6 struktur pasaran (pps & monopoli)

Post on 27-May-2015

11.767 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1

BAB 6

STRUKTUR PASARAN:(I) PASARAN PERSAINGAN

SEMPURNA(II) MONOPOLI

2

KANDUNGAN BAB

6.1 PENGENALAN6.2 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA (PPS)

6.2.1 CIRI-CIRI PPS6.2.2 KELUK PPS6.2.3 KESEIMBANGAN JANGKA PENDEK6.2.4 KESEIMBANGAN JANGKA PANJANG

3

KANDUNGAN BAB

6.3 MONOPOLI6.3.1 CIRI-CIRI PASARAN MONOPOLI6.3.2 KELUK PERMINTAAN MONOPOLI6.3.3 FAKTOR KEWUJUDAN MONOPOLI6.3.4 PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT6.3.5 KESEIMBANGAN JANGKA PENDEK6.3.6 KESEIMBANGAN JANGKA PANJANG6.3.7 DISKRIMINASI HARGA

4

6.1 PENGENALAN

• Matlamat firma: Memaksimumkan keuntungan.• Firma: Sebuah unit yang membuat keputusan

berkaitan peruntukan sumber untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

• Industri/pasaran: Satu kumpulan firma yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

• Tingkah laku firma bergantung kepada jenis pasaran; pasaran persaingan sempurna (PPS), monopoli, monopolistik dan oligopoli.

5

6.2

PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

6

6.2.1 CIRI-CIRI PPS

(i) Ramai pembeli dan penjual(ii) Produk bersifat homogeneous(iii) Firma bebas keluar masuk pasaran(iv) Pembeli mempunyai maklumat yang

sempurna.

7

(i) Ramai pembeli dan penjual:• Terdapat banyak firma/pengguna yang

mengeluarkan/membeli produk yang sama jenis.

• Setiap firma/pengguna hanya mengeluarkan/membeli sebahagian kecil sahaja dari keseluruhan jumlah output dalam pasaran.

• Maka, firma dan pengguna masing-masing tidak berupaya untuk mengubah harga barangan yang dihasilkan.

• Firma dan pengguna dianggap sebagai “penerima harga”.

8

(ii) Produk bersifat homogeneous:• Produk yang dihasilkan setiap firma bersifat

homogeneous; barang bersifat pengganti sempurna.

• Barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh setiap firma tidak mempunyai ciri-ciri tersendiri, justeru tidak dapat membezakan dan mengetahui siapa sebenarnya pengeluar barangan tersebut.

9

(iii) Firma bebas masuk dan keluar pasaran:• Tiada halangan untuk firma baru memasuki

PPS, dan tidak ada halangan bagi firma dalam PPS untuk keluar dari pasaran.

• Contoh: Jika firma yang terdapat dalam PPS memperoleh keuntungan, ini akan menarik minat firma baru untuk memasuki pasaran ini.

• Kebebasan untuk firma keluar/masuk pasaran menyebabkan firma dalam PPS hanya akan memperoleh untung normal dalam jangka panjang.

10

(iv) Pembeli mempunyai maklumat yang sempurna:

• Firma (sebagai pembeli faktor pengeluaran) mempunyai maklumat yang sempurna tentang pasaran.

• Pengguna (sebagai pembeli barang dan perkhidmatan) juga mempunyai maklumat yang sempurna tentang pasaran.

• Contoh: Maklumat tentang harga barangan.

11

6.2.2 KELUK PPS

• Firma dalam PPS tidak berupaya menentukan tingkat harga; maka firma akan menerima harga yang telah ditetapkan oleh pasaran, iaitu melalui interaksi antara permintaan dan penawaran dalam pasaran.

• PPS mempunyai keluk permintaan (harga) yang mendatar.

12

D 4

Output

Harga (RM)

Firma Industri

D

4

S

Harga (RM)

Output 100

RAJAH 1: KELUK PERMINTAAN FIRMA DAN INDUSTRI DALAM PPS

13

6.2.3 KESEIMBANGAN PPS DALAM JANGKA PENDEK

• Dalam jangka pendek, bilangan firma diandaikan tetap manakala dalam jangka panjang firma mempunyai masa yang cukup untuk masuk/keluar industri.

• Keseimbangan dicapai apabila kos sut (KS) menyamai hasil sut (HS), penentuan tingkat kuantiti yang akan dikeluarkan untuk memaksimumkan keuntungan.

