amalan pentaksiran bilik darjah

Upload: noorezayu-mohd-said

Post on 10-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Konsep Pentaksiran

TRANSCRIPT

  • 5/20/2018 Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

    1/10

    Amalan pentaksiran bilik darjah

    A. Pengenalan

    Menurut Dunn (1991) pentaksiran adalah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru

    tentang muridnya dan oleh muridnya sendiri tentang kemajuan mereka. Dalam Kurikulum

    Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998) pentaksiran ialah proses untuk mengesan

    perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid secara menyeluruh berasaskan

    matlamat kurikulum. Menurut Mokhtar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk

    menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status

    dan nilai. Pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan pencapaian murid-muird.

    Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau

    piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks

    pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi

    aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang

    pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,

    2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai

    untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

    Pentaksiran bilik darjah ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap

    oleh guru secara formatif dan sumatif yang dijalankan di dalam bilik darjah. Pentaksiran secara

    formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala

    pentaksiran secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai

    apa yang dipelajari (assessment of learning). Proses Pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul

    maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara

    berterusan (ongoing) berdasarkan pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi

    (performance standard). Ia juga menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks bagi

    mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan tentang prestasi

    murid oleh guru semasa dan sepanjang (formatif) dan di hujung (sumatif) proses pengajaran-

    pembelajaran berlangsung. Melaui pentaksiran ini juga kepelbagaian maklumat akan

    digunakan bagi membuat penilaian dan melaporkan secara bertulis tentang prestasi, potensi,

    pencapaian dan keperluan murid.

  • 5/20/2018 Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

    2/10

    Bagi kedua-dua cara pentaksiran tersebut guru dan murid merujuk kepada satu set pernyataan

    standard prestasi yang jelas yang ditetapkan oleh sekolah berdasarkan pernyataan standard

    prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Pentaksiran dilaksana menggunakan

    pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di

    peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan

    yang melibatkan pelbagai mata pelajaran.

    Pentaksiran merupakan suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap

    pencapaian atau penguasaan kefahaman yang diperolehi oleh seseorang murid. Ia melibatkan

    satu penanda atau pengukuran kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada seseorang

    murid. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pencapaian dan pengusaan yang

    diterima oleh murid melalui pengajaran yang diajar oleh guru dikuantifikasikan dengan memberi

    skor ujian berdasarkan pentaksiran yang dijalankan.

    B. Tujuan Pentaksiran

    Pentaksiran bertujuan untuk memberi maklumat yang lengkap dan berguna tentang prestasi

    pembelajaran kepada murid, guru dan ibu bapa. Ia menggambarkan keupayaan sebenar murid

    dalam meguasai pelajaran mereka. Pentaksiaran juga merupakan proses mendapatkan

    gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran. Melalui pentaksiran dan

    kaedah-kaedah yang dilaksanakan, prestasi seseorang murid dapat diukur dan dinilai tahap

    pengusaan, kefahaman dan pengetahuan tentang sesuatu yang dinilai atau yang telah

    dipelajarinya.

    Pentaksiran juga bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan

    oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran itu benar-benar boleh membantu murid

    memahami apa yang diajarkan oleh guru. Jika sekiranya aktviti yang dilaksanakan tidak

    mencapai objek atau tidak berjaya menarik perhatian murid dalam merangsang pembelajaran

    mereka, maka guru boleh membuat penambahbaikan atau mencuba aktiviti yang lain.

    Keberkesanan aktiviti yang dijalankan oleh guru merupakan salah satu pengukur kepada

    proses pentaksiran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Kesesuaian aktiviti dengan topik

    atau tajuk pembelajaran memungkinkan murid-murid dapat menguasai sesuatu ilmu itu dengan

    lebih mudah. Kejayaan dalam penguasaan pembelajaran mencerminkan penggunaan dan

    pelaksanaan aktiviti yang berkesan semasa pengajaran dan pembelajaran.

