al-bayan - siri 2 1tafsir imam ibn kathir: “yang benar bahawa yang dimaksudkan dengan al-nahr...

63
1 AL-BAYAN - SIRI 2

Upload: others

Post on 06-Sep-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1AL-BAYAN - SIRI 2

  • 2

    KETUA EDITOR Dr. Mohd Aizam bin Mas'od

    EDITOR Mohamad Razif Mohamad FuadMuhammad Farhan bin Mohd HanapiahTengku Ibrahim Helmi bin Tengku Mohammad Abdul Rahman bin Abd KodirMuhammad Luqman bin Ahmad Tarmizi Mohamad Ashraf bin Sulaiman

    JURUGAMBAR Mohd Akif bin Che Azhar

    REKABENTUK GRAFIK Yuzairy bin Mohd AyubAnas bin Ahmad Shukri

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilutrasi dan fotokopi dalam apa-apa jua bentuk dan cara sekalipun samada fotokopi, mekanikal, rakaman, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI HAL-EHWAL AGAMA.

    Diterbitkan oleh:

    PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)Aras 10, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya No.23 , Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia. Tel: 03-88707000 / 03-88707071 Emel: [email protected] Laman web: mira.gov.my/

    Dicetak oleh:

    PERCETAKAN MESBAH SDN. BHD. (819193-K)No. 11, Jalan Tun Perak 6, Taman Tun Perak, 43200 Cheras, Selangor.• Tel : 03-9105 6473 • Faks : 03-9105 6469• Emel: [email protected]

    sidangredaksi

  • 3

    kandunganu Mukadimah 3

    u Hukum Korban 4

    u Fadhilat Korban 11

    u Beberapa Isu Korban Semasa 16

    Permasalahan 1 : Hukum Korban Lembu Wagyu 16

    Permasalahan 2 : Hukum Korban Luar Negara 27

    Permasalahan 3 : Hukum Korban dengan Wang Baitul Mal 35

    Permasalahan 4 : Hukum Memberi Daging Korban kepada 40 Orang Bukan Islam

    Permasalahan 5 : Hukum Korban dengan Rusa 47

    u Adab-adab Orang yang Ingin Berkorban 50

    u SOP Ibadah Korban Dalam Tempoh PKPP 58

    u Penutup 60

    Isi

  • Menyembelih korban adalah suatu ibadah

    yang telah disyariatkan berdasarkan kepada al-

    Quran, al-Sunnah dan juga al-Ijma’. Pensyariatan ini telah berlaku sejak

    tahun ke-2 Hijriyah.

  • MUKADIMAH

    Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua.

    Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

    Beberapa hari lagi, kita akan menyambut hari raya korban. Pada hari itu, tidak ada amalan yang lebih Allah sukai daripada menyembelih haiwan korban sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT sekaligus untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

    Menyembelih korban adalah suatu ibadah yang telah disyariatkan berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma’. Pensyariatan ini telah berlaku sejak tahun ke-2 Hijriyah. Ia adalah tahun di mana turut disyariatkan solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha), dan juga tahun disyariatkan zakat harta (mal). (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 5/75 dan Fiqh al-Udhiyah, hlm. 7)

    5AL-BAYAN - SIRI 1

  • 6 AL-BAYAN - SIRI 1

    Firman Allah SWT:

    َفَصِلّ ِلَرِبَّك َواْنَحْرMaksudnya: Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai bersyukur).

    Surah al-Kauthar (2)

    Maksud ‘berkorbanlah’ di dalam ayat tersebut mengikut pendapat yang paling sahih ialah mengorbankan atau menyembelih binatang-binatang korban. Hal ini sepertimana yang disebut di dalam tafsir Imam Ibn Kathir: “Yang benar bahawa yang dimaksudkan dengan al-nahr adalah menyembelih korban, iaitu menyembelih unta dan sejenisnya.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/556)

    Justeru, dapat difahami bahawa korban merupakan salah satu sembelihan yang disyariatkan sebagai ibadah dan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

  • 7AL-BAYAN - SIRI 2

    Hukum Korban

    Berkenaan hukum melakukan ibadah korban, terdapat beberapa pandangan ulama’ dalam isu ini. Imam al-Nawawi berkata: Para ulama’ berbeza pendapat tentang kewajiban korban ke atas orang yang berkemampuan. Sebahagian besar ulama’ berpendapat bahawa korban itu sunat bagi orang yang mampu. Jika tidak melakukannya tanpa sebarang keuzuran, maka dia tidak berdosa dan tidak harus menggantikannya. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa korban itu wajib ke atas orang yang mampu. (Lihat al-Minhaj, 13/110)

    Antara ulama’ yang berpendapat wajibnya ibadah korban kepada yang mampu ialah Imam Abu Hanifah, al-Qadhi Abu Yusuf dalam salah satu pendapatnya, Rabi’ah, al-Laith bin Sa’ad, al-Auza’i, al-Thauri dan Imam Malik dalam salah satu pendapatnya. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 5/77)

    Mereka berdalilkan - antaranya - dengan sabda Nabi SAW:

    َنا ْقرََبنَّ ُمَصلَّ ، َفَل يـَ َمْن َكاَن َلُه َسَعٌة َوَلْم ُيَضحِّMaksudnya: “Barangsiapa yang memiliki kelapangan (rezeki) dan tidak melakukan ibadah korban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.”

    Riwayat Ibn Majah (3123) dan Ahmad (14/24)

  • 8 AL-BAYAN - SIRI 2

    Namun majoriti ulama’ berpendapat bahawa hukum menyembelih korban adalah sunat muakkad. Pendapat ini merupakan pendapat ulama’ Syafi’iyyah, Hanabilah, pendapat yang paling kuat daripada Imam Malik dan salah satu pendapat daripada Abu Yusuf. Ini juga merupakan pendapat Saidina Abu Bakar, Saidina 'Umar, Bilal, Abu Mas’ud al-Badri, Suwaid bin Ghafalah, Sa’id bin al-Musayyib, ‘Atho’, ‘Alqamah, al-Aswad, Ishaq, Abu Thaur dan Ibn al-Munzir. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 5/77)

    Mereka berdalilkan - antaranya - dengan sabda Nabi SAW:

    َى ِة َوَأرَاَد َأَحُدُكْم َأْن ُيَضحِّ ُتْم ِهَلَل ِذى اْلِحجَّ ِإَذا رََأيـْْلُيْمِسْك َعْن َشْعِرِه َوَأْظَفاِرِه فـَ

    Maksudnya: “Jika masuk bulan Zulhijjah dan salah seorang daripada kamu ingin menyembelih korban, maka hendaklah dia tidak memotong sedikit pun daripada rambut dan kukunya.”

    Riwayat Muslim (1977), Abu Daud (2791), al-Tirmizi (1523), al-Nasaie (4361), Ibn Majah (3150) dan Ahmad (26654)

    Berkenaan hadith ini, Imam al-Nawawi menukilkan bahawa Imam al-Syafi’i menyebut: “Dalil di atas menunjukkan bahawa hukum korban itu tidak wajib. Kerana dalam hadith digunakan lafaz (sesiapa yang mahu). Seandainya menyembelih korban itu wajib, maka cukuplah Nabi SAW menyatakan, “Maka hendaklah dia tidak memotong sedikit pun daripada rambut dan kukunya sehinggalah dia melakukan korban.” (Lihat al-Majmu’, 8/217)

    “َأرَاَد”

  • 9AL-BAYAN - SIRI 2

    Imam al-Nawawi kemudian menyebut: Menurut Mazhab Syafi’i dan mazhab majoriti ulama’, hukum korban adalah sunat muakkad bagi yang senang untuk melakukannya (mempunyai kelapangan rezeki) dan ia tidak wajib.” (Lihat al-Majmu’, 8/217) Di tempat yang lain, beliau turut menjelaskan: “Jika seseorang meninggalkannya tanpa uzur, dia tidaklah berdosa dan tidak perlu qadha' (mengganti). (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, 13/109)

    Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji pula dalam menjelaskan hal ini menyatakan: Hukum melakukan ibadah korban adalah sunat muakkad (sunat yang amat dititik beratkan). Hukumnya (boleh) menjadi wajib dengan dua sebab:

    Pertama: Apabila seseorang mengisyaratkan kepada binatang-binatang yang sesuai untuk korban kepunyaan-nya. Seperti dia menyatakan: “Ini ialah korbanku” atau “Aku akan korbankan kambing ini.” Dengan itu, dia wajib melakukannya.

    Kedua: Apabila dia mewajibkan ke atas dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan korban. Seperti dia berkata: “Wajib ke atasku korban kerana Allah SWT.” Ketika itu, korban menjadi wajib ke atasnya sebagaimana jika dia mewajibkan mana-mana ibadat lain ke atas dirinya kerana perbuatan tersebut merupakan nazar yang wajib ditunaikan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/355)

  • 10 AL-BAYAN - SIRI 2

    Sebagai kesimpulan, berdasarkan nas dan kenyataan di atas, kami cenderung kepada pendapat bahawa hukum ibadah korban adalah sunat muakkad. Ini sepertimana pandangan majoriti ulama’ termasuk mazhab Syafi’i. Meskipun begitu, sewajarnya bagi seseorang melakukan ibadah korban dan tidak meninggalkannya sekiranya berada dalam keadaan berkemampuan.