• Syarat pemaksimuman keuntungan: (KS = HS)

14

JADUAL 1: PEMAKSIMUMAN KEUNTUNGAN JANGKA PENDEK

HARGA (P)

(RM)

KUANTITI(Q)

JUMLAH HASIL

(JH=P x Q)

HASIL SUT (MR)

(JH/∆Q)

JUMLAH KOS

KOS SUT(MC)

(∆JK/∆Q)

UNTUNG(JH – JK)

5.00 1 5.00 - 15.00 - -10.00

5.00 2 10.00 5.00 16.50 1.50 -6.50

5.00 3 15.00 5.00 17.50 1.00 -2.50

5.00 4 20.00 5.00 19.00 1.50 -1.00

5.00 5 25.00 5.00 21.50 2.50 3.50

5.00 6 30.00 5.00 24.50 3.00 5.50

5.00 7 35.00 5.00 29.50 5.00 5.50

5.00 8 40.00 5.00 36.00 6.50 4.00

5.00 9 45.00 5.00 43.00 7.00 2.00

Dalam PPS; (P = HS)

RAJAH 2: KESEIMBANGAN FIRMA JANGKA PENDEK

15

5.00

Price MC

Outputq* =7

P=D=MR=AR

P =MR=MCUntung maksimum

apabila MR = MC

Jika MR > MC; ↑ outputJika MR < MC; ↓ output

q*: MR = MC

16

KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN JANGKA PENDEK

• Keuntungan (π) = Jumlah Hasil (JH) – Jumlah Kos (JK)

• Firma mendapat keuntungan apabila; Jumlah Hasil > Jumlah Kos; atau: Harga (P) > kos purata (AC).

• Firma mengalami kerugian apabila; JH < JK; atau:Harga (P) < kos purata (AC)

17

Harga/Kos

7

MC

MR=AR=PAC

Untung lebih normal

RM5

RM4.22

KEUNTUNGAN JANGKA PENDEK

Titik AC yang minimum

Kuantiti

17

JH = (P x Q) = (5 x 7) = 35JK = (AC x Q) = 4.22 x 7 = 29.5π = (JH – JK) = 35 -29.5 = 5.5π Per Unit: π/Q = 5.50/7 =0.78

18

Harga/Kos

4

MC

MR=AR

ATC

Kerugian

RM5RM6

KERUGIAN JANGKA PENDEK

JH = (P x Q) = (5 x 4) = 20JK = (AC x Q) = 6 x 4 = 24π = (JH – JK) = 20 -24 = -4π Per Unit: π/Q = -4/4 =-1

Kuantiti

19

6.2.4 KESEIMBANGAN JANGKA PANJANG DAN UNTUNG NORMAL

• Dalam jangka panjang, firma mempunyai masa yang cukup untuk membuat perubahan pada tingkat input dan output.

• Kebebasan keluar masuk industri menyebabkan firma hanya akan memperoleh untung normal dalam jangka panjang.

• Untung normal; jumlah hasil = jumlah kos.• ( = JH – JK = 0)

20

Keuntungan Jangka Pendek → Untung Normal Jangka Panjang;

• Apabila firma memperoleh keuntungan jangka pendek, iaitu apabila π>0;Mendorong firma baru memasuki pasaran,Penawaran output dalam pasaran bertambah

(keluk penawaran beralih kekanan),Tingkat harga pasaran jatuh; sebagai penerima

harga, firma akan mengalami kejatuhan harga.Harga jatuhsehingga menyamai kos purata yang

minimum [P= AC]→[TR = TC]→untung normal.

21

Kuantiti

Harga

S0

S1

D

P0

P1

Q0 Q1

Industri

Kuantiti

Harga

MC

AC

MR1

MR0

Q*

Firma

P0

P1

Untung Normal

KEUNTUNGAN JANGKA PENDEK → UNTUNG NORMAL JANGKA PANJANG

22

KerugianJangka Pendek → Untung Normal Jangka Panjang;

• Apabila firma memperoleh kerugian jangka pendek, iaitu apabila π<0;Mendorong firma untuk keluar dari pasaran,Penawaran output dalam pasaran berkurang(keluk

penawaran beralih kekiri),Tingkat harga pasaran naik; sebagai penerima

harga, firma akan mengalami kenaikan harga.Harga naik sehingga menyamai kos purata yang

minimum [P= AC]→[TR = TC]→untung normal.

23

Kuantiti

Harga

S1

S0

D

P1

P0

Q1 Q0

Industri

Kuantiti

Harga

MC

ATC

MR0

MR1

Q*

Firma

P1

P0

Untung Normal

KERUGIAN JANGKA PENDEK → UNTUNG NORMAL JANGKA PANJANG

24

6.3

PASARAN MONOPOLI

25

6.3.1 CIRI-CIRI PASARAN MONOPOLI

(i) Penjual tunggal(ii) Hasil keluaran tidak mempunyai pengganti

hampir(iii) Firma merupakan ‘penentu harga’.(iv) Tiada kebebasan keluar masuk pasaran.

26

6.3.2 KELUK PERMINTAAN MONOPOLI

• Oleh kerana firma monopoli adalah pengeluar tunggal, maka keluk permintaan bagi industri juga merupakan keluk permintaan bagi firma.

• Firma berupaya mempengaruhi tingkat harga pasaran.

• Keluk permintaan bersifat cerun kebawah dari kiri ke kanan dan tidak anjal.

27

6.3.3 FAKTOR KEWUJUDAN MONOPOLI

(i) Undang-undang dan peraturan(ii) Hak cipta(iii) Kawalan ke atas bahan mentah yang terhad(iv) Kelebihan teknologi(v) Ekonomi skala

28

(i) Undang-undang dan peraturan:– Penguatkuasaan undang-undang yang menghalang firma

lain masuk ke dalam pasaran.– Contoh: Undang-undang menghalang kontraktor bukan

bumiputera memasuki Persatuan Perniaagaan Bumiputera.

