amanat naib canselor tahun 2016 memerkasakan …...amanat naib canselor tahun 2016 memerkasakan...

42
1 AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI ____________________________________________________________ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke Hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia, hidayah dan izin- Nya jua saya dapat hadir bagi menyampaikan Amanat Naib Canselor bagi tahun 2016 kepada seluruh warga UPSI sekelian. 2. Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat, tabiin dan seluruh kaum muslimin yang mengikut jejak langkah baginda hingga ke hari ini. 3. Saya mendoakan semoga seluruh warga UPSI berada dalam Rahmat Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik, kecerdasan akal dan fizikal untuk meneruskan kehidupan dan kerjaya di UPSI dengan penuh tanggungjawab. 4. Saya juga ingin mengucapkan selamat tahun baharu, tahun 2016. Tahun yang akan membawa kita semua ke suatu tahap kehidupan setahun lagi dengan pelbagai harapan dan impian. Sepertimana tahun-tahun dahulu yang kini sudah menjadi kenangan, dan tahun baharu 2016 menyediakan kepada semua manusia ruang untuk

Upload: others

Post on 05-Aug-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

1

AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016

MEMERKASAKAN TRANSFORMASI

KEBITARAAN UPSI ____________________________________________________________

Pendahuluan

1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke

Hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia, hidayah dan izin-

Nya jua saya dapat hadir bagi menyampaikan Amanat Naib Canselor

bagi tahun 2016 kepada seluruh warga UPSI sekelian.

2. Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,

ahli keluarga baginda, sahabat, tabiin dan seluruh kaum muslimin

yang mengikut jejak langkah baginda hingga ke hari ini.

3. Saya mendoakan semoga seluruh warga UPSI berada dalam

Rahmat Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik, kecerdasan akal

dan fizikal untuk meneruskan kehidupan dan kerjaya di UPSI dengan

penuh tanggungjawab.

4. Saya juga ingin mengucapkan selamat tahun baharu, tahun 2016.

Tahun yang akan membawa kita semua ke suatu tahap kehidupan

setahun lagi dengan pelbagai harapan dan impian. Sepertimana

tahun-tahun dahulu yang kini sudah menjadi kenangan, dan tahun

baharu 2016 menyediakan kepada semua manusia ruang untuk

Page 2: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

2

memajukan diri, menjadi lebih baik daripada tahun-tahun

sebelumnya.

5. Manusia yang maju menurut ukuran yang sebenarnya ialah manusia

yang keadaannya pada hari ini lebih baik daripada semalam dan hari

esoknya lebih baik daripada hari ini. Jika pada tahun sebelum ini

manusia itu berada dalam keadaan tidak baik, maka mereka

hendaklah beriltizam untuk menjadi baik pada tahun ini. Malah

mereka sentiasa berazam untuk menjadi lebih baik lagi pada hari

esoknya.

6. Kerana itu, saya menyeru kepada seluruh warga UPSI untuk melihat

sejenak tahun 2015 yang baharu ditinggalkan untuk kita muhasabah

diri kita dan melihat tahun 2016 ini sebagai ruang untuk memperbaiki

dan memperelokkan pencapaian diri, dan tahun 2017, tahun

hadapan, sebagai cabaran baharu yang akan membawa kita kepada

pencapaian yang lebih baik lagi.

Hadirin yang dihormati sekelian.

7. Sebelum saya meneruskan ucapan ini, saya ingin mengajak seluruh

warga UPSI mengenang sahabat-sahabat sejawatan dan seuniversiti

kita yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas. Mereka ini

ialah;

a. Prof. Dr. Abdul Malek bin Abdul Rahman (FPPM)

b. Prof. Dr. Mohamad Suhaily bin Che Ngah (FSK)

Page 3: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

3

c. Prof. Madya Hariri bin Kamis (FPE)

d. Dr.Hj, Ab. Rahmad bin Ab Rashid (Mantan pensyarah FBK)

e. Pn Fairus Ahmad Daud (FBK)

f. Prof Madya Dr. Mohd Taib Ariffin (FPE)

g. Pn Salasiah Ismail (JHEPA)

h. Pn Mila Salima Halimi (FSKIK)

8. Kepada Allah SWT, marilah kita mendoakan kesejahteraan hidup

mereka di alam barzakh dan semoga dikurniakan kepada mereka

balasan baik hingga ke hari kebangkitan. Daripada kita, marilah kita

hadiahkan kepada roh mereka al-Fatihah.

9. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini merakamkan ucapan

terima kasih kepada staf UPSI yang sudah bersara daripada

perkhidmatan di Universiti ini. Saya mendoakan semoga mereka

terus sukses menjalani kehidupan baharu di luar sana sama ada

terus berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan di tempat lain atau

berkerja sendiri.

10. Kepada warga UPSI yang pada waktu ini berhadapan masalah

kesihatan yang kurang baik, marilah kita mendoakan semoga Allah

SWT mengurniakan kesembuhan dan keceriaan dalam kehidupan

mereka.

Page 4: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

4

Hadirin yang dihormati Sekelian

Intipati Amanat YB Menteri Pendidikan Tinggi 2016

11. Pada 18 Januari lalu, YB Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Idris

Jusoh telah menyampaikan amanatnya kepada seluruh warga

Kementerian Pendidikan Tinggi. Amanat YB Menteri amat signifikan

dengan perancangan yang akan UPSI laksanakan untuk tempoh lima

tahun akan datang. Berikut adalah beberapa inti pati amanat YB

Menteri yang penting untuk kita semua ketahui:

i. Kementerian Pendidikan Tinggi akan meneruskan

kecemerlangan universiti melalui pendidikan yang bersifat

fleksibel atau luwes.

ii. 10 Lonjakan di bawah PPPM (Pendidikan Tinggi) 2015 - 2025

terus dijadikan asas untuk melahirkan pelajar bersifat holistik

iii. Mengubah landskap Universiti melalui penyediaan lima

Playbook” atau Buku Panduan bagi membantu IPT

mentransformasikan institusi masing-masing. Buku Panduan

akan dilancarkan secara berkala pada tahun ini dan

berfokuskan kepada:

a. Governans dan Kecekapan Lembaga Universiti;

b. Produktiviti dan Kewangan;

c. Trek kerjaya dan pembangunan kepimpinan;

d. Pengurusan prestasi dan pelaporan kewangan; dan

Page 5: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

5

e. Penjanaan dana dan endowmen.

Seterusnya,

iv. Mengekalkan Peruntukan dana penyelidikan berjumlah RM450

juta dan diagihkan kepada semua IPT.

v. Certificate of Quality Compliance (CQC) untuk audit MQA

dihapuskan mulai tahun ini

vi. Meningkatkan Pendidikan TVET. Pada tahun 2016, Politeknik

akan dibuka untuk kemasukan pelajar dari Negara Asean.

Sebuah politeknik lagi akan ditubuhkan, iaitu poleteknik Besut,

Terengganu, menjadikan jumlah terkini kepada 33 buah

politeknik di seluruh negara.

vii. Lonjakan kecemerlangan melalui empat (4) laluan kenaikan

pangkat kakitangan akademik, iaitu:

a. Pengajaran

b. Penyelidikan

c. Kepimpinan institusi; dan

d. Pengamal Profesional

viii. Memperkasa program MOOC. MQA telah diberi mandat untuk

melaksanakan inisiatif “MOOCs plus Credit Recognition and

Transfer. Ini akan membolehkan semua kursus MOOCs dari

Malaysia dan luar negara didaftarkan ke dalam platform

MOOCs Malaysia dan diberikan kredit, dan kredit ini boleh

Page 6: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

6

dipindahkan untuk tujuan penganugerahan sijil, diploma dan

ijazah. Selain MOOCs, di peringkat universiti, kita juga sedang

dan akan melaksanakan blended learning. Pensyarah perlu

pandai membahagikan kandungan kurikulum kursus yang

mereka ajar kepada bahagian diajar secara bersemuka dan

bahagian yang boleh dilaksanakan secara dalam talian (e-

pembelajaran).

ix. MQA akan memperluaskan program APEL (Accreditation of

Prior Experiential Learning) untuk tujuan penganugerahan

kredit. Dan akan bakal dikenali sebagai APEL(C). Pelaksanaan

APEL(C) akan membolehkan pelajar mendapat pemindahan

kredit dari pengalaman kerja. APEL(C) juga akan

membolehkan graduan memilih tempoh pengajian sendiri yang

lebih fleksibel.

x. Memperkasakan kaedah pembelajaran melalui pendekatan/

perisian GAMIFIKASI. Pembelajaran menggunakan gamifikasi

sesuai dengan generasi sekarang yang sejak dari kecil lagi

sudah didedahkan kepada pelbagai permainan komputer.