  • 5/20/2018 Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

    3/10

    Pentaksiran juga mempunyai tujuan yang jelas dalam mendapatkan maklumat secara

    berterusan bagi mengatasi segala kelemahan yang ada sewaktu proses pengajaran dan

    pembelajaran. Pentaksiran yang dijalankan secara berterusan akan dapat mengenalpasti

    kelemahan, kekurangan dan kepincangan sewaktu guru mengajar. Jesteru itu, guru akan dapat

    mengenal pasti kelemahan dan kepincangan tersebut dan seterusnya memperbaiki cara

    pengajaran dan pembelajaran agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Maka dengan itu

    guru dapat meningkatkan keberkesanan sewaktu pengajaran dan muird dapat mengikuti

    pembelajaran dengan lebih baik.

    Pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru sememangnya dapat meberikan dapatan atau data

    yang berguna untuk guru merancang pengajaran dan pembelajarannya. Melalui pentaksiran ini

    guru akan menilai dan memproses data dan maklumat tentang prestasi sesorang muridnya dan

    seterusnya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih tersusun dan sistematik

    bersesuaian dengan tahap keupayaan muird. Guru dapat melakukan aktivit yang berbeza

    mengikut keupayaan dan kebolehan murid berdasarkan prestasi mereka. Aktiviti yang

    dirancang akan membantu murid untuk lebih faham dan mudah mengikuti proses pembelajaran

    bersesuaian dengan tahap mereka.

    Pentaksiran ini melibatkan semua murid dalam sesebuah kelas secara efektif. Semua murid

    dinilai dan ditaksir pencapaian dan pengetahuan mereka. Murid akan di skorkan mengikut

    keupayaan dan pencapaian masing-masing. Melalui hasil pentaksiran ini maka guru dapat

    merancang dan melaksanakan semula aktiviti susulan jika pentaksiran yang awal tidak

    memberikan impak pembelajaran yang baik kepada murid. Perancangan tindak susulan aktiviti

    yang seterusnya sesuai dengan kebolehan murid. Aktiviti ini dijangka akan lebih berkesan

    berbanding sebelumnya. Melaui aktiviti yang baru ini, maka guru akan dapat memperbaiki

    kelemahan yang berlaku sebelumnya dan secara tidak langsung kualiti pengajarannya akan

    meningkat dari masa ke semasa secara berterusan.

    C. Keberkesanan Pentaksiran.

    Pentaksiran yang berkesan haruslah mempunyai ciri-ciri yang baik seperti keobjektifan,

    kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan komprehensif. Ciri-ciri ini akan menentukan bahawa

    pentaksiran itu berkesan atau sebaliknya.

    Keobjektifan penting dalam menentukan keberkesanan pentaksiran di dalam bilik darjah.

    Ketepatan seseorang guru memeriksa skrip jawapan murid-muird adalah penentu kepada

    keseragaman penilaian yang dibuat. Jawapan yang disemak oleh guru seharusnya mempunyai

  • 5/20/2018 Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

    4/10

    skema pemarkahan yang seragam bagi memastikan ketelusan dalam pemberian markah untuk

    semua murid. Semua keputusan pentaksiran akan disimpan dan menjadi rekod pencapaian

    murid. Kebolehpercayaan dan keobjektifan yang telus dalam sistem penandaan dan

    pemarkahan merupakan penentu kepada keberkesanan pentaksiran yang dilakukan

    terutamanya dalam bilik darjah. Hasil daripada markah yang diperolahi oleh murid, guru akan

    memaklumkan dengan pengetahuannya secara bertanggungjawab berdasarkan indikator-

    indikator yang tepat kepada murid, ibubapa dan pihak lain yang memerlukan.

    Kebolehtadbiran dalam mengurus dan melaksanakan pentaksiran di peringkat sekolah

    khususnya di dalam bilik darjah juga akan membantu keberkesanan perjalanan pentaksiran.

    Guru seharusnya merancang dan menentukan bentuk pentaksiran yang hendak dilaksanakan

    kepda murid-muridnya. Kebiasaannya aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan tajuk

    pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru semasa di dalam kelas. Pemilihan

    aktiviti pentaksiran bergantung kepada apa yang hendak dinilai oleh guru. Kepelbagaian

    kaedah pentaksiran juga akan dilakukan oleh guru mengikut kesesuaian objektif yang hendak

    dicapai. Kecekapan guru dalam membuat dan melaksanakan aktiviti pentaksiran dan

    seterusnya melakukan kerja-kerja susulan sekiranya aktiviti tidak berkesan menunjukkan

    kelincinan pihak sekolah dalam menguruskan pentaksiran. Kebolehan guru dalam

    menguruskan pentaksiran ini secara berpusat atau berasaskan sekolah merupakan penentu

    kepada keberkesanannya.