    Akhir kalam, kami nukilkan di sini kenyataan Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti: “Janganlah meninggalkan ibadah korban jika seseorang itu mampu untuk menunaikannya. Ini kerana Nabi SAW sendiri memerintahkan: “Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu dan ambillah perkara yang tidak meragukanmu.” Selayaknya bagi mereka yang mampu untuk tidak meninggalkan ibadah korban. Ini kerana dengan berkorban, ia akan lebih menenangkan hati dan melepaskan tanggungan. Wallahu a’lam. (Lihat Adhwa’ al-Bayan, 5/618)

    Syeikh Musthofa al-‘Adawi pula berkata: “Orang yang masih berada dalam fitrah yang sejahtera, tentunya ketika diberi nikmat akan dibalas dengan syukur. Maka kebaikan yang banyak, yang telah diberi ini perlulah dibalas dengan: (Dirikanlah solat kerana Rabbmu; dan lakukanlah korban). (Lihat Tafsir Juz ‘Amma, Musthofa al-‘Adawi, hlm. 293)

    “َفَصلِّ ِلرَبَِّك َواْنَحْر”

  • 11AL-BAYAN - SIRI 2

    Fadhilat Korban

    Ibadah korban termasuk dalam syiar-syiar agama Allah yang sewajarnya dibesarkan dan diagungkan. Firman Allah SWT:ـِه َلُكْم ِفيَها َخْيٌر ۖ ن َشَعاِئِر اللَّ َواْلُبْدَن َجَعْلَناَها َلُكم ِمّـِه َعَلْيَها َصَوافَّ ۖ َفِإَذا َوَجَبْت ُجُنوُبَها َفاْذُكُروا اْسَم اللَّْرَناَها ۖ َكَذِلَك َسخَّ َفُكُلوا ِمْنَها َوَأْطِعُموا اْلَقاِنَع َواْلُْعَترَّ

    ُكْم َتْشُكُروَن َلُكْم َلَعلَّMaksudnya: “Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian daripada syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

    (Surah al-Hajj: 36)

    Ayat ini jelas menunjukkan bahawa mereka yang melakukan sembelihan korban dan memilih binatang besar lagi gemuk sudah pasti termasuk dalam golongan yang membesarkan syiar Allah SWT. Syeikh Wahbah al-Zuhaili berkata: "Ia sebagai tanda dan lambang kebesaran agama Allah dengan melaksanakan ibadat korban

  • 12 AL-BAYAN - SIRI 2

    tersebut. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 17/296)

    Sebenarnya terlalu banyak kelebihan berkorban. Antara yang jelas dan nyata adalah mendapat pahala di sisi Allah SWT dan juga boleh mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama Islam dan pertolongan.

    Selain itu, terdapat beberapa buah hadith yang membicarakan tentang keutamaan melaksanakan ibadat korban. Antaranya:

    Pertama: Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda:

    ْوَم النَّْحِر َأَحبَّ ِإَلى اللَِّه ِمْن َما َعِمَل آَدِميٌّ ِمْن َعَمٍل يـَْوَم الِقَياَمِة ِبُقُروِنَها َوَأْشَعاِرَها َلَيْأِتي يـَ ِم، ِإنَُّه ِإْهَراِق الدََّقَع ْبَل َأْن يـَ َقُع ِمَن اللَِّه ِبَمَكاٍن قـَ َم َليـَ َوَأْظَلِفَها، َوَأنَّ الدَّ

    ْفًسا ِمَن اأَلْرِض، َفِطيُبوا ِبَها نـَMaksudnya: “Tidaklah pada hari Nahar (Aidil Adha) manusia beramal suatu amalan yang lebih dicintai oleh Allah daripada mengalirkan darah daripada haiwan korban. Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduk, bulu dan kuku haiwan korban itu. Dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum titisan darah itu jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

    Riwayat al-Tirmizi (1493), Ibn Majah (3126), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (19015); Syu’ab al-Iman (7333) dan Ibn Hibban dalam al-Majruhin (2/411). Imam al-Tirmizi menghukumkan hadith ini sebagai hasan gharib.

  • 13AL-BAYAN - SIRI 2

    Hadith ini menunjukkan ibadah yang paling afdhal untuk dilaksanakan pada hari raya Aidiladha adalah dengan mengalirkan darah haiwan korban. Ini kerana, ia akan datang pada hari akhirat sepertimana ia di dunia tanpa terdapat kekurangan padanya agar setiap daripada anggota itu terdapat padanya ganjaran (pahala) dan ia juga akan menjadi tunggangan orang yang berkorban itu ketika melintasi titian sirat. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 5/61)

    Status hadith ini menjadi perselisihan dalam kalangan ulama’ kerana ada yang melihat hadith ini sebagai dhaif dan sebagainya. Akan tetapi, al-Mubarakfuri menilai hadith ini sebagai hasan sebagaimana yang dinyatakan ketika mensyarahkan hadith ini.

    Ayat ini jelas menunjukkan bahawa

    mereka yang melakukan sembelihan korban

    dan memilih binatang besar lagi gemuk

    sudah pasti termasuk dalam golongan yang

    membesarkan syiar Allah SWT.

  • 14 AL-BAYAN - SIRI 1

    Kedua: Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Imran R.A, bahawa Nabi SAW bersabda kepada puterinya, Fatimah R.Anha:

    َتِك، َفِإنَُّه ُيْغَفُر َلِك ِبُكلِّ َيا َفاِطَمُة قْوِمي َفاْشَهدِي ُأْضِحيََّقْطَرٍة ِمْن َدِمَها ُكلُّ َذْنٍب َعِمْلِتيِه، َوُقوِلي: ِإنَّ َصَلِتي ِ َربِّ اْلَعاَلنَِي، َل َشِريَك َلُه، َوُنُسِكي َوَمْحَياَي َوَمَاِتي ِلََّيا َفَقاَل ِعْمَراُن: اْلُْسِلِمنَي، ُل َأوَّ َوَأَنا ُأِمْرُت َوِبَذِلَك ًة، َفَأْهُل َذِلَك ْهِل َبْيِتَك َخاصَّ ِ، َهَذا َلَك َوِلَ َرُسوَل الًَّة ًة؟ َقاَل: َبْل ِلْلُمْسِلِمنَي َعامَّ َأْنُتْم، َأْم ِلْلُمْسِلِمنَي َعامَّ

    Maksudnya: “Wahai Fatimah, bangunlah dan lihatlah korbanmu. Sesungguhnya ia mengampunkanmu kerana setiap titis daripada darahnya mewakili setiap dosa yang kamu lakukan. Katakanlah: “Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal (berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya).” Lalu 'Imran bertanya: “Wahai Rasulullah, ini khusus hanya untuk kamu dan ahli keluarga kamu sahajakah – kerana ahli dalam perkara ini adalah kamu (keluarga Rasulullah SAW) – atau ia juga untuk umat Islam keseluruhannya?” Rasulullah SAW menjawab: “Bahkan, ia untuk umat Islam keseluruhannya.”

    Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (3/247); al-Mu’jam al-Kabir (18/200) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (5/239). Ibn al-Mulaqqin menghukumkan hadith ini sebagai dhaif.

  • 15AL-BAYAN - SIRI 2

    Berdasarkan hadith di atas, kita dapat memahami bahawa antara kelebihan orang yang melaksanakan ibadah korban adalah dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT sehingga diumpamakan dosa dengan setiap titisan darah yang mengalir keluar daripada binatang korban tersebut.

    Ketiga: Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

    ُر، َراِئُض ، َوُهنَّ َلُكْم َتَطوٌُّع : اْلَوتـْ َثَلٌث ُهنَّ َعَليَّ فـََحى َوالنَّْحُر، َوَصَلُة الضُّ

    Maksudnya: “Ada tiga perkara yang hukumnya wajib ke atasku dan sunat (sukarela) bagi kamu: (Iaitu) solat Witir, sembelihan (ibadat korban) dan solat Dhuha.”

    Riwayat Ahmad (2050) dan al-Daraqutni (2/21), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Sughra (1406) dan al-Sunan al-Kubra (4635). Syeikh Syu’aib al-Arna’out menghukumkan hadith ini sebagai dha’if.

  • 16 AL-BAYAN - SIRI 2

    Justeru, berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, amat digalakkan untuk kita melakukan ibadah korban. Selain itu, ia juga merupakan suatu perbuatan taqarrub yang ditentukan waktunya, dengan menyebut Hari Raya Korban.

    Akhir kalam, mudah-mudahan Allah SWT memurahkan rezeki kita agar kita dapat melaksanakan ibadah korban ini pada setiap kali tibanya hari raya Aidiladha. Amin.

    Beberapa Isu Korban Semasa

    Kami sertakan juga di sini beberapa isu-isu dan permasalahan yang timbul berkaitan ibadah korban semasa. Ia adalah berdasarkan soalan-soalan yang telah diajukan kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung seiring dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha yang hampir tiba. Antaranya:

    Permasalahan 1: Hukum Korban Lembu Wagyu

    Pada hari Sabtu, 4 Julai 2020, semasa menyampaikan agihan daging anjuran Mitron Group Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, saya telah ditanya berkenaan

  • 17AL-BAYAN - SIRI 2

    pelaksanaan ibadah korban dengan menggunakan lembu Wagyu. Saya menjawab bahawa hukumnya harus dan dibolehkan jika menepati kesemua syarat-syaratnya.

    Walaupun begitu, saya kemudiannya merasa terpanggil untuk memperincikan jawapan yang diberikan tersebut di dalam ruangan al-Bayan. Hal ini supaya ia dapat menambah kefahaman kita agar menjadi lebih jelas dan dalam masa yang sama dapat memahami realiti dan waqi’ semasa ketika ini di Malaysia.

    Seperti yang saya nyatakan: Allah SWT telah mensyariatkan ibadah korban kepada golongan yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Firman Allah SWT:

    َفَصلِّ ِلَربَِّك َواْنَحْرMaksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).