Apabila mereka memasukki alam persekolahan mereka terus

berminat dengan permainan komputer. Selaras dengan itu,

minat mereka belajar juga bertambah apabila mereka

dibenarkan belajar dengan menggunakan permainan komputer.

Pasukan Makmal Penyelidikan diamanahkan untuk

Page 7: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

7

membangunkan perisian berasaskan permainan komputer ini

(Gamification).

xi. Mengiktiraf keunggulan global pendidikan tinggi yang bersifat

multi-lingual (pelbagai bahasa) dan multi-disciplinary (pelbagai

bidang). Sekarang di UPSI kita telah membenarkan pelajar

PhD menulis tesis mereka dalam bahasa Tamil dan Arab selain

bahasa Melayu dan Inggeris. Kita juga menggalakkan pelajar

kita berbahasa lebih daripada dua, selain bahasa Melayu dan

Inggeris. Penubuhan Pusat Bahasa akan menyemarakkan lagi

pembelajaran pelbagai bahasa di UPSI.

xii. Transformasi kurikulum kesukarelawan melalui pengenalan

Intergrated CGPA (iCGPA). Aktiviti kesukarelawanan akan

menjadi salah satu domain yang akan dinilai di bawah iCGPA.

Pensyarah perlu menyesuaikan pengajaran mereka dengan

perkembangan ini.

xiii. Memperkasa kesepunyaan ekosistem. Berkongsi penyelidikan,

kemudahan, sijil, ijazah melalui asas kerjasama, keserakanan

bertujuan untuk mengoptimum sumber. Kita juga telah

melaksanakan dan akan terus melaksanakan mobiliti pelajar

antara universiti tempatan awam dan swasta dan juga luar

negara. Program mobiliti pelajar luar negara, kita laksanakan

melalui ISEP yang berpengkalan di Washington D.C dan juga

secara receprocal dengan beberapa buah universiti di Korea,

Page 8: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

8

Brunei dan universiti-universiti di bawah CAPEU (Consortium of

Asia Pacific Education Universities) yang kita menjadi

pengerusi.

Sidang hadirin yang dihormati sekelian,

12. Beberapa intipati Amanat YB Menteri Pendidikan Tinggi ini akan

dijadikan asas untuk UPSI bertindak lebih proaktif pada tahun ini

selain daripada perancangan yang dirangka UPSI sendiri dalam

Pelan Strategik 2015-2020.

13. Saya percaya bahawa dalam konteks untuk membawa UPSI ke

tahap kecemerlangan yang lebih baik dan benar-benar memiliki nilai

bitaranya, maka transformasi harus diperkasakan.

14. Untuk sampai ke tahun 2020, kita mempunyai masa hanya empat

tahun lagi. Justeru, setiap perancangan yang telah dirangka adalah

bertujuan untuk membawa UPSI mencapai tingkat kebitaraannya

untuk menjadi salah sebuah universiti pendidikan ternama di Asia

Tenggara dan Asia.

Hadirin yang dihormati sekelian.

15. Sebagai pembuka kepada amanat yang akan disampaikan ini,

sukacita saya memaklumkan kepada semua warga UPSI beberapa

perkembangan terbaik yang dicapai dalam tahun 2015, antaranya;

Page 9: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

9

i. Kejayaan menganjurkan Persidangan dan Expo Ciptaan

Institusi Pendidikan Tinggi dan Antarabangsa (PECIPTA) pada

4-6 Disember 2015 di KLCC, Kuala Lumpur. Para penyelidik

UPSI berjaya menunjukkan kecemerlangan dengan meraih

anugerah Grand Award, Best Award dan Special Award serta

memenangi 8 pingat emas, 4 perak dan 10 gangsa.

ii. Anugerah Akademik Negara. Dua orang pensyarah UPSI iaitu

Prof. Madya Dr. Raja Shafinas bt Raja Harun, dari Fakulti

Bahasa dan Komunikasi menerima anugerah bagi kategori

pengajaran Kelompok Sastera dan Sains Sosial. Manakala

Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Sedon dari Fakulti Seni,

Komputeran dan Industri Kreatif pula telah dinobatkan sebagai

penerima anugerah bagi kategori Anugerah Seni dan Kreatif.

iii. UPSI telah berjaya melalui Audit Kesediaan Autonomi Universiti

Awam yang diadakan 22 - 24 Oktober 2015.

iv. UPSI juga berjaya melepasi Audit Pematuhan MS ISO

9001:2008 yang dijalankan oleh SIRIM Berhad pada 17-18

September 2015.

v. UPSI melalui UPSI Holdings, pada 2 Mac 2015 telah berjaya

menjual produk Sistem Kewangan MyFIS kepada Lembaga

Urus Air Selangor (LUAS) dengan nilai jualan berjumlah RM

1.74 juta.

vi. UPSI juga merupakan Penerima Anugerah Sistem Pengurusan

Pembelajaran Terbaik (Pembangunan Kendiri) Nucel 2015.

Page 10: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

10

vii. Seorang bekas Pelajar Diploma UPSI, Calvin Woo Yoong telah

menerima Queens Young Leaders Award. Beliau terpilih

daripada peserta 60 negara Komanwel.

Pelan Strategik UPSI 2015-2020

Hadirin yang dihormati sekelian.

16. Sebelum saya menjelaskan pencapaian UPSI dalam tahun 2015,

saya ingin menerangkan secara ringkas strategi yang disusun dalam

sebuah pelan yang diberi nama Pelan Strategik UPSI 2015-2020.

17. Pelan Strategik UPSI 2015-2020 adalah satu dokumen yang

terkandung di dalamnya perancangan enam tahun yang disasarkan

untuk dicapai berasaskan Lima Teras utama. Pelan ini dibuat

berasaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan

Tinggi) 2015-2025 dan juga berasaskan pada strategi yang

ditetapkan UPSI sendiri. Setiap pencapaian diukur dan dinilai pada

objektif-objektif dalam setiap Teras menggunakan indek pencapaian

yang ditetapkan. Pelan ini walaupun mempunyai banyak KPI yang

perlu diukur, namun yang diambil kira di peringkat Kementerian

hanya 5 KPI yang akan saya bentangkan nanti.

18. Perlu diketahui, bahawa PPPM (Pendidikan Tinggi) 2015 - 2025 yang

dijadikan teras perancangan dan pembangunan Pendidikan Tinggi

Negara ini mengandungi 10 Lonjakan, iaitu;

Page 11: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

11

i. Graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang

ii. Kecemerlangan bakat

iii. Menghayati pembelajaran sepanjang hayat

iv. Graduan TVET berkualiti

v. Kemampanan kewangan

vi. Pemantapan tadbir urus

vii. Ekosistem Inovasi

viii. Keunggulan global

ix. Pembelajaran dalam talian tahap global

x. Transformasi penyampaiaan pendidikan tinggi

19. Bersandarkan 10 lonjakan ini dan dengan mengambil kira visi UPSI,

fasiliti dan kebolehupayaan kita, maka Pelan Strategik UPSI 2015-

2020 dirangka dengan lapan asas kecemerlangan menjelang tahun

2020. Lapan asas kecemerlangan itu ialah;

i. Mencapai kedudukan 20 terbaik dalam QS University Ranking mengikut subjek di Asia,

ii. Mencapai kedudukan 300 terbaik dalam QS World Ranking,

iii. Mencapai kedudukan 50 terbaik di QS Asia University Ranking,

iv. Mencapai sekurang-kurang satu pengiktirafan badan antarabangsa,

v. Mempunyai sekurang-kurangnya Sebuah Pusat Kecemerlangan Berprestasi Tinggi (HiCOE),

vi. Memperolehi taraf autonomi universiti,

vii. Mencapai tahap Tier 5 dalam MyRA (sekarang 3 bintang), dan

Page 12: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

12

viii. Mencapai Tier 6 dalam SETARA (sekarang 5).

