aktiviti tahunan kemafiz -...

12
AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ HALUAN SISWA 2017 Program Haluan Siswa ialah sebuah program yang dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) setiap tahun dan melibatkan mahasiswa & mahasiswi ahli KEMAFIZ. Program ini bertujuan memberi gambaran keseluruhan kepada pelajar baru mengenai kursus-kursus fizik, kaedah P&P di UMT dan memberi tip-tip untuk menempuh hidup sebagai pelajar pendidikan tertier di Terengganu umumnya dan di UMT khususnya. Selain itu, program ini juga dijalankan untuk memperkenal, menjalin dan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelajar-pelajar yang baharu mendaftar dengan para pelajar ‘senior’ serta merapatkan lagi hubungan antara para pelajar dan barisan para pensyarah. Program ini juga menjadi suatu platform untuk melatih para pelajar sebagai jawatankuasa pelaksana dalam mempelajari selok belok bidang pengurusan acara serta meningkatkan kredibiliti kepimpinan di kalangan ahli KEMAFIZ. Selain daripada itu, melalui program seperti ini, KEMAFIZ dapat diperkenalkan kepada pelajar-pelajar baharu. Di samping itu, melalui aktiviti rekreasi dan kesukanan yang diselitkan akan dapat melahirkan generasi muda yang sihat dan cergas, ini sekali gus dapat melahirkan pelajar yang aktif dalam semua bidang. OBJEKTIF Objektif yang ingin dicapai oleh Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) daripada Program Haluan Siswa ialah: i. untuk memberi gambaran keseluruhan tentang kursus program pengajian; ii. berkongsi tip-tip bagi menempuh hidup sebagai seorang mahasiswa di UMT; dan iii. mengeratkan ukhwah antara ahli kelab Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) yang terdiri daripada para pelajar Tahun Satu, Tahun Dua, dan Tahun Tiga, alumni KEMAFIZ dan para pensyarah.

Upload: others

Post on 03-Sep-2019

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ - soe.umt.edu.mysoe.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/12/2017/02/AKTIVITI-BERKALA... · AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ HALUAN SISWA 2017 Program Haluan Siswa

AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ

HALUAN SISWA 2017

Program Haluan Siswa ialah sebuah program yang dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa

Fizik (KEMAFIZ) setiap tahun dan melibatkan mahasiswa & mahasiswi ahli KEMAFIZ. Program

ini bertujuan memberi gambaran keseluruhan kepada pelajar baru mengenai kursus-kursus

fizik, kaedah P&P di UMT dan memberi tip-tip untuk menempuh hidup sebagai pelajar

pendidikan tertier di Terengganu umumnya dan di UMT khususnya. Selain itu, program ini

juga dijalankan untuk memperkenal, menjalin dan mengeratkan hubungan silaturrahim di

antara pelajar-pelajar yang baharu mendaftar dengan para pelajar ‘senior’ serta merapatkan

lagi hubungan antara para pelajar dan barisan para pensyarah.

Program ini juga menjadi suatu platform untuk melatih para pelajar sebagai jawatankuasa

pelaksana dalam mempelajari selok belok bidang pengurusan acara serta meningkatkan

kredibiliti kepimpinan di kalangan ahli KEMAFIZ.

Selain daripada itu, melalui program seperti ini, KEMAFIZ dapat diperkenalkan kepada

pelajar-pelajar baharu. Di samping itu, melalui aktiviti rekreasi dan kesukanan yang diselitkan

akan dapat melahirkan generasi muda yang sihat dan cergas, ini sekali gus dapat melahirkan

pelajar yang aktif dalam semua bidang.

OBJEKTIF

Objektif yang ingin dicapai oleh Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) daripada Program Haluan

Siswa ialah:

i. untuk memberi gambaran keseluruhan tentang kursus program pengajian;

ii. berkongsi tip-tip bagi menempuh hidup sebagai seorang mahasiswa di UMT; dan

iii. mengeratkan ukhwah antara ahli kelab Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) yang terdiri

daripada para pelajar Tahun Satu, Tahun Dua, dan Tahun Tiga, alumni KEMAFIZ dan

para pensyarah.

