan binaan yang tidak sistematik boleh
mendatangkan masalah kepada persekitaran, kesihatan dan keselamatan kepada
pekerja binaan dan orang awam secara amnya. Oleh itu, objektif bagi kajian ini
dijalankan untuk mengenalpasti jenis sisa bahan binaan yang lazim di tapak bina,
punca berlakunya pembaziran di tapak bina dan kaedah yang sering dipraktikkan oleh
kontraktor untuk meminimakan sisa bahan binaan. Responden adalah terdiri daripada
wakil-wakil kontraktor gred G7 yang terlibat dengan projek pembinaan bangunan di
sekitar Johor Bahru iaitu seperti pengurus projek, jurutera tapak, penyelia tapak dan
jurutera awam. Sebanyak 96 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak dan
hanya 30 yang boleh digunapakai untuk tujuan analisis. Perisian SPSS 20.0 dan
Microsoft Excel 2010 digunakan untuk analisis data manakala kaedah analisis pula
menggunakan min skor dan Relative Important Index (RII). Jenis bahan binaan yang
menjadi penyumbang utama kepada kenaikan peratusan sisa bahan binaan di tapak
pembinaan adalah konkrit. Punca pembaziran paling utama adalah kekerapan dalam
perubahan rekabentuk, tetapi secara keseluruhannya faktor utama membawa kepada
pembaziran adalah berpunca daripada faktor pekerja. Kaedah paling utama bagi
meminimakan sisa bahan binaan di tapak bina yang kerap diaplikasikan oleh pihak
kontraktor adalah komunikasi yang baik dengan klien. Komunikasi yang baik dapat
mengelakkan perubahan pada reka bentuk ketika fasa pembinaan. Penemuan ini akan
membantu dalam mengenalpasti faktor yang utama dan kaedah yang efektif dalam
menangani masalah pengurusan sisa bahan binaan di Malaysia dan secara tidak
langsung meningkatkan kualiti pembinaan di negara ini.
viii
ABSTRACT
The construction industry is one of the most important industry in a country. It
also a major contributor to environmental issue such as waste and disposal of waste.
The causes of surplus construction materials from construction and demolition
activities that were later will abandoned whether it will be processed or keep in
storage. Unsystematic waste management can causes a problem to the environment,
health and safety of construction workers and so to the public at large. Therefore
regarding to the issues, the objective of this study is to identify the type of construction
materials that are prevalent in the construction site, the causes of the waste at the
construction site and the method that often practiced by contractors to minimize the
construction wastes. Respondents are selected from contractors grade G7 that involved
in building projects located in Johor Bahru such as project managers, site engineers,
site supervisors and civil engineers. A total of 96 questionnaires were distributed
randomly and only 30 valid samples were analysed. SPSS 20.0 and Microsoft Excel
2010 were used for data analysis. The analytical methods was used are mean score and
Relative Important Index (RII). Types of construction materials which are major
contributors to the increasing in construction materials waste at construction sites is
concrete. The findings of the study showed that the main cause of construction material
waste is the frequency of changes in design, but overall the main factor leading to the
wastage is caused by their workers. Good communication with the client is the most
important methods for minimizing construction material waste. Good communication
can prevent often changes to the design during the construction phase. These findings
will help in identifying the main factors and methods that are effective in addressing
the problem of construction materials waste management in Malaysia and indirectly
improve the quality of construction in the country.
ix
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGISYTIHARAN i
PENGAKUAN PENYELIA ii
PENGESAHAN iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRACT vii
ABSTRAK viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI APPENDIX xvi
1 PE N D AH UL U AN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Skop Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Metodologi Kajian 7
1.6.1 Pengumpulan Data 8
1.6.2 Data Primer 8
1.6.3 Data Sekunder 8
x
1.6.4 Carta Alir Metodologi Kajian 9
1.7 Kajian-kajian Lepas 10
2 KA J I AN L ITE RAT U R 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Definisi Sisa Binaan 12
2.3 Meminimakan Sisa Binaan 12
2.4 Jenis sisa Bahan Binaan yang Lazim di Tapak Bina 15
2.4.1 Konkrit 18
2.4.2 Kayu 18
2.4.3 Batu Baur 19
2.4.4 Pasir 21
2.4.5 Mortat 21
2.4.6 Batu Bata 21
2.4.7 Besi Tetulang 22
2.4.8 Jubin 23
2.5 Punca Berlakunya Pembaziran Sisa Binaan 23
2.5.1 Reka Bentuk 24
2.5.2 .Pengendalian 25
2.5.3 Pekerja 27
2.5.4 Pengurusan 28
2.5.5 Keadaan Tapak Bina 29
2.5.6 Perolehan 30
2.5.7 Luaran 31
2.6 Pengurusan Sisa Pembinaan 32
2.6.1 Pencegahan Dan Pengurangan Sisa 33
2.6.2 Guna Semula Sisa 34
2.6.3 Kitar Semula dan Pemerolehan Semula Sisa 36
2.6.4 Pelupusan Sisa 36
2.7 Rumusan 37
3 METO DOLO GI KA J IA N 3 8
3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 39
3.3 Pengumpulan Data 40
3.3.1 Kaedah Pengumpulan Data 41
xi
3.4 Populasi Kajian dan Kaedah Persampelan 42
3.4.1 Populasi Kajian 42
3.4.2 Kaedah Persampelan 43
3.5 Instrumen Kajian 44
3.6 Borang Soal Selidik 45
3.7 Kaedah Penganalisaan 46
3.7.1 Perisisan Statistical Package For Social Science (SPSS
20.0) dan Microsoft Excel 2010 47
3.7.2 Julat Indeks 47
3.7.3 Relative Important Index (RII) 48
3.8 Interprestasi Data 49
3.8.1 Jadual 49
3.8.2 Graf 49
3.9 Kesimpulan dan Cadangan 50
3.10 Rumusan 52
4 A N AL ISIS DATA 5 3
4.1 Pengenalan 53
4.2 Maklumat Am Responden 54
4.2.1 Jumlah Responden 54
4.2.2 Pengalaman terlibat dalam industri pembinaan 55
4.3 Dapatan kajian terhadap jenis sisa bahan binaan yang
sering dibazirkan di tapak bina 56
4.4 Dapatan kajian bagi punca berlakunya pembaziran bahan
binaan di tapak bina 61
4.4.1 Reka Bentuk 65
4.4.2 Pengendalian 66
4.4.3 Pekerja 67
4.4.4 Pengurusan 68
4.4.5 Keadaan Tapak 69
4.4.6 Perolehan 70
4.4.7 Luaran 71
4.4.8 Relative Important Index (RII) bagi punca pembaziran
bahan binaan 76
4.4.8.1 Pekerja 78
xii
4.4.8.2 Luaran 79
4.4.8.3 Perolehan 79
4.4.8.4 Pengendalian 79
4.4.8.5 Rekabentuk 80
4.4.8.6 Pengurusan 80
4.4.8.7 Keadaan Tapak 80
4.5 Dapatan kajian terhadap kaedah yang dipraktikkan oleh
pihak kontraktor dalam meminimakan sisa bahan binaan
81
4.5.1 Rekabentuk 84
4.5.2 Pengendalian 85
4.5.3 Pekerja 86
4.5.4 Pengurusan 87
4.5.5 Keadaan Tapak 88
4.5.6 Perolehan 89
4.5.7 Luaran 90
4.5.8 Relative Important Index (RII) bagi kaedah
meminimakan sisa bahan binaan 95
4.5.8.1 Rekabentuk 97
4.5.8.2 Keadaan Tapak 97
4.5.8.3 Perolehan 98
4.5.8.4 Pengurusan 98
4.5.8.5 Pekerja 98
4.5.8.6 Pengendalian 99
4.5.8.7 Luaran 99
4.6 Rumusan 99
5 KE SI MPUL A N D AN C AD A N GA N 1 0 0
5.1 Pengenalan 100
5.2 Kesimpulan setiap objektif kajian 101
5.2.1 Mengenalpasti jenis sisa bahan binaan yang lazim di
tapak bina 101
5.2.2 Mengenalpasti punca berlakunya pembaziran bahan
binaan di tapak bina 102
xiii
5.2.3 Mengenalpasti kaedah meminimakan sisa bahan binaan
yang dipraktikkan oleh kontraktor 103
5.3 Masalah yang Dihadapi 104
5.4 Cadangan dan Penyelidikan Lanjutan 104
R U J U KAN
B IBLI O GRA FI
L A MPI RA N
xiv
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
2.1 Hierarki Pengurusan Pepejal 14
2.2 Kedudukan bagi jenis bahan binaan 17
2.3 Jenis-jenis batu baur mengikut kumpulan 20
3.1 Kaedah Pemerolehan Data 41
4.1 Penglibatan respoden dalam industri pembinaan 55
4.2 Min Skor bagi setiap jenis bahan binaan yang sering
menyumbang kepada pembaziran di tapak bina telah dikenal
pasti
57
4.3 Julat Indeks bagi jenis bahan binaan yang sering di bazirkan 58
4.4 Kedudukan mengikut keutamaan jenis bahan binaan yang
sering dibazirkan di tapak bina
59
4.5 Kedudukan jenis bahan binaan mengikut tahap penjanaan
sisa yang berbeza menggunakan kaedah Relative Important
Index (RII)
60
4.6 Min Skor punca berlakunya pembaziran bahan binaan di
tapak bina
61
4.7 Julat indeks bagi punca pembaziran bahan binaan berlaku 64
4.8 Kedudukan bagi setiap punca pembaziran bahan binaan di
tapak bina mengikut keutamaan
65
4.9 Punca pembaziran bahan binaan di tapak bina daripada segi
pengendalian
66
4.10 Punca pembaziran bahan binaan dari segi faktor pekerja 67
4.11 Punca pembaziran bahan binaan dari segi faktor pengurusan 68
xv
4.12 Punca pembaziran bahan binaan di tapak bina daripada segi
faktor keadaan tapak
69
4.13 Punca pembaziran bahan binaan di tapak bina daripada segi
faktor perolehan
70
4.14 Punca pembaziran bahan binaan di tapak bina daripada segi
faktor luaran
71
4.15 Kedudukan secara keseluruhan punca pembaziran bahan
binaan di tapak bina
72
4.16 Relative Important Index (RII) bagi punca pembaziran bahan
binaan
76
4.17 Kedudukan bagi setiap kumpulan punca pembaziran
menggunakan kaedah Relative Important Index (RII)
78
4.18 Nilai min skor bagi setiap kaedah yang dipraktikkan oleh
pihak kontraktor dalam meminimakan sisa bahan binaan dari
rekabentuk.
81
4.19 Julat indeks bagi kaedah meminimakan sisa bahan binaan 84
4.20 Kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi rekabentuk 84
4.21 Kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi
pengendalian
85
4.22 Kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi pekerja 86
4.23 Kaedah meminimakn sisa bahan binaan dari segi pengurusan 87
4.24 Kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi keadaan
tapak
88
4.25 Kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi perolehan 89
4.26 Kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi luaran 90
4.27 Kedudukan bagi setiap kaedah meminimakan sisa bahan
binaan mengikut keutamaan
91
4.28 Relative Important Index (RII) bagi kaedah meminimakan
sisa bahan binaan
95
4.29 Kedudukan bagi setiap kumpulan kaedah meminimakan sisa
bahan binaan dengan menggunakan kaedah Relative
Important Index (RII)
97
xvi
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Carta Alir Metodologi Kajian 9
2.1 Carta Bar nilai Min Jenis Penjanaan Sisa Bahan Binaan 16
2.2 Jenis-jenis batu bata 22
2.3 Hierarki pengurusan sisa pepejal. 32
3.1 Carta Alir Metodologi Kajian 51
4.1 Carta pai jumlah responden yang menjawab borang soal
selidik
55
4.2 Carta pai penglibatan responden dalam industri pembinaan 56
xvii
SENARAI SINGKATAN
BS - British Standard
CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
IBS - Industrial Building System
JIT - Just In Time
MS - Malaysian Standard
xviii
SENARAI APPENDIX
APPENDIX TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik
B Surat Kebenaran
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Begum et al, (2007) industri pembinaan merupakan salah satu sektor
industri yang paling penting di setiap negara. Di dalam Rancangan Malaysia ke-10,
Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Pengarah Perdana Menteri (2015) menyatakan
pertumbuhan ekonomi yang kukuh untuk tempoh yang berterusan telah meningkatkan
kapasiti dan mendorong perkembangan pesat sektor pembinaan di Malaysia.
Sepanjang tahun 2015, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Pengarah Perdana Menteri
(2015) juga telah mendapati sektor pembinaan dianggar menyumbang sebanyak 4.5%
kepada KDNK di dalam RMke-10 berbanding RMke-9, hanya 3.7% . Berdasarkan
peningkatan dalam penyumbangan sektor pembinaan kepada ekonomi negara, ia
menunjukkan bahawa berlakunya kepesatan pembangunan dalam negara ini.
Seiring dengan kepesatan pembangunan di negara Malaysia, penggunaan
bahan binaan juga turut meningkat dan pembaziran sisa binaan juga turut berlaku
(Osmani,2012). Bagi meminimakan pembaziran sisa binaan dan mengurangkan kos
bahan binaan, pengurusan sisa binaan yang bersistematik seharusnya dilaksanakan.
2
Hal ini kerana, pengurusan sisa binaan yang lemah memberi impak yang negatif
kepada alam sekitar, kos, masa, produktiviti dan juga sosial (Osmani,2012).
Berdasarkan portal rasmi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan
Pembersihan Awam (2015) telah mendefinisikan sisa pepejal yang dihasilkan daripada
aktiviti pembinaan atau perobohan termasuk kerja pemajuan, penyediaan, pembaikan
atau pengubahan. Terdapat pelbagai jenis sisa binaan yang boleh ditemui ditapak bina.
Sisa binaan yang biasa ditemui di kawasan tapak bina ialah konkrit, kepingan kayu-
kayuan, batu bata, logam-logam ferus dan logam-logam bukan ferus, dan bahan binaan
lain (Shareh Musa, Shafii dan Syed Muhammad Zubir, 2009).
Aktiviti yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan menyumbang kepada
wujud lebihan bahan binaan yang membawa kepada punca berlakunya pembaziran.
Mengikut kajian Nagapan, Abdul Rahman and Asmi (2011) dan Wahab dan Lawal
(2011) perubahan rekabentuk adalah antara berlaku pembaziran bahan binaan di tapak
bina. Di samping itu, dalam kajian Nagapan, Abdul Rahman and Asmi (2011) juga
menemui punca pembaziran juga adalah daripada faktor kesilapan pekerja, faktor
cuaca yang tidak dapat dielakkan, kesilapan membuat pesanan bahan binaan serta
kelemahan dalam mengendali dan merancang stor penyimpanan barang di tapak bina.
Berbeza dengan hasil dapatan John dan Itodo (2013), pembaziran sisa binaan berlaku
berpunca daripada penyeliaan yang lemah, Penyelia tapak yang bertanggungjawab
sangat penting untuk mengawal segala gerak kerja di tapak bina. Tanpa penyeliaan
yang baik, pekerja akan berkerja sambil lewa dan bahan binaan tidak disimpan dengan
baik. Ia membawa kepada penjanaan sisa bahan binaan di tapak bina.
Terdapat pelbagai kaedah yang dapat dipraktikkan oleh pihak kontraktor untuk
mengurangkan atau meminimumkan sisa bahan binaan di tapak bina. Sebelum
menentukan kaedah yang sesuai, sebagai kontraktor perlu melihat kepada punca
berlakunya pembaziran terlebih dahulu. Antara kaedah utama yang boleh digunakan
berdasarkan Garis Panduan Sisa Pepejal PPSPPA (2014) adalah seperti penyediaan
stor simpanan yang baik untuk mengelakkan daripada kerosakan dan kecurian.
3
Seterusnya, bahan binaan hendaklah dipesan daripada pembekal mengikut keperluan
dan tidak terlalu berlebihan sehingga membawa kepada pembaziran.
Oleh itu, dalam menangani isu penjanaan sisa di tapak bina terutamanya sisa
daripada bahan binaan, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Pengarah Perdana Menteri
(2015) telah menekankan bahawa kontraktor akan diwajibkan untuk mematuhi
program pengurusan sisa sebagai sebahagian daripada keperluan dalam pensijilan
Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001 mulai Januari 2018. Inisiatif ini akan
dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan kontraktor besar dalam kategori G7
dan peraturan ini akan dikuatkuasa apabila kontraktor memperbaharui lesen tahunan
dengan CIDB (Unit Perancang Ekonomi Jabatan Pengarah Perdana Menteri, 2015).
1.2 Penyataan Masalah
Aktiviti pembinaan adalah bererti kerja-kerja berkaitan dengan pembinaan,
penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan,
pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan dan juga perobohan (CIPAA, 2012).
Berdasarkan Garis Panduan Sisa Pepejal PPSPPA (2014), sisa pembinaan terhasil
daripada aktiviti pembinaan atau perobohan, termasuk kerja pemajuan, penyediaan,
pembaikan atau pengubahsuaian. Menurut Wee dan Mohamad (2010), pengurusan
sisa pembinaan yang tidak sistematik boleh mendatangkan masalah kepada
persekitaran, kesihatan dan keselamatan pekerja-pekerja binaan.
Bagi sisa industri, jumlah sisa yang dihasilkan pada setiap hari adalah sebanyak
17,000 tan dan sebanyak 26,000 tan sisa pembinaan yang dijana setiap hari (Pelan
Strategik SWCorp 2014-2020,2014). Di Malaysia sejak dua dekad yang lalu, isu alam
sekitar menjadi lebih serius dan masalah ini perlu dibendung. Pembangunan pesat
4
seperti bangunan dan projek-projek infrastruktur telah menjadi penyumbang besar
kepada penjanaan sisa dan pelupusan haram (Begum et al., 2007).
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memaksimumkan penggunaan
tapak pelupusan sampah di Sungai Kertas, Gombak, Dengkil, Sepang dan Kuang,
Rawang bagi pembuangan sisa pepejal dari projek pembinaan di sekitar ibu negara.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, langkah itu
dapat mengatasi masalah pembuangan sampah di tapak-tapak haram yang boleh
menjejaskan kebersihan dan imej Kuala Lumpur. Terdapat lebih kurang 300 hotspot
pembuangan sisa secara haram dan 80 peratus daripadanya bermula dengan
pembuangan sisa pepejal pembinaan seperti konkrit, batu, kayu, besi dan lain-lain
bahan yang digunakan dalam industri pembinaan (A. Majid, 2014).
Seramai 68% daripada kontraktor yang dikaji melaporkan kesediaan untuk
membayar untuk perkhidmatan pengumpulan dan pelupusan sisa dan selebihnya masih
lagi tidak bersedia disebabkan tidak mampu menanggung kos pembayaran. Sejurus
daripada hal tersebut, industri pembinaan akan meningkatkan usaha dalam
mengurangkan peningkatan kos dengan pengurangan sumber, penggunaan semula dan
amalan kitar semula (Begum et al., 2007).
Dalam menangani isu pembuangan sisa ini, terdapat pelbagai cara yang boleh
dipraktikkan oleh semua pihak untuk memastikan kadar pembaziran sisa dapat
dikurangkan sekali gus dapat menjimatkan kos pelupusan serta dapat menjaga
kebersihan alam sekitar. Melihat kepada industri pembinaan, pembaziran bahan binaan
sering terjadi di tapak bina.
Che Ahmad et al. (2014) telah mengenalpasti bahawa kayu adalah bahan
binaan yang sering dibazirkan. Biasanya kayu digunakan sebagai sokongan sementara
dalam kerja-kerja konkrit, sifatnya yang mudah reput menjadikan ia sebagai bahan
5
binaan utama yang sering dibazirkan di tapak bina, walau bagaimanapun ia sering
digunakan semula selagi masih boleh digunakan.
Hasil penyelidikan John dan Itodo (2013) telah mendapati bahawa sumbangan
peratusan purata pembaziran bahan binaan terhadap “project cost overrun” adalah
antara 21-30%. Bahan binaan yang telah dikenalpasti yang sering dibazirkan adalah
mortar yang digunakan untuk kerja plastering manakala acuan keluli menduduki
ranking paling rendah di antara bahan binaan yang sering dibazirkan. Faktor utama
yang membawa kepada pembaziran bahan binaan juga dikenalpasti iaitu penyeliaan
yang lemah.
Berdasarkan kajian oleh Begum et al. (2006), bahan binaan menyumbang
kepada penjanaan kuantiti yang besar kepada sisa pembinaan. Di tapak bina 73%
daripada bahan buangan digunakan semula dan dikitar semula. Pengurangan sampah
dilaksanakan dari segi ekonomi dan juga memainkan peranan yang penting untuk
memperbaiki pengurusan alam sekitar. Penjimatan daripada penggunaan semula dan
kitar semula bahan-bahan buangan dianggarkan 2.5% daripada jumlah bajet projek.
Oleh itu, industri pembinaan boleh menjimatkan wang dengan melaksanakan amalan
meminimakan sisa di tapak bina.
Oleh itu, setelah mengenalpasti permasalahan yang berlaku, maka persoalan
yang dapat ditimbulkan bagi kajian ini adalah seperti apakah jenis sisa bahan binaan
yang lazim di tapak bina? apakah punca berlakunya pembaziran di tapak bina? dan
kaedah apakah yang sering dipraktikkan oleh kontraktor untuk meminimakan sisa
bahan binaan?
6
1.3 Objektif Kajian
Objektif Kajian ini adalah seperti berikut:-
1. Mengenalpasti jenis sisa bahan binaan yang lazim di tapak bina.
2. Mengenalpasti punca berlakunya pembaziran di tapak bina.
3. Mengenalpasti kaedah meminimakan sisa bahan binaan yang dipraktikkan
oleh kontraktor.
1.4 Skop Kajian
Skop kajian adalah tertumpu kepada pihak kontraktor pembinaan gred G7. Di
mana kajian ini mengenalpasti punca berlakunya pembaziran sisa bahan binaan di
tapak bina serta mengenalpasti kaedah untuk meminimakan sisa binaan yang sering
digunakan oleh kontraktor di kawasan Johor Bahru. Selain itu, kajian ini juga bertujuan
untuk mengenalpasti jenis sisa binaan yang lazim di tapak bina.
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi memastikan sistem pengurusan yang sistematik
dapat dilaksanakan untuk menjadikan alam sekitar bebas pencemaran serta penyakit
akibat daripada pengurusan sisa pembinaan yang sangat lemah. Apabila hal ini di
7
ambil tindakan segera, maka ia akan dapat memberi kebaikan kepada generasi akan
datan. Di samping itu, dapat membantu sektor pembinaan menjalankan kerja-kerja
pembinaan yang lebih mesra alam.