20. Pelaksanaan program-program dalam Pelan Strategik UPSI

distrukturkan mengikut tiga fasa, iatu;

i. Fasa 1 dengan temanya, Memerkasa Transformasi

Kebitaraaan UPSI (2015-2016)

ii. Fasa 2, dengan temanya, Melestarikan Kebitaraan UPSI (2017-

2018)

iii. Fasa 3, dengan temanya, Kecemerlangan UPSI di Asia (2019-

2020).

21. Saya berharap, dengan harapan yang sungguh-sungguh agar

semua pihak khususnya ahli akademik, pegawai sokongan

mengambil berat usaha-usaha mencemerlangkan universiti

berasaskan Lima Teras yang ditetapkan ini.

Pencapaian 2015 berasaskan KPI YB Menteri Pendidikan Tinggi

22. Untuk makluman tuan/puan sidang hadirin sekalian, mulai hujung

tahun 2015 dan secara rasminya bermula tahun 2016 ini, pihak

Universiti akan merujuk kepada KPI YB Menteri Pendidikan Tinggi

Malaysia dalam memantau pencapaian KPI universiti. Di samping itu,

KPI Universiti sedia ada sepertimana yang termaktub dalam Pelan

Strategik UPSI 2015-2020 akan terus dipantau dan dilaksakan di

peringkat Universiti. KPI YB Menteri akan dipantau oleh LPU setiap

dua bulan dan juga pihak Kementerian.

Page 13: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

13

23. Lima (5) KPI YB Menteri yang perlu universiti penuhi, ialah: (1) Yang

pertama, Kebolehpasaran graduan (Graduate employability). Telah

ditetapkan oleh KPT, 80% semasa majlis konvokesyen bagi tahun

2015. Pada konvokesyen yang lepas kita mencapai 86% melepasi

target KPT. Pada tahun 2016, KPI untuk kebolehdapatan kerja yang

ditetapkan KPT ialah 85%. InsyaAllah kita sedang merancang

pelbagai aktiviti di bawah TNC(HEPA) untuk memastikan graduan

kita mendapat kerja pada tahun ini seperti disasarkan. (2) KPI kedua

ialah jumlah pelajar antarabangsa. Pada tahun 2015 jumlah pelajar

antarabangsa yang diberikan kepada UPSI ialah 400. Pencapaian

kita tidak begitu memuaskan, dan kita tidak mencapai target yang

ditetapkan. Jumlah pelajar antarabangsa yang datang ke UPSI

hanyalah 295 orang. Satu jumlah yang jauh daripada target. Pada

tahun 2016, target yang perlu kita capai masih lagi dikekalkan 400

orang. Usaha mesti dilakukan untuk membawa masuk lebih ramai

lagi pelajar antarabangsa. TNCA dan TNC(PI) diamanahkan untuk

memastikan sasaran ini tercapai. Semua pihak di peringkat PTj perlu

membantu. (3) KPI ketiga ialah Penyelidikan, penerbitan dan sitasi.

Target untuk kita capai ialah 0.5 (tahun 2015) untuk penerbitan dalam

jurnal dan prosiding berindeks. Pada tahun 2015 kita hanya

mendapat 0.22, jauh daripada target. Pada tahun 2016, target untuk

kita capai masih dikekal pada 0.5, dan sekarang kita hanya

mendapat 0.17. Usaha mesti dilakukan untuk kita mencapai target

yang ditetapkan. KPI untuk sitasi bagi tahun ini ialah 4 sitasi bagi

setiap pensyarah. TNC(PI) diamanahkan untuk berusaha

memastikan sasaran ini tercapai. (4) KPI keempat ialah penjanaan

Page 14: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

14

pendapatan, dikira % pendapatan yang dijana sendiri daripada

keseluruhan perbelanjaan operasi. Pada tahun 2015, UPSI

ditetapkan 15%. Kita memperolehi 17%, melepasi sasaran. Pada

tahun 2016, sasaran yang ditetapkan kepada UPSI ialah 18%.

InsyaAllah kita akan mencapai sasaran ini. (5) KPI kelima ialah

produktiviti dan keefisienan kos. Ini dikira mengikut kadar keciciran

pelajar dan bergraduat dalam tempoh masa (Graduation on Time

(GOT)). Target yang diberikan kepada UPSI ialah keciciran pelajar

10%. GOT untuk pelajar ISM ialah 95%, Master 33% dan PhD 38%.

Saya berharap kita berusaha bersungguh-sungguh sebagai

penasihat akademik dan penyelia untuk memastikan pelajar di bawah

bimbingan kita akan bergraduat dalam tempoh masa yang

ditetapkan. Antara caranya ialah membimbing pelajar dengan lebih

kerap lagi dan juga mengadakan penyeliaan bersama dengan

pensyarah yang lain. Itulah lima KPI yang diberikan kepada universiti

komprehensif seperti UPSI, UUM dan beberapa buah UA yang lain.

Bagi MTUN sebanyak 6 KPI dan RU sebanyak 7 KPI.

24. Selain daripada 5 KPI yang ditetapkan kepada UPSI, pihak universiti

juga telah memilih empat KPI utama kita sendiri yang terdapat dalam

Pelan Startegik UPSI 2015-2020 sebagai KPI tambahan. KPI

tambahan tersebut ialah: (1) Bilangan Penyelidikan Bidang

Pendidikan, ditetapkan sasaran 50 bilangan penyelidikan bidang

pendidikan pada tahun ini berbanding 15 sahaja pada tahun lepas,

(2) Geran Knowledge Transfer Programme (KTP) ditetapkan sasaran

sebanyak RM1.5 juta berbanding pencapaian RM1.1 juta tahun

Page 15: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

15

lepas, (3) Jumlah dana melalui program NBOS di bawa UCTC

disasarkan sebanyak RM200,000 berbanding pencapain RM50,000

pada tahun lepas, dan yang terakhir (4) Peratusan jumlah graduan

sebagai Usahawan disasarkan sebanyak 5% atau 500 orang

berbanding 0.5% (50 orang) tahun lepas. Tuan/puan sidang hadirin

yang saya hormati sekalian, keempat-empat KPI ini akan saya

huraikan lebih lanjut di bahagian Cabaran dan Sasaran 2016 nanti.

25. Untuk makluman sidang hadirin juga, mulai tahun ini bagi mencapai

sasaran KPI YB Menteri Pendidikan Tinggi kepada UPSI, maka KPI

Universiti ini telah diselaraskan dengan Laporan Nilaian Prestasi

Tahunan (LNPT). Boleh saya maklumkan terdapat beberapa

perubahan pada LNPT tahun 2016 ini, sebagaimana akan diberi

penerangan oleh Y.Bhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan

Antarabangsa). Kriteria lebih lanjut mengenai perubahan pada LNPT

baharu ini, tuan/puan boleh perolehi daripada TNC (AA) dan TNC

(PI) atau Bahagian Sumber Manusia sendiri selepas ini. Perubahan

pada LNPT ini perlu dilaksanakan pada tahun ini, kerana ia

merupakan cara terbaik setakat ini, untuk kita mencapai sasaran KPI

YB Menteri Pendidikan Tinggi, yang diperturunkan sebagai KPI KSU,

KPI KPPT, KPI TKPPT, KPI NC, KPI TNC-TNC, KPI Dekan, KPI

Timbalan Dekan, KPI Ketua Jabatan, dan KPI Pensyarah sendiri.

Page 16: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

16

Hadirin yang dihormati Sekelian.

26. Demikianlah, beberapa pencapaian UPSI dalam tahun 2015

berasaskan KPI YB Menteri Pendidikan Tinggi. Melihat dan

menghalusi pencapaian tahun 2015, saya menyedari betapa kita

harus bergerak dengan langkah yang lebih perkasa pada tahun

2016 agar pencapaian baik pada tahun lalu dapat dikekalkan atau

ditingkatkan, manakala beberapa KPI yang masih belum dapat

dicapai diberi tumpuan yang lebih khusus dan tindak kerja yang lebih

bersungguh-sungguh lagi agar kita dapat capai sasaran yang

ditetapkan pada tahun ini.