    Keberkesanan pentaksiran juga dinilai melalui kemudahtafsiran maklumat tentang calon

    berdasarkan skor yang diperolehi. Ia juga boleh mendiskrimasikan calon mengikut tahap

    kebolehan dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian atau pentaksiran. Hasil daripada

    pentaksiran yang dijalankan, maklumat tentang murid boleh dilihat berdasarkan skor yang

    diperolehi semasa pentaksiran dijalankan. Guru boleh menganalisis keputusan markah atau

    skor calon berdasrkan maklumat yang diperolehi dengan mudah. Melalui keputusan ini juga

    guru boleh membuat pengkelasan atau menentukan calon mengikut tahap kebolehan dan

    pencapaian. Murid yang lemah akan diletakkan dalam kelompok yang lemah dan proses

    pentaksiran yang sesuai dengan tahap dan kebolehan mereka akan dilaksanakan. Begitu juga

    dengan murid yang pandai dan mempunyai skor yang baik akan dikelompokkan dalam satu

    kumpulan yang lain dan diberikan pentaksiran yang berbeza sesuai dengan kebolehan mereka.

    Kebolehtafsiran terhadap pentaksiran yang dijalankan ini menentukan sejauhmana tujuan dan

    objektif pentaksiran berkesan menepati kehendak dan matlamat yang diinginkan.

    Membina soalan-soalan yang komprehensif yang mengandungi semua objektif dalam

    pengajaran dan pembelajaran amat penting dan juga salah satu penentu keberkesanan

  • 5/20/2018 Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

    5/10

    pentaksiran. Penentuan sukatan dan objektif yang hendak dicapai dalam sesebuah pentaksiran

    merupakan perkara awal yang diberikan perhatian. Seterusnya merangka soalan berdasarkan

    Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) sebagai garis panduan membina item. Seterusnya soalan akan

    digubal dan pemilihan soalan-soalan akan dilakukan. Soalan-soalan yang telah dipilih akan

    disediakan dalam bentuk kertas soalan. Seterusnya adalah pembinaan skema jawapan yang

    digunakan untuk mengukur dan menilai pencapaian terhadap pengajaran dan pembelajaran

    murid. Semua objektif yang terdapat dalam sesebuah sukatan atau perancangan sesuatu mata

    pelajaran seharusnya ada dinilai dalam soalan yang dihasilkan. Kesemua kemahiran dan hasil

    pembelajaran yang hendak dikuasai oleh murid mestilah dimasukkan dalam soalan agar

    pentaksiran ini lebih bersifat komprenhensif. Maka dengan itu, keberkesanan pentaksiran akan

    lebih terserlah jika amalan penyediaan soalan ini mengikut panduan yang sebenarnya.

    D. Perlaksanaan Pentaksiran

    Pentaksiran merupkan sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran yang

    dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran yang baik seharusnya

    mempunyai pentaksiran yang bergerak seiring dan tidak boleh dipisahkan atau diguna secara

    berasingan atau bersendirian. Tujuan utama pentaksiran ialah memberikan sokongan dan

    mekanisma kepada murid untuk memperbaiki pembelajaran mereka serta dapat meningkatkan

    pencapaian dalam sesuatu mata pelajaran. Melalui pentaksiran ini juga guru dapat memperbaiki

    pengajaran mereka dan secara keseluruhan dapat menilai sejauhmana pentaksiran ini dapat

    menyumbang kepada keberkesanan program dan aktiviti yang dijalankan. Oleh yang demikian,

    semasa menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), perkara berikut hendaklah diambil

    kira:

    Pentaksiran tentang pembelajaran

    Pentaksiran untuk pembelajaran

    Strategi pengajaran dan pembelajaran; dan

    Pembangunan pengetahuan yang diperlukan, kemahiran dan pemahaman disamping nilai dan sikap.

