10 04 17_slide minggu 8- syi34102

Post on 12-Apr-2017

130 Views

Category:

Education

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SYI34102Pentadbiran Harta Pusaka

di Malaysia

Mohd Ali Mohd Yusuf

1. Objektif

1.1 Mendedahkan sejarah & peranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

1.2 Menjelaskan hubungan JKPTG dengan pentadbiran pembahagian pusaka orang Islam pada hari ini.

JKPTG & PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

4

Kedudukan Pejabat Pembahagian Pusaka JKPTG

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN

BAHAGIAN PEMBAHAGIAN PUSAKA (PUTRAJAYA)

SEKSYEN PUSAKA (PEJABAT PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL)

4.4 Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP), JKPTG.

4.4.3 Kedudukan Unit.

Bahagian ini juga telah melakukan beberapa kali pengukuhan perjawatan seiring dengan peningkatan bidang kuasa pengurusan harta pusaka. Bermula dengan 11 unit pada tahun 1974 , sehingga kini terdapat 36 unit di seluruh Semenanjung.

4.0 JKPTG & Pentadbiran Pusaka Kecil

4.1 Definisi Pusaka Kecil.

Harta yang ditinggalkan oleh si mati terdiri daripada harta tak alih (tanah/rumah) atau gabungan antara harta tak alih dengan harta alih dengan jumlah nilai harta tersebut tidak melebihi RM2 juta serta tidak meninggalkan wasiat (di bawah Akta Wasiat 1959 [Akta 346]). Seksyen 3(3)

4.0 JKPTG & Pentadbiran Pusaka Kecil

Pentadbiran Pusaka Kecil diletakkan di bawah JKPTG melalui Seksyen Pusaka.

4.2 Sejarah JKPTG

JKPTG ditubuhkan bertujuan untuk mempertingkatkan sistem pengurusan dan perundangan tanah supaya lebih cekap dan bermutu selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

4.2 Sejarah JKPTG (samb.)

mempertingkatkan sistem pengurusan dan perundangan tanah merangkumi:

i. pengurusan tanah persekutuan.ii. penyelesaian pembahagian pusaka.iii. pengambilan tanah.iv. penguatkuasaan.

4.2 Sejarah JKPTG (samb.)

Selaras dengan hasrat berkenaan, JKPTG mempertingkatkan peranannya dalam MENGKAJI undang-undang, dasar dan garis panduan yang berkaitan supaya wujud keseragaman dan penyelarasan semasa melaksana dan mentadbir undang-undang tersebut.

4.2 Sejarah JKPTG (samb.)

4.2 Sejarah JKPTG (samb.)

Penyeragaman dan penyelarasan ini adalah PENTING memandangkan hal ehwal tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

4.2 Sejarah JKPTG (samb.)

Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 74 dan Senarai 2 (Senarai Negeri) dalam Jadual Kesembilan memperuntukkan bahawa urusan tanah termasuk di bawah bidangkuasa perundangan dan pentadbiran kerajaan negeri.

4.2 Sejarah JKPTG (samb.)

Namun demikian, Perkara 76(4) secara khusus memberi kuasa kepada kerajaan Persekutuan melalui Parlimen untuk membuat undang- undang yang berkaitan dengan tanah bagi tujuan penyelarasan dan persamaan undang ‐undang.

4.2 Sejarah JKPTG (samb.)

Oleh yang demikian k’jaan Persekutuan telah menggunakan kuasa ini dengan memperkenalkan beberapa undang-‐undang berkaitan dengan tanah seperti Kanun Tanah Negara 1965.

4.2 Sejarah JKPTG (samb.)

4.2 Sejarah JKPTG (samb.)

4.2 Sejarah JKPTG (samb.)

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian adalah salah satu Jabatan dalam organisasi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Semenjak tahun 1957, Jabatan ini telah dipindahkan beberapa kali daripada pelbagai Kementerian

Kementerian-kementerian yang menaungi JKPTG daripada tahun 1957 seperti berikut:

i. Kementerian Hasil Bumi (1957 - 1963).ii. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1963 -

1970).iii. Kementerian Perusahaan Utama (1970 -1973).iv. Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan

Wilayah (1973 -1990).v. Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi

(1990 - 2004).vi. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

(Semenjak 27 Mac 2004).