27. Analisis yang kita lakukan membuktikan bahawa UPSI mempunyai

kekuatan tersendiri dengan keupayaan akademik pensyarahnya,

fasiliti dan prasarana yang ada serta peluang-peluang yang

membuka banyak ruang untuk bergerak dan bertindak.

28. Saya juga menyedari bahawa transformasi yang berlaku sebelum ini

agak perlahan, berdikit-dikit dan masih kurang menampakkan

lompatan saujananya, ketuntasannya dan keperkasaannya. Justeru,

nilai bitara yang kita hambati untuk sampai pada tahun 2020

kelihatan masih jauh dan berbalam.

29. Memahami keupayaan, kelebihan, kekurangan dan peluang yang

ada, dan dengan perancangan yang tersusun dalam Pelan Strategik

UPSI 2015-2020, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025 dan KPI YB Menteri, saya

Page 17: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

17

mengusulkan gerak kerja kita pada tahun 2016 bergerak atas tema

`MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI`.

30. Marilah kita berusaha lebih gigih dengan mengoptimumkan

keupayaan akademia, pemikiran kreativiti dan inovatif untuk

mencapai cita-cita menjadikan UPSI sebagai sebuah universiti bitara

dalam kepimpinan pendidikan di Asia pada tahun 2020.

Hadirin yang dihormati sekelian.

Memerkasa Transformasi Kebitaraan UPSI

31. Tema yang digagaskan ini membawa suatu iltizam dan komitmen

yang khusus pada tahun ini iaitu untuk memerkasa usaha

transformasi bagi mengupayakan secara optimum tenaga akademik

dan pentadbiran UPSI melaksanakan perancangan seperti yang

termaktub dalam Pelan Strategik UPSI 2015-2020, PPPM(PT)

2015-2025 dan KPI YB Menteri.

32. Transformasi harus berlaku dalam semua aspek, mengikut

keupayaan dan bidang masing-masing. Transformasi Kebitaraan

UPSI perlu bergerak secara menyeluruh di dalam UPSI ini, di negeri

Perak sendiri, dalam negara dan juga ke luar negara, sehingga

menampakkan UPSI bukan sahaja terkenal dengan kegemilangan

sejarahnya, tetapi juga dengan kekuatan akademianya, kreativiti dan

inovasinya dalam pelbagai bidang.

Page 18: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

18

33. Saya yakin, bahawa usaha memerkasa transformasi kebitaraan UPSI

pada tahun 2016 boleh dilakukan dengan baik, kerana UPSI

memiliki beberapa kelebihan yang menjadi tunggak kekuatannya,

antaranya ialah:

i. Jumlah ahli akademik yang memiliki Ph.D telah mencapai 70

peratus daripada jumlah keseluruhan ahli akademik yang ada.

Semua ahli akademik dimestikan mempunyai geran

penyelidikan, berkarya menghasilkan artikel jurnal dan buku

akademik, membuat aktiviti perundingan dan juga khidmat

masyarakat.

ii. Kemudahan prasarana yang tersedia yang telah menyediakan

ruang untuk pensyarah mengambil manfaat daripadanya,

seperti;

a) NCDRC, menawarkan geran penyelidikan dalam bidang awal

kanak-kanak.

b) Makmal Penyelidikan Pendidikan.

c) Kompleks Sukan - kini sedia untuk digunakan

d) Kemudahan Sistem Maklumat Bersepadu

e) Pusat Hospitaliti, dijangka siap pada bulan Jun tahun 2016 dan

insyallah akan dapat digunakan pada bulan September 2016.

f) Pembangunan Kampus Cawangan UPSI di Teluk Intan yang

akan menjadi pusat pengajian ilmu teknikal dan vokasional.

Page 19: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

19

Selain itu, kampus ini juga akan menjadi hub kepada

penyelidikan pendidikan teknikal dan vokasional negara.

Sidang hadirin yang dihormati sekelian.

34. Kita harus menyedari bahawa UPSI pada masa kini sudah terkenal

dalam tiga bidang yang boleh saya anggap sebagai `trade mark`

UPSI. Ini adalah `wow factor` yang menaikkan bendera kebitaraan

UPSI. Tiga bidang itu ialah;

i) Model pendidikan guru. UPSI sedang membangunkan model

pendidikan guru menerusi penyelidikan yang diketuai oleh TNC

(P&I). Dengan terhasilnya Model Pendidikan Guru ini, ianya

akan menjadi rujukan dan panduan kepada program latihan

perguruan di Malaysia dalam melahirkan guru yang berkualiti,

berbakat dan berpengetahuan.

ii) Pendidikan Awal Kanak-Kanak. UPSI sebagai satu-satunya

Universiti Pendidikan di Malaysia menjadi benchmark kepada

program standard Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia

dengan menawarkan program di peringkat Diploma, Ijazah

Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Program diploma

dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-

kanak) merupakan program pasaran terbuka (Open Market) di

mana program ini tidak terikat dengan unjuran KPM. Selain itu,

graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pendidikan Awal Kanak-kanak) kebanyakkannya bekerja di

Taska PERMATA, Kolej Swasta, bidang-bidang berkaitan

Page 20: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

20

dengan pendidikan awal kanak-kanak serta menampung

permintaan keperluan taska dan tadika swasta di seluruh

negara.

Berkesinambungan daripada Program Pendidikan Awal Kanak-

Kanak ini juga, UPSI telah melebarkan sayapnya dengan

mewujudkan Pusat Data Kanak-Kanak Negara (NCDC) di

bawah seliaan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-

kanak Negara (NCDRC) yang telah ditubuhkan di UPSI

semenjak tahun 2006. NCDRC merupakan sebuah pusat

rujukan kebangsaan bagi menjalankan penyelidikan berkaitan

dengan perkembangan dan pembangunan kanak-kanak dan

turut membantu Majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara

dalam melaksanakan Program Perintis “Setiap Anak Permata

Negara”.

iii) Mempelopori pembelajaran dan pengurusan berasaskan

aplikasi dalam talian yang dinamakan sebagai Virtual Campus

Learning System (VCLS). Ianya merupakan sebuah kerangka

e-Pembelajaran di UPSI yang berpaksikan kepada

pengkomputeran awan. VCLS terdiri daripada tiga sistem e-

Pembelajaran utama iaitu MyGuru, Open4Learn dan

MobiLearn. MyGuru bertindak sebagai sistem pengurusan e-

Pembelajaran UPSI yang menjadi medium komunikasi dan P &

P secara atas talian. Insyallah, kita akan berusaha menjadikan

UPSI sebagai pusat data pendidikan guru negara. Di samping

itu, UPSI juga akan mempelopori kaedah pengajaran

Page 21: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

21

berasaskan animation/gaming. Usaha ini insyallah boleh

dilaksanakan kerana baru-baru ini UPSI telah menerima

anugerah Sistem Pengurusan e-Pembelajaran Terbaik

(Pembangunan Kendiri) sempena NUCEL 2015.

35. Di hadapan kita terbuka luas ruang untuk ahli akademik mencari apa

sahaja peluang untuk mendapat geran penyelidikan, perkongsian

(Smart partnership) yang menguntungkan dengan pelbagai agensi

dan pihak luar. Peluang ini terbuka dengan beberapa perkembangan

baharu yang berlaku di Tanjong Malim, antaranya;

a. Pemilihan Tanjong Malim sebagai 1 Malaysia Youth City,

dan pada hari Ahad ini 31hb Januari 2016, aktiviti berbasikal

akan diadakan dan melibatkan YB Menteri Perumahan dan

Kerajaan Tempatan. Semua dijemput hadir.

b. Pengisytiharan Daerah Muallim sebagai daerah baharu.

