20120323170318 kuliah 2 sistem kerajaan awal asia tenggara

Post on 28-Nov-2014

636 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

sistem kerajaan awal di asia tenggara pada abad ke-19

TRANSCRIPT

SISTEM KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA

PENDAHULUAN

Pembentukan sistem kerajaan Asia Tenggara pada zaman tradisional telah dibentukkan hasil penyerapan pengaruh-pengaruh luaran ke dalam suatu teras yang bersifat asli.

Pengaruh utara ini termasuk agama Hindu, Buddha Theravada, Islam dan faham Neo-Konfusianis.

  Pengaruh ini banyak terdapat dalam

sistem pentadbiran dan budaya kraton.

  Terdapat juga unsur-unsur kedua-dua

agama ini telah digabungkan.

Oleh itu ramai sarjana merujuk kepada tradisi Hindu-Buddha dalam sistem kerajaan Asia Tenggara.

  Setelah negara-negara kepulauan

memeluk Islam upacara kraton dan amalan-amalan dari zaman Hindu-Buddha tidak hilang sama sekali.

Dalam kursus ini kita akan mengkaji bagaimana pengaruh-pengaruh ini telah mencorakkan konsep kerajaan dan negara di rantau ini.

  Kita juga akan cuba mengenal pasti

perubahan-perubahan yang dilaksanakan oleh penjajahan dan melihat setakat mana gangguan kepada susunan klasik ini telah menyebabkan tindak balas masyarakat tempatan kepada kuasa penjajah.

Sesuai dengan pendekatan sejarah "autonomous" Asia Tenggara, kita juga akan menilai sama ada bentuk reaksi mereka berpunca daripada sifat-sifat asli masyarakat ini.

  Selanjutnya, kita juga akan dapat

menimbangkan setakat mana unsur-unsur tradisional ini mempengaruhi cara negara-negara Asia Tenggara menghadapi cabaran-cabaran yang muncul selepas kemerdekaan.

PENGARUH LUAR DAN SISTEM KERAJAAN

Pengaruh India yang meresapi Asia Tenggara sejak abad ke-5 SM, telah membentuk landasan sistem politik keseluruhan wilayah ini kecuali Vietnam dan Filipina.

  Pengaruh agama-agama utama yang datang

kemudian telah membawa pengubahsuaian, adaptasi dan asimilasi terhadap sistem sebelumnya berdasarkan keperluan masing-masing.

Ahli-ahli sejarah telah merujuk negara-negara Asia Tenggara mengikut tradisi agama yang paling menonjol, seperti negara-negara Buddha Theravada (Burma, Siam, Kampuchea, Laos), negara-negara Islam (Indonesia dan Malaysia), negara Konfusianis (Vietnam) dan negara Kristian (Filipina).

Pengaruh Hindu-Buddha

Konsep asas yang menjadi teras sistem politik berbentuk Hindu-Buddha ialah politi galaktik, satu istilah yang telah dicipta oleh S.J. Tambiah.

  Asas politi galatik ialah kepercayaan bahawa

keselarian wujud antara makrokosmos dan mikrokosmos, iaitu antara alam semesta dan alam manusia.

  Menurut kepercayaan ini nasib manusia tetap

dipengaruhi oleh kuasa-kuasa kosmik.

Kuasa-kuasa ini boleh membawa kemakmuran atau bencana bergantung kepada setakat mana sesuatu masyarakat, terutamanya raja, berjaya menjalankan kegiatannya secara berharmoni dengan dunia semesta.

Kesejahteraan sesuatu negara boleh dicapai dengan menyusunkannya dalam bentuk yang sesuai dengan dunia semesta.

Dalam doktrin Hindu (Brahmin) mahupun Buddha, dunia ini digambarkan dalam bentuk bulatan-bulatan sepusat dengan Gunung Meru di tengah-tengahnya.

  Dalam alam duniawi pula, kerajaan

(kingdom) dan ibu kota, sebagai mikrokosmos, juga dibentukkan sedemikian dengan istana atau quil sebagai Gunung Merunya.

Istana sebagai Gunung Meru mikrokosmos, dianggap tempat yang suci dan sesiapa yang mendekatinya mesti menunjukkan penghormatan.

