amalan hidup berjiran malaysia

2
Amalan Hidup Berjiran Masyarakat Melayu di Malaysia sememangnya telah lama mengamalkan hidup sejak lama dahulu. Amalan ini masih lagi diamalkan sehinggalah sekarang walaupun telah wujud pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Masyarakat Malaysia masih hidup secara berjiran dengan tidak mengambil kira kaum dan agama jiran mereka. Amalan hidup berjiran ini juga menjadi satu amalan yang telah membantu mengekalkan dan mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika kita lihat di Malaysia terutamanya di kampung- kampung, masyarakat Malaysia tidak meminggirkan kaum yang berlainan daripada mereka. Walaupun berbeza kaum dan agama, rakyat Malaysia masih lagi dapat hidup bersama dalam suatu tempat. Kemakmuran, keharmonian serta perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia sememangnya dapat dieratkan lagi dengan adanya amalan hidup berjiran. Islam sendiri amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat

Upload: hamsawi-abu-talip

Post on 13-Aug-2015

581 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

perpaduan!

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan Hidup Berjiran Malaysia

Amalan Hidup Berjiran

Masyarakat Melayu di Malaysia sememangnya telah lama mengamalkan hidup sejak

lama dahulu. Amalan ini masih lagi diamalkan sehinggalah sekarang walaupun telah

wujud pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Masyarakat Malaysia masih hidup secara

berjiran dengan tidak mengambil kira kaum dan agama jiran mereka. Amalan hidup

berjiran ini juga menjadi satu amalan yang telah membantu mengekalkan dan

mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika kita lihat di Malaysia

terutamanya di kampung-kampung, masyarakat Malaysia tidak meminggirkan kaum

yang berlainan daripada mereka. Walaupun berbeza kaum dan agama, rakyat Malaysia

masih lagi dapat hidup bersama dalam suatu tempat. Kemakmuran, keharmonian serta

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia sememangnya dapat dieratkan lagi dengan

adanya amalan hidup berjiran.

Islam sendiri amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu

hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajiban mengekalkan

hubungan baik dan mesra sesama mereka. Tuntutan supaya menjalinkan hubungan

baik sesama jiran dijelaskan di dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:

‘…dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, anak-anak

yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh,

orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki’.

(Surah An-Nisa’ : 36)

Page 2: Amalan Hidup Berjiran Malaysia

Hidup berjiran dengan baik merupakan satu permulaan bagi memastikan perpaduan

dalam kalangan rakyat Malaysia terus terpelihara. Jiran yang baik adalah jiran yang

Berjaya memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak

antara mereka. Tuntutan supaya mengekalkan hubungan yang baik dengan jiran

dinyatakan dalam sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

‘Jibrail berkali-kali mengingatkan aku (supaya berbuat baik) terhadap jiran

sehingga aku merasakan seolah-olah mereka akan mewarisi hartaku’.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)