Cabaran dan Sasaran Untuk Dicapai Pada tahun 2016

a) Pelajar Antarabangsa, Ranking Universiti dan Penerbitan

Hadirin sekalian, 36. Pada tahun 2015, enrolmen pelajar antarabangsa berjumlah 295

orang sahaja. Jauh daripada apa yang yang disasarkan dalam Pelan

Strategik UPSI. Kemasukan pelajar antarabangsa menjadi fokus

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan menjadi salah satu KPI

YB Menteri. Pada tahun 2015, UPSI mensasarkan untuk membawa

Page 22: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

22

masuk seramai 400 pelajar antarabangsa dalam pelbagai peringkat

pengajian. Namun sasaran ini tidak tercapai. Semua pihak perlulah

membantu dalam usaha untuk membawa masuk pelajar

antarabangsa ini ke UPSI. Pada tahun 2016, sasaran 400 pelajar

antarabangsa dikekalkan.

37. Fakulti-Fakulti, Institut Pengajian Siswazah (IPS), Bahagian

Antarabangsa dan juga Pusat Perhubungan Alumni mestilah duduk

semeja membentuk jawatankuasa bertindak bersama untuk

memerkasakan usaha-usaha sedia ada dan merancang usaha

membawa pelajar luar negara ke UPSI.

38. Di samping itu, perlu juga diwujudkan program-program silang

budaya untuk pelajar antarabangsa terutama pada waktu semester

sebagai satu tawaran kepada mereka belajar di UPSI. Perlu ada

jaringan kerjasama dengan komuniti setempat untuk menjayakan

usaha ini.

39. Bagi mengalakkan kemasukan pelajar antarabangsa, UPSI juga akan

menyediakan beberapa kemudahan untuk pelajar antarabangsa

menerusi program zamalah, potongan yuran pengajian atau diskaun

(tution fee) kepada pelajar dari Thailand dan Indonesia, dan juga

pelajar dari negara miskin atau bermasalah.

40. Usaha sepadu perlu digerakkan bagi memastikan berlaku hubungan

muhibbah UPSI dengan Badan Biasiswa Luar Negara seperti

Lembaga Pengelola Dana Pendidikan Indonesia, Dongfang

Page 23: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

23

International Center for Educational Exchange, China Scholarship

Council supaya nanti memudahkan pelajar-pelajar dari negara

mereka dihantar ke UPSI sebagai dentinasi pengajian luar negara

mereka.

41. Perlu ada fokus daripada aspek perancangan, sasaran negara dan

jumlah pelajarnya, program yang diutamakan untuk ditawarkan dan

strategi yang paling efektif untuk memastikan pelajar antarabangsa

ini boleh dibawa masuk untuk belajar di UPSI.

42. Dalam hal ini, Pusat Perhubungan Alumni dan Persatuan Alumni

Suluh Budiman (PASB) perlu membantu mengaktifkan alumni UPSI

di luar negara, selain daripada Thailand dan Indonesia seperti yang

dilakukan sekarang, UPSI pada masa ini sudahpun mempunyai

alumni di China, Iraq, Nigeria, Brunei, Libya, Turki, Namibia,

Pakistan, UK, Tanzania, Kemboja dan Singapura.

43. Bagi memastikan usaha untuk menempatkan UPSI pada kedudukan

300 QS Asia University ranking, para ahli akademik dimestikan

meningkatkan daya usaha untuk memperbanyakkan penulisan

artikel jurnal berindeks yang dihantar ke jurnal scopus, ERA dan ISI

untuk terbitan. Ahli akademik haruslah berkerja dalam satu pasukan,

silang kemahiran dan silang fakulti bagi memastikan guna tenaga

akademik yang ada dapat diperkasakan dan dapat dikembangkan

menerusi peranan bidang ilmu yang lain.

Page 24: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

24

44. Dengan tindakan ini saya berharap nisbah perkadaran ahli akademik

dengan jumlah penulisan dalam jurnal berindeks pada tahun 2016

akan mencapai 0.5.

45. Di samping itu, kita perlu juga sentiasa sedar tentang citation index.

Perluaskan sebaran penulisan dan mempromosi karya kita untuk

dirujuk/dipetik oleh rakan-rakan kita sebagai rujukan akademik.

Aspek Citation ini dijadikan salah satu KPI Menteri yang mengukur

dan menilai sesebuah universiti berdasarkan penyelidikan,

penerbitan dan nisbah citation per lecturer. KPI yang ditetapkan

pada tahun 2016 ialah 4. Ini bermakna setiap pensyarah mesti

dirujuk sebanyak 4 kali hasil penulisan mereka.

b) Penyelidikan, perundingan, Inovasi dan pengkomersialan

46. UPSI akan terus memerkasakan lagi transformasi kebitaraan dalam

bidang penyelidikan. Beberapa petunjuk pencapaian tahun 2015

dapat dijadikan sandaran bahawa UPSI mampu melakukannya.

Cuma yang penting ialah kesediaan kita untuk beranjak dan

mengandakan sedikit lagi keupayaan kita. Pada tahun 2016 kita

mensasarkan untuk memperolehi geran KTP melalui 50 projek

dengan nilai yang disasarkan berjumlah RM1.5 juta.

47. Manakala sasaran Jumlah Dana diterima melalui program NBOS di

bawah UCTC bagi tahun 2016 ialah RM200,000.00. Dengan dana ini

kita boleh memerkasakan lagi usaha-usaha mempertingkatkan

Page 25: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

25

kualiti graduan supaya menjadi seimbang dan holistik sejajar dengan

Teras 2 Pelan Strategik UPSI, “Mempertingkat Kualiti Graduan Yang

Holistik dan Seimbang”.

48. Penempatan UCTC di bangunan Bitarasiswa dengan pelbagai

kemudahan yang ada sepatutnya akan meningkatkan lagi usaha dan

peranan UCTC pada tahun 2016 dan juga pada tahun-tahun akan

datang. Pelajar yang akan tamat pengajian perlu disediakan dengan

pelbagai program yang boleh menyalurkan kemahiran mereka ke

laluan kerjaya setelah tamat pengajian di sini.

49. Ini merupakan satu cabaran besar bagi UPSI, kerana kita telah

membuka program pengajian secara `open market`, maka kita juga

perlu menyediakan program-program yang dapat membuka laluan

kerjaya pelajar dalam pasaran terbuka ini. Pada tahun 2016 juga

UPSI mensasarkan peratus jumlah graduan sebagai usahawan

ialah seramai 500 orang. Saya berharap UCTC, Pusat

Pembangunan Usahawan dan Fakulti Ekonomi mengambil perkara

dan sasaran ini sebagai satu tanggungjawab.

50. Bidang pengkomersialan masih berada pada tahap sederhana.

Prestasi penjanaan pendapatan daripada produk inovasi masih tidak

mencapai angka yang disasarkan. Justeru, pada tahun 2016, usaha

ini perlu diperkasakan lagi. RMIC dengan kerjasama fakulti dan

Institut penyelidikan (IPM dan NCDRC) serta Makmal Penyelidikan

Pendidikan perlu melihat secara lebih spesifik hasil-hasil

Page 26: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

26

penyelidikan yang ada untuk diperkasakan menjadi kerangka

membina inovasi. Aspek inovasi dan komersial perlu juga diambilkira

dalam pertimbangan meluluskan proposal penyelidikan di peringkat

fakulti dan juga Institut dan Makmal Penyelidikan.

Hadirin yang dihormati sekelian

c) Kemampanan Kewangan

51. Dalam waktu kita melaksanakan tugas, merancang dan

melaksanakan pelbagai program, kita tidak boleh lupa sama sekali

dengan keupayaan kewangan yang menjadi tunggak sesuatu

kejayaannya. Kemanpanan Kewangan menjadi satu isu besar dalam

setiap masa, dan pada tahun 2016 isu ini menampakkan situasi

semakin kritikal.

52. Inilah salah satu cabaran terbesar bagi kita, kerana dalam waktu kita

bergerak lebih maju, lebih agresif memerkasakan segala usaha

untuk memajukan Universiti ini, kita dikekang dengan masalah

kewangan.

53. Namun begitu, kita tidak boleh putus asa dan menyerah kalah. UPSI

mengambil jalan tengah dengan mengamalkan budaya belanja

secara berhemah di samping memperkenal beberapa tindakan untuk

mengurangkan kos khususnya bagi perbelanjaan yang bersifat

belanja hangus.