Apabila pembaziran dapat dikurangkan, ia dapat menjana ekonomi kerana kos
untuk mengendalikan sisa dan kos bahan binaan dapat dikurangkan. Bagi sektor
pembinaan pula dengan pengurangan pembaziran, penggunaan semula bahan serta
kitar semula dapat menjimatkan kos pembinaan. Adalah penting untuk meminimakan
pembaziran sisa binaan di tapak bina agar kos pembinaan dapat dikurangkan sekali
gus dapat menjaga alam sekitar.
1.6 Metodologi Kajian
Metodologi kajian merupakan suatu proses atau suatu set perkakasan bagi
melaksanakan suatu penyelidikan dan perolehan maklumat. Bagi mencapaikan
objektif bagi kajian ini, pengkaji memilikkan beberapa metodologi seperti yang
dinyatakan di bawah:-
i. Mengenalpasti jenis sisa bahan binaan yang lazim di tapak bina:
Data yang diperoleh adalah daripada soal selidik (primer).
ii. Mengenalpasti punca berlakunya pembaziran di tapak bina:
Data yang diperoleh adalah daripada soal selidik (primer).
iii. Mengenalpasti kaedah meminimakan sisa binaan yang dipraktikkan
oleh kontraktor:
Data yang diperoleh adalah daripada soal selidik (primer).
8
1.6.1 Pengumpulan Data
Peringkat pengumpulan data adalah penting bagi mendapatkan maklumat yang
dikehendaki bagi mencapai objektif yang disasarkan. Dalam kajian ini, dua jenis data
akan dikumpul, iaitu data primer dan data sekunder.
1.6.2 Data Primer
Data yang dikumpulkan melalui kaedah seperti penyelidikan, kajian kes,
pemerhatian adalah dipanggil data primer kerana ia dikumpulkan sendiri oleh
penyelidikan (Naoum, 2007). Pengumpulan data merupakan suatu pertanyaan
terhadap masalah yang telah dikenalpasti yang mana berdasarkan kepada pengkaji
suatu teori yang digubah oleh pembolehubah, diukur melalui perwakilan nombor, dan
dianalisasi menggunakan teknik stastikal. Bagi mengumpulkan data primer bagi kajian
ini, pengkaji menyediakan data set borang soal selidik untuk dijawabkan oleh respoden
bagi kajian ini.
1.6.3 Data Sekunder
Literatur merupakan salah satu bahagian yang penting dalam satu projek
kajian, Kajian ini dilakukan untuk memperluaskan lagi pengetahuan pegkaji tentang
kepentingan dalam pengurusan sisa bahan binaan di tapak bina. Sumber-sumber
rujukan termasuk buku-buku rujukan, jurnal-jurnal, keratan akhbar dan artikel.
Dengan melalui kajian ini, pengkaji dapat mengenalpasti punca berlakunya
pembaziran di tapak bina, seterusnya, mengenalpasti jenis sisa bahan binaan yang
lazim di tapak bina serta mengenalpasti kaedah meminimakan sisa binaan yang
dipraktikkan oleh kontraktor.
9
1.6.4 Carta Alir Metodologi Kajian
Rajah 1.1 Carta Alir Metodologi Kajian
Kenal pasti pernyataan
masalah
Menentukan objektif kajian
Kaedah Kajian
Pengumpulan data
Analisis data
Dapatan kajian
Kesimpulan dan Cadangan
1. Mengenalpasti jenis sisa bahan binaan
yang lazim di tapak bina.
2. Mengenalpasti punca berlakunya
pembaziran di tapak bina.
3. Mengenalpasti kaedah meminimakan sisa
binaan yang dipraktikkan oleh kontraktor.
Data Primer (Borang soal selidik diberi
kepada responden)
Menentukan skop kajian Kontraktor gred G7 di sekitar Johor.
Kaedah kuantitatif,instrumen soal selidik
(close ended), skala likert
Kaedah analisis data- SPSS 20.0, RII
Keputusan hasil daripada analisis kajian
1.Pembaziran sisa bahan binaan di tapak bina.
2. Membuang sisa binaan secara haram
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3
10
1.7 Kajian-kajian Lepas
Antara kajian-kajian lepas yang telah dijalankan adalah seperti kajian oleh
Shah Jahan Bin Omar pada tahun 2009 dari Fakulti Alam Bina. Kajian dilakukan di
sekitar Johor Bahru. Tajuk kajian tersebut adalah Pengurusan Sisa Binaan Di Tapak
Bina yang bertujuan untuk mengenalpasti kaedah pengurusan sisa pembinaan di tapak
bina, mengenalpasti komponen kos yang terlibat dalam pengurusan sisa pembinaan di
tapak bina, mengenalpasti masalah dalam pengurusan sisa pembinaan di tapak bina.
Hasil kajian telah mendapati kaedah kitar semula merupakan kaedah yang kerap
digunakan oleh pihak kontraktor untuk menguruskan sisa pembinaan. Selain itu, kajian
ini juga mendapati bahawa kos terlibat yang paling tinggi adalah kos untuk mengupah
buruh dalam melaksanakan pengurusan sisa tersebut di samping kos untuk
melupuskan sisa itu sendiri. Masalah yang utama berlaku dalam melaksanakan
pengurusan sisa pembinaan adalah peningkatan kos yang merupakan halangan utama
dalam melaksanakan pengurusan sisa pembinaan.
Kajian seterusnya bertajuk Meminimakan Pembaziran Bahan Binaan Di Tapak
Pembinaan oleh Ahmad Tarmizi Bin Md Tahir pada tahun 2011 dari Fakulti
Kejuruteraa Awam. Skop kawasan bagi kajian ini adalah di Sabah dan Johor. Objektif
bagi kajian ini adalah mengenalpasti punca pembaziran di tapak bina serta langkah-
langkah meminimakannya, mengenalpasti jenis sisa bahan binaan yang lazim serta
mengkaji pengurusan terhadadap bahan sisa yang diaplikasikan oleh kontraktor di
tapak bina secara praktikalnya. Hasil kajian bagi objektif pertama adalah punca utama
berlakunya pembaziran sisa binaan di tapak bina adalah disebabkan pengurusan bahan
yang lemah. Seterusnya bagi objektif kedua, jenis bahan binaan yang sering di
bazirkan adalah konkrit. Bagi objektif ketiga, kaedah yang sering dilakukan dalam
pengurusan bahan sisa yang diaplikasikan oleh kontraktor di tapak bina secara
praktikalnya adalah pemesanan bahan di buat mengikut perancangan.
11
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Bab 1, objektif kajian ialah untuk
mengenalpasti punca berlakunya pembaziran di tapak bina, di samping itu objektif
seterusnya adalah untuk mengenalpasti jenis sisa bahan binaan yang lazim di tapak
bina dan mengenalpasti kaedah meminimakan sisa binaan yang dipraktikkan oleh
kontraktor.
Kajian Literatur ini adalah kaedah pencarian maklumat yang didapati daripada
pembacaan, kajian dan penyelidikan lepas. Maklumat ini diperolehi dengan merujuk
kepada akhbar, majalah, buku-buku, tesis, journal, laporan-laporan, akta, internet dan
lain-lain media massa dan elektronik.
12
2.2 Definisi Sisa Binaan
Sisa pembinaan adalah bahan yang tidak diingini dihasilkan secara langsung
atau tidak langsung oleh industri pembinaan. Ini termasuk bahan binaan lengai (inert)
dan tidak mesra alam seperti konkrit, plaster, kayu, logam, pecahan jubin, batu bata,
batu, penebat, paku, pendawaian elektrik, dan juga sisa yang berasal dari tapak bina.
Sisa pembinaan adalah sisa yang berat, yang mempunyai kepadatan tinggi, dan
memerlukan ruang simpanan yang besar (Mata, Pitroda and M.Vyas, 2015).
Sisa pembinaan diklasifikasikan kepada dua jenis, pertama, bahan buangan
fizikal iaitu sisa yang dihasilkan daripada kerja-kerja pembinaan, penggalian,
pengubahsuaian, perobohan, kerja membaiki jalan dan aktiviti-aktiviti berkaitan
pembinaan lain. Kedua, sisa bukan fizikal dikenali juga sebagai non-value adding
activity yang boleh dilihat sebagai aktiviti-aktiviti yang membazir masa dan kos. Sisa
bukan fizikal juga merangkumi aktiviti-aktiviti yang tidak diingini yang boleh
menyebabkan sisa fizikal juga seperti kerja semula, pengeluaran barang-barang
berlebihan, langkah-langkah proses yang tidak diperlukan, pergerakan yang tidak
perlu oleh pekerja, masa menunggu dan kelewatan (Nagapan, Abdul Rahman and
Asmi, 2011).
2.3 Meminimakan Sisa Binaan
Pengurangan sisa telah menjadi satu isu penting dalam industri pembinaan.
(Al-Hamadani et al., 2014) Terdapat tiga strategi pengurangan atau meminimakan sisa
pepejal yang digunakan dalam projek-projek pembinaan, pertama, mengurangkan
pembaziran, kedua menggunakan semula sisa bahan, dan yang ketiga kitar semula sisa
bahan. Mengurangkan pembaziran merujuk kepada apa-apa amalan atau proses yang
13
mengelakkan, menghapuskan atau mengurangkan sisa di peringkat sumber.
Menggunakan semula dan kitar semula bahan buangan bermaksud meletakkan sisa
bahan kepada penggunaan yang berfaedah. Jika tiga strategi tidak digunakan, bahan
buangan yang dijana akan berakhir di tapak pelupusan.
Meminimakan sisa adalah salah satu tahap tertinggi yang penting untuk
mencapai pembangunan mampan. Hierarki pengurusan sisa di Malaysia adalah dengan
mengurangkan, mengguna semula, kitar semula, merawat dan melupuskan untuk
meminimumkan sisa yang dihasilkan. Sasaran Malaysia untuk dikitar semula adalah
22% daripada sisa yang dihasilkan pada tahun 2020 (Sa'adi, Ismail and Alias, 2015).
Berdasarkan kenyataan Che Ahmad et al. (2014) di dalam artikelnya, pada
dasarnya projek pembinaan mempunyai tiga amalan pengurangan sisa utama;
mengelakkan pembaziran, penggunaan semula bahan-bahan dan sisa kitar semula. Di
samping itu, mengelakkan pembaziran juga dirujuk sebagai meminimumkan sisa di
peringkat sumber. Diikuti dengan menggunakan semula dan kitar semula bahan
buangan yang merujuk kepada menggunakan semula dan kitar semula bahan-bahan
buangan, di mana mengurangkan jumlah bahan buangan yang perlu dilupuskan dan
dibebaskan ke alam sekitar. Walau bagaimanapun, penggunaan semula dan kitar
semula tidak mengelakkan penghasilan sisa tetapi adalah pendekatan untuk
mengurangkan kuantiti buangan yang akhirnya akan dilupuskan dan dirawat.
Meminimakan sisa adalah untuk memastikan kualiti yang tinggi bagi kehidupan dan
persekitaran bersih, kesihatan baik dan keselamatan yang terjamin. Jadual 2.1
menunjukkan Hierarki Pengurusan Sisa Pepejal.
14
Jadual 2.1 Hierarki Pengurusan Pepejal
Hierarchy Definition
Reduce Management of waste through reducing the production of solid waste
Reuse Reuse the material repeatedly
Recycle Production of useful material from the solid waste
Treatment When the stage of reduce, reuse, and recycle is practiced, the quantity
of wste can be minimized. The balance of the waste will be sent to the
waste treatment centre
Disposal The balance of the waste will be sent to the sanitary landfill
Berdasarkan Jadual 2.1, secara keseluruhannya ia menerangkan di peringkat
mengurangkan sisa (reduce), dalam pengurusan bahan binaan haruslah bersistematik
agar sisa dapat dikurangkan. Seterusnya, guna semula (reuse) pula adalah mengguna
semula sisa binaan yang masih boleh diguna pakai seperti bingkai tingkap daripada
bangunan yang terbiar yang masih dalam keadaan baik. Kitar semula (recycle) adalah
satu proses yang menjadikan sisa kepada sesuatu yang berguna. Dalam peringkat
rawatan (treatment), selepas selesai mengurangkan sisa (reduce), guna semula (reuse),
dan kitar semula (recycle), sisa dapat dikurangkan dari segi kuantitinya dan akan di
hantar ke pusat rawatan pelupusan. Selepas rawatan (treatment), sisa akan dilupuskan
(disposal) dengan menghantar ia ke tapak pelupusan dan ini akan mengurangkan
pelupusan sisa di tapak pelupusan kerana hanya sisa yang sepatutnya sahaja perlu
dilupuskan.
15
2.4 Jenis sisa Bahan Binaan yang Lazim di Tapak Bina
Terdapat pelbagai jenis sisa bahan binaan yang ada di tapak bina. Tam, Shen
dan Tam (2007) menjalankan kajian di Hong Kong bertujuan untuk menilai tahap
pembaziran bahan binaan yang berbeza di tapak pembinaan. Dalam menjayakan kajian
ini, 19 projek pembinaan telah dikaji di antara tahun 2003 dan 2005. Hasil kajian
mendapati sisa daripada konkrit adalah 8.99%, tetulang 7.7%, acuan, 20%, blok atau
bata 8.9%, dan jubin 15.58%. Kesimpulan daripada hasil kajian dapat menyatakan
bahawa bahan yang paling di bazirkan di tapak pembinaan di Hong Kong adalah acuan
kayu.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Shareh Musa, Shafii and Syed
Muhammad Zubir (2009), kayu adalah antara bahan-bahan binaan yang sering diguna
pakai untuk kerja-kerja pembinaan bangunan, jumlah kayu sebagai sisa binaan di
tapak bina yang paling tinggi. Kayu banyak digunakan bermula dari proses membuat
cerucuk hinggalah kepada proses pembinaan bumbung rumah. Selain itu, kayu juga
banyak digunakan sebagai acuan. Rajah 2.1 menunjukkan nilai min bagi setiap jenis
penjanaan sisa.
16
Rajah 2.1 Carta Bar nilai Min Jenis Penjanaan Sisa Bahan Binaan.
Sumber: Shareh Musa, Shafii and Syed Muhammad Zubir (2009) dalam kajian,
Potensi kitar semula dalam industri pembinaan: Kajian kes Daerah Batu Pahat, Johor
Satu kajian yang lebih terkini di Amerika Syarikat antara (2009-2010) dari
pemprosesan 20,000 tan sisa pembinaan dan perobohan telah dikenalpasti pembaziran
peratusan berikut merupakan beberapa bahan binaan; kayu 30%, konkrit 5%, kerikil,
batu baur dan pasir, 20%, dry wall 3%, bumbung asphalt 5%, logam ferus dan bukan
ferus, 9%, plastik 1%, kadbod dan kertas 3% dan pelupusan sampah 5% (Napier,
2012).
Walau bagaimanapun, terdapat kajian lain yang mendapati kayu bukan sisa
binaan yang paling tinggi di tapak bina. Hasil penyelidikan John dan Itodo (2013)
berdasarkan Rajah 2.0 telah mendapati bahawa bahan binaan yang telah dikenalpasti
yang sering dibazirkan adalah mortar yang digunakan untuk kerja-kerja plastering
manakala acuan keluli menduduki ranking paling rendah di antara bahan binaan yang
sering dibazirkan.
17
Jadual 2.2 Kedudukan bagi jenis bahan binaan
Building Materials N Mean Response Rank
Mortar from plastering/ rendering 56 3.32 1
Timber formworks 56 3.23 2
Sandcrete blocks 56 3.16 3
Concrete 56 2.79 4
Ceramic/Vitrified tiles 56 2.70 5
Clay tiles 56 2.66 6
Wood used for flooring 56 2.52 7
PVC tiles 56 2.36 8
Bricks 56 2.27 9
Fibre-cement roofing sheets 56 2.21 10
Paints 56 2.16 11
Iron bars 56 2.14 12
Long span aluminum roofing sheets 56 1.88 13
Steel formwork 56 1.50 14
Kesimpulannya, merujuk kepada kajian-kajian lepas, jenis-jenis bahan binaan
utama yang sering dibazirkan adalah konkrit, kayu, batu baur, pasir, mortar, batu bata,
besi tetulang, dan jubin. Bagi bahan-bahan lain masih juga berlaku pembaziran tetapi
peratusan sisanya adalah sangat kurang dalam pembinaan bangunan. Dalam kajian
yang akan dilakukan ini bahan binaan yang akan dipilih dalam soal selidik adalah:-
i. Konkrit
ii. Kayu
iii. Batu baur
iv. Pasir
v. Mortar
vi. Batu bata
vii. Besi tetulang
viii. Jubin
18
2.4.1 Konkrit
Menurut Shen et al. (2002), pembaziran terhadap konkrit mungkin akibat
lebihan semasa penuangan konkrit ke acuan. Penyebab lain adalah pembaziran konkrit
boleh berlaku disebabkan kuantiti yang dipesan berlebihan berbanding kuantiti
sebenar yang akan di gunakan di tapak bina (Shen et al., 2002). Perkara seperti ini
berlaku disebabkan kesilapan semasa di menganggar kuantiti atau merekabentuk
kuantiti untuk membuat pesanan.
Konkrit biasanya terdiri daripada pasir, batu baur, simen, dan air. Pembaziran
terhadap pasir, batu baur juga akan dibincangkan.
2.4.2 Kayu
Kayu biasanya diguna pakai dalam industri binaan adalah terdiri daripada kayu
yang sudah diawet. Bahan kayu digunakan untuk kerja seperti kerja struktur, rangka
pintu dan tingkap, kemasan dinding dan lantai dan kabinet. Jabatan Penghutanan
Malaysia telah mengelaskan kayu keras kepada tiga kumpulan berdasarkan
ketumpatan dan kelasakan semulajadi kayu iaitu:
i. Kayu keras berat (berketumpatan lebih daripada 880 kg/m3).
ii. Kayu keras sederhana (berketumptan antara 720kg/m3 hingga 8820
kg/m3).
iii. Kayu keras ringan (berketumpatan kurang daripada 720 kg/m3).
Pembaziran terhadap kayu biasanya berlaku semasa proses pemotongan. Pembaziran
akibat pemotongan adalah tidak boleh dielakkan kerana saiz dan bentuk kayu tidak
boleh dipesan mengikut rekabentu yang telah ditetapkan. Selain itu, pembaziran
terhadap kayu juga berlaku apabila ia disimpan di temapt yang terlindung dari sinaran
19
matahari dan hujan. Ini boleh menyebabkan kayu tersebut berubah menjadi bengkok
atau pulasan. Biasanya, kayu yang tidak digunakan lagi akan dibakar kerana itu cara
terbaik untuk melupusakannya
2.4.3 Batu Baur
Saiz batu baur yang digunakan untuk konkrit ataupun untuk kerja-kerja lain
adalah berbeza-beza saiznya daripada beberapa milimeter besar sehinggalah kepada
butir-butir yang paling halus. Batu baur umumnya dapat dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu:-
a) Batu baur halus (saiz kurang daripada 5mm)
b) Batu baur kasar (saiz lebih daripada 5mm)
Batu baur halus boleh diperolehi daripada pasir-pasir sungai atau lombong dan
daripada kuari batu. Manakala batu baur kasar pula boleh didapati daripada baut-batu
sugai atau lombong yang dinamakan sebagai batu baur tak dikisar dan juga daripada
kuari iaitu dinamakan sebagai batu baur yang dikisar.
Batu baur kasar yang diambil dari kuari adalah berbentuk bersegi dengan
saiznya yang berubah-ubah iaitu 50 mm, 37.5 mm, 25 mm, 20 mm dan 14 mm.
Manakala batu baur kasar yang diperolehi daripada sungai dan lombong pula adalah
berbentuk bulat. (MS 7.5: 1971)
Batu baur semula jadi yang terbentuk bole dikelaskan mengikut jenis
batuannya. Antara batu baur yang dimaksudkan adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 1. Kebiasannya, jenis batu baur yang sering digunakan di Malaysia adalah
terdiri dariapda batuan jenis granit, batu kapur, batu pasir dan konglomerat.
20
Jadual 2.3 Jenis-jenis batu baur mengikut kumpulan
Kumpulan Batuan Jenis Batuan
Kumpulan basalt Basalt, andesit, dolerite dan spilit
Kumpulan granit Gneis, granit dan syenit
Kumpulan batu kapur Dolomit, batu kapur dan marmar
Kumpulan batu api Chert dan batu api
Kumpulan batu pasir kasar Konglomerat, aglomerat, pasir kasar dan batu pasir
Kumpulan syis Filit, syis, sabak
Sumber: Malaysian Standard (MS 7.5:1971)
Cara penyimpanan batu baur haruslah dipantau kerana apabila batu baur sukar
diasingkan apabila sudah bercampur dengan pasir, ia sukar untuk diasingkan dan ini
akan menyebabkan ia akan dibiarkan begitu sahaja di kawasan penyimpanan dan tidak
digunakan. Pembaziran terhadap batu baur juga selalunya berlaku semasa
penghantarannya ke tapak bina.
21
2.4.4 Pasir
Pasir juga adalah bahan binaan yang terpenting. Timbunan pasir perlu sentiasa
dipantau terutamanya semasa proses penyimpanan. Timbunan pasir perlu ditutup atau
dilindung dengan kain kanvas untuk mengelakkan psir tersebut daripada terkena air
semasa hujan yang boleh menyebabkannya meleleh ke kawasan jalan dan kuantiti
pasir tersebut akan berkurang.
2.4.5 Mortat
Mortar adalah bahan yang digunakan dalam pembinaan untuk mengisi jurang
antara batu-bata dan blok. Mortar adalah campuran pasir, pengikat seperti simen atau
kapur, dan air dan dijadikan sebagai bancuhan yang kemudiannya akan menjadi keras.
Kerja melepa adalah bertujuan untuk menghasilkan kemasan pada dinding batu
bata. Semasa kerja lepaan dilakukan banyak mortar yang jatuh dan bertimbun
dibawah. Di samping itu, ada juga mortar yang telah dibacuh tetapi tidak digunakan
sepenuhnya dan akhirnya membawa kepada pembaziran.
2.4.6 Batu Bata
Batu bata ialah bahan bnaan yang berbentuk segiempat bujur. Ia dieprbuat
daripada bahan tak organic yang keras serta lasak. Saiz dan beratnya direkabentuk khas
supaya mudah dipegang dengan sebelah tangan sahaja. Ukuran panjangnya ialah dua
kali ukuran lebarnya dengan di campur tebal satu lapisan ikatan mortar serta ukuran
tebalya yang lebih kurang dua pertiga ukuran lebarnya.
22
Terdapat bermacam jenis dan bentuk batu bata yang terdapat dalam industri
pembinaan di Malaysia. Di mana, jenis dan bentuknya bergantung pada punca bahan
mentah yang digunakan, cara pengilangan dan kegunaannya.
