6. al quran

Post on 20-Jan-2015

4.049 Views

Category:

Economy & Finance

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

SUMBER UTAMA

TAMADUN ISLAM

Al-Quran

Al-Quran menurut pengertian bahasa ;bermaksud bacaan(al-Qiraah)

Al-Quran menurut istilah ;◦maksud kalam Allah yang mu’jiz yang

diturunkan kepada Nabi S.A.W dengan perantaraan Jibril a.s, ditulis dalam mashaf, dipetik dari riwayat mutawatir dan dikira ibadat bagi sesiapa yang membacanya.

Al-Quran tersusun dalam 114 bahagian yang dikenali sebagai surah dan terkandung dalam 30 juzuk dan 60 hizb atau bab.

Bilangan ayat yang terdapat padanya adalah sebanyak 6666 mengikut pendapat ulamak Basrah dan 6236 mengikut ulamak Kuffah.

Nama nama lain al-Quran ialah; Al-Kitab: perkataan yang banyak digunakan

dan merupakan salah satu nama yang terkenal daripada nama-nama al-Quran.

Al-Furqan: merupakan pembeza dan pemisah antara ajaran yang benar dan ajaran yang salah.

Al-Zikr: merupakan peringatan serta panduan hidup mereka di dunia dan akhirat.

Al-Tanzil: menunjukkan bahawa isi al-Quran diturunkan oleh Allah taala yang menguasai sekelian alam yang tidak sekutu baginya.

Al-Mushaf:merupakan helaian kerana al-Quran dihimpun dan ditulis dalam bentuk helaian.

Al-Quran disifatkan sebagai al- Nur (cahaya) Al-Quran disifatkan sebagai al-Huda (pertunjuk) Al-Quran disifatkan al-Busyra (berita gembira) Al-Quran disifatkan sebagai al-Mau’zah(pengajaran) Al-Quran disifatkan sebagai Syifa’ (penawar)

• Mukjizat merupakan perkataan Arab yang berasal daripada ‘Ajaza iaitu lemah.

• Mukjizat menurut istilah ialah sesuatu yang luar biasa yang dapat melemahkan manusia dan diluar kemampuan mereka serta tidak dapat dicapai oleh mana-mana manusia di muka bumi.

• Antara mukjizat al-Quran yang dapat dilihat dengan jelas sehingga hari ini, ianya terpelihara dan sentiasa mendapat jaminan Allah terhadap isi kandungan.

• Selain itu isi kandungan al-Quran tidak bercanggah sedikitpun antara satu sama lain

Baginda mengalami bemacam-macam keadaan dan cara ketika menerima wahyu, antaranya;

Malaikat memasukkan wahyu kedalam hatinya. Malaikat menampakkan dirinya sebagai seorang lelaki. Wahyu datang kepada baginda seperti bunyi deringan

loceng. Malaikat menunjukkan dirinya yang asal

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun

13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.Permulaan al-Quran diturunkan ialah pada 17

Ramadan bersamaan 6 ogos 610 masihi di Gua Hira’.

Ayat yang pertama diturunkan kepada Nabi s.a.w ialah surah al-Alaq.

Ayat yang terakhir diturunkan ialah ayat 281 surah al-Baqarah.

Supaya mudah difahami dan dilaksanakan.Terdapatnya nasikh dan mansukh.Bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yang

terjadi.Memudahkan proses penghafalan.Sesetengah ayat adalah jawapan dari

pertanyaan atau penolakkan sesuatu perbuatan atau pendapat.

Ayat-ayat yang diturunkan di Makkah atau sebelum penghijrahan Nabi s.a.w ke Madinah dikenali sebagai ayat-ayat Makki.

Ayat-ayat yang diturunkan di Madinah atau selepas penghijrahan Nabi s.a.w ke Madinah dikenali sebagai ayat-ayat Madani.

Perbezaan di antara ayat Makki dan Madani;Ayat-ayat Makki pada umumnya pendek-pendek.Ayat-ayat Madani panjang-panjang.

Dalam surah-surah Makki terdapat perkataan “Ya ayuhannas”.

Dalam surah-surah Madani terdapat perkataan “Ya ayuhallazi naamanu”.

Surah-surah Makki terdapat kisah-kisah kenabian dan umat-umat terdahulu kecuali surah al-Baqarah.

Surah-surah Madani menceritakan perihal kaum menafiq kecuali surah al-Angkabut.

Pengumpulan dan penulisan al-Quran berlaku secara berperingkat-peringkat.

i. Zaman Rasulullah.ii. Zaman Abu Bakar.iii. Zaman Uthmaniv. Zaman Umayyah

Al-Quran mempunyai keistimewaan tertentu berbanding kitab-kitab suci yang lain.

Segala isi kandungan bersesuaian dengan semua keadaan, tempat dan masa berbanding dengan kitab sebelumnya yang hanya untuk umat tertentu ,pada tempat dan waktu tertentu sahaja.

Antara kandungan al-Quran;

◦Tauhid◦Janji dan ancaman Allah◦Ibadah◦Jalan capai bahagia◦Kisah umat terdahulu sebagai tauladan

syukran

http://wanbk.page.tlhttp://wanbk.page.tl

top related