11 filekanak-kanak di kelantan iaitu terpaksa berpindah daripada rumah, tinggal di pusat pemindahan,...

Post on 31-Aug-2019

10 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 Oktober 2016 - Kesan trauma dalam kalangan kanak-kanak bolehberlaku sehingga tempoh dua tahun selepas tragedi. Berdasarkan kajian yang dibuat di Thailandselepas tsunami terdapat lebih kurang 15% daripada kanak-kanak sekolah yang masih mengalamitrauma walaupun tsunami tersebut telah berlaku dua tahun sebelumnya.

Pensyarah dan Pakar Psikiatri, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Dr. Maruzairi Husain berkata tidaksemua mangsa yang terlibat dalam tragedi akan mengalami trauma.

"Ramai daripada mereka mungkin mengalami trauma secara sekejap iaitu 'Adjustment Disorder' atau'Acute Stress Reaction' namun lebih kurang 25% daripada keseluruhan mangsa akan mengalamitrauma yang berpanjangan," katanya semasa menyampaikan ceramah di Majlis Sambutan Hari

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

KESAN TRAUMA DALAM KANAK-KANAK BOLEH BERLAKUSEHINGGA TEMPOH DUA TAHUN11

OCT

Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kampus Kesihatan USM pagi tadi.

Berdasarkan kajian beliau di bawah Geran Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi berkenaandengan kesan psikologi mangsa banjir 2014 di Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan dan SekolahMenengah Kebangsaan Manek Urai mendapati pelajar-pelajar sekolah masih lagi mengalami traumawalaupun kajian tersebut telah dibuat selepas enam bulan banjir berlaku.

Menurut Maruzairi, terdapat beberapa faktor yang memberi kesan psikologi ke atas mangsa banjirkanak-kanak di Kelantan iaitu terpaksa berpindah daripada rumah, tinggal di pusat pemindahan,kesukaran selepas banjir seperti kemusnahan rumah, harta benda dan peralatan persekolahan.

"Kanak-kanak tidak dapat memberitahu perasaan mereka yang sebenar seperti murung, sedih, takutdan sebagainya akibat kesan trauma namun ia boleh dilihat melalui perubahan tingkah laku merekayang berbeza daripada biasa," ujarnya.

Tambah Maruzairi, bagi mendekati kanak-kanak yang trauma perlu ada seni berkomunikasi yang baikdan persediaan dari segi pengetahuan tentang bantuan kecemasan psikologi kerana kanak-kanak perlupemerhatian yang teliti untuk memahami mereka.

"Kaedah yang perlu dilakukan adalah seperti menyantuni mereka dengan mendengar sepenuhperhatian, melindungi mereka kerana mereka adalah golongan yang lemah dan cuba menghubungkanmereka dengan komuniti tertentu atau bawa mereka ke tempat yang boleh menghilangkan perasaantrauma seperti padang permainan dan sebagainya," katanya lagi.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto: Abdul Aziz latif

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

top related