2.1 memahami koordinasi badan

Post on 15-Apr-2016

47 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

sn

TRANSCRIPT

BAB 2: KOORDINASI BADAN2.1: Memahami Koordinasi Badan

2.1 Koordinasi Badan

Apakah Koordinasi Badan? Koordinasi merupakan kemampuan

mengawal sesuatu pergerakan dengan sempurna.

Koordinasi badan merupakan salah satu proses penyelarasan anggota badan yang melibatkan tindakan harmonis antara organ dengan sistem badan untuk menghasilkan gerak balas yang selaras terhadap rangsangan.

Rangsangan tersebut termasuklah seperti bunyi, pergerakan, cahaya, perubahan suhu dan pencernaan makanan.

Penyelarasan Anggota Badan

Apabila seseorang itu bernyanyi, dia melontarkan suara selaras dengan iringan muzik dan perlu mengingati lirik lagu serta menghayatinya.

Pada masa yang sama dia juga berpeluh, bernafas dan mencernakan makanan.

Sistem dalam Badan yang Mengawal Koordinasi Badan

Manusia dikurniakan dengan dua sistem koordinasi iaitu: Koordinasi Saraf Koordinasi Hormon/Kimia

Koordinasi saraf dikawal oleh sistem saraf.

Koordinasi hormon/kimia dikawal oleh sistem endokrin.

Sistem dalam Badan yang Mengawal Koordinasi Badan

Manusia dikurniakan dengan dua sistem koordinasi iaitu: Koordinasi Saraf Koordinasi Hormon/Kimia

Koordinasi saraf dikawal oleh sistem saraf.

Koordinasi hormon/kimia dikawal oleh sistem endokrin.

Dikawal oleh Sistem Endokrin

Sistem Koordinasi

Koordinasi Saraf Koordinasi Kimia

Dikawal oleh Sistem saraf

Kepentingan koordinasi badan

Ia memastikan kemandirian manusia dan organisma lain.

Contoh: sistem respirasi dan sistem peredaran darah mengangkut oksigen ke seluruh badan.

Ia membantu manusia mengelak daripada situasi yang membahayakan nyawa/ melindungi badan daripada kecederaan

Contoh: menarik tangan daripada objek panas, lari apabila dikejar oleh anjing

Ia membolehkan manusia menyesuaikan diri kepada pertukaran suasana persekitaran

Contoh: badan manusia memanggil dan memakai baju apabila persekitaran menjadi sangat sejuk

Ia membantu manusia mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan

Contoh: apabila paras gula dalam darah meningkat, rembesan insulin bertambah tetapi rembesan adrenalina berkurang

top related