2.4.7 Besi Tetulang
Besi tetulang adalah antara komponen bahan utama yang digunakan dalam
pembinaan bangunan struktur konkrit. Pengawalan penggunaan besi adalah sesuatu
yang sukar kerana ia melibatkan jenis dan bentuk yang bakal digunakan dalam
pembinaan. Kebanyakkan syarikat menggunakan jadual penukaran untuk menempah
besi mengikut berat yang diperlukan. Selain itu, kebanyakkan kontraktor juga membeli
bahan secara mengikut saiz dan panjang yang diperlukan (cut to size) agar dapat
mengoptimumkan penggunaan besi di tapak bina di samping dapat mengurangkan
lebihan pemotongan.
Rajah 2.2 Jenis-jenis batu bata
23
2.4.8 Jubin
Pembaziran jubin biasanya dipengaruhi oleh pelbagai peringkat pembinaan.
Pertama di peringkat reka bentuk, saiz jubin yang mungkin tidak sesuai dengan apa
yang dinyatakan dalam reka bentuk kerana pemantauan dan komunikasi yang lemah.
Dalam pada itu, sisa berlaku kerana jumlah jubin yang digunakan hanya pada saiz
kawasan yang telah ditetapkan sedangkan jubin yang dipesan melebihi permintaan.
Tambahan pula, semasa pengangkutan, jubin menjadi mudah retak, perhatian perlu
diberi lebih dalam menangani permasalahan ini.
2.5 Punca Berlakunya Pembaziran Sisa Binaan
Terdapat pelbagai punca yang membawa kepada pembaziran sisa bahan binaan
di tapak bina. Walaupun pelbagai tindakan dalam mengurangkan pembaziran sisa
binaan tetapi permasalahan ini tidak pernah selesai sehingga ke hari ini. Berdasarkan
kajian daripada Nagapan, Abdul Rahman and Asmi (2012), punca berlakuna
pembaziran sisa bahan binaan ini dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian. Oleh
itu, melalui kategori yang telah dikelaskan ini, punca-punca pembaziran sisa bahan
binaan di tapak bina dapat dilihat dengan jelas. Kategori yang telah dikelaskan adalah
seperti berikut:-
i. Reka bentuk
ii. Pengendalian
iii. Pekerja
iv. Pengurusan
v. Keadaan Tapak
vi. Perolehan
vii. Luaran
24
2.5.1 Reka Bentuk
Dalam kategori reka bentuk, antara punca yang sering menjadi penyebab utama
pembaziran sisa bahan binaan di tapak bina adalah seperti perubahan reka bentuk
terutamanya semasa pembinaan. S. Alwi, K. Hampson, and S. Mohamed (2002),
perubahan reka bentuk yang berlaku bukan kerana kesalahan kontraktor, tetapi ia boleh
berlaku dalam seni bina, struktur , paip dan saliran, atau aspek lain reka bentuk .
Perubahan reka bentuk adalah hasil daripada permintaan pemilik atau pelanggan untuk
memenuhi keperluan dan keutamaan mereka. Ghanim A Bekr (2014) berpendapat,
bahan binaan yang telah dibeli daripada pembekal berdasarkan reka bentuk asal akan
menjadi sisa jika berlaku perubahan reka bentuk jika bahan binaan tersebut tidak dapat
dijual atau dipulangkan semula kepada pembekal. Hal ini sama seperti struktur yang
telah dibina, jika berlaku perubahan pada reka bentuk, struktur tersebut perlu di
robohkan dan ini juga membawa kepada penjanaan sisa.
Di samping itu, kurangnya maklumat tentang sesuatu reka bentuk juga antara
faktor dalam pembaziran sisa bahan binaan. Seterusnya, kualiti rekabentuk juga perlu
dititk beratkan, apabila kurangnya kualiti dalam reka bentuk, ia akan menjadi punca
penghasilan sisa. S. Alwi, K. Hampson, and S. Mohamed (2002), ketiga-tiga faktor ini
adalah penyebab yang saling berkaitan dalam penghasilan sisa bahan binaan. Apabila
maklumat reka bentuk kurang, maka hasil reka bentuk juga akan terjejas kualitinya.
Peranan pereka bentuk yang berpengalaman juga adalah penting. Tanpa
pengalaman dan kemahiran yang baik, kesilapan dalam mereka bentuk akan sering
terjadi dan ini akan menjana pembaziran sisa bahan binaan. Berdasarkan hasil kajian
daripada Ekanayake dan Ofori (2004), telah mendapati antara punca pembaziran sisa
adalah daripada kelemahan daripada pereka bentuk yang tidak berpengalaman. Pereka
bentuk yang tidak berpengalaman dari segi kaedah pembinaan, proses pembinaan
berlaku dan jugak pemilihan bahan.
25
2.5.2 Pengendalian
Dari segi pengendalian pula, perkara yang membawa kepada punca
pembaziran bahan binaan di tapak bina adalah seperti tempat penyimpanan bahan yang
kurang sesuai. Kegagalan membuat perancangan yang baik untuk penyimpanan bahan
binaan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau hilang. Hal ini membawa kepada
penjanaan sisa bahan binaan di tapak bina (O.O Faniran dan G Caban, 1998).
Kenyataan ini turut disokong oleh S. Alwi, K. Hampson, and S. Mohamed (2002).
Seterusnya, pengendalian bahan yang lemah. Di dalam buku yang di tulis oleh
P.Gopalakrisnan dan M.Sundaresan (2011), terdapat panduan berkenaan pengendalian
bahan di tapak bina :
i. Operasi pengendalian hendaklah diaturkan dalam turutan logic supaya
pengendalian mempunyai arah dan bergerak lancer.
ii. Penggunaan pengaruh graviti dapat menjimatkan kos tenaga dan
minyak.
iii. Peralatan yang diguna pakai untuk pengendalian hendaklah
dipiawaikan supaya dapar digunakan secara berulang kali dan ini dapat
mengurangkan penggunaan peralatan lain.
iv. Memasukkan program baikpulih secara kerap ke atas peralatan yang
digunakan dalam pengendalian bahan supaya perjalanan masa boleh
diminimumkan.
v. Kriteria yang perlu diambil kira dalam pemilihan peralatan
pengendalian adalah seperi serba guna dan kesesuaian perlu diambil
kira. Ini kerana ia dapat meminimumkan pelaburan ke atas peralatan
pengendalian yang khas hanya untuk sesuatu tujuan sahaja.
vi. Perkara yang paling penting dalam merekabentuk sustem pengendalian
bahan binaan adalah faktor keselamatan. Sistem tersebut haruslah
mudah dan selamat untuk dikendalikan.
26
vii. Elak daripada melakukan pergerakan yang akan menyebabkan
pembaziran.
viii. Lokasi penyimpanan bahan hendaklah berada berhapiran dengan
kawasan yang menggunakan bahan tersebut untuk mengurangkan
kadar pergerakan dan meminimumkan pelaburan dalam system
pengendalian bahan.
ix. Operasi pengendalian yang tidak produktif seperti mengangkat bahan
menggunakan tali, pembebanan dan lain-lain hendaklah dikurangkan
dalam pengendalian bahan.
x. Berat setiap unit bahan yang dihantat mestilah dimaksimumkan untuk
memberi porduktiviti yang baik dalamsetiap ‘tempoh perjalanan
pengendalian.’
Apabila pengendalian bahan binaan cekap, ia akan menghasilkan satu projek
yang lebih bersistematik. Di samping itu, kos bahan binaan juga dapat dikurangkan
serta pembaziran sisa bahan binaan di tapak bina juga dapat di atasi.
Tanpa panduan yang betul dalam pengendalian bahan ia juga membawa kepada
berlaku kerosakan ketika proses penghantaran. Bahan binaan yang rosak akan
dipulangkan kembali kepada pembekal, dan proses penghantaran yang baru akan
dilakukan. Hal ini akan menjejaskan proses penghantaran kerana berlaku kelewatan.
Kelewatan dalam proses penghantaran membawa penyumbang besar kepada
sisa bukan fizikal iaitu berkaitan dengan produktiviti kerja (Nagapan, Abdul Rahman
and Asmi, 2012). Walau bagaimanapun, apabila penghantaran tidak mengikut waktu
ditetapkan, ia sedikit sebanyak mengganggu pengurusan penyimpanan bahan di dalam
stor. Seterusnya, membawa kepada penjanaan pembaziran sisa bahan binaan.
27
Kualiti bahan binaan yang rendah juga merupakan punca berlakunya
pembaziran sisa terahadap bahan binaan di tapak bina. (S. Alwi, K. Hampson, and S.
Mohamed, 2002; Ghanim A. Bekr, 2014). Kualiti bahan binaan yang kurang lebih
berisiko mengalami kerosakan dan kegagalan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti
pembinaan. Namun, walaupun berkualiti tinggi tetapi tidak disimpan di tempat yang
selamat dan sesuai, terdedah kepada cuaca, bercampur aduk dengan bersama bahan
lain, ia juga akan menjejaskan kualiti bahan tersebut.
2.5.3 Pekerja
Salah satu punca penjanaan sisa di tapak bina juga adalah berpunca daripada
kesilapan pekerja ketika melakukan kerja-kerja pembinaan. Nagapan, Abdul Rahman
dan Asmi (2011), menyatakan bahawa kesilapan pekerja berlaku akibat daripada kerja
lebih masa. Kesilapan pekerja juga menyumbang kepada sisa bukan fizikal. Sebagai
contoh, kesilapan semasa kerja-kerja konkrit boleh menyebabkan kerja semula dan ia
memakan masa. Di samping itu, kesilapan mengendalikan peralatan boleh
menyebabkan kerosakan. Ini akan menyebabkan kerja terpaksa diberhentikan dan kos
projek meningkat. Tempoh menunggu untuk baik pulih mesin membawa kepada
kelewatan. Oleh itu, ia boleh menjana banyak sisa fizikal dan bukan fizikal. Ini boleh
dielakkan dengan memilih pekerja berpengalaman dan terlatih.
Kekurangan pengambilan pekerja mahir juga menyebabkan berlaku
pembaziran di tapak bina. L. G. Garas, R. A. Anis, and E. A. Gammal (2001),
menyatakan bahawa latihan kemahiran yang tidak mencukupi terhadap pekerja
pembinaan akan membawa kepada penjanaan sisa. Hal ini menyebabkan pekerja
pembinaan akan kurang berpengalaman dalam melakukan kerja-kerja pembinaan (S.
Alwi, K. Hampson, and S. Mohamed, 2002). Sebagai contoh latihan kemahiran belia
yang dibiayai sepenuhnya oleh CIDB. Program ini telah di anjurkan oleh Akademi
Binaan Malaysia untuk golongan belia agar mempunyai kemahiran dalam kerja
pembinaan tanpa bergantung kepada tenaga kerja asing.
28
Walau bagaimanapun, dalam industri pembinaan di Malaysia ini, pengambilan
pekerja asing semakin meningkat, malahan tidak semua daripada mereka mempunyai
kemahiran dalam kerja-kerja pembinaan. Walaupun sesebuah projek mempunyai
ramai pekerja, tetapi jika bilangan pekerja mahir adalah sedikit, ia membawa kepada
produktiviti yang lemah dan berlaku penjanaan sisa bahan binaan.
Faktor seterusnya, sikap pekerja yang sambil lewa selalunya dikaitkan dengan
pekara seperti bekerja dengan lambat, malas, melawan balik arahan yang diberikan
oleh penyelia atau pengurus projek, selalu mengambil cuti dan lewat kerja ke tempat
kerja. Apabila bekerja sambil lewa, ia juga menyumbang kepada faktor berlakunya
pembaziran di tapak bina (Nagapan, Abdul Rahman and Asmi, 2012).
2.5.4 Pengurusan
Perancangan kerja dan pengurusan yang baik memberi kebaikan kepada
sesebuah projek. Proses setiap kerja akan lebih terancang dan terkawal apabila adanya
sistem perancangan dan pengurusan kerja yang sistematik. Kelemahan dalam
merancang dan mengurus akan memberi kesan kepada penangguhan kerja mungkin
disebabkan kelewatan peralatan dan bahan binaan sampai ke tapak bina. Selain itu,
berlaku kerosakan dan kehilangan bahan binaan serta pemilihan bahan binaan tidak
menemui spesifikasi yang betul (Alwi, 2003). Di samping itu, ia juga menyebabkan
kualiti penyampaian maklumat terjejas. Pekerja di tapak binaan tidak mendapat
maklumat yang baik seperti yang tercatat dalam dokumen kontrak. Sebagai contoh,
kesilapan maklumat boleh menyebabkan seorang kontraktor terpaksa memasang jubin
kali kedua disebabkan jubin yang dipasang awal tidak mengikut spesifikasi. Ini telah
menyebabkan penjanaan sisa pecahan jubin dan kerugian masa kerja (Nagapan, Abdul
Rahman and Asmi, 2012).
S. Alwi, K. Hampson, and S. Mohamed (2002), telah mengenal pasti bahawa
kaedah pembinaan yang tidak sesuai adalah salah satu penyebab penjanaan sisa.
29
Antara jenis kaedah pembinaan yang telah dinyatakan oleh Tam. et. al (2007) adalah
seperti large panel system, pre-fabrication component dan mengurangkan kerj-kerja
wet-trade iaitu seperti kerja-kerja melepa, kerja-kerja plaster dinding dan yang
berkaitan.
Faktor pengawasan yang lemah adalah merupakan faktor yang paling
signifikan dalam penjanaan sisa di sektor pembinaan. Faktor pengawasan selalunya
dipandang ringan oleh pihak pengurusan di tapak bina disebabkan jumlah penyelia
yang tidak cukup terutamanya bagi projek besar. Ini menyebabkan penyelia tidak dapat
mengawal semua perkara yang berlaku di tapak pembinaan. (Nagapan, Abdul Rahman
and Asmi, 2012).
Bagi faktor kawalan yang kurang pula, ia juga ketara menyumbang kepada
sisa fizikal. Majoriti sisa pembinaan yang dihasilkan di tapak yang tidak terkawal.
Sebagai contoh, masalah-masalah ini berkaitan dengan penghantaran bahan, kurang
kawalan dalam jumlah batu bata dihantar dan kerosakan bata semasa operasi
pemunggahan. Nilai kawalan mestilah dititikberatkan dalam pengurusan pembinaan
(Nagapan, Abdul Rahman dan Asmi, 2011).
2.5.5 Keadaan Tapak Bina
Tinggalan sisa bahan binaan di tapak adalah faktor utama yang menyumbang
kepada penghasilan sisa fizikal iaitu potongan bar keluli, formwork yang telah diguna
pakai dan batu bata pecah. Sisa ini sentiasa berlaku pada akhir projek pembinaan.
Sikap penyelia projek dan pekerja yang tidak mengambil peduli tinggalan sisa ini
membawa kepada penjanaan sisa bahan binaan (Nagapan, Abdul Rahman dan Asmi,
2011).
30
Menurut Nagapan, Abdul Rahman dan Asmi (2011) juga, faktor keadaan tapak
yang kurang baik pula adalah seperti pembinaan bangunan tinggi di tengah-tengah
bandar metropolitan yang memerlukan pengangkutan peralatan berat yang
menggunakan banyak masa. Masa ditakluki semasa proses pembinaan adalah bahan
buangan bukan fizikal. Walau bagaimanapun, apabila penghantaran tidak mengikut
waktu ditetapkan, ia sedikit sebanyak mengganggu pengurusan penyimpanan bahan di
dalam stor. Seterusnya, membawa kepada penjanaan pembaziran sisa bahan binaan.
Oleh itu, penyiasatan tapak perlu dilakukan secara sistematik dan betul
sebelum memulakan pembinaan di tapak.
2.5.6 Perolehan
Urio dan Brent (2006) telah mendapati kesilapan ketika membuat pesanan
kepada pembekal dan kesilapan dalam penghantaran adalah faktor penyumbang
kepada sisa bahan binaan di tapak bina. Sebagai contoh, apabila tersilap membuat
pesanan saiz keluli atau terlebih membuat pesanan batu bata, ia akan menyebabkan
penjanaan sisa. Hal ini juga akan berlaku jika terjadi kesilapan dalam penghantaran.
Pembekal terpaksa membuat penghantaran sekali lagi dan ini akan memakan masa. Ia
akan menggangu produktiviti kerja serta mengganggu pengurusan penyimpanan bahan
binaan di tapak bina.
Bagi kesilapan dalam membuat kajian kuantiti, Polart dan Ballard (2004)
menyatakan kesilapan dalam mengukur kuantiti bahan binaan yang diperlukan
membawa kepada lebihan bahan binaan. Ini akan menyumbang kepada penjanaan sisa
bahan binaan di tapak bina.
31
2.5.7 Luaran
Kesan cuaca menjadi faktor yang paling dominan dan berpengaruh
menyumbang kepada sisa pembinaan. Hujan lebat dengan ribut kuat merosakkan
banyak bahan-bahan pembinaan di tapak seperti kerosakan formwork, konkrit
bercampur air yang banyak dan tidak boleh digunakan lagi dan bar keluli yang akan
berkarat (Nagapan, Abdul Rahman dan Asmi, 2011).
(Nagapan, Abdul Rahman dan Asmi, 2011) Kecurian, kemalangan dn
vandalism adalah antara faktor luaran yang membawa kepada pembaziran sisa bahan
binaan di tapak bina.
Garas, Anis dan Gammal (2001) juga menyokong bahawa kecurian dan
vandalisma itu penyebab pembaziran sisa bahan binaan. Perkara seperti ini adalah
antara masalah yang sering terjadi di tapak-tapak pembinaan khasnya. Bagi mengatasi
permasalahan ini, pihak kontraktor perlu melantik beberapa orang pekerja untuk
ditugaskan dalam menjaga kawasan tapak bina terutamanya di waktu malam. Antara
bahan yang sering dicuri adalah seperti kayu, besi, wayar dan mesin-mesin pembinaan
yang mudah diangkat.
Keadaan tapak bina yang tidak teratur boleh menyebabkan kemalangan ketika
waktu bekerja dan memberi kesan kepada bahan binaan. Hal ini boleh dilihat apabila
tempat penyimpanan bahan binaan yang tidak sesuai dan menyebabkan ia jatuh lalu
membawa kepada kemalangan. Berkemungkinan bahan binaan tersebut mengalami
kerosakan dan tidak dapat digunakan lagi.
Nagapan, Abdul Rahman and Asmi (2012), sisa fizikal pembinaan boleh
terjana jika kurangnya penguatkuasaan undang-undang. Menurutnya lagi, bilangan
penguatkuasa bagi menjaga masalah sisa pembinaan masih kurang di sektor awam.
32
Selain itu, seorang responden dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
menyatakan bahawa undang-undang Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam (Akta 672) telah diwartakan pada tahun 2007, tetapi kurangnya pegawai
penguatkuasa menyebabkan banyak sisa pepejal pembinaan terhasil di kebanyakkan
tapak pembinaan di negara ini. Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang diperlukan
bagi menerapkan sikap positif kepada kontraktor dan mengawal aktiviti yang boleh
menjana sisa pembinaan.
2.6 Pengurusan Sisa Pembinaan
Rajah 2.3 Hierarki pengurusan sisa pepejal. Sumber: Garis Panduan Pengurusan Sisa
Pepejal Sisa Binaan di Tapak Bina, (2013)
Dalam pengurusan sisa pepejal pembinaan, perancangan yang teliti dan
pengawalan sumber yang cekap merupakan faktor untuk mencapai pengurusan sisa
pepejal yang cekap dan lestari. Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sisa Pepejal
Pencegahan dan Pengurangan Sisa
Guna Semula Sisa
Kitar Semula Sisa
Pemerolehan Semula Sisa
Pelupusan Sisa
Pemuliharaan sumber
yang maksimum
33
di Tapak Bina (2013), di dalam perancangan pengurusan sisa pepejal pembinaan bagi
sesuatu pembangunan, elemen 3R iaitu Reuse, Reduce dan Recycle perlu diterap dan
dimanfaatkan sebaik mungkin dengan berteraskan kepada hierarki pengurusan sisa
pepejal seperti dalam Rajah 2.3, supaya kesan daripada aktiviti pembangunan kepada
alam sekitar termasuk pembakaran terbuka dan pencemaran sumber air dan tanah
dapat dikurangkan.
Seterusnya, untuk memastikan sumber semulajadi (virgin material) bahan
pembinaan dapat digunakan secara optimum dengan mengambil kira elemen kitar
hayat (life cycle) dan seterusnya mengurangkan pembaziran kerana sisa pepejal
pembinaan mempunyai nilai kitar semula yang tinggi. Di samping itu, dapat
mengurangkan pewujudan longgokkan sisa pepejal yang dilupuskan dan menyalahi
undang-undang (illegal dumping). Selain itu, tidak memendekkan jangka hayat tapak
pelupusan dan pengurusan sumber dapat dirancang dan dikawal dengan cekap. Secara
tidak langsung dapat menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal
2.6.1 Pencegahan Dan Pengurangan Sisa
Di dalam Garis Panduan Pengurusan Sisa Pepejal Sisa Binaan di Tapak Bina
(2013) telah menyatakan pengurusan dan pengendalian bahan binaan di tapak bina
memainkan peranan yang penting dalam aspek pengurangan dan pertambahan janaan
sisa. Langkah pencegahan dan pengurangan sisa memberi banyak kelebihan dan
faedah terutamanya dari aspek kewangan kerana ia membantu mengurangkan
pembaziran pembelian bahan-bahan pembinaan dan mengurangkan pembuangan sisa
pepejal dari tapak bina (Garis Panduan Pengurusan Sisa Pepejal Sisa Binaan di Tapak
Bina, 2013). Sebagai contoh, jika kayu – kayu untuk acuan konkrit (formwork) tidak
dilindungi daripada cuaca hujan dan panas sama ada ditutup dengan menggunakan
kain kanvas atau diletakkan dibawah ruangan berbumbung, jangka hayat kayu tersebut
akan berkurangan. Ini kerana masalah kualiti bahan yang rendah kesan daripada cuaca
dan ianya tidak sesuai lagi untuk diguna pakai. Maka kayu – kayu tersebut akan
dilupuskan berbanding jika bahan binaan dijaga dan dikendalikan dengan baik. Antara
34
kaedah – kaedah yang boleh digunapakai untuk mencegah penghasilan sisa adalah
dengan memastikan:-
a) Bahan binaan yang dipesan daripada pembekal hanya mengikut keperluan bagi
mengelak terlalu banyak bekalan pembinaan di tapak
b) Penyimpanan dan pengendalian bahan binaan di tapak bina dilaksanakan
dengan betul bagi mengurangkan penghasilan bahan-bahan binaan yang rosak.
c) Selain itu, pengasingan merupakan salah satu daripada kaedah pencegahan dan
pengurangan sisa pepejal pembinaan. Pengasingan merupakan suatu proses
untuk mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula mengikut jenis dan
komponen sisa daripada sisa pepejal yang hendak dilupuskan. Ianya bertujuan
untuk meningkatkan nilai bahan yang diasingkan dan menggalakkan aktiviti
3R di tapak bina. Secara tidak langsung, ia membantu mengurangkan jumlah
sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan.
