5.2 pengembaraan dan asas pandu arah
Post on 29-Nov-2015
495 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas.
Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.
Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang.
Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah
pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan
bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat
menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke
sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya
ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin.
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan
mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering
Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan
Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang
mudah untuk dilakukan, antaranya adalah:
•Orienteering Merentas Desa (Cross-Country
Orienteering)
•Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
•Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
•Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
•Orienteering Malam (Night Orienteering)
•Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
5.2.1 Kebaikan Sukan Orienteering
Sukan untuk semua Meningkatkan kecergasan fizikal Meningkatkan kecergasan mental dan daya tumpuan Memberi cabaran dan keseronokan Membina sikap positif dan keyakinan diri Menggunakan persekitaran yang sihat Meningkatkan kemahiran pembacaan peta dan kompas Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam
keadaan cemas
Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan alatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut:
i. Titik kawalan (Control point)ii. Penanda kawalan (Control marker)iii. Kad kawalan (Control card)iv. Peta utama (Master map)v. Keterangan kawalan (Control description)vi. Landasan (Course)vii. Kompas (Compass)
i. Titik kawalan (Control point)
Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas
peta yang perlu dilawati oleh peserta.
Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri
buatan manusia yang jelas.
Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada
penjaga dititik ini.
ii. Penanda kawalan (Control marker)
Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.
iii. Kad kawalan (Control card)
Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad
kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti
atau pengesahan.
Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta
masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak
untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa
digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.
iv. Peta utama (Master map)
Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan
disertakan dengan keterangan kawalan.
Landasan ini akan disediakan oleh Perancang
Landasan.
v. Keterangan kawalan (Control description)
Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control
description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang
disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan
keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis
dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk
kod/gambarajah.
vi. Landasan (Course)
Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
Tanda yang berkenaan landasan adalah:• Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.• Titik kawalan dengan tanda bulatan.• Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.• ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
vii. Kompas (Compass)
Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan
orienteering.
Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.
Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat
dibuat dengan mudah dan betul, maka seseorang itu
perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan
dengannya, iaitu:
1. Teknik membaca peta
2. Teknik membaca kompas
3. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
5.4.1 Teknik Membaca Peta Topografi
Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi
bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara.
Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan
berkenaan.
Mempunyai tajuk, kontur, skala, petunjuk, garisan
melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan
dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi
kawasan berkenaan.
Membaca peta ialah proses mentafsirkan maklumat
yang tergambar di atas peta kepada maklumat sebenar
yang diwakilinya.
Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari
udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang
menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis
tanaman, bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan
tanah tinggi dan sebagainya.
Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti orienteering
ialah peta topografi.
5.4.2 Jenis-jenis Peta
Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan
dalam aktiviti orienteering. Antara peta-peta yang diterbitkan ialah: •peta topo•peta panduan jalan raya•peta khusus•atlas•peta imejan satelit •peta orienteering
Peta-peta ini menunjukan tempat dan bearing
(navigation) tempat yang hendak ditujui.
Peta yang sesuai digunakan ialah peta orienteering.
Kandungan dalam peta orienteering ialah:• tajuk peta•arah utara • skala (samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000)•petunjuk peta•garisan melaras utara-selatan•kredit – kerja ukur, Kartografi, tarikh cetakan, penaja
dan sebagainya.
5.4.3 Warna-warna Dalam Peta
Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah:-
1. Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu2. Perang - kontur & jalan raya3. Putih - daerah kutub4. Kuning - dataran tinggi/ bukit5. Hijau - dataran rendah/ hutan6. Biru - kawasan berair
5.4.4 Bentuk Muka Bumi
Garisan kontur dalam peta akan menerangkan
maksud paras ketinggian yang sama rata bagi
keadaan muka bumi berkenaan. Antara yang
perlu diketahui adalah:-
a Susuh bukit (spur)
Sebahagian tanah yang menganjur keluar dari sesuatu kawasan tanah tinggi.
b Ceruk (re-entrant)
Berlawanan dengan susuh bukit di mana ia adalah sebahagian tanah yang melengkung ke dalam dari sesuatu kawasan tanah tinggi. Pada kebiasaannya aliran air dari tanah tinggi melalui kawasan ini.
c Permatang (ridge)
Puncak antara dua tebing yang panjang yang menyambungkan beberapa siri bukit atau tanah tinggi.
d Knol Suatu bukit kecil yang boleh dilihat dengan jelas di mana-mana dataran samada di kawasan tanah pamah atau tanah tinggi.