Page 27: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

27

54. Semua orang tahu bahawa peruntukan bagi sektor pendidikan telah

dikurangkan sebanyak 15 peratus dalam budget 2016.

Pengurangan ini memberi kesan langsung kepada semua IPTA.

Kaedah pembahagian peruntukan pula telah diubah. Hal ini telah

telah saya jelaskan sebelum ini dalam perhimpunan bulan Disember

2015.

55. Namun, secara ringkasnya saya ingin maklumkan bahawa

peruntukan kali ini akan disandarkan pada petunjuk prestasi, special

initiative insentive, dan insentif inovasi. Ini bermakna budget

tambahan akan diberikan jika IPTA berjaya menunjukkan adanya

inisiatif dan inovasi. Sebanyak 5% diperuntukan untuk tujuan ini.

56. UPSI akan terus bergerak ke hadapan dengan tekad untuk

memerkasakan transformasi kebitaraan. Bagi menjamin kewangan

UPSI berada dalam keadaan berimbang, stabil dan tiada ketirisan,

maka sangat penting semua PTj mengambil langkah-langkah

perbelanjaan berhemah.

57. Berhemah tidak bermaksud kedekut atau tidak berbelanja langsung,

tetapi mengamalkan ketelitian, keseimbangan, bertindak mengikut

keutamaan, berfikir untuk memberi dan menerima, berfikir tentang

untung rugi dan menimbang kesan-kesan masa hadapan. Inilah

yang perlu diambil perhatian oleh semua PTj supaya setiap sen

yang dibelanjakan dapat memberi keefisienan pulangan kepada

universiti. Mana-mana pihak yang tidak berbelanja akan di ambil

tindakan oleh pengawal kewangan kementerian, iaitu KSU. Kita

Page 28: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

28

diminta menggunakan wang kita sendiri dahulu dan diikuti dengan

wang pemberian kementerian. Sebanyak RM153 juta adaah

pemberian kerajaan untuk belanja mengurus dan jumlah

perbelanjaan keseluruhan UPSI untuk tahun 2016 ialah RM205 juta.

Ini bermakna sebanyak RM52 juta adalah wang yang kita cari dan

diminta berbelanja dahulu. Pihak Bendahari lebih arif dalam

pembahagian wang pemberian kementerian dan wang carian UPSI

untuk dibelanjakan. Kita akan memastikan budget pengurusan tahun

ini akan dibelanjakan sepenuhnya supaya pada tahun hadapan kita

akan mendapat budget sepertimana dirancangkan.

58. Selain itu, budget bagi perjalanan ke luar negara dan one off tidak

diberikan lagi dalam budget tahun ini. Bagaimanapun, pihak

Bendahari memberi sedikit peruntukan untuk tujuan ini dengan

menggunakan peruntukan dalaman. Pihak TNCA yang diamanahkan

mengawal peruntukan kewangan keluar negara dengan cara yang

baik supaya tidak timbul keadaan tidak diingini. Dalam situasi yang

dinyatakan tentang kedudukan kewangan UPSI, Ketua PTj harus

mengambil langkah mengurus kewangan secara berhemah,

mengutamakan keberkesanan sesuatu program dan

mempertingkatkan usaha menjana kewangan sendiri. Pihak

pengurusan universiti menggalakan usaha ini dan wang yang

dikumpulkan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan yang difikirkan

perlu dan berfaedah kepada PTj masing-masing.

59. UPSI juga telah dan sedang mengambil langkah-langkah penjimatan

tenaga elektrik. Satu jawatankuasa yang dikenali sebagai

Page 29: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

29

Jawatakuasa Penjimatan Utiliti berperanan merangka strategi

penjimatan. Semua warga UPSI harus mengambil berat soal

penjimatan dan membudayakan amalan ini. Antara langkah yang

perlu dilaksanakan ialah;

i. Padamkan komputer sepenuhnya sebelum pulang dari tugas

ii. Tetapkan kadar suhu pada 24C

iii. Tutup semua suiz yang tidak digunakan.

iv. Menggunakan aset sedia ada dan secara gunasama.

v. Penggunaan operasi secara online bagi mengurangkan

penggunaan kertas.

60. Perkara yang saya sebutkan ini berkait secara langsung dengan dua

KPI Menteri iaitu, KPI ke-4, income generation dan KPI ke-5

productivity and cost efficiency. Ini bermakna menjana kewangan

sendiri adalah satu keperluan bagi kita terutama dalam konteks

untuk menampung pelbagai kegiatan di peringkat PTj dan juga

universiti.

61. PTj termasuk Fakulti, Pusat dan Institut, mestilah mengaktifkan dan

memerkasakan pusat kecemerlangan (Center of Excellent) masing-

masing. Fungsi Pusat kecemerlangan wajar diluaskan supaya

makna kecemerlangan itu tidak tertumpu kepada kecemerlangan

bidang penyelidikan semata-mata, tetapi perlu menambah fungsi

kepada aspek menjana sumber kewangan dan perundingan dengan

menggunakan kepakaran. Wang yang diperoleh itu digunakan untuk

menyemarakkan lagi penyelidikan yang sedang dijalankan. Apabila

Page 30: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

30

kriteria dipenuhi, CoE ini diharap menjadi HiCoE yang dapat

menjana lebih banyak kewangan dan menaikkan nama dan imej

UPSI.

Hadirin yang dihormati sekelian

d) Memerkasakan Kualiti Tadbir Urus

62. Kejayaan transformasi Kebitaraan UPSI sebenarnya banyak

disokong oleh presentasi tadbir urus. Elemen integriti dan

akauntabiliti dalam pengurusan perkhidmatan menjadi aspek

terpenting yang memperlihatkan sebuah presentasi perkhidmatan itu

berkualiti atau sebaliknya.

63. Kita semua adalah pemain terpenting dalam tadbir urus universiti,

dan kitalah juga pihak yang akan menentukan kejayaan atau

kegagalannya. Kerana itu, harus wujud kesedaran dalam diri kita

bahawa setiap daripada kita adalah penyumbang kepada sebuah

tadbir urus yang baik dan berkualiti di universiti ini.

64. UPSI boleh menarik nafas lega, kerana KPI yang menunjukkan

jumlah pensyarah yang berkelulusan Ph.D sudah mencapai

sasarannya. Namun begitu, bagi pensyarah yang masih belum

menyiapkan Ph.D mestilah melipat gandakan usaha untuk

menyiapkannya, memerkasakan daya kesarjanaan pada tahun 2016

ini supaya tanggungjawab akademik kepada Universiti ini dapat

dilunasi. Jangan ada yang sanggup mengejar untuk mengajar

kursus-kursus di luar kemampuannya, seperti PJJ, kursus yang

Page 31: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

31

ditawarkan oleh IPT lain di luar UPSI atau mengajar kursus-kursus

eksekutif, sedangkan tanggungjawab menyiapkan Ph.D diabaikan.

Sikap seperti ini tidak patut berlaku dan perlu dielakkan. Jangan kita

sibuk memasang atap di rumah seberang, tiris atap di rumah sendiri

dibiarkan.

65. Kita juga mensasarkan pada tahun 2016 ini, sejumlah 85-90 peratus

staf UPSI memperolehi markah LNPT melebihi 85 peratus. Jika

dasar baharu dikuatkuasa, ada kesan ke atas perkhidmatan staf

yang mendapat markah LNPT bawah paras 60 peratus. Kerana itu,

saya menyeru supaya semua staf memerkasakan keupayaan diri

dalam bidang tugas masing-masing pada tahun 2016 dan

mengambil cakna aspek-aspek penting yang dijadikan asas

penilaian supaya setiap komponen penilaian dapat dipenuhi apabila

penilaian prestasi 2016 dibuat nanti. Sebagaimana yang saya

maklumkan di awal ucapan tadi, tuan/puan boleh mendapatkan

kriteria yang digunapakai dalam LNPT 2016 ini secara detail

daripada TNCA dan TNCPI dan juga Bahagian Sumber Manusia.

