4.2 struktur & fungsi mata

Post on 15-Jun-2015

1.036 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1

Begeli LinggangProgram Pembantu Perubatan

KSKB Kuching

2

Mata organ bagi deria penglihatan terletak di dalam kaviti orbital (soket mata) bekalan sarafnya ialah dari saraf optik. dilindungi oleh beberapa organ aksesori dan juga tisu adipos yang terdapat di belakangnya

Kaviti orbital (soket mata) dibentuk oleh tujuh tulang tengkorak yang juga melindungi mata dari kecederaan melainkan di bahagian depannya.

3

Struktur Mata

Terdapat tiga lapisan tisu di dalam dinding mata:

Lapisan luar berfiber ialah sklera dan kornea.

Lapisan tengah yang vaskular ialah koroid, jasad siliari dan iris.

Lapisan dalam bertisu saraf iaitu retina.

4

5

Sklera (mata putih)

adalah tisu-tisu yang membentuk lapisan luar mata (di bahagian posterior dan sisi tepi biji mata).

bersambungan ke arah anterior dengan kornea.

mengandungi membran berserat yang kukuh dan liat dan mengekalkan bentuk mata serta memberi lekatan kepada otot ekstrinsik mata.

6

Kornea☞ satu membran epitelium yang lutsinar .

☞ Cahaya akan melaluinya untuk sampai ke retina di mana maklumat cahaya diinterpretasikan sebagai maklumat pemandangan.

☞ Berbentuk cembung di depan yang bertujuan untuk membias cahaya supaya fokus ke atas retina.

7

Koroid☞ melitupi 5/6 daripada permukaan bahagian sklera.

☞ kaya dengan bekalan darah dan berwarna coklat pekat.

Cahaya masuk ke dalam mata melalui pupil, merangsang hujung saraf pada retina yang kemudiannya akan diresap oleh koroid.

8

Jasad Siliari sambungan daripada koroid di bahagian anterior.

terdiri daripada otot-otot berserat tidak berjalur (otot siliari) dan sel-sel epitelial bersekresi.

memberikan lekatan kepada ligamen suspensori yang juga melekat di bahagian penghujung luaran kanta.

Kontraksi dan relaksasi otot siliari mengubah ketebalan kanta untuk membias cahaya.

9

Jasad SiliariSel-sel epitelial bersekresi akan merembeskan cecair akues ke bahagian segmen anterior mata iaitu ruangan di antara kanta dan kornea.

Bekalan saraf pada otot siliari adalah daripada cabang parasimpatatik saraf okulo-motor.

Stimulasi akan menyebabkan kontraksi otot licin dan akomodasi mata.

10

Iris bersambungan daripada jasad siliari ke arah anterior dan terletak di belakang kornea dan di depan kanta.

membahagikan segmen anterior mata kepada kamar anterior dan kamar posterior yang mengandungi cecair akues.

11

Iris terbentuk daripada sel-sel pigmen dan dua lapisan otot licin berserat iaitu satu sirkular dan satu lagi menjalar.

Keseluruhan bentuk iris adalah badan bersirkular.

Di bahagian pertengahan terdapat apertur (bukaan) iaitu pupil dimana saiznya berbeza tertakluk kepada rangsangan cahaya.

12

13

IrisSekiranya cahaya terang/ cerah, otot sirkular akan mengecut menyebabkan pupil konstrik.

Sekiranya cahaya kurang terang/ mendung, otot menjalar akan kontraks menyebabkan pupil dilat.

Bekalan saraf Saraf parasimpatatik ☞ dari saraf okulo-motor yang mengecilkan saiz pupil. Saraf simpatatik ☞ dari saraf ganglion servikel superior yang mendilat pupil.

14

IrisWarna iris berbeza dan tertakluk kepada jumlah kehadiran sel-sel pigmen. Sel pigmen tidak terdapat pada mereka yang albino.

Manusia bermata biru mempunyai kurang sel

pigmen berbanding manusia bermata coklat.

15

Retina lapisan terdalam di dinding mata.

satu struktur yang mudah menerima cahaya apabila dirangsang.

terdiri daripada beberapa lapisan sel saraf dan lapisan sel berserat yang terletak di atas satu lapisan sel-sel epitelium berpigmen yang melekat pada koroid.

Lapisan yang sensitif pada cahaya di bahagian ini dikenali dengan lapisan rod dan kon.

16

Retina membentuk lebih kurang ¾ daripada bentuk mata. tebal di bahagian posterior dan menipis di bahagian anterior.