  Malah pengesahan kuasa raja datang

juga daripada taraf baginda sebagai penghuni istana.

Hakikat ini membawa bahaya pula kerana jika pemberontak berjaya menduduki istana, mereka boleh mengisytiharkan bahawa seluruh empayar itu telah ditakluki.

  Lantarannya, ramai raja Burma dan

Thai enggan meninggalkan istana mereka.

Kongkongan ini pula membawa kerugian kerana raja-raja tidak menerima gambaran yang tepat tentang kedudukan dalam negeri.

  sebagai akibat semua matlumat

disampaikan kepada mereka melalui saluran yang tidak langsung, dan kadang-kadang maklumat itu dipalsukan pula.

Oleh sebab itu, keupayaan mereka mempengaruhi perkembangan di luar istana kadang-kadang amat terhad.

  Satu lagi prinsip kosmologi Hindu-

Buddha yang sering memandu susun atur negara dan amalan pihak pemerintahan ialah pegangan kepada angka 33 yang mewakili 33 dewa yang mendiami syurga di puncak Gunung Meru.

Justeru itu, kerajaan-kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara terutamanya, sering dibahagikan kepada 32 wilayah dan raja sebagai Indra (menepati jumlah 33 dewa tersebut).

  Begitu juga, kerajaan Mon (Burma)

dibahagikan kepada tiga wilayah dan setiap wilayah ini mengandungi 32 pekan di samping ibukota wilayah, dan dengan itu akur kepada angka 33.

Skema ini juga dibayangkan dalam amalan diraja seperti raja utama yang diiringi oleh 32 orang putera raja, pengambilan 33 permaisuri daripada 33 keturunan yang berlainan, pemilikan 33 gajah puteh dan sebagainya.

  Kosmologi India pula berasaskan gandaan

empat yang mewakili empat arah utama.   Pematuhan kepada prinsip ini dicerminkan

dalam susun atur ibu kota dan juga dalam hietarki pemerintahan.

Contohnya, raja sering mempunyai empat permaisuri utama dan empat permaisuri rendah.

  Empat orang menteri utama dilantik

untuk tugas-tugas khas disamping menguasai empayar berkenaan.

Demikianlah didapati empat ketua menteri (wun-gyi) dalam kerajaan Burma (Ava).

  Di negara Thai terdapat Empat

(senabodi) daripada enam menteri telah dipertugaskan untuk menjaga wilayah-wilayah tertentu.

Menteri-menteri ini ialah kalahom, mahattliai, phraklang, dan krom muang.

  Satu lagi aspek utama politi galatik ialah

konsep "devaraja" atau "divine kingship".

Menurut agama Hindu, raja dianggap sebagai penjelmaan dewa, kebanyakan masa dewa Siva, seperti yang dipercayai di Jawa dan Kampuchea purba.

Bagi negara yang menerima pengaruh Buddha Theravada yang tidak menerima konsep penjelmaan itu menganggap raja-raja telah dianugerahi wahyu berdasarkan "karma" dan jasa-jasa kepada agama mereka dalam kehidupan-kehidupan sebelumnya.

Sebagai pengantara antara makrokosmos dan mikrosmos, dan sebagai dhammaraja tugas utama raja dianggap sebagai pemeliharaan dan pemulihan ketenteraman serta pencegahan bencana sosial seperti wabak, kemarau dan banjir.

 

Tugas ini dilakukan dengan memenuhi pelbagai upacara serta pengumpulan pahala (merit) yang dipanggil hpon di Burma dan bun di negara Thai.

Antara kewajipan-kewajipan raja ialah berfungsi sebagai penaung dan pengembang agama, menjamin pengekalan adat resam.

Di samping itu, raja yang mempunyai banyak pahala akan mendatangkan keamanan dan kesuburan kepada negaranya, manfaat seperti ini yang dinikmati oleh rakyat jelata akan memberi pengesahan kepada pemerintahannya.

  Walaupun konsep devaraja telah

mengurniakan kuasa mutlak kepada raja-raja, baginda masih boleh dicabar.

