haluan 2012_20.8.14.pdf

226
HALUAN Sabda/Ucapan Menteri-Menteri Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri 2012

Upload: buique

Post on 29-Dec-2016

291 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

HALUANSabda/Ucapan

Menteri-Menteri Kabinet danTimbalan-Timbalan Menteri

2012

Page 2: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN

HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN

SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Terbitan:Unit Penerbitan Melayu

Jabatan Penerangan Jabatan Perdana Menteri

Negara Brunei Darussalam

Cetakan Pertama 2015

PenyelarasMuhd. Khairulhadi bin Haji Muhd. Muhtaddir

Susunan/Reka Letak/Taip SetHajah Zaianit binti Haji Noorkhan

Muhammad Al Khaliq bin AliHajah Painah binti Paiman

KompilasiHajah Zaianit binti Haji Noorkhan

Astrilen@Atikah binti Mohd. AsyrafHajah Sujimawati binti Mejari

Penyemakan:Hajah Norpisah binti Salleh

Astrilen@Atikah binti Mohd. AsyrafHajah Sujimawati binti Mejari

Reka Bentuk Kulit LuarMuhammad Al Khaliq bin Ali

PencetakBorneo Printers & Trading Sdn. Bhd

ISBN978-99917-49-57-0 (Kulit Keras)

978-99917-49-56-3 (Kulit Lembut)

Hak Cipta Terpelihara. ‘Haluan’ merupakan koleksi teks sabda/ucapan Menteri-menteri Kabinet dan Timbalan-timbalan Menteri yang diterbitkan di dalam Pelita Brunei. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian kandungan buku ini dalam apa bentuk sekalipun sama ada secara

elektronik, fotografi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapatkan keizinan bertulis daripada Pengarah Penerangan, Jabatan Penerangan,

Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Page 3: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

KANDUNGAN(Susunan Mengikut Kementerian)

Muka Surat

Sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan

Statement by His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah, Minister of Foreign Affairs and Trade of Brunei Darussalam at the 16th Summit of the Non-Aligned Movement Tehran, Islamic Republic of Iran 12-13 Syawal 1433 Hijriah / 30-31 August 2012 Masihi

Statement by His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah Minister of Foreign Affairs and Trade of Brunei Darussalam at the 39th Session of the Organization of Islamic Conference OIC Council of Foreign Ministers, Republic of Djiboution 25-26 Zulhijjah 1433 Hijriah/ 16 - 17 November 2012 Masihi

Ucapan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Pendidikan

Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Antarabangsa Melayu Islam Beraja (MIB) Dalam Lintasan Alam Melayu 2012 anjuran Majlis Tertinggi MIB, di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam pada hari Selasa, 6 Rabiulawal 1433 Hijriah / 28 Februari 2012 Masihi

Majlis Perasmian ASEAN + 3 Junior Science Odyssey, di Lecture Theatre, Universiti Brunei Darussalam pada hari Isnin, 21 Rejab 1433 Hijriah / 11 Jun 2012 Masihi

Majlis Sambutan Malam Penghargaan Program Kepimpinan Sekolah Bagi Kohort Yang Ke-7 dan Ke-8, di Indera Samudra, Grand Hall, The Empire Hotel and Country Club, Jerudong pada hari Selasa 1 Zulkaedah 1433 Hijriah / 18 September 2012 Masihi

2

4

8

14

20

Page 4: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

Majlis Sempena Hari Jantung Sedunia 2012 dan Hari Terbuka Jabatan Kardiologi Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada hari Sabtu, 27 Zulkaedah 1433 Hijriah / 13 Oktober 2012 Masihi

Majlis Peraduan Menambang Syair Perlembagaan Negeri Brunei bagi Pusat Tingkatan Enam dan Sekolah Menengah / Maktab Kerajaan dan Swasta Tahun 2012 pada hari Rabu 13 Muharram 1434 Hijriah / 28 November 2012 Masihi

Ucapan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pembangunan

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Habitat Sedunia 2011 dan Pameran ‘Bandaraya dan Perubahan Iklim’, di Ruang Legar, Jabatan Kemajuan Perumahan, Berakas pada hari Sabtu, 23 Safar 1433 Hijriah / 17 Januari 2012 Masihi

Majlis Pelancaran Green Building Initiatives, di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan pada hari Rabu, 7 Rabiulakhir 1433 Hijriah / 29 Februari 2012 Masihi

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2012, di Waterfront, Bandar Seri Begawan pada Hari Khamis, 29 Rabiulakhir 1433 Hijriah / 22 Mac 2012 Masihi

Majlis Penutup Program Kursus Induksi dan Sesi Muzakarah, di Mangrove Paradise Resort, Jalan Kota Batu pada hari Selasa, 8 Rejab 1433 Hijriah / 29 Mei 2012 Masihi

Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, di Dewan Indera Pahlawan, Kementerian Pembangunan pada hari Rabu, 12 Ramadhan 1433 Hijriah / 1 Ogos 2012 Masihi

Majlis Pelancaran Manual Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan, di Dewan Indera Pahlawan,Pusat Ujian Kemahiran dan Latihan, Kementerian Pembangunan pada hari Isnin, 7 Zulkaedah 1433 Hijriah / 24 September 2012 Masihi

Majlis Pembukaan Rasmi World : ‘GIS’ Day Sempena Jubli IntanJabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, di Letak Kereta,

85

91

97

101

105

109

113

116

119

Majlis Sambutan Jubli Intan Sempena 60 Tahun PenubuhanMaktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, pada hari Sabtu 17 Sya’aban 1433 Hijriah / 7 Julai 2012 Masihi

The official launching of Brunei Teacher’s Day International Conference 2012 ‘Crafting Innovative Instruction’, at Conference Hall, at the International Convention Centre (ICC), Berakas on Wednesday, 23 Zulkaedah 1433 / 10 October 2012

Majlis Sambutan Jubli Emas Sekolah Rendah Jerudong, Brunei VI, pada hari Sabtu, 10 Muharram 1434 Hijriah / 24 November 2012 Masihi

Ucapan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof, Menteri Kesihatan

Karnival Kerjaya Kesihatan 2012, di Pusat Promosi Kesihatan pada hari Selasa 14 Rabiulawal 1433 Hijriah / 7 Februari 2012 Masihi

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kanser Sedunia 2012, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, pada hari Ahad 4 Rabiulakhir 1433 Hijriah / 26 Februari 2012 Masihi

Majlis Penutup Rasmi Persidangan Antarabangsa Melayu Islam Beraja (MIB) anjuran Majlis Tertinggi MIB, di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam pada hari Rabu, 7 Rabiulakhir 1433 Hijriah / 29 Februari 2012 Masihi

Majlis Akademik Sempena Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa Tahun 1433 Hijriah / 2012 Masihi, di Pusat Pameran Antarabangsa BRIDEX, Jerudong pada hari Sabtu, 20 Jamadilakhir 1433 Hijriah / 12 Mei 2012 Masihi

Seminar Akreditasi Antarabangsa Dalam Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan di Dewan Institut Perkhidmatan Awam pada hari Sabtu, 11 Rejab 1433 Hijriah / 2 Jun 2012 Masihi

Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012, di Cesar Grand Hall, Hotel Orchid Garden pada hari Sabtu 15 Ramadhan 1433 Hijriah / 4 Ogos 2012 Masihi

24

28

33

43

52

59

64

70

77

Page 5: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

Sustainable Business Model’ bagi Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, di Goldstone Ballroom, Centerpoint pada Selasa, 29 Rejab 1433 Hijriah / 19 Jun 2012 Masihi

Majlis Perasmian Hari Pelanggan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama pada hari Khamis, 15 Rejab 1433 Hijriah / 5 Julai 2012 Masihi

Perasmian Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2012, di Dewan Konferens Bridex Jerudong pada hari Khamis, 16 Zulhijjah 1433 Hijriah / 1 November 2012 Masihi

Majlis Perasmian Penubuhan Bahagian Hidupan Liar, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama pada hari Rabu, 14 Muharram 1434 Hijriah / 28 November 2012 Masihi

Ucapan Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar, Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri

Majlis Penandatanganan Kontrak Biasiswa Brunei Shell Petroleum, di Indera Samudera Grand Hall, The Empire Hotel and Country Club pada hari Rabu, 11 Syawal 1433 Hijriah / 29 Ogos 2012 Masihi

Majlis Forum Vendor Usahasama Brunei Shell di Bridex International Conference Centre pada hari Selasa, 28 Zulhijjah 1433 Hijriah / 13 November 2014 Masihi

Ucapan Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama

Majlis Pembukaan Rasmi Kursus Sivik Pelajar-Pelajar Di Seberang Laut Dan Dalam Negara, di Dewan Pengiran Setia Negara, Jabatan Penerangan, pada hari Selasa, 23 Safar 1433 Hijriah / 17 Januari 2012 Masihi

Majlis Pelancaran Unit Pendidikan Khas Ugama Jabatan Pengajian Islam (UPKU JPI), di Bangunan Darul Huda, Pusat Da’wah Islamiah pada hari Selasa, 6 Rabiulakhir 1433 Hijriah / 28 Februari 2012 Masihi

150

153

158

164

173

190

197

Jabatan Ukur, Tanah dan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan pada hari Selasa, 21 Zulhijjah 1433 Hijriah / 6 November 2012 Masihi

Majlis Hari Perancangan Bandar Sedunia dan 40 Tahun Penubuhan Jabatan Perancang Bandar dan Desa di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan pada hari Sabtu, 25 Zulhijjah 1433 Hijriah / 10 November 2012 Masihi

Ucapan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perhubungan

Majlis Pelancaran Sistem Demerit Points, di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan, Berakas pada hari Khamis 11 Jamadilakhir 1433 Hijriah / 3 Mei 2012 Masihi

Sambutan Hari Pos Sedunia, di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan pada hari Selasa, 7 Zulhijjah 1433 Hijriah / 23 Oktober 2012 Masihi

Pelancaran Aplikasi Cuaca Brunei Darussalam bagi Telefon Bimbit dan Tablet, pada hari Sabtu 25 Zulhijjah 1433 bersamaan 10 November 2012

Ucapan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama

Majlis Pelancaran Nama Baru Bagi Beras Hibrid Pertama dan Majlis Penandatanganan Kontrak Perjanjian Bagi Projek Kerjasama Pembangunan Beras Hibrid Di Negara Brunei Darussalam , di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama pada hari Rabu, 17 Jamadilakhir 1433 Hijriah / 9 Mei 2012 Masihi

Majlis Sambutan Hari Metrologi Sedunia 2012, di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama pada hari Sabtu, 19 Rejab 1433 Hijriah / 9 Jun 2012 Masihi

Majlis Perasmian Bengkel dan Konsultasi ‘Changing Strategies and

122

128

132

137

142

145

148

Page 6: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

Majlis Kesyukuran Meraikan Pemenang Naib Johan Dalam Pertandingan Akhir Program Realiti Kanak-Kanak ‘Adik-Adikku Musim Ke-3’ anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kuala Lumpur, di Dewan Utama, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada hari Rabu, 5 Jamadilawal 1433 Hijriah / 28 Mac 2012 Masihi

Majlis Pelancaran Jurnal Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, di Hotel Antarabangsa Rizqun, pada hari Sabtu, 8 Jamadilawal 1433 Hijriah / 31 Mac 2012 Masihi

Malam Sastera Islam Anjuran Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, di Dewan Majlis Mesyuarat Negara pada hari Sabtu, 3 Sya’aban 1433 Hijriah / 23 Jun 2012 Masihi

Majlis Penyampaian Tauliah Amil Seluruh Negara Bagi Tahun 1433 Hijriah / 2012 Masihi, di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong pada hari Rabu, 21 Sya’aban 1433 Hijriah / 11 Julai 2012 Masihi

Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam dan Meraikan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama Yang Bersara Bagi Tahun 2010 - 2012 di Dewan Persidangan Pusat Da’wah Islamiah pada hari Khamis, 23 Zulhijjah 1433 Hijriah / 8 November 2012 Masihi

Majlis Peraduan Membaca Al-Quran Sekolah-Sekolah Ugama dan Arab Peringkat Akhir Negara Ke-49 Tahun, di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah, Serusop pada hari Sabtu 4 Zulhijjah 1433 Hijriah / 20 Oktober 2012 Masihi

Ucapan Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Majlis Penyampaian Sijil Taraf Kerakyatan Ke-30, di Banquet Hall,Pusat Persidangan Pertahanan Antarabangsa BRIDEX, Jerudong,pada hari Selasa, 7 Rabiulawal 1433 Hijriah / 31 Januari 2012 Masihi

201

204

208

212

217

221

226

Majlis Perasmian Program Pembangunan Kepimpinan Penghulu dan Ketua Kampung (Siri Pertama) 2012, di Dewan Majlis Mesyuarat Negara, Jalan Kebangsaan pada hari Selasa, 15 Rejab 1433 Hijriah / 5 Jun 2012 Masihi

Majlis Resepsi Bersama Alumni Madrasah Al-Junied Islamiah 2012, di Orchird Country Club, Singapura pada hari Ahad, 13 Rejab 1433 Hijriah / 3 Jun 2012 Masihi

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perundingan Mukim, Mukim Kota Batu, di Dewan Depot Bandaran, Kampung Belimbing, Kota Batu pada hari Ahad, 14 Syawal 1433 Hijriah / 2 September 2012 Masihi

Majlis Perasmian Persidangan Pegawai-pegawai Pentadbiran Penjara Asia Pasifik Ke-32 di salah sebuah hotel di Gadong pada hari Isnin, 22 Zulkaedah 1433 Hijriah / 8 Oktober 2012 Masihi

Ucapan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Penubuhan Tabung Kemanusiaan Ribut Tropika Washi, Filipina, di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada hari Rabu, 10 Safar 1433 Hijriah / 4 Januari 2012 Masihi

Majlis Pelancaran Memperkasa Budaya Membaca Tahun 2012, di Dewan Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada hari Khamis, 18 Safar 1433 Hijriah / 12 Januari 2012 Masihi

Pelancaran Brunei Art Forum Exhibition di Waterfront Art Gallery pada hari Jumaat, 19 Safar 1433 Hijriah / 13 Januari 2012 Masihi

Majlis Pelancaran Sistem Arkib E-Arkib, di Dewan Digadong, Kebudayaan, Belia dan Sukan, pada hari Khamis 25 Safar 1433 Hijriah / 19 Januari 2012 Masihi

Majlis Perasmian Sambutan Hari Antarabangsa Orang Berkeperluan Khas (OBK), di Ruang Legar, Airport Mall, Berakas pada hari Sabtu, 27 Safar 1433 Hijriah / 21 Januari 2012 Masihi

231

236

243

248

253

256

261

265

269

Page 7: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

Program Pembangunan Belia (PPB) dan Program Jangka Pendek PPB Sesi 2010 - 2011 di Dewan Binadiri PPB pada hari Isnin, 6 Rabiulawal 1433 Hijriah / 30 Januari 2012 Masihi

Majlis Perbarisan Tamat Latihan Projek Rintis Pertama Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) di Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Kem Sungai Akar pada hari Isnin, 5 Rabiulakhir 1433 Hijriah / 27 Februari 2012 Masihi

Majlis Perasmian Seminar Kebangsaan Memperkasa Budaya Membaca 2012, di Dewan Persidangan Media, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) pada hari Isnin, 26 Rabiulakhir 1433 Hijriah / 19 Mac 2012 Masihi

Peraduan Mencipta Lagu-Lagu Irama Melayu Brunei, di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei pada hari Sabtu, 8 Jamadilawal 1433 Hijriah / 31 Mac 2012 Masihi

Majlis Perasmian Sambutan Hari Antarabangsa Keluarga 2012, di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada hari Selasa, 23 Jamadilakhir 1433 Hijriah / 15 Mei 2012 Masihi

Majlis Pelancaran Festival Belia Brunei Prihatin di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah pada hari Jumaat, 18 Rejab 1433 Hijriah / 8 Jun 2012 Masihi

Majlis Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2012, di Times Square, Jalan Berakas, pada hari Sabtu, 19 Rejab 1433 Hijriah / 9 Jun 2012 Masihi

Pesta dan Pameran Sukan Rekreasi 2012, di Stadium Tertutup, Berakas pada hari Jumaat, 9 Sya’aban 1433 Hijriah / 29 Jun 2012 Masihi

Majlis Pelancaran Kursus Pemandu Jentera Berat Pusat Pembangunan Belia (PPB) Tahun 2012, di Dewan Binadiri, pada hari Isnin, 12 Sya’aban 1433 Hijriah / 2 Julai 2012 Masihi

Upacara Perasmian dan Pembukaan Festival Industri Kreatif Universiti Brunei Darussalam, di The Mall, Gadong pada hari Rabu, 21 Sya’aban 1433 Hijriah / 11 Julai 2012 Masihi

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Tahun 1433 Hijriah / 2012 Masihi di Dewan Digadong, KKBS pada hari Sabtu, 27 Syawal 1433 Hijriah /15 September 2012 Masihi

Majlis Pengenalan Pasukan Brunei-Butra Heidelberg Cement Tour De Brunei 2012, di Waterfront, Bandar Seri Begawan pada hari Selasa 10 Zulkaedah 1433 Hijriah / 25 September 2012 Masihi

Sesi Dialog Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Bersama Media-Media Tempatan, di Emperor’s Court, Manggis Mall, pada hari Sabtu, 13 Zulkaedah 1433 Hijriah / 29 September 2012 Masihi

Majlis Pelancaran Projek Rintis Ketiga Program Khidmat Bakti Negara, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada hari Rabu, 28 Muharram 1434 Hijriah / 12 Disember 2012 Masihi

Majlis Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas 2012 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas pada hari Khamis, 6 Safar 1434 Hijirah / 20 Disember 2012 Masihi

Ucapan Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail, selaku Pemangku Menteri Pendidikan

Majlis Pelancaran Ekspo ‘Student Entrepreneurship Development’ (SEDEX) Sempena Sambutan Hari Guru 2012 dan Bengkel ‘Entrepreneurial Leadership For Educations Programme’ (ELEP), di Airport Mall, Berakas pada hari Selasa, 22 Zulhijjah 1433 Hijriah / 13 November 2012 Masihi

Ucapan Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman, selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Sempena Sambutan Hari Antarabangsa Membasmi Kemiskinan, di Dewan Mahligai Tingkat 3, Airport Mall, Negara Brunei Darussalam pada hari Rabu, 22 Zulhijjah 1433 Hijriah / 7 November 2012 Masihi

Sempena Majlis Makan Malam Kemuncak Perayaan Ulang Tahun Kali Ke-16 Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan (PEKIRA), di Hotel Asma, Jerudong pada hari Jumaat, 16 Muharram 1434 Hijriah

274

277

282

287

291

294

297

301

304

307

312

315

319

326

331

339

344

350

Page 8: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

/ 30 November 2012 Masihi

Ucapan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Majlis Doa Kesyukuran Sempena 30 Tahun Penubuhan Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, di Jerudong pada hari Sabtu, 19 Rabiulawal 1433 Hijriah / 11 Februari 2012 Masihi

Seminar Melayu Islam Beraja (MIB) Sempena Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-60 Tahun, di Dewan Kompleks Seri Kenangan, Daerah Tutong pada hari Isnin, 22 Jamadilakhir 1433 Hijriah / 14 Mei 2012 Masihi

Majlis Pelancaran Rasmi Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan Kerajaan Ke-11 Tahun 2012, di Bangunan Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA), Universiti Brunei Darussalam pada hari Isnin, 14 Rejab 1433 Hijriah / 4 Jun 2012 Masihi

Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya tahun 2012, di Dewan Serbaguna, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara pada hari Selasa, 20 Sya’aban 1433 Hijriah / 10 Julai 2012 Masihi

Majlis Penutup Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Kali Ke-17 tahun 2012, di Restoran Tarindak D’Polo, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong pada hari Rabu, 28 Sya’aban 1433 Hijriah / 18 Julai 2012 Masihi

Sempena Majlis Konvokesyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-XV Tahun 2012, di Dewan Pencapaian Institut Perkhidmatan Awam pada hari Khamis, 25 Zulkaedah 1433 Hijriah / 11 Oktober 2012 Masihi

Ucapan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Majlis Penutup Kursus Sivik Mahasiswa Negara Brunei Darussalam 2012 anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana

Menteri dengan kerjasama Bahagian Dermasiswa, Kementerian Pendidikan, di Dewan Pengiran Setia Negara, Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama Berakas pada hari Khamis, 25 Safar 1433 Hijriah / 19 Januari 2012 Masihi

Ucapan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, Timbalan Menteri Pertahanan

Majlis Penandatanganan dan Penganugerahan Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Biasiswa ABDB, di Mes Pegawai Bolkiah Garison pada hari Jumaat, 9 Sya’aban 1433 Hijriah / 29 Jun 2012 Masihi

Sempena Majlis Perasmian Latihan Kursus Pegawai Kadet Pengambilan Ke-9 2012 / 2013, di Dewan Makan Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Perkhemahan Sungai Akar pada hari Jumaat,12 zulkaedah 1433 Hijriah / 29 september 2012 Masihi

Ucapan Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail, Timbalan Menteri Pendidikan

Majlis Pelancaran Ekspo Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan 2012, di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas pada hari Sabtu, 25 Rabiulawal 1433 Hijriah / 18 Februari 2012 Masihi

Majlis Penutupan Persidangan Antarabangsa Hari Guru 2012 (Brunei Teacher’s Day International Conference 2012) Sempena Hari Guru Bagi Tahun 2012 di Conference Hall 2, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada Hari Khamis, 25 Zulkaedah 1433 Hijriah / 11 Oktober 2012 Masihi

Ucapan Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Acara Larian Sihat Kampung Kulapis anjuran bersama Majlis Perundingan Kampung dan Biro Wanita Kampung Kulapis di kawasan lapang kediaman Ketua Kampung Kulapis pada hari Jumaat, 3 Rabiulawal 1433 Hijriah / 27 Januari 2012 Masihi

356

362

367

374

378

383

390

396

400

406

410

416

Page 9: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

1

Sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran PerdanaWazir

Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiahibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien

Sa’adul Khairi WaddienMENTERI HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

Sempena Majlis Doa Arwah dan Tahlil Sekampung Bagi Penduduk Kampung Putat, Mukim Lumapas, di Masjid Kampung Putat pada hari Ahad, 18 Sya’aban 1433 Hijriah / 8 Julai 2012 Masihi

Ucapan Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman, Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2012, di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam pada hari Khamis, 15 Rabiulakhir 1433 Hijriah / 8 Mac 2012 Masihi

Majlis Pelancaran ‘Cintai Warisan Kitani’, di Jabatan Muzium-Muzium, Kota Batu pada hari Khamis, 2 Rabiulakhir 1433 Hijriah / 15 Mac 2012 Masihi

Majlis Pelancaran Projek Rintis Kedua Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada hari Isnin, 10 Jamadilawal 1433 Hijriah / 2 April 2012 Masihi

419

424

428

430

Page 10: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

2 3

STATEMENT BY HIS ROYAL HIGHNESS PRINCE MOHAMED BOLKIAH MINISTER

OF FOREIGN AFFAIRS AND TRADE OF BRUNEI DARUSSALAM 16TH SUMMIT OF THE NON-ALIGNED MOvEMENT TEHRAN, ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN

12-13 SYAWAL 1433 HIJRIAH / 30-31 AUGUST 2012 MASIHI

I would like to thank the Supreme Leader Ayatollah Khamenei for his inspiring words and President Ahmadenijad for his opening address.

On behalf of His Majesty the Sultan and the People of Brunei Darussalam, I offer many congratulations to the Government and People of the Islamic Republic of Iran on taking over as our Chairman. Our warmest greetings also to fellow members of the Movement particularly to our new members, the Republic of Azerbaijan and Fiji as well as our appreciation to our colleagues from Egypt for their commitment to the Movement over the past three years. Mr. Chairman, I have been very impressed by the outstanding presentation of this meeting and I would like to say thank you very much indeed to Iran, its President and its Government and, of course, to the people of Iran. Each time we come to this famous city, we receive a fine welcome, and this time is no exception. The people have greeted us with charm, friendship and most generous hospitality and, in all senses of the word, they have been great wonderful hosts. So, very many thanks to you all. It is a pleasure to be here and you have been great friends and partners. As such, we also congratulate you on your country's recent sporting achievements and your most successful Olympic games ever. At the same time, we share your great sadness this month and offer our deepest condolences on the terrible loss of life that followed the recent earthquakes in northwest Iran.

Mr. Chairman, The quotations across Tehran's tree-lined roads and busy streets have greeted us with far more than ‘slogans’, They are statements which inspire us with the spirit of this Movement. They direct our attention to the ordinary citizens we are privileged to represent here. It is the quality of their day-to-day lives that is the prime concern of our Movement. In simple terms, this means we are here to help bring them opportunity, hope and confidence in the modern world.

The process this involves has been given the name: ‘globalism’. One of the founding fathers of our regional association in Southeast Asia once called it ‘the final stage of historical development’.

For us, this is what makes the long-term success of the Non-Aligned Movement so special. It is the only global association that operates by consensus, which is the core of globalism. It represents the lasting solution to confrontation in the interest of all people. As the same great ASEAN founding father added ‘should it collapse, the final stage of historical development will fall apart’. That is why, Mr. Chairman, I thank my colleague, Minister Ali Akbar Salehi, for the statement he sent us of Iran's commitment to the Movement by creating ‘a friendly atmosphere, building effective cooperation, strengthening the Movement in international arrangements and enhancing it sole in dealing with the challenges that confront its members’. It is a clear summary of the special values members of the Non-Aligned Movement share in today's world. Brunei Darussalam will do all it can to support them and we wish the Islamic Republic of Iran great success during the coming three years of its chairmanship.

Thank you.

Page 11: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

4 5

STATEMENT BY HIS ROYAL HIGHNESS PRINCE MOHAMED BOLKIAH

MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS AND TRADE OF BRUNEI DARUSSALAM AT THE 39TH SESSION OF THE ORGANIZATION OF

ISLAMIC OF FOREIGN MINISTERS, REPUBLIC OF DJIBOUTI 25 - 26 ZULHIJJAH 1433 HIJRIAH / 16 - 17 NOvEMBER 2012 MASIHI

Assalamu´alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

I would like to thank President Ismail Omar Guelleh for his fine opening address and the Government and People of Djibouti for their very kind

welcome. It is a great pleasure to be here and I warmly congratulate Minister Mahmoud Ali Youssouf in becoming our Chairman and thanked him and the Government of Djibouti for the excellent arrangements for our meeting.

Unfortunately, our celebration of the holy month of Muharram

is deeply saddened by last night’s terrible news from Gaza. Brunei Darussalam joins fellow members in expressing its heartfelt sympathy to all Palestinians and its condemnation of this act and the violence which is taking place even as we speak.

Even on the saddest of occasions, however, our work must continue.

And I think this is a good time to look back at the past year.

In doing so, I would like to thank our colleagues from Kazakhstan for the work done during their chairmanship. The last year has seen ministerial meetings held on health, the environment, information, food security, agriculture and water as well as joint cooperation with the United Nations on many matters. These sent an important message to our people. It said that the OIC is now firmly engaged in strengthening their security in all its forms.

Our organisation’s work is widening and is sharply focused on our

people’s practical needs. In other words, it offers a modern world vision that covers all aspects of Twenty-First Century life.

That is why it is a special pleasure Mr. Chairman, to see the many observers, guests, and visitors who have come here from all over the world. I joined you in welcoming them most warmly. Their presence indicates growing respect for our organisation and what it is trying to achieve and I am very encouraged to see it.

Several countries have also appointed special envoys to the OIC. Our Secretary-General has received invitations to make official visits to numerous non-member countries and has held meetings with leading political and economic powers and the United Nations Secretary-General. All this demonstrates that the OIC is working in the world, with the world and as part of the world.

A clear example of this was last week’s Joint Statement by most of the major embassies based in Myanmar. It offered positive and balanced help for the Myanmar Government in its effort to resolve the situation in Rakhine State. It means that the international communities are working together in the interests of Muslims who find themselves in a difficult and complex situation. I think this is a significant step forward.

I would also like to express my appreciation to the Secretary-General and to the Secretariat for the many important initiatives that have been taken on our behalves.

Remarkable progress has been made in the last seven years in implementing the Makkah programme of action. Humanitarian offices have been opened in many countries. We have seen economic growth and increased trade. There has been major support for socio-cultural and political reform.

As a result, the OIC is in a better position both internally and externally than ever before. Its views and positions count in making

Page 12: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

6 7

major international decisions. It has vision, purpose and a strong administration.

The result this year, Mr. Chairman, has been major contributions by individual members to regional and global causes and concerns. They have ranged from regional and international peace to the renewed efforts to bring about justice in Palestine. They have covered economic and social development throughout the Islamic world and have included the magnificent academic and intellectual partnerships across the world being established through our research institutes. That is the new-found strength of the OIC and we greatly appreciate Mr. Chairman.

We all wish to look out across the Islamic world and contribute in whatever way we can and the OIC is giving us the opportunity to do this.

In the words of our theme this year, it is that which provides our ‘solidarity’ and ‘sustains’ our organisation’s ‘development’. Thank you.

Ucapan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna

Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji ApongMENTERI PENDIDIKAN

Page 13: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

8 9

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PERSIDANGAN ANTARABANGSA MELAYU ISLAM BERAJA (MIB) DALAM LINTASAN ALAM

MELAYU 2012 ANJURAN MAJLIS TERTINGGI MIB, DI DEWAN CANSELOR, UNIvERSITI BRUNEI DARUSSALAM,

PADA HARI SELASA, 6 RABIULAWAL 1433 HIJRIAH / 28 FEBRUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

KITA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat menganjurkan Persidangan Antarabangsa

Melayu Islam Beraja (MIB) Dalam Lintasan Dunia Alam Melayu pada pagi ini. Persidangan ini sangat signifikan dan bertepatan dengan masanya kerana diadakan dalam suasana kehangatan kita merayakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-28 Tahun. Pada hakikatnya, bahawa MIB tidak dapat dipisahkan dengan kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. MIB bukan sahaja diisytiharkan dengan jelas dan lantang dalam Permasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984 tetapi menjadi tapak dan asas kepada kelangsungan dan survival kita hidup berbangsa dan bernegara.

Dalam tempoh 28 tahun kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memahamkan dan meningkatkan kefahaman MIB. Usaha yang dipikul bukan semudah memeta rancangan di atas kertas. Kita berhadapan dengan pelbagai rintangan dan masalah. Kita juga menempuh bukan sedikit cabaran dan dugaan. Alhamdulillah dengan berkat kesepakatan, dengan azam yang kukuh, dengan tekad yang padu dari semua, kita telah dapat menyusur perjalanan kita, meningkatkan kefahaman MIB kepada amalan dan insya-Allah kepada penghayatan.

Berasaskan proses perkembangan ini dan mengambil kira bahawa generasi hari ini, para belia yang berumur di bawah 30 tahun yang menjadi majoriti rakyat dan penduduk negara ini adalah generasi zaman merdeka, adalah wajar supaya usaha-usaha ke arah meningkatkan penghayatan MIB perlu diteruskan. Generasi ini yang akan mengambil alih kepimpinan negara masa akan datang wajib mendalami nilai-nilai murni yang terkandung dalam MIB memahami dan menghayatinya

kerana ianya asas kepada kehidupan berbangsa dan bernegara yang telah kita warisi lebih 600 tahun dahulu sejak negara Kesultanan Melayu Islam wujud di negara ini. Ianya perlu dipelihara dan perlu dipertahankan.

Dalam bahasa mudah, mungkin diertikan sebagai falsafah negara yang mencerminkan identiti kita. Kita telah menyaksikan beberapa negara telah melaungkan falsafah negaranya. Tetapi tidak kurang juga ada negara yang telah meminggirkan atau alpa untuk menegakkannya kerana mengejar arus yang bernama pembangunan dan kemajuan. Hanya apabila bertembung dengan krisis, orang mula kembali mencari identitinya. Ada negara baru sekarang terjaga akibat cabaran dan masalah politik dan ekonomi global lantas berusaha kembali menghidupkan faktor-faktor yang boleh menyatukannya. Britian umpamanya sebagai negara monarki tertua mengalami masalah sama. Keadaan politik yang melanda dunia menggerakkan bekas Perdana Menteri British Gordon Brown dalam tahun 2009 untuk mengenal pasti dan menghidupkan semula nilai-nilai yang boleh menyatukan rakyatnya, a common ground of Britishness, of British identity seperti tolerance and respect for liberty yang boleh menyatukan mereka menghadapi pelbagai cabaran dan keadaan yang tidak dapat diramalkan.

Tempoh masa 28 tahun melaksanakan MIB menjadikan kita lebih dewasa bukan saja dengan pengetahuan tetapi juga pengalaman. Menerusi pelbagai seminar, forum, kursus, bengkel serta perbincangan dan kegiatan-kegiatan ilmiah kita telah dapat menimba ilmu darinya. Hasilnya menjadikan kita lebih percaya kepada diri kita sendiri. Natijahnya menjadikan kita lebih yakin untuk menentukan arah dan haluan kita, menentukan apa yang terbaik untuk generasi masa ini dan juga generasi akan datang.

Dengan kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baginda telah dapat membawa negara ini mengharungi zaman kemerdekaan dengan nikmat keamanan, kesejahteraan, kemakmuran dan kemajuan serta pembangunan dalam semua bidang memenuhi tanda aras antarabangsa berteraskan kepada nilai-nilai yang terpancar dalam MIB.

Dengannya kita mentadbir dan mengurus negara dengan telus,

Page 14: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

10 11

menunaikan peranan dan tanggungjawab serantau dan antarabangsa. Dengannya kita mengatur kehidupan kita, membawa rakyat dan penduduk negara ini hidup bersatu padu demi memastikan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan serta kemakmuran yang berterusan.

Hari ini dunia berhadapan pula dengan cabaran dan perubahan-perubahan yang dibawa oleh globalisasi. Globalisasi mendatangkan peluang-peluang jaringan global politik, ekonomi, perdagangan, perhubungan dan sebagainya. Globalisasi juga membawa kesan sosial dan kebudayaan serta kehidupan krisis kewangan global, keadaan politik dunia termasuk pergolakan politik di negara Islam serta keadaan yang tidak menentu dan diramalkan yang melanda dunia pada masa ini dan akan datang iaitu uncertainties adalah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh semua negara itu.

Dalam hubungan ini, apakah yang akan dapat menangkis cabaran-cabaran ataupun menghindar dari tempias cabaran-cabaran ini? Apakah yang boleh menjamin ketahanan diri yang dapat menjadi benteng kepada apa jua bentuk dan jenis cabaran yang boleh menggugat jati diri kita sebagai sebuah negara bangsa. Tidak ada yang lain selain daripada MIB yang bertunjang dan berpaksi kepada ajaran agama Islam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menitahkan bahawa, “MIB bukan merupakan slogan tetapi sistem yang mengawal cara hidup kita. Di bawahnya kita bernaung, membangun dan berkembang dan di bawahnya juga kita mendapat keadilan. Kita sekarang sedang memakainya dengan amat selesa lagi bahagia.”

Oleh yang demikian bagaimanakah kita dengan yakin memastikan bahawa generasi yang akan datang akan terus dapat memelihara dan menghayati sepenuhnya nilai-nilai MIB. Saya penuh berharap persidangan ini akan dapat menjana pemikiran bagi menentukan strategi dan merancang usaha-usaha dan inisiatif ke arah mencapai tujuan tersebut.

Dalam konteks pendidikan saya melihat MIB itu adalah

suatu bidang ilmu yang dinamik. Dinamisme MIB menjadikan ia suatu ilmu yang perlu dipelajari dan terus-menerus dikaji dan diselidiki. Kerana MIB itu begitu dinamik yang berpaksi kepada ajaran Islam ia bersesuaian untuk diamal dan dihayati dalam semua peringkat zaman. Nilai-nilai Islam yang terkandung dalam MIB, se-bagaimana juga dengan ilmu mengenai Islam tidak akan ada batas sempadannya untuk dikaji dan dipelajari. Demikianlah luasnya ilmu yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata’ala yang terkandung dalam Al-Qur’an dan Al-Hadis.

Demikian juga mengenai institusi raja dan Melayu kita perlu mengkaji dan meneliti sedalam-dalamnya akan institusi raja yang telah bertapak di Alam Melayu ini berasaskan penyelidikan empirikal atau empirical research dan bukan sekadar membina teori-teori tertentu. Hal yang sama juga perlu dilakukan terhadap kewujudan bangsa Melayu dan kebudayaan Melayu. Penyelidikan dan kajian ini setentunya akan dapat memartabatkan lagi kedudukan dan nilai MIB. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan cantiknya mengungkapkan dalam titah baginda, “Sekarang kita bertambah matang dan telah pun dalam menyelamnya sampai ke dasar, sehingga membolehkan kita dapat membawa naik mutiara-mutiara berharga untuk dipakai.”

Dalam usaha memastikan generasi pada masa ini dan akan datang memahami akan MIB, iaitu mutiara-mutiara yang berharga ini, Kementerian Pendidikan mulai bulan Januari 1991 telah menjadikan MIB satu mata pelajaran dalam kokurikulum sekolah menengah dan meletakkannya sebagai mata pelajaran yang wajib dipelajari. Dalam Sistem Pendidikan Negara Abad 21 (SPN21) yang dilaksanakan sejak tahun 2009 pula, meletakkan MIB sebagai salah satu dari mata pelajaran teras, di samping Pengetahuan Ugama Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Di Pusat Pengajian Tinggi MIB adalah kursus yang wajib dipelajari dan wajib lulus. Dengan treatment dan kedudukan istimewa dalam sistem pendidikan negara diharap akan dapat mendorong lagi generasi akan datang memberikan perhatian serius kepada bidang ilmu ini.

Page 15: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

12 13

Dengan kita memartabatkan MIB sebagai bidang ilmu yang wajib dipelajari dalam sistem pendidikan negara, maka usaha-usaha berterusan menjadikan MIB ilmu yang dinamik wajar pula dipergiatkan dan diteruskan. Oleh kerana itu, penelitian terus-menerus dilaksanakan bagi memastikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sentiasa relevan dengan keperluan masa dan alam keliling.

Dalam aspek yang lain, saya melihat bahawa dinamisme MIB bukan hanya sebagai satu entiti yang berasingan dalam kehidupan kita seharian khasnya dalam kehidupan bernegara. Jika MIB dapat dihayati dalam kehidupan sepenuhnya, MIB adalah menjadi pemangkin dalam mengharungi kehidupan yang penuh persaingan dan cabaran. MIB akan bertindak sebagai penyuntik kepada semangat patriotisme, untuk membina jati diri selaku orang Brunei yang taat setia kepada raja, agama dan negaranya, memiliki semangat waja, berusaha dengan penuh iltizam serta penuh keyakinan untuk meraih kecemerlangan bagi merealisasikan Wawasan Brunei 2035 dan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah Negara Zikir.

Bertepatan dengan Sambutan Hari Kebangsaan ini, Ikrar Hari Kebangsaan yang dilaungkan setiap tahun dengan jelas dan lantang menyuarakan keazaman seluruh rakyat dan penduduk negara ini untuk; saya petik:

• Bersatu padu dan menumpukan taat setia di bawah pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,

• Mempertahankan (negara) dan menjunjungnya dengan setia sebagai negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah sebagai cara hidup yang lengkap,

• Berbakti dan rela berkorban pada mempertahankan maruah dan kedaulatan (negara)nya serta memelihara keamanan dan keselamatannya,

• Mendukung nilai-nilai akhlak yang sempurna serta taat

menjunjung keluhuran undang-undangnya,

• Bekerja dengan gigih, jujur lagi amanah pada meningkatkan kemajuan dan kemakmurannya yang diredai oleh Allah.

Demikianlah ikrar, pada minggu lepas.

Jika kita sentiasa mengingatkan diri kita kepada tekad dan ikrar ini, insya-Allah kita akan dapat terus bersatu padu menikmati kehidupan yang aman tenteram dan penuh kesejahteraan untuk meraih kemajuan dan kemakmuran, menjadikan Negara Brunei Darussalam, negara yang aman makmur dan diredai oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

Akhirnya, saya sukacita merakamkan ucapan terima kasih dan

setinggi-tinggi penghargaan kepada Pembentang Kertas Kerja Utama dan Kertas Kerja dari luar dan dalam negeri. Saya juga sukacita merekodkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli jawatankuasa yang mengendalikan persidangan ini dengan doa semoga apa jua sumbangan yang dihulurkan akan diterima Allah Subhanahu Wata’ala sebagai amal kebajikan jua.

Dengan melafazkan kalimat Bismillahir Rahmanir Rahim, saya rasmikan Persidangan Antarabangsa Melayu Islam Beraja Dalam Lintasan Dunia Alam Melayu 2012.

Page 16: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

14 15

MAJLIS PERASMIAN ASEAN + 3 JUNIOR SCIENCE ODYSSEY LECTURE THEATRE, UNIvERSITI BRUNEI DARUSSALAM

PADA HARI ISNIN, 21 REJAB 1433 HIJRIAH / 11 JUN 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat pagi

IA adalah suatu penghargaan bagi saya untuk hadir di Perasmian ASEAN + 3 Junior Science Odyssey dan berada dalam kalangan para pakar

dan profesional dari Pendidikan Khas telah menjadi satu kebimbangan kepada Negara Brunei Darussalam dan juga rantau kita, yang mana Odyssey seumpama ini adalah releven dan tepat pada masanya.

Negara Brunei Darussalam sesungguhnya bertuah untuk menjadi yang pertama mengungkayahkan acara antarabangsa yang bersejarah ini. Terdapat, kira-kira seramai 63 dan 18 tenaga pengajar dari sembilan buah Negara ASEAN + 3 serta para pakar dari Pusat Yang Berbakat Dalam Sains (Gifted In Science) ASEAN + 3 Korea pelajar berkumpul di sini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pengendali di atas usaha dan penat lelah mereka dalam menjadikan inisiatif ini berjaya. Ucapan selamat datang saya kepada para penceramah undangan, para guru dan para peserta pelajar ke negara kami dan saya mengharapkan semoga penginapan awda semua sesuatu yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan di Negara Brunei Darussalam.

Mula-mula, saya ingin mengiktirafkan peranan penting yang dimainkan oleh Pusat ASEAN Bagi Yang Berbakat Dalam Sains (ASEAN Centre for the Gifted in Science – ACGS) yang mana terus memupuk sainitis muda berbakat dalam rantau ini. Selaku focal point ACGS berusaha untuk memperbaiki dan globalisasikan pendidikan untuk yang berbakat dalam sains melalui pelbagai program, persidangan dan pertukaran antarabangsa para tenaga pengajar dan pelajar berbakat. ACGS mengukuhkan pertukaran rentas budaya dalam kalangan negara-negara ASEAN + 3 dan juga memberi peluang bagi membolehkan yang berbakat dalam sains menyumbang ke arah keamanan, pertumbuhan dan pembangunan. Saya juga ingin terutamanya mengalu-alukan dan

berterima kasih kepada Profesor Lee, Pengerusi ACGS, atas semua sumbangannya dalam bidang ini serta sokongan berterusan dan nasihat sepanjang perancangan dan pelaksanaan majlis antarabangsa yang pertama dan penting ini.

Negara Brunei Darussalam amat berbangga kerana diberi kepercayaan oleh ACGS bagi mengungkayahkan ASEAN + 3 – Junior Science Odyssey mengungkayahkan sebuah acara seumpama ini merupakan satu tanda komitmen kita yang berterusan bagi memupuk kerjasama dalam kalangan negara-negara ASEAN + 3 ke arah mewujudkan generasi mapan.

Tema ASEAN + 3 Junior Science Odyssey ialah ‘Sains dan Dinamik Hutan Hujan Tropika’ adalah bersesuaian dan mencerminkan biodiversiti dan keunikan hutan hujan tropika Negara Brunei Darussalam yang tinggi sebagai pemangkin bagi penemuan saintifik dalam bidang fizik, kimia dan biologi. Oleh itu, ASEAN + 3 Junior Science Odyssey adalah diharapkan akan menjadi International Olympiads dalam tiga Sains versi Asian persediaan kepada rantau ASEAN + 3 serta Olympiad pertama bagi memenuhi Pelajar Berbakat Dalam Sains secara langsung.

Saya mengambil maklum bahawa program ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran dalam sains pelajar sekolah menengah rendah, melalui eksperimentasi berasaskan siasatan, penyelesaian masalah dan kajian di luar bilik darjah. Pendekatan seperti ini adalah amat berinspirasi sebagaimana para pelajar dan masyarakat sains disampaikan dengan pelbagai cara pembelajaran sains melalui penerokaan, kerjasama penyiasatan, berfikir bersama dan belajar bersama. Saya memuji pengongsian antara Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan, ACGS, dan Universiti Brunei Darussalam, kerana menerajui inisiatif ini untuk memberi inspirasi dan memupuk bakat saintifik muda.

Saya sangat yakin bahawa semua usaha ini akan memberikan satu peluang yang amat menarik kepada bakat muda kita untuk meneruskan penyelidikan sains. Program ini juga akan membolehkan kita mengiktiraf dan memberi ganjaran pada para pelajar yang menunjukkan tahap

Page 17: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

16 17

ketekunan, kepintaran, pemikiran bebas dan berdaya tahan sepanjang prestasi mereka pada Odyssey ini. Pelajar-pelajar akan ikut serta dalam pelbagai aktiviti seperti penilaian kemahiran makmal, lapangan kerja dan penyampaian berpasukan. Melalui pendedahan pembelajaran seumpama itu, kemahiran-kemahiran dan bakat-bakat yang perlu akan ditanai, memupuk sifat daya cipta dan penciptaan dalam diri pelajar-pelajar ini. Bagi Negara Brunei Darussalam, ini akan berkesan terhadap matlamat jangka panjang kita untuk pertumbuhan yang mapan dan menyeluruh berdasarkan pada produktiviti dan inovasi.

Sains, Teknologi dan Inovasi mendorong kesejahteraan ekonomi dan pembangunan sosial dunia, di samping menyediakan alat-alat dan penyelesaian dalam menangani cabaran-cabaran sejagat. Bagi Negara Brunei Darussalam untuk terus kekal menjadi sebuah negara yang inovatif, maju dan relevan dalam ekonomi sejagat, ia adalah penting agar kita memaksimumkan penggunaan Sains, Teknologi dan Inovasi, kedua-duanya dalam konteks tempatan kita dan kerjasama kita dengan negara-negara lain ASEAN + 3.

Wawasan Brunei 2035 bertujuan untuk mengubah Negara Brunei Darussalam menjadi sebuah negara yang diiktiraf dengan meluas menjelang 2035 di atas pencapaian rakyatnya yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi di antara 10 buah negara teratas dunia; dengan satu ekonomi yang dinamik dan mapan dengan pendapatan per kapita dalam 10 buah negara teratas di dunia. Kementerian Pendidikan komited ke arah mencapai hala tuju dasar yang telah ditetapkan di bawah strategi pendidikan dalam Wawasan Brunei 2035. Kami baru-baru ini telah melancarkan pelan strategik keduanya untuk lima tahun berikutnya, iaitu 2012 – 2017. Pelan strategik mengenal pasti tiga fokus bidang strategik iaitu (1) Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran; (2) Profesionalisasi dan Bertanggungjawab dan (3) Keberkesanan dan Inovatif.

Sistem pendidikan negara kita, lebih dikenali dengan SPN21, menyediakan pelbagai laluan yang membolehkan para pelajar memilih program-program yang sesuai dengan kebolehan, minat, kecenderungan, pertumbuhan dan pembangunan; seterusnya memenuhi keperluan

individu masing-masing. Sekolah-sekolah sentiasa digalakkan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan untuk semua pelajar termasuk mereka yang istimewa dan berbakat agar mereka boleh mencapai sepenuhnya potensi mereka. Demi untuk bergerak ke hadapan, kami baru-baru ini mempunyai dua program pendidikan Istimewa dan Berbakat Kebangsaan di Negara Brunei Darussalam yang dikenali sebagai Program Cabaran (Challenge Programme) dan Program Cemerlang (Excel Programme).

Kementerian Pendidikan, melalui Unit Pendidikan Khas (UPK), berusaha untuk menyediakan pelajar-pelajar istimewa dengan program-program pendidikan khusus, kedua-duanya secara kebangsaan dan antarabangsa. Pelajar-pelajar istimewa ini memiliki keupayaan yang lebih tinggi di mana mereka sentiasa menunjukkan kebolehan intelektual mereka jauh lebih maju berbanding dengan rakan-rakan mereka. Selain dari kecemerlangan dalam akademik, mereka juga sangat cekap dalam sains dan matematik. Di samping itu, penguasaan bahasa Inggeris dan kebolehan IQ mereka juga cemerlang. Sejak 2007, Negara Brunei Darussalam telah menghantar seramai 18 pelajar belajar di NUS High School of Science and Matematics. Pada masa ini, seramai 17 pelajar belajar di NUS, sementara seorang pelajar dari intake pertama telah menamatkan pengajian dan kini sedang menunggu kemasukan kelima universiti teratas di dunia.

Saya bangga mengatakan bahawa Negara Brunei Darussalam juga tidak kekurangan pelajar isitimewa. Sekali lagi tahun ini, empat orang pelajar telah dianugerahkan sebagai Pencapai Cemerlang Cambridge Dunia 10 Teratas dalam Peperiksaan GCE ‘O’ Level Brunei – Cambridge terutamanya mata pelajaran Sains. Saya juga sukacita mengongsikan bahawa 99.39 peratus pelajar kita dalam kumpulan EXPRESS telah memperolehi kredit dalam Pure Science GCE ‘O’ Level November 2011.

Sejak 2009, seramai 42 pelajar istimewa kita dan ditemani oleh 12 Guru Pemimpin Pendidikan Khas telah diberikan peluang untuk mewakili Negara Brunei Darussalam di enam program istimewa antarabangsa yang berlainan pada tahun-tahun lepas bertempat di Korea, Taipei China, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Indonesia dan United

Page 18: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

18 19

Kingdom. Peluang-peluang ini selaras dengan Wawasan Brunei 2035 Negara Brunei Darusaalam. Keistimewaan untuk menganjurkan ASEAN + 3 - Junior Odyssey yang pertama ini dalam Jun 2012 adalah oleh itu, satu kemajuan semula jadi di mana Kementerian Pendidikan telah tetapkan untuk mempersediakan, daripada menghantar pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam ke program istimewa antarabangsa kepada sekarang, menjadi tuan rumah satu program istimewa antarabangsa.

Satu kajian yang dijalankan oleh Unit Pendidikan Khas (UPK) telah menunjukkan bahawa Guru Pemimpin Pendidikan Khas, yang telah menghadiri program istimewa antarabangsa, telah memperolehi kesedaran tentang isu-isu berkaitan dengan persekitaran. Mereka telah pelajari mengenai amalan-amalan inovatif dari pendidik-pendidik lain dan menekankan kepentingan penggunaan strategi-strategi pengajaran khusus dalam memenuhi potensi pelajar yang berkebolehan dan istimewa. Guru Pemimpin juga merasa diberi kuasa untuk mencetuskan inspirasi kepada para pelajar Brunei untuk belajar menyayangi dan bersemangat tentang Sains dan Teknologi.

Dengan itu, sekolah-sekolah kita perlu terus menawarkan peluang-peluang kepada pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam projek-projek penyelidikan bebas seperti yang ditetapkan dalam SPN21. Ini boleh dianjurkan kedua-duanya di dalam dan di luar sekolah untuk merangsang rasa ingin tahu intelektual para pelajar, mencabar kebolehan mereka dan mengembangkan pengetahuan mereka.

Kepada semua peserta, saya berharap ASEAN + 3 - Junior Science Odyssey yang pertama ini akan memupuk anda dengan satu gaya pemikiran sejagat dalam mengejar pengetahuan saintifik dengan menjadi inovatif dan kreatif. Ambillah peluang ini untuk bekerjasama bersama kumpulan, terus berkongsi pendapat dan rangkaian dengan rakan-rakan yang mempunyai pemikiran sama sepanjang penilaian kemahiran makmal dan projek-projek lapangan. Jika anda berkeinginan untuk mewujudkan kumpulan kajian atau penyelidikan melalui Facebook, e-mails atau malah Twitters, Blogs untuk pencapaian-pencapaian terbaik dalam Sains, teruskan. Kekalkan momentum walaupun selepas Odyssey ini. Saya amat yakin, ini akan membantu anda semua untuk

meningkatkan kemahiran-kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah serta kemahiran-kemahiran kepimpinan.

Akhirnya, saya mengharapkan semoga anda semua memperolehi satu ASEAN + 3 – Junior Science Odyssey yang berjaya dan bermanfaat. Rebutlah peluang ini sebaik-baiknya untuk berinteraksi dan belajar dari diri masing-masing, berkongsi pandangan dan pendapat anda semua dan sememangnya untuk mengalami keunikan negara kami, Negara Brunei Darussalam. Sekali lagi, syabas kepada jawatankuasa eksekutif dan jawatankuasa penganjur di atas masa dan usaha mereka dalam mengungkayahkan acara ini.

Dengan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim sukacita saya mengisytiharkan ASEAN + 3 – Junior Science Odyssey 2012 dibuka.

Page 19: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

20 21

MAJLIS SAMBUTAN MALAM PENGHARGAAN PROGRAM KEPIMPINAN SEKOLAH

BAGI KOHORT YANG KE - 7 DAN KE - 8, DI INDERA SAMUDRA GRAND HALL,

THE EMPIRE HOTEL AND COUNTRY CLUB, JERUDONG PADA HARI SELASA

1 ZULKAEDAH 1433 HIJRIAH / 18 SEPTEMBER 2012 MASIHI

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

ALHAMDULLILAH, sekali lagi kita berkumpul di sini untuk meraikan satu lagi kumpulan pemimpin yang telah bertukar menjadi

pemimpin yang mempunyai cara pemikiran yang lebih baik. Malam ini, penghargaan kepada Program Kepimpinan Sekolah (SLP) Kohort Ke-7 dan Ke-8 diungkayahkan oleh Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA) Universiti Brunei Darussalam (UBD). Tahniah! Ini adalah satu kejayaan ILIA yang mana bermula dengan kohort ini, semua fasilitator adalah tempatan namun saya dapat melihat kualiti masih dikekalkan.

Tahniah kepada 66 pemimpin sekolah dari Negara Brunei Darussalam (kedua-dua dari sekolah kerajaan dan swasta), tiga pemimpin sekolah dari Indonesia, manakala enam dari Filipina yang telah berjaya menamatkan program empat bulan ini.

Pelaksanaan Sistem Pendidikan Baru (SPN21) dalam 2009 memerlukan perubahan meluas dalam kurikulum dan penilaian, penyediaan laluan berganda dalam rangka kerja pendidikan dan perubahan dalam sistem pendidikan vokasional dan teknikal. SPN21 memerlukan sokongan padu dari pihak-pihak kepentingan kita terutamanya pada peringkat sekolah. Ia amat penting bahawa para pemimpin sekolah memiliki keupayaan dan pengetahuan untuk melaksanakan perubahan-perubahan dengan jayanya. SLP bertujuan untuk membangunkan kapasiti dan keupayaan para pemimpin sekolah kita untuk menjalankan pelbagai perubahan di peringkat sekolah. Ia telah dikenal pasti bahawa kepimpinan sekolah merupakan salah satu kaedah pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia.

SLP bermula pada Mac 2012 dan setakat ini kita telah menghasilkan seramai 643 pemimpin sekolah daripada 217 sekolah termasuk sekolah kerajaan, sekolah swasta, sekolah Arab dan seramai 29 daripada pemimpin sekolah ini adalah dari Kemboja, Laos, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Filipina.

Saya difahamkan bahawa SLP membekalkan semua peserta dengan pengetahuan baru mengenai kepimpinan sekolah, kemahiran praktikal baru dan alat pengurusan baru, yang mana akan membolehkan mereka membuat perubahan transformasi di sekolah masing-masing yang menyumbang ke arah peningkatan pencapaian pelajar.

Saya gembira memaklumkan bahawa kohort ke-7 dan ke-8 ini telah berjaya mempertandingkan 24 projek berasaskan sekolah dan 24 amalan terbaik sepanjang program ini. Secara keseluruhannya, sekolah-sekolah yang terlibat dalam SLP ini telah berjaya melaksanakan lebih dari 240 projek berasaskan sekolah dan 240 amalan terbaik setakat ini. Kejayaan projek-projek dan amalan-amalan terbaik ini berkaitan dengan komitmen para pemimpin sekolah, penyertaan para tenaga pengajar dan para pihak kepentingan dalam pelaksanaan pelbagai projek dan amalan terbaik. Ini boleh dicapai melalui pengajaran lata (cascade teaching) yang pemimpin sekolah lakukan dengan para tenaga pengajar mereka sewaktu program. Semasa pengajaran lata itu, para pemimpin sekolah dikehendaki untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran dan peralatan dengan para tenaga pengajar.

Setelah menamatkan program ini, saya pasti peranan anda sebagai pemimpin sekolah tidak hanya untuk menjadi pemimpin pengajaran, tetapi yang paling penting untuk menjadi pemimpin transformasi. Dalam skop ini, saya yakin dan juga anda semua mampu dalam mewujudkan budaya kerjasama baru antara guru, termasuk penekanan yang lebih terhadap kerja berpasukan dan mewujudkan semula nilai dan visi sekolah untuk masa depan yang lebih baik pelajar-pelajar kita. Keupayaan ini

Page 20: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

22 23

adalah penting untuk sentiasa memperbaiki ekosistem sekolah. Pemimpin sekolah berada pada barisan hadapan dalam membangunkan idea-idea inovatif dan amalan terbaik yang boleh memperkasakan guru dan memberi motivasi kepada pelajar untuk bergerak dari zon selesa mereka untuk zon pembelajaran, yang bermaksud bahawa pemimpin sekolah mereka sendiri terus dicabar untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang inovatif di sekolah masing-masing.

Dalam usaha untuk mengekalkan momentum pada peringkat sekolah, Kementerian Pendidikan telah meneliti inisiatif strategik yang boleh membantu sokongan pemimpin sekolah pada tahun ini, kerja-kerja penting mereka. Berdasarkan input dari pemimpin sekolah yang menghadiri SLP, Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti lima inisiatif utama.

Sekali lagi, saya ingin berkongsi dengan semua lima inisiatif utama: penubuhan lima buah Sekolah Model, pembangunan dasar dan garis panduan untuk Autonomi dan Akauntabiliti, pembangunan dasar dan garis panduan untuk Perkongsian Komuniti, pembangunan dasar dan rangka kerja bagi Membina Kapasiti dan pembangunan program mengenai Perubahan Kebudayaan selaras dengan falsafah negara kita. Inisiatif ini telah dibangunkan melalui ketua Jabatan Program Kepimpinan Eksekutif (HELP) Kementerian Pendidikan dengan bantuan perunding SLP dan fasilitator kita sendiri dari Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan di UBD.

Pensejajaran dan sinergi yang diwujudkan melalui SLP dan HELP telah mengurangkan jurang pengetahuan dan persefahaman antara sekolah dan Kementerian Pendidikan. Ini adalah penting dalam pelaksanaan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2012-2017 dan ke arah pencapaian Wawasan Brunei 2035, yang mana kita mahu melihat Brunei yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi. Sehubungan dengan ini, saya ingin menyeru kepada semua untuk bersama-sama, bersatu padu untuk menyokong dalam apa-apa cara untuk membuat inisiatif ini satu kejayaan.

Sekali lagi syabas kepada semua peserta kohort ke-7 dan ke-8 dan kepada pemenang Projek Amalan Terbaik, Sekolah Rendah Merangking dan Sekolah Rendah Haji Mohd. Japar Maun, Kiulap. Ini hanya permulaan dan saya yakin anda semua akan berusaha keras untuk tampil dengan inisiatif baru untuk penambahbaikan di sekolah-sekolah. Saya tidak sabar-sabar untuk mendengar dan melihat lebih banyak idea-idea baru, konsep atau pemikiran daripada anda semua dari semasa ke semasa. Malam ini, saya berasa bangga untuk memaklumkan kepada anda bahawa kepada para pemimpin sekolah yang boleh membuktikan pencapaian cemerlang di sekolah-sekolah mereka yang mempunyai kesan ke atas pelajar, guru dan kakitangan serta masyarakat, saya mengalu-alukan mereka untuk bertanding dalam Projek Sekolah Model.

Setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua rakan-rakan SEAMEO yang telah menyokong penyertaan pemimpin sekolah mereka dalam SLP di Negara Brunei Darussalam.

Akhirnya penghargaan ikhlas saya kepada Pasukan SLP dari ILIA kerana berterusan menyokong usaha Kementerian Pendidikan dalam membina kapasiti dan keupayaan pemimpin-pemimpin kita di kementerian dan sekolah-sekolah.

Page 21: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

24 25

MAJLIS SAMBUTAN JUBLI INTAN SEMPENA 60 TAHUN PENUBUHAN MAKTAB SULTAN OMAR 'ALI SAIFUDDIEN,

PADA HARI SABTU 17 SYA’ABAN 1433 HIJRIAH / 7 JULAI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SEBAGAIMANA yang dinyatakan oleh Pengetua tadi, sekolah ini mempunyai satu tradisi dan sejarah yang unggul dan keunggulan

itu ialah maktab ini telah melahirkan pemimpin-pemimpin negara pada masa yang lalu dan sekarang dan pemimpin yang unggul sekali ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah turut sama mengikuti pengajian di maktab ini pada tahun 1964.

Yang kedua, maktab ini mengambil nama Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, pemimpin negara yang dikenali sebagai Arkitek Moden.

Kerana itu, sebagai pemimpin kepada sekolah ini dan juga sebagai pelajar di sekolah ini, adalah wajar kepada semua pelajar di sini untuk mempertahankan imej dan tradisi yang diwarisi oleh maktab ini.

Mempertahankan imejnya sebagai satu institusi pendidikan yang cemerlang bukan saja dalam bidang akademik, tetapi bidang kokurikular.

Di sinilah saya bersyukur kerana saya mendapat kesempatan bukan saja mengikuti pelajaran akademik tetapi mengikuti aktiviti-aktiviti di maktab ini yang pada masa itu saya tidak merasa apakah manfaat yang saya perolehi dari mengikuti aktiviti-aktiviti sedemikian.

Akan tetapi kita akan merasa nikmat itu apabila kita sudah memulakan karier kita, bagaimana aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dapat memberikan kita kesempatan untuk memperkembangkan potensi kita dari segi kepimpinan kerana ini tidak dapat kita perolehi dalam

mata pelajaran tetapi melalui kepimpinan-kepimpinan dalam persatuan-persatuan, kelab-kelab dan sebagainya, kerana itu tradisi yang terdapat di maktab ini yang mengimbangkan antara akademik dan non-akademik adalah suatu yang amat berharga dan perlu dimanfaat oleh semua pelajar-pelajar bagi karier masa depan dan kehidupan masa depan pelajar sendiri.

Kerana itu saya amat bergembira apabila pengetua tadi dalam ucapannya ada menyatakan bahawa maktab ini telah berusaha untuk melaksanakan beberapa program-program yang tertentu. Program-program yang memperkembangkan potensi akademik dan juga memperkembangkan potensi seorang pelajar secara holistik.

Dalam usaha kita untuk mencapai dan merealisasikan objektif kita melahirkan pelajar-pelajar yang holistik yang boleh meningkatkan potensinya dalam semua bidang dan aspek, adalah perlu kerjasama daripada semua pihak, khususnya para guru untuk menawarkan pendidikan yang berkualiti serta memberikan pengetahun yang relevan bagi menjana para pelajar untuk menjadi seorang manusia yang berguna pada masa depan, iaitu dalam konteks pada masa ini yang mempunyai kemahiran dalam teknologi, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran menganalisa, mempunyai kemahiran kritikal, analitikal dan sebagainya yang mana ini adalah menjadi tugas kepada para guru yang menjadi fasilitator dalam pembelajaran pada masa ini.

Sebagaimana yang pernah saya nyatakan dalam ucapan-ucapan saya yang lalu bahawa dalam satu laporan yang dibuat oleh MCKinsey mendapati bahawa pendidikan yang berkualiti hanya dapat dihasilkan oleh guru-guru yang berkualiti.

Kerana itulah penting bagi para guru untuk sentiasa memastikan bahawa mereka akan dapat membekalkan pelajar-pelajar dengan bekalan ilmu dan kemahiran yang berkesan bagi mereka dapat bermain di padang global. Mereka perlu untuk membekalkan teknik kemahiran yang dapat mencetuskan kreativiti dan inovasi.

Page 22: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

26 27

Ke arah ini, Kementerian Pendidikan telah dan akan terus berusaha bagi menawarkan pelbagai program yang dapat memperkembangkan profesionalisme para guru menerusi program-program yang dilaksanakan dalam negeri mahupun yang dilaksanakan oleh organisasi pendidikan serantau.

Dalam hubungan ini, kita dapat menyaksikan bagaimana Program Kepimpinan Sekolah yang telah pun berjalan selama dua tahun telah menghasilkan kejayaan dari segi memberikan kemahiran dan pengetahuan kepada pengetua atau pemimpin-pemimpin sekolah dalam mengenal pasti dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah masing-masing.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh pengetua tadi bahawa dalam usaha kita untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajaran, pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi prasarana pendidikan di maktab ini yang mana insya-Allah dengan terlaksananya tambahan prasarana pendidikan di maktab ini kita berharap ia akan dapat memberikan kemudahan pendidikan yang dapat menjana dan meneruskan fungsi sekolah ini sebagai premier school.

Saya amat bergembira bahawa tema yang dipilih bagi forum pada petang ini ialah 'Kerancuan Bahasa'. Dalam hubungan ini, masalah kerancuan bahasa ada berkaitan dengan usaha kita sebagai kumpulan atau individu untuk mengejar akan perkembangan yang bernama infokomunikasi.

Dalam usaha kita untuk mengejar akan kemajuan dalam infokomunikasi jangan sampai ianya akan menjejaskan cara pertuturan atau penguasaan bahasa kita sehingga menimbulkan kerancuan bahasa.

Dalam hubungan ini, saya turut mengongsikan bahawa sekiranya kita meneliti daripada kelulusan peperiksaan pada peringkat 'O' Level, nyata sekali terdapat peningkatan di dalam prestasi pelajar-pelajar terutamanya dalam bahasa Melayu iaitu yang meningkat daripada 80.23 peratus dalam tahun 2012 kepada 80.64 peratus dalam tahun 2011 di sekolah-sekolah

79.57 peratus. Jika ini menjadi ukuran dari segi kemahiran pelajar-pelajar dalam menguasai bahasa Melayu, ia adalah merupakan satu petanda yang sangat menggalakkan.

Akan tetapi, jangan sampai prestasi atau performance kita dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam sekolah itu akan dapat menjejaskan juga kemahiran komunikasi secara verbal dan kemahiran berkomunikasi yang pada akhir-akhir ini banyak dipengaruhi oleh kerancuan bahasa.

Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk juga individu sendiri selaku pelajar dan guru untuk mengelakkan seberapa boleh daripada berlakunya dan meluasnya kerancuan bahasa dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Kita akan mendengar akan pandangan panel forum kita pada hari ini dalam membicarakan perkara ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOAS) yang telah selama 60 tahun dapat melaksanakan fungsinya sebagai sekolah atau maktab yang terunggul di negara ini dan diharap pada semua yang berkenaan akan terus dapat memikul tanggungjawab di dalam mempertahankan prestasi dan imej maktab ini.

Saya ingin mengucapkan penghargaan tahniah kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Majlis Sambutan Jubli Intan Sempena 60 Tahun Maktab SOAS yang telah berusaha mengendalikan majlis yang berkebajikan ini dan jadikanlah aktiviti ini sebagai satu daripada aktiviti yang akan dapat mengangkat martabat ini kepada satu tahap yang tinggi pada masa akan datang.

ataupun secara nasional ia telah meningkat daripada 78.45 peratus kepada

Page 23: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

28 29

THE OFFICIAL LAUNCHING OF BRUNEI TEACHER’S DAY INTERNATIONAL CONFERENCE 2012 ‘CRAFTING INNOvATIvE

INSTRUCTION’ AT CONFERENCE HALL, AT THE INTERNATIONAL CONvENTION CENTRE (ICC), BERAKAS

ON WEDNESDAY, 23 ZULKAEDAH 1433 / 10 OCTOBER 2012

Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Anbiya’ Walmursaleen, Sayyidina Muhammadin

Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een.

IT gives me great pleasure to be here today at the inauguration of the Brunei Teacher’s Day International Conference for 2012, an event organised in conjunction with Teacher’s Day celebration. Let me take this opportunity to extend my appreciation to the organising committees, both from the Ministry of Education and also Ministry of Religious Affairs, for their relentless efforts in bringing this initiative into fruition. Such undertaking is a strong indication of both ministries’ commitments in providing an appropriate platform to the sharing and discussion on innovative teaching experiences in Brunei context and I look forward to more innovative ideas and projects in time to come.

My warmest welcome to the two keynote speakers from overseas, Mr. Michael Hartel, and Professor Dr. Jeongwon Kim and all participants. I believe, your support for this conference in sharing of knowledge and experiences indeed very much contribute to the success of this conference and to the development of innovative education.

As we all aware, students nowadays are very much different to those we had in the past. Technological advancement has made fundamental changes to how we live our life and consequently becoming a big influence in our young generation. Students prefer to be online using social networks and communicating themselves with friends and families. They are born in a time and world where they grow up to be ICT citizens, accustomed to getting information in a dynamic and visually-rich ways. Thus, the theme for this year Brunei Teacher’s

Day International Conference,`Crafting Innovative Instruction, a 21st Century Perspective’, is indeed appropriate in reflecting the important role teachers play in adopting innovative teaching approaches that would better improve and enhance students’ learning.

Let us reflect back. Ministry of Education has initiated a series of reform towards achieving Brunei Vision 2035. We have embarked on a new education system, SPN21 and identified ICT as a new mechanism and catalyst for supporting new ways of teaching, learning and managing.

This is because students nowadays have expanded their learning horizons through exploring and demonstrating what they learn through blogs, wikis, podcasts, virtual worlds and video production. Learning is enriched through mobile learning e-trails, use of dataloggers and handheld devices like tablets and mobile phones. In achieving these aspirations, e-Hijrah Strategy and Blueprint were formulated that represents a fully coordinated and integrated national effort for ICT in education in Brunei Darussalam. Various initiatives have been identified under e-Hijrah that aimed to provide a learning environment towards a 21st century teaching and learning. One of the projects under e-Hijrah that I would like to highlight here is the delivery of Digital Curriculum Resources that will provide a centralised web-based system for digital curriculum materials which can be accessed and used by teachers, learners and the wider community. Such system that enables teachers, learners and parents to access resources, would add value and impact on student learning, support 21st century pedagogies and promote student-centred activities as and when needed. In supporting this project, a media and in-service centre will be set up. The media and in-service centre will become a vital hub that provides a range of new learning media and related digital assets to implement 21st century curriculum with a set of highly interactive learning resources and tools. The centre will serve to integrate the designing and implementation of 21st century classroom practices and the designing and development of student interactive learning. Activities of the centre and other related e-Hijrah projects such as the one-to-one

Page 24: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

30 31

computing will also be integrated. These are, amongst other things, that the Ministry of Education is undertaking. Paramount to the successful realisation of all these initiatives is a thorough and detailed strategic planning, high investment on human resource development and strong commitment from all stakeholders concerned, especially teachers.

Through those initiatives, I would like to witness further, the transformation in our teachers and educational leaders. I believe, the theme ‘Crafting Innovative Instruction’ in the 21st century encompasses the need for our Brunei teachers to be developed as 21st century teachers. The 21st century teacher we believe, if first and fundamentally, an ethical educator who demonstrates high professional standards of integrity and moral courage; also a competent professional who continues to develop new knowledge, skills and dispositons to lead, care, inspire and nurtures students holistically; a collaborative learner who actively engages in professional conversations to learn from his or her peers and from experts; a transformational leader who is driven by a sense of mission to enable students to learn and develop; and leads and inspires his colleagues to reflect and innovate; a community builder who understands Brunei Darussalam’s unique context and develops a strong sense of social responsibility in our students.

In the process of ‘crafting innovative instructions’, teachers need to remind themselves to be self-directed learners, to take ownership for charting their own professional development, to make self-assessment and to reflect on their own learning needs. With that, our teachers will become more reflective learners and be good role models of self-directed learning, who are able to develop and enhance their competencies over time, as required by our Brunei Teacher Standards. Towards this, all teachers should grow over time, no matter how good they are in their craft already.

It is imperative for teachers to use the ICT skills as a tool for them to impart knowledge in ensuring students will acquire 21st century skills for individual life and work today. Based on the model of Innovative Teaching and Learning (ITL) Research 2011, one of the leading research

sponsored by Microsoft Partners in Learning, the learning outcomes that individual student acquires which are considered as 21st century skills are:

Knowledge buildingSelf-regulation and assessmentCollaborationSkilled communications Problem-solving and innovationGlobal awarenessUse of ICT for learning

Indeed, it is inevitably important for teachers to know their ICT skills in crafting innovative instructions as crafting the instructions is not a goal in itself but a tool to broaden and deepen learning opportunities for students.

As we move ahead, let us make a concerted effort to collaborate and learn from one another. To our local teachers and educators, let’s continue our efforts to optimize the use of ICT to enrich learning for our students and ourselves. To our foreign counterparts, we look forward to more opportunities to exchange ideas and share insights with one another. And to our partners in education, we look forward to working towards greater collaboration to bring our education landscape to the next level. It is my earnest hope that all of you will forge networks over the next couple of days, towards developing a Networked Learning Community (NLC) that is sustainable and inspirational to your learning and teaching for years to come.

Finally, thank you all for your efforts in making a difference to our young generation. I wish you an enjoyable and productive Teacher’s Day Conference. Please make the most of this to experience the uniqueness of our country, Brunei Darussalam. I wish all of you an enjoyable and memorable stay in Brunei Darussalam.

Page 25: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

32 33

With the kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, it is my great pleasure to declare the Brunei Teacher’s Day International Conference for 2012 open.

MAJLIS SAMBUTAN JUBLI EMAS SEKOLAH RENDAH JERUDONG, BRUNEI vI, PADA HARI SABTU, 10 MUHARRAM 1434 HIJRIAH / 24 NOvEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat dan hidayah - Nya jua, kita

semua dapat berkumpul di majlis yang penuh bermakna ini iaitu Majlis Sambutan Sempena Jubli Emas Sekolah Rendah Jerudong di pagi yang mulia ini.

Saya terlebih dahulu, di kesempatan ini, ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada guru besar, guru-guru, pelajar-pelajar dan para ibu bapa serta penjaga pelajar-pelajar Sekolah Rendah Jerudong di atas sambutan Jubli Emasnya yang kita raikan hari ini. Ucapan penghargaan jua ditujukan kepada mereka yang pernah berkhidmat dan menyumbangkan jasa bakti kepada sekolah ini.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Pengerusi tadi, sekolah ini telah mula menyediakan perkhidmatannya lebih dari 50 tahun bermula pada tahun 1955 dan seterusnya beroperasi secara rasmi apbaila bangunan baru dibina pada tahun 1957.

Dengan keramaian pelajar hanya 25 orang pada ketika itu, sekarang sekolah ini mempunyai seramai 583 orang pelajar.

Peningkatan Sekolah Rendah Jerudong bukan sahaja dari bertambahnya keramaian pelajar, bertambah besarnya bangunan sekolah tetapi juga bertambahnya kegiatan serta mata pelajaran yang ditawarkan.

Perubahan dan Perkembangan Sekolah Dalam tempoh 55 tahun,

Page 26: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

34 35

kita telah menyaksikan Sekolah Rendah Jerudong melalui banyak perubahan dan perkembangan. Yang paling ketara ada :

• Perubahan kepada prasarana sekolah dari mempunyai bangunan yang berbentuk sementara kepada bangunan kekal dengan dilengkapi kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajarannya.

• 47% guru Sekolah Rendah Jerudong mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda berbanding hanya 18% pada tahun yang lalu, dan

• Pelajar-pelajar sekolah kini mempunyai latar belakang kehidupan yang meningkat.

Walau bagaimanapun, fungsi dan peranan utama sekolah masih lagi terus berjalan, iaitu di dalam memperkembangkan potensi setiap murid. Sekolah akan terus melaksana komitmen dalam memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar atau (student-centric), sebagaimana jua tuntutan Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21, SPN21.

Sebagai sekolah yang sudah dewasa dan telah melalui banyak cabaran, perubahan dan perkembangan, saya penuh percaya Sekolah Rendah Jerudong mempunyai kelebihan dan keupayaan tinggi di dalam menonjolkan dirinya bagi menjayakan perlaksanaan SPN21. Dalam usia dan kedudukannya yang mantap, Sekolah Rendah Jerudong mampu untuk menterampilkan diri dengan memainkan peranan yang lebih menyerlah dan menjadi sebagai sekolah contoh kepada sekolah-sekolah yang berusia lebih muda.

Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Rendah Jerudong

Bila menyebut mengenai dengan pencapaian sekolah, sudah setentunya pencapaian akademik pelajar akan menjadi tumpuan.

Melihat kepada ini, Sekolah Rendah Jerudong telah dapat

meningkatkan prestasinya dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) semenjak 10 tahun kebelakangan. Dalam tempoh ini, purata lulus PSR meningkat dari 57% kepada sekitar 78%. Dari keputusan penilaian PSR bagi tahun ini, Sekolah Rendah Jerudong telah dapat mengekalkan peratus lulus sebanyak 77.65%. Sekali lagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru, pelajar-pelajar serta para ibu bapa di atas pencapaian ini.

Pencapaian peperiksaan PSR sekolah ini bagi empat (4)mata pelajaran teras pada tahun 2012 menunjukkan bahawa –

• Sekolah telah dapat mempertahankan tahap lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu pada 84%.

• Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pula, terdapat peningkatan sehingga 91.78%.

• Walau bagaimanapun, pencapaian bagi mata pelajaran Matematik didapati menurun dibandingkan dengan keputusan tahun lepas iaitu, dari 81% kepada 79%.

• Bagi mata pelajaran Sains, sekolah mencatatkan peningkatan daripada 86% lulus pada tahun 2011 kepada 87% pada tahun 2012.

Di peringkat nasional pula terdapat penurunan pencapaian dalam PSR sebanyak 6.82% iaitu dari 85.3% dalam tahun 2011 kepada 78.4% dalam tahun 2012. Sungguhpun terdapat peningkatan dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu sebanyak 1.33%, Bahasa Inggeris seban-yak 0.99% dan Melayu Islam Beraja sebanyak 0.21% iaitu dari tahun 2011 ke tahun 2012. Akan tetapi pencapaian dalam Matematik 80.72% dalam tahun 2012 sementara pencapaian Sains juga menurun sebanyak 3.91% iaitu dari 92.27% kepada 88.36%.

Tertakluk kepada kajian atas penyelidikan, adalah dipercayai bahawa penurunan pencapaian dalam Matematik dan Sains pada tahun ini adalah kerana pengenalan perubahan format soalan Matematik dan Sains yang memasukkan soalan-soalan yang lebih mencabar untuk menguji

Page 27: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

36 37

kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah (problem solving) sesuai dengan kehendak sistem pendidikan negara.

Kementerian Pendidikan mengambil perhatian serius terhadap pencapaian pelajar-pelajar dalam penilaian dan peperiksaan awam. Berkaitan dengan penurunan pencapaian dalam mata pelajaran.

Matematik dan Sains dalam penilaian Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2012, Jabatan Peperiksaan dan Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan telah pun membuat analisa awal terhadap penurunan ini dan akan mengikutinya dengan kajian melalui item analysis bagi mengenal pasti punca-punca penurunan itu. Hasil kajian ini, insya-Allah akan dikongsikan dengan sekolah-sekolah supaya langkah-langkah yang bersesuaian akan dapat diambil oleh guru-guru dan guru besar.

Melihat kepada pencapaian ini masih terdapat pelajar-pelajar yang belum mencapai tahap penilaian tersebut di mana jumlah pelajar yang lulus Penilaian Sekolah Rendah sejak lima tahun kebelakangan adalah secara purata 85 peratus yang bermakna bahawa sejumlah 15 peratus tidak mencapai tahap penilaian. Ini merupakan trend yang membimbangkan mengambil kira bahawa persekolahan di peringkat rendah adalah merupakan asas permulaan untuk dijadikan landasan yang akan dapat membantu pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka ke peringkat menengah. Yang demikian, satu program intervensi terpaksa diadakan di Tahun 7 bagi membantu pelajar-pelajar dalam kategori ini untuk meningkatkan kemahiran asas mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian menengah.

Pada hakikatnya, kekurangan kemahiran asas pelajar-pelajar sewajarnya dapat diatasi di sekolah rendah lagi dan tempoh masa enam tahun di sekolah rendah merupakan suatu jangka masa yang bersesuaian untuk membantu pelajar-pelajar mengatasi serta meningkatkan kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran asasi, literasi dan numerasi.

Inisiatif-inisiatif Kementerian Pendidikan

Menyedari akan cabaran ini dan dalam usaha ke arah memberi dukungan kepada pihak sekolah, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan beberapa inisiatif yang menekankan kepada penerapan amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan terbukti. Inisiatif-inisiatif yang ingin saya sebutkan disini ialah :-

• Inisiatif The Integrated Approach to Rading Acquisition (TIARA)TIARA adalah merupakan program literasi yang memfokuskan empat kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang diajarkan kepada murid-murid Pra-Sekolah hingga Tahun 3.

Dapatan penilaian yang telah dikendalikan bagi penilaian pertama bulan Februari dan penilaian kedua bulan Jun 2012 telah menunjukkan pencapaian pelajar ketahap yang diharapkan (near expection and expection level) adalah sangat menggalakkan. Jumlah pelajar Tahun 1 yang mencapai tahap berkenaan pada bulan Januari 2012 adalah 45.79% dan telah meningkat kepada 56.6%. Pencapaian bagi pelajar Tahun 2 dan Tahun 3 juga menunjukkan peningkatan. Bila ianya dilaratkan pada tahun 2013, kepada pelajar Tahun 4, kita juga berharap pencapaiannya akan meningkat juga.

Inisiatif lain yang diperkenalkan adalah Inisiatif Program Pengukuhan Kemahiran Asas, singkatnya PEKA.

PEKA merupakan satu lagi program yang telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah yang memfokuskan kepada pemulihan asas numerasi dan literasi bagi pelajar-pelajar yang mempunyai cabaran dalam menguasai kemahiran asas mengira dan membaca. Program ini akan mula dijalankan di sekolah-sekolah rendah bagi pelajar-pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 mulai pada bulan Januari 2013 dalam mana seramai 356 guru akan dilibatkan.

