25322916 aliran tenaga dan kitar nutrien dalam ekosistem

Post on 29-Dec-2015

62 Views

Category:

Documents

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

kitar nutrien

TRANSCRIPT

Aliran Tenaga dan Aliran Tenaga dan Kitar Nutrien dalam Kitar Nutrien dalam

.Ekosistem.Ekosistem

Aliran TenagaAliran TenagaMatahari merupakan punca tenaga dalam

rantaian makanan dan siratan makanan.Tumbuh-tumbuhan yang berfungsi sebagai

pengeluar itu mendapat berkalan makanan secara langsung dari matahari untuk memulakan proses fotosintesis.

Aliran tenaga merujuk kepada proses perpindaan dari satu aras trofik ke satu aras trofik yang lain apabila berlakunya situasi “makan dan dimakan” dalam sesebuah ekosistem itu.

Tenaga yang disimpan dan mengalir dalam sesebuah ekosistem biasanya dalam bentuk tenaga kimia atau tenaga haba.

Tenaga kimia akan disimpan manakala tenaga haba akan dibebaskan.

Tidak semua tenaga di dalam pengeluar dipindahkan ke badan pengguna primer, badan pengguna primer ke badan pengguna sekunder, dan badan pengguna sekunder ke badan pengguna tertier.

Sebahagian telah hilang tenaga dalam bentuk tenaga haba semasa proses respirasi, pergerakan, dan pembiakan.

Kitar NutrienKitar NutrienKitar nutrien merupakan aliran unsur-unsur

seperti karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, serta lain-lain unsur daripada komponen abiotik kepada biotik.

Keseimbangan yang berlaku dalam kitar tenaga sesebuah ekosistem juga berlaku dalam kitar nutrien ini juga mesti mencapai tahap keseimbangan, jika tidak ekosistem itu menjadi tidak stabil.

Terdapat beberapa jenis kitar nutrien iaitu:Kitarnitrogen Kitar oksigen dan karbon dioksidaKitar kalsium

Kitar NitrogenKitar NitrogenMerujuk kepada proses pengambilan dan

pengembalian nitrogen dari sumbernya iaitu atmosfera dan tanah untuk mengekalkan keseimbangannya.

Secara semula jadi, kandungan nitrogen di ruang atmosfera ialah 78% daripada udara.

Pengambilan nitrogen dari Pengambilan nitrogen dari tanahtanahTumbuh-tumbuhan mengambil nitrogen

melalui sistem akarnya.Nitrogen akan diserap oleh akar tumbuh-

tumbuhan dalam bentuk amonia iaitu ion nitrit dan ion nitrat di dalam tanah.

Nitrogen juga ditambat oleh beberapa bakteria yang terdapat pada akar tumbuh-tumbuhan melalui proses simbiosis.

Bakteria tersebut akan menukarkan gas nitrogen dari atmosfera kepada nitrat dan membekalkan nutrien nitrat kepada tumbuh-tumbuhan.

Pengambilan nitrogen Pengambilan nitrogen melalui proses larut resap di melalui proses larut resap di dalam tanahdalam tanahNitrat di dalam tanah akan

mengalami proses larut resap oleh air dan dibawa ke tempat lain.

Proses ini paling berkesan di kawasan tropika yang mengalami hujan lebat dan jumlah air hujan yang banyak.

Pengembalian nitrogen ke Pengembalian nitrogen ke dalam tanah dan Atmosfera.dalam tanah dan Atmosfera.Nitrogen boleh dikembalikan melalui

Aktiviti pertanian

Penguraian mikroorganisma

Proses pereputan

Tindakan kilat dan hujan

Melalui aktiviti pertanianPenggunaan baja yang mengandungi sebatian

nitrogen akan mengembalikan nitrogen yang hilang ke tanah semula.

Melalui penguraian mikroorganismaBakteria pendeniritan akan mengurai nitrat

dalam tanah dan menukarkannya kepada gas nitrogen yang dibebaskan semula ke ruang atmosfera.

pereputan komponen biotikProses pereputan akan menghasilkan sebatian

amonia secara semula jadi ke dalam tanah yang akan diurai kepada sebatian nitrit dan nitrat di dalam tanah.

Tindakan kilat dan air hujanSemasa kejadian kilat, nitrogen di udara akan

bergabung dengan oksigen dan menghasilkan gas oksigen nitrus dan nitrik.

Tindakan air hujan akan nelarutkan gas tersebut dan membentuk asid nitrit dan asid nitrus yang seterusnya menghasilkan nitrit serta dalam tanah.

Kitar Oksigen dan Kitar Kitar Oksigen dan Kitar Karbon DioksidaKarbon Dioksida

Kitar oksigen berlaku menerusi proses pernafasan atau respirasi haiwan dan manusia dengan proses fotosintesis oleh tumbuhan.

Oksigen dibekalkan terus dari atmosfera untuk pernafasan haiwan dan manusia.

Proses pernafasan/respirasi haiwan dan manusia akan membebaskan karbon dioksida ke atmosfera.

Karbon diksida yang dibebaskan oleh haiwan akan digunakan pula oleh tumbuhan hijau untuk melakukan proses fotosintesis.

Menerusi fotosintesis tumbuhan pula akan membebaskan kembali oksigen ke atmosfera yang kelak digunakan pula oleh haiwan dan manusia.

Proses ini berterusan dan berkitaran.Dalam keadaan semula jadi, kitar ini berlaku

dengan seimbang.

Oksigen juga digunakan dalam pembakaran bahan api fosil seperti penggunaan petroleum dalam kenderaan lalu membebaskan karbon dioksida.

Kitar KalsiumKitar KalsiumKitar kalsium bermula di dalam tanah. Kalsium dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan dan

disimpan di dalam akar, batang, dahan, dan daun.

Apabila tumbuh-tumbuhan tadi terkena hujan maka air hujan akan melarutkan sedikit kalsium yang ada untuk mengembalikannya ke tanah.

Seterusnya, kitar kalsium akan terus berlangsung apabila sistem akar tumbuhan menggunakan semula kalsium yang ada di dalam tanah.

Haiwan seperti serangga memperolehi kalsium apabila memakan tumbuh-tumbuhan manakala burung pula akan memperolehi kalsium apabila memakan serangga berkenaan.

Seterusnya kalsium yang dimakan oleh burung tadi akan disimpan di dalam cengkerang telur.

Apabila telur menetas, cengkerangnya akan jatuh ke tanah dan kalsium akan kembali semula ke tanah.

Begitu juga dengan haiwan-haiwan yang lain.

Kalsium dalam badan haiwan tersebut akan disimpan di dalam tulang atau gigi mereka.

Apabila haiwan ini mati dan reput maka kalsium akan kembali semula ke tanah yang akan digunakan oleh tumbuhan sebagai sumber makanan.

top related