aliran_mazhab

24
DEFINISI MAZHAB Dari segi bahasa : jalan, tempat yang dilalui dan aliran air. Dari segi syarak : Mengikut sesuatu yang dipercayai iaitu dasar pendirian yang diikuti. Kata imam As-Syafie: “ Apabila telah sah hadis, maka itulah mazhabku.” ALIRAN MAZHAB

Upload: jiwa-kontrovesi

Post on 18-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

mazhab

TRANSCRIPT

Aliran Mazhab

Definisi Mazhab

Dari segi bahasa : jalan, tempat yang dilalui dan aliran air.Dari segi syarak : Mengikut sesuatu yang dipercayai iaitu dasar pendirian yang diikuti. Kata imam As-Syafie: Apabila telah sah hadis, maka itulah mazhabku.

Aliran Mazhab

Tujuan Mazhab

Ia memudahkan umat yang tidak berkemampuan untuk mendekati ajaran al-Quran dan al-Sunnah secara terus.

Dapat menjelaskan kepada manusia apa yang telah difirmankan oleh Allah s.w.t dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat umum kerana kebanyakan ahli masyarakat tidak mampu memahami dalil-dalil al-Qur'an dan Hadis secara langsung.

Kepentingan Mazhab

keaslian dan ketulenan ajaran agama dapat dijaga daripada dicemari faktor-faktor politik.

dapat menyusun kaedah-kaedah fiqh yang sistematik bagi memudahkan umat Islam kemudian hari mencari dan mengeluarkan hukum.

ajaran Islam yang ditinggalkan oleh peredaran zaman dapat dihidupkan kembali

Sebab Perbezaan Mazhab

Pertama :

Selepas peristiwa kegemilangan Khulafa al- Rasyidin mulai hilang. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Sayidina Ali r.a ialah seorang daripada anggota Khulafa al-Rasyidin, tetapi pemerintahannya diganggu oleh kekacauan. Sistem Khalifah tidak lagi memberi sinaran cahaya yang sebelum ini pernah menarik orang ramai ke arahnya untuk menyelesaikan masalah mereka.

Selepas kewafatan Sayidina Ali r.a, apa jua keagungan yang tinggal telah mula menurun. Akibatnya tidak ada lagi cara yang boleh menyatukan perbezaan dalam masalah fiqh yang muncul dari semasa ke semasa. Masyarakat mula hanyut, sama ada ia bergantung pada fikirannya sendiri atau menaruh keyakinan kepada ulama dikawasan masing-masing. Oleh itu, tidak ada lagi institusi yang dapat mengharmonikan perbezaan antara sesama mereka, desakan untuk mencari keharmonian dan kesatuan mula lenyap daripada hati-hati mereka.

Kedua

Setelah Negara Islam berkembang, manusia daripada berbagai latar belakang mengambil tanggungjawab mengeluarkan fatwa dan menjalankan urusan kehakiman di pelbagai pusat di Negara itu.

Walaupun mereka setia sekata dalam perkara prinsip, namun perbezaan dari segi pendekatan, pemahaman, dan tatacara mereka dalam menjalankan ijtihad tetap wujud.

Meskipun perbezaan ini nampaknya ringan dan tidak banyak menyentuh tentang din, tetapi oleh sebab orang awam di setiap daerah lebih menyakini ulama di daerahnya, maka dengan sendirinya ia lebih terikat kepada fiqh kedaerahan daripada fiqh yang diamalkan di bandar-bandar lain.

Beberapa Mazhab dalam Fiqh

Pertama : Mazhab yang tidak berkembang.

Para mujtahid pada zaman ini sebenarnya cukup ramai, terdiri daripada tabii al-tabiin atau mereka yang berikutnya, tetapi kebanyakan mereka ini tidak ada orang yang mengumpul dan menyebarkan mazhab mereka di kalangan orang islam dan memfatwakannya. Akhirnya mazhab ini semakin mengecil, hampir pupus dan hilang fiqhnya, kecuali pandangan-pandangan mereka yang di temui bertaburan di dalam kebanyakan kitab tafsir bil mathur, syarah-syarah hadith dan kitab fiqh mazhab yang kekal. Di antara tokoh-tokoh mujtahid ini seperti Ata bin Abi Rabah, Said bin al-Musayyib, Ibrahim al-Nakhaiy, Sufyan al-Thauri, Al-iman al-Auzaiy, Ibnu Jarir al-Tabari, Daud al-Zahiri dan lain-lain lagi.

Kedua : Mazhab Syiah dan Khawarij.