2.6.2 Guna Semula Sisa
Guna semula ialah penggunaan semula bahan terpakai, sama ada untuk tujuan
yang sama atau untuk tujuan yang lain. Melalui kaedah ini, masa, wang, tenaga dan
sumber boleh dijimatkan. Bahan yang dijana atau diselamatkan (salvaged) di tapak
bina hendaklah diguna semula seoptimum yang mungkin dan pelupusan bahan
tersebut hanya boleh dilaksanakan sebagai langkah terakhir. Inisiatif ini adalah penting
bagi memaksimumkan kecekapan penggunaan bahan tersebut, sebagai contoh:-
a) Bahan seperti tanah top soil boleh diasingkan buat sementara dan diguna
semula sebagai bahan untuk kerja - kerja landskap bagi pembangunan yang
telah siap.
b) Acuan kayu formwork daripada kerja - kerja konkrit boleh diguna berulang-
kali sebelum dilupuskan.
35
c) Sisa konkrit dan batu daripada aktiviti pemecahan (hacking) boleh diguna
semula untuk membuat tambakan ke atas tanah lembut di sekitar tapak
bina.
Bagi kerja – kerja pengubahsuaian dan perobohan, penggunaan kaedah
deconstruction atau penanggalan komponen bagi sesuatu bangunan secara terpilih
(selective dismantlement) amat digalakkan khusus untuk diguna dan dikitar semula
sama ada untuk kegunaan pembangunan yang sama atau untuk kegunaan projek
pembangunan yang lain. Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada kaedah
deconstruction adalah seperti berikut:-
a) Menggalakkan penggunaan semula sumber bahan binaan dengan kos yang
rendah, berbanding daripada dibuang atau dilupuskan.
b) Mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar akibat daripada
pengekstrakan sumber asli, pengangkutan dan penggunaan tenaga sebagai
bahan untuk pembinaan bangunan.
c) Menawarkan penjimatan kos pembinaan kerana deconstruction mampu
mengurangkan kos pelupusan.
Contoh komponen yang boleh diselamatkan melalui kaedah deconstruction
adalah seperti batu-bata, jubin bumbung, kekuda bumbung (roof truss), bingkai pintu,
bingkai tingkap dan sebagainya. Teknik ini boleh dimasukkan ke dalam penyata
kaedah (method statement) dengan komponen – komponen yang hendak di tanggalkan
dikenalpasti dan ditandakan di tapak. Ia mampu menyumbang kepada kadar guna dan
kitar semula yang tinggi bagi pembangunan yang hendak dilaksanakan.
36
2.6.3 Kitar Semula dan Pemerolehan Semula Sisa
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk
menghasilkan produk yang baru, ia membantu mengurangkan bahan buangan,
mengurangkan penggunaan bahan mentah baru dan mengurangkan penggunaan tenaga
(Garis Panduan Pengurusan Sisa Pepejal Sisa Binaan di Tapak Bina, 2013). Kitar
semula sisa pepejal boleh dijalankan sama ada di dalam tapak bina (on-site) atau di
luar tapak (off-site) seperti di fasiliti kitar semula atau kilang memproses bahan –
bahan termasuk kayu, logam dan plastik. Sebagai contoh:-
a) Sisa daripada lebihan simen konkrit boleh diguna dan dikitar semula untuk
membuat blok konkrit (concrete block).
b) Sisa daripada pemotongan logam tetulang (reinforced steel) boleh dikitar semula
secara off-site dengan cara melebur dan bahan ini mampu menghasilkan produk
lain yang lebih bernilai tinggi.
2.6.4 Pelupusan Sisa
Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sisa Pepejal Sisa Binaan di Tapak
Bina (2013), pelupusan ialah proses terakhir bagi sesuatu bahan atau sumber yang
tidak boleh diguna dan dikitar semula. Sisa tersebut akan dilupuskan ke tapak
pelupusan atau mana - mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang dibenarkan oleh
Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Contohnya, sisa yang
dilupuskan adalah sisa baki pembinaan yang dijana daripada aktiviti pembersihan
tapak selepas sesuatu pembangunan siap dibina.
Berdasarkan kajian literatur tentang punca berlakunya pembaziran sisa dan
kaedah-kaedah dalam meminimakan sisa pembinaan, antara kaedah-kaedah yang telah
37
dikenal pasti untuk dinyatakan dalam borang soal selidik sebagai soalan kepada
responden adalah:-
a) Bahan binaan yang dipesan daripada pembekal mengikut perancangan dan
keperluan.
b) Penyimpanan dan pengendalian bahan binaan di tapak bina dengan betul.
c) Pengasingan sisa pepejal yang boleh dikitar semula mengikut jenis dan
komponen sisa daripada sisa pepejal yang hendak dilupuskan.
d) Amalan penggunaan semula sisa acuan kayu (formwork) daripada kerja -
kerja konkrit secara berulang-kali sebelum dilupuskan.
e) Penggunaan kaedah deconstruction atau penanggalan komponen bagi
sesuatu bangunan secara terpilih (selective dismantlement) untuk diguna
semula atau dikitar semula.
f) Melantik pegawai keselamatan dan alam sekitar menguruskan isu berkaitan
sisa pembinaan.
2.7 Rumusan
Kepentingan kajian literatur dilakukan adalah dalam membantu untuk mencari
idea dan maklumat bagi menjalani penyelidikan. Berdasarkan maklumat yang didapati
melalu kajian literatur, ia akan digunakan sebagai soalan di dalam borang soal selidik
untuk diedarkan kepada responden. Kaedah kajian yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat daripada responden adalah melalui kaedah soal selidik. Ia
akan diterangkan secara terperinci di dalam Bab 3.
38
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, perkara yang akan dibincangkan adalah tentang metodologi
yang sesuai untuk diguna pakai sepanjang kajian ini dijalankan. Metodologi kajian
kajian adalah alat-alat dan teknik untuk melakukan penyelidikan. Penyelidikan adalah
satu istilah yang digunakan secara liberal untuk sebarang penyiasatan yang bertujuan
untuk mendedahkan fakta menarik atau baru (Nicholas Walliman, 2004).
Kajian dalam istilah biasa merujuk kepada pencarian ilmu. Di samping itu,
penyelidikan juga dikenalpasti sebagai carian saintifik dan sistematik untuk maklumat
penting tentang topik tertentu. Sebenarnya, kajian adalah satu seni penyiasatan
saintifik. (Kothari, 2004). Menurut Kumar (2011) pula, setelah meneliti beberapa
definisi tentang kajian, maka beliau telah menyimpulkan bahawa kajian adalah satu
proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir maklumat untuk menjawab
persoalan kajian.
39
Persoalan kajian adalah perkara yang timbul di peringkat awal kajian setelah
mengenal pasti permasalahan yang berlaku. Setelah wujudnya persoalan kajian, maka
terbentuklah objektif bagi kajian ini. Terdapat tiga objektif bagi kajian ini, pertama
adalah mengenalpasti punca berlakunya pembaziran di tapak bina. Kedua adalah untuk
mengenalpasti jenis sisa bahan binaan yang lazim di tapak bina dan seterusnya
mengenalpasti kaedah meminimakan sisa binaan yang dipraktikkan oleh kontraktor.
Maka, bagi mencapai objektif kajian ini, penyelidikan yang dibuat haruslah
mengikuti beberapa skop kaedah tertentu yang ditetapkan dalam metodologi. Ia adalah
bertujuan untuk mendapatkan dan memperolehi data-data bagi mencapai objektif yang
telah ditetapkan pada peringkat awal kajian dalam Bab 1.
Oleh itu, antara aspek-aspek yang akan dibincangkan dalam topik ini adalah
jenis reka bentuk kajian yang digunakan, kaedah pengumpulan data, sampel dan
populasi kajian, jenis instrumen kajian, penkstrukturan borang soal selidik dan kaedah
menganalisa data.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Hasil kajian ditentukan oleh kaedah dan reka bentuk kajian yang digunakan
manakala reka bentuk kajian pula ditentukan berdasarkan objektif kajian yang hendak
dicapai. Secara ringkasnya, berdasarkan kenyataan daripada Kumar (2008), reka
bentuk kajian adalah pelan logik dan sistematik disediakan untuk mengarahkan satu
kajian penyelidikan. Selain itu, reka bentuk kajian juga adalah struktur konsep di mana
penyelidikan dijalankan dan ia merupakan rangka tindakan bagi pengumpulan,
pengukuran dan analisis data.
40
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif jenis kajian tinjauan.
Tujuan kajian jenis tinjauan dipilih adalah ia bersesuaian untuk mendapatkan
maklumat bagi objektif-objektif untuk kajian ini. Melalui kajian jenis tinjauan ini,
penyelidik dapat menjalankan tinjauan atau soal-selidik kepada sampel atau
keseluruhan populasi bagi memperihalkan sikap, pandangan, perlakuan, atau ciri-ciri
populasi. Kajian ini telah dijalankan di kalangan kontraktor binaan gred G7 di sekitar
Johor.
3.3 Pengumpulan Data
Peringkat ini merupakan peringkat yang penting dalam memastikan objektif
kajian tercapai. Data-data yang diperolehi melalui peringkat ini akan digunakan dalam
peringkat analisis data. Data terbahagi kepada dua iaitu data primer dan data sekunder.
Jadual 3.1 menunjukkan kaedah pemerolehan data yang akan diguna pakai
bagi kajian ini.
41
Jadual 3.1 Kaedah Pemerolehan Data
Objektif kajian Kaedah perolehan data
i. Mengenalpasti jenis sisa bahan binaan
yang lazim di tapak bina.
Data yang diperoleh adalah daripada
soal selidik (primer).
ii. Mengenalpasti punca berlakunya
pembaziran di tapak bina.
Data yang diperoleh adalah daripada
soal selidik (primer).
iii. Mengenalpasti kaedah meminimakan
sisa binaan yang dipraktikkan oleh
kontraktor.
Data yang diperoleh adalah daripada
soal selidik (primer).
3.3.1 Kaedah Pengumpulan Data
i) Data Primer
Data yang dikumpulkan melalui kaedah seperti penyelidikan, kajian kes,
pemerhatian adalah dipanggil data primer kerana ia dikumpulkan sendiri oleh
penyelidikan (Naoum, 2007). Data primer diperolehi dalam kajian ini dan kaedah yang
digunakan untuk memperolehi data tersebut ialah dengan menggunakan satu set soal-
selidik yang dibangunkan. Soal-selidik akan diedarkan kepada responden kajian yang
terdiri daripada kontraktor gred G7 sekitar Johor. Borang soal-selidik diedarkan secara
terus melalui serahan tangan dan juga melalui pos. Maklumat yang diperolehi daripada
data primer penting bagi membantu pengkaji membuat kesimpulan terhadap tajuk
kajian.
ii) Data Skunder
Selain daripada data primer, pengumpulan maklumat berkaitan kajian juga
dilakukan melalui data sekunder. Pengumpulan data sekunder memberikan
42
penerangan atau interpretasi daripada sumber-sumber rujukan atau pandangan
pengkaji-pengkaji yang lain, dimana maklumat yang diperolehi tersebut berperanan
sebagai sumber sokongan kepada persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan oleh
pengkaji di dalam penyelidikan. Ia lebih dikenali sebagai kajian literatur.
Untuk kajian ini, data sekunder didapati melalui pencarian bahan-bahan
daripada sumber-sumber rujukan seperti jurnal, buku-buku rujukan, tesis-tesis lepas,
di Perpustakaan Sultan Zanariah (PSZ) dan Pusat Sumber Fakulti Alam Bina serta
melalui pengaksesan internet.
3.4 Populasi Kajian dan Kaedah Persampelan
3.4.1 Populasi Kajian
Kajian dijalankan di projek-projek pembinaan sekitar kawasan Johor sahaja.
Lokasi sekitar Johor dipilih bagi mengetahui peratusan atau kedudukan keutamaan
jenis sisa bahan binaan di tapak bina, punca pembaziran sisa bahan binaan serta tahap
kaedah pengurusan sisa pembinaan yang dipraktikaan di kawasan ini.
Kajian ini dijalankan ke atas syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB
sahaja. Bagi kajian ini, syarikat kontraktor yang berdaftar tersebut telah difokuskan
kepada kontraktor daripada gred G7, kategori B. Maklumat-maklumat gred, kategori
dan pengkhususan bagi kontraktor yang dipilih tersebut adalah merujuk seperti yang
dinyatakan oleh CIDB (2015) di dalam “Buku Keperluan Dan Prosedur Pendaftaran
Kontraktor” :
43
a) Gred – Kontraktor Gred G7 mempunyai keupayaan dalam menender atau
menjalankan kerja melibatkan kos tidak melebihi dan melebihi RM
10,000,000.00 serta tiada had.
b) Kategori - berkategori (B) untuk menjalankan projek pembinaan bangunan
sahaja.
Pemilihan gred, kategori dan pengkhususan ini dipilih kerana organisasi ini
terlibat dengan banyak projek-projek pembinaan bangunan yang bersaiz lebih
kompleks dan kos yang besar (CIDB, 2015). Maka, adalah menjadi kepentingan dan
kewajaran kajian ini dijalankan bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkaitan
pengurusan sisa binaan yang diamalkan kontraktor di tapak mengikut keutamaannya.
Ia juga merupakan faktor yang menentukan kejayaan bagi kontraktor Gred G7.
3.4.2 Kaedah Persampelan
Kaedah persampelan yang digunalan ialah sampel rawak kelompok cluster
sampling iaitu sampel dipilih berdasarkan rumpunan populasi. Melalui kaedah ini,
penyelidik menggunakan pembahagian lokasi atau institusi di mana sampel berada
terlebih dahulu sebagai kelompok. Sehubungan itu, responden adalah daripada
kontraktor Gred G7 yang terlibat dengan industri pembinaan di sekitar Johor.
Jumlah kontraktor gred G7 di sekitar Johor yang masih aktif adalah berjumlah
seramai 377. Mengikut daripada kaedah persampelan oleh Krejcie dan Morgan (1970),
jumlah borang soal selidik yang harus diperoleh adalah sebanyak 186. Walau
bagaimanapun, untuk peringkat projek sarjana muda ini, jumlah maklum balas yang
minima adalah sebanyak 30 (UTM Thesis Manual, 2015).
44
Oleh itu, responden seramai 96 daripada kalangan kontraktor gred G7 di sekitar
Johor dipilih secara rawak untuk kajian ini dan borang soal-selidik akan diedarkan
kepada mereka. Jumlah responden itu ditentukan berdasarkan faktor kos dan masa
serta tahap relevan kerana jumlah maklum balas daripada responden masih boleh
mencapai tahap minima yang ditetapkan oleh UTM Thesis Manual 2015. Proses
tersebut dijangka mengambil masa selama sebulan bagi borang soal-selidik yang
diedarkan melalui pos. Manakala pengedaran soal-selidik melalui serahan tangan dan
emel kepada responden juga dijalankan. Dengan cara ini dapat mengumpul balik
jumlah borang soal-selidik yang dijangka dan dalam jangka masa yang munasabah.
3.5 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan bagi kajian ini adalah borang soal selidik
berskala likert. Skala likert adalah jenis borang soal selidik yang sering digunakan
(Marlow, 2001). Borang soal selidik digunakan bagi memperoleh data-data dan
seterusnya data ini akan dikumpulkan untuk dianalisis bagi memenuhi serta mencapai
objektif yang dikehendaki.
Kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan data secara praktikal daripada
responden dengan mengetahui pendapat, persepsi dan sikap mereka terhadap sesuatu
isu. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini
diperolehi.
Jenis format soalan yang digunakan dalam borang soal selidik adalah ‘closed
ended’. Jenis soalan ‘closed ended’ ini biasanya digubal untuk memudahkan
responden memilih jawapan (Othman Talib, 2013). Soalan yang terdapat dalam borang
soal selidik ini berbentuk lima skala keutamaan yang perlu dijawab oleh responden.
45
Nilai keutamaan/kekerapan responden mengikut lima skala iaitu sangat
utama/kerap, utama/kerap, sederhana utama/kerap, kurang utama/kerap dan tidak
utama/kerap dapat dihitung dan dihimpunkan berdasarkan kepada soalan-soalan yang
diberikan. Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada kontraktor-kontraktor Gred
G7 yang menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan di dalam negeri Johor Bahru
sahaja. Kesemua borang soal selidik ini akan diedarkan set soalan kepada setiap
responden iaitu dari pihak kontraktor.
3.6 Borang Soal Selidik
Borang soal selidik yang terdapat dalam kajian ini terbahagi kepada 4 bahagian
iaitu:-
Bahagian A: Maklumat latar belakang responden yang disoal selidik
Bahagian B: Soalan berkaitan dengan objektif yang pertama iaitu
mengenalpasti punca berlakunya pembaziran di tapak
bina.
Bahagian C: Soalan berkatian objektif yang kedua iaitu untuk
mengenalpasti jenis sisa bahan binaan yang lazim di
tapak bina.
Bahagian D: Soalan berkatian dengan objektif yang ketiga
mengenalpasti kaedah meminimakan sisa binaan yang
dipraktikkan oleh kontraktor.
Bagi Bahagian B, C dan D, format soalan borang soal selidik jenis (Closed
Ended) berbentuk lima skala keutamaan iaitu iaitu:-
46
1=Tidak Utama/Kerap
2=Kurang Utama/Kerap
3=Sederhana Utama/Kerap
4=Utama/Kerap
5= Paling Utama/Kerap
Bagi mempraktikkan kaedah tersebut beberapa langkah perlu dituruti iaitu
bermula dengan perancangan awal, penyediaan borang soal selidik berdasarkan data
yang diperoleh daripada kajian literatur, pemilihan responden, pengumpulan data
utama, pemindahan data, penganalisaan dan akhir sekali kesimpulan dan cadangan.
Maklumbalas yang diperolehi melalui jawapan yang dijawab oleh responden
dijangkakan akan dijadikan sebagai kayu pengukur dalam mengenalpasti jenis sisa
bahan binaan, punca berlakunya pembaziran sisa binaan serta mengenalpasti kaedah
pengurusan sisa pembinaan di tapak bina. Data-data yang diperolehi akan dianalisis
dengan terperinci dan berkesan bagi mendapatkan satu keputusan yang tepat dan
berkaitan.
3.7 Kaedah Penganalisaan
Peringkat analisis data adalah peringkat dimana data- data yang diperoleh
dianalisis dan dinilai. Melalui peringkat ini, penggunaan kaedah yang sesuai akan
disusun dan dianalisis berdasarkan data-data yang diperoleh dan diterima dari
responden melalui kajian literatur dan soal selidik yang telah dinilai serta dikaji.
Penganalisaan data bertujuan untuk memudahkan bagi membuat perbincangan,
47
kesimpulan dan mengemukakan cadangan yang bersesuaian berhubung dengan topik
yang dikaji.
3.7.1 Perisisan Statistical Package For Social Science (SPSS 20.0) dan
Microsoft Excel 2010
Bagi mencapai objektif penyelidikan, penganalisisan data terhadap maklumat
yang berkaitan telah dijalankan. Bagi memudahkan proses analisis dijalankan, perisian
komputer telah digunakan. Perisian komputer yang dimaksudkan ialah perisian
Statistical Package For Social Science (SPSS 20.0 for Windows) dan Microsoft Excel
2010. Perisian ini menganalisis data yang dikumpulkan secara statistik. Ia juga dapat
membentangkan hasil analisis dalam bentuk graf atau carta yang lebih mudah
difahami.
Dalam menganalis data berbantukan perisian SPSS 20.0 untuk menganalisis
data, pelbagai pecahan kaedah statistik dapat diaplikasikan oleh pengguna. Antaranya
ialah statistik deskriptif, analisis purata, analisis kolerasi, analisis linear model am,
klasifikasi data, analisis regresi dan banyak cara lagi. Namun, dalam penyelidikan ini
hanya kaedah kekerapan (frequency) dan juga nilai min diperlukan agar data-data
dapat diasingkan dan dapat dikelaskan mengikut keutamaan. Analisis statistik
kekerapan secara amnya menunjukkan peratusan kekerapan bagi setiap pembolehubah
atau soalan jika merujuk kepada kajian ini dan min adalah nilai mata purata bagi setiap
jenis bahan binaaan, punca serta kaedah.
3.7.2 Julat Indeks
Julat indeks berfungsi sebagai indikator untuk menentukan tahap
kepentingan bagi sesuatu variabel. Indeks dikira untuk mengkelaskan min skor
mengikut julat indeks yang terhasil. Rumus indeks adalah seperti berikut:
48
Purata perbezaan skor = Nilai skala tertinggi – Nilai skala terendah
Nilai skala yang digunakan
Indeks = Purata perbezaan skor + skor purata
3.7.3 Relative Important Index (RII)
Kaedah Relative Important Index (RII) turut digunakan bagi tujuan
menganalisis data yang diperoleh seperti kajian yang dilakukan oleh Gunduz, Nielsen
dan Ozdemir (2013). Formula yang digunakan dalam analisis ini adalah seperti yang
dinyatakan di bawah:-
Indeks relevan = 1(n1) + 2(n2) + 3(n3) + 4(n4) + 5(n5)
5(n1 + n2 + n3 + n4 + n5)
Iaitu sebagai contoh,
n1= Bilangan responden yang menjawab sangat tidak setuju
n2 = Bilangan responden yang menjawab tidak setuju
n3 = Bilangan responden yang menjawab kurang setuju
n4 = Bilangan responden yang menjawab setuju
n5 = Bilangan responden yang menjawab sangat setuju
49
3.8 Interprestasi Data
Data-data yang releven dengan kajian yang dikumpul bagi mentafsirkan apa
yang dikehendaki dalam objektif kajian. Walau bagaimanapun, penganalisan data
sahaja tidak mencukupi tanpa adanya interprestasi data.
Interprestasi data dibuat setelah analisa diajalankan. Dengan adanya analisa
dan interprestasi data maka persoalan dari objektif kajian akan terjawab. Data-data
tersebut akan di interprestasi dalam bentuk:
3.8.1 Jadual
Jadual disediakan untuk membuat perbandingan bagi melihat nilai purata untuk
setiap soalan yang di jawab oleh responden. Berdasarkan jadual tersebut perbandingan
dibuat dapat dibuat dan kedudukan bagi setiap soalan dapat dikenal pasti.
3.8.2 Graf
Setelah maklumat daripada analisis data selesai diisi di dalam jadual,
seterusnya hasil analisa tersebut di pindahkan dalam bentuk graf. Melalui graf, hasil
kajian dapat dilihat dengan lebih jelas dan menarik serta dalam bentuk lagi mudah
untuk difahami.
