amalan agama hindu

6
Amalan Agama Yang Dianuti Dalam Rutin Harian Individu Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai jenis kaum, agama, budaya, etnik dan lain- lain lagi. Masyarakat Malaysia terdiri daripada agama Islam, agama Hindu, agama Buddha, agama Kristian dan agama Sikh. Setiap masyarakat dalam agama tersebut mempunyai amalan masing- masing yang berbeza- beza. Penghuni agama masing- masing diwajibkan untuk mematuhi dan menghayati amalan yang terdapat dalam agama masing- masing untuk hidup dengan sejahtera. Saya menganuti agama Hindu dan mematuhi atau mengamalkan amalan- amalan yang terdapat dalam agama saya. Agama hindu merupakan agama yang tertua di dunia ini dan tidak dapat mengenal pasti pengasas- pengasasnya atau dimana wujudnya agama tersebut atau Bandar suci yang utama masih lagi menjadi tanda soal. Agama Hindu mempunyai pelbagai jenis amalan yang mesti dipatuhi atau dihayati oleh setiap masyarakat Hindu pada setiap hari. Kerja- kerja rutin harian yang dilakukan oleh seseorang penganut agama mempunyai kaitan dengan amalan agama Hindu. Bukan semua yang mengetahui perkara tersebut dan ada yang melakukan perkara- perkara tersebut tanpa mengetahui maksud tersiratnya. Seorang penganut agama Hindu perlulah bangun awal pagi untuk memulakan kerja- kerja rutin harian mereka. dalam agama Hindu dikatakan bahawa bangun awal pagi iaitu dari pukul 4 pagi hingga 6 pagi adalah amat baik kepada seseorang manusia. Hal ini kerana, waktu tersebut dikatakan sebagai ‘Brahma Mogoortham’. Waktu ini merupakan waktu yang sangat istimewa dan khas bagi dewa- dewa di atas dan kalau seseorang bangun dalam lingkungan waktu dan memulakan kerja- kerja hariannya, dia akan di restui oleh dewa- dewa diatas dan kerja harian mereka akan menjadi

Upload: vasanthi-marimuthu

Post on 22-Dec-2015

381 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Tugasan Pendidikan Moral

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan Agama Hindu

Amalan Agama Yang Dianuti Dalam Rutin Harian Individu

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai jenis kaum, agama,

budaya, etnik dan lain- lain lagi. Masyarakat Malaysia terdiri daripada agama Islam, agama

Hindu, agama Buddha, agama Kristian dan agama Sikh. Setiap masyarakat dalam agama

tersebut mempunyai amalan masing- masing yang berbeza- beza. Penghuni agama masing-

masing diwajibkan untuk mematuhi dan menghayati amalan yang terdapat dalam agama

masing- masing untuk hidup dengan sejahtera. Saya menganuti agama Hindu dan mematuhi

atau mengamalkan amalan- amalan yang terdapat dalam agama saya. Agama hindu

merupakan agama yang tertua di dunia ini dan tidak dapat mengenal pasti pengasas-

pengasasnya atau dimana wujudnya agama tersebut atau Bandar suci yang utama masih lagi

menjadi tanda soal. Agama Hindu mempunyai pelbagai jenis amalan yang mesti dipatuhi atau

dihayati oleh setiap masyarakat Hindu pada setiap hari.

Kerja- kerja rutin harian yang dilakukan oleh seseorang penganut agama mempunyai kaitan

dengan amalan agama Hindu. Bukan semua yang mengetahui perkara tersebut dan ada yang

melakukan perkara- perkara tersebut tanpa mengetahui maksud tersiratnya. Seorang penganut

agama Hindu perlulah bangun awal pagi untuk memulakan kerja- kerja rutin harian mereka.

dalam agama Hindu dikatakan bahawa bangun awal pagi iaitu dari pukul 4 pagi hingga 6 pagi

adalah amat baik kepada seseorang manusia. Hal ini kerana, waktu tersebut dikatakan sebagai

‘Brahma Mogoortham’. Waktu ini merupakan waktu yang sangat istimewa dan khas bagi dewa-

dewa di atas dan kalau seseorang bangun dalam lingkungan waktu dan memulakan kerja- kerja

hariannya, dia akan di restui oleh dewa- dewa diatas dan kerja harian mereka akan menjadi

lebih mudah dan mereka dapat melakukan kerja mereka dengan tenang tanpa apa- apa

gangguan ataupun kesuakaran.

