1 gunung berapi

Post on 25-Jul-2015

209 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

GUNUNG BERAPI

PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI

• Gunung berapi terbentuk hasil daripada batuan yang cair di bawah kerak bumi( bahagian mantel ) akibat daripada keadaan suhu yang sangat panas di kawasan tersebut.

• Batuan cair ini yang dikenali sebagai magma akan naik ke permukaan bumi kerana tekanan yang sangat tinggi di kawasan tersebut.

• Magma ini kemudiaanya keluar ke permukaan bumi (dikenali sebagai lava) melalui rekahan batuan atau lohong gunung berapi lalu membentuk gunung berapi.

Teori Pembentukan gunung berapi

Gunung berapi terbentuk di kawasan sempadan plat• Terbentuk apabila berlaku pertembungan

antara 2 plat atau lebih.• Pertembungan ini akan menyebabkan satu plat akan

ke bawah plat yang lain.• Zon yang terbenam ini akan menjadi cair disebabkan

suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi.• Bahan yang cair ini bersama magma mengalir ke

permukaan bumi membentuk gunung berapi.

Sempadan  Plat tempat terbentuknya Gunung Berapi

Gunung Berapi di Sempadan Plat Eurasia dengan Indo Australia

Teori Pembentukan gunung berapi

Gunung berapi dikatakan terbentuk di zon permatang tengah lautan

• • Perebakan dasar laut akan berlaku apabila

magma yang naik menolak lapisan kerak bumi ke arah yangbertentangan.

• Lava ini akan membentuk permatang tengah lautan.

• Contoh , pembentukan gunung berapi di Iceland.

Gunung Berapi di Permatang Tengah Lautan

Teori Pembentukan gunung berapi

Gunung berapi yang terbentuk di tengah plat atau jauh daripada sempadan plat

• • Proses pembentukannya dikaitkan dengan titik

panas ( hotspots ).• Kenaikan magma daripada lapisan mantel kira-

kira 13 – 15cm setahun ke permukaan bumi akan menyebabkan gunung berapi terbentuk.

• Contoh gunung berapi di kepulauan Hawaii.

Kepulauan Hawaii

Gunung Berapi Dunia

JENIS-JENIS GUNUNG BERAPI

Gunung berapi hidup /aktif

• Gunung berapi yang masih aktif dan boleh meletus bila-bila masa sahaja.

• Terdapat lebih kurang 500 buah gunung berapi di seluruh dunia yang termasuk dalam kategori ini.

• Contoh gunung berapi hidup/aktif ialah Gunung Etna, gunung Pelee, Gunung Mayon,gunung Krakatua dan gunung Stromboli.

JENIS-JENIS GUNUNG BERAPI

Gunung berapi pendam • Gunung berapi yang pernah meletup dan akan

meletup lagi di masa depan. • Gunung ini masih menunjukkan adanya aktiviti

gunung berapi seperti terdapatnya mata air panas di sekelilingnya.

• Contoh gunung berapi pendam ialah gunung Kalimanjaro, Gunung Fujiyama dan Gunung Vesuvius.

JENIS-JENIS GUNUNG BERAPI

Gunung berapi mati • Gunung berapi mati ialah gunung berapi yang tidak

aktif dan tidak lagi akan meletup lagi di masa depan.• Gunung berapi di kategori sebagai mati atau tidak

aktif kerana tidak ada lagi aktiviti gunung berapi di sekitarnya.

• Contoh gunung berapi mati ialah gunung berapi Kenya.

BAHAN- BAHAN HASIL LETUPAN GUNUNG BERAPI

Lava• Merujuk kepada magma yang mengalir keluar daripada bahagian

mantel dan mengalir keluar melalui rekahan batuan atau lohong gunung berapi lalu menyejuk dan membeku di atas permukaan bumi.

• Terdapat dua jenis lava gunung berapi iaitu lava bes dan lava asid.• Lava asid - Lava yang sangat pekat dan mengalir dengan perlahan,

cepat membeku, mengandungi kandungan silika yang tinggi dan mempunyai takat lebur yang tinggi.