    Rancangan Pelajaran Tahunan perlu berdasarkan kepada keperluan kurikulum dan garis

    panduan pentaksiran yang telah ditetapkan. Standard pentaksiran perlu diketahui dan difahami

    oleh semua murid dan ibu bapa pada awal proses pembelajaran. Aktiviti yang relevan perlu

  • 5/20/2018 Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

    6/10

    disertai dalam bentuk dan kaedah pentaksiran yang bersesuaian, contohnya rubrik yang akan

    digunakan. Setiap aktiviti yang direkodkan sepatutnya terdiri daripada kejayaan satu siri

    tugasan yang bermakna dan berkesan.

    Pentaksiran boleh dibuat dengan beberapa kaedah seperti melalui pemerhatian, lisan dan

    penulisan. Pemerhatian dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan atau melalui

    kerja bertulis para pelajar. Biasanya penilaian dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil

    kerja amali, lukisan, kraf tangan dan sebagainya. Pentaksiran secara lisan pula mengesan

    secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran,

    perlakuan amalan dan sikap pelajar. Biasanya penilaian jenis ini dilaksanakan melalui aktiviti

    seperti bersoal- jawab, perbincangan, kuiz, hafazan, bercerita dan sebagainya. Manakala

    pentaksiran melibatkan penulisan seperti aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan

    daripada kerja bertulis para pelajar seperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan projek,

    karangan, taksir graf, peta, jadual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah

    dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri pelajarnya secara berterusan berdasarkan hasil

    pembelajaran yang telah ditentukan. Pengumpulan eveden pentaksiran boleh dilaksanakan

    dengan menggunakan beberapa kaedah seperti pencerapan, ujian, tugasan atau pentaksiran

    prestasi, pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kumpulan.

    Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur dan terancang. Ia biasanya dilakukan

    di dalam bilik darjah sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Pencerapan selalunya dilakukan

    untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain. Proses memberikan pendapat, pandangan

    dan hujah oleh murid akan memperlihatkan kebolehan dan kefahaman murid dalam menguasai

    sesuatu topik pembelajaran. Penilaian sikap dan keterampilan daya kepimpinan juga boleh

    dibuat melalui kaedah pencerapan ini. Biasanya pencerapan dibuat dalam tugasan untuk

    mendapatkan hasil penyelesaian yang bersifat umum dimana murid bebas dan tidak terikat

    untuk memberikan pendapat dan idea masing-masaing. Kaedah pencerapan ini lebih mudah

    berbanding kaedah-kaedah yang lain. Walau bagaimanapun pencerapan perlu mempunyai

    tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian.

    Kelebihan pencerapan ialah ia mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan

    skala pengadaran (rating scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk

    merekod.

    Berbeza dengan pentaksiran secara pencerapan, pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur

    dan tegar. Biasanya pembinaan soalan adalah secara berpusat atau selaras dalam sesebuah

    sekolah. Ia membolehkan guru mengumpul eviden yang sama dan seragam untuk dibuat

    penilaian oleh murid-muird. Semua murid akan terlibat dalam pentaksiran berbentuk ujian ini

  • 5/20/2018 Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

    7/10

    secara serentak dalam tempoh masa atau waktu yang sama.Hasil daripada pentaksiran melalui

    ujian ini, skor akan diberikan berdasarkan kebolehan pelajar melepasi setiap eviden tentang

    pembelajaran yang dikemukakan. Sekiranya ujian ini digunakan dengan betul, maka ia menjadi

    sebahagian daripada kurikulum yang penting kerana ia memberikan eviden yang baik tentang

    apa yang telah dipelajari.

    Ujian dalam pentaksiran di sekolah atau di dalam bilik darjah boleh dilaksanakan secara

    manual seperti penggunaan kertas-pensil, papan tulis dan lisan atau berbantukan komputer

    secara online atau offline. Item-item ujian boleh disediakan oleh pihak sekolah di bawah

    kelolaan panitia mata pelajaran atau guru-guru mata pelajaran yang berkenaan. Bagi

    pentaksiran peringkat daerah, negeri atau kebangsaan penyediaan tem-item ini biasanya akan

    disediakan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Lembaga

    Peperiksaan. Walaupun demikian, pengendaliannya adalah oleh guru sendiri sama ada secara

    manual atau berbantukan komputer.

