3.1 struktur & fungsi reproduktif lelaki

Post on 19-Jul-2015

1.196 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1

2

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Objektif Am Pelatih memahami struktur dan fisiologi sistem reproduktif lelaki.

Objektif spesifik Di akhir sesi pembelajaran pelatih dapat:1. Menghuraikan struktur pembiakan lelaki.2. Menerangkan fisiologi pembiakan lelaki. 3. Melabelkan bahagian organ reproduktif lelaki.

3

Struktur Sistem Reproduktif Lelaki

- dibentuk oleh organ-organ berikut : Skrotum Penis. 2 testes 2 korda spermatik. 2 kelenjar vesikel seminal. 2 duktus ejakulasi. Kelenjar prostat.

Bahagian luar

Bahagian dalam

4

5

Skrotum- berpigmentasi, diselaputi tisu berserat, tisu perantara dan otot licin.

- mempunyai 2 kompartmen setiap satu mengandungi 1 testes, 1 epididimis dan 1 korda spermatik.

- terletak di bahagian bawah tulang simfisis pubis, depan paha dan di belakang penis.

6

Testes- gonad lelaki, bersaiz 4.5 sm panjang, 2.5 sm lebar, 3 sm tebal dan tergantung di dalam skrotum oleh korda spermatik

- terdiri daripada tiga lapisan tisu.

Tunika vaginalis – lapisan luaran testes unjuran daripada peritioneum abdomen dan pelvik.

7

Tunika albuginea - lapisan berserat, meliputi testes unjuran dari septa yang memisahkan struktur kelenjar testes kepada lobul.

Tunika vaskulosa - terdiri daripada rangkaian kapilari yang disokong oleh tisu perantara.

8

Struktur Testes- Setiap testes mempunyai 200-300 lobul.

- Setiap lobul terdapat 1 - 4 tubul semiferus yang terdiri dari sel germinal epitelium.

- di antara tubul terdapat sel-sel interstitial (sel-sel Leydig) yang merembeskan hormon testosteron selepas baligh.

- pada polar atas testes terdapat epididimis.

9

- epididimis meninggalkan skrotum untuk membentuk duktus /vas deferens yang berada di dalam korda spermatik.

- darah dan aliran limfa ke testes dibekalkan melalui korda spermatik.

Korda Spermatik- setiap korda spermatik mengandungi 1 arteri testikular, 1 vena testikular, salur limfa, 1 duktus deferens dan saraf testikular.

10

11

Vesikel Seminal- dua kantung fibromuskular yang dilapisi oleh epitelium kolumnar.

- bergabung dengan duktus deferens untuk membentuk duktus ejakulasi yang merembes semen.

Duktus Ejakulasi- dua tiub berukuran 2 sm panjang yg melintasi kelenjar prostat dan membuka di uretra prostat.

12

Duktus Ejakulasi- membawa cecair seminal dan spermatozoa untuk disalur keluar melalui uretra.

Kelenjar Prostat- terletak dalam kaviti pelvik di depan rektum, dibelakang simfisis pubis dan mengelilingi bahagian permulaan uretra.

- dibentuk oleh lapisan berserat , otot licin dan sel epitelium kolumnar (merembeskan cecair pelincir prostat).

13

14

Penis- mempunyai satu akar dan badan.

- akar terbenam pada perineum dan badan mengelilingi uretra.

- dibentuk oleh 3 jenis tisu erektil dan otot involuntari yang boleh memanjang dan mengembang.

– tisu-tisu ini disokong oleh tisu berserat yang diselaputi oleh kulit, dan kaya dengan bekalan darah.

15

– 2 Corpora kavernosa dan ditengahnya ialah korpus spongiosum yang mengandungi uretra.

– Glans penis terbentuk di hujung corpora kavernosa dan korpus spongiosum.

Uretra- bagi lelaki, panjangnya ialah 19 – 20 sm dan

terdiri daripada 3 bahagian :

Uretra prostat – bermula di orifis uretra pada pundi kencing dan dikelilingi kelenjar

16

Uretra Uretra bermembran – terpendek dan sempit, bermula di kelenjar prostat hinggalah ke bulba penis.

Uretra penil – terkandung di dalam korpus spongiosum dan berakhir di orifis uretra eksterna.

Terdapat 2 sfinktur uretra – sfinkter internal (terdiri daripada serat otot licin) dan sfinktereksternal (terdiri daripada serat otot rangka)

17

18

Prepus – menyelaputi bahagian glans penis.

– Bekalan darah ialah daipada arteri dan vena pudendal,

– Bekalan saraf dari autonomik dan somatik.

19

Skrotum- mempunyai karung kulit yang berkedut dan berpigmen.

Fungsi kulit berpigmen:- bertindak sebagai kantung untuk testis tergantung di dalamnya.

Struktur Sistem Reproduktif Lelaki

20

Fungsi kulit berpigmen:- memelihara suhu sesuai untuk testis dan melindunginya daripada kecederaan.

Skrotum juga mengandungi otot kremaster dan serat-serat otot dartos.

Fungsi otot kremaster: mengawal posisi skrotum dan testis. Cth : cuaca sejuk atau rangsangan seksual ia mengecut dan menarik testis lebih dekat dgn badan utk mendapatkan haba badan.

21

Fungsi otot dartos: mengecut atau mengembang kulit di skrotum.