Jarak antara garisan-garisan kontur menggambarkan keadaan cerun sesuatu tanah tinggi.
Garisan-garisan yang rapat menggambarkan sesuatu cerun yang curam, manakala garisan-garisan yang renggang menggambarkan sesuatu cerun yang landai.
5.4.5 Maklumat Peta
Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada
dua iaitu:
1. Maklumat bingkai - iaitu maklumat yang
terdapat di luar dari gambar peta.
2. Maklumat gambar peta - iaitu maklumat yang
menerangkan gambaran sebenar keadaan muka
bumi dan kegunaan tanah.
Dalam aktiviti pandu arah, maklumat yang amat
penting untuk diketahui dan difahami ialah:
penafsiran garisan kontur yang menggambarkan
keadaan rupa bumi sesuatu kawasan sama ada
berbukit, permatang, lurah, tanah rata, ataupun
sungai.
Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan
kontur di mana jarak kenaikan antara garis kontur
dipanggil selang koritur biasanya sama ada 25 kaki, 50
kaki atau 100 kaki.
lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak menegak dan bukan mengikut cerun atau lereng bukit.
Selain menggambarkan ketinggian, kontur juga menggambarkan bentuk dan keadaan cerun.
Jika keadaan kontur rapat-rapat, ini bererti bahawa cerun adalah curam. Jika jarak antara garisan kontur sama, maka ia menggambarkan cerun yang seragam.
Selalunya garis kontur berbentuk “V” menunjukkan
lurah dan “U” menunjukkan permatang. Arah “V” selalunya menuju ke atas bukit.
5.4.6 Skala
Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta
dengan unit sukatan yang sama di atas tanah.
Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara
jarak di atas peta dengan jarak di permukaan bumi
yang sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta itu.
Contohnya:skala peta 1 : 50,000 = setiap satu unit sukatan di atas peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali pembesaran di atas tanah
1 cm di atas peta = 50,000 cm (5 km) di atas tanah.
5.4.7 Garisan Grid
Semua peta mempunyai garisan grid yang
membahagibahagikan peta itu dengan garis-garis
melintang dan membujur.
Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan membujur
(Timuran) mempunyai nilai masing-masing yang diwakili
oleh dua angka sahaja.
Angka yang terkecil ialah 00 sementara yang terbesar
ialah 99.
Garisan grid ini dibuat bagi membantu kita
menentukan dengan cepat dan tepat lokasi di mana
kita berada.
Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan menyebut
angka timur dahulu dan diikuti dengan angka utara.
•Contohnya 98-99 garis bujur (timuran) dan 48-49
garis lintang (utara).
5.4.8 Utara peta
Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan arah magnetik utara yang ditunjukkan oleh kompas.
Untuk mendapat arah utara atas peta seseorang itu hanya diperlukan meletakkan kompas di atas peta sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di dalam peta tersebut.
Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh
diukur dengan menggunakan kayu pembaris,
manakala jarak berliku menggunakan benang.
Jarak yang diperolehi ditukarkan dengan skala
yang terdapat pada peta untuk mendapat jarak
sebenar.
5.5.1 Kompas
Kompas adalah alat pengemudian arah yang
mempunyai jarum magnetik merah hitam serta
ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah.
Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering.
Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu
tempat sama ada di atas peta atau di permukaan
bumi.
Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung
kepada kepekaan jarumnya yang mudah
dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan
besi dan magnet.
Dua jenis kompas yang selalu digunakan ialah
kompas prismatik dan kompas silva. Kompas
dari jenis silva adalah yang paling sesuai untuk
digunakan di dalam aktiviti orienteering.
Jenis Kompas
Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama
yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi.
Antaranya adalah Kompas Tentera, Kompas
Orienteering, Kompas Marin, Kompas Kiblat,
Kompas Digital.
Kompas orienteering pula terdapat dalam
berbagai bentuk dan jenama antaranya
baseplate compass, thumb compass dan clip
compass.
Ianya direkacipta agar lebih mudah dan
praktikal. Dua jenama yang popular adalah
Suunto buatan Finland dan Silva buatan
Sweden.