Terdapat beberapa mazhab lain yang masih hidup, kekal, berkembang, dan diberi perhatian, akan tetapi ijtihad pendokong-pendokongnya telah terkeluar dari lingkungan Ahli Sunnah wa al-Jamaah dari segi Usul ( prinsip ) dan Furu. Yang terpenting sekali ialah mazhab syiah dan khawarij, kemudiannya yang paling masyhur sekali ialah mazhab al-Ibadiyyah dari kalangan al-khawarij, mazhab al-Imamiyyah dari syiah, mazhab al-Zaydiyyah dari syiah juga tetapi ia lebih dikenali sebagai mazhab yang sederhana dan hampir kepada Ahli sunnah wa al-jamaah.

Ketiga : Mazhab-Mazhab Fiqh Ahli al-Sunnah wa al- Jamaah.

Mazhab fiqh yang termasyhur dari kalangan imam Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang masih terus menerus memberi khidmat dan mempunyai pengikut setia yang ramai mengembang, menyebar, mengajar seterusnya di pelajari ialah empat mazhab yang terkenal iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab SyafiI dan Mazhab Hanbali.

IMAM-IMAM MAZHAB FIQH

Imam HanafiBeliau ialah al-Numan bin Thabit bin Zuwata al-Kufi, dilahirkan di Kufah pada tahun 80 hijrah dan berasal dari keturunan Parsi, merdeka dan keturunan nenek moyangnya tidak pernah menjadi hamba menurut satu pendapat. Antara tokoh gurunya yang masyhur ialah Ati bin Abi Rabah, al-Syabi, Ikrimah maula Abdullah bin Abbas, Nafi maula Umar, Hammad bin Abi Sulaiman dan lain-lain lagi. Dasar-dasar mazhab Abu Hanifah ialah sumber syarak yang menjadi asas kepada fiqh beliau. Sumber- sumber ini seperti Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijma, Aqwal al-Sahabah (beliau memilih mana-mana pendapat yang difikirkan benar ) dan Al-Qiyas dan Al-Ijtihad.

Abu Hanifah terkenal sebagai imam yang banyak menggunakan pemikiran atau qiyas dan bentuk ijtihad yang lain seperti istihsan dan urf, kerana kehidupan beliau di Iraq sedikit hadith sahih yang ditemuinya.

Ini kerana tercetusnya pelbagai fitnah dan munculnya kelompok-kelompok politik yang terdiri dari golongan Khawarij, Syiah dan lain-lain dari kalangan mereka yang mencipta hadith palsu bagi menyokong pemikiran mereka.

Beliau cukup teliti untuk menerima hadith, apabila jelas hadith itu sahih beliau tidak akan mengambil hadith lain sebagai sumber hukum. Beliau akan menggunakan sumber-sumber ijtihad hanya apabila tidak ada nas al-quran, hadith sahih dan ijma. Maka sebab itu beliau dikenali sebagai Imam Ahli al-Rayi. Mazhab beliau tersebar luas di kalangan penduduk Iraq, Syam, India, Mesir, China dan beberapa Negara di Asia Tengah.Di antara kitabnya adalah al-fiqh al-akbar dan al-musnad.

Imam MalikiBeliau ialah Malik bin Anas bin Abu Amir al-Asbahi, dilahirkan di Madinah al-Munauwarah pada tahun 93 hijrah. Menetap di Madinah dan tidak pernah keluar dari Madinah melainkan kerana melakukan ibadat haji. Beliau dibesarkan dalam masyarakat Islam yang penuh dengan ilmu warisan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabiin dan dididik dalam gedung ilmu, kota ilmu, dar al-hijrah, sumber sunnah, tempat rujukan ulama dan tempat lahirnya fatwa-fatwa sahabat. Di antara guru-gurunya ialah Abd al-Rahman bin Hurmuz, Muhammad bin Muslim bin Syihab Al-Zuhri dan mengambil hadith, fiqh al-athar dan fatwa sahabat.

Sesungguhnya Imam Malik terkenal sebagai salah seorang pengikut madrasah Ahli al-Hadith, kerana beliau banyak memberi penekanan kepada hadith dan merujuk kepadanya. Beliau sendiri tidak menyusun metodogi mazhabnya dalam beristinbat hukum dan kaedah-kaedah berijtihad, walaupun beliau pernah menyebut secara jelas pada setengah-setengah penulisannya dan mengisyarat sahaja pada sesetengah penulisan lain.

Di antara yang pernah disebut dengan jelas dalam kitabnya Al-Muwatta bahawa beliau mengambil pakai amalan Ahli al-Madinah dan diutamakan dari Khabar Ahad yang bercanggah dengannya.Selain itu, dasar mazhab beliau di ambil dari Al-Quran, Al-Sunnah al-Nabawiyyah, Al-Ijma, Al-Qiyas, Amal Ahli Al- Madinah, Qaul Al-Sahabi, Al-Istihsan, Sadd al-Zarai, Al-Istishab dan Al-Masalih Al-Mursalah. Mazhab beliau tersebar dengan meluas di Maghrib al-Arabi, Mesir, Sudan, Andalus dan kebanyakan Negara Islam sebelah Afrika.