    Seterusnya ialah pentaksiran berbentuk tugasan atau pentaksiran prestasi murid-murid.

    Berbanding pentaksiran melalui ujian, pentaksiran tugasan kurang berstruktur dan melibatkan

    tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam pelbagai situasi

    dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi komponen praktikal sesuatu mata

    pelajaran di mana murid akan melakukan tugasan secara praktikal dan guru akan membuat

    penilaian. Pentaksiran ini melihat bagaimana seseorang murid dapat melakukan tugasan yang

    diberikan di samping menggunakan segala pengetahuan, kefahaman dan teori yang telah

    dipelajarinya ketika melakukan proses amali. Pemarkahan diberikan dengan menentukan

    bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan kerja atau tugasan mereka. Ia

    merupakan pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk

    belajar. Antara contoh tugasan yang diberikan kepada murid ialah projek, pameran,

    penyampaian visual dan lisan, debat, simulasi komputer dan persembahan.

    Seterusnya kaedah pentaksiran yang dilaksanakan dalam pentaksiran di dalam bilik darjah

    ialah pentaksiran kendiri. Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru

    kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai

    kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas

    khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan

    dalam mempelajari bagaimana untuk menyimpan rekod dan mengulas ringkasan kerja. Refleksi

    ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam pembelajaran.

  • 5/20/2018 Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

    8/10

    Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik, membantu murid sama

    ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa

    kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga rakan mereka. Kebolehan untuk

    bekerja bersama rakan lain dalam satu kumpulan dengan berkesan adalah satu daripada hasil

    kritis.

    Pentaksiran kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek kerjasama, bantu membantu,

    pengagihan kerja dan sumbangan setiap individu melalui satu produk. Pentaksiran kerja

    berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan

    pentaksiran kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada

    hasil kerja kumpulan.

    Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat penting bagi kedua-dua pentaksiran

    untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang pembelajaran. Isu penting ialah instrumen

    mestilah sepadan dengan apa yang ditaksir. Eviden yang bersesuaian dan mencukupi mesti

    dikumpulkan dan ia mesti dijelaskan kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses

    pentaksiran untuk pembelajaran atau pentaksiran tentang pembelajaran.

    E. Kebaikan Pentaksiran

    .Pentasiran dalam bilik darjah dapat mendidik seseorang guru menjadi lebih intergriti. Guru

    bertanggung jawab mengajar murid, membuat pentaksiran berdasarkan eviden-eviden yang

    digariskan dan seterusnya memberikan skor kepada muridnya. Ketelusan guru dalam membuat

    penilaian dan pemberian skor ini amat penting agar tidak berlaku pilih kasih atau mengamalkan

    sikap sambil lewa sahaja. Guru yang mempunyai intergriti akan melaksanakan tanggung jawab

    ini dengan amanah dan ikhlas akan menjadi contoh kepada guru-guru lain dalam kelompok

    komunitinya di sekolah.

    Berdasarkan skor yang diterima oleh murid-murid, pentaksiran ini juga akan menjadi satu

    dokumen atau panduan untuk melihat pencapaian setiap murid. Kelemahan dan penguasaan

    murid dalam setiap eviden penilaian pentaksiran akan mudah dirujuk dan guru serta ibu bapa

    tahu setiap kelehan anak-naank mereka. Seterusnya guru dapat memberikan fokus terhadap

    tajuk-tajuk yang tidak dikuasai oleh murid tersebut. Berbeza dengan kaedah peperiksaan

    sebelumnya, hanya markah akhir sahaja yang diberikan tanpa kita mengetahui apa yang

    menjadi kelemahan murid sekiranya gagal atau markahnya rendah. Ini kerana soalanya dalam

  • 5/20/2018 Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

    9/10

    bentuk objektif yang menggabungkan keseluruhan topik dan hanya memilih pilihan jawapan A,

    B, C atau D sahaja. Ada sesetengah murid tidak membaca soalan dan terus memilih jawapan.

    Begiru juga jika seseorang murid itu meniru jawapan rakannya, maka markah yang diperolehi

    juga tidak sah dan meragukan. Dalam pentaksiran, hanya murid yang tahu dan faham sahaja

    yang akan dapat skor dan boleh bergerak ke pentaksiran yang seterusnya.