Penis- 2/3 badan penis terletak di luar badan.- terdapat tiga bahagian tisu erektil : 2 korpus karvenosa dan korpus spongiosum - sarung tisu mengawal distensi tisu erektil melebihi batasan.- kulit tubuh yang longgar ialah prepus yang mengelilingi glan penis.

22

- ligamen suspensori mengikatkan penis ke tulang pubis.

Prosidur pembuangan sebahagian daripada prepus adalah sirkumsisi.

Fungsi Penis - menyalurkan air kencing keluar

- memancut sel- sel sperma ke dalam vagina.

23

Testis- gonad lelaki (menghasilkan spermatozoa). - tergantung di dalam skrotum melalui korda spermatik. - memerlukan suhu sekitar 3°c lebih rendah daripada suhu badan untuk pembetukan sperma yang matang (spermatogenesis).

24

Lapisan testis Tunika Vaginalis - dilapisi oleh peritoneum di luar.

- peritoneum akan memisahkan skrotum daripada peritonium abdomen.

Tunika Albuginea Setiap testis mengandungi 200-300 lobul yang terdiri dari sel-sel epitilium germinatif yang membentuk tubul-tubul seminiferus.

25

Tunika albuginea- setiap lobul mengandungi 1-4 tubul

seminiferus

- sel-sel epitilium germinatif menghasilkan sel-sel sperma (dipengaruhi FSH)

- di antara tubul-tubul seminiferus terdapat sel-sel leydig yang menghasilkan hormon testesteron (dipengaruhi hormon perangsang sel-sel interstitial).

26

Tunica Vaskulosa- mempunyai rangkaian kapilari dan juga tisu berfiber yang melapisi tunica albuginea.

- sel-sel sperma memperolehi nutrien melalui rangkaian ini.

27

28

Sistem Duktus terdiri daripada epididimis, vas deferens, korda spermatik, duktus ejakulasi dan

uretra

Mengandungi sedikit cecair seminal yang bertindak sebagai pelicin.

Sperma apabila dihasilkan dalam bentuk separa pepejal perlukan pelicin untuk bergerak .

29

Epididimis mempunyai bahagian kepala, badan dan ekor.

Dilapisi oleh epitelium kolumnar bersilia ☞ mengeluarkan sedikit cecair seminal

Sperma-sperma yang matang akan ditempatkan di bahagian ekor epididimis.

30

Vas deferens (duktus deferens) Melaluinya sperma-sperma yang matang akan bergerak keluar setelah meninggalkan epididimis

akan membesar sebelum masuk ke kelenjar prostat untuk dijadikan sebagai Ampulla.

Sperma disimpan di proksima vas deferens.

31

32

Korda Spermatik Terdapat 2 korda spermatik .

Testis tergantung melalui korda spermatik.

Meliputi dan memelihara salur darah, salur limfa, saraf dan bahagian proksimal duktus deferen

Mempunyai tisu berserat (yang melapisi lapisan dalam) dan otot bebas.

33

Duktus Ejakulasi terbentuk oleh penyatuan saluran vas deferen dan vesikel seminal.

menjadi laluan untuk sperma dan cecair seminal ke uretra.

Uretra Terbahagi kepada 3 bahagian:- - Bahagian prostat, uretra bermembran

dan uretra penil.

34

Uretra Mempunyai 2 fungsi bagi lelaki iaitu : untuk menyalur air kencing keluar untuk memancut air mani keluar

Sistem Aksesori terdiri dari vesikel seminal, kelenjar

prostat dan kelenjar bulbouretra.

Vesikel SeminalTerdapat 2 vesikel seminal

35

Vesikel Seminal duktusnya bersambung dengan vas deferens dekat ampulla untuk membentuk duktus ejakulasi

mengosongkan kandungan di uretra

menghasilkan cecair seminal yang likat serta mengandungi fruktosa, prostaglandins dan protein.

36

Vesikel Seminal ☞ Fruktosa memberi tenaga kepada sperma☞ Prostaglandin menyumbang kepada motiliti dan kebolehhidupan sperma☞ Protein mengakibatkan reaksi koagulasi dalam semen

Peranan cecair seminal ☞ memberi tenaga kepada sperma, meneutralisasikan asid di uretra dan faraj serta sebagai pelincir semasa Koitus.

37

Prostat☞ terdapat 3 jenis kelenjar (prostat luar, kelenjar (prostat luar, submukosa dan mukosasubmukosa dan mukosa) dlm prostat yang merembeskan mukus (mengandungi air, asid, fosfat, kolesterol dan fosfolipid).

Kelenjar Bulbouretral (Kelenjar Cowpers) 2 kelenjar dibawah prostat yang berbentuk seperti kacang pea.

38

menghasilkan cecair yang membentuk sebahagian semen berkeadaan alkalin dan bertindak sebagai pelindung serta pelicin.

Semen cecair pekat dan mengandungi cecair dari sistem aksesori. berkeadaan alkalin (pH 7.5) dan mengandungi

sel-sel sperma. Semen = cecair seminal + sperma

39

Peratus bendalir sistem aksesori: Epididimis dan vas deferens 5 % Vesikel seminal 50 % Kelenjar Prostat 30 % Kelenjar Cowpers 5 %

Isipadu semen (1 pancutan) 1.5 - 6 ml 1ml semen 50 -150 juta sperma. <10 -20 juta sperma masalah kesuburan.

top related