amalan berjimat cermat.docx

Upload: hanizs-shuhada

Post on 22-Feb-2018

339 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Amalan Berjimat Cermat.docx

    1/2

    Amalan Berjimat Cermat

    Hal-hal yang berkaitan dengan amalan berjimat cermat sering dibincangkan

    dalam media massa seperti surat khabar dan televisyen. Amalan berjimat cermat

    memberi banyak kebaikan individu dan negara. Pada pendapar saya, sikap berjimat

    cermat ini wajar diamalkan oleh masyarakat pada setiap masa. ikap berjimat

    cermat boleh diamalkan dalam kehidupan seharian dengan pelbagai cara.

    etiap individu hendaklah menjimatkan penggunaan masa mereka. !asa

    yang dimiliki amat berharga seperti peribahasa !elayu "!asa itu emas". #leh itu,

    kita perlu memenuhi masa kita dengan aktiviti yang ber$aedah seperti membaca

    buku pelajaran, bekerja dan bersenam. %a&imnya, orang yang pandai menggunakan

    masa yang dimiliki akan berjaya dalam hidup dan dapat mencapai cita-cita yang

    diidamkan.

    elain menjimatkan penggunaan masa, kita juga mesti berjimat dalam

    penggunaan wang. 'ang yang kita perolehi perlu dibelanjakan dengan sebaik

    mungkin. (ita perlu membeli barang keperluan asas terlebih dahulu seperti

    makanan, pakaian dan membeli rumah sebagai tempat tinggal, sebelum membeli

    barangan kehendak yang lain. (ita juga sewajarnya menyimpan sebahagian wang

    yang diperolehi di dalam bank untuk digunakan sewaktu dalam kesusahan atau

    kecemasan.

    Air merupakan satu keperluan hidup dan kita juga perlu menjimatkan air

    dalam kehidupan seharian. Pemba&iran air akan menyebabkan kita terpaksa

    membayar bil air yang tinggi dan akan menambahkan beban perbelanjaan kita.

    Bagi menjimatkan penggunaan air, kita boleh membasuh kereta atau menyiram

    pokok menggunakan air hujan. elain itu, jika kita ternampak paip yang pecah, kita

    hendaklah segera melaporkan kejadian ini kepada pihak yang menguruskanbekalan air.

  • 7/24/2019 Amalan Berjimat Cermat.docx

    2/2

    )i samping itu, kita juga hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan

    elektrik. )engan berjimat cermat dalam penggunaan elektrik, kita akan membantu

    pihak kerajaan menjimatkan kos membekalkan elektrik. #leh itu, kita hendaklahmenutup suis lampu dan kipas jika ia tidak digunakan. (ita juga perlu

    menggunakan barangan elektrik yang kurang menggunakan tenaga elektrik seperti

    mentol lampu yang menjimatkan tenaga yang kini banyak dijual di pasaran.

    (ita juga mesti berjimat cermat dalam penggunaan tele$on. (etika bercakap

    di tele$on, kita perlu bercakap perkara-perkara yang penting sahaja. 'alaupun

    penggunaan tele$on bimbit merupakan gaya hidup masa kini, namun kita mestilah

    sentiasa berjimat cermat menggunakannya. *usteru, ibu bapa wajar mengawasi

    anak-anak mereka dalam penggunaan tele$on kerana bil tele$on boleh meningkat

    sehingga ratusan ringgit sebulan jika anak-anak tidak berjimat cermat dan ia

    pastinya akan menyusahkan ibu bapa.

    ebagai kesimpulan, kita perlu mengamalkan sikap berjimat cermat dalam

    kehidupan seharian kerana amalan ini banyak $aedahnya. Pada pendapat saya

    amaln berjimat cermat perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak mereka

    kecil lagi. Pihak kerajaan juga perlu mengadakan kempen berjimat cermat di

    kalang rakyat. (empen ini hendaklah diadakan sepanjang tahun supaya sikap

    berjimat cermat menjadi budaya hidup masyarakat !alaysia.