66. Bagi menyediakkan staf dan pelajar UPSI dengan minda kreatif dan

bermandiri, Pada tahun 2015, UPSI telah menghantar ramai staf

akademik dan bukan akademik mengikuti kursus NLP (Neuro

Linguistic Program) di Pasir Salak. Semua yang menyertainya

telahpun memperolehi sijil masing-masing yang disampaikan oleh

YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh di Putrajaya.

Page 32: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

32

67. Kursus ini amat penting bagi UPSI dalam menyediakan jurulatih-

jurulatih yang berkebolehan untuk melatih staf dan pelajar UPSI.

Progam NLP ini sesuai dengan gagasan `memerkasakan

transformasi kebitaraan UPSI` kerana komponen kursusnya adalah

bertujuan untuk membina potensi diri dan keupayaan berfikir untuk

menyelesaikan masalah.

68. Untuk mencapai hasrat ini, UPSI telah mewujudkan satu pusat bagi

menggerakkan program NLP di peringkat Universiti. Pusat ini

diletakkan dibawah potfolio Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan

diketuai oleh seorang Pengarah. Kita berharap Pusat ini akan

berfungsi dalam bulan Februari depan.

69. Pada tahun 2016 juga, kita mahu supaya tahap kepuasan

pelanggan/pekerja mencapai 90 peratus. Kita mahu staf dan juga

pelanggan yang berurusan dengan pengurusan Universiti berasa

lebih selesa, harmoni, mesra dan menyakinkan. Beberapa aspek

yang sering menjadi bahan kritikan adalah seperti tempat letak

kereta, dan keselamatan lalu lintas di kampus Sultan Azlan Shah

dan lain-lain aspek lagi.

e) Penerbitan dan Kegiatan Anak Syarikat UPSI

70. Seperti yang telah saya sebutkan pada awal ucapan ini bahawa ahli

akademik mestilah mempertingkatkan kegiatan penulisan terutama

artikel jurnal dan buku akademik. Kegiatan ini akan lebih berjaya dan

Page 33: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

33

bermakna sekiranya dibantu dengan baik oleh Pejabat Karang

Mengarang.

71. Demikian juga dengan kegiatan penerbitan oleh Pejabat Karang

Mengarang. Selain daripada menerbitkan buku-buku akademik,

Pejabat Karang Mengarang juga perlu menerbitkan manuskrip karya

bukan akademik yang berpotensi menjana pemikiran kreatif dan

kritis.

72. Pada tahun 2016 ini juga, Pejabat Karang Mengarang disarankan

supaya memberi fokus kepada usaha memerkasakan usaha

pemasaran agar nilai pendapatan dari sumber jualan buku boleh

mencecah RM450,000.00 ke RM500,000.00.

73. Peranan Pejabat Karang Mengarang sangat penting bagi membantu

Universiti mencapai Objektif 4 yang ditetapkan dalam Teras 5 Pelan

Strategik UPSI, iaitu “Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan

operasi dan tadbir urus”.

74. Demikian juga dengan UPSI Holdings yang menjadi salah satu

tunggak penjanaan sumber pendapatan Universiti. Pada tahun 2015,

UPSI Holdings telah menyumbangkan hampir setengah juta kepada

pendapatan Universiti. Walaubagaimanapun jumlah ini masih belum

mencapai sasaran yang ditetapan iaitu RM800 ribu.

Page 34: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

34

75. Pada tahun 2016, UPSI Holdings perlu menerokai peluang

perniagaan yang lebih luas dan berimpak untung yang tinggi,

berskala sederhana dan besar dengan harapan sasaran untuk

membawa pendapatan kepada Universiti dengan jumlah RM1 juta

dapat dicapai. Kita berharap, CEO UPSI Holdings yang baharu iaitu

Tuan Haji Nazri Saad dapat melakukan usaha memerkasakan

transformasi UPSI Holdings agar mampu berdaya saing, mampu

meneroka peluang baharu dan meraih pendapatan yang lebih besar

pada tahun 2016.

Hadirin yang dihormati sekelian.

f) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

76. Saya ingin menyentuh beberapa perkara yang berkait dengan hal

ehwal pelajar dan alumni. Pelajar adalah pelanggan utama kita. Oleh

itu, perhatian yang berterusan perlu diberikan terutama yang berkait

dengan penempatan dalam kerjaya, kebajikan, pembentukan

sahsiah terpuji, perkhidmatan selepas bergraduat dan pembinaan

nilai jati diri anak kandung suluh budiman.

77. Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Pengetua Kolej

perlu lebih proaktif memerkasakan apa jua tindakan untuk

memastikan kebajikan pelajar di kolej dan di fakulti berada dalam

keadaan menyakinkan pelajar.

Page 35: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

35

78. Sekarang ini, timbul isu pelajar univiersiti yang mengikat perut kerana

tidak makan atau tidak cukup makan. Isu ini telah sampai ke

peringkat kementerian dan telah diambil tindakan untuk

menyelesaikannya. Namun, di peringkat UPSI, kita harus sentiasa

memantau, kerana realitinya pelajar tidak mudah untuk menyatakan

kesusahannya secara terbuka. Sifat malu begini kadangnya tidak

bertempat.

79. Sebelum masalah ini menjadi lebih parah, perlu ada tindakan

bersepadu di antara Hal Ehwal Pelajar, Pusat Islam, Pusat

Kesihatan UPSI dan Fakulti untuk mengenal pasti pelajar-pelajar

yang benar-benar menghadapi masalah kewangan. Telah muncul

dalam facebook dan aplikasi whatsapp, keluhan dan rintihan pelajar

UPSI yang tidak cukup makan dan tidak mendapat perhatian

sewajarnya daripada pihak Universiti. Kita ingin pastikan pada

tahun 2016, tiada lagi isu pelajar UPSI yang tidak cukup makan dan

tidak diberi perhatian atas kebajikannya.

80. Kita juga tidak mahu, masalah kebajikan yang kurang diberi perhatian

menjadi punca kemerosotan akademik, longgarnya nilai jati diri ibu

kandung dan juga menjadi punca timbulnya protes atau tunjuk

perasaan dalam pelajar. Pencapaian graduan kita pada tahun 2015

sungguh membanggakan. Seramai 23% graduan daripada 13,000

graduan mendapat kelas pertama dan tiada graduan mendapat

kelas ketiga. Prestasi semestinya dikekalkan. Justeru, kita tidak

Page 36: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

36

mahu isu-isu kebajikan pelajar boleh menjadi punca merosoknya

kecemerlangan pelajar.

81. Kita harus sedar bahawa kerajaan meletakkan pelajar sebagai subjek

utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(Pendidikan Tinggi) menerusi Lonjakan 1, iaitu melahirkan graduan

holisitik, bercirikan keusahawanan dan seimbang. Tuntutan

akademik dan kokurikulum perlu kepada keseimbangan ini supaya

pelajar yang dilahirkan oleh UPSI mampu menyesuaikan diri dalam

apa juga keadaan dan kerjaya. Pelajar yang sifatnya umpama benih

yang baik, jika jatuh ke ke tanah menjadi gunung, jika jatuh ke laut

menjadi pulau.

82. Saya juga dimaklumkan bahawa pelajar keluaran UPSI tidak

berminat untuk kembali ke tanah ibu kandungnya, berbanding

dengan generasi awal era SITC dan MPSI yang begitu kuat

semangat ibu kandung.

83. Pada tahun 2016, UPSI berharap alumni UPSI dapat kembali semula

ke ibu kandungnya. Pulang dengan tenaga dan kepandaian yang

ingin dicurahkan kepada anak-anak kandung, juga membangun ibu

kandung tanpa mengharapkan pujian dan ganjaran material. Dalam

hal ini, Pusat Perhubungan Alumni perlu memerkasakan usahanya

untuk menerapkan nilai ibu kandung ini agar tertanam dalam diri

alumni suatu keinginan untuk berbakti dan mempunyai nilai kasih

sayang terhadap universiti ibu kandungnya ini.

Page 37: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

37

Hadirin yang dihormati sekelian.

g) Media dan Komunikasi Mengilap Imej UPSI

84. Untuk mencapai tahap sebagai sebuah Leading Education University

terunggul di Malaysia, Asia Tenggara dan Asia bukan suatu yang

mudah dan cantik di atas kertas sahaja. Sebaliknya, pada sisi lain

yang lebih penting ialah peranan media dan komunikasi melakukan

kerja-kerja mengilap imej UPSI dalam media sehingga benar-benar

menampak imej UPSI sebagai sebagai sebuah universiti yang

unggul dalam bidang pendidikan.