50
3.9 Kesimpulan dan Cadangan
Hasil dapatan daripada pengumpulan data yang telah dianalisis merupakan
suatu keputusan kajian yang membuktikan samada objektif kajian yang telah
dinyatakan pada peringkat awal kajian tercapai ataupun sebaliknya. Di samping itu,
hasil tersebut itu juga membantu dalam penyediaan cadangan berkaitan rumusan yang
rasional untuk keseluruhan kajian ini. Ekoran daripada maklumat yang terhasil
daripada kajian ini, maka dapat diketahui jenis sisa bahan binaan yang sering di
bazirkan serta puncanya. Selain itu, kaedah-kaedah dalam menguruskan sisa binaan di
tapak bina yang menjadi keutamaan yang diaplikasi oleh kontraktor-kontraktor gred
G7.
Setelah jenis sisa binaan, punca dan kaedah yang dipraktikkan dalam
menguruskan sisa binaan di tapak bina dikenal pasti, terdapat beberapa cadangan akan
dikemukan seperti usaha dalam meminimakan atau menghapuskan secara lansung sisa
bahan binaan di tapak bina. Hal ini kerana, dengan pengendalian sisa bahan binaan
yang baik, penjimatan kos bagi pihak kontraktor meningkat seterusnya memberi kesan
yang positif terhadap alam sekitar.
Walaupun pengurusan sisa pembinaan di tapak bina sering di ambil mudah,
tetapi secara tidak sedar dengan adanya pengurusan sisa pembinaan ia membawa
kepada kejayaan bagi sesebuah projek pembinaan. Dalam pada itu, dengan adanya
cadangan-cadangan yang dibuat ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan
dalam membantu pihak-pihak yang terlibat di tapak bina terutamanya kontraktor. Ia
bagi memastikan pengurusan pembinaan di tapak bina lebih efektif dan berkesan agar
projek tersebut dapat menjimatkan kos, masa dan menghasilkan produk yang
berkualliti. Rajah 3.1 menunjukkan carta alir bagi metodologi kajian yang digunakan
di dalam kajian ini.
51
Kenal pasti pernyataan
masalah
Menentukan objektif kajian
Kaedah Kajian
Pengumpulan data
Analisis data
Dapatan kajian
Kesimpulan dan Cadangan
4. Mengenalpasti jenis sisa bahan binaan
yang lazim di tapak bina.
5. Mengenalpasti punca berlakunya
pembaziran di tapak bina.
6. Mengenalpasti kaedah meminimakan sisa
binaan yang dipraktikkan oleh kontraktor.
Data Primer (Borang soal selidik diberi
kepada responden)
Menentukan skop kajian Kontraktor gred G7 di sekitar Johor.
Kaedah kuantitatif,instrumen soal selidik
(close ended), skala likert
Kaedah analisis data- SPSS 20.0, RII
Keputusan hasil daripada analisis kajian
1.Pembaziran sisa bahan binaan di tapak bina.
2. Membuang sisa binaan secara haram
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3
Rajah 3.1 Carta Alir Metodologi Kajian
52
3.10 Rumusan
Melalui Bab 3, jenis reka bentuk kajian yang digunakan, kaedah pengumpulan
data, sampel dan populasi kajian, jenis instrumen kajian, penkstrukturan borang soal
selidik dan kaedah menganalisa data dapat dikenal pasti. Ia akan memudahkan proses
penyelidikan sekali gus dapat menerangkan penggunaan setiap kaedah dan
pengambilan data secara terperinci. Dalam bab seterusnya, analisis data pula akan
dibincangkan.
53
BAB 4
ANALISIS DATA
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini merupakan kesinambungan dan lanjutan daripada bab-bab yang lepas
di mana data yang telah diperoleh akan dianalisis mengikut kaedah yang dipilih.
Seperti yang dibincangkan di dalam bab sebelum ini, kaedah yang telah digunakan
untuk memperoleh data ialah dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal
selidik diedarkan secara terus kepada responden.
Analisis ini dijalankan adalah untuk mendapatkan keputusan berkenaan jenis-
jenis sisa bahan binaan yang lazim di tapak bina, punca berlakunya penjanaan sisa
bahan binaan dan kaedah-kaedah yang sering dilaksanakan oleh pihak kontraktor
dalam meminimakan sisa bahan binaan di tapak pembinaan.
54
Dalam kajian penyelidikan ini, kajian telah dijalankan ke atas pihak kontraktor
gred G7 yang menjalankan projek pembinaan bangunan di sekitar Johor Bahru. Data-
data yang telah diperoleh daripada responden kemudiannya akan dianalisis dan ditafsir
dengan menggunakan perisian SPSS dan Microsoft Excel seperti yang telah
diterangkan dalam Bab 3 sebelum ini.
Borang soal selidik telah disediakan terlebih dahulu dan dicetak untuk
memudahkan pihak responden mengemukakan pendapat dan dapat membayangkan
secara jelas tentang objektif dan tujuan kajian ini dijalankan. Bagi memenuhi kesemua
objektif kajian, penyerahan borang soal selidik secara terus di tapak bina dilakukan
bagi mendapatkan gambaran jelas terhadap sisa bahan binaan tersebut di kawasan
tapak pembinaan. Melalui cara ini, ia akan lebih efektif dan maklumat tambahan juga
dapat diperoleh sekali gus memudahkan kerja-kerja dalam menganalisis data.
4.2 Maklumat Am Responden
4.2.1 Jumlah Responden
Responden adalah terdiri daripada wakil-wakil kontraktor gred G7 yang
terlibat dengan projek pembinaan bangunan dan di tapak bina iaitu seperti pengurus
projek, jurutera tapak, penyelia tapak, jurutera awam, serta beberapa pihak lain yang
berkaitan. Sebanyak 96 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak dan hanya 30
telah dijawab dan dikembalikan oleh responden-responden tersebut. Peratusan
bilangan responden yang memberi maklum balas adalah sebanyak 31%. Borang soal
selidik ini telah diberikan kepada responden-responden tersebut untuk menjawab
soalan bagi setiap bahagian yang telah dinyatakan.
55
Rajah 4.1 Carta pai jumlah responden yang menjawab borang soal selidik
4.2.2 Pengalaman terlibat dalam industri pembinaan
Berdasarkan data yang diperolehi, maklumat am mengenai pengalaman
responden dalam pengurusan projek pembinaan adalah seperti Jadual .4.1 Sebanyak
53% responden mempunyai pengalaman antara satu sehingga lima tahun, 1-5 tahun
dan 5-10 tahun pula sebanyak 40%. Bagi pengalaman 10 tahun dan ke atas hanya 7%
daripada 30 orang jumlah responden.
Jadual 4.1 Penglibatan respoden dalam industri pembinaan
Penglibatan No. responden Peratusan
1-5 Tahun 16 53%
5-10 Tahun 12 40%
>10 Tahun 2 7%
31%
69%
Jumlah Responden
Dipulangkan
Tidak dipulangkan
56
Rajah 4.2 Carta pai penglibatan responden dalam industri pembinaan
4.3 Dapatan kajian terhadap jenis sisa bahan binaan yang lazim dibazirkan di
tapak bina
Pada kebiasaannya, jenis sisa bahan binaan yang lazim terdapat di tapak bina
adalah seperti konkrit, kayu, batu baur, pasir, mortar, batu bata, besi tetulang dan jubin.
Jenis-jenis sisa bahan binaan ini telah dikenalpasti terlebih dahulu melalui kajian
literatur. Melalui hasil dapatan daripada kajian yang telah dilakukan, jenis bahan
binaan yang menyumbang kepada pembaziran di tapak bina dapat dikenal pasti.
57
Jadual 4.2 Min Skor bagi setiap jenis bahan binaan yang sering menyumbang kepada
pembaziran di tapak bina telah dikenal pasti
Jenis Bahan Binaan Min Skor Sisihan Piawai Kedudukan
1. Konkrit 3.27 1.081 1
2. Kayu 3.20 1.157 2
3. Batu Baur 2.87 1.106 7
4. Pasir 2.90 1.423 6
5. Mortar 3.10 1.242 4
6. Batu Bata 3.17 1.206 3
7. Besi Tetulang 2.70 1.055 8
8. Jubin 3.03 1.326 5
Julat Indeks = Min Skor Tertinggi ̶ Min Skor Terendah
Bilangan Skala Yang Digunakan
Bahagian Indeks 1
= 2.70 + 0.11
= 2.81
(2.70 – 2.81: Julat indeks bagi jenis bahan binaan ‘Penghasilan paling rendah’)
Bahagian Indeks 2
= 2.82 + 0.11
= 2.93
(2.82 – 2.93: Julat indeks bagi jenis bahan binaan ‘Penghasilan yang rendah’)
= 3.27 ̶ 2.70
5
= 0.11
58
Bahagian Indeks 3
= 2.94 + 0.11
= 3.05
(2.94 – 3.05: Julat indeks bagi jenis bahan binaan ‘Penghasilan sederhana’)
Bahagian Indeks 4
= 3.06 + 0.11
= 3.17
(3.06 – 3.17: Julat indeks bagi jenis bahan binaan ‘Penghasilan paling tinggi’)
Bahagian Indeks 5
= 3.18 + 0.11
= 3.29
(3.18 – 3.29: Julat indeks bagi jenis bahan binaan ‘Penghasilan paling tinggi’)
Jadual 4.3 Julat Indeks bagi jenis bahan binaan yang sering di bazirkan
Kategori Pengelasan
Pembaziran paling rendah 2.70-2.81
Pembaziran yang rendah 2.82-2.93
Pembaziran sederhana 2.94-3.05
Pembaziran yang tinggi 3.06-3.17
Pembaziran paling tinggi 3.18-3.29
59
Jadual 4.4 Kedudukan mengikut keutamaan jenis bahan binaan yang sering
dibazirkan di tapak bina
Jenis Bahan Binaan Min Skor Kedudukan Tahap Penghasilan
1. Konkrit 3.27 1 Pembaziran paling tinggi
2. Kayu 3.20 2 Pembaziran paling tinggi
3. Batu Bata 3.17 3 Pembaziran yang tinggi
4. Mortar 3.10 4 Pembaziran yang tinggi
5. Jubin 3.03 5 Pembaziran sederhana
6. Pasir 2.90 6 Pembaziran yang rendah
7. Batu Baur 2.87 7 Pembaziran yang rendah
8. Besi Tetulang 2.70 8 Pembaziran paling rendah
Jadual 4.4 menunjukkan nilai purata indeks bagi setiap jenis bahan binaan
yang sering dibazirkan di tapak bina. Berpandukan rajah di atas telah dapat
dikenalpasti 8 jenis bahan binaan, jenis bahan binaan yang berada di tahap
‘pembaziran sisa paling tinggi’ adalah konkrit dan kayu, Konkrit mendapat skor
tertinggi sebanyak 3.27, manakala kayu pula memperoleh min skor 3.20. Seterusnya,
bagi tahap ‘pembaziran yang tinggi’ pula adalah bahan binaan jenis batu bata iaitu
mendapat min skor 3.17 dan mortar pula mendapat min skor 3.10. Di samping itu,
merujuk kepada ‘pembaziran yang sederhana’ pula adalah bahan binaan jenis jubin.
Min skor bagi jubin adalah 3.03. Jenis bahan binaan lain yang sering dibazirkan di
tapak bina adalah pasir dan batu baur yang berada pada tahap ‘pembaziran yang
rendah’ iaitu masing-masing mempunyai min skor 2.90 dan 2.87. Jenis bahan binaan
yang mencatat min skor paling rendah serta berada pada tahap ‘pembaziran paling
rendah’ adalah besi tetulang iaitu 2.70.
60
Jadual 4.5 Kedudukan jenis bahan binaan mengikut tahap penjanaan sisa yang
berbeza menggunakan kaedah Relative Important Index (RII)
Jenis Bahan Binaan RII Kedudukan
1. Konkrit 0.65 1
2. Kayu 0.64 2
3. Batu Bata 0.63 3
4. Mortar 0.62 4
5. Jubin 0.61 5
6. Pasir 0.58 6
7. Batu Baur 0.57 7
8. Besi Tetulang 0.54 8
Berdasarkan Jadual 4.5, kedudukan bagi setiap jenis bahan binaan yang lazim
dibazirkan di tapak bina telah disusun dengan menggunakan kaedah Relative
Important Index (RII). Jenis bahan binaan yang berada di kedudukan pertama adalah
konkrit iaitu mencatat nilai RII sebanyak 0.65, manakala jenis bahan binaan di
kedudukan kedua pula adalah kayu dengan memperoleh nilai RII 0.64. Seterusnya,
bagi bahan binaan jenis batu bata pula mencatat nilai RII 0.63 iaitu berada di tempat
ketiga daripada 8 jenis bahan binaan. Selain itu, nilai RII bagi mortar pula adalah 0.62,
diikuti jubin 0.61, pasir 0.58, manakala batu baur memperoleh nilai RII 0.57. Di
kedudukan terakhir antara 8 jenis bahan binaan yangtelah dikenalpasti adalah besi
tetulang yang mempunyai nilai RII sebanyak 0.54.
61
4.4 Dapatan kajian bagi punca berlakunya pembaziran bahan binaan di tapak
bina
Jadual 4.6 Min Skor punca berlakunya pembaziran bahan binaan di tapak bina
Punca Pembaziran Min
Skor
Sisihan
Piawai
Kedudukan
Reka Bentuk
1. Kekerapan dalam perubahan
rekabentuk
3.80 1.031 1
2. Kesilapan dalam merekabentuk 2.37 0.964 5
3. Kekurangan maklumat tentang
rekabentuk
3.13 0.629 2
4. Kualiti rekabentuk yang kurang 2.90 1.125 4
5. Perekabentuk yang kurang
berpengalaman
3.07 1.112 3
Pengendalian
1. Tempat penyimpanan bahan yang
kurang sesuai
3.67 0.922 1
2. Pengendalian bahan yang lemah 3.50 1.009 2
3. Berlaku kerosakan ketika proses
penghantaran
2.47 1.074 5
4. Kualiti bahan yang kurang 3.03 1.033 3
5. Kelewatan ketika proses penghantaran 2.70 1.022 4
Pekerja
1. Kesilapan pekerja 3.30 1.119 3
2. Pekerja tidak mahir 3.40 1.221 1
3. Sikap pekerja yang sambil lewa 3.23 1.223 4
4. Latihan kemahiran yang tidak
mencukupi
3.37 0.765 2
5. Pekerja kurang berpengalaman 3.10 1.029 5
Pengurusan
62
1. Perancangan dan pengurusan yang
lemah
3.33 1.213 1
2. Kaedah pembinaan yang tidak sesuai 3.20 0.664 2
3. Kawalan yang kurang 2.87 1.074 4
4. Pengawasan yang kurang 2.77 1.073 5
5. Kualiti maklumat yang kurang 3.00 0.743 3
Keadaan Tapak
1. Keadaan tapak yang kurang baik 2.67 1.155 2
2. Tinggalan sisa bahan binaan di tapak
bina dibiarkan
2.70 1.208 1
Perolehan
1. Kesilapan ketika membuat pesanan
kepada pembekal
3.27 1.311 1
2. Kesilapan dalam membuat kajian
kuantiti
3.17 1.315 3
3. Kesilapan dalam penghantaran 3.20 1.215 2
Luaran
1. Kesan daripada cuaca 3.57 1.194 1
2. Kemalangan 3.13 1.137 3
3. Kecurian 3.30 0.952 2
4. Vandalisma 3.03 0.999 4
5. Kekurangan penguatkuasaan undang-
undang
3.00 1.313 5
63
Julat Indeks = Min Skor Tertinggi ̶ Min Skor Terendah
Bilangan Skala Yang Digunakan
Bahagian Indeks 1
= 2.37 + 0.29
= 2.66
(2.37 – 2.66: Julat indeks bagi ‘Punca paling kurang utama’)
Bahagian Indeks 2
= 2.67 + 0.29
= 2.96
(2.67 – 2.96: Julat indeks bagi ‘Punca yang kurang utama’)
Bahagian Indeks 3
= 2.97 + 0.29
= 3.26
(2.97 – 3.26: Julat indeks bagi ‘Punca sederhana utama’)
Bahagian Indeks 4
= 3.27 + 0.29
= 3.56
(3.27 – 3.56: Julat indeks bagi ‘Punca utama pembaziran’)
= 3.80 - 2.37
5
= 0.29
64
Bahagian Indeks 5
= 3.57 + 0.29
= 3.86
(3.57 – 3.86: Julat indeks bagi ‘Punca paling utama pembaziran’)
Jadual 4.7 Julat indeks bagi punca pembaziran bahan binaan berlaku
Kategori Pengelasan
Punca paling kurang utama 2.37-2.66
Punca yang kurang utama 2.67-2.96
Punca sederhana utama 2.97-3.26
Punca utama pembaziran 3.27-3.56
Punca paling utama pembaziran 3.57-3.86
65
4.4.1 Reka Bentuk
Jadual 4.8 Kedudukan bagi setiap punca pembaziran bahan binaan di tapak bina
mengikut keutamaan
Punca Pembaziran Min
Skor
Kedudukan Kategori
Reka Bentuk
1. Kekerapan dalam perubahan
rekabentuk
3.80 1 Punca paling utama
pembaziran
2. Kekurangan maklumat
tentang rekabentuk
3.13 2 Punca sederhana
utama
3. Perekabentuk yang kurang
berpengalaman
3.07 3 Punca sederhana
utama
4. Kualiti rekabentuk yang
kurang
2.90 4 Punca yang kurang
utama
5. Kesilapan dalam
merekabentuk
2.37 5 Punca paling kurang
utama
Jadual 4.8 menunjukkan punca pembaziran bahan binaan di tapak bina
daripada faktor reka bentuk. Kekerapan dalam perubahan rekabentuk adalah menjadi
‘punca paling utama pembaziran’ bahan binaan di tapak bina iaitu dengan mencatat
nilai min skor 3.80. Seterusnya, ‘punca sederhana utama’ adalah dari segi kekurangan
maklumat tentang rekabentuk (3.13), perekabentuk atau pihak yang terlibat dalam
kerja-kerja rekabentuk kurang berpengalaman (3.07). Bagi kualiti reka bentuk yang
kurang mendapat min skot 2.90 dan berada dalam kategi ‘punca yang kurang utama’.
Punca pembaziran daripada kesilapan dalam merekabentuk berada pada kategori
‘punca paling kurang utama’ iaitu mendapat min skor 2.37.
66
4.4.2 Pengendalian
Jadual 4.9 Punca pembaziran bahan binaan di tapak bina daripada segi pengendalian
Punca Pembaziran Min
Skor
Kedudukan Kategori
Pengendalian
1. Tempat penyimpanan bahan
yang kurang sesuai
3.67 1 Punca paling utama
pembaziran
2. Pengendalian bahan yang
lemah
3.50 2 Punca utama
pembaziran
3. Kualiti bahan yang kurang 3.03 3 Punca sederhana
utama
4. Kelewatan ketika proses
penghantaran
2.70 4 Punca yang kurang
utama
5. Berlaku kerosakan ketika
proses penghantaran
2.47 5 Punca paling kurang
utama
Berdasarkan Jadual 4.9, punca pembaziran bahan binaan di tapak bina juga
berpunca daripada faktor pengendalian bahan binaan. Tempat penyimpanan bahan
yang kurang sesuai dikategorikan ‘punca paling utama pembaziran’ yang menjana
sisa bahan binaan di tapak bina dengan min skor sebanyak 3.67. Bagi pengendalian
bahan yang lemah pula mencatat min skor 3.50 dan dikategorikan sebagai ‘punca
utama pembaziran’. Dari segi kualiti bahan yang kurang menjadi ‘punca sederhana
utama’ serta memperoleh min purata 2.70. Seterusnya, ‘punca yang kurang utama’
adalah kelewatan ketika proses penghantaran mendapat min skor 2.70 dan berlakunya
kerosakan ketika proses penghataran pula adalah ‘punca paling kurang utama’ iaitu
mencatat min skor hanya 2.47.
67
4.4.3 Pekerja
Jadual 4.10 Punca pembaziran bahan binaan dari segi faktor pekerja
Punca Pembaziran Min
Skor
Kedudukan Kategori
Pekerja
1. Pekerja tidak mahir 3.40 1 Punca utama
pembaziran
2. Latihan kemahiran yang tidak
mencukupi
3.37 2 Punca utama
pembaziran
3. Kesilapan pekerja 3.30 3 Punca utama
pembaziran
4. Sikap pekerja yang sambil lewa 3.23 4 Punca sederhana
utama
5. Pekerja kurang berpengalaman 3.10 5 Punca sederhana
utama
Punca-punca berlakunya pembaziran bahan binaan dari segi faktor pekerja
telah ditunjukkan di Jadual 4.10. Kategori bagi ‘punca utama pembaziran’ adalah
disebabkan pekerja tidak mahir (3.40), latihan kemahiran yang tidak mencukupi (3.37)
dan kesilapan pekerja (3.30). Selain itu, ‘punca sederhana utama’ pula adalah kerana
sikap pekerja yang sambil lewa iaitu mencatat min skor 3.23 dan pekerja kurang
berpengalaman memperoleh min skor 3.10.
68
4.4.4 Pengurusan
Jadual 4.11 Punca pembaziran bahan binaan dari segi faktor pengurusan
Punca Pembaziran Min
Skor
Kedudukan Kategori
Pengurusan
1. Perancangan dan pengurusan
yang lemah
3.33 1 Punca utama
pembaziran
2. Kaedah pembinaan yang tidak
sesuai
3.20 2 Punca sederhana
utama
3. Kualiti maklumat yang kurang 3.00 3 Punca sederhana
utama
4. Kawalan yang kurang 2.87 4 Punca yang kurang
utama
5. Pengawasan yang kurang 2.77 5 Punca yang kurang
utama
Jadual 4.11 mempersembahkan beberapa punca pembaziran bahan binaan di
tapak pembinaan daripada faktor pengurusan. Perancangan dan pengurusan yang
lemah mendapat min skor tertinggi bagi faktor ini iaitu 3.33 dan berada pada kategori
‘punca utama pembaziran’. Bagi kaedah pembinaan yang tidak sesuai dan kualiti
maklumat yang kurang pula adalah menjadi ‘punca sederhana utama’ iaitu masing-
masing mencatat nilai min skor 3.20 dan 3.00. Di samping itu, ‘punca yang kurang
utama’ yang membawa kepada penjanaan sisa bahan binaan di tapak bina pula adalah
kawalan yang kurang (2.87) dan pengawasan yang kurang (2.77).
