1.0 konsep dan justifikasi pemajuan 1.1 tujuan … · rangkaian lebuhraya utara-selatan hubungan...
Post on 10-Aug-2019
290 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 1
1.0 KONSEP DAN JUSTIFIKASI PEMAJUAN
1.1 TUJUAN PENYEDIAAN LCP
Laporan Cadangan Pemajuan ini disediakan untuk Permohonan
Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21 akta 172, bagi Tujuan
Pindaan Bagi Permohonan Pecah Sempadan Di Bawah Seksyen
137(KTN) & Serah Sebahagian Tanah Di Bawah Seksyen 200 (KTN)
Bagi Tujuan Pindaan Dari Mendirikan 2 Unit Gudang 1 Tingkat Dan
Pejabat 3 Tingkat Kepada 1 Unit Gudang 1 Tingkat Dan Pejabat 2
Tingkat, Di Atas GRN 27970 Lot 3524, Seluas 5.612 Ekar, Mukim Telok
Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan Bagi Tetuan Ang Cheng How
& Ang Meng Heng. Kedudukan tapak cadangan adalah terletak di bawah
pentadbiran Pejabat Majlis Daerah Kuala Langat.
1.2 LATAR BELAKANG PERMOHONAN PERANCANGAN
Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21 akta 172,
bagi Tujuan Pindaan Bagi Permohonan Pecah Sempadan Di Bawah
Seksyen 137(KTN) & Serah Sebahagian Tanah Di Bawah Seksyen 200
(KTN) Bagi Tujuan Pindaan Dari Mendirikan 2 Unit Gudang 1 Tingkat
Dan Pejabat 3 Tingkat Kepada 1 Unit Gudang 1 Tingkat Dan Pejabat 2
Tingkat
DI ATAS LOT 3524, MUKIM TANJUNG DUA BELAS, DAERAH KUALA
LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.
Daerah Kuala Langat merupakan salah sebuah daerah di negeri Selangor
yang semakin mendapat perhatian pembangunan berbagai sektor ekonomi
pada masa sekarang terutamanya perindustrian. Pelbagai program sosio-
ekonomi dan infrastruktur yang pesat dibangunkan di daerah ini, menjadi
daya tarikan penumpuan para pengusaha kilang dan seterusnya
meningkatkan peluang pekerjaan untuk penduduk disekitar tapak
cadangan ini. Sistem perhubungan yang sempurna membolehkan kawasan
ini menerima limpahan pembangunan dari Lembah Klang.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 2
Pembangunan ini dibuat adalah untuk menambah peluang pekerjaan dan
hasil pengeluaran perindustrian di sekitar Daerah Kuala Langat. Cadangan
ini disediakan berasaskan kepada maklumat terperinci yang dikemukakan
supaya mematuhi prinsp-prinsip pembangunan yang telah di tetapkan oleh
Pihak Berkuasa Tempatan.
1.3 JUSTIFIKASI
Terdapat beberapa justifikasi yang menyokong permohonan tukar syarat
ini, adalah seperti berikut :
i. Lokasi tapak cadangan sesuai untuk pembangunan industri
ii. Berdasarkan zoning yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Daerah
Kuala Langat juga menunjukkan ia dizonkan sebagai kawasan
Perindustrian.
iii. Optimumkan penggunaan tanah.
2.0 PELAN LOKASI DAN PELAN TAPAK
2.1 PELAN LOKASI
Secara umumnya, kedudukan tapak cadangan adalah terletak di Kawasan
Perindustrian Telok Mengkuang, Telok Panglima Garang. Jarak tapak
cadangan dengan pekan Telok Panglima Garang adalah kira-kira 3
kilometer, manakala jarak ke pekan Jenjarom adalah dalam lingkungan
kira-kira 7 kilometer.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 3
3511
3512
809
8593
3514
3515
3516
3517
3518
3519
1032 1033
996
4103
1034
4594
3521
41174116
4115
4114
110
4111
140108
4108
107
105
4107
106
3526
3525
144143
145
3524
147
4595
148
146
3558355735563555355435533552
3542
3543 3544 3545 3546
3536
3535
3534
4600
4596
4598
8592
11138
11139
11136
11137
11148
11143
11142
11141
11140
11147
11146
11145
11144
4110
4113
11134
11135
11130
11131
11132
11133
11129
11128
11125
11124
11127
1112612234
12235
1268012679
10122
404246
414345
6062
45495357
72768084
117121125 107111
62646870
35374143
4648
343638
353739
192 184188 178 172-P.E
21
18
57
12
13
2
25
8 6
23
26
17
1822
5911
12
13
2
27
8 6
12 28 6K.L
9092
133135
98 8896
139
94
141
61656973778185
6872769092
4953576163
5054586264
MSTP
7
3
1
18
16
14
12
10
8
6
2
S.P
K.L
17 15 9 7 5 3 1
141 139 135 131 127 123
S.P
Skala : Tanpa Skala
PELAN KUNCI
Syit Piawai : 107-A
(Rujuk Rajah 1 : Pelan Lokasi)
2.2 PELAN TAPAK
Berikut adalah lot-lot yang bersempadanan dengan tapak cadangan.