    Surah al-Kauthar (2)

    Antara tafsiran ayat ini adalah: “Lakukanlah korban pada hari raya Aidil Adha (yaum al- nahr)”. Tafsiran ini diriwayatkan daripada ‘Ali bin Abu Talhah daripada Ibn ‘Abbas. Ia juga merupakan pendapat ‘Atho’, Mujahid dan jumhur (majoriti) ulama'. (Lihat Zad al-Masir, 9/249)

  • 18 AL-BAYAN - SIRI 2

    Al-Maraghi berkata: "Sembelihlah haiwan korbanmu serta apa yang menjadi ibadatmu semata-mata kerana Allah. Ini disebabkan Dia yang memelihara kamu, menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, bukan selain-Nya." (Lihat Tafsir al-Maraghi, 15/7722)

    Manakala dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Anas Ibn Malik R.A, katanya:

    ي ِبَكْبَشْيِن َوَأَنا َكاَن النَِّبيُّ َصلَّى اللَُّه َعَلْيِه َوَسلََّم ُيَضحِّي ِبَكْبَشْيِن ُأَضحِّ

    Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi SAW melaksanakan korban dengan dua ekor kibas dan aku sendiri (Anas RA) juga melaksanakan korban dengan dua ekor kibas.”

    Riwayat al-Bukhari (5233)

    Udhiyah menurut istilah syarak adalah sesuatu yang disembelih dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT pada hari nahr (Aidil Adha) dengan syarat- syarat yang khusus. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 5/74)

    Hukum melaksanakan ibadah korban bagi mazhab Syafi’i ialah sunat muakkad. Ini kerana ia merupakan syiar Islam yang wajib ke atas orang muslim yang berkemampuan demi menjaga syiar tersebut. (Lihat al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafi'i, 2/478)

  • 19AL-BAYAN - SIRI 2

    Takrif Lembu Wagyu

    Istilah Wagyu berasal daripada dua perkataan iaitu “Wa” bermakna Jepun dan “gyu” bermakna “daging lembu.” Justeru secara ringkasnya daging Wagyu bermaksud daging lembu Jepun. Di Jepun, terdapat empat jenis baka lembu yang menghasilkan daging wagyu iaitu Japanese Black, Japanese Brown, Japanese Shorthorn dan Japanese Polled. Salah satu jenis wagyu yang paling mahal adalah daging Kobe. Ia merujuk kepada daging lembu Jepun yang datang dari wilayah Hyogo yang mana ibu negerinya adalah Kobe. Daging jenis ini berasal daripada baka lembu Japanese Black, dilahirkan dan dibesarkan di wilayah Hyogo, Jepun.

    Untuk layak mendapat label Wagyu, lembu-lembu tersebut perlu dibesarkan dan diberikan makanan berdasarkan garis-garis panduan terperinci. Mana-mana lembu yang sudah bersedia untuk diproses akan dipastikan mempunyai berat keseluruhan 780 hingga 800 kg dengan berat rangkanya selepas dilapah, kurang daripada 470kg. Setelah dilapah, daging yang ada akan digredkan mengikut tahap kualiti kandungan lemak itu. Ada empat kategori diambil kira iaitu tahap lemak, warna, kepejalan dan kualiti lemak dalam daging itu. Semua daging akan diberikan gred A, B dan C, dengan

    markah 1 ke 5 akan menentukan tahap kualiti daging itu mengikut gred.

    Selain itu, semua daging turut dinilai dengan tahap yang

    digelar 'Beef Marbling

    • Daging wagyu yang berkualiti.

  • 20 AL-BAYAN - SIRI 2

    Score' (BMS), yang akan menentukan tahap kecairan daging itu ketika dimakan, dengan skor 1 hingga 12. Kebanyakan daging Wagyu mempunyai pencapaian sekitar A4 - A5.1

    Kami difahamkan, harga satu bahagian korban dengan lembu wagyu ini boleh mencecah sehingga RM30,000. Lembu wagyu tersebut adalah daging bergred A5 dan berat hidup sekitar 800kg. Manakala setiap peserta akan menerima 50 kg daging apabila selesai proses sembelihan.2 Justeru, setiap peserta akan membayar harga sebanyak RM600 bagi 1 kilogram daging wagyu.

    Ibadah Korban dengan Lembu Wagyu

    Pada asasnya, ibadah korban dengan lembu wagyu adalah tidak menjadi masalah. Ini dalam keadaan sekiranya individu itu benar-benar berkemampuan. Seseorang itu dibolehkan untuk melakukan ibadah korban dengan unta, lembu wagyu dan sebagainya, tetapi ia dengan syarat mestilah berkemampuan, dan tidak sampai pada tahap berhutang.

    1. Lihat Daging Wagyu - Warisan Jepun yang sangat mahal harganya oleh Namri Sidek. Lihat juga A bluffer’s guide to Wagyu beef: Why is it so expensive? And how do you choose good meat? oleh May Chong. Diterbitkan pada 28 Oktober 2017. [metro.co.uk/2017/10/28/a-bluffers-guide-to-wagyu-beef-why-is-it-so-expensive-and-how-do-you-choose-good-meat-7027611/]

    2. Lihat Korban Lembu Wagyu RM29,999 Satu Bahagian oleh Farhana Joni di portal Astro Awani. Diterbitkan pada Jun 29, 2020. [http://www.astroawani.com/berita-malaysia/korban-lembu-wagyu- rm29-999-satu-bahagian-249107]

  • 21AL-BAYAN - SIRI 2

    Sesungguhnya, Islam amat menggalakkan penggunaan haiwan yang terbaik dan sihat dalam melakukan ibadah korban.

    Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, beliau berkata:

    ِبيُّ صلى ال عليه وسلم ِبَكْبَشنْيِ َأْمَلَحنْيِ ى النَّ َضحََّر َوَوَضَع ِرْجَلُه ى َوَكبَّ ، َذَبَحُهَما ِبَيِدِه، َوَسمَّ َأْقَرَننْيِ

    َعَلى ِصَفاِحِهَماMaksudnya: "Nabi SAW menyembelih dua ekor kibas yang berwarna putih dan terbaik, yang bertanduk besar sebagai korban dengan tangannya sendiri sambil menyebut nama Allah dan bertakbir, serta Baginda meletakkan kakinya di tengkuk kibas tersebut.”

    Riwayat al-Bukhari (5565) dan Muslim (1966)

    Dalam menjelaskan maksud , Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut: Perkataan amlah ( ) bermaksud yang berwarna hitam dan putih, tetapi warna putihnya lebih banyak, dan kadang-kala disebut aghbar. Demikian menurut al-Asma’i. Al-Khattabi pula menambah: “Ia adalah yang berwarna putih dan terdapat warna hitam di sela-sela bulunya.” Ada pula yang berpendapat bahawa ia adalah yang berwarna putih bersih, sepertimana pendapat Ibn al-A’rabi. Pendapat ini dijadikan dalil ulama mazhab Syafi'i yang mengutamakan haiwan putih untuk dijadikan korban. Menurut sebahagian ulama’ lain, ia adalah yang banyak warna merahnya.

    “َأْمَلَحْيِن” َأْمَلح

  • 22 AL-BAYAN - SIRI 1

    Al-Hafiz Ibn Hajar kemudian menjelaskan: Berlaku perbezaan berkenaan sebab pemilihan sifat amlah ( ) untuk haiwan korban. Dikatakan ia kerana bagus penampilannya atau kerana banyak lemak dan dagingnya. Hal ini dijadikan dalil oleh mereka yang mengutamakan kuantiti (daging) dalam berkorban. Atas dasar itu, para ulama mazhab Syafi’i berkata: “Sesungguhnya melakukan korban dengan tujuh ekor kambing lebih utama daripada seekor unta, kerana darah yang ditumpahkan lebih banyak, dan pahalanya bertambah sesuai dengan jumlahnya. Barangsiapa yang ingin melakukan korban lebih daripada seekor, hendaklah dia menyegerakannya.” (Lihat Fath al-Bari, 27/225)

    Al-Mawardi berkata, apabila bagusnya fizikal dan baiknya daging telah berkumpul, maka ia lebih utama. Jika tidak, maka yang lebih diutamakan adalah yang bagus dagingnya daripada sekadar penampilan luarannya. (Lihat Fath al-Bari, 27/225)

    Di dalam kitab al-Fatawa al-Kubra, turut dijelaskan berkenaan kelebihan pemilihan haiwan korban yang terbaik. Disebut:

    ِة َعَلى َقْدِر الِقْيَمِة ُمْطَلًقا َواَلْجُر ِفي اُلْضِحيَّMaksudnya: "Pahala korban (udhiyah) dilihat dari sudut semakin berharganya haiwan yang dikorbankan.” (Lihat Fatawa al-Kubra, 5/384).

    Justeru, dapat difahami di sini bahawa semakin berharga haiwan korban yang dipilih, semakin besar pahala yang diperolehi.

    َأْمَلح

  • 23AL-BAYAN - SIRI 2

    Berdasarkan pendapat al-Mawardi dan juga pengarang al-Fatawa menunjukkan bahawa tiga keutamaan menjadikan sesuatu binatang korban itu lebih afdhal iaitu: Semakin berharga (mahal), semakin baik fizikalnya dan juga dagingnya. Justeru, korban dengan lembu Wagyu adalah lebih baik. Walaupun begitu, syarat kemampuan dan niat yang ikhlas untuk sedekah dan melaksanakan perintah Tuhan menjadikan ia adalah sebaik-sebaiknya dalam melaksanakan ibadat Korban.

    Rasulullah SAW sendiri memilih haiwan korban yang terbaik semampu Baginda. Baginda memilih haiwan yang terbaik dalam rangka pengagungan kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

    Apabila bagusnya fizikal dan baiknya daging telah berkumpul, maka ia lebih utama. Jika tidak, maka yang lebih diutamakan adalah yang bagus

    dagingnya daripada sekadar penampilan luarannya.