Makula lutea - titik kuning pada retina di belakang mata yang mengandungi kon yang paling tinggi Fovea centralis - Lekuk kecil pada makula lutea yang hanya mengandungi sel-sel kon.- Kawasan penglihatan paling tajam

17

Rod dan kon- mengandungi pigmen yang sensitif terhadap cahaya dan bertindak mengubah cahaya kepada impuls saraf.

Ke arah bahagian anterior retina sel-sel kon berkurangan, tetapi terdapat banyak sel-sel rod.

Kon ☞ untuk penglihatan waktu siang dan juga penglihatan warna

Rod ☞ untuk penglihatan dalam cahaya yang malap / dalam gelap

18

Impuls saraf saraf opitk korteks serebral untuk di interpretasikan.

Kanta berbentuk dwicembung, elastik, lutsinar dan terletak di belakang pupil.

diampu daripada jasad siliari oleh ligamen

suspensori dan kanta ini dilitupi dengan kapsul yang lutsinar.

Ketebalannya di kawal oleh otot siliari melalui ligamen suspensari.

19

Kanta

akan membias cahaya yang dipantulkan oleh sesuatu objek di depan mata. satu-satunya struktur mata yang berkebolehan mengubah kuasa refraksi (pembiasan).

Apabila otot siliari mengecut, ia akan bergerak ke depan dan melepaskan ketegangan terhadap kanta dan menyebabkan penebalan bentuk kanta.

Semakin dekat sesuatu objek itu kita pandang, maka kanta akan bertambah tebal.

20

Bekalan darah ke mata

☞ darah arterial oleh arteri siliari dan arteri

retina pusat (cabang arteri oftalmik)

☞ pengembalian darah adalah melalui

beberapa vena termasuk vena retina pusat.

☞ Arteri dan vena retina tengah terbungkus di

dalam saraf optik dan ianya memasuki mata melalui diska optik (titik buta).

21

Bahagian dalam mata Terdapat kamar posterior dan anterior.

Cecair akues

☞ terdapat di kamar posterior dan anterior.

☞ cecair jernih yang dihasilkan oleh kelenjar

siliari.

☞ beredar di depan kanta melalui pupil ke arah kamar posterior

☞ mengalir keluar melalui saluran Schlemm

22

Cecair akues

☞ penghasilannya adalah secara berterusan

untuk memastikan tekanan di dalam mata sentiasa tetap di antara 10-20 mmHg.

☞ membekalkan makanan dan mengeluarkan

kekotoran daripada struktur lutsinar di depan mata seperti kornea, kanta dan kapsul kanta kerana di bahagian ini tidak terdapat bekalan darah.

23

Bahagian Dalam Mata Jasad/humor vitreus

☞ terdapat di bahagian belakang kanta

☞ bersifat lembut, lutsinar, seperti agar-agar.

☞ terdiri daripada 99% air, sedikit garam

galian dan mukoprotein.

☞ mengampu dinding retina terhadap koroid

☞ memastikan biji mata tidak runtuh dan juga

memastikan bentuk bola mata.

24

Saraf Optik

☞ dibentuk oleh kesemua serat saraf optik

yang berpunca daripada retina.

☞ terletak 0.5 sm daripada makula lutea

sebelah nasal.

☞ menembusi koroid dan sklera arah ke

belakang dan melalui soket mata secara medial .

25

Saraf Optik

☞ seterusnya melalui foramen optik tulang

sphenoid, ke belakang dan secara medial untuk menemui saraf daripada mata yang satu lagi di kaisma optik.

Kaisma Optik

☞ terletak di depan dan di atas kelenjar

pituitari.

26

Kaisma Optik

☞ struktur di mana serat-serat saraf optik

dari bahagian nasal retina akan bersilang

untuk ke arah bertentangan.

serat-serat daripada bahagian temporal

tidak bersilang.

Trek Optik

☞ laluan untuk saraf optik yang berada di

belakang kaisma optik.

27

Trek Optik

☞ setiap trek mengandungi serat saraf optik dari bhg. nasal retina satu biji mata dan serat saraf optik dari bhg. temporal dari mata yang satu lagi.

☞ menuju ke arah belakang melalui serebrum untuk tujuan sinaps dengan sel-sel saraf jasad genikulat lateral. Dari sana serat- serat saraf menuju ke belakang secara medial sebagai radiasi optik

28

29

Saluran Optik

☞ radiasi optik berakhir di korteks penglihatan ( lobus oksipital serebrum ).

Di serebellum, impuls dari mata, telinga, otot dan sendi akan menyumbangkan kepada kawalan imbangan.

Otot-otot ekstraokular mata

☞ Setiap bola mata digerakkan oleh enam otot ekstrinsik.