69
4.4.5 Keadaan Tapak
Jadual 4.12 Punca pembaziran bahan binaan di tapak bina daripada segi faktor
keadaan tapak
Punca Pembaziran Min
Skor
Kedudukan Kategori
Keadaan Tapak
1. Tinggalan sisa bahan binaan di
tapak bina dibiarkan
2.70 1 Punca yang
kurang utama
2. Keadaan tapak yang kurang baik 2.67 2 Punca yang
kurang utama
Jadual 4.12 menunjukkan punca pembaziran bahan binaan di tapak bina
daripada segi faktor keadaan tapak. Bagi faktor ini, terdapat dua punca yang dapat
dikenalpasti iaitu tinggalan sisa bahan binaan di tapak bina dibiarkan dan keadaan
tapak yang kurang baik. Kedua- dua punca ini berada pada kategori ‘punca yang
kurang utama’ dan masing-masing mencatat min skor 2.70 dan 2.67.
70
4.4.6 Perolehan
Jadual 4.13 Punca pembaziran bahan binaan di tapak bina daripada segi faktor
perolehan
Punca Pembaziran Min
Skor
Kedudukan Kategori
Perolehan
1. Kesilapan ketika membuat
pesanan kepada pembekal
3.27 1 Punca utama
pembaziran
2. Kesilapan dalam penghantaran 3.20 2 Punca sederhana
utama
3. Kesilapan dalam membuat kajian
kuantiti
3.17 3 Punca sederhana
utama
Merujuk kepada Jadual 4.13 di bawah, terdapat beberapa punca pembaziran
bahan binaan di tapak bina daripada faktor perolehan. Bagi kategori ‘punca utama
pembaziran’ adalah disebabkan kesilapan ketika membuat pesanan kepada pembekal
iaitu min skornya adalah 3.27. Manakala bagi ‘punca sederhana utama’ pula adalah
berpunca daripada kesilapan dalam penghantaran barang dari pihak pembekal (3.20)
dan kesilapan dalam membuat kajian kuantiti (3.17).
71
4.4.7 Luaran
Jadual 4.14 Punca pembaziran bahan binaan di tapak bina daripada segi faktor luaran
Punca Pembaziran Min
Skor
Kedudukan Kategori
Luaran
1. Kesan daripada cuaca 3.57 1 Punca paling utama
pembaziran
2. Kecurian 3.30 2 Punca utama
pembaziran
3. Kemalangan 3.13 3 Punca sederhana
utama
4. Vandalisma 3.03 4 Punca sederhana
utama
5. Kekurangan penguatkuasaan
undang-undang
3.00 5 Punca sederhana
utama
Jadual 4.14 menunjukkan punca pembaziran bahan biaan di tapak bina
daripada faktor luaran. Kesan dariapda cuaca mendapat min skor tertinggi antara
punca-punca yang terdapat dalam faktor ini iaitu 3.57 dan ia berada pada kategori
‘punca paling utama pembaziran’. Seterusnya, mencatat min skor 3.30 pula adalah
punca daripada kecurian yang dikategorikan ‘punca utama pembaziran’. Kemalangan
(3.13), vandalisma (3.03) dan kekurangan penguatkuasaan undang-undang (3.00)
berada pada kategori ‘punca sederhana utama’ dalam menyumbang pembaziran bahan
binaan di tapak bina.
72
Jadual 4.15 Kedudukan secara keseluruhan punca pembaziran bahan binaan di tapak
bina
Punca Pembaziran Min
Skor
Kedudukan Kategori
1. Kekerapan dalam perubahan
rekabentuk
3.80 1 Punca paling utama
pembaziran
2. Tempat penyimpanan bahan
yang kurang sesuai
3.67 2 Punca paling utama
pembaziran
3. Kesan daripada cuaca 3.57 3 Punca paling utama
pembaziran
4. Pengendalian bahan yang
lemah
3.50 4 Punca utama
pembaziran
5. Pekerja tidak mahir 3.40 5 Punca utama
pembaziran
6. Latihan kemahiran yang tidak
mencukupi
3.37 6 Punca utama
pembaziran
7. Perancangan dan pengurusan
yang lemah
3.33 7 Punca utama
pembaziran
8. Kesilapan pekerja 3.30 8 Punca utama
pembaziran
9. Kecurian 3.30 9 Punca utama
pembaziran
10. Kesilapan ketika membuat
pesanan kepada pembekal
3.27 10 Punca utama
pembaziran
11. Sikap pekerja yang sambil lewa 3.23 11 Punca sederhana
utama
12. Kesilapan dalam penghantaran 3.20 12 Punca sederhana
utama
13. Kaedah pembinaan yang tidak
sesuai
3.20 13 Punca sederhana
utama
73
14. Kesilapan dalam membuat
kajian kuantiti
3.17 14 Punca sederhana
utama
15. Kemalangan 3.13 15 Punca sederhana
utama
16. Kekurangan maklumat tentang
rekabentuk
3.13 16 Punca sederhana
utama
17. Pekerja kurang berpengalaman 3.10 17 Punca sederhana
utama
18. Perekabentuk yang kurang
berpengalaman
3.07 18 Punca sederhana
utama
19. Kualiti bahan yang kurang 3.03 19 Punca sederhana
utama
20. Vandalisma 3.03 20 Punca sederhana
utama
21. Kekurangan penguatkuasaan
undang-undang
3.00 21 Punca sederhana
utama
22. Kualiti maklumat yang kurang 3.00 22 Punca sederhana
utama
23. Kualiti rekabentuk yang
kurang
2.90 23 Punca kurang
utama
24. Kawalan yang kurang 2.87 24 Punca kurang
utama
25. Pengawasan yang kurang 2.77 25 Punca kurang
utama
26. Tinggalan sisa bahan binaan di
tapak bina dibiarkan
2.70 26 Punca kurang
utama
27. Kelewatan ketika proses
penghantaran
2.70 27 Punca kurang
utama
28. Keadaan tapak yang kurang
baik
2.67 28 Punca kurang
utama
29. Berlaku kerosakan ketika
proses penghantaran
2.47 29 Punca paling
kurang utama
74
30. Kesilapan dalam merekabentuk 2.37 30 Punca paling
kurang utama
Berdasarkan Jadual 4.15, kesimpulan yang dapat dilakukan apabila melihat
kepada sususan kedudukan bagi keseluruhan punca-punca pembaziran bahan binaan
di tapak bina adalah ‘punca pembaziran paling utama’ adalah kekerapan dalam
perubahan rekabentuk, tempat penyimpanan bahan yang kurang sesuai dan kesan
daripada cuaca. Melihat kepada perbandingan antara hasil kajian daripada Nagapan,
Abdul Rahman and Asmi (2012) dan juga hasil dapatan kajian yang diperoleh, ketiga-
tiga punca paling utama yang telah dikenalpasti turut didapati di dalam hasil kajian
mereka.
Kekerapan dalam perubahan rekabentuk adalah antara punca utama dalam
membawa kepada penjanaan sisa bahan binaan di tapak bina. Hal ini kerana, apabila
berlaku pengubahsuaian pada rekabentuk, kerja pembinaan semula akan dijalankan
dan struktur yang lama akan dirobohkan. Ia akan membawa kepada jumlah yang besar
penjanaan sisa bahan binaan seperti konkrit, batu bata serta besi tetulang.
Bagi tempat penyimpanan bahan yang kurang sesuai pula, kegagalan dalam
merancang kawasan yang sesuai untuk penyimpanan bahan binaan membawa kepada
kerosakan dan hilang. Sebagai contoh, simen yang diletakkan di kawasan terbuka akan
terdedah kepada hujan, ia akan menyebabkan simen rosak dan tidak boleh
digunapakai.
Seterusnya, punca paling utama terakhir yang akan dibincangkan adalah kesan
daripada cuaca. Faktor cuaca adalah perkara yang tidak boleh dikawal kerana ia adalah
sesuatu yang semulajadi. Faktor ini adalah penyumbang paling dominan dalam
penjanaan sisa bahan binaan. Sebagai contoh, hujan lebat menyebabkan konkrit tidak
boleh diguna lagi serta besi tetulang menjadi karat. Apabila cuaca terlalu panas,
75
bancuhan konkrit akan cepat mengeras sebelum habis digunakan dan akhirnya akan
menjadi sisa.
Bagi ‘punca paling kurang utama’, punca yang berada pada kategori ini adalah
berlaku kerosakan ketika proses penghantaran dan kesilapan dalam merekabentuk.
Berdasarkan daripada pendapat yang diberikan daripada pihak responden ketika
menjawab borang soal selidik bagi kajian ini, jika didapati berlaku kerosakan kepada
bahan binaan yang dihantar, ia akan dipulangkan kembali. Penjanaan sisa bahan
binaan secara fizikalnya adalah rendah berbanding punca-punca yang lain.
Seterusnya, kesilapan dalam merekabentuk pula adalah merekabentuk yang
tidak mengikut piawaian dan spesifikasi yang sepatutnya. Walau bagaimanapun,
menurut pendapat daripada respoden, ia jarang berlaku kerana pereka bentuk yang
dilantik semestinya seorang yang berpegalaman.
76
4.4.8 Relative Important Index (RII) bagi punca pembaziran bahan binaan
Jadual 4.16 Relative Important Index (RII) bagi punca pembaziran bahan binaan
Punca Pembaziran RII Kedudukan
Reka Bentuk
1. Kekerapan dalam perubahan rekabentuk 0.76 1
2. Kekurangan maklumat tentang rekabentuk 0.63 14
3. Perekabentuk yang kurang berpengalaman 0.61 18
4. Kualiti rekabentuk yang kurang 0.58 23
5. Kesilapan dalam merekabentuk 0.47 30
Pengendalian
1. Tempat penyimpanan bahan yang kurang sesuai 0.73 2
2. Pengendalian bahan yang lemah 0.70 4
3. Kualiti bahan yang kurang 0.61 18
4. Kelewatan ketika proses penghantaran 0.54 26
5. Berlaku kerosakan ketika proses penghantaran 0.49 29
Pekerja
1. Pekerja tidak mahir 0.68 5
2. Latihan kemahiran yang tidak mencukupi 0.67 6
3. Kesilapan pekerja 0.66 8
4. Sikap pekerja yang sambil lewa 0.65 10
5. Kurang berpengalaman 0.62 17
Pengurusan
1. Perancangan dan pengurusan yang lemah 0.67 6
2. Kaedah pembinaan yang tidak sesuai 0.64 12
3. Kualiti maklumat yang kurang 0.60 21
4. Kawalan yang kurang 0.57 24
5. Pengawasan yang kurang 0.55 25
Keadaan Tapak
1. Tinggalan sisa bahan binaan di tapak bina dibiarkan 0.54 26
77
2. Keadaan tapak yang kurang baik 0.53 28
Perolehan
1. Kesilapan ketika membuat pesanan kepada pembekal 0.65 10
2. Kesilapan dalam penghantaran 0.64 12
3. Kesilapan dalam membuat kajian kuantiti 0.63 14
Luaran
1. Kesan daripada cuaca 0.71 3
2. Kecurian 0.66 8
3. Kemalangan 0.63 14
4. Vandalisma 0.61 18
5. Kekurangan penguatkuasaan undang-undang 0.60 21
78
Jadual 4.17 Kedudukan bagi setiap kumpulan punca pembaziran menggunakan
kaedah Relative Important Index (RII)
Punca pembaziran Purata RII Kedudukan
Pekerja 0.656 1
Luaran 0.642 2
Perolehan 0.640 3
Pengendalian 0.614 4
Rekabentuk 0.610 5
Pengurusan 0.606 6
Keadaan Tapak 0.535 7
4.4.8.1 Pekerja
Punca pembaziran yang datangnya daripada faktor pekerja mendapat
kedudukan paling utama antara ketujuh-tujuh punca yang telah dapat dikenalpasti.
Pungutan nilai purata RII sebanyak 0.656 telah menunjukkan bahawa pemilihan
pekerja yang baik mempengaruhi penjanaan sisa bahan binaan di tapak bina.
berdasarkan faktor pekerja, nilai RII yang paling tinggi adalah disebabkan pekerja
yang kurang mahir (RII=0.68) manakala punca yang berada di kedudukan terakhir
pula adalah kurangnya pengalaman daripada pekerja (RII=0.62) walaupun mempunyai
kemahiran tertentu dalam melakukan sesuatu kerja.
79
4.4.8.2 Luaran
Purata RII bagi punca pembaziran daripada faktor luaran mencatat nilai
sebanyak 0.642. Nilai RII paling tinggi bagi faktor ini adalah punca daripada cuaca
(RII=0.71). Seterusnya, melihat kepada punca pembaziran daripada segi kurangnya
penguatkuasaan undang-undang pula memperoleh nilai RII terendah bagi faktor luaran
iaitu 0.60.
4.4.8.3 Perolehan
Dari segi perolehan, nilai purata RII yang diperoleh adalah 0.640. Terdapat tiga
punca pembaziran yang dikenalpasti bagi faktor perolehan ini. Bagi nilai RII tertinggi
antara tiga punca ini adalah 0.65 iaitu kesilapan ketika membuat pesanan kepada
pembekal. Di ikuti dengan punca daripada kesilapan dalam penghantaran (RII=0.64)
dan di kedudukan terakhir bagi faktor ini adalah kesilapan dalam membuat kajian
kuantiti (RII=0.63).
4.4.8.4 Pengendalian
Berada di kedudukan ke-4 daripada ketujuh-tujuh faktor yang membawa
kepada punca pembaziran bahan binaan di tapak bina adalah pengendalian iaitu nilai
purata RII 0.614. Dalam faktor ini, tempat penyimpanan bahan yang kurang sesuai
adalah punca paling utama yang mencatat RII tertinggi iaitu 0.73. Di samping itu,
unutk punca yang kurang utama dan berada di kedudukan paling rendah bagi faktor
ini adalah berlaku kerosakan ketika proses penghantaran (RII=0.49).
80
4.4.8.5 Rekabentuk
Nilai purata RII bagi faktor rekabentuk telah mencatat 0.610. Punca
pembaziran yang berada dikedudukan paling utama bagi faktor ini adalah kekerapan
dalam perubahan rekabentuk (RII=0.76). Sehubungan dengan itu, bagi punca yang
disebabkan oleh kesilapan dalam merekabentuk (RII= 0.47) pula telah mencatat nilai
RII paling yang rendah jika dibandingkan dengan punca-punca pembaziran yang lain
bagi faktor rekabentuk ini.
4.4.8.6 Pengurusan
Punca pembaziran daripada faktor pengurusan telah mendapat nilai purata RII
0.606. Melihat kepada senarai punca-punca pembaziran bagi faktor ini, kedudukan
pertama memperoleh nilai RII sebanyak 0.67 iaitu punca pembaziran disebabkan
perancangan dan pengurusan yang lemah. Di sanping itu, punca yang berada di
kedudukan terakhir bagi faktor ini adalah pengawasan yang kurang (RII=0.55).
4.4.8.7 Keadaan Tapak
Punca pembaziran dari segi faktor keadaan tapak mencatat purata RII 0.535
iaitu nilai paling rendah dan berada dikedudukan terakhir bagi ranking punca
pembaziran ini. Terdapat hanya dua punca yang dikenalpasti bagi faktor ini iaitu
tinggalan sisa bahan binaan di tapak bina dibiarkan (RII=0.54) dan keadaan tapak yang
kurang baik (RII=0.53).
81
4.5 Dapatan kajian terhadap kaedah yang dipraktikkan oleh pihak
kontraktor dalam meminimakan sisa bahan binaan
Jadual 4.18 Nilai min skor bagi setiap kaedah yang dipraktikkan oleh pihak kontraktor
dalam meminimakan sisa bahan binaan dari rekabentuk.
Kaedah Meminimakan Sisa Bahan Binaan
Min
Skor
Sisihan
Piawai
Kedudukan
Reka Bentuk
1. Komunikasi yang baik dengan klien dapat
mengelakkan perubahan pada reka bentuk
ketika fasa pembinaan.
3.37 1.326 1
2. Melantik perekabentuk berpengalaman
dalam menghasilkan rekabentuk yang
berkualiti.
2.93 1.574 2
Pengendalian
1. Penyediaan stor penyimpanan yang sesuai. 3.27 1.461 1
2. Melaksanakan strategi penghantaran secara
‘Just In Time’ (JIT).
2.90 1.125 2
3. Melantik pengurus stor untuk memantau
kaedah penyimpanan bahan yang betul oleh
pekerja.
2.87 1.634 3
4. Pemilihan bahan binaan yang berkualiti. 2.70 1.264 4
Pekerja
1. Melakukan pemantauan terhadap pekerja di
tapak bina bagi mengelakkan bekerja sambil
lewa dan menjana pembaziran bahan
binaan.
3.00 1.702 1
2. Melantik pekerja mahir. 2.97 1.426 2
3. Memberi latihan/ kursus kemahiran
mencukupi kepada pekerja.
2.83 1.341 3
Pengurusan
82
1. Penyediaan maklumat yang mencukupi dan
berkualiti seperti perincian spesifikasi bahan
untuk mengelakkan kecelaruan dan kerja
semula.
3.27 1.202 1
2. Memastikan perancangan yang baik
dilakukan sebelum proses pembinaan
seperti sumber yang mencukupi.
3.00 1.554 2
3. Melaksanakan kaedah pembinaan Industrial
Building System (IBS)
2.53 1.137 3
Keadaan Tapak
1. Perlaksanaan Housekeeping di tapak bina. 3.07 1.552 1
2. Penggalakkan penggunaan semula sisa
bahan seperti mengguna semula acuan kayu
(formwork).
3.00 1.259 2
Perolehan
1. Membuat anggaran kuantiti bahan binaan
yang diperlukan dengan baik bagi
mengelakkan pesanan berlebihan.
3.03 1.586 1
2. Membuat perancangan dalam pemesanan
bahan binaan.
3.00 1.438 2
Luaran
1. Menambah pengawal keselamatan yang
hanya tertumpu di kawasan penyimpanan
bahan binaan di tapak bina bagi
meningkatkan pengawasan.
3.03 1.245 1
2. Penguatkuasaan undang-undang perlu
diperkukuhkan bagi mengawal aktiviti yang
boleh menjana sisa pembinaan.
2.80 1.157 2
83
Julat Indeks = Min Skor Tertinggi ̶ Min Skor Terendah
Bilangan Skala Yang Digunakan
Bahagian Indeks 1
= 2.53 + 0.17
= 2.70
(2.53 – 2.70: Julat indeks bagi ‘Kaedah paling kurang dipraktikkan’)
Bahagian Indeks 2
= 2.71 + 0.17
= 2.88
(2.71 – 2.88: Julat indeks bagi ‘Kaedah yang kurang dipraktikkan’)
Bahagian Indeks 3
= 2.89 + 0.17
= 3.06
(2.89 – 3.06: Julat indeks bagi ‘Kaedah yang sederhana kerap’)
Bahagian Indeks 4
= 3.07 + 0.17
= 3.24
(3.07 – 3.24: Julat indeks bagi ‘Kaedah yang kerap’)
Bahagian Indeks 5
= 3.25 + 0.17
= 3.42
(3.25 – 3.42: Julat indeks bagi ‘Kaedah yang paling kerap’)
= 3.37 – 2.53
5
= 0.17
84
Jadual 4.19 Julat indeks bagi kaedah meminimakan sisa bahan binaan
Kategori Pengelasan
Kaedah paling kurang dipraktikkan 2.53-2.70
Kaedah yang kurang dipraktikkan 2.71-2.88
Kaedah yang sederhana kerap 2.89-3.06
Kaedah yang kerap 3.07-3.24
Kaedah yang paling kerap 3.25-3.42
4.5.1 Rekabentuk
Jadual 4.20 Kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi rekabentuk
Kaedah Meminimakan Sisa Bahan
Binaan
Min
Skor
Kedudukan Kategori
Reka Bentuk
1. Komunikasi yang baik dengan klien
dapat mengelakkan perubahan pada
reka bentuk ketika fasa pembinaan.
3.37 1 Kaedah paling
kerap
2. Melantik perekabentuk
berpengalaman dalam menghasilkan
rekabentuk yang berkualiti.
2.93 2 Kaedah yang
sederhana
kerap
Jadual 4.20 menunjukkan kaedah meminimakan sisa bahan binaan di tapak
bina dari segi reka bentuk. Kaedah yang dapat dikenalpasti dalam konteks rekabentuk
ini adalah komunikasi yang baik dengan klien dapat mengelakkan perubahan pada
rekabentuk ketika fasa pembinaan telah mendapat nilai min skor sebanyak 3.37 dan ia
dikategorikan dalam kalangan ‘kaedah paling kerap’ dilaksanakan oleh pihak
kontraktor. Manakala, dalam melantik perekabentuk atau pihak yang terlibat dalam
kerja-kerja merekabentuk yang berpengalam dalam menghasilakan rekabentuk yang
85
berkualiti pula berada pada tahap ‘kaedah yang sederhana kerap’ iaitu memperoleh
min skor 2.93.
4.5.2 Pengendalian
Jadual 4.21 Kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi pengendalian
Kaedah Meminimakan Sisa Bahan
Binaan
Min
Skor
Kedudukan Kategori
Pengendalian
1. Penyediaan stor penyimpanan
yang sesuai.
3.27 1 Kaedah yang
paling kerap
2. Melaksanakan strategi
penghantaran secara ‘Just In Time’
(JIT).
2.90 2 Kaedah yang
sederhana kerap
3. Melantik pengurus stor untuk
memantau kaedah penyimpanan
bahan yang betul oleh pekerja.
2.87 3 Kaedah yang
kurang
dipraktikkan
4. Pemilihan bahan binaan yang
berkualiti.
2.70 4 Kaedah paling
kurang
dipraktikkan
Jadual 4.21 menunjukkan kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi
pengendalian. Bagi kategori ‘kaedah yang paling kerap’ dipraktikkan adalah
penyediaan stor penyimpanan yang sesuai (3.27). Dalam melaksanakan strategi
penghantaran secara ‘Just In Time’ (JIT) pula adalah dikategorikan sebagai ‘kaedah
yang sederhana kerap’ iaitu mendapat nilai min skor 2.90. Seterusnya, dalam melatik
pengurus stor untuk memantau kaedah penyimpanan bahan yang betuk oleh pekerja
pula berada pada tahap ‘ kaedah yang kurang dipraktikkan’ iaitu mencatat nilai min
86
skor 2.87. Di samping itu, pemilihan bahan binaan yang berkualiti (2.70) pula adalah
berada pada kategori ‘kaedah paling kurang dipraktikkan’.
4.5.3 Pekerja
Jadual 4.22 Kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi pekerja
Kaedah Meminimakan Sisa Bahan
Binaan
Min
Skor
Kedudukan Kategori
Pekerja
1. Melakukan pemantauan terhadap
pekerja di tapak bina bagi
mengelakkan bekerja sambil lewa
dan menjana pembaziran bahan
binaan.
3.00 1 Kaedah yang
sederhan kerap
2. Melantik pekerja mahir. 2.97 2 Kaedah yang
sederhan kerap
3. Memberi latihan/ kursus kemahiran
mencukupi kepada pekerja.
