Download - Amalan Hidup Berjiran Malaysia
Amalan Hidup Berjiran
Masyarakat Melayu di Malaysia sememangnya telah lama mengamalkan hidup sejak
lama dahulu. Amalan ini masih lagi diamalkan sehinggalah sekarang walaupun telah
wujud pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Masyarakat Malaysia masih hidup secara
berjiran dengan tidak mengambil kira kaum dan agama jiran mereka. Amalan hidup
berjiran ini juga menjadi satu amalan yang telah membantu mengekalkan dan
mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika kita lihat di Malaysia
terutamanya di kampung-kampung, masyarakat Malaysia tidak meminggirkan kaum
yang berlainan daripada mereka. Walaupun berbeza kaum dan agama, rakyat Malaysia
masih lagi dapat hidup bersama dalam suatu tempat. Kemakmuran, keharmonian serta
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia sememangnya dapat dieratkan lagi dengan
adanya amalan hidup berjiran.
Islam sendiri amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu
hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajiban mengekalkan
hubungan baik dan mesra sesama mereka. Tuntutan supaya menjalinkan hubungan
baik sesama jiran dijelaskan di dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:
‘…dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, anak-anak
yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh,
orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki’.
(Surah An-Nisa’ : 36)
Hidup berjiran dengan baik merupakan satu permulaan bagi memastikan perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia terus terpelihara. Jiran yang baik adalah jiran yang
Berjaya memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak
antara mereka. Tuntutan supaya mengekalkan hubungan yang baik dengan jiran
dinyatakan dalam sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
‘Jibrail berkali-kali mengingatkan aku (supaya berbuat baik) terhadap jiran
sehingga aku merasakan seolah-olah mereka akan mewarisi hartaku’.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)