Program yang baru diperkenalkan pada tahun ini pula adalah Program Membaca dan Menulis Gabungan Bunyi kata atau ringkasnya KGBK.

Page 28: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

38 39

Penekanan program KGBK ialah pembentukan program membaca dalam Bahasa Melayu yang sistematik. Program ini dijalankan bagi pelajar-pelajar Tahun 1. Program KGBK ini mempunyai 12 aras kemahiran yang mana aras 6 ialah aras di mana pelajar-pelajar telah mempunyai kemahiran untuk membaca dan aras 11-12 menunjukkan pelajar yang telah mencapai kemahiran membaca di samping memahaminya. Setakat ini jumlah pelajar Tahun 1 yang telah mencapai aras tertinggi iaitu aras 11 dan 12 ialah 59.7%.

Dengan penggayaan berbagai program ini dan yang diselaraskan oleh sekolah-sekolah dengan rancangan intervensi, dengan projek kepimpinan pemimpin sekolah, dengan program-program sokongan termasuk ICT, apakah kita tidak mampu untuk mengubah landskap pendidikan rendah kita?

Kedudukan 15% dari kohort PSR yang kurang mencapai tahap pencapaian Penilaian Sekolah Rendah akan dijangka menghadapai kesulitan mengikut pengajian menengah di Tahun 7.

Kita sekali lagi memandang serius akan kedudukan kohort ini. Program-program intervensi yang sedang dilaksanakan pada masa ini hanyalah merupakan langkah jangka pendek dalam usaha mengatasi masalah ini. Dalam jangka panjang kita perlu meneliti dan menyediakan program atau rancangan yang lebih terarah dan berkesan yang dapat membekalkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang bersesuaian yang membolehkah mereka menyumbang kepada diri mereka dan negara di masa akan datang.

Peranan Guru sebagai Penggerak Utama

Kementerian Pendidikan melihat bahawa walau banyak sekalipun program pengayaan dan pengenalan amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik, semuanya masih banyak bergantung kepada guru-guru dan juga pemimpin-pemimpin sekolah. Memang disedari bahawa peranan guru sekarang adalah lebih mencabar. Guru-guru masa kini berdepanan dengan arus perubahan-perubahan yang deras, yang

tidak menentu. Proses globalisasi yang dihadapi tidak dapat dielakkan, yang mana memaksa kita semua untuk berusaha dengan lebih gigih lagi ke arah memastikan generasi yang akan datang dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21. Apakah kemahiran-kemahiran abad ke-21? Antara lainnya adalah : -

• Keupayaan untuk membina ilmu pengetahuan (knowledge building),

• Bekerjasama secara berpasukan,

• Mempunyai kesedaran menangani perubahan-perubahan global,

• Berkeupayaan dalam menyelesaikan masalah dan berinovasi,

• Berkemampuan di dalam menilai dan mendisiplinkan diri (self \ regularing and assessment), dan

• Mempunyai kemahiran dalam menggunakan Teknologi Info- Komunikasi (ICT dalam pembelajaran).

Oleh yang demikian guru-guru dalam hubungan ini adalah merupakan penggerak utama dalam merealisasikan kejayaan sistem pendidikan negara, baik dalam aspek pembelajaran pelajar di bilik-bilik darjah mahupun dalam menjayakan inisiatif-inisiatif yang saya sebutkan awal tadi.

Kita seharusnya memerlukan guru-guru yang lebih passionate untuk sama-sama membantu pelajar-pelajar ini. Kita sebenarnya memerlukan guru-guru yang boleh memberi inspirasi bagi membimbing pelajar-pelajar ini.

Guru Masa Depan (Future Educators)

Pada hemat saya, apa yang sedang kita laksanakan di negara ini sejauh ini menepati amalan-amalan terbaik yang dijalankan di negara-negara lain. Semasa menghadiri Persidangan World Innovation Summit

Page 29: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

40 41

for Education (WISE) di Qatar baru-baru ini, para pemimpin pendidikan bersepakat di dalam mentafsirkan ciri-ciri yang harus ada dalam diri seorang pendidik iaitu kualiti masa depan (future educator) yang antaranya:-

• Pendidik masa depan adalah sebagai pelopor inovasi dan kreativiti,• Seorang yang seharusnya mempunyai pemikiran global dan terbuka,• Menjadi peneraju kepada pembelajaran sepanjang hayat dan• Merupakan pemimpin atau ketua pedagogi.

Selain itu, pendidik masa depan juga harus mempunyai kemahi-ran-kemahiran seperti –

• Berpemikiran kritis• Mempunyai personaliti yang tenang dan seimbang • Bertanggungjawab• Mempunyai kemahiran memudah cara (facilitating)• Mempunyai profesionalisme yang tinggi• Senantiasa aktif dalam meningkatkan jaringan kerja, dan• Komited serta dedikasi

Menggalak Kecemerlangan Sekolah Rendah Jerudong (Nixhe Areas)

Berbalik semula kepada Sekolah Rendah Jerudong, saya melihat pihak sekolah mempunyai komitmen yang tinggi di dalam usahanya untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan melalui integrasian atau aplikasian ilmu dari mata pelajaran-mata pelajaran dalam pelaksanaan projek-projek yang telah dinyatakan. Ini terbukti apabila sekolah telah dapat menonjolkan bidang-bidang keunggulannya (niche areas) yang tersendiri melalui penyertaan dalam ‘International Sustainability Camp for Children (ISCFC) yang diadakan di luar negara baru-baru ini.

Saya penuh percaya, dengan kedudukan yang mantap dan potensinya yang tinggi, Sekolah Rendah Jerudong sudah mempunyai

perancangan strategik bagi tempoh 10 tahun akan datang. Dalam perkara ini, saya sukacita menasihatkan kepada sekolah supaya melihat akan kekuatan-kekuatannya dan berusaha ke arah mengeksploitasi ruang-ruang peningkatan yang belum diterokai.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada pihak Sekolah Rendah Jerudong di atas Sambutan Jubli Emas yang kita raikan hari ini. Saya mendoakan semoga Sekolah Rendah Jerudong akan terus maju jaya dalam mengangkat prestasi sekolah ini ke peringkat yang lebih cemerlang.

Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak pada masa yang lalu atua masa ini di dalam mengungkayahkan bagi sekolah ini mencapai kejayaannya.

Page 30: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

42 43

Ucapan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan

Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib

Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. YusofMENTERI KESIHATAN

KARNIvAL KERJAYA KESIHATAN 2012, DI PUSAT PROMOSI KESIHATAN

PADA HARI SELASA 14 RABIULAWAL 1433 HIJRIAH / 7 FEBRUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum WarahmatullahiWabarakatuh dan salam sejahtera

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua kita

dapat bersama-sama hadir pada pagi ini dalam Majlis Karnival Kerjaya Kesihatan bagi tahun 2012.

Karnival Kerjaya seperti ini adalah signifikan kerana ianya bukan sahaja bertujuan bagi mempromosi kerjaya kesihatan di negara ini, malahan lebih penting ialah untuk menarik lebih banyak lagi golongan pelajar-pelajar di negara ini untuk menceburi bidang perubatan dan kesihatan yang sangat diperlukan oleh negara dan seterusnya memilih profesion kesihatan sebagai kerjaya mereka nanti.

Di samping itu, karnival ini juga dihasrat untuk mendedahkan kepada orang ramai khasnya kepada penuntut-penuntut akan kelayakan-kelayakan atau kelulusan-kelulusan yang dikehendaki untuk mengikuti pengajian lanjut dalam jurusan tertentu dan juga jawatan dalam pelbagai bidang profesion yang diperlukan oleh Kementerian Kesihatan sejajar dengan Pelan Strategik Kementerian Kesihatan untuk memantap dan mengukuhkan lagi kesihatan yang terbaik dan berkualiti tinggi di negara ini. Ianya juga akan memberikan kefahaman tentang peranan setiap bidang profesion kesihatan.

Di Kementerian Kesihatan telah dikenal pasti memerlukan 30 jenis profesion kesihatan yang menjadi nadi tunggak penggerak ke arah sistem kesihatan yang lebih mantap, komprehensif, teratur dan berkualiti. Mereka ini antara lainnya terdiri daripada pakar-pakar, doktor-doktor dalam pelbagai bidang profesion perubatan, kesihatan awam, pergigian, jururawat dan bidan. Begitu juga di bidang allied health professional

Page 31: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

44 45

seperti profesional farmasi, makmal klinikal dan saintifik dan lain-lain di mana kesemua mereka ini bertanggungjawab ke atas hal-ehwal kesihatan awam, diagnostik dan teknikal, intervensi dan kaunseling serta perkhidmatan pemulihan pesakit dan lain-lain.

Alhamdulillah, pertumbuhan bilangan profesional negara dalam tempoh beberapa dekad yang lalu telah menunjukkan peningkatan. Namun demikian, bilangan profesional kesihatan di negara ini masih kekurangan apatah lagi jika dibandingkan dengan pencapaian-pencapaian negara-negara maju seperti mana laporan statistik pada tahun 2010 yang menunjukkan:

• Nisbah penduduk kepada doktor di negara-negara maju adalah antara 170 hingga 300 bagi seorang doktor, manakala nisbah penduduk di Negara Brunei Darussalam bagi seorang doktor ialah 736 penduduk.

• Nisbah penduduk kepada Doktor Gigi di negara-negara maju adalah antara 600 hingga 1,300 bagi seorang Doktor Gigi, manakala di negara ini ialah 4,819 penduduk bagi seorang Doktor Gigi.

• Bagi ahli farmasi pula, nisbah penduduk bagi seorang ahli farmasi di negara-negara maju ialah antara 730 hingga 1,200 tetapi dibandingkan dengan negara ini adalah lebih 10 kali ganda berbeza iaitu 9,637 penduduk bagi seorang Ahli Farmasi.

Seterusnya bagi profession allied health seperti audiologist, clinical psychologist, guru bagi yang kurang pendengaran, pegawai kebajikan perubatan, optometrist, orthopist, paediatrist, prosthetist, orthotist (teknisyen membuat lengan, tangan dan kaki palsu), speech language therapist dan jurutera biomedical – Kementerian Kesihatan hanya mempunyai profesional yang sangat terhad dan kecil bilangannya iaitu antara dua hingga sembilan pegawai setiap profesion yang memberikan khidmat di keseluruhan negara.

Penganalisaan statistik profesional kesihatan di Kementerian Kesihatan juga menunjukkan jumlah profesional kesihatan dari kategori anak-anak tempatan adalah meningkat dari masa ke semasa misalannya,

pada tahun 2007, Kementerian Kesihatan mempunyai 181 doktor termasuk 24 pakar tempatan iaitu 35 peratus dari jumlah keseluruhan doktor dan pakar di negara ini, manakala pada tahun 2011, jumlah ini meningkat kepada 43 peratus iaitu seramai 247 orang doktor termasuk 22 pakar. Begitu juga bagi profesional kesihatan lain seperti jurupulih anggota, jurupulih kerja, teknisyen bidang ‘maxillofacial’ dan ‘neurophysiology’ walaupun ada peningkatan tetapi jawatan-jawatan yang ada masih belum dipenuhi oleh anak-anak tempatan. Walaupun bilangan anak-anak tempatan dalam profesion kesihatan ini meningkat, pihak Kementerian Kesihatan berhasrat untuk melipatgandakan lagi keramaian jumlah profesional kesihatan dari kalangan anak-anak tempatan khususnya dalam profesion kedoktoran dan kepakaran termasuk doktor dan pakar pergigian, farmasi dan lain-lain profesion dalam allied health bagi memenuhi keperluan masa kini dan masa akan datang.

Kementerian Kesihatan memandang serius mengenai perkara ini kerana kita sangat menyedari betapa pentingnya peranan profesional dan pekerja kesihatan dalam mengukuhkan sistem ke arah yang terbaik dan berkualiti tinggi. Bukan sahaja kita memerlukan profesional kesihatan dalam bilangan yang mencukupi bahkan lebih dari itu, sistem dan perkhidmatan kesihatan negara juga memerlukan kepelbagaian kemahiran serta kepakaran untuk menyumbang kepada perkhidmatan yang lebih komprehensif, efektif dan berkualiti.

Dalam senario ini, jelas menggambarkan bahawa betapa negara sangat memerlukan lebih banyak profesional kesihatan yang mana peluang untuk mengambil jurusan-jurusan ini sangat terbuka luas khasnya bagi penuntut-penuntut di institusi pendidikan di negara ini.

Profesion kesihatan adalah juga kerjaya yang marketable dan ‘high-demand’ oleh itu, kita mahukan lebih banyak lagi anak-anak tempatan memilih profesion kesihatan sebagai kerjaya, di samping dapat terus menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara melalui kemahiran serta kepakaran yang berkualiti tinggi.

Dalam memasuki abad ke-21 ini walaupun tahap nisbah bilangan tenaga profesional kesihatan belum sebanding dengan pencapaian

Page 32: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

46 47

negara-negara maju, alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana kita di Negara Brunei Darussalam masih dapat mengekalkan status kesihatan yang sangat baik seperti yang dapat dilihat dari pencapaian Millenium Development Goals in Health dan juga indeks kesihatan dalam pembangunan manusia (health index in human development). Pencapaian ini adalah berkat wujudnya sistem kesihatan negara yang komprehensif di mana sentiasa diperkukuhkan dari masa ke semasa serta hasil usaha perancangan dan pelaksanaan strategi kesihatan yang bersepadu dan terarah. Dari perspektif tenaga kerja manusia, kemajuan sistem kesihatan yang telah dicapai adalah dengan hasil inisiatif mengatur penempatan profesional-profesional kesihatan yang ada mengikut keutamaan bidang-bidang perkhidmatan selaras dengan matlamat kesihatan negara.

Dalam kita bergerak maju ke hadapan di dekad kedua abad 21 ini dengan pelbagai cabaran dan keadaan yang tidak menentu ini, penumpuan kepada pembangunan profesional kesihatan akan terus diberi keutamaan. Ini adalah bertujuan bagi persediaan negara dalam menangani pelbagai cabaran seperti perubahan demografi penduduk, peningkatan beban penyakit-penyakit kronik yang tidak berjangkit serta kes-kes kecederaan dan bagi memenuhi keperluan sebarang kejadian kecemasan kesihatan sama ada dalam bentuk pandemik, bencana alam dan sebagainya.

Pembangunan profesional kesihatan yang lebih mantap serta dilengkapi dengan pelbagai kepakaran juga diperlukan bagi memenuhi ekspektasi pelanggan yang sentiasa mengharapkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi dan terbaik.

Perkhidmatan penjagaan kesihatan yang kita sedang majukan melalui pembangunan infrastruktur juga memerlukan tambahan profesional kesihatan yang mana telah diambil kira semasa perancangan. Antara lain projek-projek infrastruktur yang dalam pelaksanaan ialah pembangunan pusat-pusat kesihatan baru, blok baru perkhidmatan perempuan dan kanak-kanak di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Stor Perubatan Negara, Pusat Pengasingan Kebangsaan (National Isolation Centre), blok tambahan Makmal Saintifik dan Makmal Kesihatan Awam dan juga projek-projek yang lain yang akan

dilaksanakan di bawah Rancangan Kemajuan Negara seterusnya.

Oleh yang demikian, bagi memperlengkapkan sistem dan perkhidmatan penjagaan kesihatan negara masa kini dan masa hadapan, khususnya dengan profesional kesihatan yang mencukupi, accessible berkemahiran dan berkualiti maka pendekatan yang koheren yang menghubungkan semua fasa serta elemen penting dalam kitaran tenaga kerja hendaklah diaplikasikan. Ini adalah juga sejajar dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melalui Sumber Tenaga Manusia Untuk Kesihatan (2006 - 2015) [Regional Strategy for Human Resources for Health (2006 - 2015)].

Strategi ini memberi penekanan akan kepentingan pelaburan strategik sumber tenaga manusia antara lainnya melalui pendidikan dan pelaksanaan amalan terbaik dalam pengambilan profesional kesihatan iaitu bagi mendapatkan jumlah yang mencukupi dan tenaga kerja profesional kesihatan dalam pelbagai kepakaran, kemahiran yang berkualiti serta memiliki etika-etika kerja dan disiplin dalam profesion masing-masing. Ini adalah diakui berperanan amat penting dalam mempertingkatkan pembangunan dan pengukuhan sistem kesihatan yang lebih mantap.

Perancangan dan pelaksanaan pembangunan profesional kesihatan yang efektif dan sustainable memerlukan kerjasama sepadu pelbagai agensi di negara ini. Kita sangat bertuah dan bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala bahawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memberi peluang biasiswa untuk penuntut-penuntut tempatan yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengambil jurusan perubatan dan kesihatan di luar negara bukan sahaja peringkat ijazah bahkan kepada pasca-ijazah dan peringkat pakar.

Dalam pada itu, institusi pendidikan tinggi dalam negara juga ada menyediakan kursus-kursus jurusan Sains Perubatan dan Kejururawatan seperti Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah di Universiti Brunei Darussalam iaitu bagi menyumbang kepada menjana pertumbuhan tenaga kerja kesihatan di negara ini.

Page 33: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

48 49

Dalam pada itu, alhamdulillah kita juga seharusnya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan Skim Perkhidmatan Kedoktoran baru yang berkuat kuasa pada 9 Oktober 2010 yang memberikan ruang bagi peningkatan kerjaya kedoktoran hingga mencapai jawatan pangkat konsultan mengikut syarat-syarat kelulusan dan pengalaman perkhidmatan.

Ini adalah merupakan satu insentif dengan memberikan gaji yang sangat menggalakkan, keistimewaan dan pengiktirafan yang tinggi bagi profesion kedoktoran di negara ini.

Saya percaya ini akan menarik minat lebih ramai lagi anak-anak tempatan untuk mengambil jurusan kedoktoran di peringkat pengajian tinggi dan seterusnya menceburi profesion kedoktoran yang sangat-sangat diperlukan di negara ini.

Sebagai inisiatif baru bagi memenuhi keperluan tenaga profesional kesihatan di negara ini, pihak Kementerian Kesihatan akan memulakan program Kursus Teknisyen Farmasi dengan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan yang mana pengambilan pertama akan dilaksanakan insya-Allah pada bulan Julai 2012. Ini sudah setentunya akan dapat menghasilkan lebih ramai profesional dari orang tempatan, di samping kursus latihan itu turut disesuaikan dalam perspektif serta situasi tempatan. Inisiatif ini juga adalah merupakan salah satu lagi milestone, dalam usaha memperkukuhkan pembangunan tenaga kerja kesihatan bagi memenuhi kehendak semasa dan mendatang.

Insya-Allah Kementerian Kesihatan akan terus menerokai potensi bagi mengadakan kursus-kursus profesional kesihatan yang diperlukan mengikut keutamaan dengan kerjasama institusi-institusi pendidikan di negara ini.

Kementerian Kesihatan juga melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan prestasi kerja profesional kesihatan yang dalam perkhidmatan iaitu bagi memperkesankan lagi penyampaian

perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan cemerlang. Tenaga kerja profesional kesihatan yang berprestasi tinggi adalah mereka yang sentiasa berkhidmat dengan tekun, responsif, saksama, efisien dan bekerja secara berpasukan demi meningkatkan produktiviti dan mencapai hasil kesihatan yang terbaik.

Tambahan itu, tahap prestasi mereka juga dipengaruhi oleh identiti profesional dan etika kerja. Menyedari akan pertumbuhan pesat sektor kerajaan penjagaan kesihatan, kemajuan sains dan teknologi perubatan dan kesihatan, dinamik ilmu dan tenaga kerja Kementerian Kesihatan juga sentiasa menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning) bagi setiap profesional kesihatan. Peluang-peluang ini diperolehi bukan sahaja melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan ataupun latihan jangka pendek atau menghadiri persidangan, seminar, bengkel sama ada di luar negeri mahalan juga melalui Continuous Professional Education yang memang sedia ada di Kementerian Kesihatan.

Kumpulan profesional kesihatan mencerminkan nilai teras sistem kesihatan negara. Ini adalah berasaskan kepada peranan dan fungsi mereka dalam memberikan khidmat merawat, memeduli dan menjaga kesihatan pesakit, meringankan kesakitan dan penderitaan, mencegah dan mengawal penyakit, mengurangkan risiko dan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini.

Oleh sebab faktor-faktor tersebut, makanya Negara Brunei Darussalam akan sentiasa memerlukan khidmat bakti profesional kesihatan yang berkualiti untuk mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat, bangsa dan negara bagi membolehkan bersama-sama kita menikmati penjagaan kesihatan yang terbaik, efisien dan berkualiti di kalangan semua lapisan rakyat dan penduduk di negara ini. Itulah antara jasa bakti dan ganjaran yang sangat tinggi nilainya sumbangan profesion kesihatan. Lebih dari itu ianya akan menjadi ibadah dan amal jika ditunaikan dengan jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata’ala.

Kepelbagaian profesion kesihatan memang meluas dan setiap

Page 34: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

50 51

profesion adalah unik. Profesional kesihatan adalah pelaburan negara yang sangat tinggi nilainya bagi masa kini dan mendatang. Mereka juga berperanan mendukung untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 dalam meningkatkan kualiti kehidupan serta kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Profesion kesihatan memang mencabar tetapi ianya juga memberikan ganjaran yang tidak ternilai apatah lagi dapat mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat dan negara yang memerlukan khidmat mereka. Mencapai kejayaan menjadi profesional kesihatan memang tidak mudah kerana ia memerlukan dedikasi, ketekunan, pengorbanan, semangat dan azam yang tinggi. Walau bagaimanapun imbalan dan hikmah yang diperolehi melebihi segalanya sebagaimana pepatah: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Saya menyeru kepada penuntut-penuntut untuk mengambil peluang sebaik-baiknya bagi mengenali lebih dekat akan profesion kesihatan di negara ini dan mengalu-alukan kedatangan mereka ke Karnival Kerjaya ini. Pihak Kementerian Kesihatan juga menerbitkan buku bertajuk ‘Careers in Health Care 2012’ yang memuatkan kandungan maklumat relevan mengenai pelbagai kerjaya kesihatan termasuk syarat-syarat kelayakan mengikuti kursus dan prospek serta perkembangan kerjaya. Selain itu, karnival ini memberikan keistimewaan dengan menganjurkan pameran yang sangat menarik, sesi-sesi ceramah dan taklimat mengenai kerjaya kesihatan, di samping memberi peluang kepada penuntut-penuntut dan juga orang awam untuk berinteraksi dengan profesional kesihatan di kementerian ini.

Akhirnya saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa penganjur dan semua pihak dari pelbagai profesional kesihatan di kementerian ini yang sama-sama bekerja keras semata-mata untuk menjayakan Karnival Kerjaya Kesihatan bagi tahun 2012 ini. Semoga segala usaha dan sumbangan murni lagi ikhlas itu, akan mendapatkan keberkatan dan ganjaran yang setimpalnya dari Allah Subhanahu Wata’ala.

Dengan melafazkan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim serta bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan juga selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, maka saya dengan sukacitanya merasmikan pelancaran Karnival Kerjaya Kesihatan Tahun 2012.

Page 35: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

52 53

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI KANSER SEDUNIA 2012, DI STADIUM TERTUTUP,

KOMPLEKS SUKAN NEGARA HASSANAL BOLKIAH, PADA HARI AHAD

4 RABIULAKHIR 1433 HIJRIAH / 26 FEBRUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

ALHAMDULILLAH, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya jua,

membolehkan kita hadir beramai-ramai di Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kanser Sedunia 2012 yang bertemakan ‘Together It Is Possible’. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, para sahabat, kaum keluarga dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua ahli-ahli jawatankuasa penganjur dan mereka yang terlibat sama dalam mengungkayahkan dan menjayakan majlis pada pagi ini khususnya Pusat Promosi Kesihatan, Pusat Kanser Negara, JPMC, Sekolah Perdagangan, Jabatan Pendidikan Teknik Kementerian Pendidikan dan tidak terkecuali semua peserta yang hadir di majlis ini.

Menurut hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation - WHO), kanser adalah salah satu penyakit global yang kronik yang melanda seluruh dunia. Apa yang lebih membimbangkan lagi, menurut WHO dianggarkan terdapat sebanyak 21.4 juta kes kanser di seluruh dunia menjelang tahun 2030. Ini adalah merupakan satu peningkatan yang sangat drastik dibandingkan dengan hanya 12.7 juta kes pada tahun 2008.

Manakala, di rantau Pasifik Barat, bagi WHO pula mendapati kes-kes kanser semakin meningkat dari setahun ke setahun sehingga melebihi empat juta kes baru pada tahun 2008 di mana dari jumlah tersebut, hampir 2.6 juta penduduk di rantau ini meninggal dunia akibat penyakit kanser di tahun yang sama.

Kebimbangan ke atas penyakit kanser turut dirasai di Negara Brunei Darussalam oleh kerana kanser adalah penyebab utama kematian bagi lebih dari lima tahun berturut-turut kebelakangan ini kecuali tahun 2008. Ini dilihat dari perangkaan Kementerian Kesihatan, pada tahun 2007 sahaja terdapat 215 jumlah kematian diakibatkan oleh penyakit kanser dan jumlah ini terus meningkat hingga menjangkau 252 kematian pada tahun 2010. Manakala mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Makmal Patologi Negara, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi tahun 2011, didapati lima jenis penyakit kanser yang menjadi punca utama yang dihidapi di negara ini ialah kanser kolon (usus besar), kanser payudara (breast cancer), kanser pangkal rahim (cervical cancer), kanser paru-paru (lung cancer) dan kanser perut (stomach cancer). Dalam pada itu, bagi penyakit kanser wanita yang paling banyak dihidapi adalah kanser payudara (breast cancer) di mana terdapat 72 kes pada tahun 2011 sahaja. Sementara itu, bagi keseluruhan penyakit-penyakit kanser, kanser kolon (usus besar) adalah meningkat dengan drastik sehingga mencapai 87 kes pada tahun 2011 dibandingkan dengan hanya 15 kes pada tahun 2009.

Dari itu, menyedari akan hakikat bertambahnya kes-kes penyakit kanser di Negara Brunei Darussalam, maka semua stakeholders hendaklah bersama-sama bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha untuk membendung kes-kes penyakit kanser di negara ini. Kita tidak seharusnya bergantung kepada pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan, Pusat Kanser Kebangsaan, Jerudong Park Medical Care (JPMC) malahan kita semua lapisan masyarakat di negara ini semestinyalah bersama-sama bertanggung-jawab dan memainkan peranan masing-masing sedaya upaya kita bagi mencegah dan mengawal penyakit kanser yang mendatangkan kemudaratan dan bebanan bukan sahaja kepada pesakit itu sendiri malah kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kepada kesemua yang hadir di majlis ini saja dianggap biskita semua adalah wira-wira yang mendukung dan mempunyai kesedaran yang tinggi dalam kita bersama-sama menyedarkan diri sendiri dan berusaha untuk menyebarluaskan serta menerapkan perasaan bersama-sama bertanggung-jawab kepada

Page 36: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

54 55

masyarakat di negara ini betapa pentingnya langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penyakit kanser daripada terus bertambah dari semasa ke semasa. Bersama-sama bekerjasama dan secara bersepadu dalam memerangi penyakit kanser seperti yang diadakan pada pagi ini adalah sejajar dengan tema Hari Kanser Sedunia 2012 iaitu ‘Together It Is Possible’.

Seperti mana mengikut kajian WHO, lebih daripada 30 peratus kes-kes kanser yang sebenarnya boleh dicegah dan dikawal jika kita berwaspada mengambil langkah-langkah pencegahan melalui pendidikan dan kesedaran, mengubah dan mengelakkan faktor risiko-risiko utama serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Seperti yang kita maklumi bersama, pengambilan tembakau dan mereka yang terdedah kepada asap rokok (passive smoker), pengambilan alkohol, pemakanan yang tidak sihat, kurang melakukan kegiatan fizikal, berat badan berlebihan dan obesiti, pendedahan kepada pencemaran udara serta pendedahan kuat pada sinar matahari, jangkitan HPV adalah merupakan faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan kanser. Pengambilan tembakau adalah menyumbang kepada 30 peratus kesemua kematian penyakit-penyakit semakin bertambah bilangannya di negara-negara yang kurang maju. Penggunaan tembakau merupakan satu-satunya faktor risoki utama bagi kanser terutama sekali kanser saluran pernafasan dan paru-paru.

Dalam hal ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sangat mengambil perhatian yang berat dan terus-menerus mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan mengurangkan pendedahan kepada faktor-faktor risiko penyakit kanser. Di samping itu juga, ini adalah memandangkan kepada bertambahnya kes-kes penyakit kanser di negara ini seperti juga halnya dengan penyakit-penyakit kronik dan tidak berjangkit. Di antara tindakan-tindakan strategik yang telah dan akan terus dipertingkatkan adalah seperti berikut: Baru-baru ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan dua pindaan kepada Perintah Tembakau 2005 iaitu:

i) Pemberitahuan Tembakau (Larangan Di Tempat-Tempat Tertentu)

(Pindaan) 2012 (Tobacco) (Prohibition in Certain Places) (Amendment) Notification, 2012) mula berkuat kuasa 1 Mac 2012. Ianya bertujuan untuk memperkesankan lagi langkah-langkah penguatkuasaan dalam mengurangkan faktor risiko merokok khususnya yang memudaratkan kesihatan awam dan alam sekitar dengan menambah tempat-tempat baru yang dimasukkan larangan tempat merokok yang ada pada masa ini seperti berikut: -

• Memasukkan kawasan kaki lima serta lingkungan enam (6) meter dari jarak garisan mana-mana bangunan bagi tempat-tempat tertentu yang mana merokok adalah dilarang;

• Memasukkan temapt-tempat baru seperti tangga awam (public stairs), hospital, klinik-klinik perubatan, kilang, bengkel, institusi kewangan, terminal pengangkutan awam, perhentian bas dan teksi, stadium, gimnasium, restoran, pasar, tamu, panggung wayang, tempat makan dan lain-lain.

ii) Peraturan-peraturan Tembakau (Pelabelan) (Pindaan) 2012 (Tobacco (Labelling) (Amendment) Regulations, 2012) mula berkuat kuasa mulai 1 September 2012 bertujuan untuk memperkesankan lagi amaran kesihatan dengan menambah peratus bagi keluasan permukaan surface area bagi pencetakan amaran kesihatan bagi produk tembakau dari 50 peratus yang ada pada masa kini kepada 75 peratus. Selain daripada itu ianya juga dihasratkan bagi mengawal penjualan produk tembakau selain untuk mengurangkan daya tarikan pek produk tembakau termasuk pembungkusan dan deskripsi produk tembakau, melarang pengiklanan yang berhubung kait dengan merokok dan melarang merokok di tempat-tempat tertentu.

Kementerian Kesihatan juga ada menyediakan Klinik Berhenti Merokok untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada perokok-perokok yang mahu berhenti merokok.

Daftar Kanser Negara Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Cancer Registry) telah ditubuhkan pada 23 Mei 2002 dengan mengikut piawaian antarabangsa untuk membolehkan pengumpulan data yang

Page 37: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

56 57

tepat bagi penggunaan epidemiologi kanser serta perancangan Program Kawalan Kanser Kebangsaan-National Cancer Control Programme.

Dalam mempertingkatkan dan memantapkan lagi Program Pencegahan dan Pengawalan Kanser yang sedia ada terutama sekali bagi pencegahan dan pengawalan kanser serviks, Kementerian Kesihatan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Pendaftaran Pap Smear Kebangsaan (National Pap Smear Registry) di negara ini pada 5 Februari 2011 bertujuan untuk mengumpul maklumat yang tepat mengenai data penduduk wanita yang dalam kumpulan sasaran bagi penyaringan kanser serviks.

Bagi mempertingkatkan lagi program pencegahan dan pengawalan secara lebih efektif terhadap kanser serviks khususnya Kementerian kesihatan menjalankan Program Suntikan Vaksin HPV (Human Papilloma Virus Vaccine) kepada penuntut-penuntut perempuan dalam Tahun 7 dan kumpulan program catch-up bagi penuntut-penuntut perempuan di seluruh negara secara berperingkat-peringkat mulai 16 Januari 2012.

Pusat Kanser Negara sedang merancang untuk memperkembangluaskan secara komprehensif perkhidmatan-perkhidmatan rawatan penyakit-penyakit kanser secara multi-disciplinary dan menggunakan tatacara berasaskan bukti (evidence-based modalities) semata-mata untuk memperkesankan lagi rawatan penyakit kanser di negara ini.

Selain itu, pelbagai program promosi dan pencegahan serta aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada atau menggalakkan amalan cara hidup sihat akan terus dipergiatkan dan dimantapkan lagi dengan kerjasama padu daripada agensi-agensi yang terlibat dan melibatkan masyarakat di negara ini.

Langkah-langkah pencegahan adalah pendekatan yang sangat cost-effective dalam strategi jangka panjang dalam mengawal penyakit kanser. Hendaklah di- ambil maklum bahawa pengesanan dan rawatan awal kanser boleh mengurangkan beban kanser sebanyak 33 peratus, pengesanan awal boleh meningkatkan lagi keberkesanan rawatan yang

diberikan terutama sekali jika kanser tersebut belum lagi merebak ke peringkat kedua, ketiga apa lagi ke peringkat keempat. Usaha-usaha bagi pengesanan awal termasuk pendidikan atau pengetahuan mengenai tanda-tanda kanser dan mendapat pemeriksaan doktor secepat mungkin selain melalui program-program pemeriksaan kesihatan khususnya seperti ujian pap smear. Alhamdulillah, langkah-langkah seperti ini telah pun dilaksanakan secara berterusan di negara kita dan melibatkan beberapa buah agensi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Setiap tahun kempen-kempen kesedaran dan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan sentiasa diadakan sama ada melalui kempen besar-besaran sempena Hari Kanser Sedunia. Dari segi Program Pemeriksaan Kesihatan Khusus pula pihak Kementerian Kesihatan telah menyediakan Perkhidmatan Klinik Kesihatan Wanita di pusat-pusat dan klinik-kilinik kesihatan, yang mana pemeriksaan payudara dan ujian pap smear boleh diperolehi dalam kalangan wanita-wanita di negara ini.

Seperti yang kita maklumi, kesemua penyakit kanser adalah merupakan penyakit kronik tidak berjangkit (NCD) yang juga merangkumi penyakit jantung, strok, kencing manis (diabetes), penyakit buah pinggang dan penyakit-penyakit kronik pernafasan. Penyakit-penyakit seperti ini adalah kebanyakannya mempunyai faktor-faktor risiko yang sama. Sehubungan dengan ini, dalam usaha memperkesankan lagi langkah-langkah untuk menangani penyakit-penyakit tidak berjangkit dan kronik itu termasuk penyakit kanser dari lebih berleluasa dan semakin bertambah di negara ini, Kementerian Kesihatan telah membuat perancangan untuk menyediakan satu ‘Pelan Tindakan Strategik Kebangsaan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit’ yang menggunakan common risk factors approach yang lebih komprehensif dengan menggariskan Pelan Tindakan Strategi yang mengandungi program-program tindakan perancangan, pengawalan dan pencegahan penyakit-penyakit tidak berjangkit dan kronik yang lebih efektif dan bersistematik. Pelan Tindakan Strategik ini juga akan mengenal pasti senario penyakit-penyakit kronik di negara ini, di samping mengadakan review akan langkah-langkah yang telah diambil terhadap keberkesanannya.

Kementerian Kesihatan akan juga mengadakan program-program

Page 38: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

58 59

susulan melalui kaedah pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat yang menjurus kepada tatacara pengawalan dan pencegahan penyakit kanser seperti mengadakan forum dan jerayawara sempena dengan Hari Kanser Sedunia 2012 di daerah-daerah yang lain di negara ini.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua pegawai-pegawai yang terlibat terutama sekali dari Pusat Promosi Kesihatan, Pusat Kanser Negara, Jerudong Park Medical Centre, Sekolah Perdagangan, Jabatan Pendidikan Teknik, Kementerian Pendidikan dan para individu yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada pihak swasta dan para penaja yang turut menjayakan majlis ini. Saya berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala semogalah aktiviti-aktiviti yang berkebajikan yang diungkayahkan pada majlis ini akan menjadi amalan dan seterusnya mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Sekali lagi saya ingin menyeru kepada semua yang hadir supaya kita semua bersama-sama menyebarluaskan kepada masyarakat untuk mencegah dan mengawal penyakit kanser di negara kita Brunei Darussalam yang sama-sama kita cintai ini. Kita haruslah sama-sama menyayangi diri kita sendiri, keluarga, sanak saudara dan masyarakat di negara ini.

Akhir sekali dengan mendahulukan kalimah Bismillahir Rahmanir

Rahim dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata’ala serta selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam maka saya dengan sukacita merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kanser Sedunia 2012.

MAJLIS PENUTUP RASMI PERSIDANGAN ANTARABANGSA MELAYU ISLAM BERAJA (MIB)

ANJURAN MAJLIS TERTINGGI MIB, DI DEWAN CANSELOR, UNIvERSITI BRUNEI DARUSSALAM

PADA HARI RABU, 7 RABIULAKHIR 1433 HIJRIAH / 29 FEBRUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

ALHAMDULILLAH kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua

membolehkan kita sama-sama hadir pada Majlis Penutup Rasmi Persidangan Antarabangsa Melayu Islam Beraja (MIB) anjuran Majlis Tertinggi MIB yang berlangsung selama dua hari yang bermula 28 Februari 2012.

Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya mempertemukan para ilmuwan dan para cendekiawan bukan sahaja dari Negara Brunei Darussalam, malahan juga dari negara-negara jiran kita ke Persidangan Antarabangsa MIB yang sangat signifikan dan penuh bermakna ini. Seperti yang saya difahamkan terdapat sebanyak 15 kertas kerja yang telah dibentangkan semata-mata untuk menjana pemikiran, pengetahuan dan pengalaman dalam pelbagai perspektif tentang bagaimana memantapkan dan menyejahterakan negara melalui MIB. Oleh yang demikian saya penuh berkeyakinan persidangan ini diharap akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk memantapkan dan lebih mengukuhkan lagi keyakinan kita dalam menjadikan Islam sebagai pegangan dalam seluruh aspek kehidupan dan pemerintahan negara khususnya negara kita Brunei Darussalam.

Jika diimbas kembali pada awal-awal zaman, beberapa pusat tamadun Melayu telah dibina di merata ceruk rantau. Akan tetapi, hampir kesemua tidak bertahan lama. Sehinggalah datangnya Islam yang mula memancarkan cahaya yang bersinar, menyuburkan dan mengukuhkan ketahanan bangsa dan ketamadunan negara. Islam adalah agama yang diredai oleh Allah Subhanahu Wata’ala yang memimpin manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Ianya merupakan sebesar-besar

Page 39: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

60 61

nikmat kepada umat manusia sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu (Islam) dan telah Ku-cukupkan untuk kamu nikmat-Ku dan telah Aku redai Islam itu Dinn (agama kamu).” (Surah Al Maa-idah, ayat 3).

Ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa Allah Subhanahu Wata’ala telah menyempurnakan Islam sebagai Ad-Din untuk kepentingan dan faedah manusia demi untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Islam merupakan sebesar-besar nikmat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala reda Islam untuk menjadi agama seluruh umat manusia. Ini bermakna Islam adalah sempurna untuk dijadikan panduan hidup perseorangan, berkeluarga, masyarakat dan negara. Ianya unggul sebagai sumber undang-undang dan peraturan. Ianya mantap sebagai panduan akhlak dan tingkah laku, ianya murni dan bersih daripada kesyirikan dan kekufuran sebagai pegangan akidah. Pada kesimpulannya ianya adalah kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat.

Kita sedia maklum bahawa yang menjadi teras utama pada MIB ialah unsur yang pertama, yakni Islam, dalam erti kata bahawa nilai dan norma Islam mengatasi dan menakluki norma yang lain. Nilai murni dan norma budaya Melayu termasuk sistem pemerintahan beraja berfungsi sebagai tapak, pemelihara dan pelindungnya sehingga ketiga-tiga unsur itu diadun serta saling melengkapi antara satu dengan lain.

Sejak pemerintahan beraja dan pentadbiran negara sejak zaman-berzaman dahulu hingga sekarang yang mana ianya secara berterusan menunjukkan daya tahan sistem dalam menjaga kedaulatan, kepentingan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam dan sekalian rakyat dan penduduk yang bernaung di bawah sistem pemerintahan beraja. Konsep negara iaitu MIB adalah berasaskan ciri-ciri institusi beraja yang mencerminkan nilai-nilai kebudayaan Melayu, kemurnian adat istiadat Brunei, keunggulan dan penyerapan ajaran agama Islam serta kedudukan raja sebagai pemimpin tertinggi dan payung negara serta rakyat dan penduduk yang bernaung.

Institusi raja di Negara Brunei Darussalam yang rajanya beragama Islam dan wujudnya dalam kurun yang ke-15 pemerintahan institusi beraja telah diamalkan kira-kira sejak lebih lima kurun lamanya hingga sekarang. Ajaran agama Islam mula dikembangkan dengan pesatnya oleh Sultan Sharif Ali, Sultan Brunei Ke-3 iaitu dikenali dengan Sultan Berkat.

Pengalaman rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam dalam menghayati sistem pemerintahan beraja adalah suatu perkara yang unik, bernilai dan amat berharga. Raja mempunyai kuasa memerintah yang tinggi dan kuasa itu berpusat kepada raja. Ini termaktub secara bertulis dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1959. Raja bukan hanya menjadi kepala negara bahkan baginda menjadi pemimpin dan tunggak yang memegang tampuk kepimpinan dan teraju pemerintahan. Pengalaman sistem beraja di Brunei sejak turun-temurun lebih dari 500 tahun yang lalu. Pemerintahan MIB diperkukuhkan dengan lantang dan jelas yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Permasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984 yang meletakkan asas yang kukuh dan kuat bagi menuju peta jalan masa depan yang lebih mantap dan survival bangsa dan negara.

Alhamdulillah dengan berkat kepimpinan dan kebijaksanaan di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Negara Brunei Darussalam dengan izin Allah sentiasa dalam keadaan yang penuh keamanan dan kedamaian, sejahtera, menikmati pelbagai kemajuan dan perkembangan yang pesat dengan penuh kemakmuran serta mandapat keberkatan daripada Allah.

Berkat kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berjiwa rakyat dan sentiasa memeduli dan prihatin tentang hal-ehwal kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk

Page 40: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

62 63

negara ini, membolehkan kita semua menikmati dari aspek kesihatan, Negara Brunei Darussalam telah mencapai sasaran seperti yang ditetapkan dalam Matlamat Pembangunan Milenium Berkaitan Kesihatan (Health-related Millennium Development Goals) untuk mengurangkan kadar kematian kanak-kanak; meningkatkan kesihatan ibu; memerangi HIV/AIDS, Malaria dan penyakit- penyakit berjangkit yang lain. Ini adalah melalui pelaksanaan sistem dan perkhidmatan penjagaan kesihatan negara yang komprehensif yang berasaskan kepada Universal Health Coverage (penjagaan kesihatan secara menyeluruh) yang mudah diperolehi oleh semua lapisan rakyat dan penduduk negara ini dengan meliputi penjagaan kesihatan asasi sehingga kepada peringkat secondary dan tertiary yang sentiasa dimantapkan, diperkukuhkan dan diperbaiki kualitinya dari semasa ke semasa.

Menghayati dan mengukuhkan institusi beraja di bawah konsep MIB adalah mematuhi perintah Allah Subhanahu Wata’ala yang menyuruh kita taat setia kepada raja, apa lagi sistem pemerintahan beraja adalah suatu sistem yang telah teruji baiknya berkurun-kurun lamanya dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran dan perubahan zaman tetapi ia tetap membawa kebaikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di bawah kepimpinan bijaksana raja yang adil, pemedulian dengan mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat.

Keamanan dan kemakmuran negara yang dicapai adalah berkat pegangan Islam yang bertapak lama di negara ini dan dengan berkat keazaman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai ‘Negara Zikir’ yang sentiasa mengagungkan Allah supaya selalu berada dalam perlindungan dan pemeliharaan-Nya. Hasrat menjadikan Negara Zikir ini telah dapat dilihat melalui pelaksanaan beberapa usaha dari bidang pendidikan, perbankan, amalan kehidupan, peraturan dan amalan dalam pentadbiran dan Perkhidmatan Awam dan sebagainya.

Saya penuh percaya dan berkeyakinan dari hasil persidangan antarabangsa yang mengumpulkan para ilmuwan sudah setentunya akan menambahkan lagi khazanah yang sangat tinggi nilainya dan

menjadi nilai tambah kepada ciri-ciri dan kefahaman MIB dalam usaha untuk menyerapkan dan menghayati konsep tersebut di negara Melayu khususnya Negara Brunei Darussalam dalam terus mengembangmajukan negara ke arah yang lebih mantap, lebih cemerlang, lebih sejahtera dan menikmati kemakmuran dan keamanan serta yang paling penting dapat menikmati kebahagiaan bukan sahaja kebahagiaan di dunia malahan di akhirat lagi diredai oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

Saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pengerusi dan seluruh ahli jawatankuasa yang sama-sama terlibat menjayakan Persidangan Antarabangsa MIB anjuran Majlis Tertinggi MIB. Seterusnya tidak lupa saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pembentang kertas kerja dari luar dan dalam negara yang berkesudian berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta pandangan di persidangan ini bagi mencapai matlamat dan objektifnya. Semoga segala usaha abiskita semua diterima sebagai amal jariah dan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Akhirnya marilah kita semua berdoa agar Persidangan Antarabangsa MIB anjuran Majlis Tertinggi MIB bukan setakat menjadi ristaan bahkan yang penting sebagai wadah dalam memberikan kesan yang positif ke arah mencapai kesejahteraan dan kemakmuran negara iaitu Negara Brunei Darussalam yang kita cintai sebagai sebuah negara Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur (negara sejahtera, dalam asuhan Tuhan Yang Maha Pengampun).

Dengan mendahulukan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim dan dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata’ala serta selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, maka saya dengan rasminya menutup Persidangan Antarabangsa MIB anjuran Majlis Tertinggi MIB ini.

Page 41: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

64 65

MAJLIS AKADEMIK SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT DAN BIDAN ANTARABANGSA

TAHUN 1433 HIJRIAH / 2012 MASIHI, DI PUSAT PAMERAN ANTARABANGSA BRIDEX, JERUDONG

PADA HARI SABTU 20 JAMADILAKHIR 1433 HIJRIAH / 12 MEI 2012 MASIHI

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

ALHAMDULILLAH bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua kita dapat

bersama-sama hadir pada pagi ini iaitu di Majlis Pelancaran Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2012. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, para sahabat, kaum keluarga dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan kejururawatan kami terutama jawatankuasa penganjur kerana mengadakan acara penting ini. Bagi penceramah jemputan Profesor Madya Dr. Premarani Kannusamy dari Singapura dan Profesor Faustino Jerome Babate dari Filipina, saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kerana meluangkan masa anda untuk datang ke Negara Brunei Darussalam bagi berkongsi dengan kami pengalaman luas dan pengetahuan anda dalam profesion kejururawatan terutamanya Amalan Berasaskan Bukti dalam kejururawatan pada forum yang diadakan hari ini sempena Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa.

Pada tahun ini, Majlis Jururawat Antarabangsa (International Council of Nurse, ICN) telah memilih tema ‘Closing The Gap : From Evidence to Action’ (Penutupan Jurang : Dari Bukti Kepada Tindakan) bagi sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2012. Tema ini adalah sangat bertepatan dan relevan pada masa kini dalam usaha kita bersama-sama untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih cemerlang, lebih berkualiti dan efektif. Kita tidak seharusnya terlepas pandang akan pentingnya mengguna pakai atau mengaplikasikan ilmu pengetahuan serta bukti-bukti yang sedia ada kepada amali penjagaan kesihatan sama ada dalam aspek perawatan dan pemulihan

pesakit; pencegahan serta kawalan penyakit; malahan juga dalam mempromosikan kesihatan kepada orang awam secara menyeluruh.

Amalan Berasaskan Bukti atau Evidence Based Practice (EBP) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa merupakan sebagai amalan terbaik (best practice) yang bukan sahaja diguna pakai oleh profesional kesihatan dari golongan doktor-doktor dan Allied Health Professionals malahan ia juga sangat penting bagi para jururawat dan bidan di negara ini dalam menyerapkan EBP ini kepada amalan-amalan kejururawatan untuk diguna pakai sepanjang masa.

Untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan EBP, ICN telah mengenal pasti empat komponen penting iaitu:

a. Pemahaman tentang Amalan Berasaskan Bukti (Understanding Evidence-based Practice);

b. Mengenal pasti sumber-sumber keterangan atau bukti (sources of evidence);

c. Menterjemah bukti-bukti kepada tindakan (from evidence to action); dan

d. Membuat kes bagi perubahan (making the case for change).

Dengan mengambil perhatian akan tema Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa tahun ini, saya menyeru supaya para jururawat dan bidan akan mendalami pengetahuan mengenai amalan-amalan berasaskan bukti agar ianya dapat membolehkan para jururawat dan bidan untuk sentiasa meneliti dan mengkaji semula amalan kejururawatan (Nursing Practice) dan mencari kaedah-kaedah yang baru yang lebih berkesan, cekap dan selamat sekali gus meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kejururawatan kepada pesakit-pesakit khususnya serta orang awam amnya.

Seperti mana yang kita maklum, amalan yang berasaskan bukti banyak mendatangkan faedah kepada keberkesanan perkhidmatan bukan sahaja dari segi rawatan dan penjagaan pesakit dan orang awam malahan juga ada sebahagiannya berupaya menyumbang kepada penjimatan perbelanjaan rawatan pesakit dalam jangka panjang. Amalan berasaskan bukti juga telah mendatangkan hasil yang positif dan berkesan seperti penyembuh penyakit-penyakit tertentu dengan cepat, pengurangan

Page 42: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

66 67

penggunaan ubat-ubatan seperti antibiotik, mampu menghalang penyakit-penyakit tertentu dari berulang dan sekali gus mampu menyumbang kepada peningkatan kualiti kehidupan dan kesejahteraan individu dan masyarakat.

Sumbangan para jururawat dan bidan adalah sangat penting dalam memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan, lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaran-cabaran kesihatan peringkat global dan juga setempat khususnya yang berkaitan dengan peningkatan penyakit-penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases); kemunculan penyakit-penyakit berjangkit baru serta kemunculan semula penyakit-penyakit berjangkit lama. Dalam semua situasi ini, adalah diharapkan para jururawat dan bidan hendaklah jangan leka kerana prestasi khidmat yang berkualiti dan cemerlang bukan hanya memberi kesan positif kepada pesakit atau individu yang dirawat malahan lebih dari itu, khidmat para jururawat dan bidan dapat memberi impak kepada status kesihatan negara seperti mana dinilai mengikut kaedah yang diguna pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui pencapaian Matlamat Pembangunan Milenium (Millennium Development Goals).

Perkhidmatan Kejururawatan juga diharapkan supaya akan dapat menumpukan kepada amalan kejururawatan yang dinamik dan relevan dalam menghadapi cabaran abad ke-21 ini dan juga ekspektasi orang ramai yang semakin tinggi. Di samping mengamalkan ciri-ciri kesepaduan dan semangat kerja berpasukan yang mantap, mempunyai disiplin yang tinggi disertai dengan penuh kesabaran dalam melaksanakan penjagaan, perawatan dan pengurusan pesakit dan orang ramai, para jururawat dan bidan juga diingatkan agar tidak mengabaikan asas-asas utama yang perlu diserapkan dan dihayati dalam menjalankan tugas-tugas kejururawatan iaitu seperti:

Garis Panduan dan Standard Operating Procedures; Code of Professional Conduct for Registered Nurses and Midwives,

Code of Ethics for Registered and Midvies, dan Amalan-amalan Berasaskan Bukti.

Dalam suasana di mana para jururawat dan bidan di seluruh dunia

kini mula tampil ke hadapan dalam menghasilkan kaedah-kaedah baru dan inovatif untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, maka para jururawat dan bidan di negara ini seharusnya juga peka dan tidak ketinggalan untuk turut berusaha membuat pembaharuan dan inovasi semata-mata bagi menyumbang kepada mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan. Perubahan serta kaedah-kaedah baru ini dapat diaplikasikan dari model amalan-amalan terbaik dan juga hasil dari penemuan kajian-kajian yang terbukti mendatangkan kesan yang positif. Salah satu pendekatan yang sedia ada ialah melalui kaedah Kumpulan Kerja Cemerlang yang mana seharusnya dijadikan sebagai landasan para jururawat dalam menghasilkan kaedah-kaedah baru dengan berasaskan bukti untuk mengatasi sebarang masalah dan meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Profesion kejururawatan adalah antara profesion kesihatan yang terawal dan walaupun sektor penjagaan kesihatan telah melalui arus perkembangan pesat, profesion kejururawatan sehingga kini masih lagi bertahan teguh malahan ia diiktiraf sebagai profesion berpiawaian tinggi dan dihormati di seluruh dunia, tidak terkecuali oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini adalah satu perkara yang sewajarnya menjadi kebanggaan kepada para jururawat dan bidan sendiri termasuk di Negara Brunei Darussalam dan pengiktirafan seperti ini seharusnya dimartabatkan dan dipertahankan.

Para jururawat dan bidan hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kerana pengetahuan yang meluas dalam pelbagai bidang kepakaran, maka keperluan perawatan dan penjagaan kesihatan pesakit dan orang ramai akan dapat dipenuhi dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah di Negara Brunei Darussalam kita menumpukan kepada inisiatif-inisiatif meningkatkan kepimpinan bidang klinikal di kalangan para jururawat dan bidan untuk mereka bekerjasama dengan profesional kesihatan klinikal lain sebagai satu pasukan untuk memberikan perkhidmatan yang bersepadu, efisien, efektif dan berkualiti.

Di samping itu, dalam pengurusan, para jururawat dan bidan yang diberikan amanah menjalankan tanggungjawab sebagai ward managers hendaklah penuh bertanggungjawab, cekap dan proaktif

Page 43: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

68 69

dalam memastikan pengurusan wad-wad di bawah jagaan mereka berjalan dengan baik dari pentadbiran jururawat-jururawat kepada hal-ehwal pengurusan penjagaan pesakit-pesakit dan penjagaan persekitaran wad. Begitu juga para jururawat dan bidan di pusat-pusat kesihatan dan klinik-klinik kesihatan, mereka hendaklah juga lebih peka akan keadaan sekeliling serta masyarakat di tempat mereka memberikan khidmat.

Apa yang mustahak disarankan supaya para jururawat dan bidan sentiasa mengadakan permuzakarahan di antara sesama mereka dan pihak-pihak yang berkenaan di mana mereka ditempatkan. Di samping itu, Ketua-ketua Jururawat hendaklah juga sentiasa bersifat terbuka untuk mendengar apa jua cadangan-cadangan yang bernas dan positif dari kalangan jururawat dan bidan di bawah pengurusan masing-masing dengan hasrat memperbaiki dan memantapkan lagi perkhidmatan yang diberikan. Dengan pendekatan demikian, ini sudah setentunya dapat mewujudkan perasaan sense of belonging dan perasaan sama-sama bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diamanahkan.

Melalui pendekatan Amalan Berasaskan Bukti dalam Amalan Kejururawatan dan mengikut Standard Operating Procedure yang ditentukan, saya percaya Kementerian Kesihatan akan dapat berupaya menghasilkan jururawat-jururawat dan bidan-bidan berwawasan, proaktif, responsif, berkualiti serta mempunyai daya pemikiran analitikal lagi inovatif. Program Continuing Nursing Education setentunya dapat dijadikan akan perkembangan dan pergolakan bidang kejururawatan perubatan dan kesihatan. Amalan kejururawatan yang berasaskan bukti ini juga akan dapat memartabatkan imej Perkhidmatan Kejururawatan di negara ini iaitu setanding dengan tahap perkhidmatan kejururawatan di peringkat global. Oleh yang demikian, para jururawat dan bidan hendaklah menghayati Amalan Kejururawatan Berasaskan Bukti ini sebagai cara dan budaya kerja yang berterusan.

Sehubungan dengan itu, saya menyarankan Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan melalui Unit Pendidikan Lanjutan Kejururawatan hendaklah mengambil inisiatif untuk mengendalikan kursus-kursus atau program yang relevan dan lebih inovatif mengikut perkembangan dan mengambil kira akan cabaran semasa dan mendatang termasuk mengenai

Amalan Kejururawatan Berasaskan Bukti.

Bersempena dengan Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2012 ini, marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga kesemua jururawat dan bidan di negara ini akan sentiasa dikurniakan taufik, hidayah serta berada dalam kandungan sihat walafiat dan di dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala bagi meneruskan menjalankan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada masyarakat dan negara.

Adalah diharapkan para jururawat dan bidan akan dapat mempertingkatkan satu landasan bagi para jururawat dan bidan mendalami Amalan Berasaskan Bukti ini supaya mereka sentiasa peka khidmat bakti dengan lebih berdedikasi, bersopan santun, berdisiplin, cemerlang, berkualiti, pemedulian dalam kita bersama-sama memantapkan dan mengukuhkan lagi sistem penjagaan kesihatan di negara ini. Semoga sumbangan khidmat bakti yang dicurahkan akan diterima sebagai ibadah dan diberkati serta dirahmati oleh Allah Subhanahu Wata’ala jua.

Akhirnya saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa bagi tahun ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang murni lagi ikhlas itu akan mendapatkan keberkatan dan ganjaran yang sebaik-baiknya dari Allah Subhanahu Wata’ala jua.

Dengan melafazkan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2012.

Page 44: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

70 71

SEMINAR AKREDITASI ANTARABANGSA DALAM PERKHIDMATAN PENJAGAAN KESIHATAN,

DI DEWAN INSTITUT PERKHIDMATAN AWAMPADA HARI SABTU,

11 REJAB 1433 HIJRIAH / 2 JUN 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Pagi

ALHAMDULILLLAH, dengan izin Allah Subhanahu Wata’ala kita sekali lagi dapat berkumpul bersama-sama pada acara pada hari

ini sempena Seminar Akreditasi Antarabangsa Penjagaan Kesihatan Kementerian Kesihatan.

Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada Jabatan Perancangan dan Dasar serta jabatan-jabatan lain yang berkaitan atas inisiatif mereka dalam mengungkayahkan dan memudah cara seminar ini. Saya juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah undangan Dr. Paul Chang, Pengarah Urusan dari Pejabat Asia Pasifik Pesuruhanjaya Bersama Antarabangsa dan Professor Bersekutu Nellie Yeo, Konsultan Persuruhanjaya Bersama Antarabangsa kerana berkesudian meluangkan masa mereka ke Negara Brunei Darussalam untuk mengongsikan pengalaman-pengalaman meluas dan pengetahuan mendalam mereka dengan kita pada pagi ini dalam bidang pengkhususan akreditasi antarabangsa penjagaan kesihatan terutamanya terhadap prospektif Pesuruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI).

Sistem dan perkhidmatan penjagaan kesihatan Negara Brunei Darussalam sepanjang beberapa dekad ini telah membuat pelbagai peningkatan dan pencapaian yang luar biasa seperti yang ditunjukkan melalui sukatan penunujuk-penunujuk kesihatan. Ia telah dicapai hampir kesemua penunjuk kesihatan global yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bnagsa-Bangsa Bersatu berkaitan dengan kesihatan.

Ini adalah bukti dari penemuan-penemuan di mana:

• Pada 2011, Negara Brunei Darussalam telah mencatatkan kadar kematian anak damit pada 8.3 per 1,000 kelahiran hidup menurun berbanding 40 tahun dulu apabila ia adalah 38.4 per 1,000 kelahiran hidup; ini menunjukkan satu pencapaian yang amat ketara.

• Kita juga telah mencapai tahap kadar kematian kanak-kanak yang rendah pada 10.0 per 1,000 kelahiran hidup pada 2011, berbanding 30.0 per 1,000 kelahiran hidup pada 1975.

• 30 tahun dahulu, jangka hayat penduduk lelaki yang mana adalah 70.1 tahun dalam 2012, telah meningkat kepada 76.5 tahun. Juga angka hayat penduduk perempuan di mana 30 tahun dahulu ia adalah 72.7 tahun akan tetapi pada 2010 ianya 79.8 tahun.

• Negara kita juga telah berjaya mengurangkan dan mengawal penyakit-penyakit berjangkit yang lazim; dan

• Kita juga terus mengukuhkan perlindungan kesihatan sejagat kita dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan sebagai salah satu tunggak kepada rangka kerja sistem kesihatan kita.

Akan tetapi, di sebalik pelbagai pencapaian ini, kita tidak harus berpuas hati dan leka kerana masih terdapat pelbagai cabaran di hadapan, antara lain adalah prospeks yang mempengaruhi dasar penjagaan kesihatan dalam tahun-tahun mendatang seperti permintaan orang ramai yang tidak dijangka terhadap kualiti penjagaan yang lebih baik dan harapan hasil yang lebih baik dari perkhidmatan penjagaan kesihatan. Seperti yang kita amat sedar, penjagan kesihatan adalah isu penting yang mana ia memiliki kepentingan negara, kepentingannya meliputi semua aspek masyarakat, dan bukan hanya ia memberi kesan terhadap perubatan, sosial dan etika akan tetapi ia juga berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan orang awam malah meliputi keberkesanan pengurusan secara keseluruhan dan pendekatan-pendekatan kos efektif.

Kita sangat mengetahui bahawa menyediakan penjagaan kesihatan terutamanya standard kualiti yang tinggi merupakan satu proses yang rumit dan mencabar di mana dalam penjagaan kesihatan, kualiti dan

Page 45: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

72 73

keselamatan tidak boleh dikompromi kerana kehidupan dan kesejahteraan orang awam adalah sangat mustahak dan tidak lari dari risiko. Hari ini, pertubuhan-pertubuhan penjagaan kesihatan tidak boleh untuk terus pasif dan menganggap bahawa orang ramai dan pihak-pihak berkepentingan memahami bahawa kualiti penjagaan disediakan; lebih penting adalah bahawa pendekatan-pendekatan berasaskan bukti adalah amat diperlukan.

Di seluruh dunia, pendekatan sistematik dan saintifik dalam pengukuran dan pengurusan kualiti dalam penjagaan kesihatan dan keselamatan pesakit diguna pakai. Banyak kerajaan dan pertubuhan kesihatan yang bertindak sebagai pembekal dan pengawal selia penjagaan kesihatan adalah melangkaui pengukuran dan meneliti penujuk yang biasanya ditetapkan yang melihat pada kesihatan dari segi perbelanjaan kesihatan, kadar kematian dan jangka hayat, kedatangan di hospital dan pusat-pusat kesihatan yang mana lebih mencerminkan tentang ekonomi, keberkesanan pengurusan dan status kesihatan penduduk daripada prestasi perkhidmatan penjagaan kesihatan secara langsung.

Terdapat kesedaran bahawa untuk memajukan lagi perkhidmatan penjagaan kesihatan, apa yang diperlukan sekarang ialah satu rangka kerja penjagaan kesihatan berkualiti yang berkesan termasuk menumpukan pengiktirafan dan akreditasi antarabangsa. Ini juga termasuk ukuran prestasi yang berkaitan dengan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan merangkumi proses dan penunjuk hasil, kemajuan yang pesat dan akan memperbaiki kualiti penjagaan kesihatan boleh dicapai. Oleh yang demikian, ia adalah penting bahwa penyedia-penyedia penjagaan kesihatan memupuk minda positif dan berpandangan jauh dalam budaya kerja, menyesuaikan dan melaksanakan amalan-amalan terbaik termasuk dalam aspek pembangunan dan audit prosedur-prosedur standard operasi dan amalan pentadbiran yang baik.

Baru-baru ini kami telah memulakan kajian terhadap keseluruhan pelan strategik Kementerian Kesihatan, kami telah berfikir dan berbincang dengan panjang lebar tentang misi dan aspirasi yang kita bayangkan dalam mengukuhkan sistem dan perkhidmatan penjagaan kesihatan kebangsaan kita yang kita sediakan kepada negara dan orang ramai dalam lima tahun akan datang dan seterusnya. Setentunya ia adalah amat meyakinkan

apabila melihat bahawa secara kolektif terdapat satu keazaman yang kuat bagi pembaikan dan bahawa semua bersatu padu dalam berusaha menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi, mengukuhkan sistem kesihatan dan untuk perkhidmatan bagi mencapai standard tinggi dengan pengiktirafan dan akreditasi antarabangsa.

Pengiktirafan dan akreditasi atarabangsa menandakan bahawa perkhidmatan yang terbaik adalah ditawarkan untuk mengekalkan negara dan rakyat sihat, dan mendorong perkhidmatan kesihatan yang tersedia melalui hospital, pusat-pusat kesihatan dan kemudahan-kemudahan lain untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselamatan pesakit. Dengan status akreditasi, perkhidmatan penjagaan kesihatan dapat menunjukkan peningkatan akauntabiliti, kredibiliti dan mendapat keyakinan dari orang ramai dan pihak-pihak kepentingan yang lain. Juga proses penilaian akreditasi memberikan maklum balas yang boleh diukur dan bernilai terhadap perkhidmatan kesihatan mengenai kekuatan dan bidang untuk dipertingkatkan, agar kami boleh melindungi, mempromosi dan memelihara kesihatan negara dan rakyat.

Akreditasi juga akan membolehkan perkhidmatan kesihatan kita untuk menunjuk nilai dan kepentingan tugas dan komitmen penuh kita, dan kesan kritikal yang mereka ada terhadap kesihatan dan kualiti hidup rakyat.

Oleh itu, adalah perlu bahawa kita mengejar dengan kesungguhan dan mengesahkan perjalanan untuk mencapai pengiktirafan dan akreditasi antarabangsa ini. Saya ingin menekankan kepada semua pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan bahawa untuk memajukan sistem penjagaan kesihatan kita di dekad ini, kita hendaklah bergerak ke hadapan dengan bersungguh-sungguh untuk mengubah perkhidmatan penjagaan kesihatan kita ke satu tahap baru yang berkualiti, cekap, berkesan dan terus meletakkan rakyat teratas dalam penjagaan kita. Ini adalah dalam menyokong pencapaian visi negara untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi yang menyumbang kepada peningkatan produktiviti, pembangunan sosioekonomi yang mapan, keamanan dan keselamatan sosial negara.

Page 46: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

74 75

Komitmen dan pelaburan baru dari usaha bersepadu semua pihak di Kementerian Kesihatan akan meningkatkan momentum untuk perubahan positif dan memudahkan perubahan perkhidmatan penjagaan kesihatan kita. Institusionalisasi kualiti penjagaan kesihatan akan membolehkan tahap penjagaan kesihatan untuk maju dengan cepat ke tahap kecemerlangan yang dimaksudkan.

Kami di Kementerian Kesihatan boleh mengatakan dengan bangga bahawa kami telah mengambil langkah-langkah yang bersesuaian ke arah akreditasi, seperti yang dibuktikan melalui pencapaian salah satu Jabatan Perkhidmatan Makmal kami yang mana telah mendapat ISO 15189 dalam 2011. Selain itu, jabatan-jabatan lain juga dan dalam proses pelaksanaan program-program akreditasi seperti ISO 17025 terutamanya dalam bidang yang melibatkan kredibilti penyampaian perkhidmatan seperti yang terdapat di makmal-makmal dan farmasi kesihatan.

Joint Commission International (JCI) seperti yang saya dimaklumkan, merupakan salah satu pertubuhan antarabangsa yang mempunyai misi untuk membantu meningkatkan keselamatan dan kualiti penjagaan kesihatan dalam masyarakat antarabangsa. JCI telah bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan penjagaan kesihatan antarabangsa, agensi-agensi kesihatan awam, dan kementerian-kementerian kesihatan di seluruh dunia dalam memperbaiki keselamatan penjagaan pesakit dan rakan-rakan WHO dalam bidang penyelesaian keselamatan pesakit. Sememangnya kami mengalu-alukan kehadiran konsultan-konsultan dari JCI hari ini sebagaimana mereka akan memberikan kita lebih banyak pengertian tentang tugas-tugas pengakreditasian dan pensijilan mereka serta melalui khidmat nasihat dan pendidikan yang telah dilanjutkan ke pertubuhan-pertubuhan perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan penjagaan kesihatan di Amerika Syarikat, Eropah, Republik Singapura, Thailand, Arab Saudi dan lain-lain.

Seminar hari ini bertindak sebagai satu peristiwa penting kepada kita dalam meningkatkan pengetahuan, kesefahaman dan pendedahan yang perlu untuk membimbing kita bagi menyampaikan perkhidmatan kualiti selaras dengan standard antarabangsa. Saya berharap agar para peserta akan memperolehi pengetahuan yang bermanfaat dan komited

untuk mengguna pakai dan menggabungkan komponen penting yang diperlukan demi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan kita dan dalam persediaan untuk pengiktirafan dan akreditasi antarabangsa.

Seperti yang saya tekankan di beberapa majlis sebelum ini, bahawa Kementerian Kesihatan mengenal pasti aset penting yang kita miliki iaitu para profesional dan pakar penjagaan kesihatan pelbagai disiplin yang bukan hanya terdiri daripada para konsultan, pakar, doktor, jururawat tetapi juga allied health professionals seperti pegawai-pegawai kesihatan awam, ahli-ahli farmasi, pegawai-pegawai saintifik makmal, ahli-ahli fisioterapi jurupulih-jurupulih kerja, pakar-pakar psikologi dan ramai lagi. Juga para profesional dari perkhidmatan sokongan seperti kejuruteraan, pengurusan estet, teknologi maklumat dan pengurusan juga memainkan peranan penting dalam peruntukan penjagaan kesihatan. Saya oleh itu, menggesa semua pihak untuk bersama-sama ke arah ini dengan menyertai dan menyumbang secara aktif dan bagi beberapa pihak akan menjadi dorongan untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa yang kami telah tetapkan dalam aspirasi kami.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para penceramah undangan seminar ini di atas sumbangan berharga anda dan berkesudian untuk mengongsikan kepakaran dan pengalaman meluas anda semua dengan kami. Setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua pegawai Kementerian Kesihatan di atas kehadiran dan sokongan padu anda semua di seminar ini. Ini merupakan satu permulaan kepada lebih banyak lagi latihan pembelajaran dan dialog dalam perjalanan kita menuju pengiktirafan dan akreditasi antarabangsa. Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi kita mempunyai satu tanggungjawab dan mandat untuk berkhidmat kepada rakyat dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka yang mana kita akan sediakan melalui perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi dan menyeluruh.

Kesimpulannya, marilah kita terus memangkin tindakan kita untuk memperbaiki kualiti penjagaan kesihatan kepada rakyat menumpukan perhatian pada semua enam dimensi kualiti seperti yang disyorkan oleh WHO iaitu keberkesanan, kecekapan, akses, kesaksamaan, keselamatan

Page 47: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

76 77

dan pemusatan rakyat. Bersama kita akan berusaha meraih pengiktirafan atau akreditasi perkhidmatan penjagaan kesihatan kita dan walaupun pelbagai tugas dan cabaran menuntut, insya-Allah kita akan atasi dan mencapai aspirasi melalui usaha dan dedikasi kolektif kita, lebih-lebih lagi dalam hati dan minda bahawa kita semua tahu kita tahu.

MAJLIS SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2012,

DI CESAR GRAND HALL, HOTEL ORCHID GARDEN PADA HARI SABTU

15 RAMADHAN 1433 HIJRIAH / 4 OGOS 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya

serta keberkatan bulan Ramadhan jua, dapatlah kita hadir dalam Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu lbu Sedunia 2012. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, para sahabat dan pengikut Baginda yang taat lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Bersama dan semua Ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur kerana mengundang saya pada pagi ini untuk sama-sama meraikan Minggu Penyusuan Susu lbu Sedunia 2012 dan seterusnya melancarkan Buku Breastfeeding Wall of Fame.

Tema pada tahun ini ialah 'Memahami Yang Lepas - Merancang Untuk Masa Hadapan' (Understanding the Past - Planning the Future). Tema ini dipilih bagi meraikan sepuluh tahun berlalunya Strategi Global Pemakanan Anak Damit dan Kanak-Kanak yang diterajui bersama oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF (United Nations Children's Fund) dalam memastikan pelaksanaan Strategi Global yang berkesan untuk meningkatkan kadar penyusuan susu ibu terutama sekali secara eksklusif iaitu penyusuan susu ibu untuk tempoh enam bulan pertama. Usaha ini adalah juga menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Milenium (Millenium Development Goals) yang berkaitan dengan kesihatan khususnya dalam mengurangkan kadar

Page 48: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

78 79

kematian di kalangan kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah.

Minggu Penyusuan Susu lbu ini telah mula diraikan semenjak 20 tahun yang lalu. Ianya diungkayahkan oleh World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), di mana kempen pertama pada Minggu Penyusuan lbu Sedunia ketika itu membawakan tema: 'Inisiatif Hospital-Mesra Anak Damit' (Baby-Friendly Hospital Initiative). Sememangnya telah banyak perubahan dan pencapaian yang telah dicapai sejak 20 tahun dahulu selaras dengan tema-tema sambutan yang dipilih dari setahun ke setahun. Tema pada tahun ini pula memberikan mesej yang menekankan mengenai pentingnya keberkesanan strategi yang telah dirancang. Kita seharusnya mengimbas kembali strategi serta tindakan-tindakan yang telah diambil dan dilaksanakan sebelum ini dan menilai sejauh manakah strategi dan tindakan itu telah menyumbang kepada pencapaian sasaran atau matlamat kita mengenai amalan penyusuan susu ibu di kalangan masyarakat di negara ini. Berdasarkan pengalaman yang telah ditempuh selama 20 tahun tersebut, segala strategi dan pelan-pelan tindakan perlu direbiu secara komprehensif dengan menekankan pendekatan yang lebih inovatif dan berkesan serta berasaskan kepada evidence based.

Mengimbas kembali akan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Awal Tahun Baru Masihi 2011, baginda telah mengurniakan titah bahawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah pun mereview Peraturan Cuti Beranak sebagai langkah keperluan dan kepentingan kesihatan dan kesejahteraan bagi ibu-ibu sebelum dan selepas mereka melahirkan. Penguatkuasaan Peraturan Cuti Beranak 20 bermula 1 Januari 2011 telah meningkatkan tempoh dan menetapkan cuti beranak selama 105 hari bagi semua pegawai dan kakitangan wanita dalam Perkhidmatan Awam dan dilaratkan jua kepada mereka yang berkhidmat di sektor swasta. Perkara sedemikian jelas membuktikan perhatian dan keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap kesihatan, kebaikan dan kesejahteraan bukan sahaja kepada ibu-ibu berkenaan malahan juga kepada anak-anak damit yang

akan menjadi aset yang bernilai kepada keluarga, masyarakat dan negara. Ini adalah juga merupakan dasar negara yang bukan sahaja bertujuan menjaga kesihatan dan kesejahteraan ibu-ibu malahan juga dihasrat akan mendukung kepada memudahkan serta memberi peluang kepada ibu-ibu yang melahirkan untuk menjalin erat hubungan ibu dan anak dan lebih-lebih lagi untuk mengamalkan penyusuan susu ibu ke arah bukan sahaja memantapkan kesihatan anak-anak damit tetapi juga mengukuhkan kebahagiaan, keharmonian serta kesejahteraan keluarga.

Penyusuan susu ibu atau breastfeeding bukanlah satu perkara yang baru, bahkan agama Islam sejak lebih 1433 tahun lalu telah menuntut akan betapa pentingnya dan kemanfaatan penyusuan susu ibu bagi anak-anak damit seperti mana yang terkandung di dalam Surah Al Baqarah ayat 233, Surah Luqman ayat 14, Surah Al Ahqaaf ayat 15 dan Surah Al Qashash ayat 7. lni jelas seperti mana petikan dalam Surah Al Baqarah ayat 233, Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang bermaksud bahawa “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun genap, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu.” “Dan kewajipan bapa pula memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.”

Keputusan dalam membuat pilihan yang terbaik untuk memberikan penyusuan susu ibu atau sebaliknya adalah satu keputusan yang sangat penting bagi ibu bapa kerana ianya memberikan impak serta risiko kesihatan ke atas diri ibu dan juga anak damitnya. Namun begitu, saya ingin menekankan di sini bahawa membaikkan produk gantian susu ibu kepada anak damit bukan saja menambahkan risiko kesihatan kepada anak damit bahkan ia juga boleh menjejaskan kesihatan ibunya. Tidak ada bukti yang sahih menunjukkan produk gantian susu boleh menggantikan khasiat dan faedah penyusuan susu ibu kepada anak damit kerana ini adalah nikmat dan kurnia Allah Subhanahu Wata'ala jua kepada para ibu. Dari itu, saya ingin mengingatkan warga Kementerian Kesihatan semuanya supaya tidak memandang ringan atau jangan sekali-kali kelanguan dalam soal mempromosi, menyokong dan menyerapkan amalan penyusuan susu ibu ini. Usaha memberi kesedaran orang ramai

Page 49: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

80 81

keluarga hendaklah diteruskan dan dilipatgandakan setiap masa bukan hanya ditumpukan semasa meraikan Minggu Penyusuan Susu lbu.

Berdasarkan kepada kajian-kajian serta dapatan, banyak khasiat serta faedah khususnya dalam aspek kesihatan yang diperolehi dari amalan penyusuan susu ibu. Bagi ibu, penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko tumpah darah sejurus selepas bersalin; melambatkan kembalinya kesuburan ibu yang memudahkan penjarakan kehamilan secara semula jadi; boleh mengurangkan berat badan yang berlebihan serta mengurangkan risiko diabetis dan kanser. Kaji selidik telah menunjukkan kadar risiko kanser payudara sebelum putus haid di kalangan ibu-ibu yang pernah menyusukan anaknya adalah l2 peratus lebih rendah dibandingkan ibu-ibu yang tidak menyusukan. Begitu juga halnya dengan kanser rahim (cervical cancer) dan ovari, di mana risiko mendapat kanser jenis ini adalah lebih tinggi di kalangan wanita yang tidak pernah menyusukan anak damit. lbu-ibu yang menyusukan juga memiliki tulang yang lebih kuat di mana telah terbukti kadar osteoporosis berkurangan di kalangan wanita yang menyusukan. Risiko patah tulang bahagian punggung (hip fracture) di kalangan ibu-ibu yang pernah menyusukan anaknya adalah rendah. Dari aspek kesihatan mental pula, ibu-ibu yang menyusukan anaknya terbukti berperasaan lebih positif dan kurang mengalami kemurungan, kebimbangan dan kemarahan selepas kelahiran.

Bagi anak damit pula, penyusuan susu ibu dapat melindungi anak damit dari jangkitan sistem pemakanan seperti cirit-birit, jangkitan saluran urinari (atau air kencing) dan jangkitan telinga. Mengenai dengan alahan (allergy) pula, pemberian susu ibu dapat mengurangkan risiko anak damit di bawah umur empat bulan dari menghidap penyakit ampus atau asma. Sementara itu, penyusuan susu ibu juga boleh memberi perlindungan daripada penyakit eczema atau keadaan kulit kering, merah dan gatal. Bagi anak damit yang lahir pramatang (premature), penyusuan susu ibu melindunginya dari berlakunya penyakit necrotizing enterocolitis atau penyakit yang menjejaskan kematian pada sel-sel tisu dalam saluran pemakanan dan ini amatlah membahayakan nyawa anak damit.

Di samping manfaat dari segi kesihatan, penyusuan susu ibu juga mendatangkan manfaat dari segi sosial dan kemasyarakatan terutama sekali mengeratkan kasih sayang dan suasana keharmonian di antara ibu dan anak. Ia mewujudkan ikatan istimewa di antara anak damit dan ibunya. Interaksi di antara ibu dan anak ketika penyusuan menghasilkan kesan positif sepanjang hayat hidup kepada si anak dari segi tingkah lakunya, pertuturan dan kesejahteraan diri apabila meningkat dewasa. Kajian juga menunjukkan anak damit yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek (IQ) yang lebih baik atau yang tebih tinggi berbanding dengan anak damit yang menyusu susu formula. Amalan penyusuan susu ibu juga akan menjamin kesihatan generasi yang akan datang untuk lebih cergas dari segi fizikal dan mental serta mempunyai ketahanan sistem imuniti yang mampu menyumbang ke arah generasi yang lebih aktif, progresif, produktif dan dinamik demi untuk perkembangan sosioekonomi negara yang lebih mantap, berdaya tahan dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi yang kompetitif.

Menyusukan anak damit dengan produk susu gantian juga telah dikaitkan dengan masalah berat badan berlebihan di kalangan anak damit. Fakta ini didukung dari hasil penemuan kaji selidik yang melibatkan lebih 32,000 orang kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Scotland dan lebih dari 9,000 orang kanak-kanak murid sekolah di Jerman, yang mana telah membuktikan bahawa kadar berat badan yang berlebihan atau obesity meningkat sebanyak 40 peratus jika anak damit diberikan produk gantian susu ibu. Pemberian gantian susu ibu melalui botol juga telah dikaitkan dengan kekurangan oksigen bagi anak damit yang lahir tidak cukup bulan atau pramatang.

WHO telah mengiktiraf amalan penyusuan susu ibu sehingga enam bulan tanpa menyampur dengan minuman/makanan lain sebagai exclusive breastfeeding dan ianya merupakan The Gold Standard dalam amalan pemakanan anak damit. Segala kebaikan dan kelebihan susu ibu hanya akan dapat diraih jika ibu-ibu mengamalkan exclusive breastfeeding. Ini adalah selari dengan Strategi Global Pemakanan Anak Damit dan Kanak-Kanak 2003 yang menyarankan agar ibu-ibu meneruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur dua tahun atau lebih, di samping beri

Page 50: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

82 83

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan, secara berterusan telah dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha bagi mempromosi dan menyerapkan sepenuhnya amalan penyusuan susu ibu. Baru-baru ini pada bulan Mei 2012, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan satu Bengkel Pemakanan Ibu, Anak Damit dan Kanak-Kanak yang melibatkan penyertaan pelbagai sektor kerajaan dan badan bukan kerajaan dengan mendatangkan pakar penasihat dari WHO. Bengkel tersebut telah menghasilkan dan mengenal pasti strategi perancangan bagi pembentukan Program Pemakanan lbu, Anak Damit dan Kanak -Kanak (Program on Maternal, Infant and Young Child Nutrition) di Negara Brunei Darussalam, merangkumi amalan penyusuan susu ibu. Sehubungan dengan ini, saya ingin menyarankan supaya kepada mereka yang dipertanggungjawabkan dalam menangani perkara ini khususnya di Kementerian Kesihatan, untuk mengambil tindakan dalam melaksanakan strategi yang telah dikenal pasti dengan seberapa segera dengan mengambil kira garisan yang disediakan oleh WHO serta amalan-amalan terbaik antarabangsa.

