aktiviti.doc

Upload: fahrin-ahmad

Post on 06-Jul-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 aktiviti.doc

    1/1

    Pada selasa,11 Oktober 2010, kami telah menganjurkan aktiviti gotong royong di PPDK

    Ummi ini. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada aktiviti berbentuk kemasyarakatn yang

    kami rancangkan sepanjang berlangsungnya program Bakti Siswa ini. Dalam aktiviti ini, kami

    telah melibatkan pelbagai pihak yang menjadi tenaga kerja dalam aktiviti ini antaranya pihak

    ibubapa pelatih PDK Ummi, para pelatih PDK Ummi, kakitangan askar Kem Terendak serta

    penglibatan penuh kami sendiri. Gotong royong ini berfokus kepada keceriaan dan kebersihan

    kawasan PDK yang mana kami telah merancang beberapa aktiviti seperti membersihkan

    kawasan luar dan dalam PDK, mengecat pagar PDK, membuat mural di bahagian dalam PDK

    serta membina bahan bantu mengajar seperti membuat boneka dan mozek.

    Bermula pukul 8.00 pagi, peserta-peserta gotong royong mula berkumpul di halaman

    PDK Ummi. Peserta-peserta telah dibahagikan kepada beberapa zon pembersihan di sekitar

    kawasan PDK. Setiap zon dibekalkan dengan beberapa peralatan pembersihan seperti

    pongkes, penyapu, penyodok termasuklah sarung tangan dan plastik sampah. Sebaik sahaja

    peserta-peserta dipecahkan mengikut zon masing-masing, mereka mula sibuk melakukan

    tugas masing-masing seperti menyodok longkang, mengutip sampah sarap dan lain-lain. Terdapat beberapa kumpulan yang terdiri daripada kakitangan askar Kem Terendak yang

    ditugaskan untuk melakukan tugasan khas seperti mengecat pagar PDK.

    Sementara bagi tugasan menceriakan bahagian dalam PDK, kami membahagikan

    peserta kepada 2 kumpulan kecil yang terdiri daripada kumpulan membuat bahan bantu

    mengajar seperti boneka serta kumpulan mengecat mural.