• Lava Bes – Lava yang cair dan mengalir dengan laju, lambat membeku dan mengalir lebih jauh di permukaan bumi, mengandungi sedikit silika tetapi banyak mengandungi besi dan magnesium.

BAHAN- BAHAN HASIL LETUPAN GUNUNG BERAPI

• Piroklastik• Piroklastik merupakan bahan-bahan serpihan seperti debu

halus, lapili, bom dan pumis akibat daripada letupan gunung berapi yang kuat.

• Lapili berbentuk batu-batu bersaiz kecil• Bahan-bahan pejal yang besar dan berbentuk bulat, bujur

atau bersegi-segi dikenali sebagai bom.• Batuan tempatan seperti batuan pumis yang terdapat

disekitar gunung berapi turut diletup keluar.• Contoh letupan yang menghasilkan bahan piroklastik ialah

semasa letusan gunung berapi Visuvius di pantai barat Itali.

BAHAN- BAHAN HASIL LETUPAN GUNUNG BERAPI

• Abu, gas dan wap air• Abu gunung berapi merupakan serbuk halus yang

berdiameter kurang daripada 4 mm.• Semasa letupan gunung berapi abu gunung berapi akan

menyelibungi atmosfera bumi dan jatuh ke bumi dalam bentuk salji hitam.

• Contoh semasa letusan gunung berapi Pelee di kepulauan Antiles. Letusan gunung berapi juga boleh menghasilkan wap-wap air (60-70%) dan gas-gas seperti gas karbon dioksida, nitrogen, karbon dioksida, sulfur dan klorin.

IGNEUS JALAR DALAM GUNUNG BERAPI

Konsep igneus jalar dalam ( rejahan )• Igneus jalar dalam atau rejahan merujuk

kepada bentuk muka bumi dalaman yang dihasilkan oleh magma yang menyejuk dan membeku pada struktur rekahan dan retakan batuan sebelum tiba ke permukaan bumi.

Bentuk muka bumi jalar dalam (Rejahan )

• Daik

• Daik terbentuk apabila magma yang keluar daripada lapisan mantel .Melalui rekahan dan retakan batuan dan menyejuk dan membeku dalam kerak bumi secara tegak

• Kadang kalanya daik terbentuk secara berkelompok seperti yang terdapat di barat laut Scotland, terutama di pulau- pulau Mull dan Arran.

• Sil• Sil terbentuk apabila magma yang keluar

daripada lapisan mantel.Melalui rekahan dan retakan batuan dan kemudiaannya menyejuk dan membeku dalam kerak bumi secara mendatar atau condong. Contoh sil yang paling terkenal ialah Great Whin Sil di utara England.

• Lakolit • Lakolit berbentuk seperti cendawan. Magma

yang mengalir keluar. Membeku dalam bentuk dom besar yang mempunyai satu lohong bawah.

• Contoh lakolit ialah gunung Henry di Utah ( Amerika Syarikat )

• Lapolit• Lapolit terbentuk apabila magma yang

mengalir keluar menyejuk dan membeku di bawah permukaan bumi dalam bentuk piring yang bahagian tengahnya berbentuk lembangan. Contoh lapolit yang terkenal ialah yang terdapat di Ontario dan di Bushveld, Transvaal.

• Pakolit• Pakolit terbentuk seperti sebuah kanta. Magma yang

mengalir keluar membeku di bahagian kemuncak lintap mungkum atau di dasar lintap lendut dalam lapisan berlipat.

• Apabila lapisan batuan di atasnya di gondolkan oleh agen-agen gondolan seperti luluhawa dan hakisan

• pakolit akan terdedah ke permukaan bumi dan membentuk kubah, atau gunung.

• Corndon Hill di Shorpshire England di percayai berasal daripada pakolit

• Batolit• Batolit merupakan jisim batuan igneus jalar dalam

yang paling besar.• Batolit terbentuk akibat pembekuan magma secara

besar-besaran dalam kerak bumi. • Biasanya jisim batuan ini apabila terdedah di

permukaan bumi akibat yang merupakan batolit ialah Tanah Tinggi Dartmoor dan Bodmin Moor di barat daya England dan Banjaran Pantai British Columbia.