    Pentaksiran yang dilaksanakan ini juga lebih bermakna kepada diri murid kerana gred yang

    diperolehi murid merupakan pengiktirafan kepada kebolehan mereka untuk sesuatu topik

    pembelajaran yang telah dipelajari. Pencapaian demi pencapaian setiap peringkat pentaksiran

    menunjukkan bahawa murid mempunyai peningkatan. Pertumbuhan murid dalam setiap

    pembelajaran boleh dilihat dan diukur melaui pentaksiran ini.

    Pentaksiran ini juga tidak menetapkan bilangan atau peratus murid untuk mencapai standard.

    Ini bermakna, semua pelajar berpeluang memperolehi skor bergantung kepada penguasaan

    dan kefahaman diri masing-masing. Jesteru itu juga, melalui pentaksiran ini, ia tidak

    membanding bezakan murid dengan gred yang diperolehi mereka.

    Begitu juga dengan pelaksanaannya. Ia boleh dijalankan sepanjang tahun sewaktu pengajaran

    dan pembelajaran dijalankan dalam bilik darjah. Apabila selesai sesuatu topik pengajaran,

    maka pentaksiran boleh dijalankan. Berbanding peperiksaan yang sebelumnya di mana waktu

    penilaian dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun.

    Kelebihan pentaksiran bukan hanya menguji pemahaman dan pengetahuan murid tentang topik

    atau isi pembelajaran sahaja. Ia merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek.

    Penglibatan murid dalam melakukan aktviti amali seperti yang terdapat dalam mata pelajaran

    Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup, Sains, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Islam

    sudah semestinya melibatkan bukan hanya aspek pengetahua tetapi yang lebih nyata ialah

    aspek jasmani. Begitu juga aspek kewibawaaan murid, daya kepimpinan dan kebolehan

    membantu dan membimbing rakan-rakan yang lain juga dinilai dalam pentaksiran ini. Inilah

    yang membezakan pentaksiran dalam bilik darjah dengan penilaian dan peperiksaan yang lain.

  • 5/20/2018 Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

    10/10

    F. Penutup

    Pentaksiran bilik darjah adalah prosedur yang digunakan untuk memberi maklum balas kepada

    guru mengenai tahap penguasaan dan kefahaman pelajar terhadap objektif dan isi kandungan

    yang telah diajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dalam aspek proses, terdapat

    beberapa peringkat pelaksanaan pentaksiran bilik darjah yang perlu dilaksanakan oleh guru.

    Proses dimulakan dengan menentukan silibus atau isi pelajaran yang terkandung dalam

    rancangan pelajaran. Soalan yang dibina perlukan berdasarkan JSU sebagai garis panduan

    membina item. Proses seterusnya adalah penggubalan soalan, pemilihan dan penyelarasan

    soalan, prauji dan penyediaan kertas soalan. Seterusnya adalah pembinaan skema jawapan

    yang digunakan untuk mengukur dan menilai pencapaian terhad dan pembelajaran kompleks.

    Proses ini diikuti oleh mentadbir ujian, memeriksa, memberi skor serta menganalisis item

    dengan menggunakan pendekatan terbaik dalam melaksanakan pentaksiran. Hasil maklumat

    yang diperoleh, akan dilaporkan kepada pihak-pihak berkenaan supaya tindakan susulan dan

    pemantauan dapat dijalankan dari semasa ke semasa.

    Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan

    maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu

    proses. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

    pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

    menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

    Guru akan sentiasa menjadi tulang belakang dan tumpuan dalam melaksanakan pentaksiran di

    dalam bilik darjah. Oleh itu gaya penyampaian guru dan pembelajaran murid haruslah sentiasa

    akur dan sejajar. Dengan adanya pentaksiran in, maka sistem pendidikan di Malaysia telah

    melangkah setapak lagi ke hadapan . Namun begitu, cabaran pelaksanaan pentaksiran ini juga

    memang sentiasa muncul dari masa ke semasa. Murid , guru dan masyarakat berhak

    memberikan sumbangan terbaik dari masa ke semasa untuk menjamin masa hadapan

    terhadap agama, bangsa dan negara.