Saya percaya dengan adanya usaha-usaha pelaksanaan strategi Pemakanan Ibu, Anak Damit dan Kanak-Kanak secara sepadu dan berkesan apatah lagi dengan penglibatan aktif serta komitmen yang tinggi dari pelbagai sektor kerajaan, bukan kerajaan termasuk sektor swasta ianya akan memberikan hasil yang positif lagi berkesan ke arah mempertingkatkan kualiti kesihatan golongan ibu-ibu, anak-anak damit dan kanak-kanak di negara ini selaras dengan hasrat bagi mencapai visi Kementerian Kesihatan - Bersama Ke Arah Warga Sihat.

Dalam kesempatan ini juga, saya menyarankan agar agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, sektor swasta dan juga pihak majikan perlu bersama-sama memainkan peranan dalam memberi sokongan padu kepada usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menyerapkan amalan penyusuan susu ibu di negara ini dengan menyediakan kemudahan-kemudahan dan persekitaran yang kondusif supaya amalan penyusuan susu ibu dapat dilakukan bila-bila masa yang

diperlukan. Antara langkah-langkah yang perlu diberi perhatian dan disediakan termasuklah:

• Penyediaan bilik kemudahan khas di tempat kerja yang sesuai bagi ibu-ibu untuk melakukan pemerahan air susu atau breastmilk expression tanpa sebarang gangguan bagi menyokong usaha ibu-ibu yang bekerja untuk menyusukan anak damit mereka secara eksklusif.

• Penyediaan kemudahan-kemudahan mesra ibu dan anak damit di gedung-gedung perniagaan dan di tempat kemudahan awam seperti bilik penyusuan susu ibu yang purpose-built dan accessible perlu dipergiatkan;

• Agensi perniagaan digesa untuk menghormati dan menyokong ‘International Code of Marketing of Breastmilk Substitute’ yang berasaskan saranan yang dikeluarkan oleh WHO. Penghasilan produk susu formula anak damit serta promosi pemasaran produk gantian susu ibu yang agresif oleh pengilang produk makanan anak boleh menggugat keberkesanan penyusuan susu. Iklan yang menunjukkan susu gantian adalah lebih baik atau hampir sama dengan susu ibu adalah mengelirukan dan hanya akan mempengaruhi keyakinan ibu-ibu untuk menyusukan anak damit mereka. Seperti yang saya nyatakan awal tadi bahawa tidak ada bukti yang sahih yang menunjukkan produk gantian susu boleh menggantikan khasiat dan faedah penyusuan susu ibu kepada anak damit. Oleh itu, saya menyarankan kepada ibu-ibu dan keluarga supaya tidak terpengaruh dengan sebarang promosi dan iklan-iklan sedemikian.

Akhirnya, sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur dan juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu lbu dan Pelancaran Buku Breastfeeding Wall of Fame pada pagi ini.

Dengan bertawakal ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan dengan melafazkan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita, Nabi Muhammad Sallallahu

Page 51: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

84 85

Alaihi Wasallam, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu dan Pelancaran Buku Breastfeeding Wall of Fame.

MAJLIS SEMPENA HARI JANTUNG SEDUNIA 2012 DAN HARI TERBUKA JABATAN KARDIOLOGI

HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHAPADA HARI SABTU,

27 ZULKAEDAH 1433 HIJRIAH / 13 OKTOBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu´alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana rahmat dan limpah kurnia-Nya jua kita dapat

bersama-sama hadir di Majlis Sempena Hari Jantung Sedunia 2012 dengan tema 'One World, One Home, One Heart' dan juga Hari Terbuka Jabatan Kardiologi, Hospital Raja lsteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, para sahabat, kaum keluarga dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Penyakit Kardiovaskular (cardiovascular diseases - CVDs) seperti juga penyakit-penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases- NCDs) yang lainnya seperti kanser adalah salah satu punca utama kematian di seluruh dunia. Menurut laporan 'Global Atlas on Cardiovascular Diseases - Prevention and Control' yang diterbitkan bersama pada tahun 2011 oleh tiga pertubuhan antarabangsa iaitu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization -WHO), persekutuan Jantung Sedunia (World Heart Federation) dan pertubuhan Stroke Sedunia (World Stroke Organization), adalah dianggarkan lebih daripada 17.1 juta orang meninggal dunia dari penyakit kardiovaskular pada tahun 2008 dan yang membimbangkan lagi lebih daripada tiga juta kematian tersebut adalah mereka yang belum mencapai usia 60 tahun.

Kematian sedemikian yang dikategorikan sebagai kematian pra-matang (premature deaths) ini, sebenarnya sekurang-kurangnya 80 peratus daripada kematian tersebut boleh dielakkan. Kematian akibat penyakit kardiovaskular ini, menurut World Heart Foundation, bukan saja menimpa orang dewasa tetapi juga di kalangan kanak-kanak dan

Page 52: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

86 87

wanita tidak kira umur, status dan keturunan.

Apa lagi yang lebih menjadi kekhuatiran dan kebimbangan global, hasil daripada laporan tersebut, dijangkakan menjelang tahun 2030, hampir 23.6 juta orang akan meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular, terutamanya penyakit jantung dan strok.

Kebimbangan global mengenai senario penyakit kardiovaskular ini turut dikongsi sama dan dialami oleh negara kita Brunei Darussalam seperti mana juga di negara-negara lain.

Penyakit kardiovaskular ini didapati adalah penyebab utama yang kedua kematian di Negara Brunei Darussalam, selepas penyakit kanser pada tiga tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2011 sahaja seramai 183 orang iaitu 14.8 peratus dari jumlah keseluruhan kematian seramai 1,235 orang di negara ini disebabkan oleh penyakit kardiovaskular tersebut.

Seperti mana yang kita maklumi bersama, penyakit jantung juga seperti juga penyakit-penyakit kronik yang lain boleh dicegah dan prognosisnya boleh diubah dengan pengesanan awal. Tekanan darah tinggi, diabetis, kolesterol yang tinggi, obesiti, tabiat merokok dan kurang melakukan aktiviti fizikal adalah dikenal pasti faktor-faktor risiko utama yang menyumbang kepada penyakit jantung dan strok. Ke arah itu, Kementerian Kesihatan tidak jemu-jemu terus berusaha meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat di negara ini betapa pentingnya peranan penjagaan kesihatan dengan sebaik-baiknya dengan mengutamakan mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit seperti melalui program-program yang mempromosikan amalan cara hidup sihat yang diadakan dari semasa ke semasa.

Selain itu, menyedari akan faktor-faktor risiko ini, kementerian sangat mengalu-alukan dan menggalakkan lebih ramai lagi pelbagai stakeholders bukan saja agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), institusi pendidikan, Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) dan rakyat dan penduduk negeri ini

untuk bersama-sama mempergiatkan usaha bagi membudayakan amalan cara hidup sihat di kalangan semua lapisan masyarakat di negara ini. Pendekatan seperti ini adalah sangat penting dan paling berkesan dan kos-efektif dalam kita bersama-sama mencegah dan mengawal penyakit-penyakit kronik, di samping usaha kita bersama menghindarkan ianya semakin bertambah dan berleluasa di negara ini.

lni adalah juga dihasratkan untuk menjaga dan memelihara kesihatan dan kesejahteraan kita semua akan lebih terjamin dan berdaya tahan.

Salah satu lagi strategi penting ialah dengan memperkenalkan program saringan untuk mengesan penyakit-penyakit tidak berjangkit termasuk penyakit kardiovaskular dan faktor-faktor risiko, untuk mengesan seawal-awalnya sebelum penyakit ini menjadi kronik dan kompleks.

Dari itu, saya menyarankan kepada orang ramai khususnya mereka yang berisiko tinggi supaya membuat pemeriksaan kesihatan (health screening) yang telah disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Kementerian Kesihatan untuk mengetahui akan tahap kesihatan masing-masing secara menyeluruh sekiranya ada pengesanan awal faktor-faktor risiko bagi penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis (diabetis) dan lain-lain. Bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda awal atau simptom-simptom penyakit-penyakit kronik setelah menjalani pemeriksaan kesihatan (health screening) bagi mengelakkan ianya menjadi kronik adalah dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Pengesanan awal membolehkan rawatan dapat diberikan dengan lebih berkesan dan insya-Allah boleh dicegah dan dikawal daripada penyakit menjadi lebih kronik dan kompleks dan kemungkinan yang boleh mengakibatkan penderitaan sepanjang hayat atau mungkin mengakibatkan kematian.

Jabatan Kardiologi juga telah memperkenalkan program-program yang dikendalikan oleh para jururawat dalam usaha pengesanan awal penyakit jantung iaitu melalui program saringan, menggunakan Cardiac

Page 53: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

88 89

CT untuk pengesanan awal penyakit jantung bagi mereka yang vulnerable dan berisiko tanggi.

Pesakit-pesakit jantung dan kronik akan mempunyai risiko dan beban penderitaan ini bukan saja akan lebih dirasai oleh pesakit-pesakit itu sendiri dan lambat-laun akan menjejaskan kesihatan, aktiviti harian, kesejahteraan, pendapatan dan kualiti hidup, malahan juga turut dirasa dan menjadi beban kepada keluarga. Lebih mendukacitakan lagi, kemungkinan pesakit itu akan menderita sehingga sepanjang hayat.

Dalam pada itu, saya juga sangat mengalu-alukan inisiatif Jabatan Kardiologi dalam memperkenalkan Preventative Cardiology Programme kerana dari pengalaman awal melalui pemeriksaan secara besar-besaran ke atas pesakit-pesakit yang tidak mempunyai sebarang simptom berkaitan dengan penyakit jantung.

Adalah juga difahamkan Jabatan Kardiologi telah melakukan lebih daripada 2,000 Multi-Detector CT (MDCT) scan, Stress Test dan memantau pesakit-pesakit di Klinik Kardiologi.

30 peratus daripada pesakit yang tidak mempunyai sebarang simptom yang telah menjalani MDCT telah didapati mempunyai penyakit jantung koronari. Saya juga dimaklumkan bahawa trend rujukan para doktor untuk intervensi koronari juga telah berubah selepas pengenalan MDC. Dengan pendekatan seperti ini terutama sekali pengesanan di peringkat awal telah dapat mengurangkan risiko-risiko dan sekali gus mampu mengurangkan jumlah penghidap penyakit sarangan jantung.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Kementerian Kesihatan, dalam menangani penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit seperti kardiovaskular selain berterusan mengingatkan orang ramai untuk mengamalkan cara hidup sihat telah membelanjakan berjuta-juta ringgit, malahan berpuluh juta ringgit dalam usaha mengemaskinikan dan menaik taraf perkhidmatan diagnostik, prosedur-prosedur dan rawatan penyakit jantung dan strok, bukan saja di Hospital

Raja lsteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), malahan juga dengan tertubuhnya Gleneagles JPMC (GJPMC) dan juga Pusat Neurosains, Strok dan Rehabilitasi (Neuroscience, Stroke and Rehabilitation Centre - NSRC) di Jerudong Park Medical Centre dengan menyedia pelbagai kemudahan dan peralatan yang terkini dan canggih semata-mata untuk memastikan perkhidmatan kesihatan yang diberikan adalah terbaik dan berkesan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan.

Di Hospital RIPAS sahaja telah disediakan seperti perkhidmatan Cardiac CT and MRl, implan alat-alatan yang berteknologi tinggi, elektro-fisiologi, pengenalan program-program yang dikelolakan oleh para jururawat mengenai kegagalan jantung, aritmia (rentak degupan jantung yang tidak normal) selain usaha-usaha yang berkaitan pencegahan penyakit-penyakit jantung. Di samping itu juga, Jabatan Kardiologi dengan kerjasama Gleneagles JPMC (GJPMC) sentiasa mengambil langkah-langkah strategik dalam usaha mencegah penyakit jantung.

Sempena Hari Jantung Sedunia, Jabatan Kardiologi telah menganjurkan 'Cardiology Open Day'. Ini adalah merupakan satu inisiatif dalam usaha kita meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai mengenai pencegahan dan pengesanan awal penyakit jantung. Di samping itu, ianya membolehkan para pengunjung melihat dengan lebih dekat lagi peralatan-peralatan tersebut yang disediakan di negara ini.

Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Kardiologi Hospital RIPAS di atas inisiatif jabatan ini memperkenalkan 'Cardiology E-Kiosk' yang membolehkan para pesakit untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah jantung, perkhidmatan kardiologi dan alat kelengkapan yang disediakan.

Dalam kesempatan ini, saya juga ingin menyarankan kepada para pakar dan juga doktor-doktor untuk mengamalkan teamwork dalam memberikan rawatan perubatan kepada pesakit-pesakit kerana selalunya mereka ini mempunyai pelbagai penyakit kronik yang lain selain daripada penyakit jantung. Gabungan strategik dan pendekatan secara

Page 54: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

90 91

berpasukan pelbagai disiplin yang melibatkan pakar-pakar perubatan, jururawat dan allied health professionals yang berkenaan adalah penting untuk pengurusan rawatan yang optimum kepada pesakit melalui kaedah 'Multi-Disciplinary TEAM Interventions'.

Akhirnya saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Jabatan Kardiologi, Hospital RIPAS atas usaha dan inisiatif yang berterusan mereka dalam kita bersama-sama meningkatkan perkhidmatan kesihatan yang disediakan ke arah yang terbaik kepada rakyat dan penduduk di negara ini. Semoga segala inisiatif, usaha dan sumbangan khidmat bakti yang murni lagi ikhlas biskita itu akan mendapatkan keberkatan dan ganjaran yang sebaik-baiknya dari Allah Subhanahu Wata'ala jua.

Dengan melafazkan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Sempena Hari Jantung Sedunia 2012 dan juga Hari Terbuka Jabatan Kardiologi, Hospital RIPAS.

MAJLIS PERADUAN MENAMBANG SYAIR PERLEMBAGAAN NEGERI BRUNEI BAGI PUSAT TINGKATAN ENAM DAN SEKOLAH

MENENGAH / MAKTAB KERAJAAN DAN SWASTA TAHUN 2012,PADA HARI RABU

13 MUHARRAM 1434 HIJRIAH / 28 NOvEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat

bersama-sama hadir di Majlis Peraduan Menambang Syair Perlembagaan Negeri Brunei bagi Pusat Tingkatan Enam dan Sekolah Menengah / Maktab Kerajaan dan Swasta Tahun 2012 pada pagi ini. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, para sahabat, kaum keluarga dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam dan juga Urusetia Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja kerana berkesudian mengundang saya untuk hadir di majlis yang sangat bermanfaat ini.

Peraduan Menambang Syair Perlembagaan Negeri Brunei yang diadakan ini adalah merupakan satu usaha dan inisiatif yang murni lagi amat signifikan dalam mendukung gagasan kita untuk memartabatkan lagi seni syair, apatah lagi Syair Perlembagaan Negeri Brunei yang merupakan satu keunggulan karya bersejarah dan amat bernilai untuk terus dipelihara dan dihayati di negara ini.

Oleh yang demikian, usaha serta kesungguhan mengadakan peraduan ini memang selayaknya diberikan pujian dan sukacita saya ingin mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur semoga usaha ini menyumbang kepada kesinambungan syair

Page 55: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

92 93

di negara ini tidak akan luput atau hilang ditelan dek zaman yang dibawa oleh arus globalisasi serta perubahan kehidupan moden dewasa ini.

Syair adalah merupakan salah satu cabang seni dan kesusasteraan Melayu Tradisional yang mempunyai nilai yang sangat berharga dalam masyarakat di negara ini sejak zaman-berzaman lagi. Maka sebagai khazanah negara yang begitu bernilai, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama selaku generasi zaman masa kini untuk menyedari dan gigih berusaha untuk mengorak langkah bagi menjaganya dan memeliharanya supaya ianya terus kekal di persada ilmiah karya sastera dan budaya seni negara serta terus dapat dihayati dan diperkembangluaskan bukan sahaja oleh generasi kita pada hari ini malahan bagi generasi yang akan datang, di samping dijadikan sebagai pelita ilmu dan pengajaran berguna.

Mengimbas akan keadaan atau suasana kehidupan pada zaman yang terdahulu, memang pada ketika itu syair merupakan simbol kemegahan masyarakat sebagai landasan menyampaikan pemikiran, inspirasi dan tujuan tertentu dan sebagai medium memupuk semangat perpaduan, menjadi pengajaran dan tauladan. Ianya lazimnya dikumandangkan dalam acara-acara atau majlis-majlis tertentu. Umumnya, syair tradisional menggambarkan tentang falsafah hidup yang mencerminkan nilai-nilai serta sikap sesuatu masyarakat pada masa dahulu, oleh itu falsafah hidup sedemikian patut diwarisi dan diasuh dalam kalangan generasi muda untuk menjadi perisai menghadapi arus dan cabaran globalisasi masa kini.

Syair telah lama sebati dengan adat budaya Melayu Brunei dan adalah rugi kiranya kita di abad 21 ini tidak terus memperkasa akan karya seni dan budaya syair ini. Seperti yang diamalkan sejak dahulu bahawa Syair adalah satu perlembangan yang berperanan sebagai pengisi ruang dalam acara beristiadat iaitu dengan tujuan supaya generasi hari ini dan akan datang mengetahui peranan syair itu sendiri, bukan sekadar untuk bercerita, malahan sebagai landasan dalam memberikan ilmu yang bermanfaat termasuk mengenai pembangunan sosioekonomi negara dalam hal ini, syair memainkan peranan yang penting sebagai wadah bagi masyarakat dahulu menzahirkan nilai-nilai positif dan sikap yang

berteraskan keaslian dan suasana tanah air dengan menggambarkan kepekaan masyarakat terhadap persekitarannya yang mementingkan nilai-nilai murni lagi mulia, permuafakatan serta keimanan sebagai tunggak bagi panduan kehidupan bernegara dan sejagat.

Selaras dengan dasar pendidikan negara dan juga tugas dan tanggungjawab Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MIB) untuk menyerap dan mengekalkan konsep Melayu Islam Beraja dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka peraduan yang diungkayahkan pada pagi ini adalah diharapkan akan menjadi satu saluran yang dapat menanam dan menyemai nilai-nilai MIB dan secara tidak langsung nilai-nilai budi dan sastera yang terkandung dan terselit dalam Syair Perlembagaan Negeri Brunei. Seperti kita sedia maklum syair ini adalah hasil pena Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, di samping syair-syair karya baginda yang lain yang berpandangan tajam, unsur-unsur nasihat dengan penuh tamsil dan ibarat yang berasaskan kepada pengalaman dan kewibawaan dengan kepimpinan yang matang untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada rakyat dan penduduk di negara ini khususnya generasi muda.

Melalui Syair Perlembagaan Negeri Brunei inilah rakyat lebih memahami akan betapa Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei Ke-28, berwawasan jauh serta memberikan perhatian berat terhadap pentingnya rakyat mengamalkan hidup berbangsa, bermasyarakat, beragama dan bernegara. Maka mengenang akan jasa dan keprihatinan yang mendalam Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, yang meletakkan segala-galanya untuk kepentingan rakyat dan negara, adalah wajar bagi kita untuk terus memartabatkan Syair Perlembagaan Negeri Brunei hasil karya oleh Al-Marhum itu, bukan sahaja sebagai tatapan tetapi juga iktibar yang boleh diperolehi dalam mengharungi sepanjang kehidupan kita.

Syair Perlembagaan Negeri Brunei ini adalah suasana dan berdasarkan kehidupan masyarakat Brunei yang mahu berjuang untuk membina dan mewujudkan satu negara bangsa yang merdeka lagi

Page 56: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

94 95

berjuang walaupun dalam keadaan berliku-liku dan menghadapi segala rintangan dan cabaran. Alhamdulillah, perjuangan telah mencapai kejayaan dan hasilnya kita nikmati sehingga ke hari ini dan sebagai kesinambungan, keamanan dan kemakmuran negara hendaknya kita pertahankan untuk berterusan mantap. Ini adalah antara lain pengajaran yang dapat sebagai penyuntik semangat kepada segenap lapisan rakyat dan penduduk di negara ini dan berterusan mencurahkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja, patriotik kepada negara, mengukuhkan nilai-nilai murni serta menanamkan semangat yang tinggi untuk menjana keutuhan dan amalan MIB dalam kehidupan masyarakat kita di Negara Brunei Darussalam.

Pada hakikatnya ternyata syair tidaklah semata-mata sebagai media hiburan, malah penting lagi ia digunakan sebagai alat menyebarkan ilmu, menggerak dan menyedarkan masyarakat setempat dan seluruh negara. Selain daripada mengutarakan isi yang berbentuk nasihat, ia juga turut membicarakan soal-soal ilmu pengetahuan, budi pekerti manusia yang disandarkan kepada ajaran Islam dengan tujuan memupuk semangat keislaman dan kesedaran nasionalisme yang kental bagi penerusan cara hidup MIB pada kalangan orang Brunei pada masa kini dan akan datang. Kenyataannya maka syair yang dahulunya sebagai bahan hiburan yang berperanan penting menjadi sumber ilmu dan penyuluh hidup bagi membangun negara ke arah kecemerlangan dan kegemilangan lagi mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata'ala seperti mana rangkap dipetik dari Syair Perlembagaan Negeri Brunei Ilmu itu pelita hati, Dapat mengira untung dan rugi, Senang menduga saudara sebati, Panduan memilih elok dan keji, Tuhan itu amat pemurah, Kepada hambanya yang bersusah payah, Bekerja rajin berhati tabah, Akan menikmati rahmat yang limpah.

Justeru itu, adalah bertepatan bagi rakyat dan penduduk khususnya golongan pelajar untuk didedahkan akan pengertian dan maksud yang tersirat dalam Syair Perlembagaan Negeri Brunei. Karya Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien yang penuh dengan penuh dengan gagasan semangat, pandangan, fikiran dan falsafah-falsafah yang berguna ditambah dengan adunan bahasa yang bernas lagi

bermutu yang mana bagi pendapat saya adalah bisai dan bersesuaian untuk dijadikan sebagai rujukan dalam kajian disiplin ilmu, apatah lagi ianya sebagai titik sejarah yang kesinambungannya membolehkan Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan sebagai negara merdeka yang berdaulat.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada pelajar-pelajar yang menyertai peraduan menambang Syair Perlembagaan Negeri Brunei bagi tahun 2012 ini dan semogalah lebih ramai generasi muda akan lebih mencintai warisan budaya Brunei. Kita juga berharap supaya peraduan ini dapat menyerapkan dan mengukuhkan lagi nilai-nilai Melayu Islam Beraja kepada golongan generasi muda yang bakal mewarisi masyarakat Brunei pada masa akan datang dalam menghadapi pelbagai arus cabaran dan era globalisasi serta kecanggihan teknologi infokomunikasi masa kini. Selaras dengan Wawasan Negara 2035 kita perlu memiliki generasi yang taat setia lagi tidak berbelah bahagi kepada raja, yang berakhlak mulia dan beriman serta mengenal pasti jati diri kebruneian dan bersama-sama mewujudkan keamanan, ketenteraman dan kelangsungan kehidupan bermasyarakat dan bernegara dengan berpaksikan Falsafah Melayu Islam Beraja.

Walau kita mengharungi dunia globalisasi masa kini, syair masih lagi relevan dan boleh memainkan peranannya dalam pembangunan negara terutama dalam membentuk insan dan warganegara yang mempunyai nilai-nilai akhlak dan budi bahasa yang mulia yang dapat dibanggakan untuk mencerminkan kecemerlangan dan identiti kebruneian yang tulen.

Akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada Pengerusi Bersama Majlis, pihak Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dan Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendiidkan serta Akademik Pengajian Brunei yang telah sama-sama berjaya mengungkayahkan peraduan ini. Semoga usaha yang penuh berkebajikan ini berhasil memupuk semangat jati diri yang kukuh dalam membentuk masyarakat Brunei yang menyambung warisan khazanah bangsa dan negara yang bercalakkan Melayu Islam Beraja.

Page 57: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

96 97

UcapanYang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan

Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji OsmanMENTERI PEMBANGUNAN

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2011 DAN PAMERAN ‘BANDARAYA DAN PERUBAHAN IKLIM’,

DI RUANG LEGAR, JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN, BERAKAS

PADA HARI SABTU, 23 SAFAR 1433 HIJRIAH / 17 JANUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala atas limpah rahmat-Nya serta dengan izin-Nya jua kita

dapat berkumpul pada Majlis Sambutan Hari Habitat Sedunia 2011.

Saya mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Majlis dan Ahli-ahli Jawatankuasa yang telah menjayakan majlis pada pagi ini dan terima kasih kerana telah mengundang saya menjadi tetamu kehormat pada majlis yang sungguh bermakna ini.

Hari Habitat Sedunia 2011 membawa tema ‘Bandaraya dan Perubahan Iklim’ atau Cities and Climate Change. Tema ini memberikan gambaran tentang hubung kait antara pembangunan dan alam sekitar khususnya bagaimana pertumbuhan sesebuah bandar raya itu ada impaknya kepada perubahan iklim, dalam masa yang sama perubahan iklim juga akan membawa kesannya kepada bandar raya jika tidak ditangani dengan betul.

Lazimnya bandar menempatkan dan menjadi tumpuan utama bagi pembangunan serta pertumbuhan sosial dan ekonomi setiap negara. Sebahagian besar dari jumlah penduduk dan aktiviti sosial ekonomi berpusat serta tertumpu di kawasan bandar. Keadaan ini menimbulkan tekanan ke atas sumber-sumber utama yang terhad dan yang diperlukan bagi memenuhi pertumbuhan dan pembangunan sosial dan ekonomi.

Secara langsung ianya juga boleh menimbulkan risiko dan kesan pencemaran alam sekitar. Jika tidak dikawal kejadian pencemaran akan berlaku dan akan membawa pelbagai permasalahan kepada penghuni-penghuninya. Bayangkan saja jika sampah seharian kita (domestic waste)

Page 58: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

98 99

tidak dibuang secara berdisiplin atau bersistematik ia akan menyebabkan sampah bertaburan di jalan raya dan di kawasan-kawasan perumahan ataupun berlonggokan di merata tempat menjadi tumpuan lalat, tikus dan binatang-bintang lain yang boleh membawa penyakit.

Dalam perkara ini Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE) telah pun berusaha mengeluarkan sistem sampah secara collection dari rumah ke rumah, tetapi oleh kerana pengambilan melibatkan sedikit bayaran ianya kurang mendapat sambutan. Perubahan iklim juga boleh menyebabkan risiko serta impak yang meluas terhadap kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan penduduk bandar seperti jika pengaliran air kotor tidak dibuang secara teratur menyebabkan kawasan-kawasan dibanjiri dengan air kotor yang sepatutnya mengalir ke saliran yang dibuat khas.

Tidak hairanlah mengapa pembangunan di kebanyakan bandar disasarkan untuk mencapai aspirasi ‘Menjana Persekitaran Bandar Yang Berdaya Tahan’ (Environmentally Sustainable Cities).

Cabaran yang lebih ketara ialah bagi negara dan kawasan bandar yang mempunyai sumber utama dan sumber semula jadi yang terhad (relatively limited primary and natural resources). Dalam situasi sedemikian, kita tidak ada pilihan lain melainkan memilih untuk menggunakan sumber utama dan semula jadi yang kita miliki dengan bijak iaitu menggunakannya secara berjimat cermat, berhemah dan efisien.

Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, 70 peratus dari penduduk negara ini dan aktiviti pembangunan sosial dan ekonomi terletak di Daerah Brunei dan Muara memiliki kawasan tanah yang terkecil jika dibandingkan dengan daerah lain. Salah satu dari prasarana sosial yang memerlukan peruntukan tanah yang besar ialah penyediaan perumahan bagi rakyat negara ini. Jika tidak ia akan menyebabkan tertumbuhnya rumah-rumah setinggan, rumah haram dan sebagainya.

Adalah dianggarkan sebanyak 16,500 unit rumah perlu disediakan bagi menampung keperluan perumahan sehingga 2017. Jika pembinaan

dilaksanakan mengikut kaedah landed properties development adalah dianggarkan sebanyak 775 hektar tanah diperlukan sehingga 2017. Sebaliknya pembinaan perumahan secara ‘Vertical Development’ hanya memerlukan tanah yang dianggarkan berkeluasan sebanyak 580 hektar.

Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan, mempunyai hala dasar dan strategi perumahan kerajaan dalam menangani keperluan tanah untuk pembinaan perumahan jangka panjang:

Pertama : Ialah kemajuan perumahan yang berkepadatan tinggi (high density residential development);

Kedua : Pembinaan perumahan yang berunsurkan konsep reka bentuk mesra alam atau lebih dikenali dengan green building and settlement concept and design.

Bermula tahun ini Rancangan Perumahan Negara (RPN) akan mengenalkan Projek Penyediaan Rumah Pangsa bagi Daerah Brunei dan Muara. Peringkat permulaan ialah projek pembinaan rumah pangsa enam (6) tingkat yang menyediakan kira-kira 320 unit rumah di Lambak Kanan akan dilaksanakan pada tahun ini. Pada peringkat selanjutnya ialah kemudahan-kemudahan awam seperti kedai, pusat kemasyarakatan (community centre), sekolah taman asuhan, surau, taman permainan dan sukan juga akan disediakan di kawasan tersebut. Penyediaan kemudahan ini bukan saja akan dapat memudahkan (accessibility) dan pergerakan (mobility) penduduk setempat bahkan ianya akan dapat menggurangkan penggunaan kenderaan dan pembakaran bahan fosil yang menyumbang kepada pengeluaran karbon dioksida yang menyebabkan perubahan iklim.

Rumah pangsa ini juga akan menggunakan konsep dan reka bentuk mesra alam. Sebahagian besar dari kawasan tanah yang diperuntukkan bagi kemajuan ini akan dikekalkan sebagai kawasan hijau yang berfungsi dan menyumbang kepada pengurangan urban heat island effect; mengawal aliran air di permukaan tanah (regulating surface run-off); dan menyerikan keindahan persekitaran. Sementara ciri-ciri konsep rumah pangsa akan memberi tumpuan kepada pencapaian efficient

Page 59: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

100 101

resource utilisation termasuklah penggunaan produk dan teknologi yang menyumbang ke arah penjimatan penggunaan tenaga serta penjimatan penggunaan air bersih melalui rain harvesting.

Jabatan-jabatan di bawahnya akan terus berusaha untuk melaksana perubahan dan inisiatif yang inovatif dan memenuhi keperluan mereka yang bergantung kepada perumahan di bawah Rancangan Perumahan Negara. Seperti mana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Julai 2011, Rancangan Perumahan Negara jangka panjang akan terus menjurus kepada pencapaian teras atau sasaran utama seperti berikut:

Pertama : Mempercepatkan pembinaan dan penyediaan rumah yang dihasrat supaya pemohon dapat memiliki rumah dalam jangka masa tidak lebih dari 10 tahun;

Kedua : Penggunaan sumber pembangunan seperti tanah secara optimal bagi membolehkan rakyat akan terus dapat disediakan dengan rumah;

Ketiga : Menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat.

Alhamdulillah pada tahun 2011 sebanyak 3,508 buah rumah telah dianugerahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada rakyat baginda. Mengikut perkembangan projek-projek perumahan yang sedang berjalan pada masa ini pada tahun ini, insya-Allah sebanyak 4,700 buah rumah akan diserahkan kepada pemohon yang layak menerimanya.

Dalam memperkenal apa jua perubahan ke atas Rancangan Perumahan Negara, pihak kerajaan akan tetap mengambil kira keperluan rakyat khususnya dari segi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan rakyat.

Untuk akhirnya sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Perumahan kerana telah berkesudian menjemput saya hadir selaku tetamu kehormat di majlis pada pagi ini.

MAJLIS PELANCARAN GREEN BUILDING INITIATIvES, DI DEWAN BERTABUR, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

PADA HARI RABU,7 RABIULAKHIR 1433 HIJRIAH / 29 FEBRUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

TERLEBIH dahulu, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur yang telah mengundang saya hadir selaku

tetamu kehormat majlis pada petang ini dan seterusnya melancarkan Green Building Initiatives, Kementerian Pembangunan pada petang ini.

Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya jua negara kita adalah negara yang aman makmur seperti yang kita nikmati selama ini. Kita baru saja menyambut Hari Kebangsaan Ke-28, satu tempoh yang boleh dikatakan sudah cukup dewasa, di mana kita telah berjaya memartabatkan negara di dunia antarabangsa dan menempa banyak kemajuan. Ini adalah atas usaha gigih pemimpin kita, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan juga setiap rakyat dan penduduk negara ini.

Namun dengan pertukaran yang pantas di peringkat global, kita juga haruslah sentiasa beringat untuk meningkatkan daya tahan dan terus merangka strategi-strategi demi kemajuan negara kita supaya dapat terus bertahan, aman dan damai untuk generasi kita akan datang. Dari itu kita haruslah peka mengenai isu-isu global yang boleh menjejaskan atau memberi impak negatif kepada negara kita.

Salah satu isu-isu global yang berlaku ialah isu perubahan iklim ataupun climate change dan penggunaan tenaga (energy use). Kedua-dua perkara ini adalah berkait rapat di mana pengguna tenaga dari fosil atau dari sumber minyak menyebabkan berlakunya carbon emission yang menyumbang kepada green house effect. Green house effect seterusnya memberi kesan kepada iklim dunia. Ini dapat dilihat apabila berlakunya hujan yang tidak menentu, cuaca kering berlaku bukan seperti yang lazimnya, cuaca yang sejuk yang melampau di negara-negara Eropah dan

Page 60: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

102 103

bermacam lagi fenomena kesan dari perubahan iklim.

Kementerian Pembangunan mempunyai peranan yang penting untuk menangani kedua-dua isu ini kerana dalam usaha kita membangun negara dan menyediakan infrastruktur bagi menjana pertumbuhan ekonomi, aktiviti kita banyak menggunakan tenaga, di samping menyebabkan deforestation. Di samping itu, Kementerian Pembangunan juga bertanggungjawab menyelaras komitmen dan obligasi negara kepada United Nation’s Framework Convention On Climate Change dan Perjanjian Kyoto Protocol pada peringkat negara, serantau dan antarabangsa. Untuk itu kita perlu membuat strategi-strategi tertentu ke arah mencapai obligasi dan komitmen negara dalam menangani isu perubahan iklim dan ia bermula di negara kita sendiri dan harus bermula di kementerian ini.

Penggunaan tenaga, sama ada kuasa elektrik untuk bangunan, kenderaan dan industri-industri di negara kita masih banyak bergantung kepada penggunaan tenaga fosil yang tidak dapat diperbaharui (non-renewable energy). Oleh itu ianya menjadi cabaran kita pada peringkat negara, iaitu bagaimana untuk menggunakan tenaga yang ada dengan secara berhemah tanpa pembaziran agar dapat diconserve bagi generasi akan datang dan dalam waktu yang sama tidak menyumbang kepada pencemaran alam melalui carbon emission yang tinggi. Kadar tarif yang murah bagi bekalan elektrik dan air tidak bermakna kita sewenangnya boleh membuat pembaziran. Penggunaan yang tidak terkawal dan berhemah, di samping tidak eco-friendly atau boleh merosak alam persekitaran, ia juga akan menyebabkan sumber tenaga dan air negara cepat pupus.

Menurut statistik, penggunaan tenaga di negara ini, bangunan kerajaan menggunakan 22 peratus dari keseluruhan penggunaan tenaga bagi bangunan, bangunan perumahan dan rumah persendirian menggunakan sebanyak 35 peratus, 27 peratus digunakan oleh bangunan komersial dan 16 peratus digunakan oleh bidang industri. Bagi sesebuah bangunan, penggunaan tenaga yang paling banyak digunakan adalah bagi sistem hawa dingin iaitu lebih kurang 60 ke 70 peratus.

Dari itu, saya menyambut baik usaha Jabatan Kerja Raya to

walk the talk atau memperkota apa yang sering kita cakapkan dengan melaksanakan inisiatif yang dipanggil ‘Green Building Initiative, Ministry of Development’ atau GBI. Seperti yang dimaklumkan, pada peringkat ini, ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran khusus di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya betapa perlunya kita membudayakan penjimatan penggunaan tenaga di bangunan-bangunan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya sebagai detik permulaan. Ianya telah dimulakan di Jabatan Kerja Raya dan akhir-akhir ini telah diperluaskan ke peringkat Kementerian Pembangunan. Seterusnya adalah diharapkan inisiatif ini akan menjadi contoh bukan sahaja untuk dibudayakan di kalangan agensi-agensi kerajaan lain, malahan kepada semua pihak termasuk sektor swasta dan individu persendirian secara amnya. ‘Green Building Roadmap’ akan menjadi rujukan bagi mengorak langkah bersepadu perancangan dan tindakan-tindakan untuk menyuntik user behaviour changes ke arah mencapai objektif GBI.

Saya seterusnya menyambut baik salah satu milestones yang terkandung di dalam roadmap tersebut, iaitu untuk memperkenalkan green building benchmark seperti juga yang telah dilaksanakan di negara-negara lain sebagai sukat-sukat tahap penggunaan kaedah green building bagi satu-satu bangunan.

Tetapi GBI ini bukan sahaja setakat membudayakan penjimatan penggunaan tenaga, malah ia juga harus dimulakan dari awal iaitu dari penentuan kedudukan bangunan (siting) kepada reka bentuknya (design), pembinaan, pengurusan, pemeliharaan, pengubahsuaian, penggunaan bahan binaan dan sebagainya.

Justeru itu, para pereka bentuk dan pemilik-pemilik bangunan juga mempunyai peranan besar kerana reka bentuk bangunan dan sekitarnya akan mempengaruhi berapa banyak tenaga dan bagaimana ianya akan digunakan. Penggunaan kaedah green building tidaklah semestinya meningkatkan kos membangun bangunan-bangunan tersebut. Malahan melalui passive approach seperti orientasi bangunan, preservation of the natural vegetation and landscape to provide shade sudah memberi impak yang ketara ke arah penyejukan bangunan dan dengan sendirinya

Page 61: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

104 105

mengurangkan penggunaan sistem hawa dingin.

Walaupun penggunaan kaedah green building secara menyeluruh mungkin melibatkan kos, akan tetapi pemilik-pemilik bangunan hendaklah melihat faedahnya secara jangka panjang. Selain memberi sumbangan terhadap alam sekitar, pengiktirafan green building akan menjadi satu aset yang mana pengiktirafan nasional di masa akan datang adalah sebahagian dari green building roadmap.

Adalah menjadi harapan kita semua, di masa akan datang semua bangunan sama ada bangunan awam, swasta atau persendirian, akan memenuhi kriteria green building yang kita maksudkan. Hanya dengan kita mengorak langkah bersepadu, bersama dengan semua agensi dan individu yang berkenaan dengan industri pembinaan, barulah objektif green building itu kita capai. Dalam hal ini saya rasa kita sudah tertinggal di mana negara-negara lain sudah lama menggunakannya. Walau bagaimanapun saya yakin dengan strategi yang diatur dan dengan adanya komitmen dari semua pihak, kita akan beroleh kejayaan jua.

Sebagai penutup saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana menjemput saya hadir selaku tetamu kehormat pada petang ini. Dengan mendahulukan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim dan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata’ala maka saya sukacita melancarkan Green Building Initiatives, Kementerian Pembangunan.

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA TAHUN 2012, DI WATERFRONT, BANDAR SERI BEGAWAN

PADA HARI KHAMIS, 29 RABIULAKHIR 1433 HIJRIAH / 22 MAC 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

TERLEBIH dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengerusi Majlis kerana menjemput saya hadir ke Majlis

Pelancaran Sambutan Hari Air Sedunia 2012 bertemakan ‘Water and Food Security’, di mana kita berpeluang mengimbas kepentingan air di masa kini dan akan datang serta cabaran-cabaran yang akan ditempuhi.

Jabatan Kerja Raya melalui Jabatan Perkhidmatan Air telah memperingati Hari Air Sedunia bermula sejak beberapa tahun yang lepas. Seperti juga negara-negara lain, ia bertujuan untuk mengingatkan kita semua betapa pentingnya air dalam semua aspek kehidupan kita dan bagaimana perlu menjaganya dari segi memastikan bekalan yang berterusan dan mudah diperolehi, kualiti air yang bersih, dengan tidak ada pembaziran dan mengawalnya dari pencemaran.

Dunia ketika ini menghadapi bermacam-macam cabaran di antaranya seperti perubahan iklim, kepesatan bandar raya, pencemaran sungai, pertambahan penduduk dan juga pertumbuhan ekonomi yang semakin pesat. Di samping itu, terdapat juga bencana akibat paras air yang tinggi dan kemarau yang berpanjangan dan bermacam-macam lagi bencana berkaitan dengan air. Bencana ini, disebabkan jarang sekali kita alami, menyebabkan kita memandang ringan akan permasalahannya kerana di Negara Brunei Darussalam, kita dibekalkan dengan air bersih yang mencukupi dan berpanjangan setiap hari sejak beberapa dekad yang lalu.

Mengikut laporan yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu United Nations:

3,575 juta orang mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan air;

884 juta orang tidak menerima bekalan air bersih iaitu 1 (satu) bagi

Page 62: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

106 107

setiap lapan orang;Sementara itu untuk menghasilkan satu kilogram daging

memerlukan 15,000 liter air; Untuk menghasilkan satu kilogram gandum memerlukan 1,500

liter air; Laporan juga mengatakan untuk memberi makan satu orang dalam

sehari memerlukan di antara 3,000 ke 5,000 liter air dan; Pertanian menggunakan 70 peratus sumber air tawar dunia, tetapi

hanya tiga peratus air dapat digunakan untuk penduduk dunia.

Perangkaan ini menunjukkan Tanpa Air Tiada Bekalan Makanan. Ini adalah antipati mesej yang disampaikan oleh Menteri Pertanian Perancis semasa Persidangan Menteri-Menteri di Persidangan Air Sedunia Ke-6 yang telah berlangsung pada 13 Mac 2012 di Marseille, Perancis. Adalah juga dijangkakan pada tahun 2050 untuk memberi makan sembilan bilion orang penduduk di dunia ini memerlukan tambahan penghasilan makanan sebanyak 70 peratus. Semua ini adalah antara cabaran yang berat yang perlu ditangani bagi membekalkan lebih banyak makanan yang berkhasiat.

Pada tahun ini tema Hari Air Sedunia ialah ‘Water and Food Security’ atau ‘Keselamatan Air dan Makanan’ di mana agenda air dan makanan akan menjadi bahan perbincangan di RIO + 20 Earth Summit yang akan diadakan pada bulan Jun tahun ini.

Seperti mana yang dialami oleh kebanyakan negara di seluruh dunia, Negara Brunei Darussalam juga tidak terlepas daripada ancaman kekurangan air dan dalam Rancangan Kemajuan Negara sejak dahulu lagi, infrastruktur seperti loji rawatan air, sistem rangkaian bekalan air dan peparitan yang sempurna sentiasa diperuntukkan dan ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Kesan dari perubahan iklim, sektor pertanian mengharungi ketidaktentuan disebabkan bencana alam seperti kemarau dan banjir. Negara penghasil pertanian perlu melabur dalam kajian dan pembangunan semata-mata untuk menghasilkan tanaman dan benih yang berdaya tahan serta sistem pengaliran yang cekap, di samping memelihara ekosistem yang ada.

Kehidupan manusia masa kini tidak sama dengan kehidupan yang lalu dan kehidupan yang akan datang. Dunia akan memerlukan lebih banyak tenaga disebabkan pertumbuhan penduduk dan perkembangan perbandaran dan sebagainya. Air, tenaga dan makanan adalah berhubung kait, sebagai contoh kita perlu tenaga untuk menghidupkan jentera bagi kegunaan sistem pengairan dan pam-pam air bagi membekalkan air bersih kepada setiap rumah.

Semua orang tahu bekalan air bersih yang mencukupi akan memberikan kita kesihatan yang akan menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkat taraf kehidupan kita. Kita bayangkan jika bekalan air terputus sama ada di rumah atau di pejabat, kita akan merasa gelisah dan marah. Bayangkan pula kesusahan yang dialami oleh kanak-kanak di negara membangun yang terpaksa mendapatkan air di sungai-sungai tercemar dan juga sesetengah penduduk yang terpaksa mengharung jalan sehingga 25 kilometer jauhnya setiap hari semata-mata hanya untuk mendapatkan satu atau dua baldi air sungai yang bersih. Kita jarang sekali memikirkan perkara sedemikian kerana setiap hari kita dilimpahi dengan kemudahan bekalan air bersih dan sistem infrastruktur yang baik di mana pengurusan, penyelenggaraan dan pemeliharaannya memerlukan perbelanjaan yang besar.

Bila kita mengamati pengertian Sambutan Hari Air Sedunia pada hari ini, kita perlu mengambil tindakan dan penyelesaian yang menyeluruh bagi bertindak balas dalam kita menyahut semua cabaran berhubung dengan isu-isu permasalahan air. Kita perlu mengambil tindakan yang bersesuaian dalam melindungi, memelihara sungai-sungai dan berjimat dalam penggunaan air. Kemajuan teknologi bukanlah cabaran sebenar tetapi memberikan kesedaran mengenai kepentingan air dan kekurangannya kepada penduduk Negara Brunei Darussalam adalah cabaran yang utama. Sudah tiba masanya di mana pendidikan mengenai isu-isu air perlu dimulakan dan dipertingkatkan.

Di Negara Brunei Darussalam penggunaan air sebanyak 450 liter bagi setiap orang dalam sehari adalah di antara yang tertinggi di dunia, jika dibandingkan dengan negara jiran yang mana penggunaan hanyalah dalam kadar 150 liter hingga 280 liter bagi setiap orang dalam

Page 63: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

108 109

sehari. Kita akan silap jika menganggap bekalan air yang ada sekarang akan berterusan dan mudah diperolehi kerana kebanyakan negara di dunia ini zaman kesenangan mendapatkan bekalan air sudah berlalu. Oleh kerana yang demikian, kita perlu meningkatkan dan memperbaiki cara pengurusan bekalan air di rumah, di pejabat dan juga di dalam sistem bekalan air kita. Semua pendekatan ini adalah penting bagi mengurangkan pembaziran dan memastikan bekalan air kita terjamin di masa akan datang. Itulah tujuannya kita mengadakan dan memperingati ‘Hari Air Sedunia’ setiap tahun, dengan tema yang berlainan, iaitu untuk kita mengambil langkah yang tertentu untuk menjaga keselamatan air, untuk kita menghargai air yang ada pada masa ini mudah kita dapati di negara ini dan untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi bukan sahaja untuk kita tetapi untuk generasi yang akan datang.

Sebagai penutup saya sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya khususnya, Jawatankuasa Penganjur Hari Air Dunia 2012, Jabatan Perkhidmatan Air di atas usaha mereka dalam sama-sama menganjurkan Majlis Pelancaran pada hari ini dan akhirnya, dengan mendahulukan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, maka saya sukacita merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2012 bertemakan ‘Water and Food Security’.

MAJLIS PENUTUP PROGRAM KURSUS INDUKSI DAN SESI MUZAKARAH,

DI MANGROvE PARADISE RESORT, JALAN KOTA BATUPADA HARI SELASA,

8 REJAB 1433 HIJRIAH / 29 MEI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULLILAH bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala atas limpah rahmat-Nya serta dengan izin-Nya jua kita

dapat berkumpul di majlis kita pada pagi ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta Kursus Induksi yang telah menamatkan kursus pada selama 11 hari. Saya berharap semua peserta kursus mendapat manfaat dari kursus ini yang diungkayahkan sebagai usaha kementerian untuk mendedahkan biskita dengan kerja-kerja yang mencabar yang bakal dihadapi di kementerian dan jabatan-jabatan di mana biskita ditugaskan.

Saya difahamkan dalam tempoh kursus itu dijalankan peserta-peserta kursus telah menjalani pelbagai latihan, taklimat-taklimat, siri lawatan dan aktiviti-aktiviti kerja secara berpasukan.

Dengan adanya kursus sedemikian pegawai-pegawai yang menyertai kursus ini akan mendapat pendedahan dan penjelasan mengenai pentadbiran dan prosedur-prosedur kerajaan, peraturan-peraturan am, akta-akta dan undang-undang, Etika Kerja Dalam Perkhidmatan Awam, Peraturan Kewangan dan lain-lain.

Setentunya biskita, yang kini telah pun mempunyai pekerjaan merasa lega kerana mungkin ada sudah yang menunggu untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan, pengalaman serta cita-cita masing-masing. Entah berapa lama sebahagian daripada biskita sudah menunggu, entah berapa banyak surat permohonan yang dihantar kepada prospektif majikan, berapa banyak resume yang telah disediakan, berapa kali turun naik pejabat menghadiri temu duga dan sebagainya. Akhirnya ditawarkan pekerjaan.

Page 64: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

110 111

Diharapkan pekerjaan yang ditawarkan kepada para pegawai adalah sesuatu yang dihajati, yang tepat dengan jurusan dan kelulusan masing-masing.

Sebenarnya, mencari pekerjaan dewasa ini bukanlah mudah. Di samping keadaan job market yang semakin berkurangan, termasuk di Negara Brunei Darussalam, di mana peluang pekerjaan mungkin tidak seimbang dengan jumlah pencari kerja (job seekers), majikan sekarang, sama ada di pihak kerajaan atau firma-firma swasta, akan mengambil masa yang lama untuk mengisi jawatan-jawatan kosong - mereka mahu pekerja yang ditawarkan pekerjaan adalah tepat dan sesuai bagi jawatan yang hendak diisi. Kalau dulu pekerja yang memilih pekerjaan, sekarang majikan yang memilih pekerja.

Majikan lebih cenderung kepada pekerja yang mempunyai kepakaran dalam satu-satu bidang yang khusus, di samping berkebolehan dan bersedia melakukan multitasking. Majikan juga lebih cenderung kepada pekerja yang mempunyai inisiatif sendiri melatih diri, mempelajari perkara-perkara yang baru, yang kreatif, inovatif, yang pasti dapat making contribution kepada organisasi majikannya. Jika tidak, majikan akan membiarkan jawatan itu kosong sahaja, sehingga the right person walks in.

Setelah bekerja persoalannya sekarang ialah apakah biskita berjaya dalam pekerjaan masing-masing?

Ada beberapa tips yang boleh dikongsikan jika seseorang yang baru memulakan pekerjaan itu, hendak berjaya.

1. Sering bertanya. Jangan segan untuk bertanya dengan co-workers mengenai kerja-kerja yang dilakukan. Walaupun kita mempunyai kelulusan yang tinggi dan kepakaran tidak bermakna kita tahu segala-galanya. Biasakan diri dengan budaya kerja yang sedia ada dan jika ada perubahan yang akan dikenalkan jangan cepat membuat terlalu banyak perubahan.

2. Tentukan apa sasaran biskita - What are your targets in one year,

two years time and so on. Apa yang hendak capai.

3. Bersikap positif kepada keupayaan dan kemampuan diri untuk melaksanakan kerja-kerja yang diberi.

4. Tunjukkan kesibukan walaupun apabila mula-mula bekerja tidak banyak kerja yang diberi. Jangan nampaknya seolah-olah kita tidak tahu apa yang dibuat atau kita menunggu arahan baru kita membuat sesuatu.

5. Cari mentor yang boleh membimbing biskita, orang tempat kitani mengadu, mendapat bantuan, orang yang bersedia mendengar masalah kitani, orang yang menjadi contoh kepada kitani yang cukup pengalamannya.

6. Hormati rakan sekerja kita dengar pendapatnya, mungkin ideanya lebih baik tidak ada salahnya jika kita menerima idea tersebut walaupun ia datangnya dari pegawai bawahan.

7. Sentiasa bersedia untuk menimba ilmu yang baru, sama ada dalam pekerjaan kitani atau dalam bidang-bidang yang berkaitan.

8. Build your network - kenali sebanyak mana yang boleh mereka yang dalam pejabat di mana biskita ditugaskan. Kenali juga mereka di pejabat-pejabat lain bukan di kementerian kita sendiri. It will come handy dalam biskita menjalankan tugas. Sometimes ‘its not what you know, its who you know’.

9. Minta feedback tentang kerja-kerja yang telah diberi bagi tujuan pembaikan.

10. Tampilkan diri sebagai seseorang yang boleh diberi tanggungjawab confident, knowledgeable and trustworthy seorang yang merupakan aset kepada organisasi tersebut bukan liability.

Sekian sahaja dahulu yang saya ingin sampaikan. Saya berdoa semoga semua pegawai dan kakitangan yang baru bertugas satu dua tahun kebelakangan akan menjadi warga Kementerian Pembangunan

Page 65: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

112 113

yang boleh menyumbang kepada kerja-kerja di kementerian secara amnya. Apatah lagi di mana pada masa ini ekspektasi orang ramai kepada penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan semakin meningkat. Jadilah warga Kementerian Pembangunan bukan hanya jabatan-jabatan di mana biskita bertugas.

Akhir sekali saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Unit Sumber Tenaga Manusia, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan kerana telah mengadakan majlis pada pagi ini.

MAJLIS KONvENSYEN KUMPULAN KERJA CEMERLANG (KKC) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN

JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA, DI DEWAN INDERA PAHLAWAN, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

PADA HARI RABU, 12 RAMADHAN 1433 HIJRIAH / 1 OGOS 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata’ala Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda

yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya juga kita dapat

berkumpul bagi menyempurnakan Majlis-Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah mengundang saya hadir selaku tetamu kehormat majlis pada pagi ini dan seterusnya merasmikan Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2012 ini.

KKC merupakan satu kaedah kerja yang dapat membawa kepada perubahan yang boleh meningkatkan perkhidmatan yang diberikan dengan mengetengahkan pembaharuan dalam kerja bagi penyelesaian sesuatu masalah yang sudah dikenal pasti. Melalui KKC, pegawai dan kakitangan sebagai ahli dalam satu organisasi itu, berperanan untuk bersama memperbaiki kelemahan dalam organisasi melalui pendekatan

Page 66: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

114 115

yang logik, mudah dan praktikal untuk mencapai hasil yang diharapkan. Kementerian Pembangunan sebagai satu agensi kerajaan yang berperanan luas dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara telah menyasarkan lapan haluan dasar bagi strategi pembangunan yang mesti dipertingkatkan secara berterusan iaitu strategi pendidikan, strategi ekonomi, strategi keselamatan, strategi pembangunan institusi, strategi pembangunan perniagaan tempatan, strategi pembangunan infrastruktur, strategi jaminan sosial dan strategi alam sekitar. Saya percaya masih ada ruang yang memerlukan peningkatan ataupun pembaikan dari segi perkhidmatan dan prosedur-prosedur yang telah sedia ada.

Melalui kaedah KKC ini adalah diharapkan akan mampu memastikan peningkatan perkhidmatan dan prosedur yang diguna pakai itu akan memberi kepuasan dan mengarah kepada expectation orang awam yang kian meningkat.

Saya difahamkan Konvensyen KKC pada tahun ini telah diikuti oleh lapan buah pasukan mewakili tiga buah jabatan sahaja. Saya ucapkan syabas kepada jabatan yang turut serta, walau bagaimanapun saya merasa, penglibatan hanya tiga jabatan adalah jauh dari yang diharapkan. Adakah perkhidmatan jabatan-jabatan lain sudah mencapai tahap perkhidmatan yang tinggi dan tidak lagi memerlukan sebarang pembaikan? Atau adakah kita too preoccupied dengan kerja harian dan tidak mencapai pembaikan yang perlu kita usahakan dari semasa ke semasa. KKC menggalakkan teamwork dan penglibatan dari semua pihak di dalam satu organisasi dan ini akan mewujudkan satu organisasi yang sentiasa beristiqamah. Maka adalah tidak menjadi sia-sia jika kita mengambil sedikit masa untuk ahli-ahli organisasi berkenaan mengamalkan budaya kerja yang diwujudkan oleh kaedah KKC kerana selain dari berupaya meningkatkan hasil dan mutu kerja yang tinggi, ia juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi highly motivated apabila mengetahui rakan kerja yang lain ada bersedia membantu membuat kerjanya melalui teamwork.

Saya menyarankan bagi semua ketua jabatan dan bahagian memberi perhatian kepada kegiatan KKC sebagai sesuatu yang perlu bukan sahaja kerana meningkatkan keberkesanan perkhidmatan yang

diberikan, tetapi juga dari segi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh organisasi berkenaan dalam pemberian perkhidmatan tertentu kerana KKC menggalakkan problem-solving abilities dalam kalangan warga kerja sesebuah organisasi itu. Dengan penggunaan kaedah KKC ini, saya percaya prosedur dan perkhidmatan yang akan kita berikan akan bertambah nilainya.

Mungkin sebagai suatu berita yang amat menggalakkan, saya diberi maklum bahawa terdapat 24 pasukan yang telah pun ditubuhkan bagi mengikuti konvensyen KKC pada tahun 2013. Saya sangat berharap kesemua 24 pasukan ini akan menampilkan projek-projek yang menjurus ke arah peningkatbaikan proses dan perkhidmatan setiap jabatan. Daripada itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak yang terlibat yang mana telah berusaha dalam memastikan jumlah kumpulan yang ikut serta dalam konvensyen KKC meningkat dari setahun ke setahun.

Pada masa yang sama, saya juga ingin mengingatkan dalam usaha membudayakan kaedah KKC, para pegawai mestilah memastikan projek-projek yang akan dibawakan itu nanti adalah projek yang benar-benar dapat menjamin peningkatan mutu perkhidmatan yang diberikan dan bukannya sekadar untuk meramai-ramaikan penyertaan sahaja.

Sebagai penutup saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput saya hadir selaku tetamu kehormat. Saya juga mengucapkan syabas kepada pihak penganjur kerana mengadakan Konvensyen KKC bagi tahun 2012 ini. Semoga usaha kita ini akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala.

Page 67: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

116 117

MAJLIS PELANCARAN MANUAL KESIHATAN, KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR,

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN, DI DEWAN INDERA PAHLAWAN,PUSAT UJIAN KEMAHIRAN DAN LATIHAN,

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN PADA HARI ISNIN,

7 ZULKAEDAH 1433 HIJRIAH / 24 SEPTEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata’ala selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi

Wasallam, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya juga kita

dapat berkumpul bagi menyempurnakan Majlis-Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah mengundang saya hadir selaku tetamu kehormat majlis pada pagi ini dan seterusnya merasmikan Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2012 ini.

KKC merupakan satu kaedah kerja yang dapat membawa kepada perubahan yang boleh meningkatkan perkhidmatan yang diberikan dengan mengetengahkan pembaharuan dalam kerja bagi penyelesaian sesuatu masalah yang sudah dikenal pasti. Melalui KKC, pegawai dan kakitangan sebagai ahli dalam satu organisasi itu, berperanan untuk bersama memperbaiki kelemahan dalam organisasi melalui pendekatan yang logik, mudah dan praktikal untuk mencapai hasil yang diharapkan.

Kementerian Pembangunan sebagai satu agensi kerajaan yang berperanan luas dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara telah menyasarkan lapan haluan dasar bagi strategi pembangunan yang mesti dipertingkatkan secara berterusan iaitu strategi pendidikan, strategi ekonomi, strategi keselamatan, strategi pembangunan institusi, strategi pembangunan perniagaan tempatan, strategi pembangunan infrastruktur, strategi jaminan sosial dan strategi alam sekitar. Saya percaya masih ada ruang yang memerlukan peningkatan ataupun pembaikan dari segi perkhidmatan dan prosedur-prosedur yang telah sedia ada.

Melalui kaedah KKC ini adalah diharapkan akan mampu memastikan peningkatan perkhidmatan dan prosedur yang diguna pakai itu akan memberi kepuasan dan mengarah kepada expectation orang awam yang kian meningkat.

Saya difahamkan Konvokesyen KKC pada tahun ini telah diikuti oleh lapan buah pasukan mewakili tiga buah jabatan sahaja. Saya ucapkan syabas kepada jabatan yang turut serta, walau bagaimanapun saya merasa, penglibatan hanya tiga jabatan adalah jauh dari yang diharapkan. Adakah perkhidmatan jabatan-jabatan lain sudah mencapai tahap perkhidmatan yang tinggi dan tidak lagi memerlukan sebarang pembaikan? Atau adakah kita too preoccupied dengan kerja harian dan tidak mencapai pembaikan yang perlu kita usahakan dari semasa ke semasa. KKC menggalakkan teamwork dan penglibatan dari semua pihak di dalam satu organisasi dan ini akan mewujudkan satu organisasi yang sentiasa beristiqamah. Maka adalah tidak menjadi sia-sia jika kita mengambil sedikit masa untuk ahli-ahli organisasi berkenaan mengamalkan budaya kerja yang diwujudkan oleh kaedah KKC kerana selain dari berupaya meningkatkan hasil dan mutu kerja yang tinggi, ia juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi highly motivated apabila mengetahui rakan kerja yang lain ada bersedia membantu membuat kerjanya melalui teamwork.

Saya menyarankan bagi semua ketua jabatan dan bahagian memberi perhatian kepada kegiatan KKC sebagai sesuatu yang perlu bukan sahaja kerana meningkatkan keberkesanan perkhidmatan yang diberikan, tetapi juga dari segi menyelesaikan masalah yang dihadapi

Page 68: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

118 119

oleh organisasi berkenaan dalam pemberian perkhidmatan tertentu kerana KKC menggalakkan problem-solving abilities dalam kalangan warga kerja sesebuah organisasi itu. Dengan penggunaan kaedah KKC ini, saya percaya prosedur dan perkhidmatan yang akan kita berikan akan bertambah nilainya.

Mungkin sebagai suatu berita yang amat menggalakkan, saya diberi maklum bahawa terdapat 24 pasukan yang telah pun ditubuhkan bagi mengikuti konvensyen KKC pada tahun 2013. Saya sangat berharap kesemua 24 pasukan ini akan menampilkan projek-projek yang menjurus ke arah peningkatbaikan proses dan perkhidmatan setiap jabatan.

Daripada itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak yang terlibat yang mana telah berusaha dalam memastikan jumlah kumpulan yang ikut serta dalam konvensyen KKC meningkat dari setahun ke setahun.

Pada masa yang sama saya juga ingin mengingatkan, dalam usaha membudayakan kaedah KKC, para pegawai mestilah memastikan projek-projek yang akan dibawakan itu nanti adalah projek yang benar-benar dapat menjamin peningkatan mutu perkhidmatan yang diberikan dan bukannya sekadar untuk meramai-ramaikan penyertaan sahaja.

Sebagai penutup saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput saya hadir selaku tetamu kehormat. Saya juga mengucapkan syabas kepada pihak penganjur kerana mengadakan Konvensyen KKC bagi tahun 2012 ini. Semoga usaha kita ini akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala.

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI WORLD : 'GIS' DAY SEMPENA JUBLI INTAN

JABATAN UKUR, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN, DI LETAK KERETA, JABATAN UKUR, TANAH

DAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

PADA HARI SELASA, 21 ZULHIJJAH 1433 HIJRIAH / 6 NOvEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya jua kita dapat

sama-sama hadir ke Majlis Pembukaan Rasmi World : 'GIS' Day 2012 Sempena Jubli Intan Jabatan Ukur.

Saya mengucapkan syabas atas inisiatif Jabatan Ukur untuk memberi kesedaran, ilmu pengetahuan dan kefahaman kepada orang ramai, terutama sekali kepada penuntut-penuntut sekolah dan stakeholders mengenai pentingnya penggunaan GIS dalam pembangunan negara. ini adalah satu usaha yang sangat baik dalam sama-sama kita memperkenalkan teknologi terkini (GIS) dalam kerja harian kita untuk membangun Negara Brunei Darussalam agar setanding dengan negara-negara yang maju di rantau ini.

Adalah diharapkan supaya usaha dan inisiatif seumpana ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa dengan kerjasama dari semua agensi yang berkenaan.

Geographical Information System (GIS) membolehkan kita untuk melihat, memahami, menganalisa maklumat atau data untuk memudahkan kita membuat keputusan yang lebih tepat, cepat dan efektif. Ianya bukanlah semata-mata mengenai data atau maklumat geografi sahaja tetapi ianya termasuk integrasi hardwares, perisian dan data geografi.

Page 69: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

120 121

Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Ukur baru-baru ini telahpun melancarkan Geoportal Ukur yang mana fasa pertama Geoportal tersebut membolehkan jabatan-jabatan berkenaan di bawah Kementerian Pembangunan untuk melihat dan membuat analisa data geospatial secara online bagi membantu dalam membuat perancangan seperti pemilihan tapak-tapak tanah untuk pembinaan dan lain-lain keperluan. Sistem ini sudah setentunya akan mempercepatkan lagi agensi-agensi berkenaan dan pihak pengurusan untuk membuat keputusan.

Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Ukur juga mengumpul dan menyediakan maklumat geografi bagi kegunaan perancangan dan pembangunan negara. Berbagai usaha telah pun dilaksanakan bagi mengumpul maklumat geografi yang tepat dan kemas kini untuk pembangunan negara yang lebih teratur dan sempurna iaitu melalui projek-projek yang telah dirancangkan seperti Rancangan Kemajuan Negara (RKN). Data-data tersebut termasuklah maklumat lot-lot tanah, pemilik tanah, topografi tapak-tapak tanah, utiliti bawah tanah dan lain-lain maklumat geografi di mana semua data tersebut dikumpulkan menjadi GIS yang lengkap bagi memudahkan dan mempercepatkan dalam membuat perancangan dan keputusan bagi pembangunan negara.

Pengumpulan data geografi sahaja adalah tidak mencukupi dan tidak lengkap dalam GIS jika infrastruktur IT tidak diambil perhatian oleh agensi-agensi berkenaan, adalah penting setiap agensi untuk memastikan perisian atau sistem yang digunakan adalah compatible dengan sistem di agensi yang lain untuk membolehkan maklumat-maklumat di antara agensi berkenaan dapat dikongsi sama dan sudah setentunya akan menjimatkan kos di pihak kerajaan terutama dalam pengambilan dan pengumpulan data yang berlapis-lapis.

Adalah menjadi harapan kementerian ini untuk menyatukan Geoportal Ukur, Kementerian Pembangunan dan ianya adalah selaras dengan usaha Kementerian Pembangunan untuk mempertingkatkan perkhidmatannya kepada orang ramai agar semua permohonan bagi pembangunan akan dapat diproses dan dilaksanakan dengan cepat dan mengandungi semua maklumat yang dikehendaki sebelum sesuatu

keputusan di buat. Di peringkat nasional pula, perkongsian data seperti ini juga akan memastikan pengutipan data yang tidak berlapis (overlapping) dan penggunaan data yang lebih efisien dan boleh diguna pakai oleh semua agensi kerajaan. Ke arah ini, mungkin sudah tiba masanya ada satu dasar diwujudkan untuk memastikan dan mengawal perkongsian data yang lebih efektif di mana data security juga diberi perhatian yang serius.

Dengan adanya perkongsian data yang efektif, akan mempercepatkan lagi kerja harian termasuklah proses kebenaran permohonan orang ramai atau pelanggan dalam bidang-bidang yang tertentu.

Walau bagaimanapun adalah amat penting bagi setiap agensi yang menyumbangkan dan mengongsikan data-data berkenaan untuk memastikan data-data tersebut tepat dan terkini supaya keputusan yang dibuat oleh pihak yang berkenaan akan menjadi cepat dan tepat dan mengikut maklumat yang terkini.

Sebagai penutup, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Majlis kerana menjemput saya hadir selaku tetamu kehormat pada petang ini dan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Pembukaan Rasmi World 'GIS' Day 2012 Sempena Jubli Intan Jabatan Ukur ini saya dengan berbesar hati melancarkan World 'GIS' Day 2012, di sini pada petang hari ini.

Dengan mendahulukan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim saya dengan rasminya melancarkan World 'GIS' Day 2012 Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Page 70: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

122 123

MAJLIS HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA DAN 40 TAHUN PENUBUHAN JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA DI DEWAN BERTABUR, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

PADA HARI SABTU, 25 ZULHIJJAH 1433 HIJRIAH / 10 NOvEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu´alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah dan kurnia-Nya jua, kita dapatlah

kita sama-sama berkumpul pada petang ini bagi sama-sama meraikan Hari Perancangan Bandar Sedunia dan diselajurkan dengan Sambutan Sempena 40 Tahun Penubuhan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dengan tema '40 Tahun Perancangan Bandar´.

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengerusi Majlis dan Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis kerana menjemput saya hadir selaku tetamu kehormat pada petang ini.

Pada tahun ini, JPBD kini telah menjangkau usia 40 dekad. Sejak penubuhannya dalam tahun 1972, JPBD telah memainkan peranan penting dalam kemajuan fizikal dan perancangan guna tanah di negara ini.

Akta Perancangan dan Desa 1972 adalah, mekanisme perundangan yang memberi kuasa kepada JPBD melaksanakan kedua-dua fungsi utamanya iaitu mengawal kemajuan fizikal di kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan kawalan kemajuan (development control area) dan juga menyediakan pelan-pelan perancangan. Dalam penyediaan pelan-pelan perancangan, cabaran-cabaran yang pasti dihadapi seperti memastikan:

• Masa hadapan yang berdaya tahan;• Pertumbuhan yang terurus;• Pemeliharaan alam sekitar yang hijau dan bersih;

• Penggunaan tanah yang efisien;• Penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan yang menepati keperluan.

Sistem perancangan bandar yang diamalkan ialah melalui penyediaan pelan-pelan perancangan tiga peringkat atau 3-tier hierarchy plans yang mana telah disediakan di bawah Rancangan Kemajuan Negara Keenam iaitu :-

• Pelan Induk;• Pelan Daerah;• dan Pelan Setempat.

Pelan-pelan yang telah siap iaitu Pelan Induk Negara Brunei Darussalam 1987 dan pembaharuannya yang dikenali sebagai National Land Use Master Plan 2006 serta pelan-pelan daerah seperti Pelan Daerah Temburong, Daerah Belait dan Daerah Tutong dan juga beberapa pelan setempat adalah hasil yang jelas daripada sistem perancangan ini. Pelan Daerah Brunei-Muara pada masa ini dalam proses penyiapan terakhir juga adalah dalam konteks sistem perancangan ini.

Pelan-Pelan Perancangan dan Setempat ini digubal melalui perundingan dengan semua stakeholders khususnya egensi-egensi kerajaan dan ia bertujuan menggariskan strategi perancangan dan kemajuan guna tanah bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang di kawasan-kawasan setempat yang terlibat. Dari itu setentunyalah wajar bagi setiap stakeholders yang telah memberikan sumbangan padu ke arah penggubalan pelan-pelan itu meneruskan pelaksanaan program-program kemajuan mereka seperti yang dirancangkan dalam pelan-pelan tersebut.

Pelan-pelan ini semua mempunyai tempoh yang ditetapkan dan program-program adalah time-critical kerana semua perancangan mengambil kira aspek peluang yang ada untuk diraih ada dalam satu-satu jendela masa. Akan tetapi pelan-pelan akan terus tinggal menjadi pelan sahaja jika kadar pelaksananya memakan masa yang begitu panjang

Page 71: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

124 125

untuk direalisasikan. Masih terdapat banyak cadangan-cadangan yang terkandung di dalam Pelan Induk Negara Brunei Darussalam 1987 yang masih belum dilaksanakan oleh stakeholders berkenaan sehingga tamat tempoh pelan atau jika dilaksanakan, dalam jarak tempoh yang terlalu jauh dari tempoh sebenar. Tanpa pelaksanaan yang menepati masa, peluang-peluang yang ada hilang begitu saja dan program-program seterusnya terjejas dan impak yang dihasratkan untuk dinikmati rakyat tidak tercapai.

Oleh itu, saya menyarankan kepada semua stakeholders supaya mengambil langkah-langkah wajar dalam memastikan bahawa setiap dasar, cadangan dan strategi pembangunan pelan-pelan perancangan yang telah pun dibincangkan dan dipersetujui akan dilaksanakan mengikut jadual. Setiap stakeholders seharusnya mempunyai sense of ownership terhadap pelan-pelan ini kerana proses penyediaannya juga mencakupi cita rasa stakeholders berkenaan. Pelan-pelan perancangan sepatutnya diambil tindakan segera - Putting Plans Into Actions - dan bukan untuk disimpan memenuhi almari atau kabinet. Bila pelan dapat dilaksanakan menepati tempohnya, ianya akan lebih berbaloi dan faedah-faedah pelaksanaannya dapat dinikmati oleh masyarakat setempat serta menjana perkembangan ekonomi yang lebih baik.

Peranan yang dimainkan oleh Perancang Bandar dan Desa adalah Pivotal dalam proses pembangunan mana-mana negara kerana hasil perancangan fizikal mempunyai impak ke atas gaya kehidupan, daya saing ekonomi negara dan alam persekitaran.

Perancangan yang baik membolehkan rakyat hidup dalam keadaan di mana tempat tinggal, bekerja, membeli-belah dan riadah semuanya dalam lingkungan jarak yang selesa. Pengurangan jarak perjalanan bukan sahaja mempunyai impak kepada alam sekitar dari pengurangan pencemaran, malah juga mempunyai impak terhadap daya saing ekonomi negara dari segi kos operasi dan logistik.

Ke arah menangani isu daya saing ekonomi dan pengangkutan ini, katanya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Pusat Kajian Strategik dan Dasar dan dengan penglibatan Kementerian Pembangunan telah melaksanakan dua kajian iaitu :

• 'Land Optimisation Strategy for Industrial dan Commercial Growth in Brunei Darussalam' yang bertujuan mengenal pasti keperluan keluasan tanah industri dan komersial dan strategi yang diperlukan oleh negara kita bagi mencapai sasaran Wawasan 2035;

• Masterplan for Land System yang bertujuan mengenal pasti penyelesaian yang terbaik bagi pengangkutan di negara kita.

Kajian Land Optimisation baru sahaja siap dilaksanakan, manakala kajian bagi Masterplan for Land Transportation System baru sahaja dimulakan.

Alhamdulillah, dapatan utama dari kajian Land Optimisation antara lain menunjukkan bahawa keluasan tanah di negara ini adalah lebih dari cukup untuk pertumbuhan ekonomi. Kajian tersebut juga telah menggariskan beberapa kelompok industri dan juga pelan tindakan yang perlu diambil. Dapatan-dapatan ini akan diumumkan oleh Pusat Kajian Strategik dan Dasar tidak lama lagi.

Kejayaan dan keberhasilan, terutamanya pelaksanaan cadangan-cadangan mana-mana kajian dan pelan akan memerlukan komitmen dan kordinasi yang rapi di antara semua agensi-agensi dan stakeholders.

Objektif pelan-pelan perancangan adalah semata-mata untuk kebaikan bersama jua di mana kepentingan sosial, ekonomi dan kelestarian alam sekitar telah diambil kira. Pelan perancangan pada dasarnya memelihara kesejahteraan negara dan sepatutnya mampu juga memelihara kebajikan penduduk dalam jangka panjang.

Atas asas inilah kita semua, bukan sahaja Jururancang Bandar malah semua warga yang menyumbang kepada pembangunan fizikal negara ini, perlu memperbaharui azam kita dengan keikhlasan untuk

Page 72: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

126 127

melaksanakan apa yang sudah dirancang untuk negara ini kekal menjadi Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur. (Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah).

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua mantan Pesuruhjaya Perancangan Bandar dan Desa yang turut hadir pada petang ini dan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan JPBD yang telah berkhidmat selama lebih 25 tahun di atas sumbangan bakti mereka kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Tahniah juga diucapkan kepada warga JPBD sempena Jubli Delima JPBD yang ke 40 tahun.

Tetapi untuk JPBD terus berperanan mengorak perkembangan di negara ini memerlukan arah tuju (direction) yang lebih dinamis, mempunyai pemikiran baru yang lebih inovatif dan responsif, bagi menangani pelbagai isu seperti:

• Perubahan iklim yang mempunyai impak besar kepada kehidupan kita;• Kepadatan atau pertumbuhan penduduk;•Keperluan menyediakan kemudahan yang accessible bagi semua penduduk;• Ketidaktentuan dalam pembangunan;• Isu pencemaran;• Isu kesihatan dari penyediaan untuk beriadah untuk menikmati keindahan alam semula jadi atau keindahan yang direka oleh manusia;• Isu penguatkuasaan;• Isu-isu kemajuan tanah tanpa kebenaran dan sebagainya.

Dengan itu adalah perlu bagi JPBD berupaya memperkasa diri, berupaya berfikir dan berpandangan jauh dan seterusnya berupaya untuk bertindak lebih pro-active kerana keperluan pembangunan sesebuah negara itu bukan sahaja berpandukan kepada perkembangan dalam negeri tetapi apa jua yang berlaku di dunia luar.

UcapanYang Berhormat Pehin Orang Kaya

Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar,

MENTERI PERHUBUNGAN

Page 73: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

128 129

MAJLIS PELANCARAN SISTEM DEMERIT POINTS, DI DEWAN AMAR PAHLAWAN, KEMENTERIAN PERHUBUNGAN,

PADA HARI KHAMIS, 11 JAMADILAKHIR 1433 HIJRIAH / 3 MEI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH dengan berkat dan izin Allah Subhanahu Wata’ala serta limpah dan kurnia-Nya jua, dapatlah kita berkumpul

pada petang ini untuk menyaksikan pelancaran Program Rintis Sistem Mata Demerit.

Untuk makluman, rancangan untuk memperkenalkan sistem mata demerit ini telah lama wujud tetapi ianya tertangguh, antaranya disebabkan teknologi Pangkalan Data Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) belum bersedia untuk melaksanakan sistem tersebut. Alhamdulillah, pada masa ini Pangkalan Data JPD yang lebih dikenali dengan Sistem Pengangkutan Darat (SPD) telah pun beroperasi dengan baik dan juga telah mempunyai modul asas bagi pelaksanaan sistem mata demerit.

Selain kesediaan JPD dari aspek teknologi, kebimbangan terhadap senario kemalangan jalan raya di negara ini terutama di dalam beberapa tahun kebelakangan ini menjadi keutamaan Kementerian Perhubungan untuk mempercepatkan pelaksanaan sistem mata demerit.

Menurut statistik jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian bagi tahun 2008 adalah sebanyak 29 kes, 2009 sebanyak 38 kes, 2010 sebanyak 26 kes dan 2011 sebanyak 47 kes. Manakala pada tahun ini sahaja, statistik kemalangan fatal hingga April adalah menjangkau 14 kes. Senario ini adalah merupakan suatu perkara yang sangat-sangat membimbangkan dan perlu ditangani secara berkesan.

Kebimbangan ini juga pernah disebut di dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan

Negara Brunei Darussalam Ke-28 pada 23 Februari 2012.

Dalam situasi ini, pihak kementerian telah pun membuat beberapa langkah dan persiapan yang perlu bagi membolehkan Program Rintis Sistem Mata Demerit dilancarkan hari ini.

Walau bagaimanapun, pelancaran program ini sahaja tidak akan mencukupi sekiranya langkah-langkah susulan tidak dilaksanakan. Perkara utama yang perlu dilakukan ialah menyebarluaskan maklumat mengenai sistem ini kepada masyarakat di negara ini sama ada melalui sesi jerayawara, media massa, bahan cetak dan media sosial. Ini adalah penting bagi memastikan setiap pemandu di negara ini mengetahui dan memahami sistem ini dan tindakan yang akan dikenakan sekiranya pemandu membuat kesalahan lalu lintas yang boleh membawa kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu.

Dengan kesedaran terhadap denda-denda yang terdapat di dalam pelaksanaan sistem ini, ianya akan dapat menjadikan pemandu-pemandu di negara ini supaya lebih berwaspada dan berhati-hati semasa memandu.

Dengan secara tidak langsung, sistem ini akan dapat membantu mengubah tabiat dan sikap pemandu-pemandu di negara ini kepada lebih bertimbang rasa, berdisiplin dan berhemah semasa berada di jalan raya.

Di samping itu, langkah-langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan dalam mencapai matlamat sistem ini ialah untuk membuat kajian-kajian terperinci mengenai punca-punca kemalangan di negara ini. Kajian-kajian tersebut hendaklah mengambil kira elemen-elemen penting seperti faktor manusia, keselamatan kenderaan dan jalan raya termasuk persekitaran. Perkara ini adalah perlu bagi membolehkan pihak kerajaan mengenal pasti langkah-langkah pembaikan yang perlu untuk dilaksanakan dalam menghindar kemalangan jalan raya di negara ini secara komprehensif dan lebih berkesan.

Seterusnya, usaha ke arah menanam sikap pemanduan berhemah di jalan raya di kalangan masyarakat di negara ini hendaklah dilaksanakan dari awal lagi iaitu sebelum seseorang individu itu memiliki lesen

Page 74: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

130 131

memandu. Perkara ini perlu dilaksanakan melalui sistem pembelajaran di sekolah-sekolah memandu baik dari segi latihan teori mahupun amali.

Dalam hal ini, saya ingin menekankan lagi akan pentingnya tugas dan tanggungjawab setiap sekolah-sekolah memandu di negara ini dalam memastikan sistem pembelajaran mereka sentiasa berkesan terutama dalam menerapkan budaya memandu yang berhemah termasuk memastikan pemandu-pemandu baru mempunyai kemahiran dan kecekapan melalui elemen defensive driving.

Penerapan nilai-nilai murni semasa memandu kepada bakal pemandu-pemandu baru juga perlu dilakukan seperti menanamkan sikap bertimbang rasa di jalan raya, bertanggungjawab terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan mematuhi setiap undang-undang dan peraturan lalu lintas dan jalan raya yang ada.

Setiap bakal pemandu baru juga hendakah difahamkan akan tujuan serta matlamat kenapa sistem mata demerit dilaksanakan di negara ini.

Selain daripada itu, sistem ini juga perlu dijadikan sebagai salah satu kurikulum pelajaran di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian di negara ini. Ini adalah perlu bagi memupuk kesedaran awal terhadap pentingnya isu-isu keselamatan jalan raya dan pemanduan berhemah kepada murid-murid dan penuntut-penuntut sekolah.

Dengan adanya kesedaran ini, ianya nanti akan dapat memudahkan penuntut-penuntut berkenaan untuk menjadi pemandu yang berdisiplin dan berhemah apabila memiliki lesen memandu.

Walau bagaimanapun, kejayaan pelaksanaan sistem ini masih tergantung kepada keberkesanan agensi-agensi penguat kuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang ada.

Dalam pada yang sama, penyediaan peraturan dan undang-undang yang bertepatan dan berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan keselamatan jalan raya juga penting untuk diberi perhatian serius dan keutamaan.

Hanya dengan penguatkuasaan yang efektif sahaja, tujuan dan matlamat peraturan dan sistem yang diperkenalkan akan dapat dicapai seperti yang dihasratkan. Untuk ini, setakat yang terdaya kita akan meneliti mengikut keutamaan dan keupayaan dalam penyediaan dan pemasangan dan penggunaan alat-alat bantu teknologi terkini seperti CCTV, Speed Trap Camera dan Traffic Red Light Camera.

