11.2.persekitaran awal tamadun islam

Post on 20-Jan-2015

3.436 Views

Category:

Spiritual

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

PERSEKITARAN AWAL TAMADUN ISLAM

Pembentukan masyarakat dan negara Islam

Rasulullah SAW sejak permulaan Islam lagi telah berusaha membina masyarakat Arab dengan memperbetulkan akidah mereka supaya beriman kepada Allah SWT.

Perubahan pegangan hidup adalah asas perubahan semua sistem dalam kehidupan manusia seperti ibadah, sosial, ekonomi dan lain-lain.

Prkt permulaan, ajaran Islam disebarkan secara rahsia, kemudian secara terbuka.

Antara individu yang awal memeluk Islam ialah isteri baginda iaitu Siti Khadijah, sepupunya iaitu Ali bin Abi Talib, hambanya Zaid dan sahabatnya Abu Bakar yang kemudiannya berjaya mengIslamkan Uthman bin Affan, al-Zubair bin al-Awwam, Abd Rahman bin Auf dan lain-lain sahabat.

Rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam digunakan oleh penganut Islam pada masa itu sebagai markas gerakan dakwah.

Selama hampir 3 tahun dakwah disampaikan secara tertutup/rahsia, maka turunlah ayat al-Quran yang menyeru supaya dakwah disampaikan secara terbuka.

Cabaran dalam dakwah Islam Penyebaran Islam di Makkah

mendapat tentangan hebat dari kaum Quraisy.

Ada di antara penganut Islam yang diseksa, dipulau, dibunuh dan diugut.

Namun mereka tidak sedikitpun berganjak dari kepercayaan kepada Tuhan yang satu.

Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan seruan Islam tidak terkecuali daripada dihina, diejek dan diugut oleh orang-orang Quraisy.

Namun begitu, jumlah pengikut Islam semakin ramai.

Ini menyebabkan pihak musyrikin Quraisy meningkatkan lagi penentangan mereka.

Halangan khusus yg dihadapi oleh Rasulullah di Mekah1. Memohon agar Abi Talib(bapa

saudara Nabi)menasihati Baginda memberhentikan usaha dakwahnya

2. Meminta Abu Talib menyerahkan Rasulullah kepada kaum Quraisy

3. Rasulullah dipujuk dengan wanita, harta dan pangkat

4. Kompromi dalam penyembahan masing-masing

Keadaan tersebut menyebabkan Rasulullah SAW menyuruh sekumpulan daripada kaum Muslimin berpindah ke Habsyah di bawah pemerintahan Raja yang adil dan bijaksana beragama Nasrani bernama Najasyi.

Kedatangan kaum Muskimin seramai 16 orang pada permulaannya diikuti dengan berpuluh-puluh orang lagi.

Mereka disambut baik dan diberi perlindungan daripada kaum Quraisy.

Wakil pihak Quraisy pernah datang bertemu raja Habsyah meminta supaya penganut Islam dihantar pulang, tetapi ditolak oleh Najasyi.

Kemuncak penentangan Kaum

Musyrikin di Makkah ialah memulau keluarga Rasulullah dan merancang membunuh baginda.

Ketika inilah Rasulullah SAW bersama sahabat baginda Zaid bin Harith pergi ke Taif .

Akan tetapi kedatangan baginda tidak mendapat layanan sewajarnya daripada penduduk Taif, malah baginda dihujani dengan balingan batu dan maki hamun.

Hijrah dan Pembentukan Masyarakat Islam Madinah Akibat penentangan daripada

masyarakat Quraisy Makkah, maka pada 622M baginda bersama pengikutnya berpindah ke Madinah al-Munawwarah

Ketibaan Rasulullah disambut dengan penuh kegembiraaan oleh penduduk Madinah.

Penghijrahan ini menandakan detik baru tugas dakwah baginda iaitu pembinaan masyarakat dan negara.

Masyarakat yang hendak dibina ialah masyarakat Islam yang dapat menjadi umat contoh.

Negara Islam yang pertama dibangunkan dinamakan al-Madinah al-Munawwarah.

Penghijrahan bermaksud meninggalkan tanah air tercinta, rumahtangga dan harta benda, kaum keluarga dan sahabat handai.

Penghijrahan memerlukan keimanan, keikhlasan, kesabaran dan ketakwaan yang tinggi.

Agenda Pembentukan Negara Islam Di Madinah Tindakan Rasulullah SAW

setibanya di Madinah: a. Mempersaudarakan gol.

Muhajirin dan Ansar.b. mendirikan masjid.c. Mengadakan perjanjian

dengan gol bukan Islam

Persaudarakan Ansar dan Muhajirin Ansar – penduduk Madinah

yang membantu Muhajirin- Orang-orang Islam

Mekah yang berhijrah Membentuk al-muakhah atau

saudara angkat

Pembinaan Masjid Pembinaan masjid bukan semata-

mata untuk beribadah tetapi menjadi tempat pertemuan, bermesyuarat dan melakukan perancangan strategik.

Masjid merupakan tempat menyubur iman yang dapat menjadi benteng utk sistem pertahanan diri manusia.

Perjanjian dengan gol bukan Islam

Rasulullah mengadakan perjanjian dengan kaum Yahudi: Bani Nadir, Quradzah, Qaynuqa’

Daripada perjanjian damai ini, tergubal sebuah perlembagaan yg dikenali dengan nama Sahifah al-madinah.

PERLEMBAGAAN MADINAH

Antara kandungannya: Nabi diakui sebagai Ketua

Negara. Setiap perbalahan mestilah dirujuk kepada ketua Negara

Semua penduduk bebas beragama dan melaksanakan agama masing-masing.

Setiap penduduk hendaklah berkerjasama dalam setiap masalah ekonomi.

Semua penduduk mestilah mempertahankan kota Madinah daripada serangan musuh luar.

Keselamatan kaum Yahudi terjamin selagi mereka patuh kpd perlembagaan.

Kesan Hijrah Terbinanya masjid sebagai

lambang kecintaan kpd Allah Membangunkan persaudaraan

Islamiah sejagat. Kewujudan negara Islam yang

diiktiraf oleh masyarakat luar.sekian

http://wanbk.page.tlhttp://wanbk.page.tl

top related