aktiviti tentang perkahwinan.doc

8
1.0 PENGENALAN 2.0 3.0 4.0 Sistem kekeluargaan dan perkawinan[sunting ] Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok: Menerapkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral) Menerapkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal), yang digunakan oleh orang Minangkabau Malaysia. Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam. Orang Melayu melakukan perkawinan monogami dan poligami. Bentuk perkawinan endogami (pipit sama pipit, enggang sama enggang), eksogami juga terjadi, malah di sebagian tempat diutamakan. Perkawinan campur juga ada. Semua perkawinan Melayu dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang perkawinan Islam (Mazhab Syafi'i ).

Upload: tan-lee-fen

Post on 04-Oct-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN2.0 3.0 4.0 Sistem kekeluargaan dan perkawinan[sunting]Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok:

Menerapkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral)

Menerapkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal), yang digunakan oleh orang Minangkabau Malaysia.

Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.

Orang Melayu melakukan perkawinan monogami dan poligami. Bentuk perkawinan endogami (pipit sama pipit, enggang sama enggang), eksogami juga terjadi, malah di sebagian tempat diutamakan. Perkawinan campur juga ada. Semua perkawinan Melayu dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang perkawinan Islam (Mazhab Syafi'i).

AKTIVITI : 1 KAJIAN DOKUMEN (T1A1)

Perkahwinan orang melayu Setiap penduduk masyarakat di malaysia mempunyai cara tersendiri dalam menjalankan tradisi dan adat budaya masing-masing. Begitu juga di dalam upacara perkahwinan. Di kalangan orang Melayu, perkahwinan merupakan satu perkara terpenting dalam kehidupan mereka. Ia merupakan satu tahap sejarah dalam kehidupan seseorang.

Oleh kerana itulah, perkahwinan perlu dirancang supaya segala upacara dapat dijalankan sebaiknya-baiknya. Namun dalam konteks tradisi perkahwinan masyarakat Melayu, idea dan amalan dapat dikenalpasti adalah menurut pengertian budaya dan kepercayaan yang dijunjungi. Terdapat pekara yang tidak dapat diketepikan iaitu tradisi perkahwinan Orang Melayu. Masyarakat Melayu amat berpegang kepada pepatah yang berbunyi "Biar mati anak jangan mati adat". Biarpun tidak banyak yang memahami falsafah dan mempelajari logik adat tersebut secara mendalam, namun sekurang-kurangnya masyarakat buat masa ini masih memerlukannya.

Sejarah perkahwinan orang melayu biasanya mengenai adat resamnya. Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan and menjalani kehidupan bersama-sama. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.Tujuan perkahwinan diadakan ialah untuk memenuhi tuntutan naluri manusia yang asasi atau dikenali sebagai fitrah manusia. Ini merupakan jalan yang sah bagi memenuhi keperluan aqad nikah iaitu bermaksud melalui semua adat istiadat orang melayu. Tujuan perkahwinan ini diadakan ialah untuk memenuhi agama, budaya dan juga tradisi turun termurun orang melayu. Bagi orang cina dan india sama juga iaitu bertujuan untuk memenuhi agama, budaya dan juga tradisi turun termurun kaum masing-masing.

Masyarakat orang melayu amat berpegang teguh dengan adat resamnya, ini kerana ianya dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan manusia sekarang. Adat resam perkahwinan masyarakat melayu amat dititikberatkan. Adat resam perkahwinan orang melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan berpegang teguh oleh kebanyakan orang malayu, baik di kawasan luar Bandar atau pun di kawasan Bandar. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Antaranya ialah adat merisik, meminang dan akad nikad.