  • 24 AL-BAYAN - SIRI 2

    ْقَوى اْلُقُلوِب َها ِمن تـَ ْم َشَعاِئَر اللَّـِه َفِإنـَّ َعظِّ ِلَك َوَمن يـُ ذَٰMaksudnya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.

    Surah al-Hajj (32)

    Ibn ‘Abbas R.Anhuma dalam menjelaskan ayat ini menyebut:

    ْعِظيمَها : ِاْسِتْسَمانَها َواْسِتْحَسانَها تـَMaksudnya: “Mengagungkan syiar Allah (haiwan korban) adalah menggemukkannya dan membaguskannya.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 10/53)

    Ayat ini dengan tafsiran Ibn 'Abbas di atas, jelas menggalakkan umat Islam untuk memilih lembu atau binatang korban yang gemuk dan yang paling baik.

    Abu Umamah bin Sahl R.A pula berkata:

    ُنوَن ُن اأْلُْضِحيََّة ِباْلَمِديَنِة وََكاَن اْلُمْسِلُموَن ُيَسمِّ ُكنَّا ُنَسمِّMaksudnya: “Kami biasanya menggemukkan haiwan korban di Madinah. Kaum muslimin biasanya menggemukkan haiwan korban.” (Lihat Fath al-Bari, 10/12)

  • 25AL-BAYAN - SIRI 2

    Inilah yang dilakukan oleh generasi Sahabat ketika mahu melaksanakan ibadat korban. Hal seperti ini banyak dilakukan oleh penternak lembu sebelum menjelangnya ibadat korban di kampung-kampung.

    Konsep Korban Mengikut Keutamaan

    Namun dalam situasi semasa yang melanda iaitu dalam keadaan pandemik wabak Covid-19 yang merebak, maka ia perlulah diteliti dengan sebaiknya. Jika dilihat, dengan nilai RM30,000 itu, sekiranya dihitung menggunakan jumlah nilai semasa lembu iaitu lebih kurang RM5000 bagi seekor lembu, maka kita dapat memperolehi sekitar 6 ekor lembu. Daripada jumlah 6 ekor lembu ini, sudah tentu ia dapat memberikan manfaat yang lebih besar dan ramai orang miskin akan dapat merasainya.

    Justeru, kami katakan, tidak salah untuk melakukan ibadah korban dengan lembu Wagyu tersebut. Tetapi dari sudut perolehan manfaat yang lebih ramai dan besar, maka sudah tentu melakukan ibadah korban dengan lembu biasa tersebut adalah lebih utama dalam situasi seperti ini.

    Mengikut pengamatan kami, terlalu ramai individu yang memerlukan bantuan terutamanya untuk merasai daging yang nilainya sekarang ini melebihi RM30 sekilo. Justeru, sekali lagi kami tegaskan bahawa lebih aula (utama) dari sudut Fiqh Aulawiyyatnya3

    3. Dr. Yusuf al-Qaradawi mendefinisikan Fiqh al-Awlawiyyat sebagai: “Menetapkan sesuatu pada martabatnya, tidak mengkemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang berhak dikemudiankan, tidak mengecilkan perkara yang besar atau membesarkan perkara yang kecil.” (Lihat Fi Fiqh al-Awlawiyyat, hlm. 9)

  • 26 AL-BAYAN - SIRI 1

    Antara dalilnya adalah, firman Allah SWT:

    ْوِم اْلِخِر َوَجاَهَد ِفي َسِبيِل َأَجَعْلُتْم ِسَقاَيَة اْلَحاجِّ َوِعَمارََة اْلَمْسِجِد اْلَحرَاِم َكَمْن آَمَن ِباللَّـِه َواْليـَاِلِميَن ﴿١٩﴾ الَِّذيَن آَمُنوا َوَهاَجُروا ْهِدي اْلَقْوَم الظَّ ُووَن ِعنَد اللَّـِه ۗ َواللَّـُه َل يـَ اللَّـِه ۚ َل َيْستـَ

    َوَجاَهُدوا ِفي َسِبيِل اللَّـِه ِبَأْمَواِلِهْم َوَأنُفِسِهْم َأْعَظُم َدرََجًة ِعنَد اللَّـِه ۚ َوُأولَـِٰئَك ُهُم اْلَفاِئُزوَنMaksudnya: Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (19) (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.

    Surah al-Taubah (19-20)

    Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah SAW:

    ْوُل َل ِإَلَه ِإلَّ اللَُّه َوَأْدَناَها ِإَماَطُة ُعوَن َأْو ِبْضٌع َوِستُّوَن ُشْعَبًة َفَأْفَضُلَها قـَ اإِليَماُن ِبْضٌع َوَسبـْرِيِق َواْلَحَياُء ُشْعَبٌة ِمَن اإِليَماِن اأَلَذى َعِن الطَّ

    Maksudnya: Iman itu mempunyai 70 lebih atau 60 lebih cabang iman. Yang paling afdhalnya ialah ucapan “ ” dan paling rendahnya membuang apa yang menyakitkan daripada jalan. Dan malu itu sebahagian daripada iman.

    Riwayat Muslim (162)

    untuk memberi makan seramai mungkin kepada golongan asnaf dan yang memerlukan. Dengan cara ini, jelas kita akan dapat membantu golongan masyarakat dalam bilangan yang lebih ramai. Faedah merasa daging lembu dan korban juga dapat dikongsi bersama dengan lebih meluas.

    Semoga pencerahan ini menjadikan kita sentiasa peka dalam isu agama terutamanya dalam melaksanakan ibadat kepada Allah seperti berkorban. Kami akhiri dengan pesanan daripada Allah kepada Nabi-Nya SAW:

    َل ِإَلَه ِإلَّ اللَّه

  • 27AL-BAYAN - SIRI 2

    ُقْل ِإنَّ َصَلِتي َوُنُسِكي َوَمْحَياَي َوَمَماِتي ِللَّـِه َربِّ اْلَعاَلِميَنMaksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

    Surah al-An’am (162)

    Permasalahan 2: Hukum Korban Luar Negara

    Pada asalnya, ibadat korban dilakukan di tempat masing-masing dan di kampung masing-masing. Ini sudah menjadi tradisi sejak turun temurun yang diwarisi oleh masyarakat Islam Malaysia.

    Tatkala kita mendengar negara yang memerlukan bantuan dan dilanda kemiskinan jauh lebih teruk daripada kita, maka datangnya perasaan untuk memberi bantuan dan melakukan korban ke tempat

  • 28 AL-BAYAN - SIRI 1

    umat Islam yang memerlukan di negara-negara yang dilanda peperangan atau ekonominya tidak baik. Dalam hal ini, kami akan kemukakan di sini beberapa pandangan.

    Secara asasnya, sembelihan haiwan korban itu sunat dilakukan oleh orang yang berkorban dengan tangan sendiri. Perkara ini disepakati paling afdhal kerana ia adalah suatu ibadah selain ia juga Sunnah Nabi SAW di mana Baginda selalu menyembelih sendiri haiwan korbannya. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, katanya:

    ْيِن، رَنـَ ى النَِّبيُّ صلى اهلل عليه وسلم ِبَكْبَشْيِن َأْمَلَحْيِن َأقـْ َضحََّر َوَوَضَع ِرْجَلُه َعَلى ِصَفاِحِهَما َذَبَحُهَما ِبَيِدِه، َوَسمَّى وََكبـَّ

    Maksudnya: "Nabi SAW menyembelih dua ekor kibas yang berwarna putih dan terbaik, yang bertanduk besar sebagai korban dengan tangannya sendiri sambil menyebut nama Allah dan bertakbir, serta Baginda meletakkan kakinya di tengkuk kibas tersebut.”

    Riwayat al-Bukhari (5565) dan Muslim (1966)

    Namun, jika tidak dapat berbuat demikian kerana uzur dan sebagainya, maka sunat bagi orang yang berkorban untuk pergi menghadiri majlis penyembelihan bagi menyaksikan upacara

    Justeru tidak pelik para sahabat sentiasa bersungguh-sungguh bertanyakan kepada Rasulullah SAW untuk mengetahui amalan yang paling baik agar mereka dapat mendekatkan diri kepada Allah. Perkara ini dapat kita lihat dalam banyak hadith berkenaan dengan seafdhal, sebaik-baik, semulia-mulia dan ibarat yang seumpamanya.

  • 29AL-BAYAN - SIRI 2

    tersebut. Hal ini berdasarkan hadith di mana Rasulullah SAW menyuruh Fatimah untuk menyaksikan sembelihan haiwan korbannya. Sabda Nabi SAW kepada kepada Fatimah:

    ْغَفُر َلِك ِبُكلِّ ْوِمي َفاْشَهدِي ُأْضِحيََّتِك، َفِإنَُّه يـُ َيا َفاِطَمُة قـَُقْطَرٍة ِمْن َدِمَها ُكلُّ َذْنٍب َعِمْلِتيِه

    Maksudnya: "Wahai Fatimah, bangunlah dan lihatlah korbanmu. Sesungguhnya ia mengampunkanmu kerana setiap titis daripada darahnya mewakili setiap dosa yang kamu lakukan.”

    Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (3/247); al-Mu’jam al-Kabir (18/200) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (5/239). Ibn al-Mulaqqin menghukumkan hadith ini sebagai dhaif.

    Dari situ, pelaksanaan ibadah korban yang dilakukan lebih dapat dirasai dan dijiwai secara langsung dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah sehingga lebih berbekas kesan ibadah tersebut. Tambahan pula, ia adalah daripada syiar Islam yang besar.