( Rujuk Rajah 2 : Pelan Tapak )
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 4
3.0 BUTIR-BUTIR HAKMILIK TANAH DAN SEKATAN
3.1 HAKMILIK TANAH
Maklumat hakmilim tanah ini adalah berdasarkan kepada carian rasmi
tapak cadangan.
Jenis & No.Hak Milik : GRN 27970
No. Lot : Lot 3524
Mukim : Telok Panglima Garang
Luas Lot : 5.612 ekar ( 2.2713 Hektar )
Taraf Pegangan : Selama-lamanya
Kategori Kegunaan Tanah : Perusahaan
Syarat Nyata : Industri Sederhana
Sekatan Kepentingan : Tiada
Cukai Tanah : RM 6,778.00
Rezab : Tiada
Pemilik tanah adalah :
Ang Cheng How, ½ Bahagian
No.K/P : 821015-10-6317
Ang Meng Heng, ½ Bahagian
No.K/P : 570613-10-6049
No.17, Jalan Haji Abd.Karim 31,
Off Jalan Sg.Jati,
41000 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 5
4.0 ANALISIS TAPAK
4.1 PERIHAL TANAH
4.1.1 Gunatanah Semasa dan Sekitar
Buat masa kini, di atas tapak cadangan adalah kawasan terbiar dan
semak samun. Selain itu, tiada sebarang binaan kekal atau
sementara di atas tapak cadangan. Oleh yang demikian, tiada
sebarang masalah jika tapak cadangan ingin menjalankan aktiviti
perindustrian.
Manakala, gunatanah sekitar bagi tapak cadangan adalah terdiri
daripada kawasan tanaman kelapa sawit dan kawasan
perindustrian. Selain itu, Lot 4595,4596 dan 4598 telah
menjalankan aktiviti perindustrian.
( Rujuk Rajah 3 : Keadaan Sediada Tapak & Rajah 4 : Gunatanah
Sekitar )
Gunatanah Sekitar
Utara : Lot 147 - Tanaman Kelapa Sawit & Pisang
: Lot 145 – Tanaman Buah Naga
Selatan : Lot 4599 – Semak Samun
Timur : Lot 3525 – Tanaman Buah Naga
Barat : Rezab Jalan
Lot 4597 (sebahagian) – Tanah yang telah
dibersihkan
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 6
4.1.2 Profil Topografi
Secara keseluruhannya, rupa bumi tapak cadangan adalah rata dan
mendatar. Tiada kawasan dalam tapak yang mempunyai darjah
kecerunan yang tinggi dan memungkinkan risiko bagi pelaksanaan
pembangunan kelak.
4.1.3 Geologi, Landskap dan Kualiti Alam Sekitar
Jenis geologi di tapak cadangan adalah jenis tanah laterit.
Manakala keadaan landskap di tapak cadangan ialah semak
samun. Sementara itu, kualiti alam sekitar tapak cadangan masih
baik.
4.1.4 Saliran dan Perparitan
Kawasan tapak cadang buat masa kini masih belum mempunyai
sistem saliran dan perparitan yang komprehensif. Aliran air hanya
dibentuk melalui parit-parit tanah.
4.1.5 Zon Gunatanah
Berdasarkan kepada Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020
menunjukkan tapak cadangan terletak di BPK 2.12 : Kawasan
Perindustrian Telok Mengkuang. Selain itu, tapak cadangan telah
dizonkan sebagai zoning Perindustrian. Maka cadangan
permohonan kebenaran merancang ini tidak bercanggah dengan
zoning semasa.
4.2 INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
Pembangunan infrastruktur pengangkutan dan perhubungan seperti
rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya
Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Klang-Banting akan
menyediakan kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang baik
antara kawasan Daerah Kuala Langat dengan kawasan-kawasan
sekitarnya.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 7
Selain itu, laluan masuk utama ke tapak cadangan buat masa kini adalah
dengan melalui jalan utama Jalan Klang-Banting dan rizab jalan sediada
iaitu Jalan Telok Mengkuang di hadapan tapak di mana ianya akan
menghubungkan kawasan tapak dengan kawasan sekitar.