Adat merisik juga dipanggil meninjau atau menengok. Apabila anak lelaki cukup matang dan bersedia untuk berkahwin, ibu bapa kepada anak lelaki ini akan mencari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri kepada anaknya. Tanggungjawab memelih menantu ialah tanggungjawab ibu bapa pihak pengantin lelaki. Biasanya pasangan dipilih berdasarkan keturunan, kecantikan, pendidikan agama dan juga hubungan kekeluargaan. Menurut adat resam perkahwinan orang melayu, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mengendalikan tugas memilih pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka. Selepas memilah beberapa calon anak dara yang sesuai, barulah memulakan proses merisik dengan melalui kawan-kawan dan suadara-suadara mereka dan juga anak dara yang dipilih. Pada zaman dahulu keupayaan anak dara dari segi kamahiran ruamah tangga seperti memasak, menjahit dan mambaca al-Quran dengan fasih merupakan sifat-sifat yang paling disukai oleh orang tua-tua pada zaman dahulu. Sebelum membuat keputusan akhir untuk memilih bakal menantu perempuan, pihak lelaki akan membuat penyiasatan yang terakhir dengan menhantar sebilangan kawan atau suadara ke rumah anak dara untuk mengenalnya secara peribadi. Kebiasaannya, kunjungan ini tanpa sebarang pengumuman. Ini kerana terdapat adat resam yang mengatakan bahawa, jika kunjungan meraka ini terhalng atas sebarang sebab seperti kamalangan. Ini merupakan petanda yang buruk yang membawa maksud bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia. Terdapat adat resam yang mengatakan bahawa semasa ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara dan pada masa yang sama anak dara itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan pertanda yang baik yang membawa maksud bahawa pasanganya bahagia dan bertuah untuk masa depan perkahwinan kedua-dua pengantin lelaki mahupuan pengantin perempuan. Sebaliknya, jika gadis itu didapati sedang memasak di dapur, ia merupakan petanda yang kurang baik. Akhirnya ibu bapa anak lelaki akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersam-sama suadara mara yang rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang. Setelah istiadat merisik, upacara meminang akan dilangsungkan.Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Ibu bapa gadis akan menetapkan beberapa hari untuk memberi jawapan sama ada menerima atau menolak peminangan itu. Apabila tempoh yang ditetapkan sudah tiba, utusan pihak teruna akan pergi ke rumah gadis untuk mendapatkan jawapan serta berbincang tentang urusan pertunangan. Bakal pengantin lelaki akan menyediakan wang belanja, mas kahwin, sebentuk cincin pertunangan, sebuah tepak sirih yang lengkap dengan isinya, sejadah kain, kain tudung, beg tangan, buah-buahan dan kuih-muih lalu diberikan kepada pihak perempuan. Hantaran turut diberikan kepada kakak pihak perempuam jika kakaknya masih belum berkahwin. Pihak perempuan perlu balasan hantaran yang lebih daripada jumlah yang dihantar oleh pihak lelaki dan di dalam jumlah yang ganjil. Hantaran orang Melayu melambangkan kesuburan dan kebahagiaan.

Selepas itu, barulah melansungkan peringkat akad nikah. Akad nikah merupakan satu acara terpenting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang beragama Islam. Ia merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Semasa upacara akad nikah dilansungkan, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara akad nikah dijalankan semua hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Dalam upacara akad nikah ini pengantin lelaki akan duduk di atas tikar di tengah-tenggah majlis, sementara menunggu tok iman untuk pergi menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertaya samaada dia bersertuju atau tidak dengan pernikahan ini. Apabila ianya bersetuju, tok iman akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggungjawab suami isteri dan juga hal yang berkaitan dengan rumah tangga dari sudut agama islam. Selepas itu, barulah lafaz nikah dibacakan sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Contoh lafaz yang dibacakan ialah, Mohd Azahar bin Ali, aku nikahkan dikau dengan Siti binti Ahmohd yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak RM2000.00 tunai dan belanjanya ialah RM8000.00. Pengantin lelaki dengan lafaz yang berbunyi aku terima nikahnya Siti binti Ahmohd dengan mas kahwinnya RM2000.00 tunai dan belanjanya RM8000.00. Lafaznya itu akan didengar oleh saksi-saksi yang sedia ada dan jika lafaz yang dikeluarkan itu tidak jelas maka pengantin lelaki diminta mengulangnyasemula sehingga pihak saksi memuast hati. Selepas itu, barulah bacaan doa sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul. Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang dan barulah pengantin lelaki akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang sedang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.

Sebelum persandingan dimulakan, mak andam akan mengandam pengantin perempuan. Dalam adat mengandam ini, anak rambut di atas dahi dierat dengan anak rambut di pelipis dan bulu kening pengantin perempuan akan diperelokkan untuk membuang kecelakaan. Selepas berandan, pengantin perempuan akan diberi mandi dengan air sintuk-limau dengan tujuannya ialah untuk membuang sial atau menghapuskan nasib malang pada pengantin perempuan. Selepas itu, adat berinai akan dijalankan di atas pelamin secara berasingan untuk pihak lelaki dan perempuan. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai duan seribu yang diikat dan semangkuk nair tepung tawar. Wakil kepada pihak pengantin lelaki dan perempuan akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Taburkan beras kunyit dan bertih tadi di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Dengan itu, penabur akan diberi bunga telur. Biasanya orang yang datang menepung tawar dalam kuantiti bilangan yang ganjil. Pengantin lelaki kemudian akan pulang ke rumah sendiri dan adat istiadat pelamin yang sama dilakukan di rumah pengantin lelaki. Adat istiadat ini diakhiri dengan jamuan kari dan nasi.

http://www.islamgrid.gov.my/articles/munakahat/munakahat.phphttp://m.community.com.my/perkahwinan-melayu/http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=167&xslFile=papirushttp://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=500%3Aperkahwinan-tradisional-masyarakat-melayu&catid=65&Itemid=158&lang=bmhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/AdatMelayuunik/Article/