Sehubungan dengan ini, saya berharap kerjasama dengan agensi-agensi penguat kuasa yang berkenaan supaya mengambil perkara ini secara serius dengan menyedari implikasi kepada negara baik dari segi ekonomi dan sosial sekiranya pengkuatkuasaan tidak dilaksanakan seperti yang dihasratkan.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dan semua kakitangan yang terlibat dalam mengendalikan majlis pada petang ini.

Page 75: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

132 133

SAMBUTAN HARI POS SEDUNIA, DI DEWAN AMAR PAHLAWAN, KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

PADA HARI SELASA, 7 ZULHIJJAH 1433 HIJRIAH / 23 OKTOBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu´alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

KITA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala yang telah mengizinkan kita berkumpul pada Majlis Sambutan Hari Pos

Sedunia 2012. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perkhidmatan Pos atas aktiviti-aktiviti yang diadakan sempena Hari Pos Sedunia pada tahun ini. Saya menghargai usaha abiskita ini kerana ianya menekankan relevance dan kepentingan perkhidmatan pos dalam kehidupan harian kita. Syabas saya ucapkan dan diharap usaha ini akan dapat diteruskan, malah juga dipertingkatkan lagi.

Hari Pos Sedunia diraikan setiap 9 Oktober. Pada tahun ini, tema bagi Sambutan Hari Pos Sedunia ialah 'A New Strategy for a New World' ataupun 'Strategi Baru bagi Dunia Baru'. Perkhidmatan Pos secara umumnya telah banyak mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan teknologi.

Perkembangan teknologi ICT masa kini telah banyak memudahkan perhubungan dan urusan kita sekarang. Tidak dinafikan perkembangan ini memberi cabaran kepada relevance dan kewujudan perkhidmatan pos. Dalam hal ini, perkhidmatan pos perlu mengambil strategi baru dengan memanfaatkan perkembangan teknologi lCT sepenuhnya. Strategi ini akan bertindak sebagai pendukung keberkesanan perkhidmatan pos.

Dengan perkembangan ini, trend dan keinginan pelanggan juga turut berubah. Peningkatan dalam aktiviti e-commerce dan pembelian secara online juga semakin meningkat. JP Morgan menganggarkan nilai pendapatan dari aktiviti e-commerce secara global akan meningkat kepada USD963 bilion pada tahun 2013. Secara tidak langsung, peningkatan ini akan memberi kesan positif dan menambah bungkusan yang dikendalikan

oleh perkhidmatan pos dan courier. Dalam anggaran global, secara purata sebanyak 909 buah bungkusan dikendalikan bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2012.

Walaupun dalam menghadapi persaingan dari syarikat-syarikat courier, perkhidmatan pos global telah mengendalikan jumlah bungkusan yang semakin meningkat. Berdasarkan statistik Kesatuan Pos Sedunia (Universal Postal Union - UPU) pada bulan September 2012, lebih kurang 46 peratus dari negara-negara di rantau Asia Pasifik mengalami peningkatan dalam jumlah bungkusan yang dikendalikan. Trafik bagi bungkusan antarabangsa pada tahun 2011 adalah sebanyak 58 juta buah barangan (items). Sejak tahun 2006, segmen ini meningkat lebih kurang lima peratus setiap tahun. Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali dari perkembangan ini. Peningkatan sebanyak 14 peratus turut direkodkan dalam perkhidmatan EMS yang dikendalikan pada tahun 2011. Dari itu, Jabatan Perkhidmatan Pos mestilah sentiasa mensejajarkan operasinya dengan perkembangan e-commerce ini agar tidak ketinggalan dengan trend dan keinginan pengguna.

Perkembangan sebegini sebenarnya memberi ruang bagi perkhidmatan pos untuk lebih berdaya saing dalam memberikan perkhidmatan. Dalam hal ini, saya gembira dengan usaha Jabatan Perkhidmatan Pos dalam meneroka peluang perniagaan baru bagi memperbaiki kualiti perkhidmatan mereka. Perkhidmatan door-to-door bagi bungkusan EMS juga telah diperkenalkan sebagai antara langkah ke arah perkhidmatan yang lebih comprehensive dan mesra pelanggan. Selain itu, satu perkhidmatan baru yang boleh dibuat secara online juga akan dilancarkan pada hari ini. Melalui perkhidmatan ini, para pelanggan akan dapat membuat pertanyaan secara online melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Pos (www.post.gov.bn).

Perkhidmatan online yang akan dilancarkan inj adalah satu langkah yang progresif bagi Jabatan Perkhidmatan Pos. Saya berharap langkah progresif ini dapat dipertingkatkan oleh para stakeholders dalam industri pos di negara ini. Seperti syarikat-syarikat courier dan logistik. Ke arah ini, teknologi ICT perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Melihat

Page 76: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

134 135

perkembangan masa kini, perkhidmatan-perkhidmatan online semakin giat diusahakan oleh operator pos seluruh dunia. Kajian Kesatuan Pos sedunia (UPU) mengenai perkembangan postal e-services dalam tempoh 20 tahun menunjukkan, pada tahun 2011, 70 peratus dari operator-operator pos di seluruh dunia mengutamakan kepentingan e-services strategi mereka. Dengan keutamaan ini, jumlah perkhidmatan postal e-services juga meningkat dari 33 jenis perkhidmatan pada tahun 2007 kepada 85 jenis perkhidmatan pada tahun 2011. Perkhidmatan postal e-services ini merangkumi bidang-bidang e-post, e-commerce, e-finance dan e-Government.

Selain itu, teknologi lCT juga terbukti dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan pos. Teknologi seperti Radio Frequency ldentification (RFID) berpotensi besar untuk memantau tahap kualiti penghantaran mel dan bungkusan. Setentunya, RFID boleh membawa pembaikan dan pembaharuan dalam industri perkhidmatan pos. Sekitar 70 peratus dari operator pos yang menggunakan teknologi ini melaporkan peningkatan dalam kualiti perkhidmatan masing-masing.

Pada Sambutan Hari Pos Sedunia 2011, saya ada menyentuh pengkorporatan Jabatan Perkhidmatan Pos. Dalam hal ini, saya telah difahamkan bahawa persiapan mengenai pengkorporatan telah pun dijalankan. Antara langkah atau perkembangan yang telah dilaksanakan adalah penyediaan perundangan-perundangan yang berkaitan dengan pengkorporatan melalui perbincangan dengan agensi-agensi yang terlibat. Ini menunjukkan usaha yang positif daripada pihak-pihak yang terlibat dan saya berharap usaha sebegini akan terus digiatkan.

Dalam membawa pembaharuan bagi perkhidmatan pos dan courier, saya ingin menyarankan para operator serta pengendali pos dan mel untuk memelihara kepercayaan para pengguna. Keselamatan dan kesejahteraan barangan yang dikendalikan mestilah dipelihara dengan sebaiknya. Perkhidmatan ini haruslah dilaksanakan dengan penuh telus dan customer-oriented. Dengan ini, industri pos akan dapat bertahan sebagai industri yang relevan, berdaya tahan dan meyakinkan.

Usaha Jabatan Perkhidmatan Pos melancarkan perkhidmatan pertanyaan Mel Online ini adalah selaras dengan visi Kementerian Perhubungan. Visi kementerian ini adalah ke arah Masyarakat Canggih yang mempunyai perhubungan dan pengangkutan cemerlang sekali gus menjadi negara yang berdaya saing menjelang tahun 2017. Masyarakat canggih yang dihasratkan ini adalah merupakan masyarakat yang boleh memanfaatkan teknologi moden bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Seterusnya di dalam masyarakat canggih ini, urusan, baik dari segi peribadi mahupun rasmi akan menjadi lebih mudah dan cepat serta pengurusan akan menjadr lebih efektif dan berkesan.

Dari itu, saya ingin Jabatan Perkhidmatan Pos untuk menggiatkan lagi usaha ke arah mempersiapkan diri mendukung mencapai visi ini. Persiapan ini antara lainnya termasuk memastikan proses operasi lebih berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan.

Selain itu, pemberian perkhidmatan perlu menjadi lebih telus, accountable dan efisien agar pelanggan menjadi lebih percaya dengan komitmen Jabatan Perkhidmatan Pos. Turut sama pentingnya adalah perubahan dari segi mindset para warga Jabatan Perkhidmatan Pos untuk menjadi lebih berinisiatif, inovatif dan berdisiplin. Secara keseluruhannya, usaha ke arah visi ini akan menjadikan operasi Jabatan Perkhidmatan Pos lebih customer-oriented. Dari perspektif pelanggan pula, usaha Jabatan Perkhidmatan Pos ini nanti akan dapat memberikan lebih kepelbagaian dan kualiti dalam setiap produk dan perkhidmatan.

Dalam hal ini, saya harap Jabatan Perkhidmatan Pos akan terus mengikuti perkembangan semasa terutama dalam hal yang berkaitan dengan industri pos. Perkhidmatan online seperti pembayaran bil-bil, penempahan online, tracking and tracing bagi persuratan, bungkusan dan penyerahan adalah antara produk dan perkhidmatan yang boleh diteroka lagi. Dalam pada itu juga, saya menyarankan agar Jabatan Perkhidmatan Pos juga akan dapat lebih memantapkan perkhidmatan conventional yang diberikan selama ini.

Seterusnya, saya berharap agar Jabatan Perkhidmatan Pos akan

Page 77: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

136 137

sentiasa maju dengan mempelajari amalan terbaik serantau dan antarabangsa. Ingin saya tekankan bahawa kekuatan perkhidmatan pos terletak kepada pelanggannya. Dari itu, keutamaan pelanggan perlu menjadi priority Jabatan Perkhidmatan Pos setiap masa. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perkhidmatan Pos atas anugerah sagu hati bagi perkhidmatan EMS 'Merchandise Door-To-Door' di bawah Kategori Penyampaian Perkhidmatan Dalam Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2012. Saya menghargai setiap usaha gigih yang dirancang dan dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos bagi memajukan jabatan berkenaan. Saya berharap segala usaha yang akan dilaksanakan dapat diberikan dengan penuh pembaharuan, kualiti dan meyakinkan pelanggan.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada para warga pos yang akan menerima anugerah atas kecemerlangan mereka dalam memberikan perkhidmatan. Saya berharap anugerah ini akan dapat menjadi pendorong bagi meraih pencapaian yang lebih tinggi dalam bidang kerjaya masing-masing. Sekali lagi, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Sambutan Hari Pos Sedunia 2012 di atas kesudian mengundang saya hadir pada acara pagi ini. Saya harap sokongan dan kerjasama biskita sekalian atas dasar kerajaan dan usaha serta inisiatif Jabatan Perkhidmatan Pos akan dapat diteruskan.

PELANCARAN APLIKASI CUACA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TELEFON BIMBIT DAN TABLET,

PADA HARI SABTU 25 ZULHIJJAH 1433 HIJRIAH / 10 NOvEMBER 2012 MASIHI

Assalamu´alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala yang telah mengizinkan kita berkumpul pada petang ini di

Majlis Pelancaran Aplikasi Cuaca Brunei Darussalam bagi telefon bimbit dan tablet.

Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat dan para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir hayat Baginda.

Terlebih dahulu saya sukacita mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pemangku Pengarah Penerbangan Awam, selaku Pengerusi Majlis atas daya usaha mengadakan majlis yang berkebajikan ini dan kerana menjemput saya selaku tetamu kehormat.

Kita semua maklum akan pentingnya cuaca terhadap kehidupan harian, terutama sekali dalam merancang aktiviti-aktiviti sama ada ianya berbentuk riadah, sukan, kerja-kerja rumah ataupun dalam melakukan tugasan kita.

Memandangkan bulan November hingga Januari adalah bulan-bulan negara kita mengalami turunan hujan yang tertinggi, kejadian fenomena cuaca seperti ini menjadi satu faktor penting dalam mempengaruhi keputusan untuk mengungkayahkan mana-mana aktiviti yang kita rancangkan. Oleh itu, penyampaian maklumat cuaca, yang terkini, yang mudah diperolehi dan yang boleh diakses pada bila-bila masa oleh yang memerlukannya, menjadi satu cabaran penting yang perlu ditangani.

visi Kementerian Perhubungan

Page 78: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

138 139

Dalam hal ini, memudah cara penyampaian maklumat terutamanya kepada orang ramai dengan berkesan adalah satu perkara yang tersirat dalam visi Kementerian Perhubungan iaitu 'Masyarakat Canggih, Kecemerlangan perhubungan, memperkasa daya saing negara'.

Di antara objektif strategik, Kementerian Perhubungan 2008-2017 menekankan dan menitikberatkan penggunaan alatan yang berpatutan untuk menyediakan perkhidmatan yang efisien dan efektif, serta menggalakkan peralihan kepada rangkaian elektronik dalam meningkatkan lagi perhubungan di antara kerajaan dengan orang awam dan bidang perniagaan.

Kepentingan Teknologi Info-Komunikasi

Sejajar dengan aspirasi Wawasan 2035 negara kita untuk mencapai kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi, jelas Yang Berhormat, Kementerian Perhubungan amat mengambil berat akan perkembangan teknologi infokomunikasi di negara ini, antaranya menjadikan keperluan maklumat tempatan dapat diperolehi oleh segenap penduduk secara efektif, sambil meningkatkan kesedaran awam mengenai dengan kepentingan mendapatkan apa jua maklumat.

Mendukung Inisiatif E-kerajaan

Kementerian Perhubungan juga mengambil kira Pelan Strategik E-kerajaan Tahun 2009 - 2014 adalah selaku pemangkin kepada perkembangan serta keutuhan maklumat infokomunikasi di negara ini.

Strategi e-Kerajaan menggariskan penyediaan khidmat secara online kepada penduduk supaya ianya efisien, selamat dan mudah untuk digunakan dan boleh diperolehi secara 24 jam, di samping maklumat yang disediakan haruslah tepat dan kerap dikemas kini.

Saya juga turut menyentuh mengenai kaji selidik yang diterbitkan oleh United Nations Public Administration Network (UNPAN) iaitu 'e-Government Survey 2012 '. Mengikut laporan tersebut, kedudukan negara kita dalam senarai indeks e-kerajaan pada tahun ini adalah pada

tangga ke-54, kenaikan 14 anak tangga daripada kedudukan ke 68 pada tahun 2010. Peningkatan yang dicapai ini memberikan semangat untuk berusaha dengan lebih proaktif lagi untuk terus menyumbang kepada peningkatan kedudukan negara kita sekali gus untuk menempatkan negara kita di antara sepuluh negara teratas dunia.

Dari segi ini dan menyedari pencapaian kita mempunyai sangkut-paut dengan accessibility/usability melalui teknologi wireless dan juga menyedari telefon bimbit semakin menjadi teknologi yang paling diterima ramai dan teknologi peribadi yang paling popular dan berleluasa di dunia, mendorong kita untuk menggunakan kaedah ini bagi penyampaian maklumat kepada orang awam dan mana-mana pihak yang memerlukannya.

Adaptasi dan faedah aplikasi mengikut perspektif negara dan kehendak semasa mengikut maklumat daripada Pihak Berkuasa Industri Info-Komunikasi (AiTi), menunjukkan pada tahun ini sebanyak 449,260 pelanggan bimbit (mobile subscribers) yang berdaftar di negara kita.

Oleh itu, adalah wajar penggunaan aplikasi bimbit dapat dieksploitasikan manfaatnya bagi penyampaian maklumat awam kepada pengguna-pengguna alatan bimbit, dalam kata lain kepada sebahagian besar penduduk di negara kita.

Pada majlis petang ini, saya berasa gembira kerana kita akan melancarkan satu produk yang dihasilkan oleh Bahagian Perkhidmatan Kaji Cuaca, Jabatan Penerbangan Awam iaitu 'Aplikasi Cuaca Brunei Darussalam Bagi Telefon Bimbit dan Tablet'.

Dalam beberapa minggu yang lalu terdapat banyak maklumat yang telah disebarkan melalui media sosial seperti Facebook dan juga forwarded sms / messages yang memaklumkan mengenai dengan cuaca yang buruk dan membimbangkan. Dengan aplikasi baru ini, saya percaya orang ramai akan dapat menggunakannya supaya mendapat informasi yang tepat dan cepat dan merupakan satu kaedah untuk menuju kepada Masyarakat Yang Canggih.

Page 79: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

140 141

Saya difahamkan aplikasi ini mempunyai kemampuan untuk menyalurkan maklumat cuaca kepada mana-mana pengguna alatan bimbit. Penghasilan aplikasi ini mempunyai tujuan untuk menyediakan dan memberikan akses kepada maklumat cuaca bagi penduduk di negara ini. Di samping itu, penyampaian maklumat menggunakan kaedah ini difikirkan adalah amat relevan untuk memenuhi kehendak semasa.

Sehubungan itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyarankan supaya aplikasi seperti ini menjadi satu titik permulaan kepada penghasilan banyak lagi aplikasi-aplikasi lain yang boleh diungkayahkan oleh mana-mana jabatan kerajaan, terutama sekali jabatan-jabatan di bawah kementerian ini bagi memberikan khidmat kepada pihak awam.

Penutup

Bagi mengakhiri ucapan saya ini, sukacita saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi penghargaan dan tahniah kepada Jabatan Penerbangan Awam, khususnya Perkhidmatan Kajicuaca Brunei Darussalam atas usaha gigih yang telah ditunjukkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan mengambil kira perkembangan dan penggunaan sepenuhnya teknologi infokomunikasi yang sedia ada, untuk kepentingan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk negara kita.

Dengan mendahulukan kalimat Bismillahir Rahmanir Rahim dan dengan bertawakal kepada Allah serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam saya sukacita merasmikan 'Pelancaran Aplikasi Cuaca Brunei Darussalam Bagi Telefon Bimbit dan Tablet'.

UcapanYang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama

Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar

MENTERI PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

Page 80: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

142 143

MAJLIS PELANCARAN NAMA BARU BAGI BERAS HIBRID PERTAMA DAN MAJLIS PENANDATANGANAN KONTRAK PERJANJIAN BAGI PROJEK KERJASAMA PEMBANGUNAN

BERAS HIBRID DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, DI DEWAN SETIA PAHLAWAN,

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA PADA HARI RABU,

17 JAMADILAKHIR 1433 HIJRIAH / 9 MEI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmannir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

SAYA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat dan hidayah-Nya jua, kami semua pagi ini dapat

berkumpul beramai-ramai bagi menjayakan Majlis Pelancaran Nama Baru Bagi Beras Hibrid Pertama dan Majlis Penandatanganan Kontrak Perjanjian Bagi Projek Pembangunan Beras Hibrid di Negara Brunei Darussalam.

Projek Padi Hibrid bolehlah dikira sebagai satu teknologi baru yang diperkenalkan dalam penanaman padi di negara ini. Ianya adalah salah satu strategi Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan untuk meningkatkan pengeluaran beras negara.

Penyelidikan Beras Hibrid ini telah bermula pada tahun 2009 dan lebih memfokuskan kajian mengenal pasti varieti-varieti yang sesuai untuk diguna pakai di negara ini. Ini termasuklah kesesuaian varieti tersebut dan adaptabilitinya dari segi keadaan iklim dan cuaca di negara ini; ketahanan terhadap serangan musuh dan penyakit; serta penerimaan konsumer terhadap cita rasa beras itu sendiri.

Alhamdulillah, melalui kerjasama tersebut, kita telah berjaya mengenal pasti satu varieti Padi Hibrid yang sesuai untuk ditanam di Negara Brunei Darussalam ini dan diterima oleh para pengguna. Justeru itu, pihak KPSSU telah merancang agar varieti tersebut ditanam secara besar-besaran sebagai alternatif kepada jenis-jenis beras lain termasuk Beras Laila dan jenis beras tradisional.

Majlis Penandatanganan Kontrak Perjanjian di antara Jabatan

Pertanian dan Agrimakanan, KPSSU dengan Syarikat Sunland Agritech Sendirian Berhad yang akan kita saksikan pada hari ini adalah satu usaha untuk mengkomersialkan varieti Beras Hibrid baru ini, di samping meningkatkan kapabiliti Jabatan Pertanian dan Agrimakanan serta para pengusaha dalam pembangunan varieti Beras Hibrid ini.

Bagi memastikan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan padi dilaksanakan secara mapan dan sejajar dengan sasaran pencapaian 60 peratus tahap sara diri pada tahun 2015, projek pembangunan Beras Hibrid ini mengandungi lima komponen penting yang akan dijalankan dalam jangka masa dua tahun iaitu:

1. Bantuan Teknikal Bagi Projek Biak Baka;2. Bantuan Teknikal Bagi Penyaluran Teknologi dan Varieti;3. Pembelian maklumat khusus perdagangan dan varieti baru;4. Perkhidmatan pakar runding bagi Pembangunan Pusat Penyelidikan Padi dan Kemudahan Pengeluaran Benih Hibrid; dan5. Perkhidmatan pakar runding bagi Protokol Pendaftaran Varieti.

Di samping itu, projek ini juga akan melibatkan perkhidmatan pakar runding bagi pendaftaran varieti padi yang telah dikenal pasti ini untuk memelihara hak cipta Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sebagai pemilik varieti Hibrid tersebut serta untuk mengelakkan varieti tersebut dari diguna pakai oleh pihak lain tanpa kebenaran daripada pihak jabatan.

Faedah-faedah yang akan diperolehi dari projek ini bukan hanya setakat peningkatan hasil padi, malah juga merangkumi peningkatan kapasiti kakitangan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan serta pengusaha-pengusaha, peningkatan infrastuktur serta pembelian hak cipta bagi penghasilan kombinasi Padi Hibrid yang telah dikenal pasti.

Seperti juga semasa pemilihan nama beras pertama negara iaitu Laila, satu pertandingan telah dijalankan pada bulan Julai tahun lepas bagi mencari dan memilih nama-nama yang sesuai bagi Beras Hibrid pertama negara ini. Kriteria pemilihan adalah berdasarkan sejarah, latar belakang dan kesesuaian nama yang dicalonkan.

Page 81: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

144 145

Pertandingan tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dan telah dihakimkan oleh satu panel hakim terdiri daripada wakil-wakil dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan; Pusat Sejarah; Dewan Bahasa dan Pustaka; serta Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Pemilihan nama tersebut telah mendapat titah perkenan dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan akan dilancarkan dalam sedikit masa lagi.

Buat akhirnya, di kesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengusaha-pengusaha pertanian dan agrimakanan, khususnya para pengusaha padi di seluruh negara yang tiada mengenal penat lelah dalam sama-sama berjuang dan menggemblengkan tenaga dan buah fikiran dalam menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjamin sekuriti makanan negara. Semoga segala usaha kita yang berterusan ini diberkati dan diberi petunjuk Allah Subhanahu Wata’ala jua.

MAJLIS SAMBUTAN HARI METROLOGI SEDUNIA 2012, DI DEWAN SETIA PAHLAWAN, KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN

DAN SUMBER-SUMBER UTAMA PADA HARI SABTU,

19 REJAB 1433 HIJRIAH / 9 JUN 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

SEGALA puji hanya bagi Allah Subhanahu Wata’ala, selawat serta salam ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi

Wasallam serta kerabat- sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Sambutan Hari Metrologi Sedunia 2012 ini adalah kali pertama disambut di Negara Brunei Darussalam dikendalikan oleh Pusat Standard Kebangsaan (PSK) Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU).

Metrologi ialah sains sukatan yang berhubung kait dengan pengukuran atau sukatan dan timbangan, pemantauan ke atas ketepatan (accurancy) timbangan dan sukatan adalah sangat diperlukan dalam kerja-kerja seharian untuk menjamin keselamatan dan perlindungan pengguna.

Sukatan dan timbangan secara tidak langsung merupakan satu perkara penting dalam kehidupan kita seharian. Ianya berhubung kait dengan kualiti kehidupan seperti kesihatan, keselamatan, alam sekitar dan juga kualiti pemakanan. Untuk memenuhi keperluan-keperluan ini, infrastruktur metrologi melalui agensi-agensi yang berkaitan sedang giat dibangunkan.

Metrologi di Negara Brunei Darussalam bukanlah satu perkara yang baru. Sejak 1912 Kerajaan Negara Brunei Darussalam telah meluluskan Akta Sukatan dan Timbangan serta penubuhan satu unit sukatan dan timbangan di bawah kawalan Polis Diraja Brunei.

KPSSU melalui PSK pada masa ini sedang bergiat dalam meningkatkan infrastruktur metrologi di Negara Brunei Darussalam.

Page 82: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

146 147

Salah satu perancangan iaitu penubuhan Komiti Metrologi Kebangsaan di bawah penjagaan Majlis Standard Kebangsaan. Komiti ini berperanan sebagai penasihat dalam hal-hal berkaitan dengan objektif dasar kebangsaan bagi aktiviti-aktiviti sistem pengukuran, penilaian konformiti, pengurusan kualiti makmal dan makmal-makmal rujukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Bagi menangani isu traceability, kementerian ini telah pun mengenal pasti perkhidmatan yang perlu dibangunkan iaitu perkhidmatan makmal kalibrasi dan makmal ujian bagi mendukung Program Persijilan dan Pengiktirafan Makmal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi memudahkan aktiviti-aktiviti eksport di Negara Brunei Darussalam melalui Cross Border Recognition. Dengan adanya perkhidmatan ini juga akan dapat memudahkan dan membantu makmal-makmal ujian di bawah agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk menepati keperluan Pengiktirafan Makmal seperti Good Laboratory Practice (GLP), ISO/IEC 17025 dan ISO 15189 dalam mendapatkan laporan ujian yang sahih. Ianya juga akan dapat membantu Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) serta industri-industri dan kilang-kilang dalam menepati standard persijilan antarabangsa seperti Persijilan Good Manufacturing Practice (GMP), Persijilan Produk, HACCP, ISO 22000, ISO 9001 dan ISO 14001.

Maka oleh kerana itu pihak kementerian ini telah mengubah suai dua buah makmal untuk dijadikan Makmal Kalibrasi dan Makmal Ujian. Makmal berkenaan dijangka akan dapat memberikan perkhidmatannya pada tahun depan untuk peralatan dan mesin bagi makmal-makmal di bawah agensi-agensi kerajaan, swasta, kilang-kilang pengusaha tempatan dan industri. Pihak kementerian juga merancang untuk membangunkan kebolehpercayaan dan keyakinan pihak pelanggan kepada perkhidmatan kalibrasi yang akan diberikan melalui pembangunan sistem pengurusan makmal mengikut standard antarabangsa seperti ISO/IEC 17025, sistem pengurusan alam sekitar ISO 14001 dan juga sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau juga dikenali sebagai ‘Occupational Health and Safety Standard Management System’ (OHSAS). Dengan adanya makmal kalibrasi tersebut itu nanti jelasnya, akan mampu membantu isu traceability serta mengukuhkan infrastruktur

standard dan konforman dalam bidang metrologi yang sangat diperlukan bagi setiap negara bagi meningkatkan aktiviti-aktiviti perdagangan, keselamatan dan perlindungan pengguna di Negara Brunei Darussalam. Usaha ini selaras dengan tema Hari Metrologi Sedunia pada tahun ini iaitu ‘Metrology For Safety’ dan slogannya ‘We Measure For Your Safety’.

Saya berharap dengan adanya aktiviti sambutan Hari Metrologi Sedunia yang mana akan dirancang untuk diadakan setiap tahun di Negara Brunei Darussalam akan dapat mendedahkan lebih lanjut akan kepentingan metrologi atau sains sukatan pada kehidupan seharian dan membantu pembangunan infrastruktur metrologi di Negara Brunei Darussalam dalam mendukung aktiviti-aktiviti perdagangan sains dan teknologi, industri-industri, kesihatan, keselamatan dan perlindungan pengguna.

Sebelum mengakhiri ucapan saya tidak lupa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa tanpa usaha dan titik peluh mereka acara pada hari ini tidak akan berjalan dengan lancarnya. Semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai oleh Allah Subhanahu Wata’ala jua.

Page 83: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

148 149

MAJLIS PERASMIAN BENGKEL DAN KONSULTASI ‘CHANGING STRATEGIES AND SUSTAINABLE BUSINESS MODEL’ BAGI KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER

UTAMA DI GOLDSTONE BALLROOM, CENTERPOINTPADA SELASA,

29 REJAB 1433 HIJRIAH / 19 JUN 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

ALHAMDULILLAH, kita bersyukur kerana dapat mengungkayahkan Bengkel dan Konsultasi ‘Changing Strategies and Sustainable

Business Model’, yang mana inisiatif ini adalah hasil daripada kesinambungan ‘HOD Retreat’ yang telah diadakan pada 12 dan 13 Disember 2011. Tahun 2012 menandakan kementerian ini telah mengharungi 10 tahun pertama bagi mencapai sasaran 2023. Perkara ini adalah sangat penting bagi kementerian ini melihat pencapaian 10 tahun yang lalu dan sesuai bagi kita untuk menghargai pencapaian dalam tempoh tersebut. Dalam masa yang sama, mengimbas kembali cabaran-cabaran yang telah kita hadapi supaya lebih bersedia dalam mencapai sasaran pengeluaran kasar BND4.5 bilion pada tahun 2023. Dalam pada itu kita juga berpeluang untuk menghalusi perancangan yang sedia ada dan akan datang. Saya berharap bengkel dan konsultasi ini akan dapat menghasilkan satu ‘Strategic Planning Framework 2012 - 2017’ bagi membantu mencapai sasaran tersebut.

Seterusnya sebagai input awal saya dalam perbincangan ini, saya ingin menekankan empat perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian.

Pertama: Seperti yang kita maklumi bersama, kementerian ini telah pun mengenal pasti lapan Penekanan Strategik, yang dikumpulkan kepada empat kluster, iaitu: Sekuriti Makanan; Sosioekonomi; Kepelbagaian Ekonomi; dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME). Melalui pendekatan secara kelompok ini bukan saja akan dapat meningkatkan produktiviti dan efisiensi, malah akan dapat memberikan kesan sinergi dan menggalakkan setia kawan dalam kerja harian.

Kedua: Dalam melaksanakan tugas-tugas, kita juga harus peka tentang menilai sama ada apa yang dilakukan menepati matlamat. Kementerian perlulah mempunyai sukat-sukat ‘Key Performance Indicators’ (KPI) yang betul, mudah diukur dan dipantau. KPI tersebut mestilah meliputi semua peringkat pengurusan dan pelaksana, bagi mendukung penekanan strategik kementerian ini dan Wawasan Brunei 2035.

Ketiga: Melalui program ini, kementerian ini berharap akan dapat mewujudkan persekitaran dan budaya kerja yang kondusif, berkualiti tinggi, serta memberikan motivasi kepada pegawai dan kakitangan untuk sentiasa menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan teratur. Sebagai contoh, saya juga berharap, di masa yang akan datang, kementerian ini akan memperolehi dan mencapai pengiktirafan ISO 9001: 2008 Sistem Pengurusan Kualiti. Perkara ini adalah mustahak bagi meningkatkan keyakinan serta kepercayaan orang ramai.

Keempat: Lanjutan daripada inisiatif-inisiatif yang telah disebutkan tadi, kementerian ini akan bergerak ke arah penjenamaan semula yakni rebranding, sebagai satu ejen yang berkesan dan rakan kongsi dinamik yang mampu mengimbangi industri minyak dan gas. Kementerian ini perlu meningkatkan usaha-usaha yang lebih kreatif dan inovatif dalam mengembangkan industri-industri niche yang berdaya tahan, berdaya saing serta dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi kepada anak-anak tempatan. Semoga usaha-usaha yang kita buat ini akan menyumbang kepada generasi masa kini dan juga boleh dinikmati oleh generasi-generasi yang akan datang, insya-Allah.

Sebelum mengakhiri ucapan saya ini, saya tidak lupa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih, kepada semua pegawai-pegawai yang hadir dan yang telah mengungkayahkan bengkel ini. Saya menggalakkan agar semua yang hadir ini akan dapat menyumbangkan buah-buah fikiran yang bernas dan konstruktif bagi menjayakan bukan saja bengkel ini tetapi keseluruhan program ‘Changing Strategies and Sustainable Business Model’. Semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai dan diberkati Allah Subhanahu Wata’ala.

Page 84: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

150 151

MAJLIS PERASMIAN HARI PELANGGAN KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA,

DI DEWAN SETIA PAHLAWAN, KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

PADA HARI KHAMIS, 15 REJAB 1433 HIJRIAH / 5 JULAI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SEGALA puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, selawat serta salam ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi

Wasallam serta kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana pada tahun ini sekali lagi kita dapat mengungkayahkan Hari Pelanggan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

Tahun 2012 merupakan sepuluh tahun pertama bagi kementerian ini bagi melaksanakan sasaran 2023, yang mana merupakan perkara penting untuk melihat pencapaian dalam jangka waktu tersebut.

Di samping itu, ianya perlu untuk mengimbas kembali cabaran-cabaran yang dihadapi agar kita lebih bersedia dalam mencapai sasaran pengeluaran kasar 4.5 milion pada tahun 2023. Dengan yang demikian ianya memberikan peluang bagi kementerian ini untuk menghalusi perancangan yang sedia ada dan yang akan datang.

Ke arah membantu kementerian ini untuk mencapai sasaran berkenaan, satu Strategic Planning Framework 2012 - 2017 telah dihasilkan. Di antara perkara yang penting yang perlu ditekankan ialah lapan penekanan strategik yang dikumpulkan kepada empat kluster iaitu sekuriti makanan; sosioekonomi; kepelbagaian ekonomi dan perusahaan kecil dan sederhana. Melalui pendekatan secara kelompok ini bukan saja akan dapat meningkatkan produktiviti dan efisiensi, malah akan dapat

memberikan kesan sinergi dan menggalakkan setia kawan dalam kerja harian.

Hari Pelanggan pada tahun ini telah disusun seperti di tahun-tahun yang sudah yang mana terbahagi kepada tiga format iaitu sesi dialog-forum, pameran; dan lawatan ke tapak-tapak perindustrian. Apa yang menjadi keistimewaan pada tahun ini ialah sesi dialog yang akan dikongsikan secara terbuka yang mana akan disampaikan oleh Setiausaha Tetap kementerian ini yang berkisar mengenai empat kluster yang saya sebutkan sebentar tadi. Setelah itu diikuti pula dengan forum yang memfokuskan tentang kepelbagaian ekonomi dan sekuriti makanan yang akan disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Sumber-Sumber Utama) Kementerian ini. Manakala forum kedua iaitu mengenai sosioekonomi dan pengusaha kecil dan sederhana, akan disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Industri dan Keusahawanan).

Mengenai dengan pameran, selain daripada empat kluster, kementerian ini juga akan menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat bagi perkara yang berkaitan dengan pemeriksaan haiwan kesayangan dan penjagaan ternakan / tanaman / ikan. Kemuncak pameran ialah promosi produk-produk tradisional seperti songkok dan kain tenunan Brunei. Sebanyak enam syarikat telah ikut serta. Di samping itu, beberapa buah syarikat yang lain juga telah dijemput untuk turut serta bagi mempromosikan produk-produk buatan Brunei mengikut sektor masing-masing termasuklah juga beberapa buah syarikat yang pernah memenangi Anugerah SME's dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan.

Dalam pada itu, Hari Pelanggan pada tahun ini juga telah menyusun program lawatan ke beberapa buah lokasi termasuk Marine Biodiversity Centre, Meragang yang baru saja saya rasmikan pembukaannya baru-baru ini. Lokasi yang juga dikenal pasti dalam program lawatan ialah Aewon Garments and Embroidery Sdn. Bhd., Kilanas; A Fontane, Serusop; dan Timber Tech, Kampung Salar.

Program-program yang terkandung dalam Hari Pelanggan tahun ini

Page 85: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

152 153

adalah di antara insiatif dan produk kementerian pada masa ini. Sebagai kesinambungan kepada empat kluster yang saya sebutkan tadi, beberapa perancangan insya-Allah akan dilaksanakan pada masa akan datang yang mana dapat memberikan kesan sinergi dan menggalakkan setia kawan dalam kerja harian. Pendekatan yang juga akan diguna pakai ialah 'Key Performance Indicator' (KPl) yang betul, mudah diukur dan dipantau yang setentunya akan memudahkan kementerian ini untuk menilai sama ada apa yang dilakukan akan menepati matlamat. Ke arah meningkatkan keyakinan serta kepercayaan orang ramai pula, kementerian ini akan berusaha untuk memperolehi dan mencapai pengiktirafan ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti. Seterusnya, bagi meningkatkan usaha yang lebih kreatif dan inovatif dalam mengembangmajukan industri-industri niche yang berdaya tahan dan berdaya saing kementerian ini akan bergerak ke arah penjenamaan semula (rebranding).

Melalui inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan, kita menjangkakan terdapat beberapa faedah yang dapat dicapai dengan adanya peluang-peluang disediakan nanti khususnya kepada pelanggan dari segi penyediaan dan penyampaian perkhidmatan.

Saya juga berharap ianya akan dapat mengwujudkan peluang-peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi kepada anak-anak tempatan dan sekali gus menyumbang kepada generasi masa kini dan juga boleh dinikmati oleh generasi-generasi yang akan datang, insya-Allah.

Akhir sekali, kita berdoa semoga Hari Pelanggan yang diadakan pada hari ini merupakan landasan ke arah usaha berterusan kementerian ini bagi mencapai sasaran perancangan strategik. Maklum balas yang positif dan membina adalah dialu-alukan demi kebaikan bersama.

Seterusnya dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan dengan berkat kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan ini merasmikan Hari Pelanggan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama tahun 2012.

PERASMIAN SAMBUTAN HARI PELADANG, PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN 2012,

DI DEWAN KONFERENS BRIDEX JERUDONGPADA HARI KHAMIS,

16 ZULHIJJAH 1433 HIJRIAH / 1 NOvEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu´alaikum Warahamatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi

Wasallam, keluarga serta sahabat dan juga pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmat dan hidayah-Nya jua, kita semua dapat berkumpul beramai-ramai di Majlis Perasmian Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2012 pada pagi ini.

Mudah-mudahan dengan adanya sambutan seumpama ini akan dapat memupuk semangat serta memperbaharui iltizam para peladang, petani, penternak dan nelayan untuk lebih bergerak cergas lagi dalam sektor pertanian dan perikanan negara. Tema Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan iaitu 'Makanan Terjana Negara Selamat' masih kita kekalkan seperti sambutan pada tahun 2010 dan 2011 yang lalu.

Tema ini besar ertinya bagi kita semua, malahan merupakan satu haluan dasar untuk kita sama-sama tanai bagi memastikan bekalan makanan daripada hasil pertanian, penternakan dan perikanan di negara ini adalah mencukupi, halal, berkualiti, selamat dan pada kadar mampu. Ini adalah semata-mata untuk kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini jua.

Kita sangat-sangat menghargai peranan dan sumbangan peladang, petani, penternak dan nelayan kepada negara, terutamanya sebagai

Page 86: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

154 155

pembekal kepada keperluan makanan asas dan makanan sampingan untuk rakyat dan penduduk negara ini.

Setakat ini, peladang, petani dan penternak kita telah berupaya menyediakan hampir seratus peratus pembekalan ayam pedaging dan telur ayam, 86 peratus pembekalan sayur-sayuran dan hampir 25 peratus pembekalan buah-buahan bagi keperluan rakyat dan penduduk di negara ini.

Sementara itu, nelayan-nelayan kita pula telah berupaya menyediakan kira-kira 90 peratus pembekalan ikan, udang dan makanan laut.

Bagi beras dan daging, kita menyedari bahawa kadar penghasilan dalam negeri masih di tahap rendah. Atas dasar tersebut, kita meletakkannya sebagai agenda paling utama dan sedang berusaha dengan penuh gigih untuk meningkatkan tahap penghasilan bagi kedua-dua makanan asas tersebut. Ini juga adalah semata-mata untuk kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini.

Justeru itulah, kita melihat peladang, petani, penternak dan nelayan adalah sebenarnya sebagai 'rakan untuk kemajuan' (partner for progress).

Kita adalah rakan dalam semua sudut selagi ia berkaitan dengan pertanian, penternakan dan perikanan. Ini termasuklah dari sudut jaminan sekuriti makanan, dari sudut keselamatan hasil-hasil makanan dan juga dari sudut kemajuan industri-industri pertanian, penternakan dan perikanan itu sendiri.

Menyentuh industri pertanian, penternakan dan perikanan di negara ini, saya ingin mengongsikan kemajuan industri-industri ini dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini, yang dilihat dari sudut nilai pengeluaran (ataupun gross output value).

Bagi industri pertanian, penternakan termasuk agrimakanan, nilai pengeluaran industri-industri ini pada 20 tahun yang lepas hanyalah sebanyak BND70 juta. Sekarang, ianya telah mencecah BND241 juta

iaitu meningkat melebihi tiga kali ganda. Dari jumlah tersebut, nilai pengeluaran industri ternakan adalah sebanyak BND140 juta (58 peratus), industri tanaman sebanyak BND44 juta (18 peratus) dan industri agrimakanan sebanyak BND57 juta (24 peratus).

Bagi industri perikanan pula, nilai pengeluaran industri ini pada 20 tahun yang lepas adalah sebanyak BND17 juta. sekarang, ianya telah mencecah BND82 juta iaitu meningkat hampir lima kali ganda. Dari jumlah tersebut, nilai pengeluaran industri tangkapan adalah sebanyak. BND72 juta (88 peratus), industri akuakultur sebanyak BND3 juta (4 peratus), industri pemprosesan makanan laut sebanyak BND6 juta (8 peratus) dan industri ekopelancongan marin sebanyak BND0.5 juta (1 peratus).

Begitulah pencapaian kemajuan industri-industri ini yang nampak kita lihat yang mana telah menunjukkan perkembangan yang begitu menggalakkan. Seterusnya, adalah juga menjadi hasrat kita untuk melihat kemajuan-kemajuan ini dari sudut petunjuk-petunjuk yang lain pula, misalnya dari sudut produktiviti; prestasi eksport; pekerjaan dan lain-lain petunjuk. Dengan demikian, dapatlah pula kita mengorak pemikiran-pemikiran mengenai langkah-langlah yang kita perlukan untuk memperbaiki kedudukan petunjuk-petunjuk berkenaan.

Perkembangan serta kemajuan industri-industri ini seperti mana yang disebutkan sebentar tadi, pada hemat saya, dicetuskan hasil daripada wujudnya ikatan (kerjasama) kukuh (atau strong partnership) di antara pihak kerajaan selaku pemudah cara kepada kemajuan industri-industri ini dengan para peladang, petani, penternak dan nelayan kita ini sekali gus memberikan keyakinan di pihak kerajaan untuk merangka dan seterusnya melaksana rancangan-rancangan dan program-program pembangunan untuk memantapkan lagi industri-industri ini.

Sebagai contoh, rancangan-rancangan pembukaan dan pembangunan tapak-tapak dan kawasan-kawasan pengeluaran yang dilengkapi dengan kemudahan dan infrastruktur asas kita laksanakan. Dengan demikian, ianya selain sebagai pemangkin kepada kemajuan

Page 87: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

156 157

industri-industri ini, ianya memudahkan peladang, petani, penternak dan nelayan kita menjalankan perusahaan-perusahaan mereka.

Begitu juga dengan khidmat dukungan yang lain. Kerajaan juga sentiasa mencari teknologi-teknologi baru; bahan-bahan input yang lebih baik; baka dan benih yang lebih bermutu; amalan-amalan pengurusan perladangan yang terbaik; dan lain-lain kemudahan dan khidmat dukungan untuk keperluan peladang, petani, penternak dan nelayan kita. Ini kita buat semata-mata untuk memastikan industri pertanian, penternakan dan perikanan di negara ini lebih produktif, berdaya tahan dan berdaya saing. Dan untuk itu, kita sangat-sangat menghargai peladang, petani, penternak dan nelayan kita kerana merekalah yang sebenarnya menjadi tunggak utama kepada kemajuan-kemajuan yang telah dicapai selama ini.

Sebagai langkah ke hadapan, aspirasi kita ialah untuk melahirkan peladang, petani, penternak dan nelayan yang berkualiti, kredibel (atau berwibawa), beretika dan bertanggungjawab.

Dalam konteks menjamin keselamatan makanan dari hasil pertanian, penternakan ataupun perikanan, pada misalnya, kita percaya bahawa peladang, petani, penternak dan nelayan kita meletakkan perkara ini sebagai satu tanggungjawab utama bagi menjaga keselamatan pengguna. Atas sebab itulah, di pihak kerajaan, pengurusan perladangan yang mengamalkan prinsip-prinsip seperti `Amalan Perladangan Yang Baik´, `Amalan Kebersihan Yang Baik´ ataupun`Amalan Perkilangan Yang Baik´ sentiasa kita titikberatkan dan tekankan supaya prinsip-prinsip pengurusan ladang ini benar-benar menyerap dan menjadi amalan dan budaya peladang, petani, penternak dan nelayan kita.

Dalam konteks yang lain pula, kita juga penuh percaya bahawa peladang, petani, penternak dan nelayan kita dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dengan sebaiknya. Bagi peladang, petani, penternak dan nelayan kita yang telah kita sediakan kemudahan-kemudahan seperti tapak dan kawasan pengeluaran, kita menaruh kepercayaan bahawa kemudahan-kemudahan ini digunakan seoptimanya. Dengan cara sedemikian, sedikit

sebanyak kemajuan serta produktiviti industri-industri ini akan dilihat bertambah baik. Dan dengan cara sedemikian juga ia dapat mencerminkan masyarakat peladang, petani, penternak dan nelayan kita yang berkualiti, kredibel, beretika serta dan bertanggungjawab seperti mana yang kita aspirasikan.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peladang, petani, penternak dan nelayan di atas semangat, kegigihan serta ketekunan abis kita untuk terus mengusahakan dan memajukan industri pertanian, penternakan dan perikanan di negara ini. Semoga Allah Subhannahu Wata'ala memberkati dan mengurniakan taufik dan hidayah-Nya atas usaha kita bersama. Aamiin Ya Rabbal'alamin.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima anugerah sempena Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2012. Mudah-mudahan kejayaan ini akan menyuntik semangat para peladang, petani, penternak dan nelayan yang lain untuk terus berusaha dengan lebih gigih ke arah kecemerlangan.

Dan setinggi-tinggi penghargaan juga saya tujukan kepada jawatankuasa penganjur bersama sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2012, iaitu Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

Dengan lafaz kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim dan bertawakal kepada Allah Subhannahu Wata'ala, saya dengan sukacitanya merasmikan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2012.

Page 88: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

158 159

MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN BAHAGIAN HIDUPAN LIAR,

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA PADA HARI RABU,

14 MUHARRAM 1434 HIJRIAH / 28 NOvEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

RANTAU ASEAN meliputi hanya tiga peratus daripada permukaan bumi, namun ia mengandungi lebih daripada 20 peratus spesies

tumbuhan dan hidupan liar dan telah menjadikan ASEAN sebagai salah satu hotspot biodiversiti mega di dunia. Landskap biodiversiti di negara ini didapati masih utuh dan telah menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai negara yang mampu mengekalkan kekayaan sumber hidupan liar, flora dan fauna sama ada di daratan atau di lautan. Mengikut 'The Wildlife Trade Monitoring Network' juga dikenali sebagai TRAFFIC Southeast Asia, beberapa spesies hidupan liar yang telah direkodkan antaranya :

• 300 spesies burung pemastautin (resident birds);• lima spesies mamalia darat herbivore yang besar (large terrestrial herbivorous mammal species);• kira-kira 100 spesies mamalia bukan terbang (non-flying mammal species); • 12 spesies udang; • kira-kira 1,900 spesies pokok; • 304 spesies pakis; • 19 spesies buluh; dan• 80 spesies rotan.

Selain itu, terdapat beberapa spesies endemic yang hanya terdapat di Negara Brunei Darussalam termasuklah enam spesies ikan air tawar dan beberapa spesies endemic binatang liar yang hanya terdapat di kepulauan Borneo seperti Bangkatan.

Walau bagaimanapun, pangkalan data spesies hidupan liar flora

dan fauna di negara ini masih belum lengkap didokumentasikan dan memerlukan inventori dan beberapa kajian saintifik kerana setakat ini, hanya terdapat 34 spesies binatang liar terancam sahaja yang tersenarai di Bawah Akta Perlindungan Binatang Liar 1984. Alhamdulillah, dalam hal ini beberapa projek kajian telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak Universiti Brunei Darussalam (UBD) melalui Kuala Belalong Field Study Centre dan beberapa buah lagi projek yang diselaraskan melalui inisiatif 'Heart of Borneo' (HoB) termasuklah Sungai lngei Fauna Biodiversity Survey.

Dalam usaha kita mengumpulkan maklumat dan mengemas kini pangkalan data berkenaan, beberapa kegiatan negatif juga telah didapati, yang mana terdapat beberapa individu yang terlalu mementingkan diri sendiri dan ghairah meraih keuntungan dengan melakukan aktiviti-aktiviti pemburuan haram binatang-binatang yang dilindungi seperti rusa, pelanduk, beruang, burung, tenggiling, kura-kura, anggak dan pengambilan tumbuh-tumbuhan yang terancam seperti gaharu dan ramin untuk tujuan diperdagangkan.

Selain itu, akhir-akhir ini kita semakin mendapati hidupan liar yang menjadi mangsa digilis atau dilanggar oleh kenderaan darat dan laut.Kita khuatir jika perkara ini terus dibiarkan tanpa pendidikan berterusan dan tindakan undang-undang serta penguatkuasaan, maka pastinya beberapa hidupan liar ini akan terus terancam dan tidak mustahil ianya akan menghadapi kepupusan.

Dalam hal ini, ke arah penyelarasan pengurusan dan pemantauan hidupan liar yang lebih berkesan dan teratur, maka pihak Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) dan Kementerian Kebudyaaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah bersetuju agar pengurusan hidupan liar ini ditadbir oleh sebuah agensi sahaja.

Dengan ini sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan bagi penubuhan Bahagian Hidupan Liar di bawah KPSSU pada 6 Oktober 2012. Usaha

Page 89: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

160 161

ini melambangkan komitmen yang berterusan dan kesungguhan pihak kerajaan dalam mengemaskinikan dan memperkesankan pengurusan hal ehwal dan isu-isu hidupan liar di negara ini. Dengan Penubuhan Bahagian Hidupan Liar ini, maka Akta Perlindungan Binatang Liar 1984 juga telah diserapkan di bawah pengendalian KPSSU.

Dalam hal ini yang berkaitan, pihak KPSSU, bersama-sama dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan memastikan bahawa setiap pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung dengan fungsi dan peranan yang mengawal dan mengurus kehidupan liar di jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, untuk dipindahkan ke bahagian yang baru ditubuhkan ini. Pemindahan tersebut adalah bertujuan bagi mengelak daripada keperluan untuk menambah pegawai dan kakitangan bagi mengendalikan bahagian tersebut, melainkan jika terdapat tambahan tugas dan tanggungjawab yang belum ditangani sebelum ini.

Negara Brunei Darussalam pada ketika ini mempunyai dua buah perundangan hidupan liar iaitu Akta Perlindungan Binatang Liar 1984 dan Perintah Fauna dan Flora Liar 2007. Akta Perlindungan Binatang Liar 1984 pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Muzium-Muzium Brunei, KKBS. Sementara Perintah Fauna dan Flora Liar 2007 dikendalikan oleh Jabatan Pertanian dan Agri-Makanan, KPSSU, selain itu terdapat juga perundangan lain yang mempunyai hubung kait secara tidak langsung dengan pengurusan dan penguatkuasaan hidupan liar seperti Akta Perhutanan dan Akta Perikanan.

Perundangan yang sedia ada perlu penggubalan dan pindaan untuk penambahbaikan selaras dengan keperluan perkembangan semasa agar ianya setanding dengan perundangan yang berkuat kuasa pada peringkat serantau dan antarabangsa, khususnya dalam usaha untuk mengawal selia spesies-spesies binatang dan tumbuhan liar daripada terancam dan menghadapi kepupusan disebabkan oleh pengambilan dan perdagangan secara haram.

Dalam usaha untuk mengawal dan mengelakkan kegiatan-kegiatan

negatif tadi maka adalah penting juga bagi kita mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk dijadikan sebagai wildlife sanctuary yang terkawal yang akan membolehkan program-program pengurusan dan pemuliharaan hidupan liar khususnya yang disenaraikan sebagai spesies-spesies threatened, endangered, vulnerable dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Selain itu, ianya boleh dijadikan sebagai tempat pembiakan, penjagaan dan pemulihan serta pelepasan binatang liar yang diselamatkan dan dirampas selain memudahkan pemantauan dan inventori hidupan liar dan ini juga akan dapat meningkatkan imej negara di arena antarabangsa sebagai negara yang mempunyai kelestarian hidupan liar dengan mengaplikasikan beberapa contoh amalan terbaik yang sesuai dan boleh diguna pakai di negara ini. Di samping ianya dapat dijadikan sebagai produk dan destinasi ekopelancongan yang boleh menyumbang ke arah sosioekonomi negara serta boleh dijadikan sebagai lokasi penyelidikan dan pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran dan kepakaran pengurusan hidupan liar.

Saya penuh berharap dengan tertubuhnya bahagian baru ini dan dengan sokongan serta kerjasama padu daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang mempunyai kepentingan bersama akan dapat berganding bahu demi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Negara Brunei Darussalam ini bukan sahaja kaya dengan hasil minyak dan gasnya tetapi juga kaya dengan hidupan fauna dan flora untuk tatapan kita dan generasi akan datang.

Ke arah itu, saya mengambil kesempatan ini menyarankan supaya satu jaringan penguatkuasaan pengawalan hidupan liar kebangsaan (Wildlife Enforcement Network National Task Force) dibentuk dengan keahliannya terdiri daripada agensi-agensi kerajaan yang bersesuaian selaras dengan keperluan dan komitmen Negara Brunei Darussalam selaku ahli kepada pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti ASEAN Wildlife Enforcement Network, Convention on International Trade of Endangered Species (CITES) dan Convention on Biodiversity (CBD).

Sebelum mengakhiri ucapan, saya mengambil kesempatan ini

Page 90: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

162 163

untuk mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada Bahagian Hidupan Liar, ahli- ahli jawatakuasa serta mereka yang terlibat dalam mengungkayahkan dan menjayakan majlis ini.

Ucapan Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin

bin Haji UmarMENTERI TENAGA di JABATAN PERDANA MENTERI

Page 91: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

164 165

MAJLIS PENANDATANGANAN KONTRAK BIASISWA BRUNEI SHELL PETROLEUM

DI INDERA SAMUDERA GRAND HALL, THE EMPIRE HOTEL AND COUNTRY CLUB

PADA HARI RABU, 11 SYAWAL 1433 HIJRIAH / 29 OGOS 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SEGALA puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi

Wasallam, kaum keluarga serta para sahabat dan juga pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia dari awal hingga ke akhir zaman.

Para bakal penuntut biasiswa dan penerima biasiswa dalam latihan, para penerima anugerah kerana telah memperolehi pangkat pertama dan juga para ibu bapa, penjaga dan ahli-ahli keluarga.

Terlebih dahulu, izinkan saya untuk menyampaikan ucapan saya ini dalam bahasa Melayu sebagai satu cara untuk memperkasa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa ibunda bagi sebilangan besar untuk kitani di sini. Saya juga percaya para penerima biasiswa dan anugerah kerana memperolehi pangkat pertama yang kita raikan pagi ini kesemuanya mempunyai keputusan peringkat 'O' yang sangat baik dalam Bahasa Melayu.

Bagi Yang Mulia Mr. Ken Manoch sendiri setelah berada di negara ini lebih dari 18 bulan mungkin beliau sudahpun mempunyai kemampuan untuk dapat memahami pertuturan dalam bahasa Melayu dengan baik. Kalaulah belum, Yang Mulia Mr. Ken Manoch mungkin bolehlah mempertimbangkan untuk menjadikan ini satu sasaran KPI peribadi beliau untuk tahun depan.

Bersesuaian dengan majlis kita pada pagi ini, saya ingin terlebih dahulu menumpukan ucapan saya ini kepada para penuntut dan penerima latihan dalam perkhidmatan dan kepada ibu bapa, penjaga dan ahli-

ahli keluarga awda semua. Alhamdulillah, sebelum majlis ini tadi saya berkesempatan untuk berjumpa dengan awda dan ibu bapa awda sekalian. Yang paling menggembirakan saya adalah peluang bertemu semula dengan bekas rakan-rakan sepersekolahan saya pada zaman dulu. Saya sangat-sangat menghormati mereka ini. Sebahagian dari mereka sebenarnya cemerlang di dalam bidang pelajaran mereka semasa menuntut di luar negeri iaitu di universiti-universiti yang berprestij. Mereka juga mencapai kecemerlangan semasa berkhidmat sama ada dengan kerajaan ataupun dengan pihak swasta. Tetapi ada di antara mereka yang ingin bersara awal yang mana dalam hal ini, saya ingin meminta mereka untuk mempertimbangkan semula hasrat mereka ini. Mereka ini sebenarnya masih muda lagi tetapi saya tidak akan memberikan umur mereka yang sebenarnya.

Penandatanganan perjanjian biasiswa merupakan satu detik permulaan di mana awda sekalian dengan secara rasminya menjadi penerima Biasiswa Brunei Shell Petroleum (BSP). Kita mengetahui pihak Syarikat BSP mempunyai kriteria pemilihan yang sangat mencabar, maka dengan itu awda yang terpilih sudah semestinya terdiri dari kumpulan teratas di kalangan penuntut-penuntut dan pegawai-pegawai yang terbaik.

Setiap biasiswa BSP yang diberikan membawa bersamanya ekspektasi yang besar. Semenjak dahulu lagi, para scholar telah pulang dengan membawa keputusan yang cemerlang dan setelah itu, menduduki jawatan- jawatan yang sangat penting di dalam pelbagai jawatan di dalam syarikat bukan sahaja di BSP, tetapi juga di syarikat-syarikat usahasama Brunei Shell yang lain seperti BLNG dan BSM. Ada di antara mereka yang dapat menaiki tangga ke jawatan yang lebih tinggi dengan cepat dan yang lainnya menaiki tangga berkenaan dengan lebih kelajuan biasa.

Dalam hal yang sama, sukacita juga saya memaklumkan bahawa kedua-kedua Setiausaha Tetap di Jabatan Tenaga iaitu Yang Mulia Awang Haji Jamain bin Haji Julaihi; Setiausaha Tetap (Industri Hiliran dan Tenaga) dan Yang Mulia Awang Haji Azhar bin Haji Yahya, Setiausaha Tetap (Huluan) adalah masing-masing penerima biasiswa Latihan Dalam

Page 92: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

166 167

Perkhidmatan dan biasiswa penuntut BSP. Begitulah juga, Setiausaha Tetap (Compliance) di Kementerian Kewangan. Ini menunjukkan pengalaman dalam industri minyak dan gas adalah juga diberikan pengiktirafan oleh bukan sahaja oleh syarikat BSP ataupun syarikat-syarikat usahasama Brunei Shell sahaja malah juga oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sendiri.

Awda semua hendaklah tetap mengingati apakah tujuan awda berada di luar negara. Sememangnyalah matlamat utama ialah bagi awda memberikan tumpuan dan menyasarkan untuk memperolehi keputusan yang terbaik di dalam bidang masing-masing. Namun begitu terdapat juga perkara-perkara lain yang juga penting di dalam mencari ilmu ini. Ilmu dapat diperolehi dengan pelbagai cara. Ada yang diperolehi secara formal dan ada yang kita perolehi melalui pengamatan kita kepada persekitaran kita. Awda semestinya sentiasa berhati-hati agar dapat mengenali mana satu adalah permata dan yang mana pula kaca samata-mata.

Bagi kita yang beragama Islam, ilmu yang terbaik adalah yang kita perolehi dengan niat atau nawaitu yang juga baik iaitu atas nama Allah, dengan dengan itu kita akan sentiasa mengingati Allah Subhanahu Wata'ala. Jangan lupa kepada kewajipan seperti sembahyang lima waktu dan lain-lain lagi. Kita sentiasa berharap agar ilmu yang diperolehi akan diberikan keberkatan yang mana ini dengan sendirinya juga akan membawa keberkatan kepada kehidupan kita pada masa akan datang.

Begitulah jua semasa berada di perantauan, jangan lupa kepada ibu bapa dan orang tua. Ingati dan turuti nasihat abisdia kepada awda sekalian. Sentiasalah berdoa agar mereka iaitu ibu bapa atau penjaga abiskita akan terus sihat walafiat dan sentiasa jua minta doakan daripada mereka agar awda sekalian memperolehi kejayaan dan sentiasa diberikan perlindungan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Ini adalah kerana doa indung itu, kalau menurut orang Brunei masin dan mudah dikabulkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Adalah amat mendukacitakan jikalah sekiranya ada di antara awda

yang akan pulang nanti kaya dengan ilmu pengetahuan tetapi miskin dari aspek keagamaan dan peradapan. Sememangnya semasa berada di luar negara nanti, awda akan terdedah kepada cabaran-cabaran dari pergaulan sosial dan riadah lebih-lebih lagi yang bertentangan dengan ajaran agama dan adat resam orang Brunei. Tetapi dengan berperisaikan ilmu keagamaan dan sentiasa mengingatkan harapan ibu bapa, semua ini akan dapat awda tempuhi dengan sebaiknya.

Awda sekalian hendaklah menggunakan kesempatan yang tersedia dengan sepenuh-penuhnya. Awda hendaklah ingat semasa berada di luar negara, awda adalah duta tidak rasmi bagi Negara Brunei Darussalam. Kita berharap awda akan menjadi contoh orang Brunei yang terbaik dari segi peradapan dan beragama, rajin berusaha dan penuh dedikasi iaitu bersesuaian dengan konsep hidup kita bernegara dan bermasyarakat secara Melayu, Islam, Beraja.

Awda sekalian ini juga masih muda, kapabiliti untuk menerima pelajaran masih kuat kerana mempunyai minda yang juga sihat dan segar. Awda janganlah berpuas hati dengan hanya mempunyai kelulusan yang cemerlang di dalam kursus BSc atau BA semata-mata. Awda hendaklah berusaha memperolehi kelulusan akademik yang lebih tinggi lagi misalan MSc, MEng, MA ataupun juga Ph.D. Kalaulah boleh, jangan terus menceburkan diri di dalam perlumbaan pekerjaan. Mungkin ada di antara awda yang akan terlalu sangat menyukai alam pekerjaan dan tidak dapat meninggalkannya setelah itu bagi menyambung pelajaran. Perkara ini mungkin bersesuaian bagi sebahagian orang, tetapi mungkin ada di antara awda sekalian yang akan merasa kesal kerana tidak menyambung pelajaran semasa masih muda lagi. Ini adalah bergantung kepada penganalisaan dan presepsi awda masing-masing.

Saya ingin memberikan desakan kepada BSP dan juga syarikat-syarikat usahasama Brunei Shell yang lain, agar bersikap lebih bermurah hati dari apa yang ada sekarang. Sila berikan para graduan yang berpotensi lebih banyak peluang untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi dengan tidak terlebih dahulu meminta mereka bekerja setelah menamatkan kursus-kursus sarjana pertama

Page 93: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

168 169

mereka. Dalam perkara yang sama, kenapa tidak jika ianya difikirkan akan dapat meningkatkan prospek kerjaya mereka di masa hadapan, bagi penuntut-penuntut ini diberikan peluang untuk mengikuti penempatan di luar negara setelah lulus pengajian mereka.

Dari perbincangan saya dengan beberapa orang bekas penerima biasiswa BSP ataupun Shell, sebelum ini terdapat satu skim penempatan pada musim panas di mana penuntut-penuntut yang sedang bercuti akan ditempatkan di beberapa negara di mana terdapat operasi Shell. Saya juga telah dimaklumkan bahawa pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai jenis operasi di dalam persekitaran yang berbeza membawa kepada kelebihan apabila mereka kembali dan memulakan perkhidmatan di negara ini.

Selaku penerima biasiswa BSP, awda sekalian juga jangan lupa akan apa yang telah diberikan oleh syarikat ini kepada awda. Perbelanjaan untuk membiayai seorang penuntut di institusi luar negara bukanlah murah. Saya juga ingin mengingatkan awda sekalian bahawa BSP adalah sebuah syarikat usahasama 50:50 di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Royal Dutch Shell. Maka apapun kejayaan yang akan awda perolehi ianya adalah juga satu kejayaan bagi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menarik perhatian kita semua akan cebisan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-66 Tahun pada 25hb Sya’aban, 1433 / 15hb Julai, 2012 di mana Baginda telah menyentuh bahawa pada tahun 2012 ini kita telah memulakan Rancangan Kemajuan Negara Ke-10 iaitu RKN kedua bagi membantu kita merealisasikan Wawasan Negara 2035. Baginda seterusnya bertitah bahawa RKN pada kali ini lebih menekankan kepada usaha memperkasa keupayaan tenaga kerja, selari

dengan teknologi baru dan inovasi, di samping memberikan perhatian kepada antara lain kemudahan pendidikan. Langkah ini diharapkan mampu untuk membantu mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi, setanding dengan kadar pertumbuhan ekonomi serantau.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah komited kepada pembangunan penglibatan anak-anak tempatan di dalam industri minyak dan gas negara. Adalah menjadi aspirasi kita untuk melihat lebih ramai orang-orang Brunei memainkan peranan penting di dalam industri ini di syarikat-syarikat utama seperti BSP, TOTAL dan BLNG ataupun juga di syarikat-syarikat kontraktor utama. Kita masih lagi tidak berpuasa hati dan merasakan terdapat kekurangan yang ketara dalam aspek ini.

Kerana itulah juga kenapa, pihak kerajaan telah memperkenalkan Arahan-Arahan ke arah Pembangunan Perusahaan Tempatan atau dalam bahawa Inggeris ‘Directives on Local Business Development’. Kita mahu melihat kandungan tempatan di dalam industri untuk terus meningkat secara ketara di beberapa tahun yang akan datang. Ini termasuklah penglibatan anak-anak Brunei secara aktif di dalam mengendalikan operasi syarikat-syarikat mereka masing-masing. Kita mahu syarikat Brunei diuruskan sepenuhnya dan dimiliki sendiri oleh orang Brunei. Kita ingin melihat syarikat-syarikat tempatan beroperasi tanpa terlalu bergantung kepada orang luar. Kita tidak mahu lagi mendengar kisah di mana pemilikan syarikat hanya melalui pemegangan saham semata-mata di mana orang kitani sudah berpuas hati walaupun hanya setakat menerima dividen semata-mata. Situasi di mana orang Brunei menguruskan dan memilik syarikat mereka sendiri, dan berjaya dalam melaksanakan operasi syarikat dengan baik memang sudah wujud sekian lama. Orang-orang Brunei dari dahulu lagi ramai yang jadi pedagang, tetapi sebaliknya pada masa ini ramai yang telah memilih jalan mudah dan berpuas hati dengan hanya jadi pelabur atau membiarkan orang luar menggunakan nama mereka, walaupun ini sebenarnya merugikan diri mereka sendiri, negara dan nama baik bangsa.

Pihak kerajaan juga pada masa sedang melaksanakan projek bagi

Page 94: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

170 171

penyediaan Rangka Kerja Kompetensi Bagi Industri Tenaga (iaitu dengan bahasa Inggeris dikenali sebagai Energy Industry Competency Framework (the EICF). Rangka kerja ini insya-Allah, setelah disiapkan nanti akan dijadikan sebagai garispandu di dalam penyediaan kursus dan latihan agar para graduan dan mereka yang telah selesai mengikuti pengajian mereka di sekolah-sekolah vokasional dan teknikal akan dapat diserapkan ke dalam industri dengan mudah. Keadaan akan dapat dicapai sebagai misalannya dengan memastikan adalah persamaan di antara kelulusan dan kemahiran dengan apa yang dikehendaki oleh industri.

Sebelum mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin menyentuh mengenai ketaat setiaan yang perlu disemaikan di sanubari awda sekalian iaitu ketaatan kepada agama, raja dan negara, serta seterusnya kepada syarikat sendiri. Awda mesti ingat siapa yang memberikan biasiswa ini kepada awda sekalian. Dalam hal ini,saya ingin menyeru kepada awda sekalian agar lebih berhati-hati di dalam memberikan komen negatif atau kritikan ke atas syarikat misalannya melalui media atau aplikasi internet. BSP dan Shell mempunyai fasiliti di mana awda dapat meluahkan perasaan jika terdapat sesuatu yang mungkin tidak disenangi. Mungkin jua awda dapat menyuarakannya kepada Pengarah HR BSP, Yang Mulia Tuan Haji Kamaludin yang saya percaya akan dapat menanganinya dengan secara terbaik.

Apa jua kritikan ataupun komen awda, ianya hendaklah dengan niat yang baik dan bukan semata-mata untuk memburuk-burukkan seseorang atau organisasi. Adalah lebih baik jika setiap kritikan yang disampaikan disertakan juga dengan saranan mengenai cara penyelesaian yang sebaiknya. Manalah tahu, saranan awda berkenaan belum lagi sebelum itu terfikirkan oleh pihak-pihak berkenaan.

Sebagai orang Brunei, kita mestilah terus mengekalkan tatacara hubungan yang baik di dalam kehidupan bermasyarakat iaitu beradat dan saling berawar galat. Di mana pun kita berada, insya-Allah dengan mengamalkan sikap ini kita akan sentiasa dihormati dan kagumi oleh semua pihak.

Menyentuh mengenai sikap hormat dan menghormati ini, sukacita saya menyampaikan cebisan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1433 Hijrah/2012 Mashihi anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada hari Selasa, 28 Ogos 2012 iaitu pada sebelah pagi kelmarin di mana Baginda bertitah “Inilah cara kita orang-orang Brunei, kemeriahan tidak hanya diraikan antara keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, tetapi juga turut disemarakkan dalam kehidupan berorganisasi dan bermasyarakat. Ini akan menyuburkan lagi sikap hormat-menghormati, bantu-membantu dan bertolak ansur, telus, amanah serta jujur dalam semua aspek kehidupan. Amalan baik seperti ini, apabila ia terus dilakukan, akan menjadi budaya. Budaya hidup yang baik pula adalah mencerminkan kekuatan masyarakat yang dibina dengan agama. Oleh itu, marilah kita sama-sama memelihara agama di dalam apa jua urusan dan pekerjaan kita.”

Baginda seterusnya bertitah bahawa baginda yakin, disinilah tunjang kekuatan dan kemakmuran kita selama ini. Titah Kebawah Duli ini adalah betepatan dengan acara kita pada pagi ini. Dan dari apa yang saya baca dari siaran akhbar, kandungan Titah ini menerima respon yang sangat positif dari pihak swasta termasuklah dari Yang Mulia Ken Manoch sendiri. Ini menunjukkan BSP adalah responsif dan memahami hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kepada penuntut-penuntut yang akan menerima anugerah pada pagi ini kerana berjaya memperolehi Kelas Pertama di dalam pengajian awda, saya melahirkan ucapan setinggi tahniah. Saya percaya kejayaan ini akan menjadi satu pengalak kepada para penerima biasiswa kita yang ada di sini untuk berusaha dan mencapai taraf kejayaan awda semua. Saya difahamkan awda telah pun memulakan perkhidmatan dengan syarikat BSP. Pada kesempatan ini juga, saya sukacita mengingatkan agar awda semua akan berkhidmat dengan penuh dedikasi, jujur dan amanah dan jangan sama sekali tergoda dengan praktis-praktis yang kurang sihat yang menyalahi ajaran agama dan juga undang-undang.

Page 95: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

172 173

Awda sekalian hendaklah terus mengekalkan peribadi abiskita selaku orang yang berhemat tinggi, laksana padi yang sarat berisi kian lagi merendah diri. Awda hendaklah menjauhkan diri daripada perasaan angkis ataupun sombong yang mana kedua-dua sifat ini adalah sangat dibenci oleh Allah Subhanahu Wata´ala. Awda sekalian perlu mengekalkan cara pergaulan di dalam dan di luar pejabat secara yang beradap, bersopan santun dan taat menurut arahan dari mereka yang lebih kanan. Insya-Allah, kesemua ini akan menambah lagi kekaguman orang ramai kepada awda sekalian. Jangan mudah melupakan ciri-ciri orang Brunei yang sentiasa berlemah lembut dan halus di dalam pertuturan. Jangan baru sahaja tiga tahun berada di negara orang, bahasa Melayu kita menjadi lingkang pukang dan budaya asing yang tidak bersesuaian dengan ajaran agama menjadi pilihan.

Bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih atas jemputan yang telah diberikan kepada saya bagi menghadiri majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan syabas dan setinggi tahniah kepada awda semua. Seperti mana jua setiap ibu bapa dan ahli keluarga awda, saya turut berdoa agar pemergian dan segala usaha awda sekalian akan diberikan perlindungan serta diredai oleh Allah Subhanahu Wata´ala. Mungkin belum terlambat bagi saya juga di bulan Syawal yang mulia ini, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

MAJLIS FORUM vENDOR USAHASAMA BRUNEI SHELL DI BRIDEX INTERNATIONAL CONFERENCE CENTRE

PADA HARI SELASA, 28 ZULHIJJAH 1433 HIJRIAH / 13 NOvEMBER 2014 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu´alaikum Warahamatullahi Wabarakatuh

TERLEBIH dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Mulia Ken Marnoch, Pengarah Urusan Brunei Shell Petroleum

kerana telah mengundang saya sekali lagi untuk menghadiri dan memberikan fikiran saya di Forum Vendor bagi tahun 2012 ini. Ianya merupakan satu penghormatan yang besar dan peluang keemasan bagi saya bertemu dengan awda sekalian selaku pemain-pemain penting di dalam Industri Minyak dan Gas Tempatan.

Kita baru saja mendengar ucapan alu-aluan yang sangat menggalakkan dari Ken di mana beliau telah menyentuh bagaimana kita perlu memberikan sumbangan yang betul kepada Brunei. Saya merasa gembira dengan komitmen syarikat-syarikat usahasama Brunei Shell in aligning dan mendukung inisiatif-inisiatif Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (Jabatan Tenaga) termasuklah dalam bidang-bidang Keselamatan, Integriti, Pembangunan Kapasiti Tempatan, Kapabiliti, Pekerjaan dan Perusahawan selari dengan Wawasan 2035 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Secara global yang mana rantau kita adalah tidak terkecuali, apa yang pasti di dalam sektor minyak dan gas adalah ketidaktentuan. Harga minyak terus tinggi dan begitulah juga kos bagi membawa sumber-sumber berkenaan ke pasaran. Sumber-sumber yang sebelum ini menjanjikan tenaga yang lebih selamat seperti nuklear kini telah terkeluar dari senarai sumber tenaga yang diminati, sedangkan pada masa yang sama sumber-sumber lain seperti tenaga yang boleh diperbaharui menjadi lebih popular, walaupun terus dikaitkan dengan berbagai kontroversi.

Dengan ASEAN bersiap sedia untuk menjadi sebuah masyarakat

Page 96: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

174 175

ekonomi pada 2015, kita akan melihat pergerakan yang lebih besar dan lebih bebas bagi barangan, perkhidmatan, pelaburan, buruh-buruh yang berkemahiran dan pengaliran kapital. Soalan yang penting ialah sama ada perusahaan-perusahaan tempatan kita telah bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang bersama perubahan-perubahan ini. Kita hendaklah memastikan adanya asas yang kukuh bagi perusahaan tempatan, kandungan tempatan dan tenaga kerja kita untuk tumbuh dan terus kompetitif. Kerana inilah kenapa Rangka Kerja Pembangunan Perusahaan Tempatan kita telah direka cipta.

Melihat lebih dekat ke negara kita sendiri, syarikat-syarikat usahasama Brunei Shell telah melaksanakan berbagai usaha bagi menyediakan persekitaran yang bersih dan kompetitif di dalam industri minyak dan gas negara kita.

Mereka telah memperkenalkan strategi pemberian kontrak yang baru yang memberikan penekanan kepada pelaburan, latihan dan pekerjaan tempatan. Kandungan keahlian bagi Lembaga Tawarannya juga telah dapat membantu memastikan kesemua peringkat proses tawaran dikendalikan dan diuruskan seperti mana sepatutnya. Kesemua ini adalah berita yang baik dan selari dengan apa yang dimahukan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, sebalik itu saya masih lagi menerima aduan terutama sekali mengenai perhubungan dengan pihak vendor, yang mana perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh pihak syarikat.

Di dalam pengurusan rantaian bekalan (supply chain management) pula, saya difahamkan masih terdapat beberapa orang kakitangan yang masih memegang jawatan yang sama bertahun-tahun. Perkara ini adalah meragukan dan menjejaskan pendirian syarikat ke atas integriti perniagaan.

Izinkan saya seterusnya menyampaikan ucapan saya ini kepada para vendor yang ada di kalangan kita pada pagi ini. Ekonomi kita masih lagi bergantung kepada minyak dan gas. Negara menghasilkan sekitar 400,000 tong bersamaan minyak (barrels of oil equivalent) pada setiap hari.

Kita mahu bilangan ini untuk terus meningkat dan mencapai 800,000 tong bersamaan minyak sehari pada tahun 2035. Bagi tujuan ini, aktiviti-aktiviti eksplorasi sedang ditingkatkan di daratan dan luar pantai.

Pada tahun depan, BSP sendiri sahaja akan membelanjakan sebanyak BND2.7 billion iaitu peningkatan daripada BND2.4 billion pada tahun 2011 bagi projek-projek yang sedia ada dan baru. TOTAL, Shell Deepwater, PETRONAS dan lain-lain lagi di sektor huluan juga akan melabur secara keseluruhannya ratusan juta ringgit bagi projek-projek mereka masing-masing.

Di sektor hiliran pula, kita akan menyaksikan projek-projek baru seperti Projek Urea dan Ammonia, and Projek Hengyi Petrochemical. Bagi memaksimakan faedah-faedah dari pelaburan-pelaburan ini dan bagi mengadakan situasi menang-menang, para operator hendaklah lebih terbuka mengenai projek-projek yang dirancang untuk dilaksanakan pada beberapa tahun yang akan datang. Selebih awal para vendor dan penyedia perkhidmatan mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan tersebut, maka lebih banyak masa yang tersedia bagi mereka menyediakan tawaran masing-masing, yang mana ini dengan sendirinya akan membawa kepada tawaran-tawaran yang lebih kompetitif. Selaku vendor, awda perlulah mempersiapkan diri awda sekalian untuk mengambil peluang ke atas perkembangan ini. Bukan sahaja awda yang akan memperolehi faedah daripadanya, malah juga negara secara keseluruhannya.

Pada tahun lepas, saya telah menyentuh tiga isu utama, iaitu Pembangunan Perusahaan Tempatan, Integriti Perushaan dan Keselamatan. Ketiga-tiga ini terus berada di dalam senarai saya bagi perkara-perkara yang perlu diperbaiki jika kita hendak mengadakan pembangunan yang berdaya tahan bagi Negara Brunei Darussalam melalui industri minyak dan gas negara ini.

Sebagai orang tempatan, kitalah yang sepatutnya mengetahui dan memahami keadaan-keadaan tempatan kita sendiri dan apa yang perlu diambil dan dilaksanakan ke arah pembangunan perusahaan tempatan

Page 97: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

176 177

dan meningkatkan kandungan tempatan.

Kita mempunyai kumpulan pemikir (think-tank) untuk membantu membangun Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) kita. Kepada ahli-ahli think-tank berkenaan, adakah awda benar-benar memahami isu-isu yang berkenaan? Saya adalah yang terawal mengucapkan tahniah jika awda benar-benar dapat memahaminya. Masih terdapat halangan-halangan yang utama kepada usaha-usaha kita untuk membangun SME. Nasihat saya yang seikhlasnya ialah tolong jangan lihat tugas ini sebagai hanya satu peluang bagi awda mengumpulkan simpanan kertas-kertas kajian dan journal, sebahagiannya yang telah disediakan dengan bantuan dari mereka yang digelar pakar luar. Anda perlulah berfikir dengan lebih meluas dan bertemu sendiri dengan SMEs negara ini.

Saya sendiri telah mengadakan lawatan ke lebih dari 50 buah syarikat dalam tempuh enam bulan kebelakangan ini dan secara jujur, saya telah dapat memahami sebilangan saja dari isu-isu yang dihadapi oleh SME kita, terlebih lagi dari pandangan syarikat-syarikat berkenaan. Kerana itulah saya akan meneruskan lagi lawatan-lawatan ini. Tetapi kadang kala, saya juga terfikir yang perniagaan awda adalah sangat baik sehingga awda tidak mempunyai masa untuk berjumpa dengan saya. Namun begitu, dalam keadaan sedemikian, saya sangat gembira kerana awda telah berjaya dan maju di dalam urusan perniagaan.

Sebab itulah kita berkumpul pada hari ini. Kita mahu mengadakan sesi perjumpaan yang berharga dengan para SME - untuk mendengar pandangan-pandangan dan memahami masalah-masalah awda sekalian. Kita perlulah melihat kembali isu-isu asas dan fundamental tentang bagaimana SME kita akan dapat majukan dan dipertahankan. Para hadirin dan hadirat sekalian, pembangunan ekonomi yang berdaya tahan adalah diperlukan bagi masa hadapan Brunei.

Bagi memperolehi masa hadapan yang berdaya tahan, keutamaan kita perlulah ditumpukan kepada pembangunan perusahaan tempatan. Ini adalah juga penting bagi pembangunan sosial dan ekonomi negara. Pembangunan yang berdaya tahan bergantung kepada keupayaan kita

untuk memenuhi tiga tunjang utama iaitu objektif dan sasaran sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Perusahaan kita mestilah dijalankan dan diuruskan secara profesional, dengan orang-orang tempatan dilibatkan di kesemua bahagian di dalam syarikat – melaksanakan kerja-kerja yang aktual dan bukannya hanya sebagai figure heads sahaja atau untuk menyediakan glosari yang berwarna-warni yang sebuah syarikat adalah benar-benar syarikat tempatan.

Maka dengan ini para hadirin dan hadirat, menyediakan pekerjaan yang benar (real jobs) dan berkualiti bagi orang-orang kita di negara ini adalah sangat penting.