Page 2: AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ - soe.umt.edu.mysoe.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/12/2017/02/AKTIVITI-BERKALA... · AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ HALUAN SISWA 2017 Program Haluan Siswa

AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ

Page 3: AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ - soe.umt.edu.mysoe.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/12/2017/02/AKTIVITI-BERKALA... · AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ HALUAN SISWA 2017 Program Haluan Siswa

AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ

KEMAFIZ LEAGUE

Program kesukanan anjuran Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) yang dinamakan

KEMAFIZ LEAGUE merupakan aktiviti yang melibatkan mahasiswa KEMAFIZ Universiti

Malaysia Terengganu. KEMAFIZ LEAGUE ini dianjurkan bagi menyemarakkan semangat

kesukanan mahasiswa dan melahirkan mahasiswa yang cergas dan berbakat dalam bidang

kesukanan di kalangan pelajar-pelajar sarjana, pelajar-pelajar sarjana muda, staf-staf dan juga

pensyarah-pensyarah program Fizik di Universiti Malaysia Terengganu. Program ini terdiri

daripada permainan futsal dan bola jaring di mana ianya diminati oleh kebanyakan belia masa

kini. Di samping itu, program ini juga dapat melatih jawatankuasa pelaksana KEMAFIZ LEAGUE

untuk mempelajari selok belok bidang pengurusan acara serta meningkatkan kredibiliti

kepimpinan dalam kalangan mahasiswa Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ).

OBJEKTIF

Objektif yang ingin dicapai oleh Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) daripada KEMAFIZ LEAGUE

adalah:

i. Untuk melahirkan mahasiswa dari Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) yang lebih

cemerlang dan berdaya saing dari segi mental dan fizikal;

ii. Untuk membentuk mahasiswa yang sihat jasmani dan rohani ke arah gaya hidup sihat;

iii. Untuk mencungkil bakat kesukanan di kalangan ahli KEMAFIZ; dan

iv. Untuk menjana pendapatan Kelab Mahasiswa Fizik(KEMAFIZ).

Page 4: AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ - soe.umt.edu.mysoe.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/12/2017/02/AKTIVITI-BERKALA... · AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ HALUAN SISWA 2017 Program Haluan Siswa

AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ

Page 5: AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ - soe.umt.edu.mysoe.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/12/2017/02/AKTIVITI-BERKALA... · AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ HALUAN SISWA 2017 Program Haluan Siswa

AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ

EINSTEIN JUNIOR PHYSICS CAMP

Program ini secara keseluruhannya melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di

sekitar Terengganu bersama beberapa fasilitator (pelajar & pensyarah) daripada jurusan fizik.

Fokus utama Einstein Junior Physics Camp ini adalah untuk memperkenalkan dan

mempromosikan jenama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kelab Mahasiswa Fizik

(KEMAFIZ) di samping dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar-pelajar sekolah dalam

mewujudkan inovasi baru dalam dunia teknologi masa kini. Disamping itu, program ini juga

bertujuan untuk merapatkan tali silaturrahim antara peserta yang terlibat. Terdapat pelbagai

aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh dua hari program ini dijalankan yang bakal

mencabar minda dan kreativiti para peserta.

Penyertaan yang amat menggalakkan daripada 13 buah sekolah sekitar Kuala

Terengganu yang melibatkan lebih kurang 65 orang pelajar tingkatan 4 telah mendapat

sokongan dan reaksi positif daripada Pusat Sains Dan Kreativiti Kuala Terengganu dan Jabatan

Pelajaran Negeri Terengganu. Bagi menyambung kesinambungan kejayaan program ini,

dengan ini Kelab Mahasiswa Fizik sidang 2016/2017 bercadang untuk mengadakan Einstein

Junior Physics Camp Allstar 2017 pada 13– 14 April 2017 (Khamis - Jumaat) yang akan

melibatkan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah menengah sekitar Terengganu, dan pelajar-

pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik Dan Instrumentasi).

Page 6: AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ - soe.umt.edu.mysoe.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/12/2017/02/AKTIVITI-BERKALA... · AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ HALUAN SISWA 2017 Program Haluan Siswa

AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ

Page 7: AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ - soe.umt.edu.mysoe.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/12/2017/02/AKTIVITI-BERKALA... · AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ HALUAN SISWA 2017 Program Haluan Siswa

AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ

MAJLIS ANUGERAH KEMAFIZ & ALUMNI (MAFIA)

Majlis Anugerah Kelab Mahasiswa Fizik bersama Alumni (MAFIA) adalah acara

kemuncak yang dinanti-nantikan oleh semua ahli KEMAFIZ. Majlis ini diadakan sebagai satu

acara penghargaan dan meraikan ahli-ahli KEMAFIZ terutamanya mahasiswa tahun akhir yang

bakal bergraduat. Di samping itu, pada MAFIA juga akan disampaikan anugerah

kecemerlangan kepada ahli KEMAFIZ yang aktif dan cemerlang di dalam tiga kategori iaitu

akademik, kepimpinan dan sukan. Selain daripada itu, anugerah program/aktiviti terbaik,

pengarah program terbaik, setiausaha program terbaik dan bendahari program terbaik juga

akan disampaikan. Majlis ini juga turut mengumpul kembali alumni fizik untuk bersama-sama

meraikan kejayaan ini. MAFIA ini juga turut disertai oleh pensyarah-pensyarah dan staf-staf

Program Fizik sebagai sokongan mereka kepada pelajar-pelajar dan bagi memeriahkan lagi

majlis ini.