2.83 3 Kaedah yang
kurang
dipraktikkan
Merujuk kerpada Jadua 4.22 adalah kaedah meminimakn sisa bahan binaan
dari segi pekerja. Mendapat nilai min skor tertinggi adalah 3.00 iaitu kaedah
melakukan pemantauan terhadap pekerja di tapak bina bagi mengelakkan berkeja
sambil lewa dan menjana pembaziran bahan binaan. Walau bagaimanapun, ia berada
pada kategori ‘kaedah yang sederha kerap’ dilaksanakan oleh pihak kontraktor.
Seterusnya, melantik pekerja mahir juga berada dikategori ‘kaedah yang sederhana
kerap’ dan memperoleh min skor 2.97. Bagi ‘kaedah yang kurang dipraktikkan’ adalah
dalam memberi latihan atau kursus kemahiran yang mencukupi kepada pekerja iaitu
mendapat nilai min skor 2.97.
87
4.5.4 Pengurusan
Jadual 4.23 Kaedah meminimakn sisa bahan binaan dari segi pengurusan
Kaedah Meminimakan Sisa Bahan
Binaan
Min
Skor
Kedudukan Kategori
Pengurusan
1. Penyediaan maklumat yang
mencukupi dan berkualiti seperti
perincian spesifikasi bahan untuk
mengelakkan kecelaruan dan kerja
semula.
3.27 1 Kaedah yang
paling kerap
2. Memastikan perancangan yang baik
dilakukan sebelum proses
pembinaan seperti sumber yang
mencukupi.
3.00 2 Kaedah yang
sederhana kerap
3. Melaksanakan kaedah pembinaan
Industrial Building System (IBS)
2.53 3 Kaedah yang
paling kurang
dipraktikkan
Berdasarkan Jadual 4.23, dalam pengurusan, penyediaan maklumat yang
mencukupi san berkualiti seperti perincian spesifikasi bahan untuk mengelakkan
kecelaruan dan kerja semula mencatat nilai min skor 3.27 dan dikategorikan ‘kaedah
yang paling kerap’ dipraktikkan. Di samping itu, ‘kaedah yang sederha kerap’ pula
adalah memastikan perancangan yang baik dilakukan sebelum proses pembinaan
seperti sumber yang mencukupi (3.00). Bagi ‘kaedah yang papling kurang
dipraktikkan’ adalah melaksanakan kaedah pembinaan Industrial Building System
(IBS) (2.53).
88
4.5.5 Keadaan Tapak
Jadual 4.24 Kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi keadaan tapak
Kaedah Meminimakan Sisa Bahan
Binaan
Min
Skor
Kedudukan Kategori
Keadaan Tapak
1. Perlaksanaan Housekeeping di tapak
bina.
3.07 1 Kaedah yang
kerap
2. Penggalakkan penggunaan semula
sisa bahan seperti mengguna semula
acuan kayu (formwork).
3.00 2 Kaedah yang
sederhana
kerap
Berdasarkan Jadual 4.24, dari segi keadaan tapak, perlaksanaan housekeeping
di tapak bina mendapat nilai min skor 3.07 iaitu berada pada kategori ‘kaedah yang
kerap’ dipraktikkan oleh pihak kontraktor dalam meminimakan sisa bahan binaan di
tapak pembinaan. Dalam penggalakkan penggunaan semula sisa bahan pula berada
pada kategori ‘kaedah yang sederhana kerap’ dipraktikkan kerana nilai min skor bagi
kaedah ini hanya 3.00.
89
4.5.6 Perolehan
Jadual 4.25 Kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi perolehan
Kaedah Meminimakan Sisa Bahan
Binaan
Min
Skor
Kedudukan Kategori
Perolehan
1. Membuat anggaran kuantiti bahan
binaan yang diperlukan dengan baik
bagi mengelakkan pesanan
berlebihan.
3.03 1 Kaedah yang
sederhana
kerap
2. Membuat perancangan dalam
pemesanan bahan binaan.
3.00 2 Kaedah yang
sederhana
kerap
Jadual 4.25 menunjukkan kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi
perolehan. Min skor yang tertinggi dalam kaedah ini ini adalah membuat anggaran
kuantiti bahan binaan yang diperlukan dengan baik bagi mengelakkan pesanan
berlebihan (3.03) dan ia berada pada kategori ‘kaedah yang sederhana kerap’.
Membuat perancangan dalam pemesanan bahan binaan juga dikategorikan sebagai
‘kaedah yang sederhana kerap’ dipraktikkan iaitu memiliki nilai min skor 3.00.
90
4.5.7 Luaran
Jadual 4.26 Kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi luaran
Kaedah Meminimakan Sisa Bahan
Binaan
Min
Skor
Kedudukan Kategori
Luaran
1. Menambah pengawal keselamatan
yang hanya tertumpu di kawasan
penyimpanan bahan binaan di tapak
bina bagi meningkatkan pengawasan.
3.03 1 Kaedah yang
sederhana kerap
2. Penguatkuasaan undang-undang
perlu diperkukuhkan bagi mengawal
aktiviti yang boleh menjana sisa
pembinaan.
2.80 2 Kaedah yang
kurang
dipraktikkan
Jadual 4.26 menunjukkan kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi
faktor luaran. Bagi kaedah menambah pengawal keselamatan yang hanya tertumpu di
kawasan penyimpanan bahan binaan di tapak bina baig meningkatkan pengawasan
adalah dikategorikan sebagai ‘kaedah yang sederhana kerap’ dipraktikkan dengan
mencatat nilai min skor 3.03. Manakala, bagi kaedah penguatkuasaan undang-undang
perlu diperkukuhkan bagi mengawal aktiviti yang boleh menjana sisa pembinaan pula
mendapat min skor 2.80 dan di kategorikan sebagai ‘kaedah yang kurang
dipraktikkan’.
91
Jadual 4.27 Kedudukan bagi setiap kaedah meminimakan sisa bahan binaan mengikut
keutamaan
Kaedah Meminimakan Sisa Bahan
Binaan
Min
Skor
Kedudukan Tahap
kekerapan
1. Komunikasi yang baik dengan klien
dapat mengelakkan perubahan pada
reka bentuk ketika fasa pembinaan.
3.37 1 Kaedah yang
paling kerap
2. Penyediaan stor penyimpanan yang
sesuai.
3.27 2 Kaedah yang
paling kerap
3. Penyediaan maklumat yang
mencukupi dan berkualiti seperti
perincian spesifikasi bahan untuk
mengelakkan kecelaruan dan kerja
semula.
3.27 3 Kaedah yang
paling kerap
4. Perlaksanaan Housekeeping di tapak
bina.
3.07 4 Kaedah yang
kerap
5. Membuat anggaran kuantiti bahan
binaan yang diperlukan dengan baik
bagi mengelakkan pesanan
berlebihan.
3.03 5 Kaedah yang
sederhana kerap
6. Menambah pengawal keselamatan
yang hanya tertumpu di kawasan
penyimpanan bahan binaan di tapak
bina bagi meningkatkan
pengawasan.
3.03 6 Kaedah yang
sederhana kerap
7. Melakukan pemantauan terhadap
pekerja di tapak bina bagi
mengelakkan bekerja sambil lewa
dan menjana pembaziran bahan
binaan.
3.00 7 Kaedah yang
sederhana kerap
8. Memastikan perancangan yang baik
dilakukan sebelum proses
3.00 8 Kaedah yang
sederhana kerap
92
pembinaan seperti sumber yang
mencukupi.
9. Membuat perancangan dalam
pemesanan bahan binaan.
3.00 9 Kaedah yang
sederhana kerap
10. Penggalakkan penggunaan semula
sisa bahan seperti mengguna semula
acuan kayu (formwork).
3.00 10 Kaedah yang
sederhana kerap
11. Melantik pekerja mahir. 2.97 11 Kaedah yang
sederhana kerap
12. Melantik perekabentuk
berpengalaman dalam menghasilkan
rekabentuk yang berkualiti.
2.93 12 Kaedah yang
sederhana kerap
13. Melaksanakan strategi penghantaran
secara ‘Just In Time’ (JIT).
2.90 13 Kaedah yang
sederhana kerap
14. Melantik pengurus stor untuk
memantau kaedah penyimpanan
bahan yang betul oleh pekerja.
2.87 14 Kaedah yang
kurang
dipraktikkan
15. Memberi latihan/ kursus kemahiran
mencukupi kepada pekerja.
2.83 15 Kaedah yang
kurang
dipraktikkan
16. Penguatkuasaan undang-undang
perlu diperkukuhkan bagi mengawal
aktiviti yang boleh menjana sisa
pembinaan.
2.80 16 Kaedah yang
kurang
dipraktikkan
17. Pemilihan bahan binaan yang
berkualiti.
2.70 17 Kaedah paling
kurang
dipraktikkan
18. Melaksanakan kaedah pembinaan
Industrial Building System (IBS)
2.53 18 Kaedah paling
kurang
dipraktikkan
93
Secara keseluruhannya, dapat dilihat seperti yang tertera pada Jadual 4.27,
kesemua kaedah-kaedah dalam meminimakan sisa bahan binaan di tapak bina telah
dirankingkan serta telah dikategorikan kekerapannya dipraktikkan oleh pihak
kontraktor di tapak bina.
‘Kaedah yang paling kerap’ dipraktikkan oleh pihak kontrakotr adalah
komunikasi yang baik dengan klien dapat mengelakkan perubahan pada reka bentuk
ketika fasa pembinaan. Komunikasi adalah penting dalam penyampaian maklumat,
bentuk komunikasi perlulah bersesuaian dan mudah difahami agar perkara yang ingin
disampaikan mudah diterima.
Selain itu, penyediaan stor penyimpanan yang sesuai juga didapati berada pada
kategori ‘kaedah yang paling kerap’ dipraktikkan oleh pihak kontraktor. Perancangan
yang baik dalam penentuan tempat penyimpanan yang sesuai untuk bahn-bahan binaan
di tapak bina akan meminimakan penjanaan sisa bahan binaan. Hal ini kerana, bahan
binaan berada di kawasan yang sesuai dan terlindung daripada cuaca yang boleh
menyebabkan kerosakan. Di samping itu, dengan adanya tempat penyimpanan yang
sesuai, bahan binaan berada dalam keadaan selamat dan sukar untuk dicuri pihak tidak
bertanggungjawab.
Kaedah selanjutnya yang berada dalam kategori ‘kaedah paling kerap’ juga
adalah penyediaan maklumat yang mencukupi dan berkualiti seperti penrician
spesifikasi bahan untuk mengelakkan kecelaruan dan kerja-kerja semula. Bagi pihak-
pihak yang terlibat dalam sesebuah projek terutamanya yang terlibat dalam
rekabentuk, maklumt lengkap hendaklah disertakan terutamanya pada spesifikasi
bahan, saiz dan perkara yang berkaitan.
Bagi kategori ‘kaedah paling kurang dipraktikkan’ adalah kaedah pemilihan
bahan binaan yang berkualiti. Pendapat daripada pihak responden, dalam senarai
kaedah yang dikenalpasti, pemilihan bahan binaan yang berkualiti ini sebenarnya
94
masih lagi salah satu kaedah yang dilakukan tetapi ia berada di tahap kurang penting
berbanding dengan komnukasi yang baik, penyediaan stor yang sesuai dan keperluan
maklumat yang mencukupi.
Seterusnya, kaedah melaksanakan pembinaan menggunakan sistem Industrial
Building System (IBS) iaitu ‘kaedah yang paling kurang dipraktikkan’. Hal ini kerana,
tidak semua tapak bina menggunakan kaedah ini sebagai kaedah pembinaan mereka.
Oleh itu, walaupun ia juga antara kaedah yang sesuai dipraktikkan dalam
meminimakan sisa bahan binaan di tapak bina tetapi ia perlu mengikut kesesuaian
tapak bina tersebut. Memandangkan responden yang dipilh tidak tertumpu kepada
projek IBS sahaja, oleh itu kaedah ini dianggap bukan kaedah yang paling penting
untuk dipraktikkan dalam mengurangkan penjanaan sisa bahan binaan.
95
4.5.8 Relative Important Index (RII) bagi kaedah meminimakan sisa bahan
binaan
4.28 Relative Important Index (RII) bagi kaedah meminimakan sisa bahan binaan
Kaedah Meminimakan Sisa Bahan Binaan RII Kedudukan
Reka Bentuk
1. Komunikasi yang baik dengan klien dapat mengelakkan
perubahan pada reka bentuk ketika fasa pembinaan.
0.67 1
2. Melantik perekabentuk berpengalaman dalam
menghasilkan rekabentuk yang berkualiti.
0.59 11
Pengendalian
1. Penyediaan stor penyimpanan yang sesuai. 0.65 2
2. Melaksanakan strategi penghantaran secara ‘Just In Time’
(JIT).
0.58 13
3. Melantik pengurus stor untuk memantau kaedah
penyimpanan bahan yang betul oleh pekerja.
0.57 14
4. Pemilihan bahan binaan yang berkualiti. 0.54 17
Pekerja
1. Melakukan pemantauan terhadap pekerja di tapak bina
bagi mengelakkan bekerja sambil lewa dan menjana
pembaziran bahan binaan.
0.60 7
2. Melantik pekerja mahir. 0.59 11
3. Memberi latihan/ kursus kemahiran mencukupi kepada
pekerja.
0.57 14
Pengurusan
1. Penyediaan maklumat yang mencukupi dan berkualiti
seperti perincian spesifikasi bahan untuk mengelakkan
kecelaruan dan kerja semula.
0.65 2
2. Memastikan perancangan yang baik dilakukan sebelum
proses pembinaan seperti sumber yang mencukupi.
0.60 7
3. Melaksanakan kaedah pembinaan Industrial Building
System (IBS)
0.51 18
96
Keadaan Tapak
1. Perlaksanaan Housekeeping di tapak bina. 0.61 4
2. Penggalakkan penggunaan semula sisa bahan seperti
mengguna semula acuan kayu (formwork).
0.60 7
Perolehan
1. Membuat anggaran kuantiti bahan binaan yang diperlukan
dengan baik bagi mengelakkan pesanan berlebihan.
0.61 4
2. Membuat perancangan dalam pemesanan bahan binaan. 0.60 7
Luaran
1. Menambah pengawal keselamatan yang hanya tertumpu
di kawasan penyimpanan bahan binaan di tapak bina bagi
meningkatkan pengawasan.
0.61 4
2. Penguatkuasaan undang-undang perlu diperkukuhkan
bagi mengawal aktiviti yang boleh menjana sisa
pembinaan.
0.56 16
97
Jadual 4.29 Kedudukan bagi setiap kumpulan kaedah meminimakan sisa bahan
binaan dengan menggunakan kaedah Relative Important Index (RII)
Kaedah meminimakan sisa bahan binaan Purata RII Kedudukan
Rekabentuk 0.630 1
Keadaan Tapak 0.605 2
Perolehan 0.605 2
Pengurusan 0.587 4
Pekerja 0.587 4
Pengendalian 0.585 6
Luaran 0.585 6
4.5.8.1 Rekabentuk
Nilai purata RII bagi kaedah yang terlibat dari segi rekabentuk telah mencatat
0.630. Kaedah yang berada dikedudukan paling utama bagi faktor ini adalah
komunikasi yang baik dengan klien dapat mengelakkan perubahan pada reka bentuk
ketika fasa pembinaan (RII=0.67). Sehubungan dengan itu, bagi kaedah melantik
perekabentuk berpengalaman dalam menghasilkan rekabentuk yang berkualiti
mempunyai nilai RII 0.59.
4.5.8.2 Keadaan Tapak
Kaedah dari segi keadaan tapak mencatat purata RII 0.605 dengan memperoleh
nilai RII 0.61 bagi kaedah perlaksanaan Housekeeping di tapak bina. Seterusnya, bagi
kaedah penggalakkan penggunaan semula sisa bahan pula mencatat nilai RII 0.60.
98
4.5.8.3 Perolehan
Dari segi perolehan, nilai purata RII yang diperoleh adalah 0.605. Kaedah
membuat anggaran kuantiti bahan binaan yang diperlukan dengan baik bagi
mengelakkan pesanan berlebihan memperoleh nilai RII 0.61. Di ikuti dengan kaedah
membuat perancangan dalam pemesanan bahan binaan pula memperoleh nilai RII
sebanyak 0.60
4.5.8.4 Pengurusan
Kaedah dari segi pengurusan mendapat nilai purata RII 0.587. Penyediaan
maklumat yang mencukupi dan berkualiti seperti perincian spesifikasi bahan untuk
mengelakkan kecelaruan dan kerja semula adalah kaedah yang memperoleh nilai RII
0.65. Manakala, bagi kaedah memastikan perancangan yang baik dilakukan sebelum
proses pembinaan seperti sumber yang mencukupi pula mencatat nilai RII 0.60.
Seterusnya, melaksanakan kaedah pembinaan Industrial Building System (IBS)
mencatat nilai RII 0.51.
4.5.8.5 Pekerja
Kaedah meminimakan sisa bahsn binaan dari segi pekerja mendapat nilai
purata RII sebanyak 0.587. Berdasarkan faktor pekerja,nilai RII bagi kaedah
melakukan pemantauan terhadap pekerja di tapak bina bagi mengelakkan bekerja
sambil lewa dan menjana pembaziran bahan binaan (RII=0.60), manakala Melantik
pekerja mahir (RII=0.59) dan bagi kaedah memberi latihan/ kursus kemahiran
mencukupi kepada pekerja (RII=0.57).
99
4.5.8.6 Pengendalian
Purata RII bagi kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi pengendalian
adalah 0.585. Penyediaan stor penyimpanan yang sesuai mencatat nilai RII 0.65. Bagi
kaedah pelaksanaan strategi penghantaran secara ‘Just In Time’ (JIT) pula
memperoleh nilai RII 0.58. Seterusnya, kaedah melantik pengurus stor untuk
memantau kaedah penyimpanan bahan yang betul oleh pekerja mendapat nilai RII 0.57
dan pemilihan bahan binaan yang berkualiti pula mencatat nilai RII 0.54.
4.5.8.7 Luaran
Purata RII bagi kaedah meminimakan sisa bahan binaan dari segi luaran
mencatat nilai sebanyak 0.585. Nilai RII untuk kaedah penambahan pengawal
keselamatan yang hanya tertumpu di kawasan penyimpanan bahan binaan di tapak
bina bagi meningkatkan pengawasan adalah 0.61 dan kaedah dari aspek
penguatkuasaan undang-undang perlu diperkukuhkan bagi mengawal aktiviti yang
boleh menjana sisa pembinaan pula mencatat nilai RII 0.56.
4.6 Rumusan
Setelah analisis telah dilakukan terhadap jawapan responden melalui borang
soal selidik yang telah diberikan iaitu jenis bahan binaan yang sering dibazirkan, punca
berlakunya pembaziran bahan binaan dan kaedah yang sering dipraktikkan oleh pihak
kontraktor dalam menangani permasalah pembaziran bahan binaan dapat dikenalpasti.
Kesimpulan dan cadangan akan dibincangkan di dalam bab yang seterusnya.
100
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Kesimpulan yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan akan
dibincangkan dalam bab ini dan merumuskan keseluruhan kajian mengikut objektif
kajian. Rumusan kajian yang akan dibuat adalah berdasarkan kepada maklumat yang
telah diberikan oleh pihak responden. Berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada
kajian ini, beberapa cadangan akan diberikan berkaitan kaedah-kaedah pengurusan
sisa bahan binaan yang sesuai untuk diaplikasikan di tapak bina dan cadangan untuk
kajian lanjutan.
101
5.2 Kesimpulan setiap objektif kajian
Setelah semua data-data yang diperoleh daripada kajian ini dan telah pun
dianalisis dalam bab sebelum ini, ia dapat disimpulkan bahawa kesemua objektif
kajian telah tercapai. Setiap keputusan dan penemuan yang diperoleh bagi setiap
objektif kajian akan diringkaskan seperti berikut:-
5.2.1 Mengenalpasti jenis sisa bahan binaan yang lazim di tapak bina
Objektif pertama bagi kajian ini adalah jenis sisa bahan binaan yang lazimnya
terhasil di tapak bina. Berdasarkan kajian literatur yang telah dilakukan, ia mendapati
sisa bahan binan jenis konkrit, kayu, batu baur , pasir, mortar, batu bata, besi tetulang
dan jubin adalah antara bahan binaan yang banyak terhasil ketika pembinaan sesebuah
bangunan di tapak bina.
Hasil daripada kajian yang telah dianalisis dalam Bab 4, jenis bahan binaan
yang menjadi penyumbang utama kepada kenaikan peratusan sisa bahan binaan di
tapak pembinaan adalah konkrit iaitu purata indeksnya 3.27 diikuti dengan kayu
(3.20), batu bata (3.17), mortar (3.10), jubin (3.03), pasir (2.90), batu baur (2.87), dan
besi tetulang (2.70)
Konkrit mengalami peratusan yang paling tinggi kerana hampir semua jenis
pembinaan melibatkan bahan ini. Di samping itu, ketika proses pemindahan mixed
concrete daripada lori ke tingkat yang lebih tinggi juga banyak menyumbang kepada
pembaziran konkrit. Keadaan bekas konkrit yang tidak stabil dan tidak ditutup rapat
menyebabkan konkrit tersebut tertumpah.
Sisa bahan binaan yang seterusnya adalah kayu yang menjadi bahan kedua
terbanyak dalam penjanaan sisa di tapak bina selepas konkrit. Pembinaan struktur
102
konkrit yang banyak menggunakan kayu sebagai penyokong dan acuan menyebabkan
kepada pembaziran bahan kayu.
5.2.2 Mengenalpasti punca berlakunya pembaziran bahan binaan di tapak
bina
Hasil daripada kajian yang dijalankan, punca-punca berlakunya pembaziran
bahan binaan di tapak bina bagi projek-projek pembinaan bangunan telah dikenalpasti.
Dapatan daripada hasil kajian menunujukkan punca pembaziran paling utama adalah
kekerapan dalam perubahan rekabentuk, tempat penyimpanan bahan yang kurang
sesuai dan kesan daripada cuaca. Kekerapan dalam perubahan rekabentuk adalah
antara punca utama dalam membawa kepada penjanaan sisa bahan binaan di tapak
bina. Perubahan pada rekabentuk menyebabkan berlakunya kerja semula. Bagi tempat
penyimpanan bahan yang kurang sesuai pula, kegagalan dalam merancang kawasan
yang sesuai untuk penyimpanan bahan binaan membawa kepada kerosakan dan hilang.
Seterusnya, kesan daripada cuaca. Faktor cuaca adalah perkara yang tidak boleh
dikawal kerana ia adalah sesuatu yang semulajadi.
Berdasarkan hasil dapatan daripada kajian ini juga, punca paling kurang
menyumbang kepada pembaziran turut dikenalpasti iaitu berlaku kerosakan ketika
proses penghantaran dan kesilapan dalam merekabentuk.
Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, antara ketujuh-tujuh faktor iaitu
faktor rekabentuk, pengendalian, pekerja, pengurusan, keadaan tapak, perolehan dan
luaran, Faktor utama yang dapat diketahui paling banyak menyumbang kepada
pembaziran bahan binaan di tapak pembinaan adalah faktor pekerja.
103
5.2.3 Mengenalpasti kaedah meminimakan sisa bahan binaan yang
dipraktikkan oleh kontraktor
Hasil daripada kajian yang dijalankan, kaedah paling utama yang kerap
diaplikasikan oleh pihak kontraktor dalam meminimakan sisa bahan binaan di tapak
bina dapat dikenalpasti iaitu komunikasi yang baik dengan klien dapat mengelakkan
perubahan pada reka bentuk ketika fasa pembinaan. Selain itu, penyediaan stor
penyimpanan yang sesuai dan perancangan yang baik dalam penentuan tempat
penyimpanan yang sesuai untuk bahan-bahan binaan di tapak bina akan meminimakan
penjanaan sisa bahan binaan. Kaedah selanjutnya yang berada dalam kategori sering
dipraktikkan oleh pihak kontraktor juga adalah penyediaan maklumat yang mencukupi
dan berkualiti seperti perincian spesifikasi bahan untuk mengelakkan kecelaruan dan
kerja-kerja semula.
Bagi kaedah yang kurang dipraktikkan adalah kaedah pemilihan bahan binaan
yang berkualiti. Seterusnya, kaedah melaksanakan pembinaan menggunakan sistem
Industrial Building System (IBS) juga telah didapati bukan kaedah paling utama untuk
dipraktikkan.
Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, antara ketujuh-tujuh kumpulan
kaedah dari rekabentuk, pengendalian, pekerja, pengurusan, keadaan tapak, perolehan
dan luaran, kumpulan kaedah utama yang dikenalpasti adalah dari aspek rekabentuk.
104
5.3 Masalah yang Dihadapi
Semasa melakukan kajian, terdapat beberapa perkara yang telah timbul dan
menyulitkan proses pengumpulan data. Antara perkara yang menjadi halangan dalam
melaksanakan kajian ini adalah kekangan daripada pihak responden dalam
memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjawab borang soal selidik. Hal ini
kerana, kesibukan mereka dalam menguruskan kerja-kerja di tapak bina. Seterusnya
adaalah faktor masa. Sesetengah responden menetapkan waktu temujanju yang tidak
bersesuaian. Data berkaitan sisa bahan binaan biasanya mudah untuk diperolehi di
tapak bina namun terdapat juga pihak kontraktor tidak membenarkan memasuki tapak
bina dengan pelbagai alasan. Walau bagaimanpun, hal-hal seperti ini berjaya diatasi
dan maklumat telah pun diperoleh.
5.4 Cadangan dan Penyelidikan Lanjutan
Beberapa cadangan dapat diutarakan selepas melakukan kajian ini. Ia bertujuan
untuk memperbaiki serba sedikit perkara yang berkaitan dengan cara dalam mengatasi
pembaziran sisa bahan binaan oleh kontraktor di tapak bina.
Setelah mendapat maklum balas daripada pihak responden, terdapat pelbagai
pandangan dan cadangan yang telah dikongsikan sebagai langkah serta usaha untuk
menangani permasalahan penjanaan sisa bahan binaan di tapak bina. Antara cadangan
serta pendapat yang diusulkan adalah seperti pengambilan pekerja pembinaan di tapak
bina. Kelancaran proses pembinaan dan kualiti kerja yang baik termasuk pengurangan
penjanaan sisa bahan binaan adalah datangnya daripada kemahiran pekerja-pekerja
pembinaan bagi sesebuah projek tersebut. Sekiranya pekerja tidak mahir lebih banyak
105
daripada pekerja mahir walaupun kuantiti pekerja pembinaan adalah ramai, ia tidak
membawa apa-apa kebaikan sepanjang proses kerja-kerja pembinaan itu berjalan.
Setiap kaedah untuk mengurangkan sisa bahan binaan di tapak bina seharusnya
dipraktikkan bagi mendapatkan pengurusan sisa pembinaan yang lebih efektif. Selain
itu, pihak kontraktor juga perlu mengikuti perkembangan semasa agar teknologi-
teknologi yang lebih maju dan efisyien dalam sektor pembinaan dapat diaplikasikan
di tapak bina dalam usaha mengurangkan sisa bahan binaan.
Dengan ini, di harapkan kajian lanjutan yang lain dapat dijalankan dengan lebih
terperinci dan menyeluruh bagi mengenalpasti jenis-jenis bahan binaan yang lain dan
punca-punca lain yang berkaitan dengan pembaziran bahan binaan di tapak
pembinaan. Seterusnya, ekoran daripada punca-punca yang dapat dikenalpasti, ia
boleh dijadikan rujukan kepada pihak kontraktor dan pihak-pihak lain yang terlibat
dalam menjana idea untuk mewujudkan kaedah-kaedah yang lebih berkesan bagi
meminimakan atau mungkin menghapuskan penjanaan sisa bahan binaan di tapak
pembinaan.
106
RUJUKAN
A. Majid, A. (2014). Tiga tapak lupus sisa binaan. [online] Utusan Online. Available
at: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kota/20140429/wk_04/Tiga-tapak-
lupus-sisa-binaan [Accessed 23 Oct. 2015].
Al-Hamadani, S., Xiao-Ian, Z., Mian, M. and Liu, Z. (2014). Material waste in the
China construction industry: Minimization strategies and benefits of
recognition. International journal of Energy and environment, Volume 5 (Issue
6), pp.717-722.
Alwi, et al.(2002). Waste in the Indonesian Construction Projects, in Proceedings The
1st International Conference of Creating a sustainable Construction Industry
in Developing Countries, pp. 305-315.
Alwi, S (2003) Factors Influencing Construction Productivity In The Indonesian
Context. In Proceedings The 5th EASTS Conference, Fukuoka, Japan.
Begum, R., Siwar, C., Pereira, J. and Jaafar, A. (2006). A benefit–cost analysis on the
economic feasibility of construction waste minimisation: The case of Malaysia.
Resources, Conservation and Recycling, Volume 48 (Issue 1), pp.86-98.
Begum, R., Siwar, C., Pereira, J. and Jaafar, A. (2007). Factors and values of
willingness to pay for improved construction waste management – A
perspective of Malaysian contractors. Waste Management, Volume 27 (Issue
12), pp.1902-1909.
107
Bekr, G. (2014). Study of the Causes and Magnitude of Wastage of Materials on
Construction Sites in Jordan. Journal of Construction Engineering, 2014, pp.1-
6.
Che Ahmad, A., Husin, N., Zainol, H., Abdul Tharim, A., Ismail, N. and Ab Wahid,
A. (2014). The Construction Solid Waste Minimization Practices among
Malaysian Contractors. MATEC Web of Conferences, 15, p.01037.
Ekanayake, L. and Ofori, G. (2004). Building waste assessment score: design-based
tool. Department of Building, School of Design & Environment, National
University of Singapore, Volume 39 (Issue 7), pp.851-861.
Faniran, O. O. and Caban, G. (1998), Minimizing Waste on Construction Project
Sites,"Engineering Construction and Architectural Management Journal,
Volume 5, pp. 182–188.
Garas, L. G., et al.(2001) Material Waste in the Egyptian Construction Industry, in 9th
Annual Conference of the International Group for Lean Construction.
Garis Panduan Pengurusan Sisa Pepejal di Tapak Bina. (2013). 1st ed. [ebook]
Malaysia: Perbadanan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam
PPSPPA. Available at: http://www.ppsppa.gov.my/ [Accessed 10 Oct. 2015].
Gopalakrishnan, P. and Sundaresan, M. (2011). Materials Management: an integrated
approach. 3rd ed. [ebook] New Delhi: Prentice-Hall of India Learning Private
Limited, pp.190-194. Available at:
https://books.google.com/books?isbn=8120300270 [Accessed 4 Feb. 2016].
108
Hairom, H. (2014). Tanah dilonggok sampah haram. [online] Sinarharian.com.my.
Available at: http://www.sinarharian.com.my/nasional/tanah-dilonggok-
sampah-haram-1.311898 [Accessed 23 Oct. 2015].
John, A. and Itodo, D. (2013). Professionals’ views of material wastage on
construction sites and cost overruns. pp.747-757.
Kothari, C. (2004). Research Methodology: Methods and Techniques. 2nd ed. [ebook]
India: New Age International Publisher, pp.1-21. Available at:
https://books.google.com.my/ [Accessed 5 Dec. 2015].
Kumar, D. (2008). Research Methodology. 1st ed. [ebook] New Delhi: APH
Publishing Corporation, pp.30-31. Available at: https://books.google.com.my/
[Accessed 5 Dec. 2015].
Kumar, R. (2011). Research Methodology: A Step-by-Step Guide for Beginners. 3rd
ed. [ebook] New Delhi: SAGE Publication Ltd., pp.93-101. Available at:
https://books.google.com.my/ [Accessed 5 Dec. 2015].
Majid, M. and McCaffer, R. (1997). Assessment of Work Performance of Maintenance
Contractors in Saudi Arabia. Journal of Management in Engineering, Volume
13 (Issue 5), pp.91-91.
Marlow, C. (2001). Research methods for generalist social work. 3rd ed. Pacific
Grove, Calif.: Brooks/Cole Pub. Co.
109
Mata, R., Pitroda, J. and M.Vyas, P. (2015). A critical literature review on integrated
framework for source Identification and minimization of waste in building
construction. Journal of international academic research for multidisciplinary,
Volume 2 (Issue 12), pp.163-175.
Nagapan, S., Abdul Rahman, I. and Asmi, A. (2011). A Review of Construction Waste
Cause Factors, in Asian Conference of Real Estate Sustainable Growth
Managing Challenges (ACRE) ,vol.1, No.1, March 2012, pp. 1-10
Nagapan, S., Abdul Rahman, I. and Asmi, A. (2012). Faktor penjanaan sisa
pembinaan dari perspektif pakar industri pembinaan in: Prosiding Persidangan
Kebangsaan Hidrologi dan Alam Sekitar (HIDRAS 2012), Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia
Naoum, S. (2007). Dissertation Research and Writing for Construction Students:
Taylor & Francis.
Napier, T. (2012). Construction Waste Management | Whole Building Design Guide.
[online] Wbdg.org. Available at:
https://www.wbdg.org/resources/cwmgmt.php [Accessed 11 Nov. 2015].
Nazech, E. M et al. (2008). Identification of Construction Waste in Road and
Highway Construction Projects, in 11th East Asia-Pacific Conference on
Engineering and Construction
Office of Prime Minister, (2010). Rancangan Malaysia Ke-10. [online] Available at:
http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RMK10_Mds.pdf
[Accessed 15 Nov. 2015].
110
Osmani, M. (2012). Construction Waste Minimization in the UK: Current Pressures
for Change and Approaches. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 40,
pp.37-40.
Othman Talib, (2013). Asas penulisan. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia,
pp.155-156.
Pelan strategik SWCorp 2014-2020. (2014). 1st ed. [ebook] Kuala Lumpur:
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Available at:
http://www.ppsppa.gov.my/index.php/kenali-kami/pelan-strategik [Accessed
30 Oct. 2015].
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, (2014). SWCorp -
Pihak industri perlu faham pengurusan sisa binaan. [online] Ppsppa.gov.my.
Available at: http://www.ppsppa.gov.my/index.php/kenali-
kami/peristiwa/359-pihak-industri-perlu-faham-pengurusan-sisa-binaan
[Accessed 25 Oct. 2015].
Polat G. and Ballard G. (2004). Waste in Turkish Construction: Need for Lean
Construction Techniques, in 12th Annual Conference of the International
Group for Lean
Sa'adi, N., Ismail, Z. and Alias, Z. (2015). Construction waste minimization for
Contractors in Malaysia in Proceeding of the 13th International Conference
on Environment, Ecosystems and Development (EED 2015), Kuala Lumpur,
Malaysia, pp. 64-70.
111
School Of Graduate Studies, (2015). UTM Thesis Manual. [online] Available at:
http://www.sps.utm.my [Accessed 14 Oct. 2015].
Shareh Musa, S., Shafii, H. and Syed Muhammad Zubir, S. (2009). Potensi kitar
semula dalam industri pembinaan: Kajian kes daerah Batu Pahat, Johor, in 3rd
Annual Malaysian Technical Universities Conference on Engineering and
Technology MUCEET ,pp.553-559.
Shen, L.Y., Tam, V.W.Y., Tam, C.M. and Ho, S. (2000). Material wastage in
construction activities—a Hong Kong survey. In Proceedings of the first CIB-
W107 International Conference–Creating a Sustainable Construction Industry
in Developing Countries, pp. 125-311.
Tam, V.W, Shen, L.Y and Tam, C.M, (2007). Assessing the levels of material wastage
affected by sub-contracting relationships and projects types with their
correlations. Building and Environment, Volume 42 (Issue 3), pp.1471-1477.
The Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA). (2014). CIPAA - The
Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA). [online] Available
at:http://klrca.org/cipaa/#CONSTRUCTIONINDUSTRYPAYMENT&ADJ
UDICATIONACT20122 [Accessed 10 Jun. 2016].
Unit Perancang Ekonomi Jabatan Pengarah Perdana Menteri, (2015). Rancangan
Malaysia ke-11 Kertas Strategi 18: Mentransformasi Sektor Perkhidmatan. 1st
ed. [ebook] Putrajaya, Malaysia: Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana
Menteri. Available at: http://www.epu.gov.my [Accessed 11 Dec. 2015].
112
Urio, A. F. and Brent, A. C. (2006). Solid Waste Management Strategy in Botswana:
The Reduction of Construction Waste, Journal of the South African Institution
of Civil Engineering, vol. 48, pp.18–22
Wahab, A. and Lawal, A. (2011). An evaluation of waste control measures in
construction industry in Nigeria. African journal of environmental science and
technology, Volume 5 (Issue 3), pp.246-254.
Walliman, N. (2011). Research Methods: The Basics. 1st ed. [ebook] New York:
Routledge, pp.5-146. Available at: https://books.google.com.my [Accessed 5
Dec. 2015]
Wee, S. and Mohamad, A. (2010). Pengurusan sisa pembinaan di tapak bina.
Proceedings of National Civil Engineering Conference (NACEC), UTHM, Johor pp.1-
11
113
BIBLIOGRAFI
Rea, L. and Parker, R. (2005). Designing and conducting survey research. 3rd ed. San
Francisco: Jossey-Bass Publishers.
Stopher, P. (2011). Collecting, Managing, and Assessing Data Using Sample Surveys.
Cambridge (UK): Cambridge University Press.
114
LAMPIRAN
A - Borang Soal Selidik
B - Surat Kebenaran
115
LAMPIRAN A
BORANG SOAL SELIDIK
116
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 UTM SKUDAI, JOHOR.
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PEMBINAAN
AIMI AMALIA BINTI SUIB
930830-01-6898
A12BE0049
BORANG KAJIAN SOAL SELIDIK
MEMINIMAKAN SISA BAHAN BINAAN DI TAPAK BINA
LATAR BELAKANG
Tujuan soal selidik kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat
mengenai (i) Jenis Sisa Bahan Binaan yang Lazim di Tapak Bina, (ii) Punca
Berlakunya Pembaziran Bahan Binaan dan (iii) Kaedah untuk Meminimakan
Sisa Bahan Binaan yang Dipraktikkan oleh Kontraktor.
PANDUAN MENJAWAB BORANG SOAL SELIDIK
1. Borang soal selidik ini mengandungi empat (4) bahagian iaitu bahagian A, B, C
dan D.
2. Sebarang maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik ini adalah SULIT
digunakan untuk tujuan pembelajaran.
3. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan dan puan amat dihargai dalam
membantu bagi mendapatkan maklumat yang tepat yang diperlukan untuk kajian
ini. Sekian, Terima kasih.
Bahagian A Maklumat Latar Belakang Responden
Bahagian B Jenis Sisa Bahan Binaan yang Lazim di Tapak Bina
Bahagian C Punca Berlakunya Pembaziran Bahan Binaan di Tapak Bina
Bahagian D Kaedah Meminimakan Sisa Bahan Binaan yang Dipraktikkan oleh
Kontraktor
117
BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN / FIRMA
SEMUA maklumat adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan kajian
sahaja.
Arahan: Bahagian ini merupakan soal selidik mengenai latar belakang responden
dan firma. Sila tandakan pada ruang yang disediakan.
1. Jawatan Responden :
____________________________________
2. Alamat Syarikat / Jabatan :
______________________________________________________________
3. Jenis Projek
Kediaman Kemudahan sosial
Bukan Kediaman Infrastruktur
Pembangunan Bercampur Lain-lain (sila nyatakan)
4. Pengalaman terlibat dalam industri pembinaan
1-5 tahun
5-10 tahun
>10 tahun
TANDATANGAN: TARIKH:
________________________ ………………………………..
COP JAWATAN: COP FIRMA:
/
118
BAHAGIAN B: JENIS SISA BAHAN BINAAN YANG SERING
DIBAZIRKAN
SEMUA maklumat adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan kajian
penyelidikan sahaja.
Arahan: Bahagian ini merupakan soal selidik berkenaan jenis sisa bahan binaan
yang lazim di tapak bina. Sila tandakan pada yang berkenaan.
Bil Jenis Bahan Binaan 1 2 3 4 5
1. Konkrit
2. Kayu
3. Batu Baur
4. Pasir
5. Mortar
6. Batu Bata
7. Besi Tetulang
8. Jubin
/
5. Penghasilan paling tinggi 2. Penghasilan yang rendah
4. Penghasilan yang tinggi 1. Penghasilan paling rendah
3 Penghasilan sederhana
119
BAHAGIAN C: PUNCA PEMBAZIRAN BAHAN BINAAN BERLAKU
SEMUA maklumat adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan kajian sahaja.
Arahan: Bahagian ini merupakan soal selidik berkenaan dengan punca berlakunya
pembaziran bahan binaan di tapak bina. Sila tandakan pada yang berkenaan.
Bil Punca Pembaziran Bahan Binaan 1 2 3 4 5
Reka bentuk (Design)
1. Kekerapan dalam perubahan reka
bentuk
2. Kesilapan dalam mereka bentuk
3. Kekurangan maklumat tentang reka
bentuk
4. Kualiti reka bentuk yang kurang
5. Perekabentuk (Designer) yang kurang
berpengalaman
Pengendalian (Handling)
1. Tempat penyimpanan bahan yang
kurang sesuai.
2. Pengedalian bahan yang lemah
3. Berlaku kerosakan ketika proses
penghantaran
4. Kualiti bahan yang kurang
5. Kelewatan ketika proses penghantaran
Pekerja (Worker)
1. Kesilapan pekerja
2. Pekerja tidak mahir
3. Sikap pekerja yang sambil lewa
/
5. Punca paling utama pembaziran 2. Punca yang kurang utama
4. Punca utama pembaziran 1. Punca yang paling kurang utama
3. Punca sederhana utama
120
4. Latihan kemahiran yang tidak
mencukupi kepada pekerja sebagai
contoh cara melepa
5. Kurang berpengalaman
Pengurusan (Management)
1. Perancangan dan pengurusan yang
lemah
2. Kaedah pembinaan yang tidak sesuai
3. Kawalan yang kurang
4. Pengawasan yang kurang
5. Kualiti maklumat yang kurang
Keadaan Tapak (Site Condition)
1. Keadaan tapak yang kurang baik
2. Tinggalan sisa bahan binaan di tapak
bina dibiarkan
Perolehan (Procurement)
1. Kesilapan ketika membuat pesanan
kepada pembekal
2. Kesilapan dalam membuat kajian
kuantiti
3. Kesilapan dalam penghantaran
Luaran (External)
1. Kesan daripada cuaca
2. Kemalangan
3. Kecurian
4. Vandalisma
5. Kekurangan penguatkuasaan undang-
undang
121
BAHAGIAN D: KAEDAH MEMINIMIKAN SISA BAHAN BINAAN
SEMUA maklumat adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan kajian
sahaja.
Arahan: Bahagian ini merupakan soal selidik berkenaan kaedah meminimakan
sisa bahan binaan yang dipraktikkan oleh kontraktor di tapak bina. Sila
tandakan pada ruang yang disediakan.
Bil Kaedah Meminimakan Sisa BahanBinaan 1 2 3 4 5
Reka Bentuk (Design)
1. Komunikasi yang baik dengan klien
dapat mengelakkan perubahan pada reka
bentuk ketika fasa pembinaan.
2. Melantik perekabentuk berpengalaman
dalam menghasilkan rekabentuk yang
berkualiti.
Pengendalian (Handling)
1. Penyediaan stor penyimpanan yang
sesuai
2. Melantik pengurus stor untuk memantau
kaedah penyimpanan bahan yang betul
oleh pekerja
3. Melaksanakan strategi penghantaran
secara ‘Just In Time’ (JIT).
4. Pemilihan bahan binaan yang berkualiti
Pekerja (Worker)
1. Memberi latihan / kursus kemahiran yang
mencukupi kepada pekerja
2. Melantik pekerja mahir
/
5. Kaedah yang paling kerap 2. Kaedah yang kurang dipraktikkan
4. Kaedah yang kerap 1. Kaedah yang paling kurang dipraktikkan
3. Kaedah yang sederhana kerap
122
3. Melakukan pemantauan terhadap pekerja
di tapak bina bagi mengelakkan bekerja
sambil lewa dan menjana pembaziran
bahan binaan.
Bil Kaedah Meminimakan Sisa BahanBinaan 1 2 3 4 5
Pengurusan (Management)
3. Memastikan perancangan yang baik
dilakukan sebelum proses pembinaan
seperti sumber yang mencukupi
4. Melaksanakan kaedah pembinaan
Industrial Building System (IBS)
5. Penyediaan maklumat yang mencukupi
dan berkualiti seperti perincian
spesifikasi bahan untuk mengelakkan
kecelaruan dan kerja semula
Keadaan Tapak ( Site Condition)
5. Perlaksaan Housekeeping di tapak bina
6. Penggalakkan penggunaan semula sisa
bahan binaan seperti mengguna semula
acuan kayu (formwork)
Perolehan (Procurement)
4. Membuat perancangan dalam pemesanan
bahan binaan
5. Membuat anggaran kuantiti bahan binaan
yang diperlukan dengan baik bagi
mengelakkan pesanan berlebihan.
Luaran (External)
6. Penguatkuasaan undang-undang perlu
diperkukuhkan bagi mengawal aktiviti
yang boleh menjana sisa pembinaan.
123
7. Menambah pengawal keselamatan yang
hanya tertumpu di kawasan penyimpanan
bahan binaan di tapak bina bagi
meningkatan pengawasan
124
LAMPIRAN B
SURAT KEBENARAN
top related