Semasa Pameran Kerjaya Minyak dan Gas yang diadakan baru-baru ini, kita telah mendaftarkan lebih dari 6,000 permohonan. Bilangan ini adalah sangat besar. Ada di antaranya mempunyai kelulusan PhD, Sarjana, HND, OND, A-Levels and O-Levels dan selebihnya memegang kelulusan yang lebih rendah lagi. Kerana itulah tema Forum Vendor pada kali ini iaitu Penyediaan Pekerjaan dan Pembangunan Kandungan Tempatan di dalam Industri Minyak dan Gas Brunei (Job Creation & Local Content Development within the Brunei Oil & Gas Industry) adalah sangat bersesuaian dan bertepatan. Tugas sebenarnya bukanlah hanya menyediakan pekerjaan dalam bilangan yang banyak tetapi lebih penting lagi, seperti mana yang telah saya katakan di awal tadi, ialah penyediaan pekerjaan di dalam industri minyak dan gas yang benar, berkualiti dan memberikan gaji yang berpatutan dengan peluang-peluang yang memadai bagi latihan dan perkembangan dan peningkatan kerjaya.Menyentuh mengenai dengan usaha bagi mengadakan pekerjaan, kita telah menetapkan sasaran bagi pengambilan seramai 1,000 orang pekerja pada tahun 2012. Alhamdulillah, setakat bulan Oktober 2012 sahaja sasaran ini telah dilimpasi sebanyak lebih dari 300. Para hadirin dan hadirat sekalian, terima kasih ke atas kerjasama awda sekalian yang membolehkan sasaran berkenaan dicapai. Bagi tahun 2013, kita telah pun meningkatkan sasaran kepada 1,600.

Page 98: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

178 179

Sasaran baru ini adalah sangat mencabar, tetapi ianya boleh dicapai dengan adanya kerjasama dari kesemua pihak di dalam industri ini pada bulan lepas, saya telah mengadakan perjumpaan dengan anak-anak tempatan yang telah diambil berkhidmat selepas Pameran Kerjaya Minyak dan Gas pada bulan Disember 2011. Adalah sangat menyedihkan yang sebahagian daripada mereka tidak mengetahui apakah perancangan masa hadapan bagi latihan dan perkembangan kerjaya mereka! Sudah semestinya jika ini adalah benar, ketidak kegembiraan dan ketidakpuasan hati mereka adalah berpatutan.

Menyentuh mengenai gaji, terdapat juga aduan yang orang tempatan tidak diberikan layanan secara adil jika dibandingkan dengan rakan kerja mereka yang bukannya dari kalangan orang tempatan. Sebagai misalannya, rakan kerja bukan tempatan diberikan elaun minyak tetapi tidak kepada mereka. Perkara ini adalah satu isu yang penting bagi mereka yang berulang-alik dari daerah-daerah lain, sedangkan gaji mereka yang mungkin hanya berjumlah BND300 - BND500 sebulan, akan hampir habis hanya untuk membayar minyak kereta mereka.

Pekerjaan yang kita sediakan hendaklah berupaya untuk menarik para pekerja tempatan. Dalam hal ini, saya mengalu-alukan inisiatif BSP bagi kontrak-kontrak pelantar pengerudian (rig) menyediakan alam pekerjaan yang lebih kondusif melalu perubahan ke atas giliran bekerja iaitu kepada dua minggu bekerja dan dua minggu bercuti serta penetapan gaji minima bagi para pekerja di pelantar pengerudian. Walau bagaimanapun, penetapan gaji sepatutlah dipertimbangkan sebagai satu tahap yang berpatutan bagi kedua-dua majikan dan para pekerja dan bukannya hanya gaji minima atau terendah.

Ke arah menetapkan gaji yang berpatutan untuk industri minyak dan gas, atas Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sebuah Pasukan Petugas telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Mulia Haji Jamain Haji Julaihi, Setiausaha Tetap (Hiliran dan Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri dengan ahli-ahlinya terdiri dari Setiausha Tetap-Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri.

Menyentuh lagi mengenai pemberian gaji yang berpatutan. Saya telah bertemu dengan beberapa orang pekerja yang tidak menerima gaji seperti mana yang tercatat di dalam kontrak di antara majikan mereka, sebagai misalan dengan BSP. Ini tidak sepatutnya terjadi. Jikalah di dalam kontrak berkenaan ada menyatakan seorang pekerja dengan kemahiran tertentu akan dibayar gaji sebanyak BND40, memberikan pekerja berkenaan kurang dari jumlah tersebut adalah tidak ektikal dan tidak jujur. Apakah pandangan awda bagi kejujuran dan integriti sebagai majikan di dalam hal sebegini? Saya juga telah difahamkan yang situasi sebegini sebahagiannya, saya ulangi lagi sebahagiannya, disebabkan oleh pengambilan komisen oleh agensi-agensi tenaga kerja yang dilantik oleh syarikat-syarikat berkenaan. Saya juga telah dimaklumkan bahawa agensi-agensi tenaga kerja ini merupakan bidang baru bagi perkembangan Ali Baba. Sekali lagi, ini adalah sesuatu yang tidak betul. Kepada para operator utama, janganlah memandang ke arah lain mengenai kedudukan ini. Kita perlulah serius di dalam menangani perbuatan-perbuatan yang tidak diingini ini atau kesemua usaha-usaha kita akan menjadi sia-sia.

Saya harap saya tidak disalahertikan di sini. Saya sendiri sangat percaya kepada sistem merit di mana pembayaran gaji adalah dikaitkan dengan prestasi dan produktiviti. Kepada para pekerja tempatan, janganlah berfikir hanya kerana anda adalah pekerja tempatan awda boleh meminta pakej gaji yang sedemikian rupa. Selain dari itu, jangan pula sentiasa mahukan pakej remunerasi awda disamakan dengan apa yang ditawarkan oleh kerajaan. Pakej industri hendaklah berpandukan kepada pasaran. Percayalah, di dalam environment yang tertentu, pakej yang berlandaskan pasaran adalah jauh lebih baik dan lebih memuaskan dari apa yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Saya sendiri telah melihat success stories semasa lawatan-lawatan kerja ke beberapa buah syarikat yang diwakili di sini dari aspek pengambilan anak-anak tempatan sebagai tenaga kerja. Tetapi masih ada jua yang kurang ikhlas di mana pengambilan bekerja tersebut hanyalah semata-mata bagi menunjukkan awda mempunyai bilangan yang mencukupi bagi memenuhi kehendak Direktif LBD bagi pengambilan pekerja.

Page 99: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

180 181

Kita mempunyai peraturan yang mudah. Kita mahukan kerja-kerja yang berkualiti disediakan untuk anak-anak tempatan. Bagaimanakah ini dapat dilaksanakan? Pihak syarikat mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan fasiliti bagi Pembangunan Sumber Manusia (Human Resource Development (HRD)) dan Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management (HRM)) bagi kakitangan mereka. Maka dengan itu adanya HRD dan HRM hendaklah sentiasa dianggap sebagai sebagai sesuatu yang penting bagi dipertimbangkan di dalam proses Contract Performance Review. Keperluan ini adalah selari dengan Wawasan 2035 yang mahukan negara mempunyai penduduk yang berpelajaran dan mempunyai kemahiran yang tinggi. Kesemua ini adalah mengenai memperkembangkan Bruneian human capital.

Semestinyalah, ianya tidak meminta terlaku banyak bagi awda melaksanakan peranan di dalam menyediakan pekerjaan bagi anak-anak tempatan. Kita mempunyai syarikat-syarikat tempatan yang memegang kontrak bernilai berpuluh-puluh juta, tetapi masih mepunyai rekod yang kurang baik di dalam pembangunan kerjaya para pekerja tempatannya. Tolong jangan lupakan tanggungjawab awda dalam hal ini. Jika sekira awda tidak dapat atau saja tidak mahu melaksanakannya, masih ada orang lain yang boleh dan akan melakukannya.

Jabatan Tenaga dan sebahagian dari awda di sini telah berjaya di dalam bekerjasama menyediakan skim aparentis kepada anak-anak tempatan yang sedang mencari pekerjaan di dalam industri minyak dan gas di negara ini.

Ianya telah dimula dengan para graduan muda dan atas permintaan ramai, telah dipanjangkan kepada para pemegang HND. Ianya juga mungkin akan diteruskan lagi bagi mereka yang mempunyai kelulusan yang lebih rendah.

Tujuan utama skim ini ialah bagi memberikan para pencari kerja pengalaman di dalam industri yang mencukupi agar mereka akan lebih marketable di masa hadapan. Sokongan berterusan dari awda adalah penting bagi inisiatif-inisiatif terus dilaksanakan seperti mana yang

diperlukan. Dari kira-kira 200 orang yang telah berjaya ditempatkan di beberapa buah syarikat, ada yang telah diberikan pekerjaan tetap. Silalah anggap penempatan sebegini sebagai perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat syarikat awda dan bukannya sebagai satu cara yang mudah bagi memperolehi tenaga kerja bagi tempoh masa yang pendek ataupun murah.

Saya ingin seterusnya menyampaikan kenapa saya sangat-sangat berdukacita dengan sebahagian dari syarikat-syarikat yang besar yang beroperasi di negara ini. Saya telah baru-baru ini melawat sebuah syarikat pengerudian yang telah 18 tahun memegang kontrak dengan BSP yang bernilai hampir BND840 juta. 18 tahun dan hanya 27% dari tenaga kerjanya terdiri dari anak-anak tempatan.

Semasa perjumpaan tersebut, mereka telah mempamerkan pemilik-pemilik tempatan yang dikatakan orang-orang penting di dalam syarikat dan berharap saya akan kagum ke atasnya! Pemilik-pemilik tempatan ini sedikit pun tidak berkata-kata semasa perjumpaan tersebut. Mesej dari saya adalah terang, awda mungkin salah satu penyedia perkhidmatan yang teratas, misalannya dengan mendapat pengiktirafan sebagai Rig of the Year tetapi jika rekod LBD awda adalah kurang memuaskan, maka awda tidak sesuai bagi industri yang kami mahu!

Adalah perlu diterangkan lagi di sini. Syarikat-syarikat antarabangsa adalah dialu-alukan dengan tangan yang terbuka selagi mereka menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan mematuhi undang-undang negara. Kita mahu mereka membawa masuk teknologi-teknologi baru, mengambil bekerja dan menyediakan anak-anak tempatan kita dengan seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini, pekerjaan-pekerjaan yang benar, berkualiti dan decent.

Saya ingin menyatakan bahawa kita mempunyai syarikat-syarikat antarabangsa di negara ini yang telah menyumbang kepada usaha kita untuk membangun dan mempertingkatkan kapabiliti dan kepakaran anak-anak Brunei. Kepada mereka saya ucapkan terima kasih. Dua dari kerja tempatan yang ada pada masa ini dan yang akan datang. Antara

Page 100: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

182 183

usaha-usaha yang telah diambil ialah:-

Pertama, dengan memperkenalkan skim bagi mereka yang berminat untuk meneruskan pengajian di institusi-institusi tempatan di mana kos akan ditanggung sama ada sepenuh atau sebahagiannya oleh kerajaan melalui Jabatan Pembangunan dan Perancangan Ekonomi. Terdapat juga skim tax rebate yang ditawarkan oleh Kementerian Kewangan, di samping skim kementerian berkenaan untuk menggalakkan pengambil bekerja anak-anak tempatan melalui bantuan pembayaran sebahagian dari gaji dan lain-lain lagi.

Kedua, dengan kerjasama dan bantuan dari beberapa kementerian termasuklah Kementerian Pendidikan dan syarikat-syarikat seperti Petroleum BRUNEI, BSP and TOTAL, Jabatan Tenaga sedang menyediakan satu dokumen yang dikenali sebagai Rangka Kerja Bagi Kompetensi di dalam Industri Tenaga (Energy Industry Competency Framework (EICF)) yang akan dijadikan panduan di dalam penyediaan syllabus latihan yang lebih bersesuaian dengan keperluan industri. Ini akan menjadikan para graduan dan lepasan pelatih lebih marketable dan pada masa yang sama menyediakan untuk industri, tenaga kerja yang berkemampuan dan sedia untuk terus diambil berkhidmat. Dokumen ini akan siap pada penghujung tahun ini dan sedia bagi diimplementasikan pada tahun depan. Rangka kerja ini akan menyediakan piawaian yang dikehendaki dari setiap kursus yang diadakan. Semua pihak yang berkenaan perlu mematuhi piawaian tersebut. Kita tidak dapat memberikan kebebasan kepada mana-mana syarikat untuk menubuhkan sebuah pusat latihan tanpa perlu mengambil kira agenda kebangsaan mengenainya. Tindakan mereka dan kepentingan sendiri mungkin bercanggah dan mendatangkan impak yang tidak diingini kepada usaha-usaha kerajaan.

Ketiga, ke arah menyediakan fasiliti-fasiliti latihan terkini, kerajaan bercadang untuk menubuhkan institusi-institusi teknikal yang baru melalui Private Public Partnership yang khusus bagi industri minyak dan gas. Selain dari menyediakan kemahiran-kemahiran teknikal yang terkini, ianya juga akan membantu menyediakan kemahiran-kemahiran baru, seperti kemahiran sebagai pelaut ke tahap yang diiktiraf di peringkat

antarabangsa sebagai contoh International Maritime Organisation (IMO).

Kesemua inisiatif-inisiatif ini adalah selari dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Sambutan Hari Raya yang dianjurkan oleh Yayasan Sultan Haji Hasanal Bolkiah, pada Selasa, 9 Syawal 1433 bersamaan 28 Ogos 2012:

“Dalam hubungan ini, kerajaan beta melalui beberapa agensi berkaitan sedang dan telah menyediakan pelbagai strategi, perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu dan mengembang majukan lagi sektor swasta, meliputi pendidikan dan profesionalisme pekerja-pekerja.” Saya seterusnya ingin menyentuh mengenai Kandungan Tempatan. Definasi yang paling popular bagi Kandungan Tempatan ialah ‘tambahan nilai kepada negara tuan rumah melalui aktiviti-aktiviti industri minyak dan gas’.

Ianya boleh disukat atau dilaksanakan pertama sekali, seperti mana yang telah saya huraikan sebelum ini, melalui pembangunan, pemberian pekerjaan dan latihan kepada tenaga kerja tempatan dan kedua, melalui pelaburan di dalam pembangunan para pembekal barangan dan perkhidmatan, termasuklah membangun dan memperolehi bekalan dan perkhidmatan tempatan.

Maka dengan itu, syarikat yang dianggap sebagai a fly-by night tidak akan dianggap sebagai yang dapat membawa nilai tambah kepada negara. Juga tidak syarikat-syarikat yang hanya berminat untuk mengaut keuntungan dengan memberikan bekalan dan perkhidmatan tanpa memberikan apa jua pertimbangan kepada usaha membangun kapabiliti tempatan di dalam mengeluarkan produk dan memberikan perkhidmatan melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan.

Sekali lagi di sini, kita juga telah melihat kejayaan di dalam usahasama di antara syarikat-syarikat luar dan tempatan di dalam pembangunan kapabiliti untuk menghasilkan dan membekalkan barang yang diperlukan oleh industri minyak dan gas tempatan. Misalannya ialah

Page 101: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

184 185

penghasilan perforated tubing used bagi kegunaan di dalam penghasilan minyak dan gas. Kapabiliti ini bukan sahaja membuka peluang-peluang perniagaan malah juga membantu mengurangkan masa menunggu bagi produk berkenaan, yang dulunya didatangkan dari luar negara. Keadaan ini telah membawa situasi menang-menang kepada syarikat tempatan dan rakan usahasamanya, kepada industri dan juga negara secara keseluruhannya.

Bagi memaksimakan faedah dari Kandungan Tempatan, kita memerlukan syarikat tempatan yang teguh dan mempunyai proper governance dan sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan negara. Berikut adalah sebahagian dari ciri-ciri sebuah warga korporat yang baik:

Pertamanya, menghadapkan pulangan financial tepat pada waktunya kepada pihak yang berkuasa seperti mana yang dikehendaki oleh Akta-Akta Syarikat dan Cukai. Semestinya sebuah syarikat yang dikendalikan dan diuruskan dengan sebaiknya akan menyimpan rekod perbelanjaan dan pendapatan dengan sempurna. Ianya juga merupakan satu kepentingan bagi syarikat untuk menyimpan rekod-rekod dengan teratur dan seterusnya diaudit bagi mengelakkan masalah berkaitan pengurusan yang tidak sempurna ataupun aktiviti-aktiviti penipuan. Rejim cukai Negara Brunei Darussalam telah pun dipinda dan kini telah menjadi lebih kompetitif dengan negara-negara lain di rantau ini. Adalah sukar untuk mempercayai yang sebuah syarikat yang sudah pun berurus niaga selama bertahun-tahun masih belum mampu memperolehi kembali pelaburannya dan dengan itu, masih belum lagi diperlukan membayar cukai.

Menyentuh mengenai pengauditan akaun, saya telah dimaklumkan mengenai satu situasi yang menghairankan dan adalah juga sangat lucu, jika ianya bukan satu perkara yang serius. Ada yang menyatakan kepada saya yang hanya terdapat seorang sahaja auditor di Daerah Belait yang menjalankan perniagaan mengaudit di daerah berkenaan. Ini menurut pihak yang berkenaan, telah menyebabkan kelewatan di dalam penyediaan audited account dan seterusnya kegagalan bagi mereka menghadapkan audited account dan tax return mereka tepat pada masanya. Terdapat

juga syarikat yang tidak melaksanakan pengauditan lebih dari satu dan dua tahun. Selain dari itu, saya juga dimaklumkan terdapat firma-firma audit yang ahli-ahlinya atau kakitangan mereka juga berada di dalam pihak pengurusan syarikat-syarikat lain. Jadinya soalan saya ialah apakah peranan Persatuan Akauntan di dalam menangani hal-hal sebegini. Apakah tiada ada percanggahan kepentingan di sini?

Universiti Brunei Darussalam mengeluarkan beberapa orang akauntan pada setiap tahun tetapi kita hanya mempunyai seorang akauntan untuk melaksanakan kerja-kerja audit bagi industri ini di Daerah Belait!

Kedua, sebagai warga korporat yang baik, awda perlulah membantu di dalam membangun Kandungan Tempatan dan menggunakan bank-bank dan institusi-institusi kewangan tempatan. Saya telah dimaklumkan bahawa bank-bank tempatan kita adalah lokek dengan wang mereka, mereka lebih suka memberikan pinjaman kepada kawan-kawan sahaja dan tidak kepada yang lain. Ada pula yang menyatakan ada pegawai-pegawai bank yang mengamalkan praktis-praktis yang tidak sihat. Sebahagian dari pegawai-pegawai tertinggi bank ada di sini pada masa ini. Saya telah memaklumkan kepada mereka sebelum ini apa yang telah disampaikan kepada saya. Mereka menyatakan perniagaan mereka ialah meminjamkan wang dan dengan itu, mereka tidaklah boleh bersifat lokek. Walau bagaimanapun mereka perlu, berhati-hati dan melaksanakan due diligent sebelum meluluskan sesuatu pinjaman terutama sekali yang melibatkan jumlah yang besar. Seorang dari mereka juga telah menyatakan adalah sukar untuk mempertimbangkan sekumpulan permohonan dari beberapa buah syarikat bagi pinjaman apabila setiap permohonan berkenaan disertakan dengan business proposal yang seakan-akan sama tanpa ada sebarang financial governance yang boleh diterima.

Adalah difahamkan yang Kementerian Kewangan sedang meneliti isu-isu yang berkaitan dengan perbankan, penyediaan akaun dan pembangunan SME tempatan. Saya sendiri kini menjadikan ianya satu keperluan untuk membawa bersama wakil-wakil dari bank-bank tempatan dan Kementerian Kewangan untuk menyertai saya di dalam sesi lawatan kerja ke syarikat-syarikat, agar mereka dapat memberikan

Page 102: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

186 187

nasihat dan penjelasan ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan kewangan, jika dan bila diperlukan.

Isu-isu yang berkaitan dengan integriti perusahaan seperti rasuah hendaklah ditangani dengan tegas dan dihapuskan.

Kami masih lagi menerima berita mengenai vendor dan pemberi-pemberi perkhidmatan yang bermasalah dengan Biro Mencegah Rasuah.

Kesemua ini adalah kerana ketamakan semata-mata. Mengenai tawaran, kita mahu awda memenanginya atas usaha awda berasaskan kapibiliti dan reliabiliti syarikat dan bukannya melalui cara-cara lain yang tidak berpatutan. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Sambutan Hari Raya 2011 yang dianjurkan oleh Yayasan Sultan Haji Hasanal Bolkiah telah menyentuh betapa penting kejujuran di dalam melaksanakan perniagaan:- “Apakah dia etika berharga lagi asasi itu? Jawabnya ialah sifat amanah. Di dalam mengendalikan sebarang perusahaan atau perniagaan, sifat ini adalah amat mustahak kerana tanpanya, perusahaan atau perniagaan itu boleh saja mengalami masalah. Pengendali perusahaan atau perniagaan, manakala mereka itu tidak amanah, sudah pasti akan mengundang kepada pelbagai masalah.”

Salah satu praktis yang juga boleh dianggap sebagai isu intergriti perniagaan adalah praktis monopolistik. Jabatan Tenaga akan terus memandangkan serius akan perkara ini. Ianya tidak baik bagi negara mahupun masyarakat perniagaan secara keseluruhannya. Kita mahu menyediakan padang permainan yang rata bagi perusahaan-perusahaan bersaing dengan secara yang sihat. Kita tidak melihat syarikat-syarikat yang hanya nampak bersaing di antara satu dengan lain, sedangkan pada realitinya, syarikat-syarikat berkenaan adalah satu dan yang sama. Jika tidak ada saingan, pemilik monopoli boleh menetapkan apa sahaja harga yang dimahukannya dan mengawal keseluruhan pasaran bagi sektor yang terlibat. Kita perlukan saingan yang jujur dan bersih bagi mendorong para pembekal menyediakan produk-produk yang berkualiti tinggi dan untuk mengekalkan harga di tahap yang berpatutan.

Izinkan saya seterusnya menyentuh dengan ringkas perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan.

Kita menyedari masih terdapat syarikat-syarikat yang memandang ringan ke atas isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan, bukan sahaja bagi para pekerja mereka malah juga orang lain. Sebahagian dari syarikat-syarikat ini mempunyai dokumentasi mengenai Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar yang bersinar, tetapi ianya tidak diimplementasikan. Sebagai misalannya, semasa salah satu lawatan kerja saya, saya telah melihat kerja-kerja sandblasting dilaksanakan di dalam satu kawasan yang tidak tertutup sepenuhnya. Syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang mempunyai manual yang amat ekstensif mengenai praktis-praktis yang selamat. Keselamatan dan perlindungan kakitangan, fasiliti dan persekitaran adalah sangat penting. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada masa ini sedang menggubal peraturan-peraturan baru yang akan dijadikan sebahagian dari Work Health and Safety Order 2010. Awda akan dikehendaki bertindak menurut piawaian yang ditetapkan dan jika gagal untuk memenuhi, boleh diambil tindakan dibawah undang-undang berkenaan. Kita perlulah proaktif dalam hal ini. Ianya adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan keselamatan bagi semua.

Sebagai kontraktor dan warga korporat, awda semua perlulah komited di dalam menampilkan piawaian yang tinggi di dalam perlindungan alam persekitaran, berkongsi praktis-praktis yang terbaik dan menyediakan tempat kerja yang selamat lagi sihat. Ini boleh dicapai misalannya, melalui penjimatan sumber, mencegah pencemaran, mentiadakan kemalangan, penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan dan kecedaran di tempat kerja, di samping mematuhi kesemua perundangan yang berkenaan. Kita hendaklah selaku pemegang-pemegang kepentingan (stakeholders) bekerja secara bersama ke arah pembaikan yang berterusan ke atas sistem pengurusan alam persekitaran, kesihatan dan keselamatan yang ada pada masa ini.

Saya telah pun memberikan ucapan yang panjang. Jika saya

Page 103: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

188 189

diperlukan memberikan rumusan, ianya adalah supaya perusahaan tempatan kita untuk terus berdaya tahan bagi faedah kita kesemuanya. Bagi mencapainya, kita semua perlulah mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menjadikan perusahaan-perusahaan kita diuruskan dengan sebaiknya dan menjadi warga korporat yang cemerlang. Kesemua ini akan membantu kita mencapai hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi kita semua sebagai sebuah negara terus berusaha ke arah menyediakan pembangunan yang berdaya tahan bagi memastikan prosperity dan keamanan yang kita punyai sekarang akan dapat juga dinikmati oleh generasi-generasi yang akan datang.

Dengan itu, dan dengan membaca kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, saya rasmikan Forum Vendor 2012 ini.

Terima kasih.

UcapanYang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad

bin Pengiran Haji Abdul RahmanMENTERI HAL EHWAL UGAMA

Page 104: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

190 191

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI KURSUS SIvIK PELAJAR-PELAJAR DI SEBERANG LAUT DAN DALAM NEGARA,

DI DEWAN PENGIRAN SETIA NEGARA, JABATAN PENERANGAN,

PADA HARI SELASA, 23 SAFAR 1433 HIJRIAH / 17 JANUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

TERLEBIH dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak penganjur majlis ini iaitu Jabatan Penerangan, Jabatan

Perdana Menteri yang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan yang telah mengundang saya untuk menjadi tetamu kehormat di majlis ini seterusnya memberikan nasihat. Majlis ini ialah Pembukaan Rasmi Kursus Sivik Pelajar Di Seberang Laut dan Pelajar Di Dalam Negara, kedua-duanya dihimpunkan di dalam majlis ini yang merupakan suatu inisiatif pembaharuan yang saya kira akan memberikan banyak manfaat dalam banyak aspek.

Saya kira usaha mencantumkan perhimpunan pelajar seperti ini bukan hanya akan menghasilkan perkenalan, walaupun memang ada di antaranya yang memang sudah kenal-mengenali antara satu sama lain, tetapi tentu ramai juga yang baru mengenali antara satu sama lain, malah di samping itu juga yang pentingnya ialah akan menghasilkan percambahan pemikiran dan pengalaman yang tentunya berbeza antara pelajar di dalam dan luar negara.

Apa yang saya inginkan ialah semua pelajar baik yang belajar di dalam negara mahupun di luar negara, akan menanamkan dalam diri mereka suatu keazaman yang tinggi untuk berjaya dengan cemerlang dalam bidang masing-masing, dan menanamkan semangat patriotik yang tebal dan berkobar-kobar dalam dada masing-masing.

Apakah dia semangat patriotik itu wahai anak-anakku pelajar-pelajar sekaliannya? Semangat patriotik itu ialah jika terdetik dalam ingatan dan kesedaran kamu semua akan kecintaan kepada negara, kepada bangsa, kepada agama dan kepada raja, mempunyai keinginan yang kuat untuk mencurah bakti serta bangga menjadi rakyat Negara

Brunei Darussalam.

Jika semangat patriotik ada dalam setiap dada pelajar yang menjadi rakyat negara ini, insya-Allah, negara kita akan pasti membangun dan maju ke hadapan, sementara kesejahteraan dan kemakmuran akan dapat dinikmati oleh semua kita di sepanjang zaman. Itulah natijah dari semangat patriotik.

Negara pasti bangga mempunyai pelajar-pelajar atau siswa/siswi yang berjaya baik di dalam negara mahupun di luar negara. Untuk membangunkan negara kita dengan cepat, bukannya mudah, kita memerlukan ramai orang-orang yang berkepakaran dalam pelbagai bidang. Pelbagai bidang itu tentulah banyak sekali jenisnya. Misalnya bidang perubatan sahaja, sudah berpuluh-puluh jenis kepakaran yang diperlukan. Begitu juga dalam bidang ekonomi, bidang kejuruteraan, bahkan bidang keagamaan dan sebagainya. Dan dalam setiap jenis kepakaran itu pula, setentunya tidak memadai hanya dengan seorang pakar sahaja, perlu ada sekurang-kurangnya dua tiga orang pakar supaya mereka berbincang sesama sendiri dengan mendalam dalam keilmuannya dalam bidangnya masing-masing. Jadi bayangkan betapa banyak kepakaran yang kita perlukan. Jika orang-orang yang akan mengisi kepakaran itu di masa hadapan, tidak lain ialah awang-awang dan dayang-dayang pelajar-pelajar yang ada di hadapan saya ini sekaliannya.

Mengulangi lagi dalam bidang perubatan, perlu ada pakar bedah, pakar jantung, pakar mata, pakar tulang, pakar otak, pakar gigi, pakar sakit tuan, pakar sakit puan, dan sebagainya. Dalam bidang agama, perlu ada pakar tauhid, pakar tasawuf, pakar hadis, pakar dakwah, pakar tafsir Al-Qur’an, pakar Qiraat, pakar Fiqh Al-Shafie, pakar Usul Fiqh, pakar Nahu, pakar balaghah, pakar tamadun Islam dan banyak lagi. Beberapa tahun dulu kita baru ada seorang Pakar Perundangan Islam, Allahyaram Profesor Dato Paduka Seri Setia Dr. Haji Mahmud Saedon bin Awang Othman, telah meninggal dunia dan nampaknya sukar mencari gantinya, begitulah betapa sukarnya memperolehi seorang pakar, apatah lagi untuk meramaikannya. Bayangkan betapa jauhnya kita ketinggalan di belakang negara-negara lain yang warganya telah memiliki bermacam-macam kepakaran.

Page 105: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

192 193

Itulah hakikatnya harapan negara kepada awang-awang dan dayang-dayang sekalian, dan juga generasi-generasi penerus yang akan datang. Mudah-mudahan sama-sama berfikir dan sama-sama melihat keperluan negara ini kepada intelektual yang berwibawa dan berkepakaran. Sebab itu saya ingin membakar semangat awang-awang dan dayang-dayang sekalian untuk cintakan ilmu, bukan setakat lulus tahap sarjana muda, tapi lebih tinggi dari itu, jika ada kemampuan dan kemahuan.

Kemampuan dan kemahuan ini adalah dua eleman yang ada dalam diri masing-masing. Tepuk dada tanya hati. Jikapun ada kemampuan, tapi tanpa kemahuan yang kuat, maka seseorang itu tidak akan sampai ke puncak pengajiannya. Sebaliknya, jika pun ada kemahuan, tapi tanpa kemampuan akademiknya, itu juga tidak akan sampai ke mana-mana. Kedua-duanya (kemampuan dan kemahuan) itu perlu diasah dan diasuh sebaik-baiknya, supaya subur dan berkembang dalam diri pelajar, supaya pelajar-pelajar sekalian mejadi pelajar dewasa yang berpandangan jauh dan bercita-cita tinggi dan berjiwa besar, berani menghadapi cabaran dan gelombang kehidupan, menjadi pelajar pemikir, pelajar berfikiran matang, berdaya saing dan kreatif.

Dalam sebuah athar ulama ada mengatakan: “Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negara China.” Kita memang maklum bahawa negara China bukanlah negara Islam, namun athar ini jelas menggalakkan umat Islam belajar ke negara bukan Islam itu, mengapa? Kerana untuk mendapat ilmu dan kepakaran-kepakaran, sejak zaman Nabi kita lagi, negara China memang sudah terkenal sebagai sebuah negara yang maju dalam bidang pembuatan dan pertukangan. Maka demikianlah juga, pada zaman ini, kerana itu negara kita Brunei Darussalam menghantar awang-awang dan dayang-dayang ke negara-negara bukan Islam di Timur dan di Barat itu adalah semata-mata untuk mendapat ilmu dan kepakaran. Sesudah berjaya baliklah ke tanah air sendiri untuk berkhidmat bagi mengangkat martabat negara, kerana negara kita masih lemah, masih memerlukan putera puterinya yang setia untuk menanainya, bukannya apabila telah berjaya lalu meninggalkan negara yang kita cintai ini.

Saya cukup berbangga dan menghargai pelajar-pelajar anak

watan yang hadir di perhimpunan ini. Bermacam-macam taklimat akan diberikan yang sudah tentu akan menambahkan pengetahuan awang-awang dan dayang-dayang mengenai apa yang ada dalam negara kita, apa yang telah, sedang dan akan berlaku, awang-awang dan dayang-dayang mendapat dari sumbernya yang fresh, yang asal. Saya ingin menyeru supaya ikutilah taklimat-taklimat tersebut dan bertanya-tanyalah jika ada kemusykilan supaya awang-awang dan dayang-dayang tidak ketinggalan kereta api iaitu suatu peribahasa yang kita petik dari negara jiran yang menunjukkan seseorang itu ketinggalan zaman.

Pentingnya ilmu mengenai perkembangan negara kita sendiri, mengenai ketatanegaraan, struktur pemerintahan, perlembagaan, adat istiadat, kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah, sejarah dan sebagainya itu ialah kerana awang-awang dan dayang-dayang akhirnya akan kembali ke negara sendiri. Dan tidak syak lagi, awang-awang dan dayang-dayang di suatu hari nanti menerajui pentadbiran negara sebagai pegawai-pegawai dan kakitangan, bahkan sebagai pemimpin-pemimpin, sementara orang-orang yang sudah lama berkhidmat pula akan mengundur diri dan bersara. Jadi awang-awang dan dayang-dayang perlu memperdalam pengetahuan mengenai negara kita supaya nanti boleh memainkan peranan dengan cekap dan cemerlang dan terus mengibarkan bendera negara kita dengan megahnya di dalam negara sendiri, di arena serantau dan antarabangsa.

Di kesempatan ini, saya ingin membacakan sebuah puisi karya Adi Rumi iaitu nama pena Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan. Puisi ini tersiar dalam Akhbar PELITA BRUNEI bertarikh 9 Januari 2012, sangat menarik, mudah difaham dan dapat dijadikan iktibar. Dengarkan pelajar-pelajar dan mari bersama-sama saya:

WARNA-WARNI KEHIDUPANKehidupan tidak pernah keringDari warna-warnikadang-kadang mempesonaDan kadang-kadang ada juga sebaliknya.Ini … di siniSatu lagi warna itu

Page 106: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

194 195

Tetapi ia bukan yang kucari,Aku cuma mencariWarna bumikuDan bau wanginyaYang bernama ‘Brunei’Oh … BruneikuKaulah warnaKaulah bauKehidupan bermutuTanganmu lembut selembut bayuBukan ‘tangan besi’,Bahasa manis semanis maduBukan ‘bahasa peluru’Kau tidak pun pernah memilih besiUntuk menggantikan diplomasi,Kau juga tidak pernah memilih peluruUntuk menggantikan MoU…Bagaimana mungkin warnamu perangSedang langitmu seratus peratus bersihDari asap dan abu perang?Dan bagaimana mungkin baumu busukSedang udaramuTidak pernah dicemariOleh bangkai peperangan?Oh, Bruneiku!Ya, bagaimana mungkinUntuk menyamakanmu denganYang lain-lain,Sedang jalanmu dan jalan merekaJauh berbeza?Jalanmu :Aspalnya perdamaianSedang jalan orang lainAspalnya peperangan.Itu baru lahirnyaBelum lagi yang tersiratBerupa ‘pati hakikat’

Jantungnya adalah zikirDarahnya adalah zikirNafasnya adalah zikir,Jika sudah semuanya ‘zikir’Maka siapakah lagi, ya siapaYang akan dapat mengatasinya?Walaupun ada orang kuatTetapi tidakkahAllah Ta’ala lagi Maha Kuat?Bahkan Maha Berkuasa?Bukankah begitu?Dan apabila berlaku pertolonganDan pemeliharaan-NyaMaka tiada siapa lagiYang akan dapat mengalahkan…Bukankah begitu?(Lihat Surah Al-Hajj ayat 40 danSurah ‘Ali Imran ayat 160)Inilah sebenarnyaObjektif kitaDengan moto ‘Negara Zikir’Berpaksikan takwa.Bilamana ini adaItulah keselamatan sejatiItulah kemenangan hakiki.

Di kesempatan ini, saya juga sukacita menasihatkan, agar pelajar-pelajar sekalian yang beragama Islam, tidak akan lupa Tuhan kita yang menjaga dan memelihara kita iaitu Allah Subhanahu Wata’ala, tunaikan kewajipan-wajipan sebagai hamba, jauhi maksiat dan larangan-larangan Allah, banyak-banyaklah beristighfar, banyak-banyaklah bertaubat dan sering-seringlah membaca Al-Qur’an, supaya fikiran kita menjadi terang, dan supaya hati menjadi tenang, dan segala ilmu pengetahuan dan pembacaan mudah masuk meresap ke dalam minda dan mudah difahami, mohonlah doa dari ibu bapa pada setiap kali menghadapi rintangan dan masalah atau peperiksaan, jangan terikut-ikut dengan corak pergaulan dan telatah serta kelakuan orang-orang bukan Islam. Itulah calak anak

Page 107: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

196 197

Brunei yang sejati yang akan mendapat kecemerlangan di dunia dan akhirat.

MAJLIS PELANCARAN UNIT PENDIDIKAN KHAS UGAMA JABATAN PENGAJIAN ISLAM (UPKU JPI) ,

DI BANGUNAN DARUL HUDA, PUSAT DA’WAH ISLAMIAHPADA HARI SELASA,

6 RABIULAKHIR 1433 HIJRIAH / 28 FEBRUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

ALHAMDULILLAH syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia rahmat taufiq serta

inayah-Nya jua kita dapat bersama di Majlis Pelancaran Unit Pendidikan Khas Ugama (UPKU) di bawah Jabatan Pengajian Islam (JPI) yang akan menjadi ristaan dalam usaha untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah agama khususnya.

JPI mempunyai peranan menyebarluaskan pendidikan agama secara menyeluruh kepada semua pelajar berlandaskan Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Untuk mencapai pendidikan Islam ini, pelbagai usaha sedang dan akan dilaksanakan melalui pendidikan secara formal dan tidak formal untuk mengukuhkan dan memantapkan lagi tujuan pendidikan agama di persekolahan agama dan Arab.

Dewasa ini tahap kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan agama semakin meningkat di mana mereka mula menghantar anak-anak mereka termasuk ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas, untuk mengikuti persekolahan agama. Berlandaskan fenomena ini, amat wajarlah pihak JPI mengorak langkah yang bersifat responsif dan inovatif bagi memenuhi keperluan khas kanak-kanak ini agar kehadiran mereka ke sekolah agama tidak sia-sia. Malah usaha ini juga akan merupakan satu lagi sumbangan kita ke arah mencapai ‘Negara Zikir’ di mana amal kebajikan dan doa-doa insan sedemikian itu akan didengar oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

Tujuan penubuhan UPKU, JPI antara lain ialah:

1. Untuk memberikan Pendidikan Inklusif kepada semua peringkat

Page 108: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

198 199

pelajar termasuk yang berkeperluan khas.

2. Untuk merealisasikan Rancangan Strategik JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

3. Untuk merealisasikan matlamat pendidikan Islam bagi membina dan membentuk sahsiah murid dan pelajar.

4. Untuk mendukung hasrat kerajaan bagi mencapai Wawasan Brunei 2035 dan Falsafah Pendidikan Negara.

KHEU sangat komited terhadap pendidikan Islam di negara ini selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijriah 1427 bersamaan 2006 Masihi. Di antara titah baginda:

“... Supaya rakyat mendapat pendidikan agama yang sempurna. Jangan siapa yang mengelak atau terkecuali. Kerana ia adalah jalan selamat yang telah disediakan oleh negara. Maka kerana itu tidak siapa pun yang patut menolaknya. Setiap kanak-kanak Brunei Muslim adalah wajib diasuh menyempurnakan fardu ‘ain mereka. Sekurang-kurangnya sembahyang mereka sempurna dan bacaan Al-Qur’an lancar. Kerana itu, kesesuaian sukatan dan kurikulum perlulah diteliti.”

Dari petikan titah tersebut, dapatlah diambil kesimpulan bahawa semua pelajar termasuk yang berkeperluan khas mempunyai hak untuk mengikuti persekolahan agama yang bersesuaian mengikut keperluan dan keupayaan masing-masing. Seperti yang dimaklumi Kementerian Pendidikan telah mengimplementasikan pendidikan khas sejak 1994 dan Negara Brunei Darussalam juga telah pun diiktiraf sebagai ahli UNESCO Ke-91 yang melaksanakan pendidikan inklusif.

Bagi JPI pula, Pendidikan Khas Ugama mula diimplimentasikan di sekolah-sekolah agama pada 1 Jun 2004. Sebanyak 22 buah sekolah agama telah menjalankan Program Pendidikan Khas iaitu 18 buah di

Daerah Brunei dan Muara dan empat buah di Daerah Tutong. Walau bagaimanapun disebabkan belum ada unit yang memeduli pelaksanaan pendidikan khas tersebut maka pelaksanaannya belum begitu terancang dan teratur sehinggalah tertubuhnya UPKU seperti yang ada sekarang. Keramaian kanak-kanak yang dirujuk di Unit Pendidikan Khas berjumlah 670 orang di seluruh sekolah agama di negara ini, sementara keramaian guru-guru yang berkelulusan Sijil dan Sarjana Muda Pendidikan Khas seramai 26 orang.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas Radiallahuanhuma katanya :

“Pada suatu hari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sedang berhadapan dengan beberapa pembesar Quraisy, antaranya : Utbah bin Rabi’ah, Abu Jahl bin Hisyam dan Abbas bin Abdul Muthalib. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sangat menginginkan agar mereka semuanya mendapat hidayah Allah dan memeluk Islam. Pada saat itulah datang seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Ummi Maktum yang kedua-dua matanya buta sambil meminta agar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membacakan untuknya ayat-ayat Al-Qur’an yang diturunkan Allah kepadanya, ia berkata: “Ya Rasulullah, tolong ajarkan kepadaku apa-apa yang Allah telah ajarkan kepada tuan.”

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak senang hati dengan pertanyaan Abdullah bin Ummi Maktum itu lalu Baginda bermasam muka dan berpaling darinya sambil menghadap pembesar-pembesar Quraisy tersebut. Sehubungan dengan peristiwa inilah maka turun Surah ‘Abasa ayat 1-12. Dengan adanya teguran Allah Subhanahu Wata’ala ini maka sejak itu Baginda sangat memuliakan Abdullah bin Ummi Maktum dan mengambil berat kepadanya dan selalu bertanya kepadanya : Apakah engkau ingin sesuatu? Apakah ada sesuatu yang engkau hajatkan?

Dari hadis tersebut dapatlah diambil iktibar bahawa pendidikan itu adalah untuk semua individu Muslim tanpa kecuali sama ada ianya mempunyai kesempurnaan dari segi fizikal, mental, emosi ataupun tidak. Pengajaran daripada peristiwa di atas menunjukkan bahawa murid-murid yang kurang upaya mempunyai hak yang sama dalam proses pengajaran

Page 109: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

200 201

dan pembelajaran.

Pendidikan Berkeperluan Khas merujuk kepada pendidikan pelajar yang kurang upaya dari segi intelek, jasmani, sosial ataupun emosi, kurang mencapai pertumbuhan dan perkembangan biasa sehingga mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.

Saya penuh berharap dengan penubuhan UPKU ini, JPI akan meningkatkan lagi usaha dan sumbangannya yang besar pada mencapai visi dan misi KHEU untuk mendukung dan memelihara agama Islam sebagai agama rasmi negara serta memperkembangkannya menerusi pendidikan agama demi untuk melahirkan insan yang duniawi dan ukhrawi termasuk dalam hal pendidikan bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas ini.

Dengan melafazkan kalimah agung ‘Bismillahir Rahmanir Rahim’ maka dengan penuh sukacita saya melancarkan penubuhan UPKU JPI KHEU. Semoga usaha ini akan mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata’ala dan dapat lagi menambahkan kesejahteraan negara dengan bertambahnya pintu dan peluang untuk mendapat pendidikan agama bagi mereka yang berkeperluan khas. Amin.

MAJLIS KESYUKURAN MERAIKAN PEMENANG NAIB JOHAN DALAM PERTANDINGAN AKHIR PROGRAM REALITI

KANAK-KANAK ‘ADIK-ADIKKU MUSIM KE-3’ ANJURAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM),

DI DEWAN UTAMA, INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

PADA HARI RABU, 5 JAMADILAWAL 1433 HIJRIAH / 28 MAC 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

ALHAMDULILLAH pada pagi ini kita berkesempatan untuk meraikan seorang pelajar cilik kita yang berbakat yang telah

memenangi tempat naib juara dalam Pertandingan Program ‘Adik-Adikku’ yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia minggu lepas. Kita menyertainya, di samping bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar kita ke dunia antarabangsa, juga untuk menjalin persahabatan yang lebih erat antara dua buah negara Brunei dan Malaysia.

Pertandingan tersebut sudah tentu berprestij kerana mengikut juruacara pertandingan ianya ditonton lebih dari satu juta penonton dan hadiah-hadiah kemenangan disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Malaysia.

Kita merasa bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana kemenangan yang diperolehi oleh Dayang Nur Khairah Afiqah binti Metamit bukan sahaja mengharumkan nama diri dan keluarganya, malah juga nama sekolahnya sekarang Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan sekolah sebelumnya Sekolah Persediaan Arab, juga mengharumkan nama negara kita Brunei Darussalam, yang berulang-ulang kali disebut dalam majlis pertandingan tersebut. Terima kasih Dayang Nur Khairah Afiqah yang baru berusia 12 tahun.

Juga ianya menunjukkan sistem persekolahan kita adalah baik sehingga dapat melahirkan anak-anak yang pintar dan berjaya bukan sahaja dalam mengharungi kurikulum tetapi juga kokurikulum dan bukan sahaja petah bersyarah, tetapi juga bertatatertib dan beradab sopan

Page 110: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

202 203

‘kebruneian’ ketika menerima hadiahnya dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Malaysia, seperti yang diserlahkan oleh Dayang Afiqah ini. Saya harap ini akan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain agar akan berusaha dan berani tampil ke hadapan khalayak ramai menunjukkan keterampilan dan kebolehan masing-masing.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa, negara kita adalah sebuah negara kecil dan penduduknya pula sedikit. Dalam keadaan seperti ini sudah tentu kita akan dipandang rendah dan ketinggalan jauh di belakang sekiranya kita tidak berusaha dan tidak mempunyai kesedaran diri untuk berdikari dan untuk maju supaya mampu berdaya saing dengan orang lain.

Oleh itu, negara kita memerlukan anak bangsanya yang berkualiti dan pelajar-pelajarnya yang berkualiti. Dan sekali gus kita tidak lagi merasa saiz negara dan bilangan penduduknya menjadi ukuran. Apa yang menjadi ukuran ialah didikan, asuhan, bimbingan, latihan dan kesedaran anak bangsa dan pelajar-pelajar kita sekaliannya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pelajar-pelajar lain bangsa dan lain negara.

Dalam hal ini, pelajar aliran agama juga tidak ketinggalan menyumbang sesuatu yang bermakna dan berharga kepada agama, bangsa dan negara. Syabas pelajar-pelajar agama. Terdahulu sebelum Dayang Afiqah, seorang pelajar dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) iaitu Dayangku Mumtazah binti Pengiran Haji Md. Jaafar juga telah menyandang naib juara dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu, di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak.

Alhamdulillah, itulah kita berharap dan berdoa semoga usaha-usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyediakan pendidikan umum dan agama di negara ini dengan mencurahkan wang yang begitu besar untuk bidang pendidikan, akan menampakkan hasil yang positif dari semasa ke semasa. Setentunya semua kejayaan tersebut

adalah berkat bimbingan yang padu para pendidik, para guru, dan asuhan ibu bapa di rumah masing-masing.

Adalah benar peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah semasa rebungnya. Ini selaras dengan ajaran Islam bahawa mendidik anak-anak biarlah semasa kecilnya. Jika semasa kecil ia telah terbiasa dengan solat dan Al-Qur’an, insya-Allah pengetahuan dan amali agamanya itu akan semakin meningkat kukuh dan mantap seiring dengan peningkatan tahap-tahap pembelajarannya.

Wawasan Brunei 2035 yang kita canangkan itu, adalah perlu dibina dari sekarang yang mana kita ingin melahirkan orang-orang Brunei yang berkepandaian yang berilmu duniawi dan ukhrawinya seimbang. Dengan adanya keseimbangan itulah yang membezakan generasi kita dari masyarakat lain iaitu generasi dari ‘Negara Zikir’. Itulah hasil pendidikan yang tulen dan diredai oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

Sekian sahaja ucapan saya yang ringkas di majlis ini, semata-mata ingin mendorong anak-anak kita maju ke hadapan dalam segala lapangan dan berani bersaing menghadapi cabaran-cabaran yang setentunya akan menjadi nilai tambah kepada diri pelajar masing-masing dan menjadi bekalan pada menempuh alam remaja dan dewasa nanti.

Page 111: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

204 205

MAJLIS PELANCARAN JURNAL KEFAHAMAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH, KOLEJ UNIvERSITI PERGURUAN

UGAMA SERI BEGAWAN, DI HOTEL ANTARABANGSA RIZQUN,

PADA HARI SABTU, 8 JAMADILAWAL 1433 HIJRIAH / 31 MAC 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

TERLEBIH dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas undangan pihak Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

(KUPU SB) untuk menjadi tetamu kehormat di Majlis Pelancaran Jurnal Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah, bilangan sulungnya ini pada petang ini.

Jika kita melihat peristiwa ini sepintas lalu, seolah-olah seperti tiada apa-apa, seolah-olah seperti angin lalu, seolah-olah perkara biasa-biasa sahaja, namun jika kita renungi secara mendalam, ia adalah satu peristiwa yang bersejarah di mana satu lagi sejarah ilmiah telah dicipta di negara kita iaitu pelancaran sebuah jurnal akademik bertaraf antarabangsa. Ia merupakan Jurnal Berwasit Antarabangsa (International Refereed Journal) yang memuatkan pelbagai hasil kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah dan cabaran-cabarannya.

Lembaga Penasihat Jurnal ini terdiri dari para profesor dan cendekiawan Islam yang ternama seperti Profesor Emeritus Dato Dr. Haji Othman bin Haji Ishak dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali; Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Mohd. Kamal Hasan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; Tan Sri Profesor Emeritus Dato Dr. Abdul Shukur Husain dari Universiti Sains Islam Malaysia; Profesor Dato Dr. Abdul Moner Yaacub dari Universiti Malaya dan Profesor Dato Dr. Sayed Muhammad Aqiel Al-Mahdaly dari INSANIAH Kedah.

Karya-karya ilmiah yang diterbitkan di dalam jurnal ini adalah telah diluluskan oleh pakar-pakar di dalam bidangnya, dengan tajuk penulisan yang pelbagai tema dan pelbagai aspek. Juga dibolehkan menulis dalam salah satu dari tiga bahasa: Melayu, Arab dan Inggeris. Bagaimanapun

dalam keluaran sulungnya ini hanya artikel dalam bahasa Melayu dan Arab yang diterbitkan.

Sehubungan itu, para penulis di dalam jurnal ini bukan sahaja terdiri dari penulis-penulis tempatan tetapi juga penulis dari pusat-pusat pengajian tinggi di luar negara. Jurnal ini saya percaya insya-Allah akan menjadi satu wadah yang sangat berharga kepada para cendekiawan yang cintakan Islam, cintakan ilmu pengetahuan Islam dan cintakan aliran Ahli Sunnah Waljamaah.

Setahu saya jurnal seperti ini bukan sahaja pertama kali terbit di negara kita malah juga pertama seumpamanya di rantau Alam Melayu ini. Oleh itu, kita wajar bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala dan berbangga dengannya yang telah mengurniakan ilham dan memberikan azam serta kekuatan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang telah mengusahakannya. Tahniah yang setinggi-tingginya kepada yang berkenaan di antaranya ialah Yang Mulia Dr. Norarfan bin Haji Zainal dan rakan-rakan para pensyarah di KUPU SB. Semoga Allah akan membalas dengan ganjaran yang sebaik-baiknya.

Sebagaimana yang kita maklumi bahawa dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam telah mencatatkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara, mengikut aliran Ahli Sunnah Waljamaah, Mazhab Syafi’e. Jadi langkah ini adalah sebagai salah satu usaha untuk mendukung kehendak perlembagaan tersebut. Dan sebagai salah satu perisian aktiviti Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Jubli Perak Pusat Da’wah Islamiah pada bulan Mac tahun 2011 yang lalu untuk dikendalikan oleh KUPU SB. Dengan pelancaran jurnal ini maka kewujudan pusat tersebut telah dapat direalisasikan yang diharapkan akan berkembang dari semasa ke semasa dan memberi manfaat kepada agama, bangsa, negara dan ummah secara keseluruhannya.

Aliran Ahli Sunnah Waljamaah adalah salah satu aliran yang mendukung kuat empat rujukan utama iaitu Al-Qur’an, Al-Sunnah, Al-Qias dan Ijma’ Ulama. Aliran ini bersifat sederhana dan kerana

Page 112: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

206 207

kesederhanaannya itulah ianya sangat popular dan disukai di kalangan umat Islam di seluruh dunia. Bagi negara kita Brunei Darussalam aliran ini telah sebati dan telah dihayati oleh kaum Muslimin di negara ini sejak masuknya agama Islam ke negara ini lebih lima kurun yang lalu.

Bercakap tentang kesederhanaan, kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah dalam sejarah masyarakat Islam telah berjaya memartabatkan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah dalam menjana perpaduan ummah dan mewujudkan ketenteraman dalam masyarakat. Kefahaman ini mampu mencipta tamadun terunggul dan terbilang dalam sejarah tamadun umat manusia. Oleh itu kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah sebagai kefahamanan yang sahih dan tulen, perlu dipertahan dan diperlihara di negara kita khasnya dan rantau ini amnya yang memiliki keunikan tersendiri dalam berpegang kepada ajaran-ajaran agama Islam.

Penerbitan Jurnal Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah oleh Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah KUPU SB, merupakan tanda aras kualiti pencapaian ilmu pengetahuan melalui penyelidikan dan pengkajian ilmiah. Saya percaya jurnal ini akan menjadi wahana penting pada zaman moden ini dalam membangunkan sumber daya manusia yang memiliki minda kelas pertama.

Kegemilangan tamadun Islam pada zaman lampau adalah disebabkan kerana adanya kesedaran pada ulama tokoh dan ilmuwan Islam dalam mengembangkan ilmu-ilmu Islam melalui penyelidikan mendalam dan berterusan mengenai Al-Qur’an dan Al-Sunnah dan ilmu-ilmu turath Islam. Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali adalah merupakan contoh terbaik sebagai seorang ulama yang telah menghabiskan masa hayatnya di dunia dengan penyelidikan dan pengkajian ilmu-ilmu Islam yang dibuktikan dengan menghasilkan sebuah mausu’ah (ensiklopedia) yang diberi tajuk ‘Ihya Ulumuddin’ (menghidupkan semula ilmu-ilmu agama). Sehingga ke hari ini kitab tersebut tetap menjadi rujukan utama bagi umat Islam dan ramai lagi ulama yang mencipta nama dalam dunia penyelidikan Islam.

Sehubungan itu jika kita ingin melihat kecemerlangan Islam, maka keindahan ajaran agama Islam perlu didukung dengan hasil penyelidikan

dan pengkajian ilmiah mengikut metodologi, teknologi dan selera masyarakat masa kini.

Oleh yang demikian dalam kesempatan ini saya sukacita menyeru kepada ahli-ahli akademik tempatan supaya akan menulis di dalam jurnal ini mengikut kaedah-kaedah penulisan ilmiah yang dikehendaki. Menulislah secara ikhlas tanpa memikirkan soal-soal material. Dengan cara itu bukan sahaja kita akan dapat menjana cendekiawan dan ilmuwan Islam tempatan malah juga akan lebih cepat mengangkat mereka setangga demi setangga ke tahap-tahap yang lebih tinggi dalam hierarki pangkat akademik seperti misalnya dari pensyarah kepada pensyarah kanan, dari pensyarah kanan kepada Profesor Madya dari Profesor Madya kepada profesor, dari profesor kepada Profesor Emeritus. Ini kerana di antara sukat-sukat penilaian utama itu ialah hasil tulisan-tulisan ilmiah yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal bertaraf antarabangsa, sumbangan pembentangan kertas kerja dalam seminar-seminar serantau dan antarabangsa dan penerbitan buku-buku ilmiah dan seumpamanya yang menjadi sandaran kenaikan pangkat akademik.

Page 113: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

208 209

MALAM SASTERA ISLAM ANJURAN PUSAT DA’WAH ISLAMIAH, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA,

DI DEWAN MAJLIS MESYUARAT NEGARA. PADA HARI SABTU,

3 SYA’ABAN 1433 HIJRIAH / 23 JUN 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Pagi

TERLEBIH dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas undangan pihak penganjur majlis untuk saya menjadi

tetamu kehormat dan seterusnya memberikan ucapan pada majlis yang berkebajikan ini.

Di antara objektif majlis ini, saya difahamkan ialah untuk mengumumkan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang Peraduan Penulisan Novel Berunsur Islam yang telah dianjurkan oleh Pusat Da’wah Islamiah (PDI) kira-kira dua tahun yang lalu. Sudah tentu para hadirin dan para penulis tanah air ingin tahu siapakah para pemenangnya, insya-Allah tanda tanya dan debaran menunggu itu akan terhurai sebentar lagi apabila ianya akan diumumkan oleh pihak penganjur.

Saya difahamkan bahawa sambutan Peraduan Menulis Novel Berunsur Islam pada kali ini sangat baik, ada lebih 42 penyertaan. Oleh kerana itulah para hakim memohon untuk dilanjutkan masa penghakiman memandangkan keramaian tersebut dan bagi membolehkan proses penghakiman berjalan dengan adil, sempurna dan saksama.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Peraduan Penulisan Novel Berunsur Islam, malahan juga kepada semua penulis yang menyertai pertandingan ini sama ada berjaya ataupun tidak. Ini kerana penyertaan itu sendiri pun saya kira sudah merupakan satu kejayaan dan satu petanda yang baik lagi menggalakkan bahawa minat menulis sastera sedang berkembang subur di negara ini. Alhamdulillah, bilangan 42 penyertaan itu bukanlah sedikit berbanding bilangan penduduk Brunei yang kecil. Itu bermakna peratus penyertaan adalah tinggi. Usaha-usaha seperti ini wajar diteruskan lagi oleh PDI

bagi semua genre sastera, tetapi semuanya menuju ke arah berunsurkan Islam. Dalam pada itu, saya juga ingin menasihatkan supaya penulis akan menulis dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh dari lubuk hati dan pemikiran yang asli, tanpa perlu menunggu musim-musim peraduan. Itu lebih menunjukkan jati diri penulis, kerana ia menulis tanpa didorong oleh sesuatu apa pun, selain didorong oleh kecintaannya untuk berkarya untuk bangsa, agama dan negaranya.

Sastera Islam adalah sastera dakwah, sastera iman, sastera tauhid, sastera yang tujuan akhirnya untuk menuju kebaikan di dunia dan di akhirat, sastera yang berdiri di atas landasan ‘Al-Amru Bil Ma’rif Wan-Nahyu Anil Munkar’. Oleh yang demikian sastera Islam itu adalah sastera membangun, sastera yang mendukung pembangunan duniawi dan ukhrawi, mengisi pembangunan rohani dan jasmani, menyuburkan nilai-nilai etika dan estetika yang murni, membina model insan yang hakiki.

Sastera Islam yang tulen sebenarnya pasti tidak akan mencanggahi hukum syarak, sebaliknya akan mengikut garis pandu hukum syarak, sekiranya kandungan sastera Islam itu berhasrat untuk menggambarkan unsur buruk dan unsur baik, maka unsur baik itu mesti dimenangkan atau mesti mengatasi unsur buruk, kerana sastera Islam itu adalah alat dakwah, maka watak-watak di dalamnya perlulah menjadi contoh teladan, jangan pula watak buruk itu ditonjolkan sehingga masyarakat pembaca, khasnya pembaca remaja terpengaruh atau terangsang dengan keburukan itu, yang akan memburukkan lagi keadaan masyarakat.

Saya percaya sastera Islam boleh berperanan untuk membentuk masyarakat beriman iaitu jika kita memiliki para sasterawan beriman yang berbakat besar, kerana para sasterawan sedemikian itu boleh dan mampu menggunakan mata penanya untuk mengajak para pembaca karyanya ke arah keimanan. Walaupun amat sukar untuk memiliki sasterawan sedemikian, namun tidak mustahil dengan usaha yang telah dan sedang kita mulakan ini, insya-Allah kita akan memilikinya pada masa hadapan. Ini kerana sebagai sebuah Negara Zikir, keadaan sekeliling yang berwarna Islam, dan sisitem pendidikan yang turut menjadikan Islam sebagai keutamaan atau teras pendidikan, maka semua faktor tersebut boleh memotivasikan pertumbuhan sastera Islam di negara kita.

Page 114: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

210 211

Dengan yang demikian kita juga turut mendukung konsep Melayu Islam Beraja (MIB) melalui sastera, bahkan konsep MIB melalui sastera itu saya kira akan lebih mudah difahami dan diterima oleh generasi sekarang dan akan datang jika ia diungkapkan dalam sastera berbentuk prosa mahupun puisi, kerana bahasa sastera itu adalah bahasa mesra dan lembut, bahasa yang menyentuh perasaan yang boleh meresap ke dalam sanubari, sesuai dengan tabiat semula jadi manusia.

Alhamdulillah, negara kita bertuah kerana pada zaman ini kita memiliki beberapa orang sasterawan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang kukuh dan sangat baik, yang jarang kita berjumpa dalam mana-mana zaman sekalipun, bahkan dalam mana-mana negara sekalipun. Sasterawan inilah juga yang menjadi negarawan, agamawan, cendekiawan, budayawan, sejarahwan, ulama, ahli undang-undang, pentadbir, pendidik, dan pemikir Islam yang serius, yang mana suara mereka sentiasa berkumandang di udara, tulisan mereka terpapar di akhbar-akhbar dan buku-buku terbitan, mereka ialah Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Shukri Zain, Adi Rumi, Yahya M.S., Badaruddin H.O., ini ditambah lagi dengan beberapa orang sasterawan yang telah berumur seperti Wijaya dan Yura Halim.

Malah kita juga boleh mengambil ilmu dan pengalaman teknik penulisan daripada beberapa sasterawan kita yang lain seperti Muslim Burmat, Haji Salleh bin Abdul Latif, Norsiah binti Ghafar, K.Manis, A. Hashim bin Hamid dan lain-lain. Soalnya sejauh manakah kita telah mengambil manfaat daripada mereka itu, mereka adalah tokoh-tokoh dan ensiklopedia bergerak yang masih hidup, bagaimanakah kita dapat mengambil manfaat daripada mereka ini, sekurang-kurangnya karya-karya mereka dibaca, nasihat-nasihat mereka didengar, dan perlu ada usaha untuk melapisi mereka. Di sinilah peranan pusat-pusat pengajian tinggi menerusi fakulti-fakultinya, institusi-institusi yang bergerak dalam bidang penerbitan perlu berperanan.

Jika ada pelapis-pelapis muda yang berkaliber, setentunya kita akan dapat meneruskan kecemerlangan sastera Islam di negara ini pada masa hadapan. Kita tidak boleh menunggu buah yang entah bila jatuh, tetapi kita perlu berusaha menanam benih-benih buah yang akan

menghasilkan buah-buah yang enak dan lazat dimakan untuk santapan dan kelangsungan generasi yang akan datang. Saya harap pandangan dan nasihat saya ini jangan diketepikan, jangan hanya untuk didengar, tetapi seberapa daya untuk direalisasikan, supaya kita tidak akan menjadi bangsa yang menangis tidak berlagu pada masa depan, tetapi menjadi bangsa yang bertamadun menerusi wadah sastera Islam yang subur dan berkualiti.

Pada akhirnya, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada semua para pemenang peraduan dan semua yang menyertai Peraduan Penulisan Novel Berunsur Islam ini. Dan teruslah menulis.

Page 115: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

212 213

MAJLIS PENYAMPAIAN TAULIAH AMIL SELURUH NEGARA BAGI TAHUN 1433 HIJRIAH / 2012 MASIHI,

DI JAME' ‘ASR HASSANIL BOLKIAH, KAMPUNG KIARONG PADA HARI RABU,

21 SYA’ABAN 1433 HIJRIAH / 11 JULAI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala yang telah mengurniakan taufik dan hidayah-Nya kepada kita

sekalian yang mana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita semua dapat berkumpul di tempat yang mulia ini bagi Majlis Penyampaian Tauliah Amil Seluruh Negara Bagi Tahun 1433 Hijriah / 2012 Masihi ini.

Saya sukacita mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa yang mengendalikan majlis ini kerana telah menjemput saya hadir selaku tetamu kehormat dalam Majlis Tauliah Kepada Amil ini dan seterusnya akan menyerahkan tauliah kepada amil-amil yang telah dilantik bagi tahun 1433-1434 Hijriah / 2012-2013 bagi tempoh selama satu tahun mulai 1 Ramadhan 1433 sehingga 30 Sya’aban 1434.

Saya mengucapkan tahniah kepada semua amil-amil yang telah dilantik pada tahun ini yang akan menerima tauliah mereka masing-masing pada hari ini. Lantikan amil-amil ini adalah atas kurnia titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Lantikan ini merupakan suatu amanah dan kepercayaan baginda supaya para amil akan melaksanakan tugas mengutip zakat di negara ini mengikut kawasan masing-masing dengan jujur dan penuh tanggungjawab serta patuh kepada peraturan dan arahan-arahan yang diberikan bagi melaksanakan tugas sebagai amil itu. Dalam tempoh ini, para amil yang dilantik adalah diberi mandat dan manah untuk mengutip dan menerima zakat fitrah sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang ini dan juga mengutip dan menerima zakat harta daripada orang ramai sepanjang tahun.

Peranan amil di negara ini selama ini alhamdulillah telah banyak membantu Majlis Ugama Islam (MUI) khususnya dalam pengurusan pengutipan zakat fitrah dan zakat harta. Dengan kerjasama yang padu, kesungguhan dan kegigihan para amil di seluruh negara, zakat fitrah khususnya telah dapat dikutip dengan sempurna dan dengan kesedaran yang tinggi di kalangan umat Islam di negara ini, kutipan zakat fitrah adalah meningkat dari setahun ke setahun. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada amil-amil sekalian di atas komitmen ini dan diharap kesungguhan dan komitmen ini akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Kejayaan dan keberkesanan kutipan zakat ini akan lebih berjaya lagi, terutama sekali jika para amil dapat membantu lagi MUI dalam memberi kefahaman dan kesedaran kewajipan mengeluarkan zakat harta di kalangan orang-orang Islam di kawasan masing-masing terutama orang-orang kaya, ahli-ahli perniagaan, pengusaha-pengusaha pertanian dan ternakan dan lain-lain lagi.

Menyentuh mengenai dengan tugas dan tanggungjawab amil, tugas sebagai amil ini adalah berat dan dilihat dari aspek tugas pengutipan zakat ianya lebih banyak berkaitan dengan urusan-urusan kewangan terutama dari segi pengutipan dan pengumpulan zakat sama ada zakat fitrah ataupun zakat harta. Tugas seperti ini sangat-sangat memerlukan sifat-sifat yang terpuji seperti jujur, amanah, cekap, teliti dan lutanan agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sikap pemedulian dan keprihatinan serta dedikasi juga perlu dimiliki dan diamalkan oleh setiap amil dalam memikul amanah yang telah diberikan.

Sebagaimana saya telah difahamkan, bahawa pada tahun ini amil-amil di seluruh negara telah pun diberikan bengkel kefahaman mengenai dengan tugas dan tanggungjawab amil serta tatacara kutipan zakat fitrah dan zakat harta.

Di samping itu, penerangan-penerangan dan panduan-panduan juga telah diberikan oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat dan juga daripada Jabatan Audit Negara. Kita berharap hasil daripada bengkel tersebut akan dapat menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan para amil terutama amil-amil yang baru pernah dilantik

Page 116: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

214 215

pada tahun ini mengenai dengan bagaimana cara yang terbaik mengurus kewangan zakat yang diterima sama ada zakat fitrah atau zakat harta.

Saya ingin mengingatkan dan menasihatkan para amil supaya berhati-hati dan waspada dalam menerima, mengumpul, menyimpan dan seterusnya menyerahkan wang zakat kepada Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat Jabatan MUI. Wang zakat fitrah yang telah diterima dan dikumpul hendaklah disimpan dengan cermat di tempat yang selamat dan diserahkan dengan segera kepada Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat mengikut tarikh-tarikh dan jadual yang ditentukan. Sekiranya wang zakat itu lambat diserahkan adalah dikhuatiri berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti kehilangan wang, kehilangan dan kerosakan dokumen-dokumen seperti resit-resit, daftar senarai dan lain-lain lagi. Jika perkara ini berlaku, ia boleh saja menjejaskan syakhsiah, kredibiliti dan prestasi amil itu sendiri sehingga menyebabkan kurangnya kepercayaan pihak yang berkuasa untuk meneruskan lantikan amil berkenaan pada masa akan datang.

Perkara yang lebih membimbangkan lagi ialah apabila wang zakat yang diserahkan oleh amil kurang daripada jumlah sebenar kutipan atau wang zakat itu hilang semasa dalam simpanan amil-amil atau pegawai-pegawai dan kakitangan yang mengurus zakat itu. Lebih-lebih lagi jika perkara kehilangan wang zakat itu umpamanya tidak dilaporkan segera dalam tempoh 24 jam kepada pihak polis, tentulah bermacam-macam andaian boleh dibuat mengenai perkara ini. Jika perkara sedemikian berlaku, pihak Jabatan MUI atau Kementerian Hal Ehwal Ugama sudah tentu tidak akan melepaskan amil-amil yang bertanggungjawab itu, kerana ada prosedur-prosedur dan peraturan-peraturan yang boleh dijalankan bagi menanganinya iaitu dengan melaporkan kepada pihak-pihak yang berkuasa seperti pihak polis atau pihak Biro Mencegah Rasuah untuk membuat penyiasatan dan tindakan-tindakan yang bersesuaian mengenainya. Tentulah perkara ini akan menyusahkan amil-amil atau pegawai-pegawai dan kakitangan yang berkenaan yang berkemungkinan besar akan menjejaskan jawatannya, bahkan yang lebih mengaibkan lagi ialah menjejaskan nama baiknya dan kepercayaan orang ramai kepadanya.

Oleh yang demikian sekali lagi saya berseru kepada semua amil, pegawai-pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pengurusan zakat ini supaya sentiasa mengamalkan sifat jujur, amanah, bertanggungjawab dan lain-lain lagi sifat yang terpuji dalam menjalankan kutipan zakat di negara ini. Mudah-mudahan dengan adanya sifat-sifat dan amalan-amalan yang terpuji itu para amil dan pegawai-pegawai serta kakitangan yang terlibat dalam pengurusan zakat ini akan terhindar dan terselamat daripada perkara-perkara yang tidak diingini sebagaimana yang telah nyatakan tadi.

Dalam kesempatan ini, saya juga sukacita menyentuh mengenai dengan pengeluaran zakat sama ada Zakat Fitrah mahupun Zakat Harta. Zakat adalah merupakan salah satu komponen dalam rukun Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yang memenuhi syarat-syaratnya. Sebagaimana sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ada menyatakan: Ertinya : “Islam itu dibina atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan.”

Sehubungan itu, setiap orang Islam perlulah mengambil perhatian dan muhasabah diri untuk melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh jujur, ikhlas dan amanah. Kewajipan mengeluarkan zakat itu bagi setiap orang Islam adalah kewajipan fardu ain yang mesti ditunaikan dan tidak boleh diringan-ringankan. Kesempurnaan Islam seseorang itu ialah apabila terlaksana semua rukun Islam yang disebutkan di atas.

Dalam hal ini, saya percaya pengetahuan agama Islam di negara ini telah semakin meningkat, kesedaran terhadap penghayatan beragama juga telah semakin tinggi. Oleh yang demikian, saya berharap kutipan zakat juga akan meningkat dari semasa ke semasa untuk dapat dimanfaatkan demi kemaslahatan masyarakat Islam yang terdiri dari asnaf-asnaf yang wujud di negara ini.

Page 117: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

216 217

Saya percaya jika pembayaran zakat oleh umat Islam mencapai tahap yang membanggakan, pengutipan dan pembahagian kepada mereka yang berhak berjalan lancar dan sempurna, insya-Allah kehidupan masyarakat Islam di negara ini akan lebih terjamin dan bahagia yang akan turut memberi impak yang kuat kepada pembangunan dan kesejahteraan negara yang kita cintai ini.

MAJLIS SAMBUTAN HARI PERKHIDMATAN AWAM

DAN MERAIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA YANG BERSARA

BAGI TAHUN 2010 - 2012 DI DEWAN PERSIDANGAN PUSAT DA’WAH ISLAMIAH

PADA HARI KHAMIS, 23 ZULHIJJAH 1433 HIJRIAH / 8 NOvEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarkatuh

ALHAMDULILLAH kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan taufiq dan inayah-Nya jua, kita dapat

hadir pada petang ini bagi sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi tahun 2012 ini.

Tahun 2012 adalah merupakan tahun ke-19 di mana Perkhidmatan Awam di Negara Brunei Darussalam diraikan dalam sebuah majlis sambutan besar peringkat negara yang diisikan dengan pelbagai program-program Perkhidmatan Awam dan juga Penyampaian Sijil-Sijil Bersara kepada Pegawai dan Kakitangan yang telah menamatkan perkhidmatan mereka dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sejauh ini sebanyak tiga anugerah telah diperkenalkan dalam Perkhidmatan Awam di negara ini iaitu Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA), Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam dan Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC).

Apa yang dimaklumkan kepada saya bahawa pengisian acara di majlis kita pada petang ini serupa dengan yang diadakan di peringkat negara iaitu dengan pemberian cenderahati kepada peserta Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam, peserta Kumpulan Kerja Cemerlang dan penerima Anugerah Pekerja Cemerlang dan juga penyampaian sijil-sijil perkhidmatan kepda pegawai yang bersara dari Perkhidmatan Awam.

Page 118: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

218 219

Melihat kepada tema sambutan kita pada tahun ini iaitu 'Pembangunan Perkhidmatan Awam Asas Kecemerlangan Produktiviti' terangnya adalah tepat sekali kerana bidang Perkhidmatan Awam itu adalah merupakan mekanisme atau tenaga penggerak yang kuat untuk memajukan negara dalam segala lapangan dan membuahkan hasil yang lumayan. Jika jentera ini lemah, pastinya produktiviti akan menurun yang akibatnya negara kita akan tertinggal di belakang.

Mengukur produktiviti kerja misalnya sama ada cemerlang atau tidak adalah suatu perkara yang penting bagi seorang pegawai Perkhidmatan Awam. Ini sangat dituntut dalam Islam, yang sangat bersesuaian dengan saranan Rasulullah dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang hari ini lebih baik dari semalam, maka dia adalah dari kalangan mereka yang beruntung. Barang siapa yang hari ini sama seperti semalam, maka dia dari kalangan orang yang beruntung. Barang siapa yang hari sama seperti semalam, maka dia dari kalangan orang yang rugi. Barang siapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia termasuk dalam kalangan orang yang celaka.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dengan bermuhasabah diri ini sejujurnya, kitakan dapat menilai setiap kerja atau setiap usaha yang telah kita lakukan, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau sebaliknya jauh dari matlamat yang kita tetapkan.

Dalam memastikan produktiviti kerja agar dapat dihasilkan dengan baik, ada dua kuncinya yang utama, pertama ialah dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang kerja yang kita ceburi, jangan sekali-kali berdiam diri, kerana dengan berdiam diri itu tidak akan mendatangkan apa-apa perubahan kepada diri kita, sebaiknya bergeraklah dan cari ilmu pengetahuan dan kepandaian dalam bidang kerjaya yang kita ceburi.

Islam telah menyatakan bahawa penguasaan ilmu adalah merupakan elemen penting bagi peningkatan darjat seseorang dalam kehidupan, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala, maksud-Nya : “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan

orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan di kalangan kamu dengan beberapa darjat.” - (Surah Al Mujaadilah, ayat 11).

Termasuk dalam erti kata memperolehi ilmu itu ialah mengikut latihan-latihan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam kerja-kerja kita. Dengan adanya latihan itu akan menjadikan kita lebih kreatif, responsif dan inovatif dalam membuat pembaikan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Kunci kejayaan yang kedua ialah cekal hati dalam menghadapi setiap cabaran. Dalam melaksanakan kerja-kerja kita, lazimnya kita akan berhadapan dengan dua keadaan. Satunya, kita diberikan tugasan yang senang, mudah dan suka kita lakukan dan yang satu lagi ialah tugasan yang agak susah, payah bahkan kadang-kadang memerlukan kita bergerak ke sana sini, mencari fakta, membuat penyelidikan dan seumpamanya.

Dalam situasi yang keduanya ini, kita perlu menerimanya dengan lapang dada, jangan mengeluh dan putus asa, tetapi berusaha dengan gigih untuk mengatasi segala rintangan tersebut, insya-Allah berkat ketabahan dan kecekalan kita itu, akan ada jalan keluar sebagaimana yang telah dijanjikan-Nya dalam firman-Nya, maksud-Nya: “Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan tersebut dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, cukuplah hanya Dia tempat bergantung, sesungguhnya Allah itu sangat bijaksana, yang menentukan sesuatu itu pada tempatnya.” - (Surah Ath Thalaaq, ayat 2 - 3).

Di sini kita perlu yakin bahawa kedua-dua kunci yang saya sebutkan tadi iaitu ilmu pengetahuan dan kecekalan akan menumbuhkan semangat kental diri. Saya percaya kedua-dua kunci ini akan menjadi satu motivasi dalaman yang luar biasa dala diri seseorang pegawai atau pekerja.

Sebagaimana yang kita maklumi bahawa masyarakat Brunei penuh dengan ekspektasi atau harapan yang tinggi terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kita. Oleh itu, saya berseru kepada warga kementerian itu supaya bersedia untuk memenuhi dan menangani kepelbagaian ekspektasi

Page 119: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

220 221

tersebut. Ini sesuai dengan nama Perkhidmatan Awam itu sendiri yang kita ceburi. Bila kita menerima bidang ini, ertinya kita bersedia untuk berkhidmat kepada orang ramai, bersedia untuk membantu dan menolong mereka, mereka itu pula mempunyai tahap pemikiran dan karenah yang berbeza-beza. Di sinilah kita perlu banyak bersabar, bahkan perlu banyak senyum dan bermanis muka dengan niat yang ikhlas menolong kerana Allah jua. Hindarkan sifat-sifat negatif seperti merungut, mencemuh, mengejek dan sebagainya kerana sifat-sifat sedemikian tidak wujud dalam etika atau dalam kamus Perkhidmatan Awam.

Dalam pada itu, saya juga sukacita menyeru kepada ketua-ketua jabatan, Pusat Bahagian Unit dan Pejabat di bawah kementerian ini untuk bergerak aktif semula untuk menyertai Konvensyen Kerja Cemerlang, Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam dan Perolehan Akreditasi Persijilan (ISO). Kerana saya melihat KKC, ACPA dan ISO mampu membawa kita bergerak cepat dengan produktif.

Sebelum mengakhiri ucapan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bersara kepada yang menamatkan perkhidmatan di kementerian ini. Kementerian sangat terhutang budi dan berterima kasih yang setinggi-tingginya kepada abiskita yang telah menyumbangkan tenaga, buah fikiran dan khidmat bakti kepada kementerian ini. Hanya Allah Subhanahu Wata'ala jua yang akan membalaskan jasa baik abiskita itu.

MAJLIS PERADUAN MEMBACA AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA DAN ARAB

PERINGKAT AKHIR NEGARA KE-49 TAHUN, DI SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI MUTAWAKILLAH

HAYATUL BOLKIAH, SERUSOP PADA HARI SABTU,

4 ZULHIJJAH 1433 HIJRIAH / 20 OKTOBER 2012 MASIHI

Assalamu´alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ata kerana dapat berkumpul pada petang ini untuk mengikuti

Majlis Peraduan Membaca Al-Qur´an Sekolah-Sekolah Ugama dan Arab, Jabatan Pengajian lslam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dan terima kasih saya kepada pihak penganjur yang telah memberi penghormatan kepada saya untuk menjadi tetamu kehormat di majlis yang mulia ini.

Saya gembira difahamkan bahawa majlis seperti ini telah diadakan sebanyak 49 kali atau ini adalah kali yang ke-49 secara berkesinambungan tidak putus-putus sejak ianya mula diadakan pada tahun 1963.

Ini menunjukkan adanya consistency dan sustainability dalam mengendalikan program ini oleh Jabatan Pengajian lslam, maka kerana itu jabatan ini berhak menerima pujian. Saya harap peraduan ini akan berterusan lagi sampai bila-bila, dengan pengendalian yang lebih baik, lebih kemas dan bermutu. Tidak syak lagi peraduan ini telah menjadi wadah para pelajar sekolah agama dan sekolah Arab untuk menguji kebolehan mereka dalam bidang ini. Alhamdulillah, tidak dapat kita nafikan bahawa kita telah melihat hasilnya yang baik di mana kita telah dapat melahirkan ramai qari dan qariah remaja yang berbakat dari semasa ke semasa. Ada di antara mereka itu yang telah mencapai kecemerlangan menjadi qari dan qariah di peringkat daerah, kebangsaan malah antarabangsa.

Sebagai sebuah negara yang muda dan serba kekurangan sumber tenaga manusia yang pakar dalam bidang pembacaan Al-Qur'an, maka pencapaian yang telah kita perolehi itu bukanlah kecil maknanya.

Page 120: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

222 223

Pencapaian itu adalah dari sistem pendidikan agama termasuk Al-Qur'an yang telah berjalan selama ini dan keazaman yang kuat dari para ibu bapa, guru-guru malah dari dorongan kuat pucuk pimpinan negara kita yang ikhlas dan bersemangat tinggi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Pencapaian yang baik ini perlu dipelihara dan dipertingkat kualitinya, khasnya setelah dilaksanakan nanti Perintah Pendidikan Ugama Wajib, 2012, mulai awal tahun 2013. Generasi yang tertakluk di bawah perintah ini perlu lebih baik dan lebih menyerlah dari generasi sebelumnya. Oleh yang demikian semua pihak perlu bekerja lebih gigih khasnya Jabatan Pengajian Islam, guru-guru agama dan Al-Qur'an, untuk memenuhi harapan tinggi masyarakat dan negara. Ini bukanlah perkara mustahil untuk dijayakan, hanya yang perlu ialah iltizam dan kesungguhan, di samping menyediakan perancangan yang bersistematik, berstrategi dan teratur. Adapun anak-anak yang tidak tertakluk di bawah perintah ini, bukan bermakna mereka dibiarkan jahil tidak berpengetahuan agama dan Al-Qur'an, malahan Kementerian Hal Ehwal Ugama menerusi berbagai agensinya seperti Jabatan Pengajian lslam, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da'wah lslamiah dan lain-lain telah pun dan akan terus menyediakan berbagai program tertentu pelajaran agama dan membaca Al-Qur'an yang boleh diikuti oleh individu berbagai peringkat umur, hanya terpulang kepada individu tersebut sama ada berminat atau sebaliknya. Bagaimanapun kita sentiasa menggalakkan dan mengalu-alukan kerana ilmu itu khasnya ilmu agama dan Al-Qur'an adalah merupakan ilmu fardu 'ain yang wajib setiap orang Muslim dan Muslimah memilikinya serta mengamalkannya.