Page 8: AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ - soe.umt.edu.mysoe.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/12/2017/02/AKTIVITI-BERKALA... · AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ HALUAN SISWA 2017 Program Haluan Siswa

AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ

PHYSICS ATOM

Program Physics Atom ini adalah berdasarkan keprihatinan KEMAFIZ terhadap kepentingan

kemahiran insaniah terutamanya dalam elemen kepimpinan dan pengurusan maklumat yang

terdapat di dalam sektor luar akademik seperti yang dikehendaki oleh Malaysian Qualification

Accreditation (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia. Program dua (2) hari

ini dibangunkan khas untuk bakal Pengarah dan Setiausaha Program yang dianjurkan oleh

KEMAFIZ. Sebuah modul khas, Modul Kepimpinan KEMAFIZ UMT, yang dibangunkan pada

tahun 2014 akan digunakan sebagai rujukan utama program ini. Melalui program ini,

Pengarah dan Setiausaha Program akan dilatih dengan ilmu-ilmu pengurusan aktiviti yang

meliputi pengurusan mesyuarat, penulisan minit mesyuarat, pengurusan kewangan, dan

pengurusan citra kelab. Disamping itu, para peserta akan dapat mengenali kaedah

kepimpinan yang terdapat pada diri mereka melalui latihan ‘self-essesment’ yang diadaptasi

dari John Caspole. (2009) What kind of leader are you?. Program dua hari ini dibangunkan

khas untuk bakal Majlis Tertinggi KEMAFIZ. Sebuah modul khas, Modul Kepimpinan KEMAFIZ

UMT, yang dibangunkan pada tahun 2014 akan digunakan sebagai rujukan utama program

ini. Melalui program ini, semua peserta akan dilatih dengan ilmu-ilmu pengurusan aktiviti

yang meliputi pengurusan mesyuarat, penulisan minit mesyuarat, pengurusan kewangan, dan

pengurusan citra kelab. Program ini dikendalikan oleh penasihat KEMAFIZ sendiri iaitu Prof.

Madya Dr. Mohd Ikmar Nizam b. Hj. Mohamad Isa serta Majlis Tertinggi KEMAFIZ.

OBJEKTIF

Objektif yang ingin dicapai oleh Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) daripada Physics Atom

Special Edition – Kami Memimpin Yang Lain Mengikut 2016 adalah:

i. mengenali gaya kepimpinan diri melalui ‘self-essesment’

ii. mempelajari selok belok pengurusan aktiviti yang betul dan effisien ke arah

pengurusan majlis yang teratur dan bertaraf profesional;

iii. melahirkan mahasiswa dari Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) yang lebih

cemerlang dan berdaya saing dari segi mental, fizikal dan rohani di peringkat

kebangsaan dan global; dan

iv. pempersiapkan mahasiswa dari Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) yang

mempunyai pengetahuan kepimpinan yang tinggi.

Page 9: AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ - soe.umt.edu.mysoe.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/12/2017/02/AKTIVITI-BERKALA... · AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ HALUAN SISWA 2017 Program Haluan Siswa

AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ

Page 10: AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ - soe.umt.edu.mysoe.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/12/2017/02/AKTIVITI-BERKALA... · AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ HALUAN SISWA 2017 Program Haluan Siswa

AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ

Page 11: AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ - soe.umt.edu.mysoe.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/12/2017/02/AKTIVITI-BERKALA... · AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ HALUAN SISWA 2017 Program Haluan Siswa

AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ

Program-program lain yang dianjurkan oleh KEMAFIZ (tertakluk kepada permintaan, sumber kewangan dan masa)

Page 12: AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ - soe.umt.edu.mysoe.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/12/2017/02/AKTIVITI-BERKALA... · AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ HALUAN SISWA 2017 Program Haluan Siswa

AKTIVITI TAHUNAN KEMAFIZ