Manakala, dari segi utiliti bekalan air dan elektrik di sekitar tapak cadangan
telah mempunyai penyediaan utiliti tersebut, maka permohonan ini
bergantung kepada ulasan agensi yang bertanggungjawab terhadap
perkara penyediaan bekalan air dan elektrik ini.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 8
3511
3512
809
8593
3514
3515
3516
3517
3518
3519
1032 1033
996
4103
1034
4594
3521
41174116
4115
4114
110
4111
140108
4108
107
105
4107
106
3526
3525
144143
145
3524
147
4595
148
146
3558355735563555355435533552
3542
3543 3544 3545 3546
3536
3535
3534
4600
4596
4598
8592
11138
11139
11136
11137
11148
11143
11142
11141
11140
11147
11146
11145
11144
4110
4113
11134
11135
11130
11131
11132
11133
11129
11128
11125
11124
11127
1112612234
12235
1268012679
10122
404246
414345
6062
45495357
72768084
117121125 107111
62646870
35374143
4648
343638
353739
192 184188 178 172-P.E
21
18
57
12
13
2
25
8 6
23
26
17
1822
5911
12
13
2
27
8 6
12 28 6K.L
9092
133135
98 8896
139
94
141
61656973778185
6872769092
4953576163
5054586264
MSTP
7
3
1
18
16
14
12
10
8
6
2
S.P
K.L
17 15 9 7 5 3 1
141 139 135 131 127 123
S.P
Rajah 3 : Keadaan Semasa Tapak Cadangan yang masih kosong
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 9
Rajah 4 : Keadaan Semasa Sekitar Tapak Cadangan
Rajah 4.1 : Kilang Sediada di Sebelah Tapak
Cadangan
Rajah 4.2 : Kelapa Sawit
Rajah 4.2 : Semak Samun Rajah 4.3 : Jalan Keluar Masuk
Rajah 4.4 : Parit Tanah
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 10
4.3 POTENSI DAN HALANGAN
4.3.1 POTENSI
i. Ciri-ciri Fizikal
Keadaan fizikal tapak yang terdiri daripada kawasan yang
rata dan mendatar memberikan potensi tapak untuk
dibangunkan secara optimum dengan kawasan
perusahaan/perindustrian. Selain itu, keadaan semasa
adalah kawasan terbiar dan semak samun serta tiada
sebarang binaan kekal atau sementara di atas tapak
cadangan. Oleh yang demikian, tiada sebarang halangan
bagi cadangan membinan bangunan perusahaan/
perindustrian.
ii. Pembangunan Ekonomi
Buat masa kini di atas tapak cadangan merupakan kawasan
terbiar dan semak samun, bagi menjadikan tapak cadangan
lebih ekonomik, maka cadangan bagi mendirikan bangunan
gudang dan pejabat 2 tingkat ini harus disokong. Selain itu,
ia mampu merangsang pertumbuhan pembangunan
ekonomi setempat.
iii. Pembangunan Sosial
Cadangan bagi mendirikan bangunan perindustrian ini
mampu meningkatkan tahap sosial di kawasan tersebut
terutamanya dari segi dan peluang pekerjaan dan
meningkatkan taraf hidup.
iv. Pembangunan Sekitar
Jika dilihat pembangunan sekitar menunjukkan kawasan
sekitar terdiri daripada perusahaan/perindustrian dan
tanaman kelapa sawit. Selain itu, tapak cadangan juga telah
di zonkan sebagai kawasan perusahaan/perindustruan iaitu
Kawasan Telok Mengkuang.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 11
Halangan
Tiada sebarang halangan bagi pembangunan ini dilaksanakan dari
fizikal tapak, ekonomi, sosial mahupun pembangunan sekitar.
5.0 CADANGAN PEMAJUAN
5.1 ANALISIS CADANGAN PEMAJUAN
Beberapa analisis cadangan pemajuan yang boleh dianalisis adalah
seperti analisis cadangan gunatanah.
Jadual 5.1.1 : Jadual Gunatanah
PERKARA
UNIT
EKAR
%
PERINDUSTRIAN
Bangunan Gudang 1 Tingkat &
Pejabat 2 Tingkat
1
0.990
41.13
Kawasan Hijau & Perimeter
Planting
-
0.036
1.50
Pondok pengawal
1
0.005
0.21
Kebuk sampah
1
0.003
0.12
Tapak pencawang elektrik
1
0.058
2.41
Rezab Jalan Dan Pelebaran Jalan
Awam
-
1.298
53.93
Jumlah Keseluruhan
4
2.407
100.00
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 12
5.2 KONSEP REKA BENTUK
Konsep reka bentuk pembangunan industri yang dicadangkan ialah
industri sesebuah atau “ free standing building”.