5.5.2 Mencari Bearing Objek di atas Tanah
Cara mencari bearing kompas dengan
menggunakan kompas orienteering adalah
seperti berikut:
a) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek
yang akan dicari bearingnya.
b) Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak
tangan dengan kedudukan tapak tangan rata.
Tentukan kedudukan anak panah mara
menghala ke arah objek yang hendak dicari
bearing. Selepas itu pusingkan badan anda
perlahan-Iahan sehingga anak panah mara
betul-betul menghala kepada objek yang tuju.
c) Tanpa membuat apa-apa perubahan
kedudukan kornpas, pusingkan dial sehingga
jarum kornpas bertindih selari dengan anak
panah kompas. Tentukan utara jarum kompas
sehala dengan utara anak panah. Bearing
kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan
yang ada di garisan indeks.
5.5.3 Menentukan Kedudukan Peta dengan Menggunakan Kompas
a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian
letakkan pula kompas di atas peta tersebut di mana anak
panah kompas menghala ke utara peta dan selari dengan
garisan grid timuran di peta. Kemudian pusingkan peta
sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anak
panah kompas. Dalam keadaan sedemikian peta
diorientasikan sejajar dengan bumi.
Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan
peta dan kompas, terdapat cara lain yang boleh
digunakan untuk menunjuk arah.
Walaubagaimanapun cara ini memerlukan
pengalaman dan penelitian yang terang dan
jelas.
Matahari
Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat.
Arah ini boleh diketahui melalui bayang-bayang.
Jika kita dapat mengetahui arah barat dan timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang hendak kita tuju.
Bulan
Bulan juga terbit di sebelah timur.
Oleh yang demikian dapatlah kita mengetahui
arah mata angin dengan berpandukan bulan
pada waktu malam.
Perancangan Perjalanan
Sebelum bergerak ke tempat yang dituju
sedikit perancangan perlu dilakukan untuk
memastikan perjalanan akan menjadi lebih
mudah dan selamat.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam perancangan adalah seperti berikut:
a) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat.
b) Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal sesuatu yang boleh ditemui di hadapan kita.
c) Kita hendaklah mencatat apa-apa yang luar biasa atau mercu tanda yang boleh ditemui di sepanjang perjalanan sebagai rujukan.
Perkara yang perlu diberi perhatian
dalam perancangan
Tentukan arah di atas Peta
cekap meramal sesuatu
Mencatat
kawasan tinggi dan berbukit-bukau - mengikut
permatang
kawasan landai dan rata –
menyusur sungai
Perhatian!!!Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan
merancang perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah haluan perjalanan yang disesuaikan dengan keadaan muka bumi dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya tidak menyimpang daripada matlamat asal.
Perhatian!!!
Jika kehilangan haluan kita hendaklah
berhenti dengan segera, berehat sebentar,
tenangkan fikiran dan menyemak semula arah
laluan.
Kaedah Pergerakan“Bergerak dalam kumpulan”
a) Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur.
b) Membuat perbincangan sebelum perjalanan dibuat.
c) Hendaklah bergerak dalam pasangan, jangan berpecah terutamanya pada waktu malam gelap.
1
d) Jika bergerak dalam kumpulan yang besar,
boleh mengarahkan satu kumpulan kecil untuk
mencari jalan, rintis dan (jika perlu)
menyediakan tapak khemah untuk rehat.
e) Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat.
Jika ada rintangan perhatikan semua telah
melepasinya dan mendapatkan rehat yang
cukup.
f) Adalah lebih baik melangkah dengan seragam
dan bergerak perlahan kerana ini kurang
memenatkan.
g) Kerap kali mengambil rehat dan bertanya
keadaan setiap orang.
h) Jika membawa galas, hendaklah sentiasa
dibetulkan dan disusun semula supaya kemas
dan seimbang.
Kaedah Pergerakan“Bergerak Waktu Malam”
Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat membahayakan kerana penglihatan yang terhad dan kurang jelas.
Keadaan ini boleh menyebabkan kita mudah kehilangan arah yang dituju.
Oleh yang demikian, penggunaan kompas untuk memandu pergerakan amatlah perlu.