Saya sukacita mengambil kesempatan ini untuk memohon kerjasama dari ibu bapa dan keluarga Islamdi negara ini untuk menggalakkan anak-anak belajar agama dan membaca Al-Qur'an. Galakan ini adalah bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu : (Nota: Hadis dalam bahasa Arab).

Ertinya: “Apabila mati seorang anak Adam (manusia) maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya.”

Ini bermakna jika pelajaran umum itu lebih merupakan pelaburan di dunia, maka pelajaran agama dan Al-Qur'an itu adalah lebih merupakan pelaburan di akhirat. Kedua-dua jenis pelaburan ini memang kita inginkan dan kita membuat pelaburan. Mengenai dengan pelaburan di akhirat itu, apabila kita meninggal dunia, maka orang yang kita harapkan akan dapat membantu kita ialah anak cucu kita yang akan membaca Al-Qur'an, mendoakan dan menghadiahkan pahalanya kepada roh kita di akhirat. Ini hanya akan dapat dicapai dengan kita meninggalkan anak cucu yang soleh.

Anak cucu yang sedemikian ini hanya akan dapat dihasilkan menerusi pendidikan agama yang baik. Oleh kerana itu, sistem pendidikan yang kita wujudkan pada masa ini adalah sistem yang boleh menyelamatkan dan membahagiakan hidup kita di dunia dan di akhirat.

Dalam pada itu, pendidikan agama dan Al-Qur'an itu bukan sahaja akan dapat membantu pelajar itu sendiri dan ibu bapanya, malah juga akan dapat membantu menyelamatkan masyarakat dan negara dalam erti kata akan dapat menghindarkan masyarakat dan negara dari krisis akidah, moral dan akhlak. Mengenai krisis akidah, kita dalam zaman ini menghadapi cabaran besar, di mana berbagai aliran pemikiran dan fahaman yang menyeleweng dan ajaran sesat telah dengan mudah tersebar di sana sini seperti aliran pemikiran dan fahaman yang disebut sebagai pluralisme, liberalisme, ethisme, free thinker dan sebagainya lagi. Siapa yang akan menjadi mangsa ialah anak-anak remaja kita, malah juga orang-orang dewasa yang tidak mantap kefahaman agamanya menurut yang kita pegangi selama ini iaitu kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah.

Mengenai krisis moral dan akhlak, saya penuh yakin dan percaya, sekiranya anak-anak kita diberi didikan agama yang baik, insya-Allah anak-anak kita akan jadi insan yang baik. Mereka tidak akan mudah melakukan yang mungkar. Sekiranya pun mereka akan tersesat jalan,

Page 121: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

224 225

mereka akan mudah untuk balik ke pangkal jalan. Ini kerana Allah Subhanahu Wata'ala telah memberi jaminan dalam firman-Nya dalam Surah Al-'Ankabut ayat 45: (Nota: ayat Al-Qur'an).

Ertinya: “Sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah seseorang itu dari melakukan perkara keji dan mungkar.”

Maksud sembahyang itu ialah yang disertai dengan kefahaman dan penghayatan yang mantap mengenai sembahyang.

Sehubungan itu, untuk meramalkan masa depan negara dari segi kerohanian dapat dilihat dari perwatakan dan kecenderungan generasi muda kita hari ini berasaskan kepada empat faktor iaitu pertama; apabila ia memiliki pengetahuan agama yang baik, kedua; apabila sembahyangnya baik dan iltizam, ketiga; apabila bacaan Al-Qur'annya baik dan keempat apabila akhlaknya baik. Dengan empat faktor ini insya-Allah masyarakat dan negara kita akan selamat dan menjadi baik, sesuai dengan impian kita untuk menjadi negara zikir dan negara Baldatun Tayyibtun Warabbun Ghafurr.

Pada akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang memasuki peringkat akhir ini, lebih-lebih lagi yang berjaya menjadi juara. Saya sukacita menasihatkan supaya anak-anak semua teruslah mempertingkatkan lagi bakat yang ada, setentunya dengan kerjasama dan sokongan yang berterusan dari ibu bapa. Dalam pada memberi perhatian kepada aspek lagu tarannum, jangan pula mengabaikan aspek yang lebih penting lagi iaitu tajwid Al-Qur'an. Jika kedua-duanya berpadu iaitu lagu tarannum dan tajwid, disertai lagi dengan kefahaman makna ayat-ayat Al-Qur'an yang dibaca, maka di situlah letaknya puncak keindahan membaca Al-Qur'an yang tiada tolok bandingnya.

UcapanYang Berhormat Pehin Udana Khatib

Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman

MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI

Page 122: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

226 227

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TARAF KERAKYATAN KE-30, DI BANQUET HALL,

PUSAT PERSIDANGAN PERTAHANAN ANTARABANGSA BRIDEX, JERUDONGPADA HARI SELASA,

7 RABIULAWAL 1433 HIJRIAH / 31 JANUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmannir RahimAssalamu’alaikumWarahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH kita dapat hadir dalam acara petang ini iaitu Majlis Penyampaian Sijil Taraf Kerakyatan Ke-30. Ianya acara

yang rutin, biasa dan sudah lazim dianjurkan setiap tahun.

Namun demikian acara ini setentunya sangat bermakna kepada mereka yang telah memohon menjadi rakyat dan berjaya mendapatnya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh undang-undang.

Saya sukacita mengucapkan tahniah kepada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan kerana tidak sahaja dapat menganjurkan majlis ini bahkan selama setahun sejak acara penyampaian sijil-sijil kerakyatan tahun lalu, jabatan berkenaan telah mengambil inisiatif yang perlu dalam memproses permohonan-permohonan. Demikian juga kepada Lembaga Bahasa yang menjalankan ujian dan peperiksaan kelayakan bahasa Melayu.

Hasil dari langkah kemas kini prosedur yang diambil itu, saya diberi jaminan bahawa tidak lagi ada istilah menunggu beberapa tahun untuk tujuan menduduki ujian bahasa Melayu secara bertulis. Persiapan telah ditambah untuk mengadakan ujian, tidak seperti sebelumnya.

Demikian juga langkah mengutamakan pemohon-pemohon yang terdiri daripada penduduk tetap yang stateless.

Pada tahun lepas (2011) dari seramai 908 orang yang menduduki ujian bahasa Melayu ada seramai 762 orang (84 peratus) adalah penduduk tetap yang stateless.

Dan pada masa ini (dalam tahun 2012) setakat ini telah tersenarai seramai 615 orang stateless (85.9 peratus) dari sejumlah 716 orang pemohon-pemohon untuk mendapat kerakyatan akan menduduki ujian bahasa Melayu.

Jumlah calon-calon akan bertambah dari semasa ke semasa menurut kecepatan proses lain yang berkaitan iaitu tidak sahaja berkaitan dengan kelayakan bahkan yang terpentingnya juga ialah kesesuaian calon untuk menjadi rakyat yang baik.

Maka begitulah petang ini tuan-tuan dan puan-puan seramai 449 orang akan menerima Sijil Taraf Kebangsaan masing-masing.

Tuan-tuan dan puan-puan juga sebelum ini telah mengikuti induksi yang berupa taklimat-taklimat oleh Jabatan Adat Istiadat Negara, Universiti Brunei Darussalam, Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Penerangan.

Ini adalah juga termasuk usaha dan langkah yang diambil oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan supaya diri tuan-tuan dan puan-puan yang diberikan taraf kerakyatan tidak sahaja memahami Brunei yang berpemerintahan beraja, kuat berpegang kepada Islam dan adat istiadat, bahkan supaya tuan-tuan dan puan-puan berkehidupan sebagai orang Brunei.

Ertinya tuan-tuan dan puan-puan adalah disahkan sebagai penduduk Brunei yang bertaraf rakyatnya.

Tidak lagi setakat sebagai penduduk tetap negara ini yang bertaraf warganegara asing.

Dan tidak lagi setakat berstatus penduduk tetap yang stateless, yang tiada menjadi warganegara mana-mana negeri yakni tidak berkerakyatan langsung.

Maka dengan diberikan taraf kerakyatan, sama ada secara pendaftaran ataupun secara penuangan, jadilah tuan-tuan dan puan-puan

Page 123: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

228 229

orang Brunei, rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Itulah maknanya Sijil Taraf Kerakyatan yang tuan-tuan dan puan-puan akan terima setelah memohon menjadi rakyat negara ini menurut undang-undangnya.

Oleh yang demikian tuan-tuan dan puan-puan seterusnya berikrar bahawa tuan-tuan dan puan-puan akan bertaat setia kepada Brunei dan kepada rajanya.

Yakni: Tuan-tuan dan puan-puan bersumpah menjadi rakyat Brunei.

Bertanahairkan Negara Brunei Darussalam.

Berketua dan berpemimpinkan rajanya yang memegang kuasa tertinggi memerintah negara kita yang tercinta ini.

Kepada baginda itu tuan-tuan dan puan-puan curahkan kasih sayang.

Tuan-tuan dan puan-puan sentiasa bersemangat taat setia sebagai rakyat yang menjunjung tinggi kepimpinan negara berpemerintahan beraja.

Menerima dan menjadikan Brunei yang berkonsep dan berfalsafahkan negara Melayu Islam Beraja (MIB) ini satu-satunya tanah air untuk selama-lamanya dan akan menjadi tanah air kepada zuriat keturunan tuan-tuan dan puan-puan seterusnya.

Itulah kenyataan yang sebenarnya.

Akta Taraf Kebangsaan Tahun 1961 sudah dikuatkuasakan selama 50 tahun. Sepanjang tempoh 50 tahun itu ada seramai 43,271 orang telah diberikan taraf kerakyatan. Generasi awal yang menjadi rakyat menerusi proses undang-undang itu setentunya disusuli oleh generasi penerusnya.

Dan generasi penerus itu juga dijangkakan sudah ada bakal penyusulnya.

Ringkasnya: 50 tahun itu menyaksikan tiga generasi rakyat Brunei, iaitu generasi datuk nenek kepada generasi anak pinak dan seterusnya generasi anak cucu.

Demikian itulah rakyat Brunei. Selain terdiri daripada rakyat mutlak menurut undang-undang iaitu tujuh puak jati rakyat asal terdapat pula rakyat secara pendaftaran dan penuangan iaitu orang-orang seperti tuan-tuan dan puan-puan.

Namun kenyataannya ialah kesemua kita sama-sama bertanahairkan negara MIB ini.

Kesemua kita yang menjadi rakyat Brunei adalah berkebangsaan Brunei yang MIB.

Maka itulah tali yang halus, namun kukuh yang mengikat kita di antara satu dengan yang lain bahawa kita - iaitu rakyat Brunei – adalah beridentitikan identiti sosial politik Brunei yang MIB.

Anak cucu kita pada masa akan datang juga akan berkebangsaan Brunei, beridentitikan negara MIB.

Itulah yang ditanamkan dalam sistem pendidikan negara.

Itulah yang dikembangsuburkan melalui bidang-bidang kemasyarakatan.

Dan itulah yang kita sebutkan sebagai sikap dan cara kita mencapai dan merealisasikan Wawasan Brunei 2035 bahawa ‘kita bersatu dalam *kesetiaan kepada Sultan dan Negara, *keyakinan terhadap nilai-nilai Islam; dan *keharmonian sosial serta amalan tradisi berbaik-baik’.

Oleh yang demikian kita berkewajipan - sebagai rakyat yang taat setia kepada Brunei dan rajanya - memelihara identiti kebangsaan kita itu.

Page 124: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

230 231

Kita memeliharanya bererti juga kita menjanjikan kepada diri kita bahawa kita tidak akan mencampuradukkannya dengan unsur-unsur yang tidak serasi dengan Brunei.

Kita memeliharanya bererti juga kita mengajak orang lain, bukan rakyat negara ini, untuk memahami pendirian kita, aspirasi sebenar kita dalam bernegarakan Brunei yang MIB.

Maka itulah yang tuan-tuan dan puan-puan wajib ingati selalu. Kerana bilangan orang-orang seperti tuan-tuan dan puan-puan yang akan diterima menjadi rakyat masih ramai.

Tempoh kelamaan tinggal di negara ini yang dipersyaratkan itu adalah bertujuan menentukan kesesuaian tuan-tuan dan puan-puan untuk hidup serasi di negara ini sebagai rakyatnya.

Kerana itu pula disyaratkan berkelayakan dalam berbahasa Melayu.

Ertinya tuan-tuan dan puan-puan menerima hakikat kemelayuan Brunei selain keislamannya dan kebisaian adat istiadatnya, walaupun tuan-tuan dan puan-puan bukan orang Melayu dan bukan beragama Islam.

Apa yang dijangkakan daripada tuan-tuan dan puan-puan ialah perasaan berkerakyatan Brunei setelah sebelumnya tidak mempunyai taraf kerakyatan mana-mana negara, stateless atau setelah sebelumnya berwarganegara asing.

Tentu sahaja tuan-tuan merasa syukur dan bangga. Maka syukurilah nikmat menjadi rakyat Brunei dengan mempergunakannya sebaik yang mungkin, tidak mensia-siakannya. Banggakanlah tanah air Brunei ini dengan berkehidupan yang selayaknya sebagai rakyat yang baik.

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEMBANGUNAN KEPIMPINAN PENGHULU DAN KETUA KAMPUNG (SIRI PERTAMA) 2012,

DI DEWAN MAJLIS MESYUARAT NEGARA, JALAN KEBANGSAAN PADA HARI SELASA,

15 REJAB 1433 HIJRIAH / 5 JUN 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

KAWAN-KAWAN kerabat kerja Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, rakan-rakan strategik daripada kementerian-kementerian

dan jabatan-jabatan termasuk juga daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Terima kasih kepada penyelenggara dan penganjur program ini meskipun baru sekarang kita dapat menganjurkannya tetapi kita masih belum terlambat untuk meneliti dan mengenal pasti isu-isu yang berkaitan dengan tugas kerja dan tanggungjawab kita.

Dalam konteks Program Pembangunan Kepimpinan ini kita mengutamakan perkara yang sangat perlu diselesaikan dengan segera dan tuntas. Perkaranya ialah isu bantuan-bantuan.

Kerana itulah dalam siri atau peringkat pertama ini kita khusus kepada usaha memudah cara memohon, menimbang dan membuat keputusan dalam pemberian bantuan-bantuan kepada mereka yang memohonkannya.

Selain mereka itu ialah orang-orang yang memerlukan bantuan tetapi belum mendapatkannya sama ada kerana tidak tahu bagaimana caranya.

Kesemua mereka yang memerlukan bantuan-bantuan itu adalah anak-anak kampung dalam sesebuah mukim di mana kampung dan mukim pula ada ketua dan penghulunya, masing-masing ada pula majlis-majlis perundingannya.

Itu kedudukan orang-orang yang memerlukan bantuan. Mereka ada

Page 125: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

232 233

Ketua Kampung dan Penghulu dan Ahli-ahli Majlis Perundingan.

Dari segi yang lain pula ialah agensi-agensi yang menyediakan bantuan.

Ada Jabatan Majlis Ugama Islam yang menerima dan mengumpulkan zakat untuk diagihkan kepada asnaf-asnafnya.

Ada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) yang menjadi penyalur bantuan-bantuan kebajikan yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Dan dari hari sudut lain di situ ada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang memegang dan menyalurkan bantuan amal jariah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat baginda.

Sementara khusus untuk murid-murid dan penuntut-penuntut dari keluarga yang memerlukan bantuan itu ada pula peruntukan bantuan kerajaan yang disalurkan oleh Kementerian Pendidikan.

Selain itu, ada lagi badan-badan sosial NGO, syarikat-syarikat swasta dan individu-individu yang murah hati.

Jadi, apa lagi masalahnya jika dari semasa ke semasa ada cerita, berita, aduan tentang keluarga dan/atau individu yang memerlukan bantuan-bantuan tetapi tidak mendapatnya atau belum berhasil mendapatnya setelah lama memohon?

Pada hemat saya sekarang bukan lagi masanya kita atau sesiapa tuding-menuding jari. Bukan lagi untuk salah-menyalahkan.

Sekarang ialah masa untuk melihat dan merenung ke dalam gerak kerja kita. Merenung tentang cara dan proses yang dilalui.

Saya dapat memperakukan bahawa ketua-ketua kampung dan

penghulu-penghulu, pegawai-pegawai agensi-agensi bantuan daripada semua peringkat adalah bertugas menurut cara dan melalui proses yang lazim.

Sebahagian cara dan proses itu sudah lama tidak difikirkan semula. Tidak disesuaikan dengan keadaan dan pengalaman yang dilalui.

Misalnya: borang yang diisikan oleh pemohon, disahkan oleh ketua kampungnya, diserahkan kepada jabatan berkenaan di peringkat daerah atau langsung ke ibu pejabat.

Dalam menelitinya pula pihak-pihak penyalur bantuan akan turun padang memeriksa. Hasil pemeriksaan akan dilaporkan dengan ulasan positif atau negatif. Ketetapan sama ada permohonan tersebut berjaya atau sebaliknya akan diputuskan oleh pihak yang diberikan tugas atau kuasa mengenainya dalam agensi berkenaan.

Dalam cara kerja dan proses yang dilalui semacam itu, kita semua tahu betapa ia terpaksa memakan waktu yang lama dan dalam banyak kes tidak pula kita fahami dengan pasti sebab-sebab sesuatu keputusan melulus ataupun menolak permohonan itu lambat dibuat sehingga berbulan-bulan.

Maka dalam kesempatan kursus ini marilah kita mencari jalan terbaik.

Ia mungkin berpunca pada borangnya yang panjang lebar menghendaki perkara-perkara yang terlalu detail sehingga sukar diberikan oleh pemohon. Padahal butir-butir perkara yang dikehendaki itu boleh diringkaskan.

Dan mungkin pula berpunca pada kelemahan pemohon dan penyokong tidak memahami syarat-syarat kelayakan.

Atau apa-apa saja sebab dan puncanya.

Tetapi, tidakkah sudah masanya, syarat-syarat kelayakan itu

Page 126: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

234 235

dijelaskan secara telus, difahami oleh pemohon, oleh penyokong atau orang yang diberi tanggungjawab mengesahkan iaitu ketua kampung/penghulu.

Tidakkah kita terfikir apabila permohonan itu disokong dan disahkan oleh ketua kampung/penghulu selaku pihak yang mengetahui keadaan pemohon, maka sokongan dan pengesahan itu dapat diterima memadai sebagai laporan yang diperlukan mengenai keadaan pemohon.

Atau jika itu masih belum memadai, bolehkah ianya dikuatkan dengan sokongan dan pengesahan Majlis Perundingan.

Demikianlah sebagai misalan.

Itu baru mengenai permohonan baharu. Bagaimana dengan permohonan menyambung bantuan yang tempohnya telah tamat?

Dan apa halnya orang-orang yang memerlukan bantuan tetapi terlepas pandang oleh pihak-pihak yang sepatutnya mengetahui?

Perkara ini sudah kita ketahui tidak menggembirakan.

Saya sangat menyambut baik sikap penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung yang telah menerima dan merespons secara positif teguran yang dibuat ke atas sebahagian daripada mereka.

Wakil-wakil daerah dalam Majlis Mesyuarat Negara telah merespon dengan positif ke atas teguran yang disampaikan.

Syukur alhamdulillah. Itu ertinya kita faham akan tugas kita. Kita insaf akan kelemahan dan kekurangan kita. Kita cuba membaikinya.

Oleh itu gunakanlah kesempatan kursus ini untuk memudah cara kerja dan proses yang berkenaan dengan permohonan dan pemberian bantuan.

Ia banyak berkaitan dengan agensi-agensi penyalur bantuan. Kerana

itulah pihak-pihak berkenaan itu dibawa serta dalam kursus ini. Mereka tidak sahaja akan bertindak sebagai nara sumber tetapi dalam masa yang sama merekalah peserta yang aktif yang bertanggungjawab sama mencari huraian-huraian terbaik mengenai sesuatu isu yang berbangkit.

Ambillah kesempatan untuk menambal mana-mana yang carik-bubus. Kita sama terkilan apabila kita terlepas pandang sehingga ada berita, aduan dan cerita terdedah kepada umum mengenai nasib malang sesetengah anggota masyarakat yang susah seolah-olah tidak siapa yang tampil membela mereka.

Saya berharap siri-siri program ini selanjutnya akan lebih memperkukuh pelaksanaan, bukan lagi pemahaman, tugas dan tanggungjawab kita sebagai pemimpin akar umbi yang berdamping rapat dengan orang ramai.

Kita bercakap tentang kerja, cara dan prosesnya. Bukan lagi tentang rupa bentuk dan konsepnya.

Kita berharap dan mahukan hasilnya yang terbaik.

Demikianlah. Semoga dengan niat yang lurus dan kesungguhan kita menjalankan tugas dan tanggungjawab secara ikhlas maka Allah akan mentaufiqkan hajat kita ke arah yang diredai-Nya dengan menemukan jalan-jalan yang membawa kita seiringan dan sehaluan.

Page 127: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

236 237

MAJLIS RESEPSI BERSAMA ALUMNI MADRASAH AL-JUNIED ISLAMIAH 2012,

DI ORCHIRD COUNTRY CLUB, SINGAPURA PADA HARI AHAD, 13 REJAB 1433 HIJRIAH / 3 JUN 2012 MASIHI

WAKTU subuh menjelang pagi,Berzikir bertasbih amalan tariqat;Takdir menemukan kita di sini,Kerana Al-Junied madrasah yang berkat.

Pertama sekali kita sekalian berterima kasih dan memberikan penghargaan kepada pimpinan Madrasah Al-Junied yang memungkinkan kita dapat bersama dalam majlis ini.

Kira-kira sebulan yang lalu Allah Subhanahu Wata’ala menemukan saya dengan rombongan Madrasah yang berkunjung ke Brunei. Saya tidak pasti apakah itu telah awal dirancang. Yang pasti ialah pertemuan mendadak yang singkat di pejabat saya petang itu membawa ingatan saya memasuki zon tahun-tahun 56 - 61 sewaktu belajar di Madrasah Al-Junied.

Saya dapati ahli rombongan yang bertiga sangat berminat mendengar apabila saya bercerita tentang karenah sebilangan kami angkatan pelajar tahun 56 - 61 itu. Tentu sahaja mereka berminat. Mereka bertiga adalah generasi baru dalam era baharu Al-Junied. Era yang sangat berbeza daripada zaman kami dahulu.

Perbezaan yang ketara antara era baharu sekarang dengan era masa lampau itu ialah kami diterima belajar dan dibenarkan meneruskan pelajaran sebagai pelajar madrasah tanpa syarat.

Saya sempat menceritakan perihal songkok morning show. Ternyata mereka tidak sempat tahu ceritanya bahkan tidak tahu bagaimana rupa bentuk songkok morning show itu.

Tetapi mereka sepertinya tahu tentang jadam Madrasah Al-Junied.

Mungkin keistimewaan jadam Madrasah Al-Junied itu sudah

menjadi sebahagian legacynya yang melekat dalam ingatan orang-orang yang ada ikatan dengan Al-Junied. Ia disediakan oleh pembantu sekolah (namanya Wak Hamid) dalam bekas kecil yang tidak bertutup dan diletakkan dalam laci yang sudah usang di biliknya. Bayangkanlah.

Jadam itu ada hubungannya dengan penguatkuasaan disiplin bertutur bahasa Arab.

Kegerunan kepada jadam tersebut bukan semata-mata kerana pahitnya bahkan kerana geli dan loya tekak membayangkan betapa dalam keadaannya terdedah di laci yang usang itu entah cicak entah lipas dan entah apa lagi mungkin tikus telah terlebih dahulu menikmatinya.

Saya harap pimpinan baharu Madrasah Al-Junied dalam eranya yang baharu sekarang tentu tidak lagi bergantung kepada kuasa menghukum pesalah yang tidak mematuhi disiplin bertutur bahasa Arab dengan penalti menelan jadam. Ianya kena dan sesuai dengan zaman kami. Bukan dengan zaman Al-Junied dalam eranya yang baharu.

Mengenai pelajar Brunei di Al-Junied, saya kurang pasti apakah Madrasah Al-Junied menyimpan rekod pencapaian pelajar-pelajar lepasannya yang melanjutkan pengajian di Malaya dan Mesir, termasuk kami pelajar-pelajar lepasannya dari Brunei.

Apa yang saya pasti dan mahu jelaskan ialah bahawa saya bukanlah pelajar Brunei yang awal belajar di Madrasah Al-Junied.

Saya dan dua orang rakan lagi adalah angkatan ke-6 yang dihantar dengan biasiswa Kerajaan Brunei ke Singapura dalam tahun 1956.

Angkatan awal pelajar Brunei dan perintis jalan ke Madrasah A1-Junied ialah angkatan Mohd. Zain bin Haji Serudin dalam tahun 1950.

Beliau yang tidak dapat bersama kita dalam pertemuan ini, sekarang dikenali dengan sebutan gelaran kebesaran dan bintang darjah kehormatan negara Brunei sebagai Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin

Page 128: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

238 239

Haji Serudin.

Sebagai angkatan awal dan perintis anak Brunei di Al-Junied, Pehin Dato Mohd. Zain adalah agamawan Brunei yang pertama yang mendapat pendidikan agama secara sistematik sampai ke peringkat universiti. Beliau tamat pengajian di Universiti Al-Azhar dalam tahun 1963, seiringan dengan anak-anak Brunei yang pertama tamat pengajian universiti-universiti di United Kingdom.

Itu suatu yang sangat signifikan. Menjadikan lepasan pengajian agama yang sulung itu kembali ke Brunei beriringan dengan lepasan sulung pengajian yang lain. Dan lepasan pengajian agama dari Al-Azhar itu mendapat gaji dalam sukatan gaji pegawai-pegawai berijazah.

Ertinya : Brunei adalah negeri dan kerajaan pertama di rantau ini yang mengiktiraf ijazah Universiti Al-Azhar dan memberikan nilai ekonomi yang sama sebanding dengan ijazah universiti-universiti United Kingdom dan universiti-universiti yang diiktiraf.

Pengiktirafan sedemikian sebetulnya suatu cabaran kepada anak-anak Brunei yang berpendidikan tinggi agama.

Ternyata bahawa dengan berpendidikan Islam yang lengkap daripada Madrasah Al-Junied, Kolej Islam dan Universiti Al-Azhar; anak-anak Brunei daripada aliran pendidikan Islam telah membuktikan relevancy Islam dalam modenisasi Brunei.

Anda mengetahui betapa Brunei di bawah pemerintahan berajanya selama lebih 600 tahun adalah kuat dipengaruhi oleh Islam, di samping adat resam kemelayuannya.

Hal itu adalah kerana keyakinan dan penghormatan rakyat dan pemimpin-pemimpin mereka terhadap Islam.

Di Brunei sejak zaman dahulu lagi agama Islam adalah pemangkin keharmonian sosial serta amalan tradisi berbaik-baik di kalangan rakyat dan penduduk dari semua kaum yang berlainan agama dan adat resam.

Dan kedudukan Islam sedemikian itu telah diperkukuhkan lagi oleh anak-anak Brunei yang berpendidikan Islam.

Angkatan Madrasah Al-Junied sampai ke hari ini masih terus berperanan dalam banyak bidang pemerintahan Brunei. Mereka tidak sahaja berkhidmat dalam jawatan-jawatan agama malah juga dalam bidang perkhidmatan awam dan dalam jawatan diplomatik bahkan dalam jawatan politik.

Itu bukan suatu kebetulan atau suatu kemujuran. Anak-anak Brunei yang berpendidikan agama khasnya dari kalangan angkatan Madrasah Al-Junied itu telah membuktikan relevancy Islam dan pendidikan Islam kepada negara dan bangsanya yang menempuh transformasi pembangunan dalam banyak bidang sebagai sebuah negara moden.

Mereka mendapat kesempatan yang baik untuk mengetengahkan Islam dalam wajahnya yang sederhana inklusif dan dinamik.

Itulah peranan yang sebenarnya mereka buktikan dalam memastikan Islam itu kekal berada dalam main stream pemerintahan Brunei.

Jangan lupa bahawa Islam telah diterima sebagai agama anutan raja dan pembesar-pembesar serta majoriti rakyatnya selama lebih enam ratus tahun.

Maka wajar sahaja bagi Brunei terus-menerus turut memberi keutamaan kepada pelajaran dan persekolahan agama Islam dalam sistem pendidikan nasionalnya pada zaman ini.

Ertinya : Pelajaran Ugama Islam dan persekolahannya dilakukan secara sistematik dalam pendidikan nasional. Murid dan pelajarnya dilengkapkan dengan mata-mata pelajaran umum. Dan itulah model persekolahan Arab di Brunei.

Dalam konteks inilah saya melihat madrasah-madrasah seperti Madrasah Al-Junied Al-Islamiah telah memainkan peranan memberikan

Page 129: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

240 241

pendidikan Islam yang kukuh. Dan peranan serta sumbangan sedemikian masih dapat terus dikembangkan dalam persekitaran baharu yang lebih mencabar. Pendidikan Islam yang disalurkan menerusi madrasah sangat perlu disesuaikan untuk memenuhi keperluan-keperluan baharu masyarakat Melayu-Islam dalam era kemajuan ekonomi yang berteraskan ilmu pengetahuan.

Pada hemat saya madrasah-madrasah akan terus berperanan memberikan pendidikan yang melengkapkan individu Muslim untuk melaksanakan kewajipan fardu ‘ain dan memahami konsep fardu kifayah untuk aplikasinya yang luas.

Peranan sedemikian sangatlah kuat pengaruh dan kesannya dalam pembentukan dan perkembangan sahsiah Muslim.

Madrasah yang dalam peranan tradisinya untuk memenuhi keperluan dalam kehidupan beragama masyarakat (atau juga umat) Islam tentu menerima hakikat bahawa masyarakat Islam itu sendiri mengalami perubahan dalam lingkungannya dan di luar lingkungannya.

Dalam proses perubahan yang berterusan, masyarakat (juga umat) Islam didapati memberikan respon yang positif terhadap perkembangan yang ditempuhnya.

Saya tidak keterlaluan jika menyebutkan masyarakat dan umat Islam Singapura sebagai contoh.

Sungguhpun dalam persekitaran negara mereka yang sekular dengan masyarakat yang majmuk dan mereka adalah minoriti di dalamnya dan mereka menempuh cabaran untuk memajukan diri dalam ekonomi yang berteraskan ilmu pengetahuan, namun masyarakat dan umat Islam Singapura telah dan terus membuktikan bahawa agama Islam tidak menyebabkan mereka terpencil bahkan tampil sama dengan rakan-rakan senegara menyumbang kepada kemajuan dan keamanan Singapura.

Anda lebih tahu daripada saya. Kewujudan madrasah-madrasah di sini selain masjid-masjid yang kedua-duanya adalah turut diserikan oleh

pencapaian kemajuan oleh individu-individu Muslim dan badan-badan sosialnya menurut rentak Singapura yang rancak.

Dan sangat positif pula apabila didapati masyarakat Islam tidak mengkesampingkan Islam dan agamanya. Sebaliknya mereka mengukuhkan jati diri individu keislamannya dan masyarakatnya yang diiktiraf sama penting berperanan dalam menjamin dan mengekalkan keharmonian hidup bersama dalam masyarakat dan bangsa Singapura yang progresif.

Saya sungguh beruntung berada di Singapura sebagai pelajar Madrasah Al-Junied antara pertengahan tahun 50-an dan awal tahun 60-an itu.

Dari segi usia waktu itu saya berumur antara 13 - 20 tahun. Dari usia menjelang remaja membawa ke usia muda belia.

Anda mungkin dapat membayangkan betapa dalam usia itu seseorang sangat energetic.

Bagaimanapun saya dapat mengatakan betapa seperti rakan-rakan yang sama dari Brunei, saya dan rakan-rakan berada dalam lingkungan hidup yang conservative sebagai anak-anak pingitan madrasah.

Dalam lingkungan itulah kami menempuh zaman remaja dan muda belia. Nilai-nilai murni lingkungan pingitan madrasah itulah yang juga sangat berpengaruh dalam perkembangan kami selanjutnya.

Tetapi anda jangan membayangkan sisi atau sudut sempit lingkungan hidup pingitan madrasah.

Anda dan saya sekarang tentu tidak menafikan betapa lingkungan pingitannya itulah madrasah berjaya melahirkan individu-individu Muslim yang kukuh penghayatan Islamnya.

Dan dalam waktu yang sama, saya kira anda semua wajar menjangkakan, betapa hidup dalam pingitan semacam apa pun akan

Page 130: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

242 243

memberikan alasan kepada seseorang untuk berjiwa ingin bebas.

Benar. Saya akui bahawa dengan jiwa ingin bebas itulah yang membentuk sebahagian dari pengalaman dari kesempatan berada di Singapura dalam tahun-tahun lima puluhan dan enam puluhan itu. Singapura yang dinamik!

Dalam dinamiknya itu, Singapura menyaksikan kegiatan pertubuhan pelajar dan pemuda, di samping kegiatan pergerakan parti politik dan kesatuan buruh.

Alhamdulillah dalam pingitan madrasah itu saya sempat menyertai pergerakan pelajar khasnya menerusi kegiatan seni budaya, bahasa dan sastera.

Dan di situlah bermulanya Episod-Episod Si Awang!

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERUNDINGAN MUKIM, MUKIM KOTA BATU,

DI DEWAN DEPOT BANDARAN, KAMPUNG BELIMBING, KOTA BATU

PADA HARI AHAD, 14 SYAWAL 1433 HIJRIAH / 2 SEPTEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

TERIMA kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri dengan iringan ucapan. Ucapan iringan itu sebenarnya adalah harapan dan doa

iaitu : Pertama kita berharap kembali kepada fitrah semula jadi setelah berkeadaan luar biasa berpuasa Ramadhan selama sebulan. Kita kembali melakukan rutin harian khasnya makan minum pada siang hari. Kita kembali kepada keadaan biasa yang normal dan rutin itu setelah menjalani ujian selama sebulan menahan pelbagai keinginan dan sifat perangai yang tidak kondusif dengan tujuan berpuasa.

Kedua ialah doa dan harapan kita, setelah beramal ibadat dan beramal kebajikan sepanjang berpuasa Ramadhan itu, semoga pula kita berjaya mendapatkan reda serta ampun dari Allah Subhanahu Wata'ala dengan itu kita dilepaskan daripada bebanan dosa untuk berkehidupan yang sempurna sebagai individu, sebagai ahli dalam rumah tangga, keluarga, dalam lingkungan tempat kerja, kampung halaman dan seterusnya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat dan bangsa.

Ketiga ialah kita berharap dan berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala menerima amal ibadat dan kebajikan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan dan mendapat ganjaran setimpal berupa pahala, rahmat dan berkat yang membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan lain-lain kurnia Allah Subhanahu Wata'ala. Perkara ampun dan reda Allah itu sangat penting bagi kita orang-orang lslam.

Tahukah awda apa jawapan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketika ditanyakan oleh para sahabat apa yang mereka akan pinta kepada Allah

Page 131: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

244 245

Subhanahu Wata'ala sekiranya mereka mendapati Malam Lailatulqadar?Jawapan Baginda ialah menyuruh para sahabat itu memohon reda Allah dan syurga; memohon ampun dan terhindar dari neraka - untuk diri, untuk kedua ibu bapa, untuk sekalian saudara-saudara seugama yang beriman lelaki dan perempuan: (Ya Allah! Ku pohonkan reda Mu dan Syurga. Ku pohonkan perlindungan Mu Ya Allah dari kemurkaan Mu dan Neraka. Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Pengampun dan suka memberi ampun, maka ampunilah aku, kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang Islam dan beriman lelaki dan perempuan). Dengan kesemua doa dan harapan sedemikian itu maka jelaslah Hari Raya itu suatu yang sangat berkaitan dengan ugama.

Dan sememangnya pun ianya diadakan bagi menepati identiti agama Islam dan memenuhi cita rasa umatnya untuk hidup harmoni, aman dan bahagia sejahtera dengan mempunyai hari kebesaran yang disambut dan diraikan sebagai manifestasi kehidupan berugama umat Islam yang berpegang kepada yakni : Memelihara hubungan dengan Allah Subhanahu Wata'ala yang kepada-Nya kita mengabdikan diri selaku makhluk dan hamba-Nya dan memelihara hubungan sesama manusia, hamba Allah dengan saling bekerjasama, tolong menolong dalam perkara-perkara berkebajikan, menghindari dan bahkan mengatasi perkara-perkara berkejahatan (munkarat dan maksiat).

Hari Raya itu asalnya ialah orang-orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah dan baru bertapak di kota Nabi itu mendapati orang-orang. Yahudi dan Nasrani di Madinah itu masing-masing mempunyai hari kebesaran yang mereka sambut dan raikan setiap tahun. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memberitahu orang-orang Islam itu bahawa Allah Subhanahu Wata'ala mengadakan untuk mereka dua hari kebesaran yang diraikan setiap tahun iaitu dan yang masing-masing itu ada kaitannya dan ibadat tertentu iaitu ibadat haji bagi dan ibadat puasa bagi.

Maka Hari Raya itu memangnya hari kebesaran ugama yang disambut dan diraikan. Antara unsur keraian itu ialah menyambutnya dengan gembira dan ceria menurut kadar yang kita mampu, hatta orang-orang yang kurang mampu dan yang tidak mampu pun kita bantu

merayakannya supaya mereka juga sama gembira dan ceria.

Tinggal lagi kerana Hari Raya itu ialah hari keugamaan dan kita orang Islamyang menyambut dan meraikannya adalah orang beriman maka kegembiraan kita itu setentunya kita sesuaikan dan selaraskan dengan semangat ajaran ugama anutan dan pegangan kita.

Tegasnya : kita berhari raya menurut selayaknya, sebagai orang Islamyang baik. Kita boleh sahaja memeriahkan Hari Raya dan boleh saja berhari raya dalam suasana riang gembira yang wajar dan berpatutan. Kita berhari raya dan bergembira dengan menahan diri daripada perkara munkarat dan maksiat. kita bergembira sambil mengingati Allah. Tidak luput waktu solat. Kita mensyukuri Allah - yang kesemuanya itu - mungkin saja dinyatakan dalam bentuk seni suara, seni bunyi dan seni lakon yang melibatkan gerak dan penampilan diri.

Dan itu pun sudah setentunya menurut yang layak dan wajar bagi orang Islamyang baik. Alhamdulillah, kita di mukim Kota Batu, seperti juga penduduk-penduduk di mukim-mukim lain di negara ini, dapat berhari raya dalam suasana negara kita aman dan selamat. Aman ialah kerana tiada kacau bilau, tiada krisis sama ada krisis sesama sendiri mahu pun dengan orang lain.

Dalam keadaan sedemikian itu kita berasa selamat lalu dapat menjalani kehidupan yang normal. Namun kesemua itu tidak datang dengan sendirinya. Selamat dan aman itu adalah di antara nikmat - nikmat Allah yang wajib kita syukuri.

Dalam erti kata lain aman dan selamat itu ialah kerana negeri kita ini memang aman dan tenteram. Tiada kacau bilau sesama sendiri dan tiada permusuhan dengan orang lain.

Namun dalam keadaan biasa, negeri yang aman itu tidak terlepas daripada kejadian-kejadian yang mengancam ketenteraman hidup orang peseorangan dan keluarga. Tegasnya ada kejadian-kejadian atau kes-kes jenayah dan pelanggaran ke atas undang-undang serta peraturan-

Page 132: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

246 247

tertentu. Kita ambil contohnya daripada kes-kes yang direkodkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei.

Misalnya kita lihat pada kadar jenayah yang direkodkan oleh pihak polis yang mengawal keamanan dan ketenteraman awam. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2012, pihak polis telah mencatatkan sebanyak 2,930 kes di seluruh negara yang mana 2,494 kes (85.1%) daripadanya adalah merupakan kes polis, Manakala, sebanyak 436 kes (14.9%) adalah kes-kes yang berkaitan kesalahan dan pelanggaran undang-undang seperti Akta Kastam & Eksais (197 kes), diikuti Akta Penyalahgunaan Dadah (141 kes), Akta lmigresen (48 kes), Akta Buruh (43 kes) dan Akta-Akta lainnya.

Bagi Daerah Brunei dan Muara sahaja, pihak polis telah mencatatkan sebanyak 2,273 kes dan daripadanya sebanyak 2015 kes (88.6%) adalah merupakan kes polis yang melibatkan Akta Kesalahan Jenayah. Dalam tempoh berkenaan, kategori jenayah yang tertinggi dicatatkan adalah jenayah terhadap harta benda iaitu sebanyak 1,262 kes (62.6%) terutama sekali curi sebanyak 885 kes (43.9%).

Sementara di kampung-kampung di dalam Mukim Kota Batu, dalam tempoh berkenaan itu ada sebanyak 31 kes dilaporkan yang mana 16 kes daripadanya adalah kes curi, 14 kes pecah kereta dan curi dan satu kes curi kenderaan. Walau bagaimanapun, tiada kes dicatatkan bagi pecah rumah dan curi.

Maka ternyata dalam menikmati kehidupan bernegara yang aman tenteram itu kita tidak pula terlepas dari ancaman perbuatan-perbuatan jenayah dan perbuatan-perbuatan lainnya yang melanggar peraturan dan undang-undang seperti kesalahan di bawah Akta Ugama, Kastam dan Eksais, Imigresen dan Buruh dan juga di bawah Akta Penyalahgunaan dadah.

Semuanya itu mengancam ketenteraman dan keselamatan nyawa dan harta benda kita. Maka tentulah kita perlu berusaha sama dengan pihak-pihak penguatkuasa undang-undang untuk memastikan kejadian-

kejadian yang mengancam ketenteraman dan keselamatan kita selaku individu dan kumpulan masyarakat itu tidak sampai berleluasa. Ianya hendaklah diatasi dan seterusnya dibanteras. Kita orang awam adalah juga bertanggungjawab membantu pihak-pihak berkuasa mencegah dan membanterasnya.

Demikianlah. Sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Page 133: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

248 249

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PEGAWAI-PEGAWAI PENTADBIRAN PENJARA ASIA PASIFIK KE-32 DI SALAH SEBUAH

HOTEL DI GADONG PADA HARI ISNIN,

22 ZULKAEDAH 1433 HIJRIAH / 8 OKTOBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu´alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

PERTAMA sekali, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan semua perwakilan dan peserta Persidangan Pegawai-Pegawai Pentad-

bir Penjara Asia Pasifik Ke-32 (32nd Asian Pacific Conference for Correctional Administrators - APCCA).

Persidangan lima hari yang mana akan menerokai lima topik uta-ma perbincangan dengan kekayaan ilmu pengetahuan untuk dikongsikan bersama semua perwakilan, saya berharap anda akan mengambil peluang untuk menikmati kemesraan dan ketenangan negara kami, Negara Brunei Darussalam.

Kami mengalu-alukan anda ke 'Abode of Peace' kami.

Saya telah dimaklumkan bahawa kira-kira 140 peserta berkumpul di sini hari ini dari 22 buah negara (termasuk Negara Brunei Darussalam). Saya yakin anda merupakan para perwakilan tahanan terbaik yang dipilih institusi anda dari rantau Asia Pasifik.

Tema persidangan tahun ini adalah 'Pemulihan Penyayang dan Bermakna'. Ia mencerminkan niat murni dan aspirasi para pegawai dan profesional tahanan, di mana mereka melihat untuk menilai dan mengubah cara mereka beroperasi dan terus meningkatkan keupayaan mereka, sebagai institusi tahanan yang dipercayai dan dihormati untuk merawat, memulih dan mengintegrasikan penghuni penjara semasa dan selepas pemenjaraan para tahanan.

Matlamat utamanya adalah semata-mata untuk membantu membina sebuah masyarakat yang kukuh dan sihat melalui bimbingan

dan penebusan mereka yang telah membuat pilihan yang salah sehingga menjerumuskan mereka masuk penjara, namun mereka berhak mendapat layanan seperti seorang manusia.

Ini bererti memastikan bahawa penghuni penjara diberi pemulihan, latihan dan pendidikan yang akan membolehkan mereka membuat pilihan lebik baik apabila mereka bebas dari penjara dan pada masa yang sama membolehkan mereka menyatu semula ke dalam masyarakat. Anda bertanggungjawab untuk menyediakan bimbingan dan perkhidmatan yang bersesuaian. Bimbingan dan program anda amat penting dan berguna bagi penghuni penjara.

Walau bagaimanapun, setiap penghuni mempunyai rekod dan sejarah yang berbeza, dan sehubungan dengan ini anda hendaklah mengkategorikan program mana satu yang bersesuaian. Saya pasti anda telah menjalani beberapa program dan perkhidmatan yang mana merupakan perkara biasa kepada semua penghuni yang telah atau boleh dilaksanakan.

Izinkan saya menggariskan beberapa perkhidmatan am dan program-program yang boleh dilaksanakan atau telah dilaksanakan dan boleh dipertingkatkan lagi.

Pertama, Pendidikan Akademik di mana penghuni mempunyai keperluan yang lebih meluas seperti rakan-rakan mereka di luar bagi mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka dari fungsi bukan pembaca (functional non-reader) dan perkembangan kurang upaya (developmentally disabled). Saya yakin program pendidikan akademik akan meningkatkan prospek pekerjaan mereka sebaik sahaja dibebaskan. Saya telah dimaklumkan bahawa program ini kini dalam fasa perancangan oleh

Jabatan Penjara Brunei dengan pihak berkuasa yang berkaitan di negara ini.

Kedua, Pendidikan Vokasional yang mana akan memberikan

Page 134: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

250 251

latihan kerja bagi mempersiapkan para penghuni dengan pengetahuan dan cara serta latihan tempat kerja pada masa ini. Program ini telah pun dilaksanakan dan adalah sebahagian daripada program pemulihan di Negara Brunei Darussalam.

Program-program lain yang telah dilaksanakan dan sebahagian daripada program pemulihan adalah Pendidikan Kemahiran Hidup dan Program Keagamaan.

Pendidikan Kemahiran Hidup menekankan kepentingan tanggungjawab sosial dan penumpuan terhadap keibubapaan dan dinamik keluarga.

Manakala Program Keagamaan memberi tumpuan kepada prinsip, pengetahuan dan kefahaman tentang nilai-nilai agama termasuk mengamalkan teras-teras pengajaran agama.

Di Negara Brunei Darussalam, program ini adalah wajib bagi para penghuni yang beragama Islam. Program seterusnya masih lagi dalam proses oleh Jabatan Penjara adalah penglibatan Kumpulan Sokongan, di mana program ini akan tertumpu kepada para sukarelawan selain melibatkan masyarakat dan kerja-kerja amal. Ini adalah sangat mustahak bagi pemulihan dan menyatukan semula para penghuni ke dalam masyarakat.

Saya ingin menegaskan bahawa kesemua program perlu dirangka sejajar dengan perubahan persekitaran dan trend global.

Program-program hendaklah mampu berdaya saing demi memastikan para penghuni dapat menangani persekitaran luar apabila mereka dibebaskan dari institusi anda.

Akhirnya, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua perwakilan, pemerhati-pemerhati, wakil-wakil media dan jawatankuasa penganjur atas kerjasama dan sumbangan padu mereka kepada persidangan ini. Kepada para peserta, saya ucapkan semoga

persidangan ini amat bermanfaat dan produktif. Adalah menjadi harapan saya semoga persidangan ini akan mencapai matlamatnya dan faedahnya akan menjadi petunjuk kepada kita semua di sini dan seterusnya.

Dengan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam, sukacita saya mengisytiharkan Persidangan Pegawai-pegawai Pentadbir Penjara Asia Pasifik Ke-32 dibuka secara rasmi.

Page 135: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

252 253

UcapanYang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja

Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji AbdullahMENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

MESYUARAT JAWATANKUASA KEBANGSAAN PENUBUHAN TABUNG KEMANUSIAAN RIBUT TROPIKA WASHI, FILIPINA,

DI DEWAN DIGADONG, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

PADA HARI RABU, 10 SAFAR 1433 HIJRIAH / 4 JANUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya jua kita dapat bersama-

sama pada petang ini untuk menubuhkan Tabung Kemanusiaan Mangsa Ribut Tropika Washi, Filipina dan diikuti dengan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan tabung berkenaan yang bertanggungjawab untuk melancarkan kutipan derma seangkat-angkat hati daripada rakyat dan penduduk di negara ini bagi membantu mangsa yang terjejas akibat ribut tropika yang melanda Filipina baru-baru ini.

Seperti yang sama-sama kita maklum daripada sumber media bahawa bahagian Selatan Filipina iaitu utara Pulau Mindanao telah teruk dilanda Ribut Tropika Washi yang menyebabkan banjir kilat, bandar raya pelabuhan Cagayan De Oro dan Iligan adalah dua buah kawasan yang paling teruk terjejas apabila hujan turun dengan lebatnya pada 17 Disember 2011 dalam tempoh 12 jam yang mana dilaporkan menyamai jumlah turunan hujan dalam tempoh sebulan.

Kejadian yang menyedihkan ini telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan tempat tinggal. Dianggarkan 1,249 orang telah terbunuh, lebih 60 ribu orang kehilangan tempat tinggal dan 431 ribu orang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing. Kini lebih 54 ribu orang tinggal di pusat-pusat penempatan sementara. Dalam pada itu, gerakan mencari mangsa hilang masih diteruskan oleh pihak yang berkenaan di Filipina.

Kira-kira seminggu selepas kejadian tersebut, bencana banjir telah melanda kawasan lain iaitu kira-kira 150 kilometer ke timur Cagayan De Oro dan Iligan yang menyebabkan kerosakan kemudahan dan tempat tinggal para penduduk di beberapa buah bandar.

Page 136: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

254 255

Berikutan bencana yang dialami oleh penduduk di Selatan Filipina itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah melancarkan tabung rayuan segera bagi mengutip ASD28 juta untuk membantu mereka yang terjejas iaitu dianggarkan 600 ribu orang.

Sementara itu, bagi memberi perlindungan kepada para mangsa, kerajaan Filipina membina khemah-khemah sementara bagi menempatkan para mangsa dalam sekitar tiga bulan sebelum tempat tinggal kekal dibina. Mangsa-mangsa juga menghadapi masalah mendapatkan bekalan air bersih.

Berikutan itu peramba/kaola/saya telah berunding dengan Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama, selaku Pengerusi Bersama Tabung Kemanusiaan Negara Brunei Darussalam bagi membincangkan bagaimana untuk membantu rakyat di Filipina yang terbabit dalam kejadian banjir kilat tersebut. Dan alhamdulillah telah bersetuju, dalam mana adalah wajar bagi Negara Brunei Darussalam untuk mengadakan Tabung Bantuan Kemanusiaan Bagi Mangsa-Mangsa Ribut Tropika Washi Filipina atas dasar keprihatinan dan perikemanusiaan untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa bencana banjir di negara berkenaan.

Perkara ini telah disembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan alhamdulillah telah mendapat titah perkenan baginda bagi penubuhan satu tabung yang dikenali sebagai Tabung Kemanusiaan Mangsa Ribut Tropika Washi Filipina.

Berikutan dengan perkenan baginda itu maka peramba/kaola/saya sukacita melancarkan Tabung Kemanusiaan Mangsa Ribut Tropika Washi Filipina pada petang ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Mangsa Ribut Tropika Washi Filipina yang akan bermesyuarat pada petang ini bagi membincangkan mengadakan kutipan bagi tabung berkenaan.

Peramba/kaola/saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

menyeru kepada semua rakyat dan penduduk di negara ini untuk sama-sama menyumbangkan derma seangkat-angkat hati ke tabung ini atas dasar perikemanusiaan semata-mata untuk meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir berkenaan. Di samping menzahirkan rasa simpati, keprihatinan dan sama-sama merasakan keperitan yang ditanggung dan hadapi oleh mangsa-mangsa banjir di Filipina, sumbangan daripada rakyat dan penduduk negara ini juga menunjukkan akan komitmen Negara Brunei Darussalam ke arah mewujudkan Komuniti ASEAN (ASEAN Community) sebagaimana yang dihasratkan oleh ketua-ketua pemimpin ASEAN. Semoga sumbangan yang berkebajikan ini mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala jua.

Sehubungan dengan ini sukacita saya memaklumkan dalam mana negara-negara Thailand dan Kemboja melalui duta besar masing-masing di Negara Brunei Darussalam telah menyampaikan penghargaan dan terima kasih melalui surat kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di atas keprihatinan dan simpati kerajaan dan rakyat serta penduduk Negara Brunei Darussalam dengan mengadakan tabung kemanusiaan bagi menghulurkan bantuan-bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negara-negara berkenaan baru-baru ini.

Buat mengakhiri, peramba/kaola/saya sukacita juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir pada petang ini dan peramba/koala/ saya berharap, kutipan amal bagi tabung ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan segala usaha ke arah ini akan mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah Subahnahu Wata’ala jua.

Page 137: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

256 257

MAJLIS PELANCARAN MEMPERKASA BUDAYA MEMBACA TAHUN 2012, DI DEWAN SARMAYUDA,

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKAPADA HARI KHAMIS,

18 SAFAR 1433 HIJRIAH / 12 JANUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

TERLEBIH dahulu saya ingin merakamkan dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dewan Bahasa

dan Pustaka (DBP) kerana mengundang saya selaku tetamu kehormat Majlis Pelancaran Memperkasa Budaya Membaca 2012.

Pelancaran Memperkasa Budaya Membaca adalah sangat berfaedah untuk meningkatkan kesedaran, melahirkan, dan mewujudkan masyarakat Brunei Darussalam yang berilmu, berpengetahuan, berwawasan, berhemah tinggi, berdaya saing, kreatif dan maju dalam segenap lapangan.

Budaya membaca dalam kalangan masyarakat dapat mendukung pelaksanaan Wawasan Negara 2035 yang berhasrat untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah negara maju dengan mempunyai rakyat yang berpendidikan, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Wawasan 2035 juga berhasrat untuk menjana kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi dengan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan antara sepuluh negara teratas.

Justeru itu, budaya membaca merupakan sebagai jendela pengetahuan yang akan membuka dan menyuburkan minda segenap lapisan rakyat dan penduduk dengan pelbagai keilmuan yang dapat menghasilkan pemikiran yang pintar, kritis, berfikir secara bernas, kreatif dan inovatif. Pokoknya ialah bangsa yang mengamalkan budaya membaca adalah bangsa yang berjaya dan yang sentiasa inginkan perubahan.

Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah yang mana kedudukan atau tahap Negara Brunei Darussalam dan masyarakat Brunei dalam memperkasa dan mencapai budaya membaca. Perkara ini telah

dipersoal dan huraikan dengan sejelas-jelasnya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena pelancaran Majlis Ilmu 2011. Intisari dan kandungan titah baginda adalah seperti berikut,

“Mengikut satu kajian ada di antara negara membangun mempunyai kadar penduduknya yang membaca hanya satu baris dalam setahun atau paling banyak setengah muka surat setahun.

Di antara negara maju pula kadar penduduknya yang membaca, ada yang satu muka surat dalam setahun. Dan kita pula walaupun belum ada kajian mungkin saja di bawah kategori satu baris setahun. Jika ini betul maka pembudayaan membaca adalah menjadi satu perkara yang patut diutamakan di dalam program negara kita.

Adalah menjadi tanggungjawab negara untuk menjadikan penduduk negara ini betul-betul berilmu dalam erti kata menerima dan memperolehi ilmu itu melalui pendidikan dan pembacaan. Program ke arah ini mestilah disediakan.

Perkara penduduk berilmu boleh dirangka dan laksanakan oleh pelbagai agensi dan kelas dewasa dengan diberikan nafas baru dan paradigma baru.”

Titah baginda tersebut adalah merupakan cabaran dan saranan untuk diangkat dan laksanakan oleh segenap lapisan rakyat dan penduduk dan juga semua agensi dalam kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, pihak swasta, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, masjid-masjid dan surau-surau serta balai-balai ibadat dan pusat-pusat kemasyarakatan di Negara Brunei Darussalam.

Sebagai sebuah negara Islam dan masyarakat yang berpegang kepada konsep Melayu Islam Beraja (MIB) sudah barang setentunya keperluan membaca dan pentingnya menuntut ilmu di sepanjang hayat di dalam kehidupan baik secara individu, masyarakat dan bernegara adalah sudah jelas kepentingannya. Kita perlu bangkit dan bangun kepada seruan ‘Iqra’ yakni ‘Bacalah’ yang terkandung di dalam Al-Qur’an.

Page 138: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

258 259

Kita perlu menyedari bahawa membaca itu adalah kunci kepada segala ilmu pengetahuan, kepandaian dan kepintaran. Manakala jaminan keselamatan serta kesempurnaan bagi kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Negara yang dapat menanamkan budaya membaca dalam kalangan rakyat dan penduduknya terutama sekali dalam kalangan generasi muda dan remaja, merupakan sebagai pewaris dan pemimpin bangsa dan negara masa hadapan, akan melahirkan bangsa yang suka membaca di sepanjang hayat dan mengamalkan kehidupan yang berasaskan ilmu pengetahuan. Mereka juga akan terus belajar membuat penyelidikan dan mempunyai naluri kreatif dan inovatif untuk melakukan dan membuat penemuan-penemuan baru.

Sekali gus budaya membaca akan melahirkan para pendidik yang berkaliber, para pentadbir dan pengusaha yang berwawasan, para pemikir negara yang matang dan mempunyai pemikiran yang jauh ke hadapan dan lapisan masyarakat yang mempunyai kemahiran, berwawasan dan sentiasa berfikiran positif.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui DBP merupakan satu-satunya institusi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam usaha memupuk dan menggalakkan budaya suka dan gemar membaca dalam kalangan segenap golongan masyarakat di negara ini.

Fasiliti dan kemudahan yang disediakan seperti sembilan buah perpustakaan cawangan dan komuniti, dan ditambahi dengan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak, sudut-sudut bacaan dan juga sistem-sistem perkhidmatan, Sistem Peminjaman Kelompok bagi agensi-agensi kerajaan dan Sistem Peminjaman Keluarga bagi kegunaan orang ramai. DBP telah menerajui usaha kerajaan untuk menanam budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Walau bagaimanapun, DBP masih perlu meningkatkan lagi usaha dan mencari kaedah dan pendekatan baru bagi meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya membaca di Negara Brunei Darussalam. Antaranya ialah meninggikan taraf perpustakaan di Bandar Seri Begawan dan perpustakaan di daerah-daerah dengan suasana perpustakaan yang

lebih moden dan kondusif serta diisikan dengan koleksi buku-buku yang menarik dan berkualiti setara dengan konsep perpustakaan moden yang diguna pakai di negara-negara maju.

Saya juga berharap DBP akan mengambil punggur ke hadapan sebagai coordinator dalam mengintegrasikan sistem E-Perpustakaan, E-Warisan dan E-Arkib nanti, bagi memudahkan laluan atau accessibility orang ramai daripada mana-mana lokasi kepada bahan-bahan maklumat tersimpan di 3 cultural sibilings kerajaan iaitu DBP, Jabatan Muzium-Muzium dan Arkib Negara.

Selain daripada itu, kegiatan yang dianjurkan oleh pihak DBP yang menjurus ke arah meningkatkan budaya membaca, seperti Pesta Buku Brunei Tahunan, Peraduan Mari Bercerita, Peraduan Forum Memperkasa Budaya Membaca Belia, Peraduan Cerita Berkumpulan dan lain-lain perlu pada peringkat dan kembangkan serta diberikan nilai tambah (value added) dengan memperkenalkan pendekatan-pendekatan baru. Sebagai contoh mengadakan sudut dan ruang bacaan yang berkala (periodical reading corner) mengikut tema isu-isu semasa seperti teknologi, kesihatan, pertanian, matlamat pembangunan dan wawasan negara yang diikuti dengan bengkel dan ceramah daripada agensi-agensi yang berkenaan dalam kerajaan dan swasta yang difokuskan kepada golongan remaja dan muda.

Kerjasama yang rapat dan bersepadu perlu juga diwujudkan di antara DBP dengan toko-toko buku dan juga pihak media cetak dan elektronik di negara ini dengan mengadakan program membaca secara kolektif dan bersepadu dengan mencontohi program-program yang berjaya (success programmes) dan amalan terbaik (best practices) di negara-negara maju seperti Program ‘Big Read’ di United Kingdom yang membuat 100 ulasan buku setiap minggu dan diedarkan kepada orang ramai bagi menarik minat membaca buku-buku keluaran baru yang menarik. Ini dapat dimulakan dengan skala kecil.

Peranan ibu bapa juga adalah sangat penting dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak. Mereka adalah contoh dan penggalak yang akan diikuti oleh anak-anak mereka. Kanak-kanak

Page 139: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

260 261

sedari awal lagi perlu dibiasakan dan tanamkan dengan sifat menghargai dan berdampingan dengan buku baik di dalam dan luar rumah. Antaranya ialah dengan mengamalkan membacakan buku kepada anak-anak seperti bed time story sebelum tidur.

Ibu bapa juga perlu sering menghadiahkan dan membelikan buku-buku kepada kanak-kanak. Dengan cara demikian kanak-kanak akan menghargai buku dan ilmu yang mendorong mereka mengamalkan gagasan pembelajaran sepanjang hayat dan melahirkan budaya negara dan bangsa maju yang mengamalkan ‘When I have money, I buy books. If any is left I buy food’, bukan sebaliknya.

Pihak swasta, gedung-gedung perniagaan, toko-toko buku dan bangunan-bangunan awam seperti pusat kemasyarakatan, masjid-masjid, surau-surau, juga berperanan bagi mengadakan program membaca secara meluas dengan menyediakan sudut dan ruang untuk membaca yang menarik dan selesa kepada pelanggan dan kegunaan orang ramai yang diisikan dengan koleksi buku bacaan terkini yang menarik dan membangun minda.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin menyeru kepada semua pihak khususnya kepada masyarakat di negara ini, supaya akan dapat sama-sama berganding bahu dalam usaha memperkasa budaya membaca di Negara Brunei Darussalam khususnya di kalangan belia, remaja, muda-mudi dan kanak-kanak di Negara Brunei Darussalam dalam mewujudkan masyarakat yang gemar membaca dan berilmu. ‘Bangsa membaca adalah bangsa berjaya’.

PELANCARAN BRUNEI ART FORUM EXHIBITION DI WATERFRONT ART GALLERY

PADA HARI JUMAAT, 19 SAFAR 1433 HIJRIAH / 13 JANUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikumWarahmatullahi Wabarakatuh

TERLEBIH dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Brunei Art Forum (BAF) kerana telah menjemput saya hadir selaku

tetamu kehormat di Majlis Pelancaran Pameran Seni Lukisan BAF ada petang ini.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas usaha pihak BAF mengadakan pameran ini. Saya percaya usaha ini akan menyumbang ke arah mempromosikan dan mempertingkatkan bidang seni khususnya seni lukisan di Negara Brunei Darussalam.

Adalah diharapkan pihak BAF, iaitu sebuah badan bukan kerajaan akan bergabung tenaga dengan persatuan-persatuan pelukis dan pelukis-pelukis di Negara Brunei Darussalam untuk terus berusaha mengembangkan karya seni lukis tanah air dan mengadakan pameran yang serupa di masa akan datang, bukan sahaja di Galeri Seni Waterfront, di Bandar Seri Begawan, malahan juga dengan membawanya ke daerah-daerah lain di Negara Brunei Darussalam.

Memang diakui penghargaan masyarakat umum terhadap seni lukisan di Negara Brunei Darussalam masih di tahap yang rendah. Ini memandangkan persepsi umumnya terhadap seni melukis masih dilihat sebagai satu hobi atau kegemaran di masa lapang. Akan tetapi ianya melebihi daripada hobi atau kegiatan suka-suka apabila diceburi secara serius. Ianya boleh dijadikan sebagai satu kerjaya.

Pada hakikatnya seni lukis merupakan sebagai platform pada menyalurkan terjemahan pemikiran dan ketajaman minda seseorang individu mengenai masyarakat dan persekitarannya. Di samping itu ianya juga mencerminkan dan memberikan gambaran dan mencatatkan mengenai perkembangan dan kemajuan yang dilalui oleh negara dan

Page 140: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

262 263

masyarakat setempat.

Dalam usaha negara untuk mencapai status sebagai negara maju pada tahun 2035, pembangunan dan kemajuan yang dicapai juga perlu merangkumi perkembangan di bidang kesenian dan kebudayaan.

Dewasa ini, seni melukis dan karya lukisan telah menembusi pasaran global secara meluas yang menguntungkan. Negara China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis adalah merupakan empat pasaran seni halus terbesar di dunia. Malahan juga seni melukis adalah satu bisnes global yang boleh diterokai dan dimanfaatkan oleh artis-artis tempatan.

Dengan wujudnya perhubungan melalui teknologi infokomunikasi khususnya internet, karyawan berbakat di Negara Brunei Darussalam boleh sahaja memasarkan secara online karya seni lukisan mereka kepada lebih dua setengah bilion pengguna internet di seluruh dunia. Ini bererti dunia seni lukisan bukanlah satu bisnes kecil-kecilan. Justeru itu, walaupun kita jauh di belakang jika dibandingkan dengan banyak negara di rantau ASEAN, langkah untuk mengembangkan bidang seni lukis di Negara Brunei Darussalam perlu diambil dan berikan perhatian.

Era teknologi infokomunikasi juga telah membukakan bidang industri baru yang dikenali sebagai creative industry. Ini membukakan lagi peluang kepada para pelukis dan penggiat seni tempatan untuk mengadaptasikan karya lukisan mereka dengan menggunakan aplikasi teknologi komunikasi menjadi produk seni yang lebih menarik dan berharga.

Sehubungan dengan ini dan selaras dengan hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memperkembangkan industri kreatif di Negara Brunei Darussalam adalah diharapkan akan lebih ramai lagi para pelukis tempatan, khususnya di kalangan para belia, turut menerokai bidang industri kreatif contohnya mengembangkan seni warisan tradisi dan budaya bangsa, menjadi pelukis kartun dan animasi dan pereka yang boleh mendapat tempat dan memainkan peranan di

dalam industri pengeluaran filem animasi dan kartun terkemuka dunia.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan terus memberikan sokongan dan dukungan kepada karyawan tanah air dan golongan muda yang berbakat seni untuk maju ke hadapan. Penyediaan peluang dan tempat bagi para pelukis tempatan mempamerkan hasil ciptaan mereka adalah antara sebab galeri seni di bangunan kastam lama ini diwujudkan. Ini juga akan memberikan daya tarikan kepada pelancong-pelancong luar negeri khususnya pencinta dan pengumpul seni lukis serantau dan antarabangsa.

Perbelanjaan dan pelaburan yang tinggi untuk pengubahsuaiannya adalah juga diharapkan akan membuka peluang dan ruang kepada mereka yang telah menghasilkan karya lukisan yang bermutu tinggi mempamerkan kebolehan mereka dan seterusnya mendapatkan hasil dari penjualannya.

Dalam usaha KKBS penjenamaan semula atau rebranding Pusat Belia di Bandar Seri Begawan dan pusat-pusat belia di daerah-daerah, di samping menyediakan kemudahan kemudahan lain, satu sudut kreatif dan inovasi juga akan diadakan. Ini akan membolehkan dan memberi ruang kepada para belia yang kreatif termasuk para pelukis belia kita yang berbakat untuk mempamer dan mempromosikan hasil karya kreatif dan inovatif mereka di sepanjang tahun.

Untuk menjadikan seni lukis sebagai satu kerjaya yang viable memerlukan usaha gigih dan bersepadu semua pihak di Negara Brunei Darussalam. Ini termasuk pihak media untuk mempromosikan bidang seni ini, pihak Kementerian Pendidikan di dalam melatih dan melahirkan para pelukis muda tempatan yang berkaliber dan juga pihak swasta seperti hotel dan restoran sebagai pembeli dan menyediakan ruang untuk mempromosi dan memasarkan karya lukisan tempatan, kita insya-Allah akan dapat menjadikan seni melukis satu sumber mata pencarian.

Usaha pihak BAF untuk mengadakan pameran sedemikian ini diibaratkan sebagai langkah-langkah pertama ke arah menjadikan seni lukisan sebagai satu bidang industri kreatif yang dapat dimajukan. Saya

Page 141: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

264 265

menyeru agar semua pihak yang berkepentingan akan dapat sama-sama berganding bahu bagi memastikan momentum yang dihasilkan dari pameran ini akan dapat diteruskan.

Dengan mendahulukan kalimah-kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, Allahhumma Salli ‘ala Sayyidina Muhammad, Wa’alaalihi Wasahbihi Wasallam, saya sukacita merasmikan Pameran Seni Lukisan BAF 2012.

MAJLIS PELANCARAN SISTEM ARKIB E-ARKIB, DI DEWAN DIGADONG, KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

PADA HARI KHAMIS, 25 SAFAR 1433 HIJRIAH / 19 JANUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

TERLEBIH dahulu, sukacita saya ingin merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Pengarah Muzium-Muzium

dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa kerana mengundang saya untuk merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Arkib e-Arkib.

Setiap negara dan bangsa yang bertamadun perlu mengumpul, merekodkan dan menyimpan khazanah-khazanah dan peninggalan sejarah yang lama. Peninggalan dan rekod-rekod sejarah tersebut perlu disimpan dan dipelihara dengan sempurna untuk warisan dan menjadi bahan rujukan serta kajian kepada generasi yang akan datang.

Pengumpulan dan merekodkan bahan-bahan sejarah dilakukan oleh muzium-muzium bagi artifak-artifak, pusat-pusat arkib bagi dokumen-dokumen dan perpustakaan bagi buku-buku dan bahan-bahan ilmiah. Ketiga-tiga institusi ini juga wujud di negara ini dan masing-masing memainkan peranan untuk menyimpan dan menyebarluaskan maklumat dan ilmu pengetahuan daripada khazanah-khazanah tersebut kepada generasi yang ada pada masa ini.

Segala rekod-rekod dan bahan-bahan lama ini perlulah diambil perhatian dari segi penyimpanan dan pemeliharaannya kerana ianya mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah sebagai satu khazanah negara. Ini kerana maklumat-maklumat yang tersimpan dalam rekod dan bahan lama ini merupakan satu sumber yang penting dalam mengetahui liku-liku pemerintahan dan sejarah pentadbiran negara dan pembangunan bangsa yang akan dapat menimbulkan dan menanamkan kesedaran kebangsaan di kalangan masyarakat. Justeru itu dengan adanya sistem pengurusan yang baik dan bersistematik, maka rekod dan bahan lama ini akan dapat dipelihara dan maklumat-maklumat yang tersirat tidak akan luput dimakan zaman.

Page 142: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

266 267

Dengan adanya perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang begitu cepat dan pesat banyak mempengaruhi kehidupan namun ia boleh digunakan bagi kemudahan menyalur perkhidmatan dan perkongsian maklumat secara online khususnya daripada institusi-institusi seperti muzium, pusat arkib dan perpustakaan.

Dengan adanya juga projek-projek e-Kerajaan yang disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, institusi-institusi berkenaan juga telah dapat mempertingkatkan dan memperluaskan lagi perkhidmatannya kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam melalui program-program e-Kerajaan yang sedang dan telah dilaksanakan. Oleh itu, penggunaan ICT dalam penyediaan perkhidmatan kerajaan adalah satu cara yang bijak dalam membuat transformasi lebih-lebih lagi ianya banyak membawa kebaikan kepada semua pihak.

Saya telah menekankan mengenai keperluan bagi ketiga-tiga institusi ini untuk membarigakan dan memudahkan orang ramai untuk mendapatkan maklumat daripada bahan simpanan yang ada di institusi berkenaan. Bagi Arkib Negara, jika diimbas kembali semasa Majlis Sambutan Hari Arkib Antarabangsa pada 13 Jun 2011 tahun lalu, saya telah menekankan supaya Arkib Negara Brunei Darussalam mempertingkatkan program kesedaran kepada orang awam tentang peranan Arkib Negara. Perkara ini amatlah penting kerana ianya akan meningkatkan lagi kesedaran orang ramai dalam kefahaman dan penghayatan sejarah tanah air dan bangsa.

Dengan adanya e-Arkib ini, Arkib Negara akan melangkah setapak dalam mencapai misinya menjadi sebuah Pusat Sumber Maklumat dan Penyelidikan Negara dengan meluaskan lagi sistem perkhidmatannya secara online dan penyediaan maklumat-maklumat dalam bentuk digital. Ini membolehkan Arkib Negara berinteraksi dan berurusan dengan orang awam dalam memberikan perkhidmatan yang berkesan, cepat dan berkualiti. Ini termasuklah dalam menyalurkan maklumat, penyediaan borang permohonan penyelidikan, pertanyaan dan sebagainya. Transformasi seperti ini adalah perlu ada di setiap agensi-agensi kerajaan.

Walau bagaimanapun perlu juga diingatkan dalam memastikan transformasi yang dilaksanakan ini benar-benar memberikan perkhidmatan yang efisien dan berkesan kepada pelanggan-pelanggan yang terdiri dari agensi dan warga Perkhidmatan Awam, pihak swasta, institusi-institusi pendidikan dan penyelidikan, sekolah-sekolah dan juga orang persendirian, sistem pengurusan perisian maklumat perlu diambil kira. Kerana dengan adanya sistem pengurusan perisian maklumat yang bersistematik dan mesra pelanggan user friendly maka maklumat-maklumat dalam bentuk digital ini akan tersusun dengan baik, mudah didapati dan dimanfaatkan dan ianya juga akan dapat terus terpelihara.

Yang sama penting untuk diberikan perhatian di dalam pelaksanaan sistem E-Arkib ini ialah, memastikan ianya mudah dilayari atau accessible oleh setiap genap masyarakat pengguna, Insya-Alllah, dengan mengambil kira sistem pengurusan maklumat yang bersistematik ini, maka pelaksanakan projek ini bukan sahaja selaras dan menyahut Wawasan Brunei 2035 dalam mengembang majukan penggunaan ICT dalam Perkhidmatan Awam, ianya juga memastikan kesinambungan dan pemeliharaan berterusan khazanah negara dan bangsa.

Dalam pelaksanaan sistem ini, saya dapat menggambarkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu dihadapai dan ditangani bagi memastikan pelaksanaannya akan berterusan dalam masa jangka panjang. Antaranya seperti keperluan meningkatkan kemahiran sumber tenaga manusia dalam mengendalikan sistem ini dengan baik. Keberkesanan aplikasi ICT bukanlah semata-mata tertakluk kepada hardware dan software, tetapi bergantung kepada tenaga manusia yang mengendalikannya.

Apa yang penting ialah sikap terbuka setiap pegawai dan kakitangan berkenaan dalam sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan peka dengan perkembangan dunia ICT agar segala peralatan yang digunakan adalah relevan serta tidak obsolete dengan mengambil kira perubahan ICT yang begitu cepat.

Dalam kesempatan ini juga, saya ingin menyarankan agar Arkib Negara Brunei Darussalam, Jabatan Muzium-Muzium Brunei dan

Page 143: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

268 269

Perpustakaan menyediakan perancangan jangka pendek dan panjang dalam menjayakan dan memastikan projek ini sustainable dan relevan sepanjang masa. Sehubungan dengan ini pihak Muzium perlu sentiasa berusaha untuk mengembangluaskan dan menaik taraf perkhidmatan yang diberikan seperti mengintegrasikan dan mengkoordinasikan dengan sistem-sistem maklumat yang lain iaitu e-Heritage dan e-Library yang merupakan sebagai sistem pemberian maklumat secara digital kepada masyarakat.

Maka dengan mendahulukan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim serta selawat kepada Nabi Besar kita Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, saya dengan amat sukacitanya melancarkan laman web rasmi, portal e-Arkib pada pagi ini.

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ANTARABANGSA ORANG BERKEPERLUAN KHAS (OBK),

DI RUANG LEGAR, AIRPORT MALL, BERAKASPADA HARI SABTU,

27 SAFAR 1433 HIJRIAH / 21 JANUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua dapat kita berhimpun

bersama-sama dalam majlis pada pagi ini iaitu, Majlis Sambutan Hari Antarabangsa Orang Berkeperluan Khas 2011. Seperti mana kita sedia maklum, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak 14 Oktober 1992 telah mengisytiharkan bagi setiap 3 Disember sebagai Hari Antarabangsa Orang Berkeperluan Khas dengan memberikan pengiktirafan hak yang sama. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab mereka kepada orang berkeperluan khas; dan seterusnya menggerakkan komuniti untuk mengambil berat masalah mereka dengan mengadakan kemudahan sesuai dengan keperluan dan keupayaan mereka.

Alhamdulillah pada tahun ini, buat pertama kalinya, satu anugerah khas akan diberikan kepada orang berkeperluan khas (OBK) berjaya. Ini merupakan satu inisiatif yang bukan sahaja bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada OBK di atas usaha gigih mereka mengharungi pelbagai bentuk cabaran sehingga berjaya, malah ia juga merupakan satu insentif untuk mereka terus berusaha bagi memajukan diri dan meningkatkan taraf kehidupan mereka. Penerima anugerah ini juga akan menjadi sebagai pendorong dan role model di kalangan orang-orang berkeperluan khas di negara itu untuk mereka akan lebih gigih dan cekal berusaha dalam mengharungi cabaran dan liku-liku kehidupan secara berdikari dan mempunyai keyakinan diri.

Selain daripada itu dengan adanya anugerah seumpama ini akan dapat merubah persepsi dan tanggapan seluruh masyarakat supaya lebih positif untuk menerima golongan ini sebagai golongan yang berpotensi dan berkeupayaan untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan

Page 144: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

270 271

masyarakat dan negara jika diberi peluang dan penyertaan yang saksama.

Selaras dengan tema Sambutan Hari Antarabangsa OBK iaitu ‘Together For A Better World For All: Including Persons With Disabilities in Development’, saya mengalu-alukan usaha-usaha persatuan-persatuan sukarela, badan-badan korporat dan orang-orang perseorangan dalam sama-sama menyumbang ke arah kesejahteraan orang-orang berkeperluan khas di negara ini melalui penyediaan program-program dan latihan dan juga peluang pekerjaan untuk golongan ini.

Di Negara Brunei Darussalam sikap peka dan prihatin di kalangan masyarakat terhadap golongan OBK semakin menyerlah dengan bertambahnya jumlah persatuan-persatuan sukarela untuk membantu golongan ini. Perkara ini telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Ke-65 Tahun, di mana baginda melahirkan rasa gembira dan menghargai sikap prihatin di kalangan rakyat dan penduduk dalam sama-sama membantu kumpulan-kumpulan OBK melalui usaha-usaha yang dilaksanakan oleh organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGOs).

Alhamdulillah, skim bantuan kewangan secara sukarela melalui pemotongan gaji bulanan pegawai dan kakitangan perkhidmatan untuk disalurkan kepada persatuan-persatuan OBK yang ingin mereka bantu yang diperkenankan oleh Kebawah DYMM pada tahun lepas sudah dapat dilaksanakan.

Akan tetapi, kita masih perlu meneruskan usaha bagi meningkatkan kesedaran rakyat dan penduduk terutamanya di kalangan golongan belia dan muda untuk mempunyai kesedaran sosial (social conscience) yang tinggi terhadap OBK di Negara Brunei Darussalam. Kita ingin melihat kesedaran yang meluas dalam memberikan pemedulian dan bantuan yang berbentuk kemudahan prasarana dan perkhidmatan, peluang pekerjaan dan kegiatan- kegiatan amal dan sukarelawanan bagi tujuan kebaikan (for the good course) untuk orang-orang berkeperluan khas di Negara Brunei Darussalam.

Ke arah ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) sedang menyediakan satu kalendar sepanjang tahun bagi kegiatan-kegiatan sukarelawanan yang merangkumi untuk membantu golongan berkeperluan khas. Kegiatan sukarelawan sepanjang tahun ini akan melibatkan penyertaan lapisan masyarakat di pelbagai peringkat, termasuk sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi, NGOs, swasta dan persatuan-persatuan. Kalendar ini akan diedarkan kepada stakeholders yang dinyatakan.

Bagi mendukung program sukarelawanan ke atas menangani kebajikan dan kesejahteraan OBK lebih berkesan adalah juga diharapkan institusi Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) akan dapat melaksanakan kegiatan-kegiatan khusus dalam memantau dan menghulurkan bantuan kepada orang-orang berkeperluan khas di mukim dan kampung masing-masing melalui penglibatan masyarakat setempat dan melaporkannya kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) mana-mana OBK yang memerlukan bantuan.

Mengikut perangkaan daripada PBB, pada tahun 2011, 15 peratus daripada penduduk dunia adalah terdiri daripada OBK. Golongan ini merupakan golongan minoriti yang paling ramai jumlahnya.

Manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa jumlah ini akan terus meningkat disebabkan oleh beberapa faktor seperti kemunculan berbagai-bagai jenis penyakit, peperangan dan keganasan, bencana alam dan meningkatnya jangka hayat yang menyebabkan meningkatnya jumlah warga emas yang kebanyakannya dalam keadaan kurang upaya disebabkan oleh fakta umur.

Bagi Negara Brunei Darussalam jumlah OBK yang berdaftar di JAPEM ialah lebih kurang seramai 3,935 orang.

Kebawah DYMM sentiasa komited terhadap kemajuan dan pembangunan golongan OBK. Melalui KKBS, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan telah melaksanakan program-program untuk meningkatkan kesejahteraan golongan OBK di negara ini.

Page 145: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

272 273

JAPEM, KKBS, menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk OBK ini termasuk pemberian pencen dan elaun kurang upaya, bantuan kewangan untuk memulakan perusahaan secara kecil-kecilan, perkhidmatan bimbingan, pembelajaran dan kemahiran bantu diri, latihan kemahiran dan pekerjaan, latihan industri, bantuan alat-alat bantu khas, pemulihan dalam komuniti dan biasiswa di Institut Tahfiz.

Sebagai usaha yang berterusan bagi mewujudkan satu masyarakat OBK yang bersemangat berdikari dan menikmati hak, peluang dan akses secara saksama di kalangan masyarakat dan pembangunan negara, dewasa ini, KKBS, sedang dalam proses menggubal perintah OBK yang antara lain bertujuan untuk memberi hak dan peluang yang sama kepada OBK untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain supaya mereka dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.

Selain daripada itu, pihak kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Isu Warga Emas dan OBK yang mana antara lain bertanggungjawab untuk menyediakan dasar dan pelan tindakan bagi menangani isu warga emas dan OBK.