5.3 AKSESIBILITI DAN SIRKULASI
Aksesibiliti dan sirkulasi yang di cadangkan adalah mengikut
piawaian yang telah di tetapkan. Selain itu, ia juga berdasarkan
kepada keperluan JKR Negeri Selangor.
5.4 SALIRAN DAN PERPARITAN
Sistem saliran dan perparitan yang dicadangkan adalah mengikut
piawaian yang telah ditetapkan. Selain itu, ia juga berdasarkan
kepada keperluan JPS Kuala Langat.
5.5 KEMUDAHAN
Kemudahan yang dicadangkan adalah mengikut piawaian yang
telah ditetapkan dan bergantung kepada keperluan dari Jabatan
Perancangan Pembangunan, Majlis Daerah Kuala Langat.
5.6 UTILITI
Penyediaan utiliti yang dicadangkan adalah mengikut piawaian yang
telah ditetapkan. Selain itu, ia juga berdasarkan kepada keperluan
TNB dan SYABAS.
5.7 CADANGAN LANDSKAP
Cadangan landskap ini meliputi penyediaan jaluran hijau (perimeter
planting), kawasan hijau dan kawasan lapang.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 13
6.0 IMPAK CADANGAN PEMAJUAN
6.1 IMPAK FIZIKAL
Cadangan pembangunan di tapak cadangan akan memberi perubahan
kelak dimana dari kawasan terbiar dan semak samun kepada
pembangunan perusahaan/perindustrian yang mematuhi undang-undang
atau syarat yang telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib.
6.2 IMPAK EKONOMI
Pembangunan yang dicadangkan sudah tentu memberi impak kepada
ekonomi kawasan sekitar, seperti penawaran peluang pekerjaan,
meningkatkan nilai tanah sekitar dan sebagainya.
6.3 IMPAK INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
Kewujudan sesuatu pembangunan sudah tentu disokong dengan
penyediaan kemudahan infrastruktur dan kemudahan utiliti. Ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan kualiti dan penyediaan kemudahan
infrastruktur dan utiliti sediada di kawasan tersebut.
6.4 IMPAK SOSIAL
Dari segi impak sosial, mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan taraf
hidup penduduk setempat.
6.5 IMPAK ALAM SEKITAR
Impak pada alam sekitar, tidaklah membawa kepada perkara negatif,
kerana permohonan ini mengikut garis panduan atau piawaian yang telah
ditetapkan termasuk mengambil kira ulasan atau pandangan dari jabatan
Alam Sekitar negeri Selangor (JAS).
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 14
7.0 PEMATUHAN DASAR DAN GARIS PANDUAN
7.1 RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR
Berdasarkan maklumat yang berkaitan dengan permohonan ini, antaranya
pematuhan dasar adalah seperti berikut :
Wawasan Pembangunan Negeri Selangor
“ Negeri Selangor Sebagai Negeri Maju Syumul Menjelang 2005 Dan
Sebagai Penggerak Utama Pembangunan Negara Dalam Merealisasikan
Wawasan Malaysia Negara Maju Menjelang Tahun 2020 “.
Bagi mencapai wawasan ini, 10 sasaran utama telah diwujudkan.
i. Transformasi Selangor menjadi negeri industri yang maju.
ii. Pencapaian kadar pertumbuhan ekonomi sekitar 10% setahun.
iii. Penurunan kadar kemiskinan ke paras 5%
iv. Pembentukan masyarakat penyayang.
v. Penambahan industri ‘mesra alam’ dan peka sosial.
vi. Transformasi selangor sebagai kuasa ekonomi antarabangsa
vii. Peningkatan kualiti kemahiran dan dalaman rakyat Selangor.
viii. Peningkatan tahap kualiti hidup rakyat selangor.
ix. Kepastian wujudnya strategi kesinambungan usaha pembangunan.
x. Berpandangan secara futuristik dan penuh kesediaan.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 15
7.2 RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT
Dasar dan cadangan am pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah
Kuala Langat (MDKL) perlu dilihat agar pembangunan yang dicadangkan
tidak bercanggah dengan dasar-dasar atau cadangan am yang dikeluarkan
oleh pihak MDKL. Berikut merupakan dasar yang berkaitan dengan
cadangan pembangunan yang dikemukakan, adalah seperti berikut :
Matlamat RTKL 2020
“ KUALA LANGAT SEBAGAI HUB INDUSTRI, PELANCONGAN DAN
PERTANIAN BAGI WILAYAH LEMBAH KLANG II YANG MEMPUNYAI
PERSEKITARAN KEHIDUPAN YANG BERKUALITI “.