Imam Syafii ( 150 204 H ).Beliau dilahirkan di Ghazza pada tahun 150 hijrah, nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Uthman bin Syafii bin al-Saib bin Ubayd bin Abu Yazid bin Hasyim bin al- Muttalib bin Abdul Manaf.Imam Syafii dibesarkan dalam keadaan yatim, bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih dalam buaian lagi. Beliau dibesarkan di Makkah dan mempelajari ilmu fiqh dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, mufti Makkah sehingga beliau diizinkan memberi fatwa ketika umurnya dalam lingkungan lima belas tahun.Kemudian beliau mengembara ke Madinah dan berguru dengan Imam Malik, mempelajari kitab Al-Muwatta dan meriwayatkannya dari Imam Malik.

Al-Syafii mempunyai peluang dan kemudahan yang banyak untuk mempelajari mazhab-maznab yang terkenal pada zamannya, mengkaji dan membuat penyelidikan yang mendalam serta perbandingan, justeru pada mulanya beliau mempelajari fiqh Makkah dari Muslim bin Khalid dan tokoh-tokoh ulama yang lain.

Beliau juga memiliki kombinasi fiqh al-Hijaz dan fiqh al-Iraq serta sempat mengarang kitab al-Hujjah atau dikenali sebagai al-Mabsut.

Pemikiran dan pandangan dalam kitab ini lebih dikenali dengan mazhab qadim. Beliau juga sempat menyempurnakan penulisan kitab al-Risalah dalam bidang metodologi hukum ( usul al-fiqh )

Imam Syafii telah merumuskan dalil-dalil hukum Syara dalam kitab al-Umm dengan katanya: Ilmu itu ada beberapa tingkatan, pertama Al-Kitab dan Al-Sunnah apabila sah sabitnya, kedua ialah Al-Ijma pada masalah yang tiada dalam kitab dan juga al-Sunnah.

Ketiga, Qaul al-Sahabi dan keempat ikhtilaf sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dalam perkara yang berkaitan dan yang terakhir ialah Qiyas ke atas sebahagian tingkatan-tingkatan itu.

Beliau wafat di Mesir pada tahun 204 hijrah dan dikebumikan di sana dan maqamnya amat terkenal di kalangan orang Mesir.

Imam Hambali ( 164 241 H ).Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal al-Syaibani al-Baghdadi. Di lahirkan di Baghdad pada bulan Rabial-Awwal tahun 164 hijrah dan wafat pada tahun 241 hijrah. Keyatiman beliau ini memberi saham kepada kekuatan jiwanya, kecerdikan akalnya dan ketinggian hikmahnya. Gurunya yang masyhur Imam al-Syafii ketika imam Syafii tiba di Baghdad. Namanya terkenal sebagi ahli dan imam al-Sunnah serta himpunan hadithnya yang terkenal dengan Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal.Beliau juga adalah guru kepada Imam Bukhari dan Imam Muslim yang menghasilkan karya hadis sahih.

Beliau membina fiqhnya di atas lima dasar :Pertama : Nas dari al-quran atau al-sunnah,apabila beliau menemui nas, beliau tidak akan berpaling kepada apa yang menyalahinya. Sunnah bagi beliau lebih besar dari pendapat-pendapat yang sering bercanggah, walaupun Sunnah itu ahad sehingga yang menyalahi Sunnah itu sendiri dari para mujtahid dan fuqaha yang agung.Hadith sahih tetap didahulukan dari amalan ahli al- Madinah, pendapat-pendapat, qiyas,qaul al-sahabi dan juga ijma.

Kedua : Fatwa sahabat yang tidak diketahui dan sahabat lain yang menyalahinya, beliau mengambil pakai fatwa ini dan tidak pula dinamakan ijma.

Ketiga : Apabila berlaku perselisihan di kalangan sahabat beliau akan memilih pendapat mana yang dikira lebih hampir kepada al-Kitab dan al-Sunnah.

Keempat : Mengambil pakai hadis mursal dan juga hadis dhaif apabila tidak ada dalil lain yang menolaknya, bahkan beliau mengutamakan hadis dhaif ke atas qiyas kerana hadith tersebut sebahagian dari hadith sahih dan bukannya hadith batil.

Kelima : Al-qiyas. Ia merupakan dasar terakhir bagi beliau,sumber ini diamalkannya ketika darurat apabila tidak ada nas dalam Al-Quran dan Al-Sunnah , fatwa sahabat, hadis mursal dan hadis dhaif.