Waktu pagi penganut Hindu boleh mandi menggunakan minyak, yang dikataka sebagai

mandi minyak. Amalan mandi minyak telah lama diamalkan oleh penganut Hindu dan mereka

akan melakukannya setiap hari. Tetapi pada zaman yang moden ini, ada yang telah lupa

tentang perkara ini dan hanya menggunakan sabun yang mengandungi bahan- bahan kimia.

Mandi minyak sangat berfaedah kepada seseorang individu. Hal ini kerana, mandi minyak

dapat melegakkan minda dan dapat mengurangkan kepanasan badan. Ini telah dibuktikan

melalui kajian saintifik. Ini dapat dibuktikan melalui kedai- kedai spa yang mengurut badan

menggunakan minyak. Minyak juga dapat melicinkan permukaan kulit seseorang dan dapat

mengelakkan diri daripada penyakit yang berkaitan kepanasan badan juga masalah kulit. Selain

Page 2: Amalan Agama Hindu

itu, di negara Malaysia yang bercuaca panas terik, mandi minyak merupakan teknik yang baik

bagi seseorang individu untuk mengelakkan diri daripada pelbagai jenis penyakit.

Bagi seseorang perempuan Hindu adalah penting bagi menyikat rambutnya dan membuat

tocang ataupun mengikatnya dengan kemas, terutama bagi perempuan yang berambut

panjang. Perempuan yang beragama Hindu dilarang sama sekali untuk melepaskan rambut

mereka begitu. Hal ini kerana, ia merupakan satu perkara yang dipantang dan perbuatan

sebegitu tidak baik bagi keluarga perempuan tersebut. Selain itu, perempuan yang menganuti

agama Hindu perlulah meletakkan ‘Potthu’ pada dahinya. Potthu merupakan suatu benda yang

berebntuk bulat yang diletakkan pada dahi, iaitu antara kening. Potthu mempunyai pelbagai

fungsi seperti fungsi sosial dan agama. Pemodenan nampaknya turut memberi kesan keatas

amalan meletakkan potthu.Terdapat juga anak moden yang keluar dari rumah tanpa

meletakkan Potthu. Bagi kaum lelaki meletakkan Potthu tidak menjadi amalan. Justeru amalan

meletakkan Potthu dianggap sebagai warisan bagi kaum wanita. Potthu diletakkan supaya

seseorang tidak menjadi mangsa tuju (ilmu sihir). Ini kerana urat- urat tertentu berpusat di

tempat itu dan menurut pandangan ini, Potthu dapat menutup pusat itu dan akan menggagalkan

usaha pemukau. Potthu hitam diletakkan oleh perempuan yang belum berkahwin dan potthu

berwarna merah dilletakkan oleh wanita yang sudah kahwin. Perempuan yang sudah menjadi

balu, iaitu yang kehilangan suaminya perlulah meletakkan Potthu yang berwarna hitam.

Seterusnya, sembahyang merupakan sesuatu perkara yang amat penting dalam amalan

agama Hindu. Penganut Hindu bersembahyang selama tiga kali dalam sehari iaitu, awal pagi,

tengah hari dan juga waktu malam. Sembahyang pada waktu awal pagi amat baik kepada

seseorang individu. Biasanya, hari Jumaat merupakan hari yang paling khas untuk

bersembahyang. Sebagai persediaanya, perlulah mengemaskan bilik sembahyang, alat- alat

yang digunakan untuk sembahyang sehari sebelum hari tersebut. Bagi aktiviti sembahyang,

adalah lebih baik untuk menyembah dengan meletakkan bunga yang berwarna- warni yang

berbau harum pada gambar- gambar dewa. Ini dapat mewujudkan situasi yang lebih indah

semasa menyembah Tuhan. Semasa bersembahyang boleh mengatakan kata- kata suci

ataupun yang dikatakan sebagai ‘Mantram’. Hal ini kerana, kata- kata suci tersebut mempunyai

kuasa tertentu dan dapat memberi manfaat kepada inidividu yang bersembahyang. Contoh