Hura-hara, bencana alam dan penyakit dianggap sebagai tanda-tanda bahawa raja tidak mempunyai moral yang tinggi atau keupayaan memerintah.

  Dalam kedudukan ini, pemberontakan

oleh rakyat adalah dibenarkankan.

Oleh sebab itu gerakan "millenarian" sering muncul. Tambahan pula seseorang pemberontak juga boleh mempergunakan konsep devaraja ini untuk membolehkan mereka merampas kuasa.

  Selain daripada itu, ialah peranan raja

sebagai cakkavatti atau raja sejagat yang didakwa sebagai pemerintah yang terulung di dunia dan justeru itu semua manusia harus patuh kepada baginda.

Cakkavatti juga perlu membuktikan kehandalannya sebagai penakluk dunia melalui kemenangan ketenteraan yang berterusan.

  Satu lagi unsur Buddha Theravada yang

telah menyederhanakan kemutlakan raja ialah kewujudan segolongan rahib (sangha) yang dianggap berupaya mengawal kuasa raja berdasarkan teladan dan ajaran mereka.

Pengetahuan sangha ini dalam bidang kosmologi juga merupakan suatu faktor yang memperkuatkan pengaruh mereka dalam bidang politik.

  Pengaruh mereka telah menjadi begitu

kuat di negara Thai menjelang separuh kedua abad ke-18 sehingga didapati bahawa raja Thai tidak dapat memerintah tanpa restu sangha.

Tambahan pula, di negara Thai dan Burma setiap lelaki diwajibkan tinggal di biara untuk mendalami pengetahuan agama dan anak-anak raja atau golongan bangsawan tidak terkecuali.

  Dalam tempoh ini mereka mungkin

terpengaruh oleh rahib-rahib tertentu. Di samping itu, terdapat juga anak-anak raja yang memegang jawatan tinggi dalam hierarki sangha.

Namun demikian, pertalian yang rapat ini juga sering melahirkan ketegangan dan persaingan antara sangha, terutamanya dari segi penguasaan tenaga manusia dan pengutipan hasil.

  Selain daripada itu, sangha ini tidak lagi

menghadkan perhatian mereka kepada kegiatan dan upacara kraton tetapi telah meresapi semua aspek kehidupan kaum petani.

Kuil-kuil telah menjudi pusat pendidikan dan kegiatan sosial di kawasan desa dan rahib-rahib ini semakin terlibat dalam kegelisahan desa dan memimpinnya.

  Ciri ketiga politi galaktik ialah konsepsi

bahawa wilayah di bawah penguasaan seseorang raja merupakan sebuah mandala, namun hujah ini tidak dibincangkan oleh Heine-Geldern.

Konsep Mandala

Mandala ini biasanya mengandungi tiga bulatan sepusat yang mewakili wilayah-wilayah yang menerima darjah penguasaan yang berlainan.

  Di tengah-tengah mandala ialah ibu kota dan

kawasan di bawah penguasaan langsung raja.   Di sekelilingnya ialah wilayah-wilayah yang

diperintah oleh putera-putera dan gabenor-gabenor yang dilantik oleh raja.

Di sekeliling wilayah-wilayah ini pula ialah jajahan-jajahan takluk yang terikat kepada kuasa pusat melalui hubungan penguftian.

  Jelas bahawa penguasaan raja terhadap

wilayah-wilayah ini semakin lemah dengan jarak yang semakin jauh antara wilayah itu dengan ibu kota.

 

Konsep mandala ini adalah secocok dengan konsep bahawa kuasa diraja berpancar dari sesuatu pusat, iaitu istana atau ibu kota.

  Oleh sebab itulah kerajaan-kerajaan

zaman tradisional dinamakan mengikut ibu kotanya.