Di peringkat antarabangsa dan serantau pula, di samping menandatangani Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya pada tahun 2007 sebagai tanda komitmen tinggi kerajaan terhadap peningkatan kualiti hidup golongan OBK di negara ini, negara kita, bersama-sama dengan negara ahli ASEAN yang lain, pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 pada bulan November 2011 telah meluluskan ‘Bali Declaration on the Enhancement of the Role and Participation of Persons with Disabilities’ dan telah bersetuju mengisytiharkan tahun 2011 hingga 2020 sebagai ‘ASEAN Decade of Persons with Disabilities’ bagi memastikan penyertaan penuh OBK dalam semua aktiviti dan bagi memastikan perspektif ketidakupayaan diambil kira dalam semua dasar dan program di rantau ASEAN.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan dan bukan kerjaan yang telah banyak membantu demi kemajuan dan pembangunan OBK termasuk

memberi peluang pekerjaan kepada golongan OBK di negara ini, dan juga kepada para dermawan yang telah selama ini memberi sumbangan untuk kepentingan golongan ini. Semoga sumbangan yang berkebajikan dan membangun ini akan mendapat pahala yang setimpalnya dari Allah Suhanahu Wata’ala jua.

Dengan mendahulukan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim dan dengan bertawakal ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, saya dengan ini merasmikan Sambutan Hari Orang Berkeperluan Khas sempena Sambutan Hari Antarabangsa Orang Berkeperluan Khas dengan tema ‘Together For a Better World For All: Including Persons With Disabilities in Development’.

Page 146: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

274 275

PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA (PPB) DAN PROGRAM JANGKA PENDEK PPB SESI 2010 - 2011

DI DEWAN BINADIRI, PPB PADA HARI ISNIN,

6 RABIULAWAL 1433 HIJRIAH / 30 JANUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala yang telah mengizinkan kita dapat bersama-sama hadir

di Majlis Penyampaian Sijil Program Pembangunan Belia (PPB) dan Program Jangka Pendek Sesi 2010 -2011 pada petang ini.

Dalam kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para lepasan pelatih PPB dan Program Jangka Pendek Sesi 2010 - 2011 yang akan menerima sijil mereka pada petang ini, di atas kejayaan dalam mengikuti program kemahiran masing-masing.

Saya penuh berharap agar para pelatih yang telah menamatkan kursus di pusat ini akan keluar dengan berbekalkan azam dan semangat yang tinggi untuk meraih kejayaan dalam kehidupan bukan sahaja untuk diri para pelatih sendiri malah untuk kebanggaan keluarga dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Pergunakan kemahiran dan tunjuk ajar yang telah diperolehi untuk membangunkan diri masing-masing untuk keluar daripada pengangguran dan kemiskinan dengan menerokai peluang-peluang pekerjaan dan perusahaan yang terdapat di luar sana. Hanya mereka yang berani, cekal, sentiasa berusaha dan mempunyai keyakinan keupayaan diri menghadapi cabaran serta sentiasa bertawakal dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala untuk dibukakan pintu-pintu rezeki di dalam kehidupan. Dalam waktu yang sama, para lepasan pelatih perlu membuat perubahan terhadap ketrampilan diri; membangunkan integriti dan kebolehpercayaan; semangat ingin terus maju serta bijak dalam membuat keputusan.

Dalam menggalakkan penglibatan golongan belia dan pembangunan

ekonomi melalui bidang keusahawanan, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah banyak menyediakan beberapa kemudahan dan bantuan berkaitan keusahawanan melalui beberapa kementerian dan jabatan di negara ini. Oleh itu, saya menyeru kepada para belia PPB khasnya untuk merebut dan tidak mensia-siakan peluang berkenaan.

Seperkara yang membanggakan ialah pelaksanaan Program Pembangunan Kemahiran Belia di antara Syarikat Alcoa, Brunei Economic Development Board dan PPB telah berjaya melahirkan sebanyak 55 buah syarikat baru yang dipelopori sendiri oleh belia lepasan pelatih pusat ini. Saya juga difahamkan bahawa pihak pusat telah dan akan membuat beberapa MoU dengan beberapa agensi swasta di negara ini dalam usaha untuk membuka lebih luas peluang pekerjaan bagi lepasan pelatih pusat ini di masa hadapan.

Inisiatif di antara PPB dan beberapa pihak swasta ini adalah merupakan usaha kerjasama yang padu dalam membantu golongan belia di negara ini dan sebagai usaha merealisasikan hasrat negara untuk mengurangkan kadar pengangguran dan dalam waktu yang sama mengurangkan pergantungan kepada tenaga luar.

Sehubungan dengan ini, Unit Keusahawanan yang diwujudkan di bawah Bahagian Pembangunan Belia dan Sukan juga perlu mempergiatkan lagi usahanya dalam mengelola apa juga aktiviti dan program berbentuk keusahawanan khususnya yang berbentuk konsultasi dan nasihat berkaitan tatacara mendapatkan lesen-lesen rampaian, kemudahan tempat berniaga serta peluang bagi mendapatkan modal pinjaman dan usaha mempermudahkan lepasan pusat ini untuk memulakan perusahaan mereka.

Adalah juga disarankan agar PPB akan terus mempergiatkan lagi usahanya untuk mempromosi dan memasarkan sumber tenaga manusia yang berkemahiran yang dihasilkan oleh pusat berkenaan dengan mengadakan Workfare PPB dengan menjemput para majikan menyaksikan sendiri latihan yang dijalani dan hasil tangan daripada para pelatih. Di samping itu, pihak pusat juga perlu meningkatkan lagi

Page 147: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

276 277

kerjsama dengan stakeholder dan rakan strategik dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai lepasan pelatih yang berkualiti.

Dalam fokus pusat ini untuk memberikan pelbagai kemahiran di kalangan belia bagi tujuan peluang pekerjaan dan menceburi bidang keusahawanan, PPB juga perlu mempergiatkan lagi keupayaannya dalam memperkenalkan pelbagai kursus kemahiran selaras dengan permintaan pasaran. Alhamdulillah, baru-baru ini sebuah kursus pendek telah diperkenalkan iaitu Kursus Autocad yang menjurus ke arah penggunaan computer aided drafting and design programme. Kursus ini telah disertai seramai 15 orang belia dan mula dilaksanakan pada bulan November 2011 hingga Januari 2012 dan Program Penempatan Kerja bermula Februari 2012 hingga April 2012.

Insya-Allah, sedikit masa lagi PPB juga akan melaksanakan beberapa kursus yang berpotensi dalam bidang minyak dan gas, seperti Kursus Pemanduan Jentera Berat, Kursus Scaffolding, Kursus Painting and blasting dan sebagainya. PPB juga akan merancang bagi mengadakan kursus-kursus jangka pendek seperti pembersihan profesional bangunan dan pejabat dan Caddie Golf. Pelaksanaan kursus-kursus ini, adalah melalui kaedah outsourcing dengan syarikat-syarikat swasta dan kelab golf yang mempunyai kapasiti dalam bidang-bidang kemahiran berkenaan.

Dalam waktu yang sama ke arah memantapkan diri pelatih di PPB dengan disiplin, semangat jati diri dan kerohanian adalah perlu bagi modul jasmani dan keagamaan diperkenalkan bagi sepanjang tempoh mereka mengikut kursus di pusat berkenaan. Ini perlu dilaksanakan dengan segera.

Akhirnya, sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada para lepasan pelatih yang akan menerima sijil mereka pada petang ini dengan harapan semoga mereka sentiasa maju jaya. Kepada Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Penyampaian Sijil PPB Sesi 2010 - 2011 tidak lupa diucapkan terima kasih kerana telah berusaha dalam mengungkayahkan majlis ini dan semoga jasa bakti yang ikhlas daripada semua akan dapat ganjaran yang setimpal dari Allah Subhanahu Wata’ala.

MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN PROJEK RINTIS PERTAMA PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA (PKBN)

DI AKADEMI PERTAHANAN, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB)

KEM SUNGAI AKAR.PADA HARI ISNIN,

5 RABIULAKHIR 1433 HIJRIAH / 27 FEBRUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SAYA sukacita mengucapkan syabas dan tahniah kepada 78 orang pelatih yang telah berjaya menamatkan Projek Rintis Pertama Program

Khidmat Bakti Negara (PKBN) ini. Awda semua adalah merupakan kebanggaan kepada ibu bapa, masyarakat dan negara, kerana dengan semangat dan azam yang kental telah dapat dengan penuh ketabahan dan kesabaran menjalani sepenuhnya Projek Rintis PKBN yang pertama yang mana hasilnya adalah di luar daripada dugaan.

Yang jelasnya, para pelatih telah menyahut dan menjunjung titah dan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan secara langsung memperlihatkan bahawa awda semua mempunyai semangat taat setia dan kecintaan kepada raja yang sangat mendalam dan tidak berbelah bahagi.

Natijahnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri telah memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada awda semua dalam mana baginda telah berkenan berangkat bercemar duli untuk melihat secara lebih dekat kem latihan dan kegiatan-kegiatan para pelatih serta beramah mesra bersama dengan pelatih-pelatih pada 25 Februari yang lepas. Baginda telah memberikan pujian di atas kualiti pencapaian pelatih-pelatih.

Awda semua adalah merupakan sejarah kepada penubuhan PKBN di Negara Brunei Darussalam. Maka, jadikan ianya sebagai satu kebanggaan, pegangan dan perangsang diri awda semua untuk menjadi belia yang benar-benar merupakan aset yang berharga kepada negara.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan pelatih-pelatih akan

Page 148: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

278 279

memainkan peranan sebagai role model dan menjadi inspirasi kepada para belia yang lain untuk menyertai Projek Rintis PKBN yang akan datang dan seterusnya PKBN apabila dilancarkan sepenuhnya nanti, insya-Allah.

Kepada para pelatih, pulanglah awda semua dengan selamat ke pangkuan ibu bapa dan masyarakat sebagai seorang insan yang baru (a new person) dengan perubahan sikap dan keperibadian yang positif. Dalam mana pelatih-pelatih akan bertambah perasaan kasih sayang dan hormat kepada ibu bapa, guru-guru dan orang-orang tua; menjadi anak-anak yang soleh dan solehah; sentiasa peka dan prihatin kepada masyarakat sekeliling; tekun kepada pelajaran; setia kawan kepada rakan; produktif dan dedikasi kepada pekerjaan dan majikan; patuh dan hormat kepada perlembagaan dan undang-undang negara; dan sentiasa rela dan bersedia untuk menyumbang bakti dan budi kepada raja, bangsa, agama dan negara.

Gunakan dan praktikkan segala yang dipelajari di sepanjang latihan untuk menyumbang pada membangun negara, bangsa dan ummah. Awda semua adalah merupakan pemimpin masa depan bangsa dan negara, dan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan dan kemajuan negara. Sebagai role model adalah diharapkan pelatih-pelatih akan memainkan peranan sebagai pembimbing kepada rakan-rakan belia dan melibatkan diri secara aktif kepada pergerakan belia dan kemasyarakatan di Negara Brunei Darussalam.

Kepada ibu bapa dan penjaga pelatih-pelatih terima kasih dan setinggi penghargaan di atas pengorbanan yang telah diberikan pada melepaskan dan membenarkan anak-anak abiskita yang dikasihi bagi mengikuti Projek Rintis PKBN. Terutama sekali pada memberikan kepercayaan dan keyakinan yang sepenuhnya kepada pengelola Projek Rintis PKBN untuk mengasuh dan membimbing anak-anak abiskita selama tiga bulan.

Di sepanjang pelatih-pelatih menjalani latihan tidak terdapat rintihan dan sungutan daripada ibu bapa dan penjaga pelatih-pelatih, akan tetapi mereka menunjukkan kesabaran, galakan dan sokongan

bagi Projek Rintis PKBN untuk diteruskan. Kejayaan pelatih-pelatih adalah merupakan kejayaan dan kemegahan abiskita sebagai ibu bapa dan penjaga. Insya-Allah, pengorbanan abiskita adalah berbaloi dengan kemanfaatan dan kebaikan.

Adalah diharapkan selama tempoh tiga bulan para pelatih menjalani latihan secara intensif telah dapat membentuk keperibadian diri sebagai seorang individu, anggota masyarakat dan warganegara dengan mempunyai sikap dan nilai-nilai yang terpuji. Mereka akan menjadi insan yang mempunyai kesedaran yang jitu akan tanggungjawab besar mereka kepada kesempurnaan diri mereka sendiri; kepada ibu bapa dan keluarga mereka; rakan-rakan mereka dan masyarakat sekeliling; kepada alam sekitar; raja dan pemimpin-pemimpin mereka; dan kesucian agama, kedaulatan dan ketahanan bangsa dan negara.

Program Khidmat Bakti Negara atau lebih dikenali lagi dengan PKBN adalah program khas pembangunan belia kebangsaan yang memfokuskan kepada pembinaan jati diri atau character building ke arah ketahanan dan kekuatan mental, fizikal dan kerohanian mengikut lunas-lunas budaya, kenegaraan dan agama. Para pelatih juga diasuh dan didedahkan dengan kerja-kerja kemasyarakatan dan semangat keusahawaan untuk menjadikan mereka sebagai individu dan golongan yang prihatin akan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat sekeliling, di samping mempunyai keyakinan diri, semangat berdikari dan berusaha gigih bagi mencapai kecemerlangan dalam kehidupan.

PKBN bukannya summer camp dan jangan juga disalahertikan, PKBN bukan kembara belia. PKBN adalah lebih dari itu. Ianya mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas dan juga identiti yang tersendiri ke arah memantapkan jati diri setiap individu untuk sentiasa berbakti kepada raja, bangsa, agama dan negara.

Isi kandungan di dalam PKBN adalah dihasratkan untuk tidak membebankan para peserta latihan dari segi masa dan tenaga, tetapi satu peluang yang akan memberikan manfaat dan kelebihan kepada mereka dalam meningkatkan keupayaan dari aspek kualitatif bagi jangka panjang seperti kepimpinan, keupayaan, pengalaman dan sebagainya. Program

Page 149: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

280 281

ini mempunyai calak dan nilai tambahnya yang tersendiri yang dibentuk mengikut arus perkembangan dan kemajuan serantau dan global.

Melalui PKBN adalah dihasratkan ianya akan dapat melahirkan golongan belia yang akan dapat membawa perubahan yang dinamik dan progresif kepada negara dengan tanpa menjejaskan atau merosakkan kemurnian adat istiadat, budaya dan tatasusila bangsa Brunei.

Melalui semangat kenegaraan yang kental mereka akan dapat membangun dan memperbaiki sebarang kepincangan yang terdapat di dalam masyarakat khususnya di kalangan kaum belia sendiri. Mereka akan menjadi golongan belia yang peka dan memahami akan peranan yang seperlunya mereka sumbangkan kepada pembangunan dan kemajuan negara dan mendukung setiap matlamat dan hasrat negara.

Adalah menjadi hasrat dan matlamat Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam mana PKBN nanti, insya-Allah, akan menjadi mercu kejayaan pembangunan belia di Negara Brunei Darussalam dan dalam jangka waktu yang terdekat akan menjadi sebuah institusi yang unggul ke arah melahirkan generasi muda yang penuh bertanggungjawab, berdisiplin, berdaya tahan, dinamik, bersatu padu dan cekal yang dapat menyumbang secara positif kepada pembangunan sosioekonomi negara dan ketahanan nasional.

Melalui projek rintis pertama ini dan yang seterusnya, adalah dihasratkan untuk dijadikan asas dan panduan di dalam merangka perancangan PKBN yang akan datang. Daripada projek-projek rintis itu nanti, banyak yang dapat diambil iktibar dan dimanfaatkan ke arah pembaikan dalam memastikan isi kandungan yang terdapat di dalamnya benar-benar mencapai tujuan dan matlamat yang diharapkan.

Buat mengakhiri, saya mengingatkan kepada pelatih-pelatih untuk berterima kasih dan memberikan hormat kepada penyelia-penyelia, guru-guru dan tenaga kerja di semua peringkat yang telah mencurahkan segala ilmu, pengetahuan, tunjuk ajar dan perkhidmatan di sepanjang awda berada di dalam kem latihan Projek Rintis PKBN. Saya berdoa semoga pelatih-pelatih akan sentiasa maju jaya dalam pelajaran, pekerjaan dan

apa jua bidang yang diceburi.

Di kesempatan ini juga, saya dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas bantuan, sokongan dan kerjasama yang erat dan sangat berharga kepada kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerjaaan yang terlibat, terutama sekali kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara, Jabatan Hal Ehwal Masjid, penyelia-penyelia, jurulatih-jurulatih, tenaga pengajar, tenaga kerja dan sukarelawan yang telah bertungkus-lumus dan tanpa jemu serta mengenal penat lelah pada menjayakan Projek Rintis PKBN yang pertama sehingga menghasilkan kejayaan yang di luar daripada dugaan.

Page 150: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

282 283

MAJLIS PERASMIAN SEMINAR KEBANGSAAN MEMPERKASA BUDAYA MEMBACA 2012,

DI DEWAN PERSIDANGAN MEDIA, PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA (ICC)

PADA HARI ISNIN, 26 RABIULAKHIR 1433 HIJRIAH / 19 MAC 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

TERLEBIH dahulu saya sukacita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka

(DBP) kerana mengundang saya selaku tetamu kehormat bagi Majlis Perasmian Seminar Kebangsaan Memperkasa Budaya Membaca 2012 pada pagi ini.

Dalam kesempatan ini juga saya mengucapkan penghargaan kepada DBP pada mengungkayahkan Seminar Kebangsaan Memperkasa Budaya Membaca 2012 sebagai usaha yang berterusan pada mewujudkan budaya membaca di kalangan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.

Tema Seminar Kebangsaan Memperkasa Budaya Membaca 2012 ‘Membaca Nadi Kejayaan Bangsa’ adalah sangat bertetapan pada mendukung Wawasan Brunei 2035 pada mewujudkan negara yang maju dan masyarakat yang mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi serta berilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan adalah merupakan kunci kepada pembangunan tamadun bangsa. Manakala membaca adalah merupakan jendela kepada gedung ilmu pengetahuan bagi sesuatu bangsa. Bangsa yang mempunyai kekuatan budaya membaca adalah merupakan bangsa yang dapat menguasai pelbagai ilmu termasuk sains dan teknologi.

Budaya membaca dapat membentuk masyakat yang mempunyai pemikiran yang kritikal, kreatif dan inovatif. Manakala di kalangan pelajar budaya membaca dapat membentuk sikap pembelajaran yang positif dan mendedahkan kepada idea dan pemikiran baru. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang serba bersaing budaya membaca dapat melahirkan tenaga kerja yang mempunyai kadar literasi yang tinggi, berpengetahuan dan berkemahiran yang sangat diperlukan.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memberikan perhatian yang sangat serius ke atas mengangkat budaya membaca di kalangan masyarakat, rakyat dan penduduk di negara ini. Bagi tujuan itu, Kerajaan Kebawah DYMM telah memperuntukkan sebanyak BND300,000 bagi aktiviti-aktiviti mengembangkan budaya membaca bagi Tahun Kewangan 2012 - 2013.

Masyarakat Melayu Brunei sememangnya sedari awal sudah menyedari akan penting dan mustahaknya mempunyai masyarakat yang mengamalkan budaya membaca malah ke arah mementingkan membaca dalam kehidupan sudah disemai sewaktu masih di peringkat kanak-kanak atau anak damit lagi. Ini dapat kita perhatikan daripada naindong orang-orang tua dulu kepada anak-anak damit yang berbunyi:

‘Timang tinggi-tinggi sampai tutur atap, belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab’.

Daripada bait-bait naindong tersebut, menunjukkan masyarakat kita sudah mengetahui akan peranan penting membaca dalam kehidupan dan pembangunan tamadun bangsa. Mereka benar-benar menghayati ajaran dan penekanan di dalam Al-Qur’an akan peri mustahaknya amalan membaca dan ilmu pengetahuan. Orang-orang tua kita menyebut kitab yang bermaksud akan kepelbagaian sumber bacaan yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang sangat diperlukan dalam kehidupan dan mengangkat tamadun bangsa.

Penerimaan budaya membaca di dalam kehidupan masyarakat bererti kita menjadikan membaca sebagai satu kemestian dan amalan dalam kehidupan, malahan menjadikan membaca itu sebagai makanan kedua harian, di samping pengambilan karbohidrat, protein dan vitamin untuk tubuh badan, iaitu menjadikan membaca sebagai makanan harian kepada minda dan pemikiran.

Persoalannya adakah masyarakat kita di segenap peringkat sudah benar-benar mengangkat membaca sebagai satu budaya; atau hanya setakat membaca sebagai hobi atau membaca jika perlu sahaja;

Page 151: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

284 285

atau membaca pada masa terluang sahaja; atau mengambil sikap tidak membaca pun tidak apa-apa.

Mengenai dengan pentingnya Negara Brunei Darussalam mempunyai penduduk yang berilmu pengetahuan dan terpelajar melalui budaya membaca, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah di Perasmian Majlis Ilmu Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-65 Tahun pada 24 Sya’aban 1432 Hijriah / 26 Julai 2011 Masihi bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

“…. betapa mustahaknya sesuatu bangsa itu memiliki ilmu pengetahuan dalam pembangunannya. Orang berilmu ialah orang yang tidak habis-habis menuntut, mendengar, melihat dan membaca bagi memperolehi ilmu. Orang sperti ini disebut oleh Al-Qur’an sebagai orang yang diangkat darjatnya di sisi Allah dan manusia. Di manakah kita dalam perkara ilmu ini? Maksud beta, di mana kita dalam perkara membaca, mendengar dan mutala’ah bahan-bahan ilmu?”

Bagi menyahut seruan baginda untuk mengangkat membaca sebagai satu budaya, ianya memerlukan penglibatan masyarakat di kesemua peringkat untuk memastikan budaya membaca di Negara Brunei Darussalam diangkat dan jadikan satu realiti. Untuk menjadikan masyarakat di negara ini mengamalkan budaya membaca, mereka perlu membaca beberapa muka surat buku dalam sehari dan menghabiskan membaca sebuah hingga ke dua buah buku dalam satu bulan. Ini kerana mengikut satu resolusi dalam persidangan membaca antarabangsa di Tokyo pada tahun 80-an sesebuah negara mengamalkan budaya membaca apabila purata rakyatnya membaca lebih 80 muka surat buku dalam setahun.

Warga Perkhidmatan Awam perlu mengamalkan budaya membaca kerana ianya akan melahirkan warga Perkhidmatan Awam yang berilmu dan berpengetahuan. Ini juga akan dapat membantu dalam membangunkan sistem pentadbiran dan pengurusan yang dinamik dan lebih berkesan.

Di samping itu setiap rumah perlu mempunyai ruang atau bilik

bacaan dan mempunyai kumpulan buku-buku bacaan bagi kegunaan ahli keluarganya. Yang pentingnya, setiap institusi keluarga perlu memberikan penekanan kepada ahli keluarga akan pentingnya mengamalkan membaca dan menjadikannya sebagai satu budaya dalam kehidupan.

Pada memperluas dan menanam budaya membaca jelasnya, kita ingin melihat DBP akan berusaha untuk menambah bilangan cawangan perpustakaan yang ada di seluruh negara. Kita juga ingin melihat setiap mukim perlu menyediakan tempat bagi penduduknya mendapatkan bahan-bahan bacaan sama ada di masjid-masjid atau balai raya atau dewan kemasyarakatan melalui strategic partnership dengan DBP.

Kita juga ingin melihat penglibatan gedung-gedung perniagaan menyediakan ruang-ruang dan bilik-bilik bacaan di premis dan bangunan perniagaan mereka bagi pelanggan dan pengunjungnya sebagai tanggungjawab sosial korporat.

Dewan Bahasa dan Pustaka juga perlu menilai dan menaik taraf perpustakaan-perpustakaan di seluruh negara seperti mana yang dibuat perpustakaan-perpustakaan di seluruh dunia bagi menjadikan lebih selesa, menarik dan mesra pelanggan. Perpustakaan-perpustakaan di seluruh negara juga perlu diisikan dengan kegiatan dan aktiviti yang mendukung budaya membaca dalam kalangan masyarakat khususnya muda-mudi dan murid-murid sekolah di negara ini. Ini termasuk juga dari aspek koleksi buku-buku yang terdapat pada semua perpustakaan dipastikan berkualiti dan selaras dengan matlamat pada mengangkat budaya membaca dalam kalangan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.

Akhirnya, sektor kerajaan dan bukan kerajaan termasuk pihak swasta serta ibu bapa dan guru-guru perlu bekerjasama dan menyumbang peranan ke arah menanamkan minat membaca dan mempromosikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat khususnya dalam kalangan murid-murid di Negara Brunei Darussalam. Kita perlu sama-sama memahami bahawa membaca kunci pengetahuan dan pada pengetahuan terletaknya pembangunan tamadun bangsa.

Seperti mana juga yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha

Page 152: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

286 287

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena pelancaran Majlis Ilmu 2011:

“… adalah menjadi tanggungjawab negara untuk menjadikan penduduk negara ini betul-betul berilmu dalam ertikata menerima dan memperolehi ilmu itu melalui pendidikan dan pembacaan. Program ini mestilah disediakan. Perkara penduduk berilmu boleh dirangka dan laksanakan oleh pelbagai agensi dan kelas dewasa dengan diberikan nafas baru dan paradigma baru.”

Dengan mendahulukan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim dan bertawakal kerana Allah Subhanahu Wata’ala saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Kebangsaan Memperkasa Budaya Membaca 2012 dengan tema ‘Membaca Nadi Kejayaan Bangsa’.

PERADUAN MENCIPTA LAGU-LAGU IRAMA MELAYU BRUNEI, DI DEWAN RAYA, RADIO TELEvISYEN BRUNEI

PADA HARI SABTU, 8 JAMADILAWAL 1433 HIJRIAH / 31 MAC 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala yang mana dengan taufiq dan izin-Nya jua maka kita dapat berhimpun

di Majlis Peraduan Mencipta Lagu-Lagu Irama Melayu Brunei.

Terlebih dahulu saya sukacita merakamkan penghargaan kepada Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang telah berhasil menganjurkan Peraduan Mencipta Lagu-Lagu Irama Melayu Brunei. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada semua peserta yang menyertai peraduan ini.

Warisan budaya sesebuah bangsa itu adalah juga merangkumi lagu-lagu dan muzik termasuk peralatan muzik penduduk tempatan. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam apabila kita memperkatakan lagu-lagu, irama dan peralatan muzik Melayu Brunei ianya meliputi tujuh puak Melayu Brunei seperti yang terkandung di dalam Akta Taraf Kebangsaan Negara Brunei Darussalam tahun 1962.

Sehubungan dengan ini, lagu-lagu dan irama Melayu Brunei asli tujuh puak berkenaan adalah juga merupakan identiti dan khazanah warisan bangsa yang perlu dipertahankan. Ianya mencerminkan daya ekspresi dan kreatif tamadun sesuatu bangsa. Seperti yang kita sedia maklum muzik adalah karya seni dan ekspresi yang terdiri dari bunyi-bunyian atau vokal ataupun kedua-duanya, yang mana dari gabungan tersebut menghasilkan sebuah karya yang indah dan harmonis. Di dalam masyarakat lagu dan muzik ditampilkan sebagai perantara komunikasi simbolik atau penyampaian mesej yang mengekspresi jiwa yang kreatif dan pemikiran tertentu kepada pendengar. Muzik dan lagu di zaman silam hingga sekarang digunakan sebagai saluran komunikasi untuk menyampaikan luahan kalbu, keindahan suasana persekitaran dan penyebaran mesej yang berbentuk nasihat dan menyuntik semangat.

Page 153: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

288 289

Kita perlu mengumpul, mengangkat dan mempromosikan lagu-lagu Melayu Brunei yang masih belum banyak diketahui umum. Di samping itu kita juga perlu memperkaya dan mengembangkan lagu-lagu irama Melayu Brunei yang sudah terkumpul dan tersebar kepada masyarakat umum. Jangan kita biarkan lagu-lagu Melayu Brunei hilang dan berlalu dimakan zaman dan langsung tidak diketahui oleh generasi muda sekarang dan yang akan datang. Sebagai contoh jangan sampai generasi muda kita langsung tidak mengenal dan mengetahui lagu atau dendangan Melayu Brunei seperti ‘Dang Batikus’ atau langsung tidak mengetahui terdapatnya alat muzik yang dikenali sebagai ‘Gambus Brunei’.

Ke arah ini pengkajian dan penyelidikan perlu dibuat secara meluas oleh pecinta budaya dan muzik tanah air. Bergabung tenaga dengan institusi-institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam. Hasil-hasil penyelidikan dan pengumpulan tersebut, di samping sebagai usaha untuk mengekalkan keaslian bentuk iramanya, untuk digunakan juga memodenkan dan mengangkatnya kepada masyarakat antarabangsa.

Andainya tiada sebarang usaha ke arah ini dilakukan, bahan atau lagu-lagu seperti ini dikhuatiri pupus atau mungkin diakun atau tuntut oleh mana-mana pihak dan masyarakat kita akan kehilangan sebuah khazanah seni warisan bangsa yang sangat berharga.

Lebih-lebih lagi dalam keghairahan kita untuk menerokai dan mengembangkan industri kreatif di Negara Brunei Darussalam, lagu-lagu dan irama Melayu Brunei asli adalah di antara bidang yang mempunyai potensi untuk dikembangmajukan. Perkembangan seni perlu diberikan sentuhan dari sifat tradisi kepada pembaharuan mengikut aliran zaman yang moden dan kontemporari sehingga terbentuk seni yang berunsur dinamik.

Walau bagaimanapun, improvisasi, perubahan dan pengembangan seperti ini perlu dipantau dan dikawal dari semasa ke semasa agar hala tuju perkembangan warisan seni kita tidak tersasar dan hanyut dari nilai-nilai keindahan estetik kemelayuan asli. Sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Pertandingan Membaca Al-Qur’an

Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan pada 14 Julai 1991:

“…Kita masih sahaja terus terbuka iaitu tidak menolak sebarang unsur atau nilai yang baik, sama ada ia datang dari Asia ataupun dari Barat. Cuma ukuran kebaikan itu bagi kita ialah ukuran Brunei… dan hanya menerima nilai-nilai yang sesuai dengan kita sahaja.”

Menyentuh irama dan lagu-lagu secara meluas, irama Melayu seperti Zapin, Inang, Masri, Canggung, Dundang dan lain-lain adalah antara irama Melayu yang popular di rantau Melayu ini dan mempunyai tarikan yang tersendiri. Jika irama berkenaan disesuaikan dengan cetusan ilham yang kreatif mengikut edaran zaman, saya yakin ia akan diminati oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira umur dan bangsa.

Lagu-lagu seumpama ini juga seharusnya dipromosikan dan sentiasa didengarkan kepada masyarakat umum. Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan usaha Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap warisan kesenian dan kebudayaan negara termasuk memperkenalkan lagu-lagu tradisional dan lagu-lagu rakyat kepada orang ramai menerusi Promosi Kebudayaan. Usaha seperti ini seharusnya dipertingkatkan dan diperkembangkan dalam sebuah skala yang besar. Dalam erti kata yang lain, setiap bangsa Melayu Brunei perlu menghargai khazanah warisan bangsa masing-masing.

Saya ingin mengambil kesempatan ini menyeru kepada semua pengamal dan penggiat seni untuk sama-sama menjaga, memartabatkan dan memelihara khazanah warisan budaya kitani supaya tidak terhakis dan rosak oleh pengaruh budaya luar yang tidak diingini.

Dalam kesempatan ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada peserta yang berjaya nanti. Kepada semua peserta, sama ada menang atau kalah usaha hendaklah diteruskan untuk mengangkat dan memartabatkan budaya dan warisan bangsa.

Kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menganjurkan Peraduan Mencipta Lagu-Lagu Irama Melayu Brunei saya ucapkan

Page 154: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

290 291

syabas dan mudah-mudahan usaha yang abiskita ungkayahkan ini akan membuahkan hasil yang tinggi nilainya terutama kepada pengembangan seni di kalangan pencipta lagu agar terus berkarya kreatif dan inovatif dalam bidang seni.

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ANTARABANGSA KELUARGA 2012,

DI DEWAN DIGADONG, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

PADA HARI SELASA, 23 JAMADILAKHIR 1433 HIJRIAH / 15 MEI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

KELUARGA yang kukuh dan harmoni merupakan asas utama dalam pembentukan sebuah masyarakat yang berdaya tahan dan berdaya

maju serta mendukung ke arah pembangunan negara yang mantap lagi berintegrasi tinggi.

Seminar kemahiran keibubapaan ini diharap akan dapat meningkatkan kesedaran para peserta selaku ibu bapa yang menjadi tunggak dalam setiap institusi keluarga, tentang peranan dan pengaruh mereka untuk menyerapkan nilai-nilai murni berlandaskan kasih, saling kepercayaan dan hormat-menghormati serta nilai-nilai keagamaan yang teguh.

Sesuai dengan tema sambutan ‘Keluargaku Harapanku’, diharap usaha-usaha sambutan ini akan dapat mengingatkan kita bahawa walau dalam apa keadaan sekalipun, sama ada dalam susah ataupun senang, sihat ataupun tidak, keluarga merupakan tempat kita bergantung harapan, berlindung serta menerima sokongan, ketenangan dan kebahagiaan. Keluarga yang mantap boleh menjadi sumber inspirasi dan seterusnya meningkatkan aspirasi untuk kita terus mencapai kejayaan demi kesejahteraan dan pembangunan negara.

Pepatah mengatakan sedangkan lidah lagi tergigit begitulah juga keadaan dalam hidup berkeluarga tidak sentiasanya berjalan lancar. Ada kala terdapat suka dan duka, kegembiraan dan kesedihan, kejayaan dan kegagalan. Begitu juga di dalam ahli keluarga itu diibaratkan sebagai sebuah pisang setandan akan terdapat yang masak ranum dan tidak kurang juga sebiji dua yang rosak. Walau bagaimanapun dalam kehidupan berkeluarga, kita tidak semata-mata memberikan perhatian dan tumpuan kepada ahli keluarga yang baik dan mengenepikan mereka

Page 155: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

292 293

yang bermasalah.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan bagi mengukuhkan institusi keluarga, mereka perlu mengambil sikap memperteguhkan ahli keluarga yang berjaya, membangunkan ahli keluarga yang lemah dan memperbaiki ahli keluarga yang bermasalah dengan belaian kasih sayang yang sama rata.

Kesimpulannya, adalah sudah menjadi lumrah alam dalam menjalani kehidupan seharian, sesebuah keluarga akan melalui pelbagai cabaran dan dugaan yang sudah setentunya akan menguji kita. Dalam apa jua situasi ibu bapa dan ketua keluarga perlu memberikan perhatian, kasih sayang, sokongan dan memahami jiwa setiap ahli keluarga khususnya anak-anak mereka. Institusi keluarga adalah merupakan barisan pertama pertahanan atau first front line defence dalam menghadapi dan membuat koreksi (correction) ke atas permasalahan yang dihadapi dalam ahli keluarga.

Justeru itu, kejayaan sesebuah keluarga mengharungi onak dan duri kehidupan bukan saja bergantung kepada ketahanan, kesabaran dan keimanan kita malah juga sikap bertanggungjawab, keutuhan akhlak dan kemahiran keibubapaan dalam membimbing semua ahli keluarga menuju kejayaan.

Sehubungan dengan ini, pengertian yang mendalam mengenai keluarga dan peranan keluarga termasuk juga kemahiran keibubapaan atau parenting skill perlu ada dalam institusi keluarga terutamanya di kalangan mereka yang digelar ketua keluarga atau ibu dan bapa.

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah peranan penting keluarga dan kemahiran keibubapaan adalah merupakan keperluan yang bersifat universal tidak kira keluarga yang kaya dan miskin atau senang dan susah. Peranan keluarga dan keibubapaan adalah sama iaitu untuk mewujudkan ahli keluarga yang sempurna dan bahagia di dunia dan akhirat dengan mempunyai akhlak yang mulia, disiplin yang terpuji, pendidikan yang sempurna dan amal ibadat yang diredai Allah Subhanahu Wata’ala.

Kita perlu mengambil contoh dan iktibar melalui sejarah para wali,

alim ulama, cerdik pandai dan ilmuwan Islam dalam mana tidak kesemua mereka lahir daripada golongan bangsawan dan mereka yang kaya raya. Akan tetapi kebanyakan mereka lahir daripada keluarga yang miskin dan susah yang memberikan asuhan, didikan dan bimbingan yang penuh dengan kasih sayang, menitikberatkan ketakwaan dan ibadah kepada Allah serta menekankan akan pentingnya mengejar ilmu pengetahuan kepada anak-anak dan ahli keluarga mereka.

Bagi mereka yakni ibu bapa yang benar-benar mengerti akan kesempurnaan dan kebahagiaan dalam kehidupan ianya bukan semata-mata terletak kepada wang ringgit dan kekayaan, akan tetapi dalam keberhasilan mewujudkan sakinah, mawaddah, warahmah dalam ahli keluarga dan hubungan mereka yakni ahli keluarga dengan masyarakat.

Oleh itu, saya berharap kepada semua peserta seminar agar mengambil peluang ini untuk meningkatkan keberkesanan kemahiran keibubapaan sekali gus mempelajari dengan lebih mendalam lagi kaedah-kaedah yang telah terbukti dapat mengukuhkan kesejahteraan keluarga.

Dengan bertawakal ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala dan dengan melafazkan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim saya dengan ini sukacita merasmikan Seminar Kemahiran Keibubapaan Sempena Hari Antarabangsa Keluarga 2012.

Page 156: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

294 295

MAJLIS PELANCARAN FESTIvAL BELIA BRUNEI PRIHATIN DI STADIUM TERTUTUP, KOMPLEKS SUKAN NEGARA

HASSANAL BOLKIAH PADA HARI JUMAAT,

18 REJAB 1433 HIJRIAH / 8 JUN 2012 MASIHI

Assalamu’alaikum WarahmatullahiWabarakatuh dan Selamat Petang

ALHAMDULILLAH kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua, kita dapat

bersama-sama hadir pada petang ini di Majlis Pelancaran Festival Belia Brunei Prihatin.

Festival ini merupakan satu lagi pendekatan yang sangat signifikan bagi pembangunan insan golongan belia di Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Program ini bertujuan untuk menggerakkan dan melibatkan golongan belia di Negara Brunei Darussalam kepada kerja-kerja sukarela bagi tujuan amal dan kebajikan. Hasilnya nanti akan disalurkan kepada tabung-tabung kebajikan, kemanusiaan dan pembangunan belia melalui Dana Belia Brunei Prihatin.

Pelancaran Festival Belia Brunei Prihatin adalah juga merupakan sebagai kelangsungan daripada kejayaan yang memberangsangkan Program Belia Brunei Prihatin yang diperkenalkan pada tahun lepas pada 29 April 2011 dengan tujuan bagi mengutip Tabung Kemanusiaan Bagi Mangsa Banjir Australia, Gempa Bumi New Zealand dan Gempa Bumi dan Tsunami Jepun. Di kesempatan ini saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih serta tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Festival Belia Brunei Prihatin yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan festival ini sebagai satu kenyataan.

Dalam kita berhadapan dengan arus perubahan kehidupan yang sentiasa mencabar yang berpunca daripada tekanan ekonomi, ledakan infotelekomunikasi dan arus globalisasi, kecenderungan masyarakat khususnya golongan belia dan remaja, adalah menjadi generasi consumerism yang mengutamakan dan membuat penilaian melalui

aspek kebendaan dan untung rugi. Mereka lupa dan alpa kepada aspek kemanusiaan dalam konteks memberikan pertolongan kepada insan-insan yang memerlu dan mengharapkan bantuan.

Natijahnya, ada sebahagian anggota masyarakat termasuk masyarakat Islam sendiri yang sudah lupa kepada ajaran Islam dan mengenepikan tuntutan ibadah untuk membela dan prihatin kepada insan-insan yang memerlukan bantuan dan pertolongan.

Alhamdulillah, kita di Negara Brunei Darussalam dalam arus mengejar kemajuan dan pembangunan, masyarakat dan generasi muda adalah dipandu oleh konsep negara, Melayu Islam Beraja (MIB) yang menekankan kepada perseimbangan pembangunan material dan kerohanian. Ini termasuk juga keperluan melakukan ibadah dalam kehidupan dengan sentiasa bertimbang rasa dan prihatin sesama insan.

Projek Belia Brunei Prihatin mencerminkan akan kesedaran dan tanggungjawab sosial golongan belia di Negara Brunei Darussalam kepada masyarakat sekeliling mereka dan di luar daripada sempadan negara iaitu negara-negara tetangga dan sahabat. Projek ini sudah barang setentunya merupakan landasan dan komponen yang penting dalam melaksanakan transformasi belia Brunei untuk menjadi belia-belia yang berjiwa besar dan mandiri.

Pelaksanaan Festival Belia Brunei Prihatin sudah barang setentunya memberikan platform dan saluran bagi belia-belia untuk melibatkan diri mereka dalam kerja-kerja amal dan kebajikan. Dalam waktu yang sama akan dapat melahirkan kesedaran minda serta kematangan berfikir dalam diri para belia agar lebih peka dan prihatin akan nasib masyarakat umum dan rakan-rakan belia yang lainnya.

Untuk menjadikan projek ini melangkah lebih jauh ke hadapan ianya memerlukan sokongan dan penglibatan pihak individu belia-belia dan pertubuhan serta persatuan belia di Negara Brunei Darussalam. Begitu juga ianya memerlukan penglibatan dan sokongan daripada agensi-agensi di dalam dan luar kerajaan serta pihak swasta untuk bergabung dan memberikan galakan kepada Projek Belia Brunei Prihatin

Page 157: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

296 297

termasuk kegiatan-kegiatan yang diungkayahkan.Buat mengakhiri ucapan ini saya sekali lagi mengucapkan terima

kasih di atas kesudian Ahli Jawatankuasa Festival Belia Brunei Prihatin menjemput saya selaku tetamu kehormat pada petang ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan ahli jawatankuasa ini menganjurkan dua acara di dalam satu majlis iaitu:

a) Pelancaran Dana Belia Brunei Prihatin danb) Pelancaran Festival Belia Brunei Prihatin

Maka dengan melafazkan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim dan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata’ala saya dengan sukacita merasmikan Dana Belia Brunei Prihatin dan Festival Belia Brunei Prihatin 2012.

MAJLIS SAMBUTAN HARI ARKIB ANTARABANGSA 2012, DI TIMES SQUARE, JALAN BERAKAS

PADA HARI SABTU, 19 REJAB 1433 HIJRIAH / 9 JUN 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat dan hidayah-Nya jua, kita

dapat berkumpul bagi bersama-sama meraikan Hari Arkib Antarabangsa pada pagi ini.

Saya dimaklumkan bahawa Hari Arkib Antarabangsa yang diadakan pada setiap 9 haribulan Jun adalah sebagaimana jua yang ditetapkan oleh International Council on Archives (ICA) di mana Negara Brunei Darussalam telah menjadi ahli semenjak tahun 1984.

Tujuan utama kita menyambut Hari Arkib Antarabangsa ini adalah bagi mempertingkatkan kesedaran semua pihak yang berkepentingan khususnya decision makers, penjawat awam dan para arkivis serta orang ramai mengenai keperluan bagi pengurusan rekod dan pentadbiran arkib yang efektif dan penggunaan sumber-sumber informasi primer yang berakauntabiliti dan berintegriti ini bagi menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan akademik dan profesionalisme melalui penyelidikan dan rujukan.

Kita harus menyedari bahawa rekod-rekod kebangsaan yang berbentuk dasar, perundangan dan pensejarahan negara ini akan menjadi sebahagian dari warisan memori bagi sesebuah negara. Ianya adalah merupakan khazanah negara yang sangat penting dan tinggi nilainya kepada pembangunan bangsa.

Kepentingan merakamkan semua bentuk informasi mengenai sistem pemerintahan, pembangunan sosioekonomi adalah bagi keperluan kesinambungan dan memperkukuhkan bangsa dan negara untuk lebih berwibawa, dinamik dan penuh kematangan dalam menghadapi arus dan corak perubahan persekitaran geopolitik antarabangsa dan peradaban

Page 158: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

298 299

sejagat di era globalisasi. Ianya adalah juga untuk kesinambungan dan memperkukuh falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB).

Pada masa yang sama dengan adanya penyimpanan di arkib ini juga akan secara langsung menyediakan informasi yang authentic dan reliable sebagai rekod yang membentuk sebahagian besar dari memori manusia dalam konsep sejagat/dunia seperti mana dilaksanakan oleh United Nations Education, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) di bawah Program ‘Memory of the World Register’.

Tema yang dipilih bagi menyambut Hari Arkib Antarabangsa bagi tahun ini iaitu ‘Melindungi Rekod Untuk Masa Depan Kitani’, adalah pada hemat saya, sangat bertepatan dengan hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi menjana masyarakat bermaklumat yang akan dapat sama-sama membangun negara.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dalam titah baginda semasa Majlis Pelancaran Persidangan Kebangsaan mengenai Masyarakat Bermaklumat (NASIS) yang berlangsung pada 3 Sya’aban 1426 Hijriah / 7 September 2005 Masihi telah menekankan:

“Masyarakat bermaklumat adalah merupakan agenda penting dalam membantu pembangunan ekonomi serta peningkatan taraf hidup. Peralihan ke arah masyarakat bermaklumat menjadi relevan disebabkan adanya peluang-peluang baru dalam pelbagai urusan dan aktiviti masyarakat.”

Bertepatan dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tersebut, rekod dan arkib, merupakan sebahagian besar sumber informasi yang relevan yang menyumbang dalam usaha-usaha berterusan Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mempertingkatkan taraf hidup secara holistik semua lapisan dan peringkat masyarakat.

Dalam perkara ini Arkib Negara yang bertanggungjawab dalam menguatkuasa dan melaksanakan peruntukan-peruntukan yang digariskan dalam Akta Arkib Negara Brunei Darussalam Penggal 116 perlulah berusaha dalam memastikan rekod-rekod kerajaan dan awam akan dikawal selia, didaftarkan, dipelihara dan dibuka bagi keperluan keperluan akses secara lebih mantap, berkesan dan efisien.

Pada hemat saya, semua proses yang menjana ke arah arkib berkualiti dan masyarakat bermaklumat ini memerlukan kerjasama bersepadu dari semua pihak-pihak yang berkepentingan tersebut. Sebagai contoh adalah mustahak bagi setiap pihak berkepentingan meneliti rekod yang terdapat di jabatan dan kementerian masing-masing sebelum diserahkan ke Arkib Negara Brunei Darussalam untuk dijadikan sebagai bahan arkib.

Saya berharap agar Arkib Negara Brunei Darussalam akan sentiasa mempertingkatkan usaha-usahanya bagi memastikan penyediaan dan pemberian perkhidmatan seperti perkhidmatan konsultansi pengurusan rekod dan akses akan sentiasa diberikan keutamaan. Adalah perlu Arkib Negara Brunei Darussalam mengadakan latihan kemahiran khususnya dalam bidang-bidang arkib dan pengurusan rekod.

Dalam era digital ini, Arkib Negara telah berkembang maju dengan pelaksanaan projek e-Arkib yang mana telah dapat dipergunakan sejak Januari 2012. Projek e-Arkib telah dilancarkan telah mulai memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan efektif serta mesra pelanggan secara online selain perkhidmatan konvensional. Penyediaan maklumat-maklumat dalam bentuk digital membolehkan Arkib Negara berinteraksi dan berurusan dengan orang awam dalam memberikan perkhidmatan yang berkesan, cepat dan berkualiti. Ini kerana melaluinya, orang awam dapat mengakses maklumat serta membuat sebarang permohonan melalui laman-laman web rasmi kerajaan yang telah disediakan mudah dan cepat.

Dalam hubungan ini saya berpendapat sudah tiba masanya, peruntukan-peruntukan dalam Akta Arkib Negara Brunei Darussalam akan dapat disemak semula agar ianya selaras dengan keperluan-keperluan semasa dan jangkaan-jangkaan masa hadapan bagi kepentingan negara. Ini termasuklah dalam meneliti perubahan-perubahan bentuk media dan

Page 159: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

300 301

format rekod yang dihadapi dalam era globalisasi dan kepesatan dalam kemajuan teknologi informasi, khususnya rekod-rekod elektronik.

Bagi mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Arkib Antarabangsa 2012 dan merakamkan berbanyak-banyak terima kasih di atas jemputan Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Arkib Antarabangsa bagi melancarkan majlis pagi ini.

Dengan bertawakal ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala jua dan mengucapkan kalimat Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan sukacita merasmikan Majlis Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2012.

PESTA DAN PAMERAN SUKAN REKREASI 2012, DI STADIUM TERTUTUP, BERAKAS

PADA HARI JUMAAT, 9 SYA’ABAN 1433 HIJRIAH / 29 JUN 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah dan rahmat-Nya jua maka kita

dapat bersama-sama di majlis pada pagi ini iaitu LeadingEdge ‘Pesta dan Pameran Sukan Rekreasi 2012’.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur atas usaha ini yang mendukung dan mengangkat Dasar Sukan Negara bagi mengembangkan sukan untuk masyarakat dan sekali gus secara tidak langsung untuk mengembangmajukan industri sukan prestasi sukan di negara ini dengan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

Melalui Pesta dan Pameran Sukan Rekreasi 2012 juga memberikan ruang pertemuan dan perkumpulan kepada agensi-agensi dalam kerajaan, persatuan dan kelab sukan yang dapat mewujudkan interaksi dan kerjasama bagi pembangunan golongan belia di Negara Brunei Darussalam untuk menjadi warga yang sihat proaktif, aktif, berdaya saing, mencintai negara mereka dan menyumbang kepada keamanan dan ketenteraman negara.

Yang jelasnya, melalui pameran pelbagai jenis sukan dan sukan rekreasi dalam satu masa seperti ini, dapat memberikan pendedahan yang dapat memperluaskan minda dan pengetahuan golongan belia mengenai bidang sukan yang sekali gus menanamkan minat mereka di bidang sukan dan meningkatkan pencapaian mereka dalam arena sukan bagi kegemilangan negara.

Pesta dan Pameran Sukan Rekreasi ini juga pada hemat saya akan dapat menggalakkan masyarakat terutama sekali golongan belia dan

Page 160: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

302 303

remaja untuk menjadi ahli kepada persatuan dan kelab sukan di Negara Brunei Darussalam.

Bidang sukan masa kini telah melalui tranformasi yang amat ketara dalam menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah negara. Di samping terus mengekalkan fungsi tradisinya sebagai kegiatan rekreasi dan riadah bagi mewujudkan masyarakat yang sihat, dalam arus globalisasi, sukan juga berfungsi ke arah mewujudkan perpaduan dan keamanan sejagat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara melalui industri sukan.

Sumbangan sukan kepada ekonomi negara dapat dilihat bukan semata-mata daripada sudut produk peralatan sukan tetapi juga dari segi perkhidmatan, perubatan, sains sukan, pelancongan sukan dan lain-lain yang berteraskan atlet, masyarakat dan aktiviti sukan itu sendiri.

Kajian yang telah dijalankan oleh Sports Business Journal, melaporkan bahawa industri sukan adalah merupakan antara salah satu industri yang terbesar dan yang paling pesat membangun dengan mengambil contoh nilai hasil industri sukan di Amerika Syarikat pada tahun 2008 sahaja telah bernilai ASD213 bilion iaitu lebih dua kali ganda daripada industri kenderaan dan tujuh kali ganda lebih besar daripada industri perfileman.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan sentiasa menyokong usaha-usaha ke arah untuk memajukan pembangunan dan perkembangan sukan di negara ini. Walau bagaimanapun, tanggungjawab untuk mengangkat dan memajukan sukan di negara ini dan menggalakkan masyarakat supaya menjadi warga yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan melibatkan diri dengan program-program kesukanan, bukanlah semata-mata tanggungjawab di pihak kerajaan tetapi memerlukan Perkongsian Awam dan Swasta (Public Private Partnership - PPP). Ke arah ini KKBS dalam usahanya untuk menambah dan memperluaskan kemudahan prasarana sukan dan riadah di Negara Brunei Darussalam akan merancangkan projek-projek yang berkonsepkan PPP.

Insya-Allah dengan adanya usaha seumpama ini hasrat negara untuk memajukan industri sukan dan memasyarakatkan sukan di negara ini akan menjadi satu kenyataan. Ini juga secara tidak langsung boleh mengurangkan kadar penyakit kronik tidak berjangkit di kalangan masyarakat seperti obesiti, darah tinggi, jantung kardio vascular, barah, buah pinggang dan diabetes, yang mana kini sudah menjadi ancaman kesihatan dan pembunuh utama di negara ini.

Usaha untuk memasyarakatkan sukan di negara ini juga akan membantu perkembangan dan peningkatan mutu sukan di negara ini terutamanya jika penglibatan masyarakat dalam usia yang muda melalui apa jua bentuk kegiatan sukan secara berterusan, setentunya akan memberi impak yang sangat besar terhadap perkembangan dan peningkatan mutu sukan di negara ini.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan program ini yang terdiri dari ahli-ahli kelab dan persatuan sukan. Komitmen seumpama ini bukan sahaja membuktikan dedikasi kepada pertumbuhan dan perkembangan industri sukan di negara ini, malah ia juga membuktikan bahawa mereka yang berkepentingan (stakeholders) peka dengan tanggungjawab sosial mereka terhadap negara dan masyarakat.

Akhirnya dengan melafazkan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim saya dengan amat sukacita merasmikan LeadingEdge ‘Pesta dan Pameran Sukan Rekreasi 2012’.

Page 161: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

304 305

MAJLIS PELANCARAN KURSUS PEMANDU JENTERA BERATPUSAT PEMBANGUNAN BELIA (PPB) TAHUN 2012,

DI DEWAN BINADIRI, PPBPADA HARI ISNIN,

12 SYA’ABAN 1433 HIJRIAH / 2 JULAI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, dengan hidayat dan izin Allah Subhanahu Wata’ala maka kita telah dapat bersama-sama menghadirkan diri di

majlis yang berkebajikan pada petang ini iaitu Majlis Pelancaran Kursus Pemandu Jentera Berat Pusat Pembangunan Belia (PPB) Tahun 2012.

Pada hari ini kita menyaksikan satu lagi perkembangan di PPB yang merupakan pendekatan baru dalam melaksanakan kursus kemahiran kepada belia-belia melalui program pengongsian awam dan swasta atau lebih dikenali sebagai 'Public Private Partnership'. PPB juga mengambil langkah proaktif dengan mengambil kira kepada permintaan pasaran pekerjaan dalam merancangkan penambahan kursus-kursus baru yang akan diperkenalkan di pusat berkenaan dari semasa ke semasa.

Dengan cara yang demikian lepasan-lepasan daripada PPB adalah relevan dengan permintaan pasaran pekerjaan semasa dan menjadikan mereka sentiasa marketable atau mendapatkan pekerjaan dengan mudah.

Insya-Allah kursus yang akan diadakan sebanyak dua fasa iaitu fasa pertama mengikuti kursus latihan selama dua minggu di PPB dan fasa kedua mengikuti program penempatan kerja selama tiga bulan di syarikat-syarikat yang merupakan stakeholders kepada Adinin Development Training Centre adalah merupakan inisiatif dan komitmen bersama dalam usaha untuk mewujudkan dan merealisasikan synergy dan pengongsian di antara PPB dan Adinin Development Training Centre (ADTC) dalam sama-sama menjana pembangunan belia di negara ini. Selain daripada itu ia juga selaras dengan konsep ‘3P’ iaitu ‘Public, Private and Partnership’.

Ini adalah selaras dengan peranan PPB sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam melahirkan golongan belia yang berkemahiran di masa hadapan. Selain daripada itu, PPB juga berperanan penting untuk melahirkan tenaga-tenaga kerja berkemahiran dari kalangan belia yang mempunyai kepandaian dalam pelbagai bidang selaras dengan kehendak pasaran dalam apa juga bidang industri yang ada di negara ini.

Di antara pekerjaan yang dikenal pasti mempunyai permintaan di pasaran dan memerlukan tenaga belia ialah pemandu jentera dan kenderaan berat. Permintaan tenaga kerja tempatan bagi jenis pekerjaan ini mempunyai peluang yang luas di sektor industri minyak dan gas dan juga pengangkutan awam dan swasta. Adalah diharapkan pelaksanaan kursus pemandu jentera berat ini akan menjadi satu manifestasi dalam usaha PPB melahirkan lebih ramai golongan belia yang berkemahiran di dalam memberikan sokongan kepada industri minyak dan gas dan sektor pengangkutan di Negara Brunei Darussalam.

Saya telah difahamkan bahawa seramai 26 orang belia telah dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga untuk mengikuti kursus ini. Walau bagaimanapun dari jumlah tersebut cuma 12 belia sahaja yang terpilih untuk mengikuti Kursus Pemandu Jentera Berat tahun 2012. Ini menunjukkan golongan belia di negara ini tidak memilih pekerjaan dan mereka bersedia untuk melaksanakan pekerjaan yang mencabar jika mereka diberikan peluang latihan dan diberikan kemahiran yang boleh mereka pergunakan. Saya berkeyakinan selesai sahaja mengikuti kursus ini dilaksanakan nanti, para belia akan mudah untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat-syarikat yang berkaitan dengan industri minyak dan gas dan pengangkutan awam. Oleh itu, saya menyeru kepada para peserta kursus supaya abiskita semua tidak akan mempersia-siakan peluang yang diberikan kerana 'Peluang Hanya Datang Sekali'.

Melihat kepada permintaan yang menggalakkan bagi Kursus Memandu Kenderaan dan Jentera Berat ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui PPB akan memastikan kursus ini akan diadakan secara berterusan dan mempunyai kesinambungan dengan menggunakan

Page 162: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

306 307

kaedah yang sama iaitu pengongsian awam dan swasta. Ini akan memberikan peluang kepada belia-belia yang tidak berkesempatan untuk mengikuti kursus pada kali ini.

Tahniah saya ucapkan kepada PPB kerana telah dapat merealisasikan penganjuran kursus ini. Setinggi penghargaan juga dirakamkan kepada ADTC yang sama-sama menjayakan inisiatif ini. Semoga jasa bakti yang ikhlas daripada semua pihak akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah Subhanahu Wata’ala.

Dengan mendahulukan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim berserta dengan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, saya dengan amat sukacita merasmikan Kursus Pemandu Jentera Berat PPB Tahun 2012 ini.

UPACARA PERASMIAN DAN PEMBUKAAN FESTIvAL INDUSTRI KREATIF UNIvERSITI BRUNEI

DARUSSALAM, DI THE MALL, GADONG PADA HARI RABU,

21 SYA’ABAN 1433 HIJRIAH / 11 JULAI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, penganjuran Festival Industri Kreatif Universiti Brunei Darussalam, adalah sebagai langkah susulan kepada Forum

Dasar Industri Kreatif Kebangsaan yang diadakan pada bulan Mei baru-baru ini. Festival ini akan dapat menyemarakkan lagi bakat-bakat kreatif Brunei Darussalam bagi menghasil kerja-kerja kreatif inovatif dan menjadi pemangkin bagi mempercepatkan lagi perkembangan masa depan industri kreatif di negara ini yang akan dapat menyumbang kepada pencapaian Wawasan Negara 2035.

Saya dapat melihat festival seperti ini mampu mempromosikan kaedah inovatif dalam menghasil dan memasarkan produk kreatif, di samping mempamerkan pelbagai hasil kluster penyelidikan industri kreatif yang berupa idea-idea baru termasuk juga produk dan perkhidmatan kreatif yang berpotensi untuk dimajukan.

Sehubungan dengan ini, saya mengucapkan tahniah kepada Kelompok Penyelidikan Industri Kreatif UBD ini. Saya juga ingin mengalu-alukan penglibatan agensi-agensi kawal selia dan pembangunan seperti Badan Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AiTi) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEBD) yang banyak memberikan sumbangan dalam menyediakan mekanisme dukungan dan melindungi dan mendapatkan faedah ekonomi dari penciptaan seni kepada usahawan-usahawan di Negara Brunei Darussalam.

Penglibatan agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) berpotensi menyumbang kepada pembangunan dan kesinambungan industri kreatif negara. Situasi ini memperlihatkan betapa pentingnya membina jaringan di antara pihak kerajaan, swasta dan orang ramai, serta

Page 163: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

308 309

pihak universiti agar terjadinya kerjasama antara ilmu dan praktikal, antara akademik dan industri.

Istilah industri kreatif merujuk kepada bidang yang luas iaitu merangkumi aktiviti kreatif dan ekonomi yang dihasilkan atau dipersembahkan oleh orang-orang kreatif. Menurut Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan, United Kingdom, industri kreatif ialah industri yang mempunyai asal-usul pada kreativiti, kemahiran dan bakat individu, yang mempunyai potensi untuk menjana kekayaan dan pekerjaan melalui penghasilan dan eksploitasi harta intelek jelasnya dunia sekarang menuju kepada kemajuan industri kreatif.

Sumbangan industri kreatif kepada penjanaan ekonomi sesebuah negara adalah jelas diperbincangkan sewaktu Forum Dasar Industri Kreatif Kebangsaan dalam mana forum berkenaan telah menekankan bahawa pendidikan dan industri kreatif adalah kunci kepada ekonomi di abad ke-21. Penekanan ini adalah bertepatan dengan pandangan pakar-pakar ekonomi dunia yang menjangkakan bentuk ekonomi baru dunia akan berubah dari sektor pembuatan (manufacturing) ke sektor perkhidmatan (service) dan dari ekonomi pengetahuan (knowledge economy) kepada ekonomi kreatif.

Sebagai contohnya, mengikut laporan Korea Creative Content Agency 2009, industri kreatif telah menyumbang penambahan sebanyak 6.4 peratus kepada GDP negara Korea Selatan, sementara ekspot industri kreatif bernilai sebanyak 4.3 peratus dari jumlah keseluruhan ekspot negara berkenaan, di samping menyumbangkan sebanyak 2 juta pekerjaan ataupun 7 peratus dari jumlah keseluruhan dan kemunculan sebanyak 160,000 syarikat. Melalui industri kreatifnya, Korea Selatan berjaya mengeksport produk yang bernilai USD100 juta dalam bentuk games, drama, wayang, animasi dan musik seperti muzik K-Pop yang diketahui umum masa kini.

Di Negara Brunei Darussalam, pengembangan bidang industri kreatif seharusnya bergerak berdasarkan acuan dan kekuatan yang ada di negara ini. Bakat-bakat yang ada di negara ini perlu diketengahkan dan

diberi dorongan agar bakat-bakat tersebut dapat dikembangkan sesuai dengan visi dan misi industri kreatif kebangsaan.

Bakat-bakat kreatif tidak hanya akan menghasilkan produk kreatif tetapi juga jenama hasil kerja kreatif yang lebih luas yang boleh dinikmati oleh penggunanya. Kebanyakan dari komponen dalam bidang industri kreatif secara umumnya terbahagi kepada kandungan digital dan teknologi, bidang seni visual dan seni persembahan. Penyelidikan dalam bidang-bidang ini dianggap kritikal kerana ia dapat membantu kita mengenal pasti kerja-kerja kreatif yang inovatif yang dapat dipromosikan ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

Penyelidikan dan pembangunan merupakan satu keperluan dalam industri kreatif kerana melaluinyalah kita akan dapat mengenal pasti bidang-bidang baru yang boleh diterokai seperti reka bentuk identiti atau penjenamaan, inovasi kerja-kerja kreatif, kajian kebolehgunaan seni gunaan, trend pasaran yang menjadikan hasil kerja kreatif lebih berdaya saing dan penerapan nilai budaya tempatan dalam produk industri kreatif.

Begitu juga, usaha-usaha untuk menyebarluaskan industri kreatif ini perlu selaras dengan dasar pendidikan agar penupukan cara fikir inovatif dan kreatif dapat dimulakan sejak dari awal lagi. Peluang-peluang pendidikan serta latihan dalam bidang ini perlu dipergiatkan sesuai dengan perkembangan teknologi dan pasaran agar produk industri kreatif negara boleh bersaing dalam pasaran tempatan dan global.

Dalam usaha untuk membangun dan memajukan indutri kreatif, kita juga perlu mengenal pasti bidang-bidang keberhasilan utama (niche areas) dan peluang pasaran. Adalah penting untuk menambah nilai terhadap bidang-bidang industri kreatif yang sedia ada bagi menjamin pertumbuhannya seterusnya mampu bertahan dalam pasaran.

Satu lagi perkara yang kita perlu diambil perhatian ialah industri kreatif seharusnya bergerak seiring dengan budaya yang diaplikasi dalam produk kreatif akan dapat menjamin keistimewaan dan kelainan bagi

Page 164: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

310 311

keperluan dan kehendak pengguna tempatan dan global.

Resolusi Forum Dasar Industri Kreatif Kebangsaan yang lalu telah menggariskan perkara penting seperti berikut:

1. Untuk membentuk Majlis Kebangsaan Industri Kreatif bagi memimpin, menghasil dan menyelaraskan dasar di samping melaksanakan industri kreatif di Negara Brunei Darussalam;

2. Untuk memulakan projek pemetaan industri kreatif, data dan fakta-faktanya yang akan dapat membantu dalam penggubalan dasar industri kreatif kebangsaan; dan

3. Mengembangkan program pendidikan dan penempatan dalam bidang perniagaan di setiap tahap pendidikan dan membentuk Pusat Industri Kreatif melalui kerjasama institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam.

Selaras dengan resolusi berkenaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sedang dalam usaha penggubalan Dasar Industri Kreatif Negara. Dasar industri kreatif negara adalah penting setakat ini memandangkan banyak perkara yang memerlukan penyelarasan dan peningkatan sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. Pihak kementerian juga mengambil langkah tindakan dan pelaksanaan ke atas perkara berikut :

1. Menghasilkan skim bantuan kewangan bagi industri kreatif, di samping memurnikan kemudahan bantuan kewangan yang sedia ada;

2. Penjenamaan semula Pusat Belia bagi menyediakan ruang untuk aktiviti kerjasama dalam bidang kreatif; dan

3. Menceria dan menghidupkan suasana Bangunan Kastam Lama di kawasan Waterfront melalui persekitaran yang boleh mencetuskan suasana kerjasama antara penggiat seni atau orang-orang kreatif.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya sukacita merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Kerja Forum Penyelidikan Industri Kreatif, UBD. Kerana menjemput saya ke majlis pada hari ini dan tahniah di atas kejayaan menganjurkan festival ini.

Adalah diharapkan Festival Industri Kreatif Universiti Brunei Darussalam akan memberi inspirasi kepada lebih ramai golongan belia untuk menceburi bidang industri kreatif dan seterusnya menggerakkan pembangunan ekonomi negara berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan bagi pencapaian Wawasan Negara 2035.

Page 165: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

312 313

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BAGI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

TAHUN 1433 HIJRIAH / 2012 MASIHI DI DEWAN DIGADONG, KKBS

PADA HARI SABTU, 27 SYAWAL 1433 HIJRIAH / 15 SEPTEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya maka kita

warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dapat menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun Masihi 2012 bersamaan dengan 1433 Hijriah.

Pada kesempatan ini saya dan isteri dengan tulus ikhlas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir dan Batin kepada semua pegawai dan kakitangan di KKBS.

Saya memohon maaf di atas sebarang kekasaran dan kesilapan, baik dari segi tutur bahasa dan perbuatan di dalam membuat teguran, perbincangan dan memberikan arahan-arahan baik yang disedari mahupun tidak disedari.

Sambutan Hari Raya yang diadakan ini lebih bertujuan untuk memperkukuhkan semangat kekeluargaan dan setia kawan dalam kalangan pegawai dan warga di semua peringkat di KKBS. Semangat setia kawan dan saling hormat-menghormati adalah asas yang penting bagi kejayaan dan keberkesanan kementerian kita dalam memikul dan melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab pada menjaga dan memata-matai kesejahteraan dan kebajikan mereka yang memerlukan bantuan dan perlindungan; untuk memelihara, menghidupkan dan menyemarakkan budaya bangsa yang merupakan sebagai identiti dan warisan bernegara; dalam membangun belia untuk menjadi aset yang berguna kepada pembangunan negara dan membina belia yang mempunyai jati diri dan

patriotisme yang kental; dan memajukan sukan untuk pembangunan masyarakat dan mengangkat nama negara di persada serantau dan antarabangsa melalui kecemerlangan sukan.

Dalam kita melakukan tugasan dan tanggungjawab masing-masing, adalah diharapkan tidak wujud perasaan dan amalan konsep berpuak-puak dan bernafsu-nafsi dalam mengendalikan sesuatu projek atau apapun jua jenis pekerjaan. Sifat saling tolong-menolong dan bantu-membantu atau team work adalah sangat diharapkan dalam sesebuah organisasi demi memastikan kemajuan sesebuah organisasi dan juga berjayanya setiap program yang diungkayahkan.

Yang penting juga ialah bagi pegawai dan kakitangan sentiasa bersikap matang dan profesional dalam menghasilkan dan menyudahkan kerja-kerja yang diberikan.

Pegawai-pegawai dan kakitangan adalah perlu untuk menghasilkan kerja-kerja yang bermutu dan terbaik serta penuh profesionalisme bukannya bersikap asal ada dan asal siap. Kita perlu kreatif dan inovatif dan memberikan komitmen kerja yang tinggi, di samping sentiasa berusaha menghasilkan yang terbaik bukannya ala kadar.

Oleh itu, pengurusan masa adalah penting dalam sesebuah perancangan dan pelaksanaan perkara yang direncanakan. Adalah sesuatu yang mendukacitakan jika pegawai dan kakitangan mengambil sikap taking their sweet times untuk menyudahkan kerja dan tugasan yang diberikan dengan lebih mengutamakan hal-hal peribadi, perkara-perkara yang remeh-temeh walhal kerja-kerja berkenaan adalah kerja-kerja rutin dan dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia pernah menegaskan dalam titah baginda akan perlunya menyiapkan kerja yang menepati masa dan setiap kerja perlu mempunyai perancangan masa dan menjadikannya sebagai budaya kerja.

Di samping itu, para pegawai dan kakitangan juga perlu

Page 166: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

314 315

sentiasa memotivasikan diri ke arah yang lebih positif bagi mencapai kecemerlangan dalam pekerjaan dan memajukan kementerian. Perkara ini dapat dicapai apabila kita semua mempunyai pegangan dan prinsip kerja, dalaman segala tugas yang kita lakukan adalah untuk raja, negara, masyarakat, bangsa dan agama. Begitu juga perlu terdapat disiplin kerja di dalam diri kita pada menghormati dan mematuhi hiraki, susunan dan peraturan-peraturan yang terdapat di dalam organisasi tempat kita bekerja.

Untuk akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga KKBS.

MAJLIS PENGENALAN PASUKAN BRUNEI-BUTRA HEIDELBERG

CEMENT TOUR DE BRUNEI 2012, DI WATERFRONT, BANDAR SERI BEGAWAN

PADA HARI SELASA 10 ZULKAEDAH 1433 HIJRIAH / 25 SEPTEMBER 2012 MASIHI

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhdan Salam Sejahtera

IA adalah satu penghormatan bagi saya untuk hadir pada petang ini dan bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan sekali lagi kami ingin mengalu-alukan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam Brunei-Butra Heidelberg Cement Tour De Brunei 2012 pada tahun ini.

Ia merupakan satu masa yang penting dan juga satu pencapaian bagi Negara Brunei Darussalam untuk mengungkayahkan acara berbasikal berprofil tinggi dalam arena antarabangsa ini dan untuk para peminat sukan ini untuk kali keduanya. Sememangnya ini perlumbaan profil tinggi kerana ia memperolehi persetujuan dan pengiktirafan dari Kesatuan Berbasikal Antarabangsa sebagai salah satu Le Tours berbasikal yang berprestij peringkat antarabangsa.

Apa yang lebih penting dan bermakna untuk masyarakat tempatan adalah acara berprofil ini diadakan sempena sambutan perkahwinan diraja yang mana suasana dan kemegahan acara diraja bersejarah ini masih berlegar dalam kalangan rakyat Negara Brunei Darussalam.

Saya berasa gembira apabila mengetahui bahawa Butra Heidelberg Cement Brunei Darussalam menaja tour ini. Ucapan tahniah saya juga kepada Persatuan Berbasikal Brunei dengan kerjasama dari agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, sektor swasta dan kumpulan sukarela yang tampil untuk menyokong acara ini. Ia merupakan gambaran sebenar keupayaan kita dalam menganjurkan acara antarabangsa dengan

Page 167: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

316 317

kerjasama gabungan pengongsian awam dan swasta.

Ia adalah menggembirakan untuk mengetahui bahawa sebanyak sembilan belas pasukan dari 13 negara yang akan mengambil bahagian. Saya mengalu-alukan anda, penunggang dan pegawai pasukan dari China, Iran, Uzbekistan, Republik Singapura, Malaysia, Jepun, Filipina, Indonesia, Thailand, Hong Kong, Viet Nam dan Emiriah Arab Bersatu. Saya pasti bahawa penunggang dan pegawai pasukan dipersiapkan untuk menakluk kawasan yang mencabar dan cuaca sepanjang lima peringkat tours selama lima hari ini.

Saya faham bahawa pasukan dan penunggang yang terkenal pada peringkat antarabangsa berkumpul di sini hari ini. Saya yakin bahawa rakyat kita terutama peminat berbasikal sekali lagi akan mempunyai peluang untuk menyaksikan perlumbaan kualiti antarabangsa, bermula esok. Di atas itu, ini juga akan meningkatkan minat yang semakin meningkat daripada orang ramai untuk sukan itu sendiri.

Saya ingin berkongsi dengan anda Ekspedisi Berbasikal 2012 terkini kami bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Sultan Ke-66 dengan penyertaan oleh lebih 700 penunggang basikal yang terdiri daripada semua lapisan umur untuk mengharungi cabaran 66 kilometer dari Daerah Belait ke Daerah Brunei dan Muara. Sememangnya ia detik yang membanggakan bagi kami. Kami bukan sahaja mempromosikan sukan itu tetapi juga ingin menyeru untuk gaya hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti fizikal seperti berbasikal.

Saya ingin memetik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Ilmu 2012 baru-baru ini yang diadakan pada 11 September lalu di mana baginda menekankan kepentingan prinsip penjagaan kesihatan bahawa 'Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati' dalam usaha untuk memastikan seluruh negara mempunyai tahap optimum hidup sihat yang tertinggi. Dan ya, saya benar-benar yakin bahawa salah satu daripadanya adalah melalui aktiviti sukan, sama ada

melalui penyertaan pelbagai atau melalui pertandingan di peringkat tertinggi seperti acara ini.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, terus menggalakkan penyertaan dalam sukan dan senaman untuk tujuan yang lebih luas demi menyumbang kepada matlamat pembangunan manusia dan sosial yang mengukuhkan hubungan antara pembangunan sukan dan keamanan. Kementerian juga berusaha untuk meletakkan sukan pelancongan dan industri sukan sebagai salah satu matlamat utama kami dalam menganjurkan acara sukan antarabangsa yang boleh menarik bukan sahaja atlet dan orang yang minat sukan untuk Negara Brunei Darussalam tetapi juga pengunjung untuk datang ke negara kita. Mengungkayahkan acara sukan berprestij seperti Brunei-Butra Heidelberg Cement De Tour Brunei 2012 juga akan mewujudkan kesedaran antarabangsa mengenai Negara Brunei Darussalam dalam usahanya untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan yang unik.

Saya gembira untuk menyatakan bahawa Brunei Butra Heidelberg Cement Tour De Brunei 2012 telah sekali lagi menonjolkan Negara Brunei Darussalam sebagai salah satu destinasi yang dicari dalam sukan. Ini akan mempunyai kesan yang baik bukan sahaja untuk industri pelancongan tetapi acara berbasikal ini telah pasti menempa nama tersendiri pada peringkat antarabangsa. Adalah menjadi harapan saya agar usaha itu sebesar ini akan terus berkembang untuk populariti sukan itu dan untuk menggalakkan penyertaan beramai-ramai daripada orang awam.

Bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda, Butra Heidelberg Cement Sdn. Bhd. untuk menjadikan acara sukan ini lebih menarik. Saya berharap Butra Heidelberg Cement akan terus menjadi pengongsian strategik utama kami pada usaha kami untuk 'Perkongsian Awam Swasta' kukuh. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua usaha bersama yang dibuat oleh Persatuan Berbasikal Brunei Darussalam dan Jabatan Belia dan Sukan dengan sokongan bersama dari Jabatan Kemajuan

Page 168: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

318 319

Kerjasama kukuh yang ditunjukkan oleh semua agensi yang terlibat dalam membuat Tour De Brunei 2012 amat berjaya akan pasti meletakkan alasan yang sangat kukuh bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk membangunkan Industri Pelancongan Sukan di Negara Brunei Darussalam.

Kepada semua pelumba, semoga anda semua maju jaya dan menikmati layanan mesra dan penginapan anda dari kami di Negara Brunei Darussalam. Saya pasti anda akan membawa pulang kenangan indah Warisan Brunei kami.

Dan terutamanya kepada pasukan Brunei kita, anda boleh bersaing dengan dedikasi tertinggi anda kerana ini adalah peluang anda untuk bersinar dan untuk menjadi juara. Jadilah juara, berbangga dan Brunei Yakin.

Akhir sekali, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur untuk kerja-kerja keras yang tidak henti-henti dan ketabahan tertinggi dalam membuatkan acara antarabangsa ini berjaya.

SESI DIALOG KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

BERSAMA MEDIA-MEDIA TEMPATAN, DI EMPEROR'S COURT, MANGGIS MALL,

PADA HARI SABTU, 13 ZULKAEDAH 1433 HIJRIAH / 29 SEPTEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

TERLEBIH dahulu saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran pihak media yang telah diundang

ke Sesi Perjumpaan Silaturahim dan Dialog Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bersama media-media tempatan pada pagi ini.

Sesi dialog yang julung-julung kalinya diadakan adalah merupakan sebagai penghargaan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya kepada pihak media yang memberikan kerjasama erat dalam menggerakkan, mempromosikan dan melaksanakan projek dan kegiatan-kegiatan yang dikelolakan oleh KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya. Adalah juga diharapkan pertemuan ini akan dapat menjalin hubungan kerjasama yang lebih baik dan rapat di antara kementerian ini dengan pihak-pihak media di negara ini. Ianya juga diharap akan memberikan peluang untuk kita sama-sama bertukar-tukar fikiran terutamanya ke arah mencapai smart-partnership di antara kementerian ini dan pihak media.

Bagi mencapai visi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan iaitu 'Bangsa Brunei Yang Cemerlang', kementerian melaksanakan tanggungjawab ini, melalui empat bidang yang utama iaitu Kebudayaan, Kebeliaan, Kesukanan dan Kemasyarakatan yang meliputi Kebajikan. Semua rancangan dan program yang dilaksanakan bagi mencapai visi dan misi KKBS dikendalikan dan diusahakan oleh bahagian-bahagian dalam kementerian dan jabatan-jabatan di bawah kementerian iaitu Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Pusat Sejarah, Jabatan Muzium-Muzium, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Page 169: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

320 321

Tanggungjawab kebudayaan adalah dalam konteks memelihara, mengembangkan dan mempromosikan Bahasa, Sejarah, Budaya dan Warisan Bangsa Brunei daripada tujuh rumpun puak yang berasaskan kepada konsep Melayu Islam Beraja juga termasuk mempromosikan kepada masyarakat serantau dan antarabangsa. Walaupun kebudayaan merupakan sesuatu yang dilihat bercorak persembahan atau hiburan tarian dan lagu-lagu tradisional asli Brunei dan pameran-pameran artifak tetapi ianya sangat penting pada mengenalkan dan mempertahankan jati diri dan identiti bangsa Brunei sebagai bangsa yang bertamadun dan mempunyai kehidupan yang bertatasusila dan murni bagi mendukung konsep Melayu Islam Beraja. Jangan disalah tafsir makna kebudayaan itu.

Memartabat dan mengembangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara adalah merupakan tanggungjawab kementerian melalui Dewan Bahasa dan Pusataka. Perkara ini amat jelas daripada titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang antara lain menyatakan supaya rakyat di negara ini tidak mengkelasduakan Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu itu adalah Jiwa Bangsa. Begitu baginda menegaskan akan pentingnya sejarah dalam pembangunan bangsa dan negara kerana sejarah adalah merupakan cermin bangsa dan pelbagai usaha yang berkaitan dengan bahasa dan sastera; perpustakaan dan budaya membaca; sejarah dan kemuziuman adalah menjadi agenda dan fokus utama KKBS dalam bidang yang berkaitan dengan Kebudayaan dan Kesenian.

Melalui kebudayaan, kementerian juga mempunyai tanggungjawab dalam mengembangkan hubungan dan persefahaman budaya di kalangan negara-negara serantau dan antarabangsa. Lebih-lebih lagi dalam konteks ASEAN pada mewujudkan 'Masyarakat ASEAN 2015' atau ASEAN Community 2015.

Dalam konteks mengembangkan potensi industri kreatif dan pelancongan di Negara Brunei Darussalam elemen-elemen budaya bangsa dapat dikembangmajukan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Kementerian juga memerlukan partnership yang rapat dan meluas dengan pihak media untuk mengangkat dan mempromosikan bahasa Melayu, budaya dan sejarah bangsa secara menyeluruh dan komprehensif dalam usaha mendidik dan memberikan penerangan kepada orang awam.

Terutama sekali media elektronik seperti RTB dan Radio Kristal diharap akan dapat menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan meluas kepada orang ramai.

Berhubung dengan belia adalah matlamat kementerian untuk membentuk belia-belia Negara Brunei Darussalam sebagai aset negara dan bangsa yang berharga yang mempunyai jiwa yang besar, berwawasan, berakhlak, beriman, berdikari, prihatin dan mendukung kepada konsep Melayu Islam Beraja. kementerian dengan sokongan dan kerjasama daripada agensi-agensi lain dalam kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan swasta melakukan pelbagai program secara berterusan pada mengasuh dan mendorong para belia di negara ini mempunyai semangat patriotisme, taat setia kepada raja, negara, bangsa dan agama yang kental.

Pelaksanaan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) di peringkat rintis adalah satu di antara banyak projek yang menjurus kepada penghasilan rakyat Brunei yang cemerlang, bersemangat patriotik, beriltizam dan berdaya tahan, beriman, bertakwa, bersatu padu, berperwatakan positif dan mempunyai semangat kesukarelaan. Melalui PKBN, belia-belia didedahkan kepada aktiviti pembinaan jati diri yang kukuh dan semangat kerja yang berpasukan, insya-Allah, dalam perancangan jangka panjang, sebuah kem kekal PKBN bernilai BND23.5 juta akan dibina di Batu Apoi, Mukim Puni, Daerah Temburong.