    Selain itu, terdapat juga ayat al-Quran yang jelas menyatakan bahawa anjuran bagi orang yang melakukan korban untuk makan sebahagian daripada daging korbannya. Sekiranya korban tersebut dilakukan di luar negara atau daerah, maka akan terluputlah sunnah memakan daging korban itu. Allah SWT berfirman:

  • َها َوَأْطِعُموا اْلَباِئَس اْلَفِقيَر َفُكُلوا ِمنـْMaksudnya: "Maka makanlah kamu daripada (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”

    Surah al-Hajj (29)

    Justeru, secara umumnya, ibadah korban adalah lebih baik untuk dilakukan di tempat kita berada dan mencari kehidupan.

    Dalam isu berkorban di luar negara ini, terdapat perbezaan pandangan ulama’ berkenaan dengannya. Perbezaan-perbezaan pendapat ini diringkaskan oleh Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili di dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (4/282) seperti berikut:

    30 AL-BAYAN - SIRI 1

  • 31AL-BAYAN - SIRI 2

    • Mazhab Hanafi: Makruh hukumnya mengagihkan haiwan sembelihan ke luar negara, kecuali jika se-seorang mengirim kepada kerabatnya, atau kepada sekelompok komuniti yang sangat memerlukan ber-banding orang yang tinggal di negara itu.

    • Mazhab Maliki: Tidak boleh mengirimkannya ke daerah yang melebihi batas diperbolehkan mengqasar solat. Ini melainkan sekiranya penduduk daerah tersebut sangat memerlukan daripada penduduk daerah atau negara yang melakukan korban, maka wajib mengirimkan haiwan korban ke daerah atau negara yang memerlukan tersebut lebih banyak, dan menyisakan sedikit bagi penduduk negara atau daerah yang memerlukan korban.

    • Mazhab Hanbali dan Mazhab al-Syafi’i: Mereka berpendapat yang sama dengan pendapat al-Malikiyyah iaitu dibolehkan mengirimkannya ke negara atau daerah yang jaraknya kurang daripada jarak diharuskan mengqasar solat, dari negara yang terdapat harta atau haiwan korban. Namun terdapat ulama’ yang mengharamkan perbuatan mengirimkan binatang sembelihan sebagaimana zakat ke negara yang jaraknya sepadan dengan jarak diperbolehkannya mengqasar solat atau melampaui batas tersebut..” (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/282)

  • 32 AL-BAYAN - SIRI 2

    Di dalam kitab al-Majmu’, Imam al-Nawawi turut menyebut dua pendapat berkenaan isu ini. Beliau berkata, sebaiknya korban tersebut dilaksanakan di tempat sendiri4. Imam al-Mawardi pula dalam kitabnya menyatakan bahawa tiada halangan untuk dipindahkan haiwan korban ini.5

    Imam al-Ramli pula selepas mengambilkira qiyas kepada haramnya memindahkan zakat lebih daripada jarak musafir, maka beliau mengemukakan pendapat dengan tidak mengharuskannya. Imam al-Khatib al-Syarbini turut menyatakan ketidakharusan ini di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj. Katanya: “Tidak boleh memindahkan korban daripada negerinya sepertimana memindahkan zakat ... kerana harapan orang-orang miskin terpaut dengan daging korban ini.”

    Meneliti beberapa pandangan daripada badan Fatwa dan ulama’ kontemporari, terdapat pendapat yang menyebut berkenaan keharusan memindahkan ke negara yang mana wujudnya ramai pihak yang lebih memerlukan. Antaranya Syeikh Muhammad bin Muhammad bin al-Mukhtar al-Syanqiti yang berpendapat bahawa ibadah korban di luar Negara adalah sah dan pelakunya akan mendapat pahala melakukan ibadah korban. Akan tetapi, melakukan ibadah ini di kawasan tempat tinggalnya adalah lebih afdhal. Namun, sekiranya ibadah korban ini dilakukan di kawasan kediamannya dan dilakukan juga di luar negara yang berdepan dengan kesukaran, maka itu adalah lebih baik.6

    4. Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 8/425.5. Lihat al-Hawi al-Kabir, 15/75.6. Lihat Ikhraj al-Udhiyah Kharij al-Bilad li Syiddah al-Hajah. Diterbitkan pada 2 Disember 2006. [http://ar.islamway.com/fatwa/5759].

  • 33AL-BAYAN - SIRI 2

    7. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 November 2004 telah membincangkan Hukum Wakalah Dan Beberapa Perkara Berbangkit Dalam Ibadat Korban. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    1. Hukum asal wakalah adalah harus. 2. Harus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain dengan keizinan muwakkil.3. Harus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain sekiranya tidak mampu atau tidak layak

    melakukan sendiri perkara yang diwakilkan tersebut.4. Harus mengagihkan daging korban ke tempat atau negara lain.

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 Nov 2004 turut memutuskan bahawa hukumnya harus untuk mengagihkan daging korban ke tempat atau negara lain. (Lihat Kompilasi Muzakarah MKI 2016, hlm. 44)7

    Justeru, berdasarkan nas dan beberapa kenyataan di atas, dapat difahami bahawa hukum melaksanakan ibadah korban ke luar negara secara wakil adalah harus dan sah. Namun, melakukan di tempat sendiri adalah yang terbaik dan tiada khilaf.

  • 34 AL-BAYAN - SIRI 2

    8. Dicatatkan terdapat seramai 4 juta pelarian yang berada di kem pelarian Turki, menjadikannya sebagai kem pelarian terbesar di dunia. Daripada jumlah itu, sebanyak 3.6 juta orang merupakan pelarian dari negara Syria manakala baki 400,000 yang lain adalah jumlah pelarian dari negara-negara lain. [Lihat UNHCR Turkey - Fact Sheet October 2019. Diterbitkan pada 31 Oktober 2019. Pautan: reliefweb.int/report/turkey/unhcr-turkey-fact-sheet-october-2019]9. Sehingga tahun 2019, jumlah pelarian yang didaftarkan di Jordan telah mencecah seramai 744,795 orang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 655,000 adalah dari Syria, 67,000 dari Iraq, 15,000 dari Yaman, 6000 dari Sudan, 2500 adalah dari 52 negara lain. (Lihat UNHCR continues to support refugees in Jordan throughout 2019. Diterbitkan 31 Disember 2019. Pautan: www.unhcr.org/jo/12449-unhcr-continues-to-support-refugees-in-jordan-throughout-2019.html]

    Kesimpulan

    Kami berpendapat, di tempat yang amat memerlukan seperti Palestin dan kem-kem pelarian seperti sempadan Turki8 dan Jordan9 , maka korban di negara tersebut adalah digalakkan bagi meringankan krisis makanan dan kebuluran yang sentiasa mencabar kehidupan harian mereka.

    Adapun negara yang sekadar miskin dan tidaklah sesusah mana, maka korban di tempat sendiri adalah lebih afdhal kerana suasana yang melanda Malaysia sekarang ini memerlukan sejumlah bantuan daging kepada penduduk-penduduk khususnya di kampung mahu-pun di bandar untuk sama-sama merasa dan mengecap daging korban bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha.

  • 35AL-BAYAN - SIRI 2

    Permasalahan 3: Hukum Korban dengan Wang Baitul Mal

    Antara isu lain yang turut ditanyakan kepada kami adalah, apakah dibolehkan bagi Majlis Agama Islam ataupun pihak Baitulmal memberikan sumbangan berbentuk haiwan korban kepada penduduk sesebuah kawasan untuk dikorbankan?

    Pada asasnya, ibadah korban boleh dilakukan dengan diniatkan untuk seseorang dan menyertakan mereka di dalam niat bagi memperolehi ganjaran pahala. Ini berdasarkan sebuah hadith yang menyatakan bahawa ketika Nabi SAW menyembelih haiwan korban, baginda mengucapkan:

    ٍد ٍد َوِمْن ُأّمِة ُمَحمَّ ٍد َوآِل ُمَحمَّ َقبَّْل ِمْن ُمَحمَّ ِبْسِم َاللَِّه َاللَُّهمَّ تـَMaksudnya: "Dengan nama Allah. Ya Allah, terimalah korban ini daripada Muhammad, keluarga Muhammad, dan umat Muhammad.”

    Riwayat Muslim (1967)

    Dalam menjelaskan hadith ini, Imam al-Nawawi berkata: "Hadith ini merupakan dalil bagi mereka yang membolehkan korban diniatkan untuk seseorang dan keluarganya, serta keikutsertaan mereka dalam mendapatkan pahala. Inilah mazhab kami dan mazhab Jumhur ulama'. Sedangkan al-Thauri memakruhkannya. Demikian juga Abu Hanifah dan ashabnya." (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, 9/125)

  • 36 AL-BAYAN - SIRI 2

    Dalam isu ini, adalah sunat bagi pemerintah melakukan korban untuk umat Islam. Hal ini sepertimana dijelaskan oleh al-Khatib al-Syarbini yang menyebut: “Disunatkan untuk pemerintah melakukan ibadah korban dari harta baitulmal ke atas orang Islam dengan seekor lembu di musolla (tanah lapang) dan hendaklah dia (pemerintah) sendiri yang menyembelihnya. Sekiranya sukar untuk mendapatkan seekor lembu, maka memadai dengan seekor kambing bagi tujuan ittiba’ (mengikut sunnah).” (Lihat Mughni al-Muhtaj, 6/125)

    Hal ini juga sepertimana ditegaskan oleh pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji yang menyatakan: Disunatkan untuk hakim atau pemerintah kaum muslimin melakukan ibadah korban ke atas mereka dengan menggunakan harta baitulmal. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafie, 1/236)

    Disunatkan untuk pemerintah melakukan ibadah korban daripada harta baitulmal ke atas

    orang Islam.

