amalan semasa mengandung
DESCRIPTION
Amalan semasa mengandungTRANSCRIPT
Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagusuntuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
Surah Yusuf- untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
Surah Luqman untuk anak yang cerdik
Surah Yaasin untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
Surah Maryam untuk memudahkan bersalin
Surah al-Hujurat untuk membanyakkan susu ibu
dan sebagainya.
Doa semasa hamil Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhanselain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.