IGNEUS JALAR LUAR GUNUNG BERAPI

• Konsep igneus jalar luar ( terobosan )

• Igneus jalar luar atau terobosan merujuk kepada bentuk muka bumi yang dihasilkan oleh lava yang menyejuk dan membeku di atas permukaan bumi.

Bentuk muka bumi jalar luar gunung berapi

• Dataran tinggi lava / Penara Basalt

o Dataran tinggi lava terbentuk apabila lava mengalir keluar ke permukaan bumi melalui satu rekahan atau beberapa siri rekahan.

o Proses pengaliran ini biasanya berlaku secara senyap tanpa melibatkan letupan.

o Dataran Tinggi Deccan di India merupakan satu contoh dataran tinggi lava. Menurut kajian

o Dataran ini mempunyai 29 aliran lava yang berlainan.

• Geiser / Pancutan Air Panas.

• o Terdapat di kawasan gunung berapi.• o Terdiri daripada punca air dari dalam bumi yang

dipanaskan oleh magma panas di lapisan batuan rejahan jalar dalam.

• o Tekanan yang amat panas menyebabkan airnya terpancut tinggi yang boleh dijanakan tenaga elektrik.

• o Contoh terdapat banyak di Iceland, Filipina

• Kon komposit • o Kon komposit mempunyai bentuk dan struktur yang lebih kompleks.• o Lava atau bahan akan diletuskan melalui lohong tengah dan juga

lohong-lohong sisinya. • o Di bahagian tengah gunung berapi terdapat sebuah kon yang agak

besar dan di cerun-cerun tepinya pula terbentuk anak-anak kon yang lebih kecil hasil daripada pengeluaran bahan daripada rekahan-rekahan yang terdapat di bahagian sisinya.

• o Contoh gunung berapi jenis kon komposit ialah Fujiyama di Jepun, Vesivius di Itali, Shasta di Amerika Syarikat, dan Mayon di Filipina.

• Krater • o Krater atau kawah gunung berapi merupakan

satu lekukan yang berbentuk bujur atau bulat di puncak gunung berapi.

• o Krater di kelilingi cerun bahagian tepi yang agak curam dengan garis pusat kurang daripada 1.6 kilometer.

• o Contoh Krater ialah tasik crater di Amerika Syarikat dan Tasik Haleakala di Pulau Maui, Hawaii

• Gunung Berapi Kon Perisai( Kubah Lava) o Gunung berapi perisai mempunyai kubah yang lebar

dan cerun yang landai.o Bahagian atasnya adalah cembung.o Terdiri daripada beberapa lapisan lava basalt ( batuan

igneus yang terdapat di lembangan lautan) yang terobos melalui lohong pusat atau lohong tepi/ parasit.

o Gunung berapi ini adalah gunung berapi pulau seperti Pulau Hawaii, Samoa dan Galapagos.

• Gunung Berapi Lava Asid. • o Mempunyai takat lebur dan kadar kelikatan yang

tinggi.• o Berwarna agak cerah dan suhu kurang panas

berbanding lava bes.• o Cepat membeku di lereng gunung membentuk

cerun yang curam..• o Contoh gunung berapi kon asid ialah Puy de Dome

di Perancis.

• Gunung Berapi Lava Bes

o Bersuhu tinggi, agak cair berbanding lava asid dan berwarna agak gelap.

o Lambat membeku dan dapat mengalir jauh kebawah cerun.

o Bentuk kon yang landaio Subur kerana mengandungi unsur besi dan

magnesium. Ct. G. Merapi di Indonesia.

• Kon abu / Kon Piroklastik• o Kon abu merupakan kon kecil yang terbentuk daripada

bahan-bahan piroklastik seperti abu, debu, lapili, pumis dan tuf dilonggokkan di sekitar cerunnya

• o Biasanya bahan letusan kasar boleh didapati dibahagian bawah manakala yang lebih halus di bahagaian atas kon. .

• o Kon-kon abu mempunyai cerun yang curam ( lebih kurang 40 darjah ), tinggi dan tirus.

• o Antara contoh gunung berapi jenis kon abu ialah gunung berapi Vesivius, di Itali dan Krakatoa di Indonesia.

top related