30

Otot ekstrinsik

☞ melekat pada dinding kaviti orbital dan di

mata ia melekat pada lapisan sklera

Jenis lurus Jenis serong

Rektus Superior Oblik Superior

Rektus Inferior

Rektus Lateral Oblik Inferior

Rektus Medial

31

32

Tindakkan Otot Dan Bekalan Saraf Rektus Superior - menarik bola mata ke atas - saraf okulomotor ( saraf kranial ke 3 )

Rektus Inferior

- menarik biji mata ke bawah - saraf okulomotor ( saraf kranial ke 3 )

Rektus Lateral

- menarik biji mata ke arah luar.

- saraf abdusen ( saraf kranial ke 6 )

33

Tindakkan Otot Dan Bekalan Saraf Rektus Medial - menarik bola mata ke arah dalam - saraf okulomotor ( saraf kranial ke 3 )

Oblik Superior - menarik bola mata ke arah bawah & luar - saraf troklear ( saraf kranial ke 4 )

Oblik Inferior - menarik bola mata ke arah atas dan luar

- saraf okulomotor ( saraf kranial ke 3 )

34

Tindakkan Otot Apabila satu daripada otot ini menguncup,

otot yang bertentang akan mengendur.

Otot-otot mata bekerjasama untuk

mengerakkan bola mata ke semua arah yang perlu.

Kedua-dua mata bergerak bersama-sama

supaya kita dapat melihat bukan dua arca atau imej yang bertindan, tetapi satu.

35

Organ-organ aksesori mata

☞ bulu kening, kelopak mata, bulu mata konjuntiva dan alat lakrima

Bulu Kening mencegah peluh dari dahi dan kepala daripada memasuki mata.

boleh bergerak dan terdiri daripada kulit tubuh dan otot jalur.

36

37

Kelopak Mata pinggir bebasnya terdiri daripada tisu pengikat tebal iaitu kepingan tarsal.

kelopak mata atas ditarik ke atas oleh otot levator palpebrae superioris yang terlekat pada keping tarsus kelopak mata atas. Tugas otot levator ini ialah mencelikkan mata.

otot yang mengelilingi kelopak mata atas dan bawah dinamakan otot obikularis okuli.

38

Kelopak Mata

Tugas otot obikularis okuli ☞ menutup mata

Bulu Mata satu barisan bulu pendek yang tebal, tumbuh dari pinggir bebas tiap-tiap kelopak mata. memberi separuh lindungan daripada debu.

Dibelakangnya ialah lubang halus yang terbentuk dari kilang minyak khas iaitu kilang meibomian.

39

Konjuntiva melapisi permukaan belakang kelopak mata dan kemudian melipat kehadapan biji mata

Lapisan selaput konjuntiva di permukaan belakang selaput mata dinamakan sak konjuntiva supra dan infra.

Lapisan selaput konjuntiva yang melapisi bahagian kornea mata ialah struktur lutsinar dan dikenali dengan bulba konjuntiva.

40

Konjuntiva Lapisan dibawah kelopak mata atas dikenali dengan tarsal konjuntiva.

Alat Lakrima bertanggungjawab terhadap penghasilan air mata dan alirannya. Ia terdiri daripada : 1 Kelenjar lakrima 2 kanalikuli lakrima Untuk sebelah mata 1 pundi lakrima 1 duktus nasolakrima

41

42

Kelenjar lakrima

☞ terletak di dalam sudut soket mata di

bahagian atas soket mata dekat sudut luar.

Air mata yang terhasil mengalir dari sini ke bawah melalui beberapa salur kecil.

Kanalikuli lakrima Di sudut dalam kelopak mata terdapat dua salur air mata, satu di atas dan satu di bawah dan di kenali sebagai kanalikulus atas dan bawah.

43

Air mata mengalir ke dalam salur ini dan sampai ke pundi air mata.

Karunkel ☞ satu tompok merah yang terdapat

di antara salur air mata atas dan bawah

Pundi lakrima dan duktus nasolakrimaPundi air mata ialah bahagian kembang terletak di atas duktus nasolakrima.

Dari pundi ini, duktus nasolakrima turun ke bawah dan tamat di rongga hidung.

44

Air mata

☞ bendalir jernih bersifat alkali lemah yang

mengandungi sedikit natrium klorida.

☞ dihasilkan secukupnya untuk membasahi sak konjuntiva supaya bebaskan dari debu.

Jika dihasilkan berlebihan duktus nasolakrima tidak dapat mengalirkan semuanya ke rongga

hidung menyebabkan lelehan air mata.

45

Fungsi air mata membasahkan permukaan depan mata dan membenarkan kelopak mata mengerdip dengan senang. membuangkan debu dan bendasing termasuk kuman. Bahan lisozim dari air mata bertindak mencegah kuman membiak. termasuk menunjukkan perasaan emosi.

top related