  • 37AL-BAYAN - SIRI 2

    Meneliti pendapat badan fatwa semasa, Dar al-Ifta’ Jordan menerusi Samahah al-Mufti Dr. Naddhal Sultan pernah mengemukakan fatwa yang menyebut: “Tidak boleh untuk seseorang lelaki melakukan korban untuk orang lain tanpa keizinannya melainkan jika dia melakukan korban untuk ahli keluarganya, atau seorang wali melakukan korban untuk orang yang berada di bawah wilayahnya, atau pemerintah menggunakan baitulmal melakukan ibadah korban untuk kaum muslimin.” (Lihat Min Ahkam al-Udhiyah, diterbitkan pada 20/9/2015 di laman web http://aliftaa.jo/)10

    10. http://aliftaa.jo/ArticlePrint.aspx?ArticleId=307

  • 38 AL-BAYAN - SIRI 2

    Berdasarkan kepada beberapa pandangan di atas, kami ber-pendapat bahawa dibolehkan untuk pemerintah melalui baitulmal memperuntukkan haiwan korban untuk kaum muslimin. Kami juga menyatakan bahawa isu ini wajar diberikan perhatian dan tumpuan kepada kawasan di mana golongan fakir dan miskin yang ramai dan tidak ada golongan yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban di tempat tersebut. Justeru, tindakan

    pemerintah melalui baitulmal mengeluarkan bantuan haiwan korban ada manfaat serta kebaikannya dalam menzahirkan syiar Islam.

    Sebagai contoh kawasan yang sesuai adalah seperti di perkampungan orang-orang asli yang beragama Islam dan tidak mampu untuk membeli lembu ataupun haiwan korban yang lain. Tetapi jika di tempat-tempat yang biasa dan terdapat daripada kalangan penduduknya yang mampu untuk melakukan ibadah korban maka hendaklah mereka lakukannya dengan tujuan untuk mengagungkan syiar Islam.

    Rasulullah SAW telah memberikan peringatan tegas kepada sesiapa yang mampu tetapi tidak mahu melakukan ibadah korban dengan sabda baginda:

  • 39AL-BAYAN - SIRI 2

    ْقرََبنَّ ُمَصلََّنا َمْن َكاَن َلُه َسَعٌة َوَلْم ُيَضحِّ َفَل يـَMaksudnya: Sesiapa yang memiliki kelapangan (kemampuan) dan tidak melakukan ibadah korban maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.

    Riwayat Ibn Majah (3123)

    Kami juga mencadangkan kepada orang yang menjadi wakil kepada pihak pemerintah dalam bahagian korban itu untuk berniat korban seperti berikut: “Inilah korban aku dan kaum Muslimin kerana Allah SWT.”

    Ini berdasarkan kepada sabdaan Rasulullah SAW ketika hendak menyembelih korban:

    ٍد، َوِمْن ُأمَِّة ُمَحمَّد ٍد، َوآِل ُمَحمَّ َقبَّْل ِمْن ُمَحمَّ ِباْسِم اهلِل، اللُهمَّ تـَMaksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah terimalah korban dari Muhammad, keluarga Muhammad dan umat Muhammad.”

    Riwayat Muslim (1967)

    Semoga pencerahan ini akan menatijahkan kefahaman yang baik kepada kita semua dalam melaksanakan ibadah korban dan menjadikan kita golongan yang meninggikan syiar Islam kerana ianya melambangkan taqwa yang berada di dalam dada. Firman Allah SWT:

  • 40 AL-BAYAN - SIRI 2

    ْقَوى اْلُقُلوِب َها ِمن تـَ ْم َشَعاِئَر اللَِّه َفِإنـَّ َعظِّ َوَمن يـُMaksudnya: "Dan sesiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah maka sesungguhnya ia daripada tanda taqwanya hati.”

    Surah Al-Hajj (32)

    Permasalahan 4 : Hukum Memberi Daging Korban kepada Orang Bukan Islam

    Kami turut ditanya berkenaan hukum memberi makan daging korban kepada orang bukan Islam (non-Muslim).

    Dalam menjawab isu seperti ini, kami nyatakan terlebih dahulu di sini pendapat-pendapat ulama’, antaranya:

    • Mazhab Hanafi mengharuskan untuk memberi makan kepada orang kafir daripada bahagian korban. Ini juga merupakan pendapat al-Hasan dan Abu Thaur. Namun Imam Malik berpendapat: “Memberi makan kepada selain mereka adalah lebih kami sukai.”

    • Imam Malik dan al-Laith berpendapat, makruh mem-berikan kulit daripada haiwan korban mahupun sedikit daripada dagingnya kepada Nasrani.

    • Ibn al-Munzir berpendapat, sekiranya daging tersebut dimasak, maka tidak mengapa kafir zimmi memakannya bersama kaum Muslimin.

  • 41AL-BAYAN - SIRI 2

    • Ibn Qudamah dan Imam al-Nawawi berpendapat hukumnya harus memberi makan kepada orang kafir zimmi daripada bahagian daging korban yang sunat, dan bukannya yang wajib. (Lihat al-Majmu’ Syarh al- Muhazzab, 8/425 dan al-Mughni, 9/450).

    • Imam al-Khatib al-Syirbini pula menyatakan bahawa tidak diharuskan memberi makan daripada bahagian korban kepada selain kaum Muslimin sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Buwaiti. (Lihat al-Iqna’, 2/593) Hal ini juga disebutkan oleh Imam al-Ramli, Imam Ibn Hajar al- Haitami, Syeikh al-Jamal dan Syeikh al-Bujairami di dalam kitab mereka. (Lihat Nihayah al-Muhtaj, 8/141; Tuhfah al-Muhtaj, 9/363; Tuhfah al- Habib, 4/340 dan Hasyiyah al-Jamal, 5/259)

    • Syeikh Muhammad al-Zuhaili menyebut: “Harus memberi makan kepada orang kafir zimmi yang fakir daripada bahagian daging korban yang sunat, dan bukannya yang wajib.” (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al- Syafi’i, 2/490)

  • 42 AL-BAYAN - SIRI 2

    1. Lihat https://www.dar-alifta.org/ar/ViewResearch.aspx?sec=fatwa&ID=13021 2. Lihat http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/154463. Lihat http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/121474. Lihat https://muftinegeri.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?mod=news&sub=news_view&nid=2485. Lihat http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/16046

    • Dar al-Ifta’ al-Misriyyah ketika ditanya berkenaan hukum memberi bahagian daripada haiwan korban kepada orang bukan Islam, mereka menjawab: “Tidak mengapa memberikan bahagian daging korban kepada orang bukan Islam kerana kefakiran mereka, atau mereka daripada kalangan kaum kerabat dan jiran tetangga, atau untuk tujuan melembutkan hati mereka bagi menerima Islam.” (Lihat Fatwa no. 3450)1

    Dalam konteks Malaysia pula, jawatankuasa fatwa negeri-negeri juga seperti Majlis Fatwa Negeri Sabah2, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis3, dan Lembaga Fatwa Negeri Sarawak4 mengharuskan untuk memberi makan, mengagihkan, menghadiahkan daging korban yang sunat kepada orang bukan Islam. Manakala Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor5 pula menyatakan bahawa harus untuk menjamu daging korban sunat yang dimasak kepada orang bukan Islam dengan mengambil pendapat Imam al-Nawawi dalam hal ini.

    Berkenaan isu ini, secara dasarnya kami tetap berpegang dengan pandangan masyhur mazhab Syafi’e yang tidak mengharuskan daging korban diagihkan kepada orang bukan Islam, kerana korban merupakan satu ibadah ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

  • Namun demikian, kami turut berpendapat bahawa di dalam isu ini, ia hendaklah dilihat dari sudut maslahah dan juga siyasah syar’iyyah supaya ia lebih harmoni dalam masyarakat majmuk di samping menjadi satu usaha dakwah yang berkesan kepada masyarakat bukan Islam. Justeru, kami nyatakan:

    • Sekiranya di dalam komuniti masyarakat Islam di sesuatu tempat, terdapatnya jiran-jiran mereka yang bukan Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan masyarakat setempat, dan dalam masa yang sama terdapat lebihan daripada hasil korban yang sunat, maka dibolehkan untuk diberikan kepada mereka. Ini berdasarkan salah satu pandangan dalam mazhab Syafi’i serta mazhab-mazhab lain yang mengharuskannya. Ada-pun korban wajib, maka ia tetap tidak dibenarkan untuk diagihkan kepada orang bukan Islam.

    • Namun jika hasil korban tersebut hanya mencukupi untuk orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan.

    43AL-BAYAN - SIRI 2

  • 44 AL-BAYAN - SIRI 2

    Secara umumnya, pandangan ini berdasarkan kepada ayat al-Quran yang menyebut berkenaan berbuat baik kepada orang bukan Islam. Allah SWT berfirman:

    َوَلْم يِن الدِّ َقاِتُلوُكْم ِفي يـُ َلْم الَِّذيَن َعِن اللَّـُه َهاُكُم نـْ يـَ لَّ ْقِسُطوا ِإَلْيِهْم ۚ ِإنَّ اللَّـَه رُّوُهْم َوتـُ بـَ ُيْخِرُجوُكم مِّن ِدَيارُِكْم َأن تـَ

    ُيِحبُّ اْلُمْقِسِطيَنMaksudnya: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

    Surah al-Mumtahanah (8)

    Dalam menjelaskan ayat ini, Imam al-Qurtubi berkata: “Ayat ini merupakan keringanan daripada Allah SWT untuk membina hubungan silaturahim dengan orang-orang yang tidak memusuhi kaum Mukminin dan tidak pula memerangi mereka. Allah tidak melarang orang Islam untuk berbuat baik kepada orang- orang yang tidak memerangi mereka.” (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 18/355)

    Syeikh Wahbah al-Zuhaili pula berkata: “Allah SWT tidak melarang kalian untuk bersikap baik kepada orang-orang kafir yang bersikap damai dengan kalian dan tidak memerangi kalian kerana agama. Allah SWT juga tidak melarang kalian berbuat baik kepada mereka seperti menyambung hubungan kekerabatan, berbuat baik kepada

  • 45AL-BAYAN - SIRI 2

    tetangga, menjamu dan menerima kunjungan dengan baik.” (Lihat al-Tafsir al-Munir, 14/505)

    Dalam konteks ini, memberikan daging korban kepada orang bukan Islam adalah termasuk di dalam perbuatan baik yang dibenarkan oleh Allah SWT.