85. Setakat, ini peranan ini telah dilakukan dengan baik oleh pihak

Komunikasi Koporat. Namun, pada tahun 2016, kita mahu peranan

ini diperkasakan dan dapat memperluaskan sebaran maklumat

tentang UPSI ke peringkat antarabangsa. Bahagian komunikasi

Korporat mestilah menjadi pintu utama keluar dan masuk maklumat

UPSI baik dalam bentuk media cetak, elektronik mahupun aplikasi

dalam talian.

86. Peranan TV UPSI hendaklah diperluaskan dan kandungan

informasinya haruslah bersifat semasa dan terkini. Maklumat bukan

sahaja perlu dicari tetapi juga perlu kepada kajian supaya informasi

yang kita sajikan benar-benar bermanfaat dan ditunggu

kehadirannya.

Page 38: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

38

Hadirin yang dihormati sekelian

h) Kesediaan Merealisasikan program Memerkasakan Kebitaraan

UPSI

87. Apa jua yang akan dilakukan oleh UPSI untuk menjayakan setiap

gerak kerjanya pada tahun 2016 adalah perlu berlandaskan tema

`Memerkasakan transformasi kebitaraan UPSI` ini, kita tidak boleh

lari daripada mengharapkan Reda dan Rahmat Allah SWT. Saya

meminta Pusat Islam menganjurkan satu masjlis bacaan Yassin dan

solat hajat sesegera mungkin untuk kita lorongkan harapan kita

pada tempat yang betul dan benar supaya dengan Izin Allah SWT

membuahkan hasil yang diharapkan.

88. Saya ingin mengulangi seruan yang sama dalam amanat tahun 2013,

2014 dan 2015 iaitu, Para Ketua PTj hendaklah memberi perhatian

kepada semua usaha untuk merealisasikan kejayaan semua objektif

yang ditetapkan dalam Pelan Strategik UPSI 2015-2020 dan yang

penting bagi tahun 2016 ini ialah mencapai sasaran KPI yang

ditetapkan. Malah pihak LPU akan memantau pencapaian KPI kita

setiap dua bulan sekali di mana pelaporan pencapaian KPI dijadikan

sebagai agenda tetap dalam mesyuarat LPU.

89. Marilah kita menyiapkan diri dengan persiapan dan kesediaan yang

benar-benar menampakkan kesungguhan untuk berjaya

mencemerlangkan UPSI pada tahun 2016 dan tahun-tahun

berikutnya. Jika sejengkal orang ke hadapan, kita pergi jauh

Page 39: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

39

selangkah. jangan duduk hanya menunggu datangnya terang di

waktu siang, sebaliknya capailah awan, bulan dan bintang walaupun

hari masih ditutupi malam.

90. Dalam usaha untuk mencapai cita-cita ini, saya pecaya bahawa UPSI

juga perlu kepada sokongan daripada semua pihak di luar UPSI

termasuk badan-badan NGO, persatuan-persatuan dan orang

persorangan yang bersedia untuk membantu.

91. Saya berharap badan-badan dan persatuan seperti PEKA,

PRESTASI, KPA, PERSATUAN ALUMNI SULUH BUDIMAN,

Persatuan Penulis Budiman Malaysia dan lain-lain terus memberi

sokongan bagi menjayakan usaha-usaha bersama.

92. Saya difahamkan Persatuan Alumni Suluh Budiman di bawah

kepimpinan Dato’ Haji Ahmad Burak sedang dalam usaha untuk

mencari dana bagi pembinaan sebuah Wiswa Alumni. Saya

berharap usaha ini akan berjaya dan wisma ini kelak jika berjaya

dibina akan menjadi symbol kejayaan alumni universiti ini.

93. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada

Pertubuhan Ahli Akademik dan Profesional Anak Terengganu yang

berkerjasama dengan Fakulti Sains Kemanusian menganjurkan

Persidangan Antarabangsa Pembangunan Pendidikan, Alam

Sekitar, Pelancongan, Politik, Ekonomi, Seni dan Warisan bertempat

di Kuala Terengganu November lalu. UPSI juga telah dilantik

Page 40: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

40

sebagai perunding dalam pembinaan Pelan Strategik Pendidikan

Negeri Terengganu 2016-2020.

94. Hasil daripada persidangan ini nama UPSI disebut-sebut sebagai

unversiti pendidikan terulung dan persidangan ini juga membuka

ruang kepada ramai ahli akademik menghasilkan artikel untuk

terbitan jurnal. Kerjasama ini diharap dapat diteruskan pada masa-

masa akan datang.

Penutup dan Kesimpulan

Hadirin yang dihormati sekelian.

95. Amanat yang saya sampaikan pada pagi ini sebenarnya merupakan

himpunan kesatuan idea pelbagai pihak yang mahu memastikan

usaha memerkasakan transformasi kebitaraan UPSI berjalan lancar

dan mencapai matlamatnya.

96. Marilah kita tanamkan dalam tekad kita keazaman yang sungguh-

sungguh dan iltizam untuk mencapai kecemerlangan yang

berterusan untuk universiti ini. Marilah kita panjatkan ke Hadrat Allah

SWT, doa dan harapan semoga Allah menujukkan jalan yang benar,

membuka pintu kebaikan, mempermudahkan setiap gerak kerja kita

dengan petunjuk-Nya yang benar dan barakah atas setiap yang kita

usahakan.

Page 41: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

41

97. Dengan harapan yang tulus murni itu, saya menyerahkan kepada

seluruh warga UPSI suatu tanggungjawab untuk bersama-sama

saya bagi menjayakan setiap perancangan yang ditetapkan dalam

Amanat ini serta pencapaian sasaran KPI yang dietapkan kepada

UPSI pada tahun 2016 dan menjadi sasaran KPI semua pihak di

UPSI. Kita akan berjaya dengan segala upaya yang ada dan dengan

berpegang pada nilai kebersamaan keserakanan dan keharmonian.

Saya ingin sampai sebuah sajak nukilan Prof Madya Dr Abdul Halim

Ali:

Universiti kita ini adalah sebuah hamparan kasih tempat anak-anak bangsa mengukir mimpi dengan warna hari depan. Universiti kita ini adalah sebuah ladang ilmu tempat ibu bapa menugal benih cendekiawan agar dapat dipetik daripadanya pohon-pohon kebijaksanaan yang tumbuh dari keringat ilmuwan. Universiti kita ini umpama sebuah pelabuhan, tempat graduan di rantauan pulang dari kematangan lalu memunggah kepandaian untuk ditatang generasi baharu yang kehausan di padang dan yang sesat di hutan.

Page 42: AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN …...AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN 2016 MEMERKASAKAN TRANSFORMASI KEBITARAAN UPSI _____ Pendahuluan 1. Pertama-tamanya, saya panjatkan setinggi-tinggi

42

Universiti kita ini adalah bahtera bakti namun sering dilanda gelora nafsi muatan jasa dan pengorbanan ilmuwan timbul tenggelam dalam lautan ldealisme karam di batu pragmatisme simpan siur falsafah kadang kala menemukan visi dan misi bergemericingan di lantai angan. namun, kita perlu tetap terus di sini menggalas tanggungjawab menyempurnakan lukisan wajah cendekiawan memerkasakan transformasi kebitaraan menyempurakan wawasan untuk dipamerkan di rumah bernama masa hadapan.

98. Mengakhiri amanat ini, saya menyusun jari sepuluh memohon ampun

dan maaf sekiranya sepanjang amanat ini disampaikan, terdapat

perkara-perkara yang menyinggung perasaan sesiapa.

99. Demikian amanat saya bagi tahun 2016 ini buat seluruh warga UPSI

yang saya kasihi. Saya sudahi dengan lafaz yang mulia. Wabillah

hitaufik wal hidayah, wassalamu alikum waroh matullah hi

wabarokatuh.

PROFESOR DATO’ DR. ZAKARIA KASA Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dewan SITC. 27 JANUARI 2016.