Susunan mandat ini kelihatan dalam kerajaan Ayuthya seperti digambarkan oleh Abu Talib seperti di bawah:

   "Di pusat bulatan-bulatan ini terdapat ibu kota dan di tengahnya istana

raja. Kawasan ibu kota ini dikelilingi oleh wilayah diraja yang dikuasai secara terus oleh raja dari istananya. Di bulatan yang kedua pula yakni di empat sudut utama (timur, barat, selatan dan utara) terdapat muang atau provinsi yang diperintah oleli anak-anak raja ataupun keturunan mereka. Wilayah yang diperintah oleh anak-anak raja boleh disifatkan sebagai negeri-negeri yang hampir bebas tetapi dianggap juga sebagai mempunyai taraf anak-anak kepada provinsi ibu kota. Wilayah ini merupakan pemberian daripada raja yang memerintah dan berikutnya ditadbirkan dengan cara yang sama seperti yang dilakukan di wilayah diraja (ibu kota). Di samping itu anak-anak raja juga perlu memberikan kejasama kepada ayah mereka dari segi pertahanan bersama dan penaklukan.

 Di luar daripada kedua-dua bulatan ini terdapat pula bulatan ketiga yang mengandungi negeri-negeri yang bebas tetapi apabila negeri-negeri ini ditakluk, negeri-negeeri itu dikehendaki membayar ufti. Ringkasnya, di bulatan ketiga ini tidak terdapat penguasaan politik dari pusat secara terus tetapi sebaliknya huhungan di mana wilayah mengakui ketuanan pusat. Di Negara Thai, kerajaan Patani dan Isan adalah termasuk dalam hubungan seperti ini."

Mandala Pertama(Ibu Kota)

Mandala kedua (wilayah gabenor)

Mandala ketiga (Tanah Jajahan)

Susunan ini telah dirombak pada awal zaman Bangkok, dengan jumlah muang ditingkatkan dan muang-muang ini pula dikelaskan mengikut kepentingan mereka kepada istana.

  Sehubungan dengan konsep mandala ini

didapati bahawa kerajaan-kerajaan ini tidak menpunyai birokrasi yang kukuh, terutamanya untuk menguruskan hal-hal wilayah.

Walaupun wujud susunan kementerian mengikut tugas, pembahagian tugas itu tidak begitu jelas atau ketat.

  Aspek yang lebih menonjol ialah

penguasaan wilayah-wilayah tertentu oleh putera-putera raja atau pembesar-pembesar.

Umpamanya, di negara Thai walaupun mengikut pembahagian tugas, Kalahom bertanggungjawab untuk hal-hal tentera sementara Mahatthai bertanggungjawab untuk hal-hal awam, mereka lebih dikenali sebagai ketua wilayah untuk bahagian selatan dan bahagian utara masing-masing.

Penguasaan wilayah oleh putera-putera raja dan pembesar-pembesar sering bertelagah dalam hubungan antara pusat dan wilayah.

  Contohnya apabila putera-putera raja

atau pembesar-pembesar ini menggunakan asas kekuatan mereka di wilayah untuk mencabar kuasa pusat.

Kesimpulan

Pemerintahan dalam politi-politi ini adalah lebih berlandaskan perhubungan pengufitan daripada kawalan kewangan dan kehakiman.

  Dari segi teorinya raja memiliki semua

tanah, mempunyai hak memungut cukai dan memegang kuasa pengadilan terulung.

Tetapi dari segi amalan, corak penentuan kuasa, pengerahan tenaga manusia, pungutan cukai dan ganjaran tersebar di kalangan pembesar-pembesar.

  Ini bermakna bahawa sistem sebenar

yang wujud itu tidak bersifat terpusat atau birokratik.

Tambahannya, “dinamika-dinamika organisasi politik” ditentukan oleh:

 – perikatan yang pasang-surut– penguasaan wilayah yang berubah– perebutan takhta – pemberontakan yang kerap.

Ibu kota dan istana yang berubah itu bukanlah merupakan pusat-pusat yang mempunyai sempadan yang tetap (atau jelas) tetapi sebaliknya merupakan kawasan yang berkembang atau mengecil penguasaannya.

 

Walaupun retorik dan ideologi menegaskan raja berkuasa mutlak, tetapi hakikatnya ialah kewujudan pusat-pusat kekuasaan menyebabkan mereka saling bertandingan.

Keupayaan raja-raja mengawal sumber-sumber ekonomi dan mengumpul kekayaan serta pengagihan semula kepada para pembesar dan pengikut merupakan elemen utama untuk mengekalkan ketaatan mereka dan selanjutnya menjamin perpaduan negara.

Hen Gap Lai

top related