(ii) Hak cipta:– Pemberian hak keluaran khas oleh kerajaan kepada

pencipta @ firma yang mengeluarkan produk tertentu.– Contoh: DBP di beri hak pengeluaran bahan penulisan dan

buku.

(iii) Kawalan ke atas bahan mentah yang terhad:– Firma mempunyai kawalan secara lansung ke atas sumber

bahan mentah yang terhad. – Contoh: Petronas mempunyai kuasa monopoli dalam

pengeluaran minyak di Malaysia.

29

(iv) Kelebihan teknologi:– Kelebihan teknologi yang dimiliki sesebuah firm.– Contoh: TNB, Telekom yang mempunyai

kelebihan dalam konteks teknologi elektronik dan komunikasi yang kompleks.

(v) Ekonomi skala:– Ekonomi yang beroperasi pasa skala besar

membelanjakan kos purata (AC) yang relatifnya lebih rendah, seterusnya membolehkan firma mengeluarkan output yang lebih banyak dan menjual pada harga yang lebih kompetitif.

30

6.3.4 PENENTUAN HATGA DAN OUTPUT

• Firma monopoli akan memaksimumkan tingkat keuntungan apabila menghasilkan keluaran pada hasil sut bersamaan kos sut (MR = MC).

• Jika MR > MC; firma akan mengeluarkan lebih banyak output.

• Jika MC > MR; firma akan mengurangkan pengeluaran output.

31

6.3.5 KESEIMBANGAN MONOPOLI DALAM JANGKA PENDEK

• Keseimbangan monopoli jangka pendek boleh wujud dalam tiga keadaan;(i) Untung lebih normal; – (JH > JK) @ (P > AC), maka π > 0.

(ii) Untung normal; – (JH = JK) @ (P = AC), maka π = 0.

(iii) Untung kurang normal (rugi);– (JH < JK) @ (P < AC), maka π < 0.

32

Untung Lebih Normal

Kuantiti

Harga

PUNTUNG

DD = AR MR

AC

MC

AC

QM

• JH > JK

• P > AC

• π > 0 JH

JK

33

Untung Normal

Kuantiti

Harga

P = AC

DD = AR MR

ACMC

QM

• JH = JK

• P = ATC

• π = 0

JH JK

34

Untung Kurang Normal (Rugi)

Kuantiti

Harga

P

DD = AR MR

ACMC

QM

• JH < JK

• P < ATC

• π < 0

JHJK

AC RUGI

35

6.3.6 KESEIMBANGAN MONOPOLI JANGKA PANJANG

• Firma monopoli merupakan pengeluar tunggal tanpa kebebasan keluar masuk.

• Jika firma monopoli memperoleh untung dalam jangka pendek, maka ia akan meneruskan operasinya dalam jangka panjang dengan menggunakan saiz loji yang lebih besar supaya memperoleh untung yang lebih banyak.

• Jika firma monopoli mengalami kerugian jangka pendek, ia akan membuat penyesuaian ke atas saiz loji yang sekurang-kurangnya mendatangkan untung normal dalam jangka panjang. Jika tidak, ia perlu menutup operasinya.

36

6.3.7 DIKRIMINASI HARGA

• Diskriminasi harga berlaku apabila monopoli menetapkan tingkat harga yang berbeza kepada pelanggan yang berbeza.

• Diskriminasi harga hanya boleh dilakukan apabila firma mempunyai kuasa pasaran yang boleh meletakkan harga yang berbeza.

• Tujuan: Menambahkan keuntungan.• Syarat untuk melakukan diskriminasi harga:

(i) Mempunyai kuasa monopoli-boleh mengawal harga(ii) Dapat mengelakkan penjualan semula barangan(ii) Membezakan pengguna mengikut jenis keanjalan

permintaan harga – anjal dan tidak anjal.

37

HARGA DAN OUTPUT DI BAWAH DISKRIMINASI HARGA

Pengguna Kumpulan X Pengguna Kumpulan Y

0 5 Kuantiti(Q)

Harga(P)

0 5 Kuantiti(Q)

MR

DX

MR DY

Harga(P)

MC

100

40

60

40

38

Kumpulan X

• Jumlah pengguna (Q)= 5 orang• Tingkat harga yang dikenakan (P) =

RM100/seorang.• Jumlah hasil = (P x Q) = (5 x 100 =

500).

Kumpulan Y

• Jumlah pengguna (Q)= 5 orang• Tingkat harga yang dikenakan (P)

= RM60/seorang.• Jumlah hasil = (P x Q) = (5 x 60 =

300).

• Andaikan firma tidak melakukan diskriminasi harga dan mengenakan harga yang sama (RM60) kepada setiap pengguna (10 orang), maka jumlah hasil = (P x Q) = (60 x 10) =RM600.

• Jika firma melakukan diskriminasi mengikut kumpulan pengguna seperti jadual di bawah, maka:

• Jumlah hasil dari pelaksanaan diskriminasi harga ialah: = (JHX + JHY )= (500 + 300) = 800

39

top related