Objektif Pembangunan yang Berkaitan Dengan Permohonan
i. Memperkukuhkan pembangunan ekonomi yang mampan dalam
pelbagai sektor bagi Daerah Kuala Langat dengan mengambil kira
kepentingan semua pihak.
ii. Melaksanakan sistem objektif pengangkutan integrasi bagi
mempertingkatkan kemudahsampaian ke kawasan-kawasan dalam
dan luar Daerah Kuala Langat juga sebagai sistem sokongan dan
pembangunan metropolitan.
Berdasarkan kepada objektif pembangunan yang tercatat dalam rancangan
Tempatan kuala Langat 2020, menjelaskan bahawa cadangan
pembangunan ini harus disokong, ekrana ia selari dengan kehendak MDKL
selain menepati zoning yang telah ditetapkan.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 16
8.0 PENUTUP
Berdasarkan kepada pertimbangan lokasi tapak, pembangunan sekitar, haluan
pembangunan, permintaan pasaran serta kesesuaian dari segi perancangan
adalah di dapati konsep cadangan projek pembangunan ini adalah menyeluruh
dan efektif dari segi aspek sosial, ekonomi dan fizikal. Ini disebabkan rasional
pembangunan yang dikemukakan adalah rumusan daripada analisis yang telah
dibuat berdasarkan kepada potensi dan kemampuan tapak cadangan untuk
dibangunkan secara menyeluruh dan berkesan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung.
Cadangan pembangunan perindustrian ini dijangka akan dapat membantu dalam
menyediakan ruang industri yang selesa dan selamat. Dalam masa yang sama ia
juga dapat menampung permintaan yang semakin meningkat terhadap peluang
pekerjaan khususnya di dalam daerah Kuala Langat dan seterusnya ke kawasan-
kawasan lain. Justeru itu, penilaian terhadap keadaan fizikal, konsep, elemen dan
potensi terhadap permohonan ini mempunyai matlamat yang seiring dengan dasar
dan langkah kerajaan negeri untuk membantu penduduk untuk mendapatkan
keperluan pekerjaan.
Maklumat yang terkandung dalam Laporan Cadangan Pemajuan ini diharap dapat
membantu dalam membuat penilaian bagi permohonan ini.
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 17
ISI KANDUNGAN MUKASURAT
1.0 PENGENALAN 1
1.0 TUJUAN PENYEDIAAN LCP 1
1.2 LATAR BELAKANG PERMOHONAN PERANCANGAN 1
1.3 JUSTIFIKASI 2
2.0 ANALISIS TAPAK 2
2.1 LOKASI 2
2.2 PELAN TAPAK 3
3.0 BUTIR-BUTIR HAKMILIK TANAH DAN SEKATAN
3.1 HAKMILIK TANAH 4
4.0 ANALISIS TAPAK 5
4.1 PERIHAL TANAH 5
4.1.1 GUNATANAH SEMASA DAN SEKITAR 5
4.1.2 PROFIL TOPOGRAFI 6
4.1.3 GEOLOGI, LANDSKAP DAN KUALITI 6
ALAM SEKITAR
4.1.4 SALIRAN DAN PERPARITAN 6
4.1.5 ZON GUNATANAH 6
4.2 INFRASTRUKTUR DAN UTILITI 6-7
4.3 POTENSI DAN HALANGAN
4.3.1 POTENSI 10
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN LOT 3524
IAP CONSULT 18
5.0 CADANGAN PEMAJUAN
5.1 ANALISIS CADANGAN PEMAJUAN 11
5.2 KONSEP REKABENTUK 12
5.3 AKSESSIBILITI DAN SIRKULASI 12
5.4 SALIRAN DAN PERPARITAN 12
5.5 KEMUDAHAN 12
5.6 UTILITI 12
5.7 CADANGAN LANDSKAP 12
6.0 IMPAK CADANGAN PEMAJUAN
6.1 IMPAK FIZIKAL 13
6.2 IMPAK EKONOMI 13
6.3 IMPAK INFRASTRUKTUR DAN UTILITI 13
6.4 IMPAK SOSIAL 13
6.5 IMPAK ALAM SEKITAR 13
7.0 PEMATUHAN DASAR DAN GARIS PANDUAN
7.1 RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 14
7.2 RANCANGAN TEMPATAN KUALA LANGAT 15
8.0 PENUTUP 16
top related