1.3 sistem respirasi

Post on 15-Jan-2017

346 Views

Category:

Education

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAB 1

1.3 KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT

BAHAN-BAHAN YANG BERBAHAYA KEPADA SISTEM RESPIRASI

Sistem pernafasan akan terjejas jika ianya terdedah kepada bahan pencemar (pollutants) tertentu dan berlebihan.

• Asap rokok banyak mengandungi bahan berbahaya seperti nikotin dan tar yang mencemari udara. 

• Asap mempunyai kesan yang dapat merosakkan sistem respirasi. 

• Bahan-bahan berbahaya dalam asap rokok yang mengakibatkan kerosakan kepada sistem respirasi ialah:

• Karbon monoksida lazimnya didapati dalam asap kenderaan. 

• Mengapakah berbahaya apabila kita berada di dalam kereta yang tidak bergerak dengan pendingin udara yang terpasang, tingkap yang tertutup dan enjin yang dihidupkan? 

KBAT

• Keracunan karbon monoksida boleh terjadi sekiranya berlaku kebocoran ekzos kenderaan.

•  Jika kita duduk di dalam kenderaan yang tidak bergerak dengan penghawa dinginnya yang terpasang, kita terdedah kepada keracunan karbon monoksida kerana gas ini boleh meresap masuk ke dalam kenderaan. 

• Keracunan karbon monoksida boleh menyebabkan kematian kerana gas ini adalah beracun.  Gas ini menghalang oksigen diangkut dalam badan kita.

• Wasap daripada ekzos kenderaan,  pembakaran terbuka dan kebakaran hutan menghasilkan jerebu. 

• Jerebu terdiri daripada zarah-zarah pepejal yang sangat halus, seperti habuk dan asap. 

• Jerebu merengsa sistem respirasi dan menyebabkan gangguan respirasi seperti asma.  

Toksin• Toksin dibebaskan ke udara daripada

asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan pembakaran bahan api. 

• Contoh toksin dalam udara yang tercemar ialah sebatian plumbum dan oksida-oksida nitrogen. 

• Toksin-toksin ini mengakibatkan keracunan plumbum yang membunuh sel-sel, merosakkan peparu dan otak, membuat kita batuk dan menyebabkan penyakit peparu seperti emfisema.

PENYAKIT YANG MEMPENGARUHI SISTEM RESPIRASI

Emfisema (Emphysema) Berlaku hasil daripada

pertumbuhan sel yang tidak normal – salur udara dalam paru-paru nipis – tersekat

Karbon dioksida terperangkap dalam alveolus. Alveolus bengkak,menggelembung dan pecah

Simptom : sukar bernafas, lesu batuk yang berpanjangan

PENYAKIT YANG MEMPENGARUHI SISTEM RESPIRASI

Bronkitis (Bronchitis) Radang pada lapisan sel

bronkus disebabkan oleh zarah halus terapung di udara atau asap rokok.

Simptom : demam panas, sukar bernafas, sakit dada, batuk berpanjangan dan kahak daripada putih bertukar kuning atau hijau.

PENYAKIT YANG MEMPENGARUHI SISTEM RESPIRASI

Barah paru-paru (Lung cancer)

Pertumbuhan sel yang luar biasa didalam paru-paru

Disebabkan oleh bahan kimia seperti karsinogen yang terdapat dalam rokok.

Simptom : Batuk berdarah, sukar bernafas, bersin dan sakit dada.

PENYAKIT YANG MEMPENGARUHI SISTEM RESPIRASI

Asma (Asthma) Radang salur pernafasan Salur pernafasan tiba-

tiba menjadi sempit Disebabkan oleh habuk

(udara tercemar), merokok atau asap rokok.

Simptom : batuk (terutama pada waktu malam atau cuaca sejuk), sukar bernafas, bersin dan sesak nafas.

top related