2
Kaedah Pergerakan“Bergerak Waktu Malam”
Di samping itu hendaklah sentiasa
menggunakan pendengaran dan hiduan, di
samping melangkah dengan perlahan dan
menguji tempat dipijak sebelum bergerak.
Kaedah Pergerakan“Bergerak di kawasan bukit dan gunung”
Perjalanan mengikut sungai adalah memakan
masa kerana ianya mungkin menempoh jeram,
tebing tinggi dan batu licin yang sukar hendak
dilalui dengan berjalan kaki.
Di kawasan lereng curam, langkah hendaklah
dipendekkan.
3
Kaedah Pergerakan“Bergerak di kawasan bukit dan gunung”
Penggunaan tali atau pun pemegang semasa
menuruni lereng licin amatlah digalakkan.
Bagi lereng yang terlalu curam, bergerak mengikut
arah zigzag adalah digalakkan untuk mengelakkan
berlaga lutut.
Semasa menuruni lereng yang curam, lutut
hendaklah sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit
untuk mencari tapak.
Kaedah Pergerakan“Bergerak di dalam hutan”
Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu
menebas tumbuhan untuk memudahkan perjalanan.
Jika perlu menebas tebang pokok kecil, hendaklah
dibuat seberapa rapat ke tanah supaya pokok
tumbang tidak menghalang jalan dan tidak terdapat
tunggul yang boleh membahayakan, terutamanya
jenis buluh.
4
Kaedah Pergerakan“Bergerak di dalam hutan”
Jika terdapat tumbuhan duri mengkuang dan
asam paya yang tebal, jangan cuba merintis
tetapi sebaik-baik buatlah susuran.
Kaedah Pergerakan“Menyeberangi sungai”
Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan:
a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan air pasang surut. Cuba elakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit.
b) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan aras.
c) Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram, tebing, curam dan berbatu-batu.
5
d) Jangan mengharung air jika terlalu sejuk, ini
mungkin menyebabkan terjadinya ketegangan
otot.
e) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman
dan kelajuan air.
f) Jika berseluar panjang hendaklah dilipat
untuk mengurangkan tolakan/tarikan air.
5.6.3 Panduan Jarak dan Tempoh Masa Perjalanan
Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalanan yang
diambil adalah berbeza dari satu situasi yang lain.
Bagi membantu kita merancang perjalanan untuk
sampai ke sasaran, panduan kelajuan berikut bolehlah
digunakan.
tanah lapang ……………………………4 - 5 kmjmendaki ………………………………….2 -2.5 kmjmeredah hutan rata…………………2.5 - 3.5 kmjmeredah hutan lereng …………..1 - 1.5 kmjmeredah lalang tebal ……………….0.5 - 0.8 kmjmeredah resam tebal………………. 0.1 - 0.3 kmjmeredah hutan pava dalam………0.1 - 0.2 kmj
Tanda-tanda awal yang menunjukkan
berlakunya kejadian sesat jalan ialah apabila
kita tidak sampai ke tempat yang dituju dalam
masa yang sewajarnya.
Dalam keadaan ini, langkah-Iangkah berikut perlulah
diambil:-
a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan
panik.
b) Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan
yang telah dibuat.
c) Berpatah balik ke titik kawalan atau lokasi
terakhir jika tidak dapat memastikan tempat
sebenar kita berada.
d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir
juga tidak dapat membantu mencari sasaran,
maka mencari kawasan yang ada manusia.
Gunakan kompas untuk mengambil bearing ke
arahnya.
e) Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau
anak sungai dan mengikutnya sehinqqa ke
sungai dan berjumpa perkampungan.
5.7.1 Langkah Pencegahan daripada Sesat Jalan
Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian
yang mengelakkan berlakunya sesat jalan:-
a) Jangan terburu-buru semasa bergerak.
b) Selalu semak arah perjalanan dengan keadaan
muka bumi yang ditempuhi menggunakan peta
dan kompas.
c) Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke
titik kawalan yang lain dan menandakan ciri-
ciri muka bumi yang ditemui.
d) Jika mengesyaki sebarang kesilapan
berlaku, maka pergerakan hendaklah
dihentikan segera. Selepas semakan dan
pembetulan ke atas bacaan kompas dan peta
dibuat, perjalanan bolehlah diteruskan.
top related