    Selain itu, terdapat juga hadith yang mengisyaratkan agar berbuat baik kepada jiran meskipun mereka daripada kalangan orang bukan Islam. Ia berdasarkan hadith Abdullah bin ‘Amr al-‘As R.Anhuma yang mana beliau telah menyembelih seekor kambing buat ahli keluarganya lalu beliau berkata: “Adakah kamu telah menghadiahkan (daging tersebut) kepada jiran kita Yahudi? Ini kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

    َورُِّثه ْنُت َأنَُّه َسيـُ َما زَاَل ِجْبرِيُل ُيوِصيِني ِباْلَجاِر َحتَّى َظنـَMaksudnya: “Jibril A.S sentiasa berwasiat kepadaku agar memperhatikan jiran tetangga, sehingga aku menyangka bahawa jiran tetangga itu akan mendapat bahagian harta waris.”

    Riwayat al-Bukhari (6014) dan Muslim (2625)

    Imam al-‘Aini menjelaskan: “Perkataan (jiran tetangga) di sini mencakupi orang Islam, orang kafir, ahli ibadah, orang fasiq, orang jujur, orang jahat, orang luar, orang asli pribumi, orang yang memberi manfaat, orang yang suka mengganggu, kerabat karib, ajnabi, baik yang dekat rumahnya atau agak jauh. (Lihat Umdah al-Qari, 22/108)

    “اْلَجار”

  • 46 AL-BAYAN - SIRI 2

    Di samping itu, terdapat hadith yang diriwayatkan oleh Asma’ binti Abu Bakar R.Anhuma di mana Rasulullah SAW menyuruhnya untuk menyambung silaturahim dengan ibunya. Sedangkan, diketahui bahawa ibunya adalah daripada kalangan orang kafir Quraisy. Sabda Nabi SAW kepadanya:

    ِصِلي ُأمَِّكMaksudnya: “Sambungkanlah silaturahim dengan ibumu.”

    Riwayat al-Bukhari (2620) dan Muslim (1003)

    Begitu juga dengan hadith daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda:

    ِفي ُكلِّ َكِبٍد َرْطَبٍة َأْجٌرMaksudnya: “(Menolong) setiap yang bernyawa itu akan diberi pahala.”

    Riwayat al-Bukhari (2363) dan Muslim (2244)

  • 47AL-BAYAN - SIRI 2

    Semoga dengan pencerahan ini dapat menambahkan kefahaman kita dalam beragama serta menyemarakkan lagi keharmonian hidup dalam konteks masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara kita tercinta ini.

    Permasalahan 5 : Hukum Korban dengan Rusa

    Pada asasnya, aturan dalam pelaksanaan ibadah korban telah pun ditetapkan oleh Syariat dengan jelas. Bagi pelaksanaan ibadah korban, telah diletakkan syarat haiwan-haiwan tertentu dalam melaksanakan ibadah ini iaitu unta, lembu (termasuk kerbau) dan kambing (termasuk biri-biri dan kibas) serta jenis-jenisnya. Selain daripada tiga jenis haiwan tersebut, tidak pernah dinukilkan pula daripada Nabi SAW dalam melakukan ibadah korban.

    Para ulama’ telah bersepakat menyatakan bahawa binatang-binatang yang boleh dibuat korban ialah binatang-binatang yang termasuk dalam kategori bahimah al-an’am (haiwan ternakan) yang diwajibkan zakat iaitu unta, lembu (termasuk kerbau) dan kambing (termasuk biri-biri dan kibas).

  • 48 AL-BAYAN - SIRI 2

    Allah SWT berfirman:

    ُهم َوِلُكلِّ ُأمٍَّة َجَعْلَنا َمنَسًكا لَِّيْذُكُروا اْسَم اللَّـِه َعَلٰى َما َرَزقـََعاِم مِّن َبِهيَمِة اأْلَنـْ

    Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap bahimatul an’am (binatang ternakan) yang telah direzekikan Allah kepada mereka.”

    Surah al-Hajj (34)

    Imam al-Baghawi berkata: Lafaz (haiwan) diikat dengan lafaz (ternakan) kerana ada daripada haiwan yang bukan daripada jenis haiwan ternakan seperti kuda, baghal dan keldai. Oleh itu, tidak boleh menyembelihnya sebagai korban. (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 5/385)

    Imam al-Syaukani berkata: Ini mengisyaratkan bahawa haiwan korban hanya berupa binatang ternakan, tidak yang lain. (Lihat Fath al-Qadir, 3/535)

    Binatang ternakan bermaksud unta, lembu dan kambing (termasuk segala jenis-jenisnya). Ini telah diketahui dan masyhur dalam kalangan orang-orang Arab. Dan ini juga merupakan pendapat al-Hasan, Qatadah dan lain-lain. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 5/9)

    َعام( )َبِهيَمة اأْلَنـْ

    “َبِهيَمة” َعم” “النـَّ

  • 49AL-BAYAN - SIRI 2

    Hal ini telah dinukilkan wujudnya ijma’ (kesepakatan) dalam perkara ini oleh Imam al-Nawawi, Ibn 'Abd al-Bar, Ibn Hazm dan selainnya.

    Imam al-Nawawi menyebut: Syarat sah dalam korban ialah haiwan korban hendaklah berasal daripada haiwan ternakan iaitu unta, lembu dan kambing. Termasuk juga pelbagai jenis unta, semua jenis lembu dan semua jenis kambing iaitu kibas, ma’iz (kambing jantan) dan sejenisnya. Manakala selain haiwan ternakan seperti rusa dan keldai adalah tidak sah sebagai haiwan korban, sama ada daripada yang jantan mahupun yang betina – tanpa ada perselisihan ulama. – Tidak ada khilaf sama sekali mengenai hal ini menurut kami. Selain itu, hasil daripada percampuran (perkahwinan) antara rusa dan kambing juga tidaklah sah sebagai haiwan korban kerana ia tidak termasuk dalam kategori haiwan ternakan. (Lihat al-Majmu’, 8/365)

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 juga telah membincangkan Hukum Zakat, Korban dan Akikah ke atas Ternakan Rusa. Muzakarah antara lain memutuskan bahawa: Rusa tidak diwajibkan zakat dan tidak boleh dijadikan binatang korban dan akikah. (Lihat Kompilasi Muzakarah MKI 2016, hlm. 138)

    Justeru, jelas di sini bahawa melakukan korban dengan rusa adalah tidak dibolehkan kerana ia tidak termasuk dalam kategori haiwan ternakan.

  • 50 AL-BAYAN - SIRI 2

    Adab-adab Orang yang Ingin Berkorban

    Kami bahagikan perbincangan ini kepada tiga bahagian, iaitu sebelum, semasa dan selepas melakukan ibadah korban. Adab Sebelum Melakukan Ibadah Korban

    Apabila masuk 10 Zulhijjah, seseorang yang berazam melakukan sembelihan korban, sunat baginya untuk tidak menanggalkan bulunya seperti rambut, janggut, misai dan lain-lain, serta kukunya sehingga selesai penyembelihan. Oleh itu, dia hendaklah menjaga kedua-duanya dengan baik. Sabda Rasulullah SAW:

    َى ِة َوَأرَاَد َأَحُدُكْم َأْن ُيَضحِّ ُتْم ِهَلَل ِذى اْلِحجَّ ِإَذا رََأيـْْلُيْمِسْك َعْن َشْعِرِه َوَأْظَفارِِه فـَ

    Maksudnya: “Apabila masuk bulan Zulhijjah, dan ada antara kamu yang ingin melakukan ibadah korban, maka hendaklah dia tidak memotong sedikit pun daripada rambut dan kukunya.”

    Riwayat Muslim (1977), Abu Daud (2791), al-Tirmizi (1523), al-Nasaie (4361), Ibn Majah (3150) dan Ahmad (26654)

  • 51AL-BAYAN - SIRI 2

    Selain itu, disunatkan kepada orang yang berkorban untuk menyembelih haiwan korbannya sendiri. Jika tidak dapat berbuat demikian kerana uzur dan sebagainya, maka hendaklah dia menyaksikan penyembelihan tersebut. Hal ini berdasarkan hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Fatimah R.Anha:

    ْوِمي َفاْشَهدِي ُأْضِحيََّتِك َيا َفاِطَمُة قـُMaksudnya: “Wahai Fatimah, berdirilah dan saksikanlah penyembelihan haiwan korbanmu..".

    Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (3/247); al-Mu’jam al-Kabir (18/200) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (5/239). Ibn al-Mulaqqin menghukumkan hadith ini sebagai dhaif.

