aktivitif

4
Nama Pelatih: LOO SYEN FUNG BC/PJ/KS 2 Aktiviti Dalam tunjang kecergasan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) tahap 1, tajuk daya tahan kadiovaskular adalah diajar terhadap kumpulan murid dari setiap tahun. Daya tahan kardiovaskular bermaksud keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi dengan baik. Daya tahan kardiovaskular seseorang dapat dipertingkatan melalui menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kekuatan jantung. Secara langsungnya, system peredaran darah seseorang itu juga akan menjadi baik sekiranya memiliki jantung yang kuat. Aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular adalah lari berterusan, lari ulang- alik 10m, lari berhalangan, lari berganti-ganti 2x 200m, naik turun bangku, skip berterusan, galop berterusan, berjalan pantas, senaman ritma, berjalan dan berlari 1000m, senamrobik 5minit, berlari 1200m dan fartlek dengan pelbagai kelajuan. Bagi murid tahun 2, aktiviti lari berganti-ganti 2x 200meter merupakan salah satu aktiviti dalam tajuk daya tahan kardiovaskular. Aktiviti ini bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman murid tentang daya tahan kadiovaskular, tetapi juga dapat memperkembangkan murid itu dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Aktiviti ini akan dijalankan di padang yang lapang. Guru akan menyediakan satu bulatan yang berpanjang 200 meter. Di sekeliling bulatan ini, guru akan meletakkan

Upload: rainus-teng

Post on 14-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

DFDG

TRANSCRIPT

Page 1: AktivitiF

Nama Pelatih: LOO SYEN FUNG BC/PJ/KS 2

Aktiviti

Dalam tunjang kecergasan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) tahap 1, tajuk daya tahan kadiovaskular adalah diajar terhadap

kumpulan murid dari setiap tahun. Daya tahan kardiovaskular bermaksud

keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi dengan baik. Daya

tahan kardiovaskular seseorang dapat dipertingkatan melalui menjalankan

aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kekuatan jantung. Secara langsungnya,

system peredaran darah seseorang itu juga akan menjadi baik sekiranya

memiliki jantung yang kuat.

Aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular

adalah lari berterusan, lari ulang-alik 10m, lari berhalangan, lari berganti-ganti 2x

200m, naik turun bangku, skip berterusan, galop berterusan, berjalan pantas,

senaman ritma, berjalan dan berlari 1000m, senamrobik 5minit, berlari 1200m

dan fartlek dengan pelbagai kelajuan. Bagi murid tahun 2, aktiviti lari berganti-

ganti 2x 200meter merupakan salah satu aktiviti dalam tajuk daya tahan

kardiovaskular. Aktiviti ini bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman murid

tentang daya tahan kadiovaskular, tetapi juga dapat memperkembangkan murid

itu dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

Aktiviti ini akan dijalankan di padang yang lapang. Guru akan

menyediakan satu bulatan yang berpanjang 200 meter. Di sekeliling bulatan ini,

guru akan meletakkan kon-kon segi tiga supaya dapat membentukkan satu trip.

Pada setiap kali pertandingan, dua kumpulan yang terdiri daripada 2 orang murid

sekumpulan akan bertanding melalui cara lari berganti-ganti. Setiap murid akan

berlari sejauh 200m. Kumpulan yang terlebih dahulu merentasi garisan penamat

akan dianggap sebagai pemenang. Cara menggantikan pelari semasa di

pertengahan pertandingan adalah melalui menghantar baton kepada pelari yang

seterusnya.

Semasa melakukan aktiviti lari berganti-ganti 2x200meter ini, murid-murid

dapat berlari dengan sepenuhnya supaya menjadi pasangan pertama yang

melepasi garisan penamat. Dalam proses ini, murid-murid akan bersukan dan

Page 2: AktivitiF

berpeluh kerana berlari pecut. Oleh itu, mereka dapat mencapaikan kesihatan

dan juga meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Kejadian ini adalah

memenuhi permintaan dari segi jasmani yang diminta dalam perkembangan

JERIS.

Dari segi emosi pula, aktiviti ini dapat memupuk murid-murid mengawal

emosi mereka. Semasa aktiviti ini dijalankan, murid-murid berkemungkinan besar

akan sekumpulan dengan rakan yang lebih lemah dari segi kecergasan.

Sekiranya rakan sekumpulan mereka tidak mampu berlari dengan kelajuan yang

diharapi, mereka dapat belajar mengawal emosi mereka manakala bukan

memarahkan rakan tersebut. Selain itu, tiada sesiapa pun yang boleh

menjaminkan kemenangan pada setiap kali. Sekiranya menghadapi kekalahan,

murid itu dapat belajar mengawal emosi mereka dan menerima takdir secara

sudi.

Sepanjang aktiviti ini, murid dapat mengenal pasti yang mana bahagian

anggota badan kita mendapatkan kita boleh berlari pecut setelah ditunjukkan

oleh guru. Semasa berlari, mereka juga dapat merasai yang mana organ-organ

tubuh badan yang akan digunakan untuk berlari. Melalui kejadian ini, mereka

akan bersyukur kepada Tuhan kerana menganugerahkan kita anggota badan

yang begitu sempurna. Di samping itu, mereka juga akan mendapati bahawa

Tuhan mempunyai kuasa yang begitu mewah dan dapat membantu kita berjaya

dalam kehidupan kita. Hal ini demikian, murid telah mendapat pencapaian dari

segi rohani yang disebutkan dalam JERIS Pendidikan Jasmani.

Dari segi intelek pula, aktiviti lari berganti-ganti 2x 200m ini dapat

membantu murid-murid dalam memikirkan idea sendiri bagi mendapatkan

kemenangan daripada kumpulan rakan lain. Mereka akan memikir cara yang

akan menggunakan masa yang terpendek untuk menghabiskan larian mereka.

Contohnya adalah cara menghantar atau menerima baton yang paling cepat.

Mereka akan memikirkan tentang idea baru ini supaya masa untuk menerima

baton dan teruskan berlari adalah terpendek. Secara tidak langsung, murid akan

berkembang dari segi intelek.

Aktiviti lari berganti-ganti ini merupakan suatu aktiviti berkumpulan. Oleh

itu, kemahiran sosial adalah diperlukan semasa murid itu berkomunikasi dengan

Page 3: AktivitiF

rakan sekumpulannya. Murid dapat mempelajari cara berkomunikasi yang sesuai

supaya tidak menyinggungkan perasaan tidak puas hati orang lain. Murid dapat

mengetahui tentang kepentingannya menjaga maruah orang yang sedang dia

berkomunikasi. Selain itu, murid juga dapat menyedari bahawa nilai bekerjasama

dengan orang lain adalah penting bagi melaksanakan sesuatu.

Menurut kepada perkara yang telah disebutkan di atas, lari berganti-ganti

2x200meter yang merupakan salah satu aktiviti tajuk daya tahan kardiovaskular

ini, adalah dapat mengembangkan murid dari segi Jasmani, Emosi, Rohani,

Intelek dan Sosial, sepertimana yang diharapi dalam pembentukkan kurikulum

Pendidikan Jasmani.

http://bl117w.blu117.mail.live.com/default.aspx?wa=wsignin1.0