mari belajar pantun

Post on 24-Feb-2016

272 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 MARI BELAJAR PANTUN . PANTUN ENAM KERAT. Rangkap 1. Putik kelapa menjadi muda , Kelapa muda menjadi kemirau , Sudah kemirau menjadi kotai ; Hati luka pura tiada , Rasa pedih buat tak hirau , Ibarat kaca jatuh ke lantai . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

MARI BELAJAR PANTUN

PANTUN ENAM KERAT

Rangkap 1

Putik kelapa menjadi muda,Kelapa muda menjadi kemirau,

Sudah kemirau menjadi kotai;Hati luka pura tiada,Rasa pedih buat tak hirau,

Ibarat kaca jatuh ke lantai.

(Maksud Rangkap 1: Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam)

Rangkap 2

Ambil galah jolok kedondong,Galah pendek buluh sumpitan,

Buluh bersisip tali jerami;Bukan salah ibu mengandung,Sudah takdir sudah suratan,

Sudah nasib jadi begini.

(Maksud Rangkap 2: Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir, bukannya salah ibu yang mengandungkan kita)

Rangkap 3Sarat bermuat ikan cencaru,Gelama tidak berumpan lagi,

Kail tersangkut di tepi batang;Sudah dapat orang yang baru,Yang lama tidak berkenan lagi,

Ibarat melukut di tepi gantang.

(Maksud Rangkap 3: Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi)

TEMA

Kekecewaan dalam hidup

PERSOALAN1. Persoalan menyembunyikan hati yang

terluka (Rangkap 1)

2. Persoalan menerima suratan takdir(Rangkap 2)

3. Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama(Rangkap 3)

BENTUK1. Mempunyai 3 rangkap2. Mempunyai 6 baris bagi setiap rangkap3. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5

perkataan sebarisContoh: Putik kelapa menjadi muda (4

perkataan-Rangkap 1) Sudah mendapat orang yang baru (5 perkatan-Rangkap 3)

4. Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata

5. Rima abcabc

6. Bentuk pantun terikat

GAYA BAHASA1. Unsur bunyi

Asonansi – Hati luka pura tiada (Rangkap 1 baris 4) – pengulangan vokal “a”

Aliterasi – Kail tersangkut di tepi batang (Rangkap 3 baris 3) – pengulangan konsonan “t”

2. Peribahasa

Ibarat kaca jatuh ke lantai (Rangkap 1 baris 6)

Ibarat melukut di tepi gantang (Rangkap 3 baris 6)

3. SinkopeRasa pedih buat tak tahu(Rangkap 1 baris 5)

4. RepitisiSudah takdir sudah suratan(Rangkap 2 baris 5)

5. Unsur Alam

Haiwan – Ikan cencaru, ikan gelama

Tumbuhan – kelapa, kedondong, buluh

NILAI

1. Nilai keredaanContohnya reda dengan suratan takdir

2. Nilai ketabahanContohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri

PENGAJARAN

1. Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa

2. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir

3. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita

Sekarang sila cuba latihan ini(Soalan berbentuk SPM)1. Nyatakan maksud rangkap

pertama pantun tersebut.

2. Berikan maksud ibarat melukut di tepi gantang

S2S

Jawapan

1. Maksud rangkap 1 pantun tersebut ialah kelukaan di hati disembunyikan daripaa pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam

2. Maksud ibarat melukut di tepi gantang ialah orang yang kurang penting

Soalan berbentuk UEC1) Berikan maksud kosa kata “kemirau”, “suratan” dan “berkenaan” (6m)2) Pada pandangan anda, mengapakah kita harus bersikap setia terhadap pasangan kita?Nyatakan dua alasan anda (4m)3) Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam pantun tersebut. (4m)

sambunganSOALAN BERBENTUK UEC

4) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun

tersebut. (4m)5) Berdasarkan rangkap ketiga pantun tersebut, mengapakah kekasih yang lama itu sudah tidak disayangi lagi? (4m)

Cadangan Jawapan 1) Maksud “kemirau” ialah masih mentah dan keras, “suratan” ialah sesuatu yang telah ditentukan oleh Tuhan/takdir/nasib, manakala “berkenan” ialah disukai/diminati

disenangi.

2) Pada pandangan saya, supaya tidak menyakiti/mengecewakan hati pasangan. Selain itu, demi menjaga kerukunan dalam sesebuah perhubungan/persahabatan.

3) Nilai ketabahan. Contohnya, kita memerlukan kekuatan diri ketika berdepan dengan kekecewaan dalam percintaan.

Kedua, nilai kesabaran. Contohnya, kita bersabar menghadapi segala rintangan atau masalah yang berlaku dalam hidup.

4) Pertama,kita hendaklah mempunyai kekuatan diri untuk melawan segala kekecewaan dalam hidup kita. Kedua, kita mestilah percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang telah ditentukan oleh Tuhan.

5) Kerana dia sudah mendapat pengganti kekasihnya.

Horee horee dah siap

top related