    Adab Semasa Menyembelih Haiwan Korban

    Sifat belas kasihan terhadap haiwan merupakan fitrah manusia. Oleh itu, kita digalakkan mengikut adab-adab dan sunat-sunat ketika penyembelihan. Ia bertujuan memudahkan dan mengurangkan kesakitan haiwan sembelihan. Antara adab-adab dalam penyembelihan haiwan ialah:

    PERTAMA Berlaku ihsan terhadap haiwan yang akan disembelih

    Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Syaddad bin Aus, Rasulullah SAW bersabda:

  • 52 AL-BAYAN - SIRI 2

    ْلُتْم َفَأْحِسُنوا تـَ ِإنَّ اللََّه َكَتَب اإِلْحَساَن َعَلى ُكلِّ َشْىٍء َفِإَذا قـَْبَح َوْلُيِحدَّ َأَحُدُكْم َشْفرََتُه َلَة َوِإَذا َذَبْحُتْم َفَأْحِسُنوا الذَّ اْلِقتـْ

    ْلُيِرْح َذِبيَحَتُه فـَMaksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan agar berbuat baik terhadap segala sesuatu. Jika kalian hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang terbaik. Jika kalian hendak menyembelih, maka sembelihlah dengan cara yang terbaik. Hendaklah kalian menajamkan pisaunya dan mengistirahatkan sembelihannya.”

    Riwayat Muslim (1955)

    Maksud (mengistirahatkan sembelihannya) sepertimana dijelaskan oleh Imam al-Nawawi adalah, antaranya:

    v Menajamkan pisau sehingga haiwan cepat untuk disembelih.

    v Tidak boleh menyembelih haiwan, kemudian ditonton oleh haiwan yang lain.

    v Tidak boleh melewat-lewatkan haiwan yang akan disembelih di tempat penyembelihan. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, 13/98)

    Berbuat ihsan juga adalah dengan cara tidak menampakkan pisau atau menajamkan pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih. Daripada Ibn 'Abbas R.Anhuma, katanya: “Rasulullah SAW melihat

    ْلُيِرْح َذِبيَحَتُه” “فـَ

  • seseorang yang meletakkan kakinya di atas pipi (sisi) kambing dalam keadaan dia mengasah pisaunya, sedangkan kambing itu memandang kepadanya. Lantas Nabi SAW bersabda:

    ْبَل َأْن َها َمْوَتاٍت ، َهلَّ َحَدْدَت َشْفرََتَك قـَ َأُترِْيُد َأْن ُتِمْيتـَُتْضِجَعَها

    Maksudnya: “Apakah kamu hendak mematikannya dengan beberapa kali kematian? Hendaklah pisaumu sudah diasah sebelum engkau membaringkannya.”

    Riwayat al-Hakim (4/257), al-Baihaqi (9/280) dan ‘Abd al-Razzaq (8608). Al-Zahabi di dalam al-Talkhis menyebut bahawa hadith ini sesuai dengan syarat al-Bukhari.

    KEDUA Membaca Basmalah dan Bertakbir

    Ketika hendak menyembelih, disyariatkan membaca basmalah (Bismillah) dan bertakbir (Allahu Akbar). Ini sepertimana disebut dalam hadith Anas bin Malik, katanya:

    ُر ، َفَذَبَحُهَما ِبَيِدِه ..ُيَسمِّى َوُيَكبـِّMaksudnya: “...Baginda SAW membaca basmalah dan bertakbir, lalu Baginda menyembelih kedua-dua haiwan korban itu dengan tangannya.”

    Riwayat al-Bukhari (5558)

    53AL-BAYAN - SIRI 2

  • 54 AL-BAYAN - SIRI 2

    Adab Selepas Menyembelih Haiwan Korban

    Antara adab-adab selepas selesai proses penyembelihan haiwan korban pula ialah:

    Pertama: Tidak boleh menjual suatu apa pun daripada bahagian haiwan korban sama ada dagingnya, kulit, lemak dan sebagainya. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

    َمْن َباَع ِجْلَد ُأْضِحيَِّتِه َفَل ُأْضِحيََّة َلُهMaksudnya: “Barangsiapa menjual kulit binatang korbannya, maka tidak ada korban baginya.”

    Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (3468) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (19708)

    Kedua: Tidak boleh memberi bahagian daripada haiwan korban kepada penyembelih atau pelapah sebagai upah.

    Terdapat hadith sahih yang melarang daripada memberi upah kepada penyembelih daripada bahagian korban itu. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada ‘Ali bin Abu Talib R.A, beliau menceritakan:

  • ُقوَم عَلى ُبْدِنِه َوَأْن َأنَّ النَِّبيَّ َصلَّى اهلُل َعَلْيِه َوَسلََّم َأَمرَُه َأْن يـَْعِطَي ِفي ْقِسَم ُبْدَنُه ُكلََّها ُلُحوَمَها َوُجُلوَدَها َوِجَلَلَها َوَل يـُ يـَ

    ِجزَارَِتَها َشْيًئاMaksudnya: “Nabi SAW memerintahkannya untuk menguruskan unta-unta sembelihannya,dan membahagikan semuanya termasuk daging dan kulitnya serta apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Begitu juga, tidak boleh memberikan sesuatu apa pun (daripada sembelihan korban itu) kepada penyembelihnya (sebagai upah).”

    Riwayat al-Bukhari (1717) dan Muslim (1317)

    55AL-BAYAN - SIRI 2

  • AL-BAYAN - SIRI 256

    Manakala di dalam riwayat Muslim terdapat tambahan daripada ‘Ali bin Abi Talib R.A yang menyebut: “Kami memberikan upah kepada penyembelih daripada (harta) kami sendiri.”

    Dalam menjelaskan hadith di atas, Imam al-Nawawi berkata: “Tidak dibenarkan untuk memberikan sesuatu daripada bahagian haiwan korban kepada tukang sembelih dan inilah mazhab kami. Ini juga merupakan pendapat ‘Atho’, al-Nakha’i, Malik, Ahmad, Ishaq. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, 9/65) Pendapat yang sama juga dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitab al-Majmu' Syarh al-Muhazzab.

  • 57AL-BAYAN - SIRI 2

    Justeru, jelas bahawa upah hendaklah diberikan menggunakan harta daripada pemilik korban sendiri dan bukannya daripada bahagian korban. Sekiranya tukang sembelih itu sendiri termasuk daripada kalangan fakir miskin maka pemberian daging korban kepadanya dibolehkan atas dasar dirinya sebagai seorang fakir miskin di samping upah menyembelih yang diberikan bukan daripada bahagian korban.

    Ketiga: Berkenaan Pembahagian Daging Korban.

    Berkenaan isu ini, jika sekiranya korban tersebut merupakan nazar atau yang telah ditentukan untuk dijadikan korban, maka wajib untuk dia menyedekahkan semua daging tersebut dan tidak boleh dia memakan sebahagian daripadanya. (Rujuk al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafi'i, 2/485)

    Manakala, jika sekiranya ia merupakan korban yang sunat, maka daging korban tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa cara, antaranya:

    • Disunatkan untuk orang yang melakukan korban untukmengambil 1/3 daripada daging korban tersebut untuk diri sendiri dan menyedekahkan 2/3 daripada bakinya kepada golongan fakir miskin.

  • AL-BAYAN - SIRI 258

    • Atau,orangyangmelakukankorbanmengambil1/3daripadadaging korban, dan mengagihkan 1/3 baki daripadanya kepada golongan fakir miskin, serta 1/3 lagi daripadanya diberikan sebagai hadiah kepada golongan kaya (seperti saudara-mara atau jiran-tetangga). Dalam hal ini, memberi sedekah kepada 2/3 kepada golongan miskin lebih afdhal daripada memberi hadiah kepada golongan kaya.

    • Namun, cara yang lebih afdhal ialah, seseorang yang melakukan korban tersebut menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja daripadanya sebagai sekadar mengambil berkat. Hal ini kerana menyedekahkan keseluruhan daging tersebut merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri. Manakala, memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat al-Quran dan mengikut sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW. (Lihat al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafi'i, 2/485)

  • 59AL-BAYAN - SIRI 2

    Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Syatiri di dalam kitabnya turut menyatakan bahawa yang afdhalnya dalam pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit sahaja untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya. (Lihat Syarh al-Yaqut al-Nafis, hlm. 826)

    Tuntasnya, kita hendaklah menjaga adab-adab dalam melakukan ibadah korban supaya ibadah ini menjadi lebih sempurna dan baik seterusnya diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

    Tuntasnya, kita hendaklah menjaga

    adab-adab dalam melakukan ibadah

    korban supaya ibadah ini menjadi lebih

    sempurna dan baik seterusnya diterima

    dan diberkati oleh Allah SWT.

  • 60 AL-BAYAN - SIRI 2

    SOP Ibadah Korban Dalam Tempoh PKPP

  • 61AL-BAYAN - SIRI 2

    m i r a . g o v . m y

  • 62 AL-BAYAN - SIRI 2

    Penutup

    Semoga pencerahan ini akan menatijahkan kefahaman yang baik kepada kita semua dalam melaksanakan ibadah korban dan menjadikan kita golongan yang meninggikan syiar Islam kerana ianya melambangkan taqwa yang berada di dalam dada. Firman Allah SWT:

    ْقَوى اْلُقُلوِب َها ِمن تـَ ْم َشَعاِئَر اللَِّه َفِإنـَّ َعظِّ َوَمن يـُMaksudnya: "Dan sesiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah maka sesungguhnya ia daripada tanda taqwanya hati."

    Surah al-Hajj (32)

    Begitu juga, semoga ia menjadikan kita sentiasa peka dalam isu agama terutamanya dalam melaksanakan ibadat kepada Allah. Kami akhiri dengan pesanan daripada Allah kepada Nabi-Nya SAW:

    ُقْل ِإنَّ َصَلِتي َوُنُسِكي َوَمْحَياَي َوَمَماِتي ِللَّـِه َربِّ اْلَعاَلِميَنMaksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."

    Surah al-An’am (162)

    Semoga kita diberi kefahaman berkenaan hukum korban dan menjadi hamba Allah yang benar-benar bertaqwa dan berkorban bagi mencapai mardhatillah. Amin.

  • 63AL-BAYAN - SIRI 2