Nama Jabatan juga mengalami perubahan nama :

i. Pejabat Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Office of the Federal Commissioner of Lands) - (1957 - 1970).

ii. Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (Office of the Director General of Lands and Mines (Federal)) -(1970).

iii. Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan - (1.1.1978).iv. Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Tanah (di

bawah Integrasi dalam Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah) - (1.1.1982).

v. Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah - (1.1.1989).

vi. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian - (1.1.1992).

4.2 Fungsi JKPTGSebagai penggerak utama dalam pengurusan pentadbiran tanah negara meliputi :i. Penyemakan Perundangan yang berkaitan

Pentadbiran Tanah.ii. Pengurusan Rekod Harta Tanah

Persekutuan.iii. Pengambilan Tanah bagi tujuan Projek

Persekutuan.iv. Penyewaan dan Penguatkuasaan Harta

Tanah Persekutuan.v. Pengurusan Pembahagian Pusaka Kecil.

4.3 Kuasa Ketua Pengarah Tanah & Galian (Seksyen 8, Kanun Tanah Negara (KTN),1965)

i. Berunding dengan mana-mana Pengarah Tanah dan Galian (PTG) negeri.

ii. Mendapat apa-apa penyata, laporan dan maklumat daripada mana-mana PTG berkaitan dengan pentadbiran Tanah di negeri-negeri.

Samb. Kuasa Ketua Pengarah Tanah & Galian

iii. Mengadakan mesyuarat dengan semua PTG berkaitan pentadbiran Kanun Tanah Negara, 1965 (Akta 56/1965).

iv. Memeriksa rekod-rekod di Pejabat Pendaftar/Pejabat Tanah Daerah dengan kebenaran PTG.

v. Mengeluarkan Pekeliling yang berkaitan dengan Pentadbiran Akta ini.

Samb. Kuasa Ketua Pengarah Tanah & Galian

Samb. Kuasa Ketua Pengarah Tanah & Galian

4.4 Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP), JKPTG.

4.4.1 Latar Belakang:

Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah diwujudkan pada 1 Mac 1974. bagi melaksanakan kehendak Jadual Kesembilan, Senarai 1, Perkara 4(e)(i), Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan urusan harta pusaka kecil di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

4.4 Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP), JKPTG (samb.)

4.4.2 Fungsi:

Fungsi utama seksyen adalah untuk menguruskan semua permohonan pembahagian pusaka kecil yang bernilai kurang daripada dua (2) juta ringgit yang mengandungi harta tak alih keseluruhan atau sebahagiannya.

4.4 Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP), JKPTG (Samb.)

4.4.3 Kedudukan Unit:

Bahagian ini juga telah melakukan beberapa kali pengukuhan perjawatan seiring dengan peningkatan bidang kuasa pengurusan harta pusaka. Bermula dengan 11 unit pada tahun 1974 , sehingga kini terdapat 36 unit di seluruh Semenanjung.

Samb. Kuasa Ketua Pengarah Tanah & Galian

Samb. Kuasa Ketua Pengarah Tanah & Galian

4.4 Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP), JKPTG (Samb.)

4.4.4 Objektif:

Menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka kecil dengan cekap dan adil mengikut kehendak Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.

4.4 Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP), JKPTG (Samb.)

4.4.5 Strategi:

Meningkatkan keupayaan untuk menyelesaikan permohonan di samping memberikan kesedaran kepada waris supaya segera membuat permohonan pembahagian pusaka sebaik berlaku kematian.

4.4 Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP), JKPTG (Samb.)

4.4.6 Dasar Kualiti:

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan pengurusan pembahagian pusaka yang berprestasi tinggi, mesra pelanggan dan sentiasa membuat penambahbaikan secara berterusan demi keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti.

4.4 Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP), JKPTG (Samb.)

4.4.7 Tugas Unit Pembahagian Pusaka Kecil:

Setiap Unit Pembahagian Pusaka Kecil di seluruh negara bertanggungjawab menerima permohonan, merekod, memproses dan mengadakan perbicaraan serta mengeluarkan perintah pembahagian terhadap dua atau tiga daerah jagaan.

Bagi daerah di mana tiada unit pusaka kecil , urusan penerimaan permohonan (Borang A & Borang P) boleh dibuat melalui Pejabat Tanah di daerah-daerah berkenaan.

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan). Aras 3, Podium 1, No. 25 Persiaran Perdana Presint 4, 62574 Putrajaya. Tel: 03-8171 2600 Faks: 03-8881 0796 Laman web: www.kptg.gov.my

RUJUKAN

top related