‘Mantram’ yang baik untuk diri sendiri adalah,

“Trayambagam yajaa mahe shuganthim pushdi varthanam

Urvaarur kameeva panthanaath miruthyo mukshiya maamuritat”

Page 3: Amalan Agama Hindu

Ini merupakan kata- kata suci yang dibacakan kepada dewa Siva. Setiap kata suci yang dibaca

mempunyai maksudnya yang tersendiri. Individu juga boleh meletakkan makanan yang manis

seperti ‘Pongal’ dan juga buah- buahan sewaktu bersembahyang. Selepas bersembahyang

seseorang individu tersebut perlulah meletakkan debu suci iaitu ‘Thiruneeru’ pada dahinya

sebagai tanda individu tersebut bersembahyang. Selain itu, selepas sembahyang individu

tersebut boleh sujud di bawah gambar- ganbar dewa tersebut, sebagai tanda mendapatkan

mendapat restu daripada Tuhan selepas menyembahNya. Individu juga boleh menyanyikan

lagu suci bagi Tuhan iaitu ‘Thevaram’ , ‘Thirumurai’, dan juga ‘Bajanai’ sebagai cara untuk

menggembirakan Tuhan dan kuasanya melalui lagu tersebut. ‘Thevaram’ dan juga ‘Thirumurai’

mempunyai kuasa tertentu dan adalah baik untuk menyanyikan lagu- lagu tersebut pada setiap

hari supaya semua benda hidup dan persekitarannya aman dan tenang.

Makan merupakan rutin harian yang dilakukan oleh setiap indvidu. Menurut agama Hindu

terdapat beberapa amalan yang perlu diikuti sewaktu makan. Sewaktu makan seseorang

individu perlulah duduk bersila sebagai tanda hormat orang yang makan bersamanya dan

perbuatan ini merupakan perbuatan yang sopan. Sebelum mula untuk makan penganut agama

Hindu mempunyai amalanya untuk menyanyi satu lagu suci. Lagunya adalah:

தி�ருச்சி�ற்றம்பலம்

அன்னம் ப�லிக்கும் தி�ல்லைலச் சி�ற்றம்பலம்

பொப�ன்னம் ப�லிக்கும் மே�லு��ப் பூ ��லைசி

என்அம்புஆலிக்கு��று கண்டின்புற

இன்னம் ப�லிக்குமே�� இப்ப$றவி$மே&

Thirisitrambalam

Annam paalikkum thillai chitrambalam

Ponnam paalikum melumippumisai

En ambu aalikkumaaru kandinpura

Innam paalikkumo ippiraviye

Page 4: Amalan Agama Hindu

Lagu ini dinyanyikan sebagai tanda untuk menghormati makanan yang akan dimakan. Tiada

semua yang biasa nyanyi lagu ini, tetapi adalah baik untuk nyanyi lagu ini sebagai tanda hormat

kepada makanan yang kita makan.

Selain itu, sewaktu makan individu boleh menggunakan daun pisang untuk menghidangkan

makanannya. Makan menggunkaan daun pisang merupakan amalan agama Hindu yang diikuti

dari lama lagi. Dengan makan menggunakan daun pisang, makanan tersebut akan menjadi

lebih enak untuk dimakan. Kini, amalan ini bukan saja diamalkan oleh penganut agama Hindu

tetapi juga oleh penganut agama yang lain. Seterusnya, sebelum pergi untuk tidur individu

perlulah mencuci kaki dan tangannya terutamanya kalau individu tersebut balik dari mana-

mana tempat. Hal ini untuk menjaga kebersihan diri sebelum ke bilik tidur. Sebelum, tidur

perlulah mengingati dan berteima kasih kepada beliau untuk menjaganya dengan baik tanpa

ada apa- apa masalah dan juga sihat. Dengan ini, individu tersebut dapat membina diri dan jiwa

yang bermoral dan juga mulia.

Kesimpulannya, setiap amalan harian yang dilakukan oleh penganut agama Hindu

mempunyai kaitan dengan agamanya. Justeru, setiap penganut agama Hindu perlulah

mengetahuinya. Hal ini kerana, melakukan sesuatu dengan mengetahui maksudnya adalah

lebih efektif daripada tidak memahami maksudnya dan hanya melakukan dengan sia- sia

ataupun diatas dasar tanggungjawab.