Satu lagi usaha yang diungkayahkan oleh kementerian ialah ke arah menggiatkan lagi program kerja-kerja kesukarelawanan di mana ke arah ini, penyelarasan dan perundingan sedang diadakan dengan persatuan-persatuan belia, kumpulan-kumpulan belia dan agensi-agensi berkenaan dan sehubungan dengan itu juga akan diadakan Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa pada 5 Disember 2012. Pengisian sambutan

Page 170: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

322 323

tersebut, antara lain akan melibatkan perhimpunan khas, diikuti dengan kerja-kerja kesukarelawan yang dikendalikan oleh peratuan belia, kumpulan belia atau agensi yang berkaitan. Di samping itu, program-program memperkasa sukarelawan juga akan dipergiat seperti bengkel-bengkel dan sebagainya bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan keupayaan sukarelawan di negara ini di dalam mengendalikan kerja-kerja sukarela.

Begitu juga penjenamaan semula Pusat Belia di Bandar Seri Begawan adalah dihasratkan untuk menjadikan pusat berkenaan sebagai pusat dan tumpuan kegiatan belia bagi menggalakkan penglibatan para belia dalam kerja dan kegiatan kemasyarakatan, keagamaan, keusahawanan dan kebudayaan, dan penjenamaan ini akan dilaratkan kepada cawangan pusat belia di daerah-daerah.

Di samping liputan-liputan yang meluas yang diberikan oleh pihak media mengenai kegiatan dan penglibatan belia-belia kepada pembangunan masyarakat dan negara kita juga berharap pihak media memberikan ruang dan program khusus pada mengangkat pencapaian belia-belia baik secara individu, berkumpulan dan persatuan-persatuan belia di negara ini untuk memberikan galakan dan teladan untuk bergiat aktif dalam bidang kemasyarakatan, kesukarelawan, budaya, keusahawanan dan keagamaan. Liputan yang dibuat di akhbar-akhbar bukan hanya tertumpu kepada kegiatan belia di Daerah Brunei dan Muara tetapi juga di daerah lain yang mana ini akan memberikan semangat maju dan persaingan untuk mengembangkan kegiatan dan pergerakan belia dan persatuan belia di Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan ini kementerian mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak RTB kerana liputan yang meluas mengenai pergerakan belia di negara ini.

Menyentuh mengenai bidang sukan, adalah menjadi matlamat kementerian untuk mengembangkan pendekatan sukan untuk keamanan dan pembangunan. Ini dilaksanakan melalui program-program sukan untuk masyarakat bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan menyatupadukan

rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam dan menyumbang kepada keamanan dan perpaduan serantau dan antarabangsa; sukan berprestasi tinggi bagi kecemerlangan negara dan mengembangkan industri sukan yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi melalui industri pelancongan sukan dan yang berkaitan dengan sukan seperti perlumbaan basikal Le Tour De Brunei yang sedang berlangsung pada ketika ini.

Kementerian juga dalam proses dan perancangan untuk mengembangkan sukan paint ball, archery dan sukan ekstrem bagi memenuhi permintaan orang ramai, khususnya golongan belia yang meminati sukan-sukan berkenaan.

Dalam mengembangkan dan menaikkan semangat sukan di Negara Brunei Darussalam, kita ingin melihat liputan yang balance dan memberangsangkan daripada pihak media baik dalam keadaan menang atau kalah yang dicapai oleh negara khususnya atlet-atlet negara. Kita mengalu-alukan kritikan dan pandangan yang membina daripada pihak media mengenai pencapaian sukan tetapi bukanlah melalui pendekatan hanya dipuji tinggi apabila mencapai kejayaan tetapi dicemoh seteruk-teruknya apabila mencapai kegagalan.

Melalui media kita ingin rakyat dan penduduk di negara ini mempunyai perasaan swim dan sink together bersama-sama dengan atlet dan pencapaian negara dalam sukan. Sukacita saya kongsikan pendekatan sukan antarabangsa dan olimpik mengenai sukan, bukanlah semata-mata menumpukan kepada kemenangan atau glory tetapi meliputi perpaduan, keamanan dan penyertaan yang menyeluruh para atlet serantau dan dunia.

Menyentuh mengenai kemasyarakatan dan kebajikan kementerian melalui JAPEM berusaha pada melaksanakan hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk dengan memberikan bantuan, perlindungan, pemulihan dan latihan kepada golongan yang berkeperluan khas, orang-orang tua, fakir miskin, balu-balu, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, isteri-

Page 171: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

324 325

isteri dan anak-anak yang didera, penderaan seksual, remaja-remaja yang kurang mendapat pengawasan ibu bapa dan mereka yang diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani tahanan di rumah kebajikan.

Kementerian juga bertanggungjawab pada mengukuhkan institusi keluarga, wanita, menangani isu kemiskinan, golongan remaja dan warga emas melalui mempengerusikan Jawatankuasa Kebangsaan Menangani Isu-Isu Sosial dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Khas Mengenai Keluarga dan Wanita, Warga Emas dan Orang-Orang Berkeperluan Khas.

Begitu juga kementerian dipertanggungjawabkan pada mengutip dana-dana bantuan dalam negeri dan luar negara. Kementerian adalah sangat menghargai peranan orang ramai, swasta dan badan-badan bukan kerajaan dalam sama-sama menangani memberikan perhatian dan bantuan kepada golongan susah, bekeperluan khas dan anak-anak yatim di Negara Brunei Darussalam.

Tugas dan tanggungjawab berkenaan adalah begitu luas dan mencabar dan memerlukan bantuan kerjasama daripada semua pihak termasuk pihak media. Terutama sekali dalam memastikan tidak terlepas pandang daripada memberikan bantuan dan pertolongan kepada golongan yang memerlukan bantuan seperti fakir dan miskin dan susah kementerian dan JAPEM memerlukan kerjasama daripada pihak media untuk memberikan sebarang maklumat mengenai mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan bukannya dengan memberikan komen-komen negatif seolah-olah pihak kementerian dan JAPEM tidak membuat sesuatu. Kita mahukan pihak media sebagai mata dan telinga untuk memantau keadaan orang-orang yang memerlukan bantuan dan perlindungan.

Matlamat kementerian ialah untuk mengwujudkan masyarakat yang prihatin atau empathy terhadap golongan-golongan yang memerlukan bantuan dan mewujudkan institusi keluarga yang kukuh yang menyumbang kepada kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian bermasyarakat dan bernegara. Ke arah ini pihak media mempunyai peranan yang besar dan memberikan impak yang besar pada memberikan

kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat umum di Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan itu, sukacita saya meminta kerjasama yang erat daripada pihak media untuk memberikan liputan yang meluas sama ada di radio atau televisyen dan di dalam akhbar mengenai kegiatan yang bersangkut-paut dengan golongan berkeperluan khas ini terutama sekali mengenai ketabahan, pencapaian dan kejayaan mereka dalam menempuh cabaran hidup secara berdikari dengan menerokai bidang-bidang pekerjaan.

Begitu juga, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan supaya setiap hari Ahad pertama bulan Mei diisytiharkan sebagai Hari Keluarga Kebangsaan. Ke arah ini, adalah diharapkan pihak media akan dapat membarigakan perkara ini kepada orang ramai supaya masyaraka 'tidak lupa' mengenainya. Di sinilah antara peranan yang dimainkan oleh pihak media dalam usaha 'menghidupkan' aktiviti tersebut agar terus relevan dan tidak dipandang sebagai usaha yang berkala sahaja diadakan.

Adalah diharap dialog seperti yang kita adakan hari ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa supaya kita dapat berinteraksi dan berkongsi maklumat, di samping bertukar-tukar pendapat demi menjayakan usaha-usaha kerajaan yang berkaitan dengan Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Kebajikan masyarakat demi pembangunan bangsa dan negara.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan dan penglibatan pihak-pihak media dalam sama-sama menjayakan program-program yang telah dilaksanakan oleh kementerian ini.

Page 172: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

326 327

MAJLIS PELANCARAN PROJEK RINTIS KETIGA PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA,

DI STADIUM TERTUTUP, KOMPLEKS SUKAN NEGARA HASSANAL BOLKIAH, BERAKAS

PADA HARI RABU, 28 MUHARRAM 1434 HIJRIAH / 12 DISEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu´alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, dengan hidayah dan izin Allah Subhanahu Wata'ala Projek Rintis Ke-3 Program Khidmat Bakti Negara

(PKBN) dapat dilancarkan pada pagi ini. Terlebih dahulu sukacita saya mengucapkan tahniah, selamat datang dan selamat menjalani kehidupan sebagai pelatih Projek Rintis Ketiga PKBN kepada para pelatih yang terpilih untuk menyertai program ini.

Para pelatih merupakan remaja yang berjiwa kental dan berani pada menyahut cabaran dan ujian serta sedia berbakti untuk raja, keluarga, bangsa dan negara. Para pelatih juga adalah merupakan anak watan yang sejati dan golongan remaja yang dinamik yang ingin membuat perubahan yang positif pada diri mereka sendiri bagi kebaikan masa depan dan menghadapi cabaran arus globalisasi.

Untuk membuat sesuatu perubahan kepada diri sendiri memerlukan pengorbanan, ketabahan, komitmen dan keazaman, oleh itu ingin saya ingatkan kepada para pelatih dalam mana minggu pertama dan kedua adalah merupakan waktu yang getir dan mencabar bagi mereka untuk menyesuaikan diri dengan latihan PKBN kerana baru sahaja keluar daripada zon selesa (comfort zone) suasana rumah dan rakan-rakan di luar sana. Insya-Allah, pada minggu ketiga pelatih-pelatih akan dapat menserasikan diri mereka dan merasakan keseronokan cabaran Program Khidmat Bakti Negara dan tidak akan merasakan tempoh tiga bulan berlalu.

Sebanyak dua projek rintis PKBN telah diadakan sebelum ini yang mana penyertaan pelatih adalah seramai 78 dan 79 orang pelatih pada projek rintis pertama dan kedua. Pada projek rintis yang ketiga ini seramai 200 orang pelatih 130 lelaki dan 70 perempuan, telah dipilih bagi menyertai Projek Rintis Ke-3 Program PKBN. Ini adalah merupakan jumlah yang terbesar.

Peningkatan keramaian pengambilan pelatih secara maksima ini adalah memandangkan kepada minat dan sokongan para ibu bapa, orang ramai dan belia-belia di Negara Brunei Darussalam yang sangat menggalakkan dan mengkagumkan. Lebih 400 permohonan telah diterima untuk mengikuti Projek Rintis Ke-3 ini yang mana daripada jumlah berkenaan seramai 325 orang pemohon yang layak untuk dipilih.

Apa yang jelas dapat dilihat daripada penyertaan pada Projek Rintis Ke-3 ini ialah terdapat sambutan, dorongan dan sokongan yang kuat daripada masyarakat khususnya ibu bapa (strong parents driven) bagi anak-anak mereka untuk menyertai Program PKBN. Di samping itu para belia dan remaja juga dapat melihat akan faedah dan kemanfaatan Program PKBN untuk membangun jati diri mereka dan potensi diri untuk menjadi modal insan dan aset negara yang berharga dan berguna. Di sepanjang Projek Rintis Pertama dan Kedua dijalankan alhamdulillah tidak terdapat sungutan dan rintihan daripada ibu bapa malahan mereka memberikan sokongan dan semangat kepada anak-anak mereka untuk menyahut cabaran PKBN.

Ibu bapa yang telah melihat hasil Projek Rintis PKBN ke atas perubahan dan transformasi kepada diri anak-anak mereka menyuarakan sokongan bagi PKBN diteruskan dan dijadikan sebagai satu Program Pembangunan Belia nasional yang kekal. Para ibu bapa, masyarakat dan golongan belia telah dapat memahami bahawa Program Khidmat Bakti Negara adalah melebihi daripada aktiviti Perkhemahan Di Musim Panas (Summer Camp) atau Kembara Belia. Akan tetapi, ianya merupakan sebagai satu program yang mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas dan identiti yang tersendiri ke arah memantapkan disiplin dan jati diri kumpulan dan individu belia untuk taat setia kepada raja, berpegang

Page 173: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

328 329

teguh kepada prinsip dan ajaran-ajaran Islam, menanai konsep Melayu Islam Beraja (MIB) dan untuk sentiasa berbakti kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Isi kandungan program dan modul PKBN adalah merupakan Program Pembangunan Belia yang berbentuk holistik yang memberikan fokus yang seimbang kepada pembangunan jati diri, setia kawan, semangat berpasukan, ketahanan dan kekuatan mental, fizikal dan kerohanian mengikut lunas-lunas kenegaraan, budaya dan agama.

Bagi membangunkan keyakinan diri dan menjadi warga yang menyumbang kepada pembangunan negara dan prihatin kepada masyarakat sekeliling mereka, para pelatih juga didedahkan kepada keusahawanan, kerja-kerja kemasyarakatan dan semangat berdikari bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan.

Ini adalah selaras dengan hasrat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-24 Tahun pada tahun 2008 yang antara lain Baginda bertitah :

“Golongan muda atau golongan belia itu mempunyai nilainya yang tersendiri untuk diambil manfaat oleh bangsa dan negara, belia adalah aset negara, kerena itu, agenda pembinaan belia adalah amat penting untuk diberi fokus, jika mereka baik, maka kita pun bolehlah tersenyum lega, tetapi jika mereka menjadi insan yang cair moral, maka akan merintihlah negara memikul bebannya.” Yang tersendiri yang diselaraskan dan bentuk mengikut arus perkembangan negara semasa dan arus perubahan dan perkembangan serantau dan global. Ini akan menjadikan dan memacu golongan belia di negara ini untuk bersikap progresif dan dinamik dalam membawa pembangunan dan perubahan tanpa merosakkan atau menjejaskan kemurnian adat budaya dan tata susila serta norma dan ajaran Islam.

Alhamdulillah, daripada dua Projek Rintis PKBN yang telah

dijalankan, beberapa pembaikan dan nilai tambah telah dilakukan ke atas modul dan program yang disediakan. Yang mana antara lainnya ialah, latihan menggunakan dan menembak senjata api yang diperkenalkan dan juga permainan paint ball juga telah diadakan sebagai sukan riadah pelatih semasa menjalani latihan. Dalam waktu yang sama perisian kepada kandungan kursus dan latihan amali yang berkaitan dengan keagamaan, hal-hal kenegaraan, keusahawanan dan kefahaman mengenai MIB juga dipertingkatkan. Di samping itu tenaga-tenaga pengajar dipertingkatkan. Di samping itu tenaga-tenaga pengajar, pembimbing, jurulatih, dan pengawas juga telah ditambah.

Pembaikan dan nilai tambah yang diadakan adalah selaras dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan PKBN sebagai yang terbaik dan sempurna.

Sehubungan dengan ini, pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pejabat Peguam Negara, Pejabat Mufti Kerajaan, Majlis Kebangsaan Melayu Islam Beraja dan agensi-agensi kerajaan yang lain yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang padu pada menjayakan Projek Rintis PKBN yang diadakan.

Setelah dua kali pelaksanaan Projek Rintis PKBN ini dijalankan, kita dapat melihat perubahan yang ketara kepada penglibatan para belia dalam kerja dan projek kemasyarakatan yang berbentuk kesukarelawan yang dianjurkan khusunya oleh KKBS dan juga agensi yang berkaitan yang memerlukan khidmat bakti para lepasan PKBN, KKBS telah merangka beberapa program susulan atau 'Post PKBN Programmes', bagi para bekas pelatih Projek Rintis PKBN khusus dalam aktiviti sukarelawan.

Sebagai penutup, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelatih yang terpilih menyertai projek ini dan berharap agar projek ini akan memberikan kesedaran hidup ke arah melahirkan

Page 174: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

330 331

yang berharga. Kepada tenaga pengajar, penyelia dan pengendali program ini adalah diharapkan akan terus dapat mempamerkan kualiti dan sikap yang cemerlang dalam penyampaian apa jua bentuk tanggungjawab yang diamanahkan. Yang paling penting sentiasa terjamin sepanjang mengikuti program yang penuh mencabar ini.

Kepada para ibu bapa dan penjaga para pelatih, saya mengucapkan syabas dan penghargaan yang tinggi di atas ketabahan, kepercayaan dan sokongan abiskita dalam melaksanakan projek ini. Sokongan padu dan kerjasama erat ibu bapa dan penjaga para pelatih adalah sangat diharapkan sebagai kunci kejayaan program ini. Seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung, saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan dan diharapkan agar kerjasama seumpama ini dapat diteruskan dalam melaksanakan PKBN yang kekal.

Maka dengan mendahulukan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim dan bertawakal ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, saya melancarkan Projek Rintis Ketiga PKBN.

MAJLIS SAMBUTANHARI ANTARABANGSA WARGA EMAS 2012

DI PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA (ICC), BERAKAS PADA HARI KHAMIS,

6 SAFAR 1434 HIJIRAH / 20 DISEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarkatuh

TERLEBIH dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pembangunan

Masyarakat kerana telah menjemput saya hadir untuk merasmikan Majlis Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas bagi tahun 2012 yang bertemakan 'Penuaan Sihat : Mencorak Masa Depan' atau 'Longevity Shaping The Future'.

Perhimpunan Dunia mengenai Penuaan Tahun 1982 ataupun World Assembly On Aging 1982, mentakrifkan Warga Emas sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Secara global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2050 penduduk dunia berumur 60 tahun dan melebihi 60 tahun akan mencapai seramai 2 bilion orang iaitu tiga kali ganda daripada keramaian di tahun 2000.

Di Negara Brunei Darussalam, mengikut statistik tahun 2011, golongan penduduk yang telah mencapai umur 60 tahun ke atas merangkumi 5.7 peratus iaitu lebih kurang 22,400 daripada jumlah penduduk di negara ini. Walau bagaimanapun jumlah peratus keramaian warga emas di Negara Brunei Darussalam dijangkakan akan bertambah lebih dua kali ganda dalam masa 10 ke 15 tahun yang akan datang. Anggaran ini berlandaskan kepada keramaian penduduk dewasa yang berumur 45 tahun hingga 59 tahun mengikut statistik tahun 2011 ialah seramai lebih kurang 59,000 orang dan ini juga berasaskan kepada jangka hayat penduduk di negara ini iaitu 76.5 tahun bagi lelaki dan 78.8 tahun bagi wanita.

Di beberapa buah negara maju di Eropah dan Asia seperti Austria, Itali, Greece, Germany, Jepun dan beberapa buah lagi negara yang

Page 175: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

332 333

lain menghadapi pelbagai cabaran dalam menghadapi penduduk yang sebilangan besarnya merupakan penduduk tua (warga emas). Mereka menghadapi kos perkhidmatan kesihatan yang meningkat, tenaga kerja yang berkurangan, kos persaraan yang tinggi dan kadar pertumbuhan penduduk yang rendah. Berbagai langkah telah diambil oleh negara-negara berkenaan bagi mengimbangi kadar penduduk warga emas yang meningkat seperti meningkatkan umur persaraan, mengurangkan kemudahan pencen (reducing pension benefits) dan membelanjakan lebih peruntukan kepada penduduk warga emas.

Di Jepun sebagai contoh, pihak kerajaan mengarahkan posmen-posmen untuk melawati sebulan sekali rumah-rumah warga emas yang berumur 65 tahun ke atas dengan memberikan kad ucap selamat (greeting cards). Kerana banyak kes warga emas yang uzur dan meninggal bersendirian di rumah mereka.

Tema Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas 2012 iaitu 'Penuaan Sihat: Mencorak Masa Depan' atau 'Longevity Shaping the Future' adalah sangat bertepatan dengan usaha-usaha berterusan pihak yang berkepentingan atau stakeholders dalam memastikan warga emas diberi peluang untuk menjalani kehidupan aktif dengan mengamalkan aktiviti-aktiviti sihat dari segi fizikal mahupun mental. Penuaan penduduk ataupun aging population hendaklah dilihat secara realitinya dengan fikiran yang positif dan isu tersebut tidak boleh dianggap sebagai liabiliti sosial dan ekonomi. Impaknya terhadap negara bergantung kepada sejauh mana sesebuah negara tersebut meletakkan martabat warga emas dan bersedia untuk menghadapinya. Oleh itu, perancang dan penggubal dasar sesebuah negara hendaklah mempunyai sensitiviti ke atas keperluan warga emas, sama ada di peringkat individu, masyarakat dan negara. Ke arah ini, trend perubahan demographic penduduk perlu sentiasa dipantau bagi pelaksanaan perancangan program warga emas yang komprehensif.Anggaran warga emas merupakan liabiliti kepada negara hendaklah dikikis sama sekali kerana mereka merupakan salah satu aset penting negara. Generasi muda dan masyarakat pada umumnya perlu melihat bahawa warga emas secara langsung dan tidak langsung telah banyak menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara dan bangsa

masa kini. Sumbangan mereka dapat dilihat dari aspek-aspek berikut : Mereka adalah penyambung dan melahirkan zuriat masa kini; mereka mengasuh, membesar dan mendidik generasi sekarang; mereka menggerakkan, mencetuskan dan menjayakan pembangunan infrastruktur, akademik, intelektual dan kerohanian bangsa dan negara; mereka menyumbang pada memperjuangkan dan mempertahankan keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara dan bangsa; dan secara langsung dan tidak langsung warga emas menyumbang kepada pengisian dan kelangsungan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Sebagai aset yang penting dan masih berharga kepada negara, mereka adalah golongan masyarakat yang terdahulu makan garam dan menjalani serta berhidupan dengan pelbagai liku, cabaran dan pengalaman hidup. Golongan warga emas sememangnya kaya dengan pelbagai pengalaman dan sumber pengetahuan yang telah diperolehi dan dipupuk melalui pendidikan awal, kehidupan berkeluarga, bekerjaya dan bersosial. Generasi muda perlu menyedari bahawa mempunyai golongan warga emas dalam anggota keluarga, masyarakat dan negara yang disertai dengan sikap menghormati, memuliakan dan menyayangi mereka adalah membawa berkat dan banyak kebaikan kepada masyarakat dan negara.

Pengetahuan dan pengalaman yang ada pada warga emas perlu dimanfaatkan dan kongsikan oleh generasi masa kini. Khazanah yang begitu kaya yang dimiliki warga emas dalam pembangunan diri, kekeluargaan, masyarakat serta pengalaman dan kepakaran mereka di pelbagai bidang seperti pengurusan, perniagaan, keagamaan, adat budaya, kraf tangan dan akademik adalah merupakan aset yang sangat relevan untuk dimanfaatkan oleh generasi yang lebih muda sebagai teladan dan panduan hidup dan dalam mengharungi cabaran-cabaran era globalisasi dan dunia tanpa sempadan.

Alhamdulillah, kita di Negara Brunei Darussalam, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memberikan perhatian, pemedulian, menghargai dan memartabatkan akan kewujudan warga emas di negara ini. Pihak kerajaan dalam usaha untuk memperkasa

Page 176: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

334 335

dan memartabatkan golongan warga emas tersebut telah mewujudkan jaringan keselamatan sosial melalui Skim Pemberian Pencen Umur Tua kepada rakyat dan penduduk negara yang berumur 60 tahun ke atas yang telah pun dilaksanakan seawal tahun 1954.

Sehingga bulan November 2012, seramai 23,845 orang warga emas yang berdaftar JAPEM menerima pencen umur tua berjumlah BND250 sebulan. Dengan adanya Skim Pencen Umur Tua, di samping menghargai dan dan memuliakan warga emas di negara ini dan sedikit sebanyak juga dapat membantu mereka menyara keperluan seharian mereka dan menjalani kehidupan yang bermaruah (dignify living).

Di samping menerima pencen tua bulanan warga emas yang tergolong kurang upaya, daif dan miskin juga diberikan bantuan elaun bulanan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dalam waktu yang sama, golongan warga emas juga tidak terkecuali diberikan kemudahan-kemudahan perkhidmatan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain seperti lorong laju bagi mendapatkan ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan di rumah-rumah sakit kerajaan.

Sebagai langkah berterusan dan berdaya tahan dalam menangani isu semasa yang berkaitan dengan kesejahteraan warga emas, Jawatankuasa Khas Isu Warga Emas dan Orang Berkeperluan Khas telah ditubuhkan di bawah naungan Majlis Kebangsaan Isu Sosial. Antara lain, Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan untuk memastikan dasar undang-undang dan pelan tindakan disediakan bagi menangani isu warga emas dan orang berkeperluan khas selain untuk memastikan kerjasama yang erat antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam menangani isu warga emas dan orang berkeperluan khas.

Dalam hubungan ini, Pelan Tindakan Warga Emas yang telah dirangka akan dapat dijadikan panduan untuk memajukan potensi warga emas agar mereka terus bergiat aktif dan produktif dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara serta memastikan warga emas terus bergiat aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara,

dan bagi penyediaan kemudahan-kemudahan yang tertentu untuk menjamin penjagaan dan perlindungan warga emas secara teratur dan terarah demi untuk kesejahteraan hidup mereka.

Dalam menangani kesejahteraan warga emas, sebuah pusat kegiatan warga emas telah dibangun awal tahun ini telah pun mencapai fasa pembangunan yang terakhir dan insya-Allah ianya akan mula beroperasi pada suku tahun-tahun pertama 2013. Penubuhan Pusat Kegiatan Warga Emas ini bertepatan dengan strategi negara pada mewujudkan warga emas yang sejahtera dan agar warga emas di negara ini akan dapat menjalani kehidupan aktif lagi produktif dengan mengisikan masa mereka dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Pusat ini juga diharap akan menjadi salah satu Community Support Centre bagi warga emas mengadakan aktiviti yang melibatkan masyarakat dalam pembangunan negara secara amnya.

Kebajikan dan kesejahteraan warga emas yang kurang bernasib baik disebabkan oleh kesulitan yang terjejas, kecacatan ataupun yang tidak mempunyai dukungan keluarga yang mantap turut menjadi perhatian dan pemedulian Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sebagai langkah proaktif bagi mengatasi permasalahan ini, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menubuhkan Projek Memeduli Warga Emas.

Projek ini telah dilaratkan di semua daerah di negara ini untuk memastikan golongan warga emas diberi penjagaan yang secukupnya dengan menitikberatkan pembabitan ahli keluarga, masyarakat sekeliling dan para sukarelawan. Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk memberi bantuan, khidmat atau pertolongan apabila warga emas memerlukan bantuan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian, di samping membuka peluang bagi para individu yang berkecimpungan menjadi sukarelawan memberikan khidmat bakti mereka kepada warga emas yang memerlukan bantuan tersebut.

Page 177: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

336 337

Penuaan sihat dalam mencorak masa depan mempunyai konsep yang berbentuk multi dimensional yang mencukupi pelbagai aspek dan perlu dinilai dengan acara lebih terbuka dan proaktif. Sehubungan dengan ini penuaan atau menghadapi hari tua hendaklah terus diisikan oleh warga emas dengan penglibatan secara aktif kepada pembangunan masyarakat dan negara. Ianya bukanlah merupakan noktah atau perhentian dalam kehidupan seseorang warga emas.

Dalam pembangunan negara dan masyarakat sumbangan warga emas masih sangat diperlukan dan relevan dalam bentuk penasihat, role model, mentor dan penyumbang tenaga dan fikiran.

Yang penting ialah bagi warga emas untuk terus bergerak aktif secara kerohanian, amal ibadat, fizikal dan mental, di samping sentiasa menjaga kesihatan. Penjagaan makanan perlu diutamakan melalui diet yang seimbang dan pengambilan supplement yang bersesuaian dengan kesihatan masing-masing. Warga emas yang aktif dan sihat akan lebih cenderung untuk mengisikan masa-masa yang terluang bukan sahaja dengan aktiviti-aktiviti kekeluargaan malah mereka juga giat mengikuti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, keagamaan, keilmuan dan kesukanan termasuk yang dikendalikan oleh persatuan-persatuan.

Dalam waktu yang sama, warga emas hendaknyalah tidak bersikap mengasingkan diri bersendirian berehat di rumah sahaja. Mereka perlu bersikap terbuka, mendekati dan mudah didekati oleh golongan muda untuk berkongsi pengalaman, idea, kepandaian, kemahiran dan wisdom dengan generasi muda. Generasi muda masih bergantung dan memerlukan tunjuk ajar, nasihat dan teladan daripada generasi warga emas dalam mengharungi liku-liku kehidupan dan memantapkan pendirian mereka daripada pengaruh luaran dan anasir yang ingin menggugat keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

Peranan institusi keluarga dalam memeduli warga emas, terutama sekali bagi ibu bapa yang sudah lanjut usia adalah sangat penting sekali. Perlu dipupuk kesedaran sedari awal dalam kalangan kanak dan remaja

untuk sentiasa menghormati, menyayangi dan memuliakan orang-orang tua.

Berbuat baik dan menghormati ibu bapa dan anggota masyarakat yang sudah tua adalah sangat dituntut dalam ajaran Islam.

Golongan muda hendaknyalah tidak bersikap sombong, bongkak dan angkuh apabila berhadapan dengan golongan warga emas. Kehidupan seseorang anak dan remaja itu tidak akan bermakna seandainya dia mengabaikan ibu bapanya yang sudah tua. Golongan remaja perlu ingat, dalam mana yang sama mereka juga akan melalui proses menjadi tua dan mahukan orang lain menghormati dan menyayangi diri mereka.

Saya sudahi ucapan ini dengan menyebut dua Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Daripada Anas bin Malik menyatakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda : “Tiada seorang pemuda yang menghormati dan memuliakan seseorang yang tua usianya melainkan Allah akan menentukan baginya orang lain yang akan menghormatinya kelak apabila dia pula mencapai tua.”

Manakala Abu Hurairah Radiallahuanhu telah menyatakan akan hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang memberikan peringatan: “Hati orang tua itu mudah untuk mencintai dua perkara iaitu panjangnya angan-angan (harapan) dan membanyakkan harta.”

Maka, dengan bertawakal ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala dan dengan melafazkan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan ini merasmikan Majlis Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas 2012.

Page 178: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

338 339

Ucapan Yang Mulia Dato Seri Setia

Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail selaku PEMANGKU MENTERI PENDIDIKAN

MAJLIS PELANCARAN EKSPO 'STUDENT ENTREPRENEURSHIP DEvELOPMENT' (SEDEX) SEMPENA SAMBUTAN

HARI GURU 2012 DAN BENGKEL 'ENTREPRENEURIAL LEADERSHIP FOR EDUCATIONS PROGRAMME' (ELEP), DI

AIRPORT MALL, BERAKASPADA HARI SELASA,

Bismillahir Rahmannir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, segala puji dan syukur hanya untuk Allah Subhanahu Wata'ala yang mengizinkan kehadiran kita semua dalam

majlis pada pagi ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa dan mereka yang terlibat mengungkayahkan ekspo dan bengkel yang akan dilancarkan pada hari ini.

Saya mengambil maklum dan amat gembira mengetahui bahawa Ekspo Keusahawanan Pembangunan Pelajar (SEDEx) ini juga akan diadakan di Daerah-Daerah Belait, Tutong dan Temburong pada tarikh yang berlainan dengan penyertaan pelajar-pelajar dari peringkat rendah, menengah dan dari institusi pendidikan teknik. Juga penyertaan dari pelajar-pelajar sekolah swasta dan beberapa syarikat undangan.

Bidang keusahawanan adalah satu bidang yang sering menjadi tajuk penting dalam perbincangan di pelbagai peringkat, kerana itu bidang ini harus diterokai dengan lebih berkeyakinan dan diusahakan supaya dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan cemerlang terutamanya dalam sektor produktiviti, bagi membantu menjana perkembangan sosioekonomi negara.

22 ZULHIJJAH 1433 HIJRIAH / 13 NOvEMBER 2012 MASIHI

Page 179: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

340 341

Bidang keusahawanan ini juga amat digalakkan oleh agama Islam untuk diceburi kerana terdapat sebuah hadis yang menerangkan mengenainya yang bermaksud sembilan dari sepuluh rezeki yang diturunkan itu ada dalam perniagaan dan keusahawanan. Walaupun terdapat keutamaannya dari segi pandangan syarak dan keduniaan, namun penglibatan anak-anak muda tempatan secara aktif di bidang ini masih di tahap rendah terutamanya dalam sektor keusahawanan, kepakaran atau bidang-bidang yang berhubung kait dengan teknologi tinggi.

Oleh yang demikian, usaha bagi menggalakkan dan meningkatkan penglibatan dan kemahiran anak-anak muda tempatan dalam bidang keusahawanan mestilah banyak diperkenalkan melalui kegiatan-kegiatan dan projek-projek yang diungkayahkan oleh semua pihak yang berkenaan dalam sektor awam dan swasta atau secara kolaborasi.

Alhamdulillah, saya mengambil maklum setakat ini terdapat beberapa kegiatan dan projek yang telah dilaksanakan pada membantu menggalakkan para usahawan muda ini seperti Programme Young Enterprise Scheme (YES), iaitu Program Usahasama Kementerian Pendidikan dan Syarikat KEMUDA, juga Program Brunei Entrepreneurship Education Scheme (BEES) iaitu anjuran bersama Brunei Shell Petroleum (BSP), Kementerian Pendidikan dan Universiti Brunei Darussalam.

Apa yang perlu diberikan perhatian ialah selari dengan kegiatan dan projek-projek yang diungkayahkan ini ialah tindakan susulan yang komprehensif dan konsisten serta pemantauan yang bersesuaian, kerana untuk memperolehi keberkesanan yang lebih efektif tidak hanya memadai dengan berbekalkan teori-teori atau pengalaman-pengalaman dari kursus-kursus singkat sahaja tetapi memerlukan perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berstrategik yang berterusan.

Adalah disedari bahawa bidang keusahawanan bukanlah satu bidang yang mudah untuk dikuasai terutama bagi golongan muda yang baru menceburi bidang ini, apatah lagi apabila tiada mempunyai latar belakang keusahawanan maka bidang ini akan dilihat sebagai mempunyai

risiko yang tinggi yang akan menjadikan mereka kurang yakin atau tidak berani untuk bergiat lebih aktif. Pun begitu, ini bukan bermakna tidak ada dari kalangan anak-anak muda kita yang bersemangat waja, cekal dan berani untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan ini. Kepada mereka ini kita mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah.

Kita penuh berharap dan menyeru, pihak-pihak yang berkepentingan perlu memikirkan cara atau kaedah laluan yang benar-benar efektif untuk membantu anak-anak muda yang berpotensi serta berkemahuan tinggi untuk menceburi bidang keusahawanan. Misalnya, membimbing dan membuat pemantauan secara terperinci untuk jangka masa tertentu bermula dari penerokaan bidang keusahawanan yang akan diceburi, mendapatkan bantuan kewangan, mendapatkan sumber bahan atau peralatan, strategi pemasaran dan lain-lain.

Kaedah ini akan dapat mengangkat kumpulan berkenaan sebagai usahawan baru yang berwibawa dan berwawasan, walaupun kecil jumlahnya, tetapi ia adalah lebih baik dari tidak ada langsung dalam satu jangka masa yang tertentu.

Bagi pelajar-pelajar pula, pendedahan awal yang lebih berstruktur dan bersistematik mengikut perkembangan mental dan fizikal mereka adalah sangat mustahak untuk diadakan demi menanamkam minat yang mendalam di bidang ini. Dalam masa yang sama, terdapat juga anak-anak muda yang telah menunjukkan kemajuan dalam dunia keusahawanan ini terutama mereka yang berasal dari kalangan keluarga yang mempunyai latar belakang bidang perniagaan dan keusahawanan di mana minat serta kecenderungan mereka sudah tertanam sejak awal lagi.

Oleh itu, saya berkeyakinan bahawa projek yang dilancarkan pada hari ini, adalah satu usaha yang sangat baik terutama dari segi meningkatkan semangat dan keinginan pelajar untuk terus maju dalam bidang-bidang yang diikuti serta memperbaiki daya kreativiti, pemikiran serta menanamkan sifat menghargai dan minat terhadap dunia keusahawanan. Selanjutnya adalah lebih baik juga ia dikuti oleh tindakan-tindakan susulan yang mampu untuk memberi kesan yang signifikan kepada pelajar-pelajar kita.

Page 180: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

342 343

Ucapan Yang Mulia Datin Paduka

Dayang Hajah Adina binti Othman selaku PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA dan SUKAN

Pada hemat saya sudah tiba masanya kita melihat bidang keusahawan ini dari perspektif yang lebih positif kerana kebanyakan orang-orang kita yang berkecimpung dalam bidang ini menjadikannya hanya untuk menghasilkan pendapatan sampingan dan secara kecil-kecilan. Oleh itu, kefahaman yang jelas dan telus perlu diberikan di mana bidang ini sepatutnya akan dijadikan sumber pendapatan yang lebih reliable, bersekala besar dan dapat menjamin kehidupan di masa hadapan, sebagai mana yang dapat kita saksikan terjadi pada kebanyakan pengusaha-pengusaha yang berjaya di sekeliling kita.

Saya menyeru supaya semua pihak yang terlibat dan yang berkepentingan akan dapat sama-sama memberikan perhatian dan bantuan sewajarnya demi perkembangan bidang keusahawan dan perniagaan.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sukacita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi dan semua ahli jawatankuasa yang terlibat dengan kedua-dua projek ini, atas ingatan baik menjemput saya hadir dan memberikan penghormatan kepada saya untuk melancarkan ekspo dan bengkel sempena Hari Guru tahun 2012.

Akhirnya, dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan mendahulukan kalimah tayyibah Bismillahir Rahmannir Rahim, selawat serta salam ke atas Jujungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, saya dengan rasminya melancarkan 'Ekspo Peusahawanan Pembangunan Pelajar' (SEDEx) Sempena Sambutan Hari Guru 20l2 dan 'Bengkel Entrepreneurial Leadership For Educators Programme' (ELEP).

Page 181: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

344 345

SEMPENA SAMBUTAN HARI ANTARABANGSA MEMBASMI KEMISKINAN

DI DEWAN MAHLIGAI TINGKAT 3, AIRPORT MALL, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PADA HARI RABU, 22 ZULHIJJAH 1433 HIJRIAH / 7 NOvEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu

Alaihi Wasallam, kerabat dan para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat dan setia sehingga ke akhir zaman.

Mengadap ke hadapan majlis, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Beribu ampun,

Hamba Duli Tuanku bagi pihak semua yang terlibat dalam Majlis Sambutan Hari Antarabangsa Membasmi Kemiskinan bagi tahun 2012 dengan penuh hormat dan takzim, menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Tuanku ke majlis ini. Keberangkatan Duli Tuanku menunjukkan pemedulian dan sokongan Duli Tuanku terhadap isu kemiskinan di negara ini.

Beribu ampun,

Hamba Duli Tuanku menjunjung perkenan Duli Tuanku untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada para hadirin dan hadirat dalam majlis yang berkebajikan ini.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala

kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat berhimpun bersama-sama dalam majlis pada pagi ini untuk menyambut Hari Antarabangsa Membasmi Kemiskinan bagi tahun 2012 dengan bertemakan 'Menjana Ekonomi Keluarga Untuk Kesejahteraan Negara'.

Pembasmian kemiskinan merupakan matlamat setiap negara di dunia ini. Ianya sering digunakan sebagai ukuran untuk mencapai kesejahteraan rakyat dan kemantapan pembangunan negara. Negara Brunei Darussalam juga tidak terkecuali. Pembasmian kemiskinan telah lama menjadi matlamat negara bilamana pada tahun 1954, Pencen Umur Tua telah diperkenalkan sebagai salah satu mekanisme jaminan sosial untuk menghalang rakyat daripada jatuh miskin. Walau bagaimanapun, pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan Ke-4 Majlis Mesyuarat Negara pada 4 Mac 2008, pembasmian kemiskinan ke tahap sifar telah menjadi salah satu agenda utama negara.

Sambutan Hari Antarabangsa Membasmi Kemiskinan 2012 yang diadakan selama dua hari ini adalah merupakan salah satu usaha ke arah matlamat ini. Inilah kali pertama Negara Brunei Darussalam turut menyertai Hari Antarabangsa yang mana menunjukkan bahawa Negara Brunei Darussalam sehari dengan seluruh dunia akan kepentingannya membasmi atau sekurang-kurangnya mengurangkan kemiskinan.

Kemiskinan yang dialami di negara ini boleh dikatakan dalam tahap relatif sahaja dan bukannya tegar ataupun extreme. Kemiskinan relatif dialami apabila terdapat jurang perbezaan dalam taraf kehidupan disebabkan oleh beberapa faktor seperti pencapaian dalam bidang pendidikan, penglibatan dalam aktiviti ekonomi, status kesihatan serta keupayaan untuk membuat pilihan dan merebut peluang. Kemiskinan disukat bukan hanya dari segi ekonomi tetapi yang lebih penting, keupayaan seseorang untuk mengakses keperluan asas bagi menikmati cara kehidupan yang selesa termasuk makanan yang mencukupi, kesihatan, pendidikan, pekerjaan, perumahan, air yang bersih, tanah, keselamatan dan penyertaan dalam kehidupan sosiopolitik.

Page 182: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

346 347

kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat berhimpun bersama-sama dalam majlis pada pagi ini untuk menyambut Hari Antarabangsa Membasmi Kemiskinan bagi tahun 2012 dengan bertemakan 'Menjana Ekonomi Keluarga Untuk Kesejahteraan Negara'.

Pembasmian kemiskinan merupakan matlamat setiap negara di dunia ini. Ianya sering digunakan sebagai ukuran untuk mencapai kesejahteraan rakyat dan kemantapan pembangunan negara. Negara Brunei Darussalam juga tidak terkecuali. Pembasmian kemiskinan telah lama menjadi matlamat negara bilamana pada tahun 1954, Pencen Umur Tua telah diperkenalkan sebagai salah satu mekanisme jaminan sosial untuk menghalang rakyat daripada jatuh miskin. Walau bagaimanapun, pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan Ke-4 Majlis Mesyuarat Negara pada 4 Mac 2008, pembasmian kemiskinan ke tahap sifar telah menjadi salah satu agenda utama negara.

Sambutan Hari Antarabangsa Membasmi Kemiskinan 2012 yang diadakan selama dua hari ini adalah merupakan salah satu usaha ke arah matlamat ini. Inilah kali pertama Negara Brunei Darussalam turut menyertai Hari Antarabangsa yang mana menunjukkan bahawa Negara Brunei Darussalam sehari dengan seluruh dunia akan kepentingannya membasmi atau sekurang-kurangnya mengurangkan kemiskinan.

Kemiskinan yang dialami di negara ini boleh dikatakan dalam tahap relatif sahaja dan bukannya tegar ataupun extreme. Kemiskinan relatif dialami apabila terdapat jurang perbezaan dalam taraf kehidupan disebabkan oleh beberapa faktor seperti pencapaian dalam bidang pendidikan, penglibatan dalam aktiviti ekonomi, status kesihatan serta keupayaan untuk membuat pilihan dan merebut peluang. Kemiskinan disukat bukan hanya dari segi ekonomi tetapi yang lebih penting, keupayaan seseorang untuk mengakses keperluan asas bagi menikmati cara kehidupan yang selesa termasuk makanan yang mencukupi, kesihatan, pendidikan, pekerjaan, perumahan, air yang bersih, tanah, keselamatan dan penyertaan dalam kehidupan sosiopolitik.

Dalam hal ini, bagi Negara Brunei Darussalam, alhamdulillah, keperluan-keperluan asas serta perkhidmatan asas Negara Brunei Darussalam disediakan secara percuma oleh kerajaan atau dengan subsidi yang amat besar. Berdasarkan Kajian Perbelanjaan Keluarga Negara Brunei Darussalam 2005, tiada kemiskinan ekstrem di negara ini di mana Negara Brunei Darussalam telah mencapai matlamat satu iaitu membasmi kemiskinan tegar di bawah Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Negara Brunei Darussalam juga telah mencapai tahap Indeks Pembangunan Manusia (Human Development Index) yang ke 33 di kalangan 187 buah negara pada tahun 2012.

Di Negara Brunei Darussalam, usaha-usaha ke arah mencapai matlamat pembasmian kemiskinan melalui sistem pembangunan sosioekonomi negara boleh dibahagikan kepada tiga iaitu inisiatif dukungan sosial, inisiatif pengurusan kemiskinan dan inisiatif pembasmian kemiskinan.

Program-program yang disediakan dalam ketiga-tiga aspek ini bertujuan untuk menghalang seseorang individu tercicir daripada sistem pembangunan sosioekonomi dan jatuh ke kancah kemiskinan. Program-program ini termasuklah pendidikan percuma, perkhidmatan kesihatan percuma, perumahan, skim persaraan dan pencen umur tua serta subsidi-subsidi ke atas barang makanan, tenaga elektrik, air dan petrol.

Selain daripada keperluan asas tersebut, bantuan kebajikan, elaun pendidikan, elaun sara hidup serta bantuan bencana alam juga disediakan melalui beberapa program seperti Skim Perkhidmatan Masyarakat dan Program Perkasa di bawah JAPEM, Program PROPAS di bawah Majlis Ugama Islam Brunei, program pekerjaan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta program mikro kredit untuk keusahawanan kecil.

Apa juga program yang disediakan termasuk perkhidmatan-perkhidmatan asas yang percuma serta subsidi-subsidi ke atas barangan makan, tenaga, minyak, air dan bantuan kebajikan harus mengambil

Page 183: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

348 349

kira sustainability terutamanya dari segi kewangan. Soalan yang harus kita tanya: “Sampai bilakah negara dapat bertahan membiayai program-program bantuan kebajikan dan dalam masa yang sama menyediakan sumber kewangan yang kukuh untuk generasi yang akan datang?”

Di samping kos-kos yang ditanggung oleh kerajaan, kita juga harus mengambil kira kos sosial kepada masyarakat bukan sahaja dalam bentuk harta benda malah tidak kurang pentingnya juga ialah implikasi terhadap isu-isu sosial dan kesannya kepada para belia yang bakal menerajui pembangunan negara.

Dengan ini dan sesuai dengan tema Hari Antarabangsa Membasmi Kemiskinan iaitu 'Menjana Ekonomi Keluarga Untuk Kesejahteraan Negara', tumpuan harus diberi kepada program-program yang akan dapat memperkasakan golongan miskin supaya mereka akan dapat keluar daripada putaran kemiskinan. Program untuk memperkasakan mereka bukanlah semestinya program ekonomi sahaja tetapi yang lebih penting, program dari segi mindset untuk meningkatkan keupayaan golongan orang susah, keyakinan diri dan harga diri mereka termasuk dari segi rohani agar mereka akan dapat cabaran-cabaran.

Komitmen Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memantapkan lagi program-program pembasmian kemiskinan yang sedia ada ini jelas terbukti dengan penubuhan satu Jawatankuasa Khas Isu Kemiskinan yang antara lain bertujuan untuk mengenal pasti punca kemiskinan serta merancang, menyelaraskan dan melaksanakan program-program untuk memperkasakan golongan miskin. Dengan penubuhan jawatankuasa ini merupakan usaha bersepadu di antara agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan ke arah pembasmian kemiskinan. Insya-Allah, jawatankuasa ini sedang menghasilkan satu pelan tindakan yang bersepadu yang akan menyelaraskan semua program pembasmian kemiskinan dan rangkaian keselamatan sosial supaya akan dapat memberikan kesan yang lebih baik dan terarah.

Kemiskinan merupakan pencebuhan hak asasi manusia. Kemiskinan

kira sustainability terutamanya dari segi kewangan. Soalan yang harus kita tanya: “Sampai bilakah negara dapat bertahan membiayai program-program bantuan kebajikan dan dalam masa yang sama menyediakan sumber kewangan yang kukuh untuk generasi yang akan datang?”

Di samping kos-kos yang ditanggung oleh kerajaan, kita juga harus mengambil kira kos sosial kepada masyarakat bukan sahaja dalam bentuk harta benda malah tidak kurang pentingnya juga ialah implikasi terhadap isu-isu sosial dan kesannya kepada para belia yang bakal menerajui pembangunan negara.

Dengan ini dan sesuai dengan tema Hari Antarabangsa Membasmi Kemiskinan iaitu 'Menjana Ekonomi Keluarga Untuk Kesejahteraan Negara', tumpuan harus diberi kepada program-program yang akan dapat memperkasakan golongan miskin supaya mereka akan dapat keluar daripada putaran kemiskinan. Program untuk memperkasakan mereka bukanlah semestinya program ekonomi sahaja tetapi yang lebih penting, program dari segi mindset untuk meningkatkan keupayaan golongan orang susah, keyakinan diri dan harga diri mereka termasuk dari segi rohani agar mereka akan dapat cabaran-cabaran.

Komitmen Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memantapkan lagi program-program pembasmian kemiskinan yang sedia ada ini jelas terbukti dengan penubuhan satu Jawatankuasa Khas Isu Kemiskinan yang antara lain bertujuan untuk mengenal pasti

Page 184: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

350 351

SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM KEMUNCAK PERAYAAN ULANG TAHUN KALI KE-16 PERSATUAN

BEKAS KAKITANGAN KERAJAAN (PEKIRA), DI HOTEL ASMA, JERUDONG

PADA HARI JUMAAT, 16 MUHARRAM 1434 HIJRIAH / 30 NOvEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SEGALA pujian dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, selawat dan salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad

Sallallahu Alaihi Wasallam, sekalian sahabat, kaum keluarga, para pengikut dan umat Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah dan rahmat-Nya jua dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Malam Kemuncak Perayaan Ulang Tahun Kali Ke-16 Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan (PEKIRA).

Kaola/Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada PEKIRA kerana berkesudian menjemput kaola/saya hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis ini untuk meraikan ulang tahun penubuhan PEKIRA yang ke-16 tahun. Tahniah diucapkan kepada PEKIRA atas pencapaian ini.

Persaraan adalah umpama suatu persimpangan utama dalam hidup seseorang. Di situlah bermulanya seseorang itu melepaskan tugas dan tanggungjawab rasmi yang dipikul selama ini, mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan sekerja dan memasuki fasa hidup baru di luar persekitaran biasa. Pada masa inilah mereka perlu memikirkan hala tuju masing-masing. Terdapat satu pendapat mengatakan bahawa life begins at retirement. Ini kerana di sinilah bermulanya titik kehidupan baru bagi seseorang. Ada di antara pesara yang memilih untuk meluangkan sepenuh masa bersama keluarga dan ada yang memilih untuk terus menabur bakti dan memberi khidmat melalui kerjaya baru atau lain-lain perkhidmatan. Bagi warga Perkhidmatan Awam di Negara Brunei Darussalam, yang

bersara pada umur 55 atau 60 tahun, boleh dikatakan masih muda dan mempunyai tenaga untuk menyumbang kepada masyarakat. Sudah setentunya akan merugikan negara jika kemahiran dan pengalaman yang terdapat dalam pesara-pesara tidak digunakan untuk manfaat masyarakat dan negara.

Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, Warga Emas dikategorikan sebagai individu yang berumur 60 tahun ke atas. Berdasarkan statistik penerima Pencen Umur Tua pada bulan November 2012 terdapat seramai 23,936 atau lebih kurang 5 peratus dari keseluruhan penduduk adalah warga emas. Manakala berdasarkan kepada perangkaan penduduk Negara Brunei Darussalam pada tahun 2010 mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas ialah 22,200 orang dan jumlah ini dijangka akan meningkat kepada 64,158 pada tahun 2030 berdasarkan pertumbuhan purata tahunan 1.7 peratus. Adalah menjadi hasrat negara untuk menjadikan warga emas di negara ini sebagai warga sihat yang bergiat aktif serta dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan bangsa dan negara. Ini adalah selaras dengan

The Madrid International Plan of Action on Ageing 2002 yang memberi keutamaan ke arah penglibatan warga emas dalam pembangunan masyarakat, peningkatan perkhidmatan kesihatan bagi warga emas dan penyediaan persekitaran yang kondusif bagi warga emas. Peranan Warga Emas bukan sahaja sebagai penerima bahkan juga boleh memberikan sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan bangsa, agama dan negara.

Berasaskan ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan dan kesejahteraan golongan warga emas.

Satu Jawatankuasa Khas Isu Warga Emas dan Orang Berkeperluan Khas telah ditubuhkan untuk merangka dasar dan perancangan bagi kebajikan dan kesejahteraan golongan warga emas agar golongan istimewa ini yang pernah berjasa dan menjanakan tenaga mereka dalam

Page 185: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

352 353

membimbing generasi masa kini terpelihara dan terjamin. Jawatankuasa Khas telah menghasilkan satu pelan tindakan Warga Emas berasaskan active ageing yang mana antara lain berkaitan dengan dasar dan perundangan, akses kepada bangunan dan kemudahan, kesihatan, penyertaan dalam masyarakat, pekerjaan, pengangkutan dan dalam bidang sosial dan rekreasi. Insya-Allah pelan tindakan ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan dan keupayaan kita. Sebagai contoh, pada masa kini Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Projek Public Private Partnership dengan pihak swasta telah mendirikan Pusat Kegiatan Warga Emas di Kawasan Kampung Perpindahan Lambak Kanan sebagai projek rintis yang akan memberi ruang kepada warga emas menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada mereka dan juga untuk masyarakat secara amnya.

Sungguhpun pelbagai program dan bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan terhadap golongan warga emas namun usaha sebegini harus dipikul oleh semua golongan masyarakat. Semua pihak sama ada masyarakat dan yang lebih utama lagi ialah keluarga, perlu memainkan peranan penting dalam menangani dan membantu golongan tersebut sama ada secara individu atau berkumpulan. Negara kita terkenal sebagai masyarakat penyayang dan pemedulian dan kita kurang senang mendengar kes-kes pengabaian dan kurang penjagaan terhadap warga emas.

Oleh yang demikian, dalam kesempatan ini kaola/saya menyeru kepada seluruh masyarakat di negara ini terutama kepada ahli-ahli keluarga supaya menjaga dan memelihara ahli-ahli keluarga yang telah berusia terutama ibu bapa. Sebagai anak, seharusnya kita mempunyai tanggungjawab menjalankan tugas menjaga ibu bapa yang berusia. Penjagaan warga emas adalah juga dituntut oleh agama Islam dan besar pahala bagi mereka yang menjaga dan berbakti kepada ibu bapa. Walaupun kes-kes yang melibatkan pengabaian warga emas di negara ini adalah kecil dari segi statistiknya (sebagai contoh kes-kes yang telah dirujuk ke JAPEM ialah tiga kes pada tahun 2011 dan tujuh kes bagi tempoh Januari hingga November 2012) jika dibandingkan dengan kejadian

yang berlaku di negara-negara lain, akan tetapi kita harus menyampaikan mesej bahawa perbuatan seperti ini tidak dapat diterima dan melanggar norma-norma masyarakat Brunei yang mengamalkan nilai-nilai budaya dan keluarga yang harmoni. Untuk itu, sama-samalah kita berusaha dan berdoa semoga isu sosial seperti ini dapat kita hindarkan dari masyarakat kita di negara ini.

Untuk mengakhiri ucapan ini, kaola/saya menyeru kepada ahli-ahli PEKIRA agar menggunakan pengalaman dan kemahiran yang mereka miliki untuk kebaikan masyarakat dan negara. Kaola/Saya penuh berharap biskita akan sudi untuk terus menyumbang bakat, kemahiran dan pengalaman yang ada kepada negara sama ada secara ilmiah, kudrat dan dalam apa bentuk sekalipun supaya negara akan sentiasa terus menerima manfaat daripada sumbangan biskita.

Dalam hubungan ini, biskita boleh membantu kerajaan menangani pelbagai isu semasa ke arah meningkatkan pembangunan komuniti seperti menangani masalah sosial serta moral dalam kalangan masyarakat.

Antaranya, seperti melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela seperti perkhidmatan kaunseling, penyediaan tuisyen bagi kanak-kanak yang terdiri dari orang susah, projek pemedulian warga emas, bimbingan dan pembelajaran ugama, seni, sukan dan sebagainya. Bagi maksud tersebut kepada biskita dan mana-mana golongan warga emas yang berminat dan yang mempunyai kemahiran, bakat dan pengalaman tertentu boleh mendaftarkan diri ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Mudah-mudahan dengan penyertaan biskita dalam pelbagai program kemasyarakatan selain untuk menabur jasa dan bakti kepada anak bangsa ianya juga boleh memberi semangat kepada biskita selaras dengan active ageing.

Jasa bakti yang biskita taburkan untuk masyarakat dan negara insya-Allah akan mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala dan akan menjadi ristaan sepanjang zaman. Bak kata pepatah Inggeris

Page 186: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

354 355

yang berbunyi the fragrance always remains in the hand that gives the rose.

Akhirnya, kaola/saya berdoa semoga semua ahli Persatuan PEKIRA dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara. Amin.

Ucapan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Page 187: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

356 357

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA 30 TAHUN PENUBUHAN JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DI JERUDONG

PADA HARI SABTU, 19 RABIULAWAL 1433 HIJRIAH / 11 FEBRUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan inayah-Nya kita semua dapat hadir di majlis

yang mulia ini iaitu Majlis Doa Kesyukuran Bersempena Dengan Ulang Tahun Penubuhan Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) Ke-30.

Pertama-tama peramba/saya dengan penuh hormat dan takzim sukacita merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Mulia Dayang Hajah Norezan binti Haji Hambali, Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, selaku Pengerusi Majlis dan keseluruhan warga jabatan di atas penghormatan yang diberikan kepada peramba/saya untuk sama-sama hadir di majlis berkebajikan dan signifikan ini.

Usia 30 tahun adalah jangka waktu yang panjang yang memberikan kesinambungan kepada sesebuah organisasi untuk mencapai sasaran-sasaran utamanya. Inilah saatnya untuk mengimbas perjalanan yang telah dilalui mengingati liku-liku cabaran ada di antaranya mungkin pahit dan titik-titik kemajuan manis. MSD pada hari ini mempunyai struktur petugasan yang matang iaitu kelangsungan dari fasa-fasa pertumbuhannya bermula dari sebuah unit kecil sehingga menjadi sebuah jabatan penuh yang menyandang petugasan yang besar, mencabar dan strategik.

Apa tidaknya visi MSD ialah untuk memimpin Perkhidmatan Awam ke arah kecemerlangan; misinya pula ialah untuk memastikan Perkhidmatan Awam dan isi di dalamnya, supaya berterusan efisien, efektif dan berkualiti. Ini adalah sasaran yang tinggi dan mencabar, lebih-lebih lagi pada masa kini ketika mana tuntutan saingan global dan ekspektasi pengguna yang saban hari bertambah sophisticated.

Tidak hairanlah fungsi utama MSD ialah untuk menjadi pakar runding, penasihat dan pemudah cara di dalam Perkhidamatan Awam

semata-mata untuk membawa MSD ke persada prestasi yang unggul.

Tidak cukup dengan ini MSD menjalankan keterbukaan atau ketelusan bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di dalam menerima dan mengambil tindakan ke atas aduan dan keresahan orang awam mengenai perkhidmatan jentera kerajaan iaitu Perkhidmatan Awam.

Kesemua petugasan dan tanggungjawab ini adalah amat berat, kompleks dan mencabar.

Ini setentunya memerlukan struktur organisasi yang mapan yang mempunyai tenaga manusia profesional yang arif dan berpengalaman untuk menjadi autoriti, pakar runding, penasihat dan pemudah cara di dalam pengurusan dan pentadbiran awam serta bidang-bidang yang berkaitan.

Struktur organisasi yang dimaksudkan, pada utamanya, untuk membolehkan kelangsungan kemajuan kerjaya ahli-ahli profesional di dalam organisasi ini sendiri di bawah skim-skim perkhidamatan yang mantap dan kompetitif untuk mencapai kadar retention pegawai dan kepakaran yang tinggi.

Inilah satu unsur keperluan yang perlu ada. Oleh kerana keperluan ini asasi sifatnya, ianya adalah satu sudut penilaian pencapaian bagi MSD. Jika ianya belum ada atau belum cukup, kita sewajarnya memberikan perhatian kepada bidang ini. Untuk membangun kumpulan tenaga pakar dan profesional yang cukup, memerlukan tempoh yang panjang. Di dalam hal ini kita tidak boleh lengah untuk tertinggal di belakang. Rancangan kemajuan tenaga manusia perlu ada untuk memenuhi keperluan in-house. Jabatan seperti MSD tidak akan berdaya tahan dan berautoriti jika terlalu banyak bergantung kepada kepakaran dari luar organisasi. Tahap kepakaran dan profesionalisme yang diperlukan, tidak cukup jika ianya hanya di tahap minima bagi kesemua pegawai-pegawai MSD.

Di dalam sejarah kewujudan MSD banyak program-program strategik telah dirancang dan dilaksanakan. Izinkan peramba/saya

Page 188: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

358 359

menyebut beberapa program utama antaranya civil service review, Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke-21, Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) dan pengauditannya, Pensejajaran Perancangan Strategik Perkhidmatan Awam, Penilaian Prestasi Kakitangan, Penyusunan Semua Struktur Organisasi, Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam, Manual Prosedur Kerja, Program Mesra Pelanggan, Hari Perkhidmatan Awam dan seumpamanya.

Program-program ini mempunyai bidang-bidang tumpuan masing-masing untuk mencapai objektif-objektif tertentu melalui strategi dan mekanisme yang bersesuaian, kesemula objektif-objektif menjurus kepada untuk menjadikan Perkhidmatan Awam efisien, efektif dan berkualiti tinggi.

Dengan adanya pelbagai program-program strategik ini yang telah berjalan sekian lama memberikan lagi satu sudut penilaian pencapaian bagi MSD. Sejauh mana pelaksanaan program-program ini mempunyai kelangsungan yang dinilai secara berterusan dalam mana penilaian menjadi asas untuk pembaikan seterusnya? Adakah pelaksanaan program-program ini dibuat dengan payu dan sempurna? Adakah kita cukup konsisten dan dedikasi di dalam pelaksanaan kita?

MSD boleh meluaskan lagi skop penilaian pencapaiannya, antara lain dengan melihat kepada tahap status tekanan dan cabaran yang masih dihadapi di dalam Perkhidmatan Awam.

Perkhidmatan Awam masih menghadapi beberapa tekanan dan cabaran ada yang kronik memerlukan langkah-langkah pembasmian yang lebih terarah dan komited. Isu kedatangan dan produktiviti yang lemah adalah di antaranya, ketidakcekapan di dalam pemberian perkhidmatan kepada orang awam juga isu yang berkaitan.

Tekanan dan cabaran lain termasuk kedudukan saiz Perkhidmatan Awam yang besar dan terus membesar jauh melebihi sektor swasta. Pengauditan tenaga manusia di dalam Perkhidmatan Awam perlu diperkesankan antara lain untuk mengetahui keserasian dari segi bilangan kakitangan, keperluan sebenar, kemahiran, produktiviti, ‘Return On

Employee Investment - ROEI’ dan pembahagian atau pengagihan kakitangan.

Pengauditan ini juga penting untuk mengetahui kedudukan non-performing employees (NPE) atau dikenali dengan, nama timang-timangannya deadwood. NPE atau deadwood mempengaruhi prestasi service delivery. Begitu juga pertambahan bilangan kakitangan yang tinggi, tambahan strata atau lapisan di dalam struktur organisasi dan hubungan inter-agency yang kompleks akan menjadikan proses-proses pentadbiran di dalam membuat tindakan, panjang dan kompleks.

MSD pada masa ini setelah mengharungi pengalaman 30 tahun, selain dari mempunyai struktur petugasan yang matang dan organisasi yang mapan, mempunyai wisdom mengenai hasil mahsul rancangan reformasi di dalam Perkhidmatan Awam. Pengajaran yang diperolehi dari sini, menempatkan MSD untuk boleh menyediakan sistem pengurusan kualiti Perkhidmatan Awam sehingga mendapat pensijilan ISO. Berikutan pengiktifaran ini, MSD membuat penyerapannya kepada beberapa agensi kerajaan.

Landasan kemajuan MSD ini menunjukkan ianya di atas landasan yang betul. Walau bagaimanapun, kita semua termasuk MSD, perlu lebih peka terhadap realiti masa kini di mana tuntutan perkhidmatan dan perubahan di dalam masyarakat kian hari kian mencabar, kompleks dan di luar dugaan.

Pentadbiran awam pada masa kini pesat menjalani perubahan. Perubahan ini pada pokoknya bertujuan untuk menjadikan pentadbiran awam sebagai satu sistem yang dinamik dengan mempunyai kapasiti untuk menyesuaikan diri selari dengan masyarakat.

Untuk dapat memenuhi peranan ini, pentadbiran awam bertindak sebagai satu disiplin yang mempunyai konsep dan amalan yang melimpasi konsep dan amalan yang kita biasa sebelum ini.

Kita perlu kritis dan menghayati perubahan konsep dan amalan pentadbiran awam. Salah satunya ialah isu perubahan sifat governance

Page 189: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

360 361

itu sendiri. Salah satu unsurnya ialah pemahaman mengenai berkhidmat untuk awam yang jauh berbeza dari pemahaman lama. Perbezaan ini telah menukar konsep peranan kerajaan, peranan pegawai-pegawai kerajaan dan sifat hubungan di antara institusi-institusi awam, pertubuhan-pertubuhan awam dan masyarakat majmuk.

Persekitaran di mana Perkhidmatan Awam berfungsi di abad ke-21 adalah sangat berlainan. Kecepatan penyebaran maklumat dan penglibatan masyarakat di dalam sosial media sahaja sudah cukup untuk mempengaruhi isu-isu awam dan dasar-dasar awam berkaitan.

Dengan kedudukan ini, amalan-amalan perkhidmatan dan pentadbiran awam yang lama ternyata tidak berupaya untuk menangani tuntutan masyarakat di dalam suasana kehidupan yang penuh dengan cabaran-cabaran yang sentiasa meningkat mengenai ekonomi, sosial, pendidikan, keselamatan, kesihatan, bencana alam, kemiskinan, pekerjaan dan seumpamanya.

Adalah terlalu nyata dan menjadi realiti di mana-mana bahawa kerajaan sendiri-sendiri tidak mempunyai kapasiti yang cukup dan berdaya tahan untuk memenuhi keperluan awam. Kerajaan dan pentadbiran awam memerlukan sumbangan pihak-pihak masyarakat ramai untuk menubuhkan kapasiti berkumpulan bagi mencapai objektif-objektif pembangunan yang lebih bernilai termasuk dari segi kos.

Negara-negara yang jauh lebih maju telah lebih awal merebiu semula sifat kepimpinan, kapasiti dan peranan pegawai-pegawai di dalam pentadbiran awam.

Terdapat pendapat bahawa pegawai-pegawai perlu mempuyai ketangkasan atau kelincahan untuk memainkan bermacam peranan sebagai pegawai kerajaan atau public servant, pentadbir awam atau public administrator, pengurus awam atau public sector manager atau sebagai pemimpin awam. Peranan yang berbilang bentuk ini memerlukan kapasiti yang berbeza untuk dimajukan.

Dengan urutan senario yang saya sentuh serba ringkas ini, rumusan untuk MSD adalah jelas.

MSD perlu mempunyai kepakaran in-house yang cukup untuk mendasari petugasan jabatan yang strategik dan kompleks di antaranya untuk pakar runding dan penasihat.

MSD justeru itu perlu merancang kemajuan pegawai secara lebih terarah, lebih-lebih lagi pegawai pegawai muda. Kemajuan ini bukan saja dari segi akademik dan kelulusan profesional tetapi juga dari segi mendapat pengalaman melalui penempatan kerja dan kajian.

MSD perlu mengenal pasti keperluan kepakaran untuk dipenuhi sama ada melalui Latihan Dalam Perkhidmatan atau biasiswa penuntut atau pengambilan pegawai-pegawai dagang atau jaringan kerjasama antarabangsa. Pokok pangkalnya kepakaran ini mesti ada sebagai teras.

MSD perlu lebih fokus dengan keutamaan-keutamaan strategik sejajar dengan visi dan misi dan kapasiti yang ada, mencipta dan memperkenalkan gagasan inovasi dan reformasi adalah satu perkara utama. Apa yang perlu juga bagi MSD ialah untuk mengawasi dan mengaudit pencapaian gagasan berkenaan. Jika tidak perlaksanaan program-program yang baik tidak akan dapat berterusan dan akhirnya akan tinggal nama.

MSD perlu memperkasa peranannya untuk menguatkan kapasiti kepimpinan di dalam Perkhidmatan Awam selaras dengan perubahan konsep dan amalan pentadbiran awam di tengah-tengah persekitaran yang penuh dengan pergolakan dasar awam dan tuntutan masyarakat yang berterusan meningkat.

Semoga pengalaman MSD yang selama 30 tahun ini memberikan sandaran yang mapan untuk merancang kemajuan mendatang.

Page 190: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

362 363

SEMINAR MELAYU ISLAM BERAJA (MIB) SEMPENA PENUBUHAN JABATAN PENERANGAN KE-60 TAHUN,

DI DEWAN KOMPLEKS SERI KENANGAN, DAERAH TUTONG PADA HARI ISNIN,

22 JAMADILAKHIR 1433 HIJRIAH / 14 MEI 2012 MASIHI

ALHAMDULILLAH kita panjatkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya jua

kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi sama-sama menghadiri Seminar Melayu Islam Beraja (MIB) yang bertemakan ‘MIB Asas Perpaduan’.

Terlebih dahulu peramba/koala/saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian Pengerusi Bersama Majlis mengundang peramba/koala/saya selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar MIB pada hari ini.

Peramba/koala/saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Majlis Tertinggi MIB di atas usaha murni menganjurkan seminar yang dikelolakan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri Sempena Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-60 Tahun selama dua hari.

Tema seminar yang berbunyi ‘MIB Asas Perpaduan’ ini tidak syak menepati hasrat murni pembangunan negara untuk kesejahteraan semua.

Perpaduan adalah perkara utama dan mutlak untuk keamanan dan keharmonian iaitu di antara prasyarat penting untuk mencapai kesejahteraan.

Perpaduan ini jangan diambil ringan. Ia adalah tuntutan mutlak dan fardu di dalam kehidupan bagi setiap anak watan yang cintakan keamanan dan kemajuan tulen di atas bumi tumpah darah yang tercinta ini.

Tanggungjawab kita ialah untuk tidak membiarkan apa jua bentuk anasir yang boleh membawa kepada perpecahan.

Inilah sebabnya setiap negara memerlukan asas yang kukuh sebagai asas perpaduan bagi kelangsungan kewujudan sesebuah negara dengan

aman dan sejahtera.

Bagi negara kita Negara Brunei Darussalam asas kita ialah konsep MIB yang kita warisi turun-temurun di dalam kesebatian naluri kehidupan orang-orang Brunei.

Negara ini telah ditakdirkan sebagai sebuah negara Melayu yang mewarisi nilai-nilai kemelayuan Brunei. Negara ini terbukti di dalam sejarahnya dengan keterbilangan nilai-nilai teras bangsa Melayu Brunei yang mengutamakan sifat-sifat kehidupan yang harmonis, bersopan santun, bertatasusila dan beradat resam. Nilai-nilai kemelayuan Brunei ini menjadi teras kepada ketertiban dan kelembutan keolahan, budi pekerti dan pembawaan berhemah di dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Nilai-nilai ini telah membuktikan kelangsungan orang-orang Melayu Brunei sebagai bangsa yang hormat, berpegang teguh kepada peraturan dan adat resam, takutkan kuasa Allah Subhanahu Wata’ala dan pantang menderhaka kepada raja. Inilah nilai-nilai yang menjadikan bangsa Melayu Brunei dapat menjalani kehidupan yang aman dan bersatu padu turun-temurun bagi sekian lamanya.

Adalah menjadi tanggungjawab kita orang-orang Brunei untuk memastikan kelangsungan nilai-nilai murni Melayu Brunei untuk tidak ditelan zaman dan tidak dicawirkan oleh apa jua anasir.

Di dalam konteks bernegara, nilai-nilai murni Melayu Brunei ini bukanlah milik ekslusif orang-orang Melayu Brunei sahaja, malahan ianya untuk dimiliki oleh semua orang Brunei tidak mengira keturunan kerana ia sebahagian dari konsep negara.

Negara ini juga telah ditakdirkan sebagai sebuah negara Islam yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara dan mengasaskan amalan cara hidup lengkap negara di atas nilai-nilai Islam.

Islam itu, melalui nilai-nilainya yang universal boleh diterima oleh semua, menjamin keadilan, keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan

Page 191: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

364 365

semua insan. Islam berteraskan kehidupan yang bermoral tinggi. Justeru itu Islam mensyiarkan kemuliaan atau kebaikan dan sangat membenci kemungkaran dan kejahatan.

Melalui prinsip ini, Islam adalah cara hidup yang lengkap yang boleh menjadi teras perpaduan bagi keadilan dan kesejahteraan semua. Inilah lagi satu nilai yang sudah terbukti turun-temurun di negara ini dapat menjamin kemuliaan, membanteras penganiyaan, membela orang-orang daif dan mengurus kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas landasan Islam untuk kesejahteraan bersama kerana Allah.

Kita semua bertanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan nilai-nilai Islam bagi kesejahteraan semua ini daripada diganggu gugat oleh anasir-anasir jahat. Negara kita juga telah ditakdirkan sebagai sebuah negara yang turun-temurun mengamalkan sistem beraja.

Sistem beraja sebagai warisan bangsa mendaulatkan raja yang adil ulil amri di sisi Allah dan agama Islam untuk menaungi rakyat yang taat setia demi untuk kesejahteraan hidup.

Keadilan raja dan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap raja telah turun-temurun menjadi teras perpaduan dan benteng kelangsungan kewujudan bangsa Brunei dan Negara Brunei Darussalam.

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjaga keutuhan sistem beraja dan institusi-institusi di bawahnya yang sudah terbukti turun-temurun memberikan kesinambungan pemerintahan untuk keadilan dan kesejahteraan.

Dari sudut mana pun, konsep MIB itu benar-benar jitu sebagai teras perpaduan negara untuk menjamin keharmonian, keselamatan, kestabilan dan kesejahteraan.

Oleh itu adalah amat penting rakyat dan penduduk negara ini mengetahui, memahami dan mengamalkan nilai-nilai di bawah konsep MIB yang diwarisi turun-temurun.

Seminar pada hari ini dapat memainkan peranan penting, antara lain, untuk memperkuatkan integrasi nasional, memahami adat istiadat negara, kebudayaan Melayu Brunei dan hubungan di antara puak.

Rakyat dan penduduk negara ini yang cintakan keamanan perlu mempunyai kewaspadaan yang tinggi tentang pengaruh-pengaruh sosial dan politik yang tidak serasi dan sesuai dengan amalan kehidupan kita. Jangan kita mudah lupa daratan sehingga pengaruh-pengaruh yang bermotifkan kejahatan mudah mempengaruhi kita.

Kita perlu unggul dengan jati diri kita orang-orang Brunei untuk menangkis pengaruh-pengaruh jahat yang bertopengkan kemajuan.

Walaupun di dalam konteks globalisasi dunia tidak mempunyai sempadan, kehidupan manusia akan tetap selamanya mempunyai sempadan. Bak kata pepatah kita, yang baik kita ambil ikutan dan yang jahat kita jadikan sempadan.

Orang-orang Brunei sementelahan generasi muda yang masih di dalam persekolahan, perlu mempunyai ketahanan jati diri dan kewaspadaan tinggi untuk membina benteng-benteng pertahanan dari dipengaruhi oleh nilai-nilai songsang dan budaya kuning.

Anak-anak muda kita perlu sentiasa sedar bahawa perjalanan kehidupan mereka adalah masih jauh ke hadapan. Jangan gara-gara tidak mempunyai jati diri dan nilai-nilai murni, perjalanan mereka awal terjebak ke lembah maksiat dan jenayah sehingga merosakkan masa hadapan dan peluang kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

Jika banyak anak-anak muda kita terjebak akibat pengaruh dadah, minuman keras, pergaulan tanpa sempadan, ajaran-ajaran sesat dan tidak kurangnya pengaruh dan bahaya rokok, keadaan ini bukan saja menghambat keutuhan kelaurga, malah ia merupakan musibah yang boleh beransur-ansur melemahkan keutuhan negara.

Sebab itulah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Page 192: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

366 367

sangat-sangat mengambil berat tentang pendidikan anak-anak muda, sementelahan pendidikan agama dan mengukuhkan agensi-agensi yang berkepentingan untuk mencegah maksiat dan jenayah, sementelahan di kalangan anak-anak muda.

Adalah amat penting anak-anak muda kita sebagai generasi pewaris mempunyai jati diri dan kefahaman yang mendalam mengenai nilai-nilai warisan di bawah konsep Melayu Islam Beraja (MIB).

Nilai-nilai jati diri ini akan sentiasa mengingatkan di bumi mana kita sebenarnya berpijak dan langit mana yang sejawarnya kita junjung.

Nilai-nilai inilah yang akan sentiasa mengingatkan kita bahawa kita orang Brunei, kita tidak akan melupakan asal usul kita, kita tetap dengan nilai-nilai murni Melayu Brunei, cara hidup kita lengkap bersendikan nilai-nilai Islam iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah, kita mengangkat dan bernaung di bawah sistem beraja, mendaulatkan raja sebagai pemimpin yang diredai Allah dan secara keturunan kita orang-orang Brunei pantang menderhaka kepada raja kita.

Nilai-nilai murni warisan kita ini apabila terpahat di dada kita orang-orang Brunei dan disulami dengan ilmu pengetahuan yang tinggi, maka insya-Allah akan jadilah anak-anak Brunei yang berilmu, berjati diri, berjiwa besar, berani dan berdaya saing, tidak lupa daratan, kuat beragama dan patriotik untuk sedia berputih tulang. Inilah anak-anak muda MIB. Kita semua, muda dan tua, akan tetap menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk tidak mengabaikan MIB di dalam arus modenisasi.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, peramba/kaola/saya sukacita ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pembentang kertas untuk menjayakan seminar ini. Tidak lupa juga terima kasih kepada para peserta yang turut sama dalam menjayakan seminar ini.

MAJLIS PELANCARAN RASMI PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF BAGI PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN

PERTENGAHAN KERAJAAN KE-11 TAHUN 2012, DI BANGUNAN INSTITUT KEPIMPINAN,

INOvASI DAN KEMAJUAN (ILIA), UNIvERSITI BRUNEI DARUSSALAM

PADA HARI ISNIN, 14 REJAB 1433 HIJRIAH / 4 JUN 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana di atas limpah rahmat

serta dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama berkumpul pada pagi ini di Majlis Pembukaan Rasmi Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan Kerajaan Ke-11, 2012.

Terlebih dahulu peramba/saya dengan tulus ikhlas sukacita merakamkan setinggi-tinggi pengharagaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Mulia Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di atas kesempatan pada pagi ini untuk peramba/saya hadir di majlis berkebajikan ini.

Di kesempatan ini juga peramba/saya mengucapkan penghargaan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA), Universiti Brunei Darussalam kerana dapat terus bersama-sama mengungkayahkan Program Pembangunan Eksekutif.

Di majlis yang murni pada pagi ini, sesuai dengan acara kita bagi memulakan sekali lagi Program Pembangunan Eksekuif Bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan Kerajaan Ke-11, saya akan berpanjang lebar sedikit mengenai keberhasilan kerja atau produktiviti di sektor awam.

Menyentuh mengenai keberhasilan kerja atau produktiviti ini saya tidak akan bermula dengan gagasan-gagasan yang canggih mengenainya

Page 193: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

368 369

atau penandaarasan berasaskan kemajuan negara-negara maju. Apalah relevan dan strategiknya jika kita dapat fokus dan melihat kemajuan orang lain, tetapi pandangan kita kabur terhadap kenyataan yang ada di hadapan mata kita.

Kita mudah lupa dan lalai tentang di mana kita berada sebenarnya. Jika kita bercakap tentang kepimpinan dan pengurusan, acap-acap dan mudah sekali kita terlampau hanyut di dalam arus kemajuan negara lain atau masyakarat lain di dalam konteks kenyataan mereka yang berlainan dengan kenyataan yang kita hadapi. Jika mahu menyentuh pasal teori, berteorilah sejauh manapun setentunya teori akan membantu. Jika mahu berkiblat kepada amalan dan pencapaian terbaik ini memang baik setentunya penandaarasan ini akan membantu.

Tetapi kita tidak boleh berterusan alpa dengan pengetahuan kita mengenai dengan kemajuan orang lain sedangkan pengetahuan kita mengenai kelemahan-kelemahan kita sendiri kita tolak di bawah tikar. Pada akhirnya jika sikap kita berterusan seperti ini keberhasilan kita lebih banyak di peringkat ilmu pengetahuan saja tetapi kurang di dalam menggunakan ilmu untuk menghadapi kenyataan bagi penyelesaian.

Pada pagi ini saya akan memperkatakan satu perkara yang menjadi keperluan asasi bagi keberhasilan kerja atau produktiviti di sektor awam di negara kita.

Perkara itu tidak lain tidak bukan ialah kedatangan bekerja.

Kita tidak perlu berselindung mengenai isu-isu kedatangan yang terdapat di dalam sektor awam dalam mana isu-isu kedatangan ini berkenaan yang telah menjadi pengetahuan umum atau public knowledge. Secara keseluruhan pencapaian kedatangan kita di dalam sektor awam adalah rendah dan kesannya ke atas produktiviti adalah jelas dan ketara. Pemasalahan ini sangat menjejaskan integriti sektor awam kita dalam mana cabaran dan tanggungjawab kita semua ialah untuk menangani isu ini secara komited dan dedikasi sehingga berjaya.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di dalam titah baginda sempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-17 pada tahun 2010 pernah mengingatkan kita mengenai kepentingan perkara-perkara asasi seperti kedatangan.

Baginda bertitah, “….. Beta suka mengingatkan bahawa apa pun rancangan untuk memajukan Perkhidmatan Awam sama ada ia dalam bentuk pelan strategik atau pelan pembaikan berterusan maka kita adalah mustahak untuk memastikan bahawa perkara-perkara yang asasi dan utama tidak diabaikan. Di antara perkara-perkara tersebut ialah seperti kedatangan, komitmen, dedikasi disiplin dan integriti. Jika perkara-perkara ini tidak ada atau kurang mantap maka apa pun usaha untuk pembaharuan pengurusan dan teknologi tidak akan berhasil.”

Tepat sekali kebimbangan baginda mengenai peluang keberhasilan usaha kita untuk memperbaiki pengurusan dan kepimpinan di dalam Perkhidmatan Awam jika kita tidak serius dengan perkara-perkara asasi seperti kedatangan.

Baginda juga pernah bertitah secara khusus mengenai pertalian masa dan produktiviti di dalam titah baginda sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2009.

Baginda bertitah, “…Adalah lumrah bagi manusia mengejar ilmu pengetahuan dan harta kekayaan. Tetapi tidak ramai orang yang melihat masa melebih dari segala-galanya. Sebab itu pada perhitungan yang betul, masa adalah satu titik tolak utama dalam memikirkan peningkatan produktiviti negara dan lain-lain kemajuan.”

Titah-titah baginda ini mengenai kedatangan, masa dan keberhasilan atau produktiviti mendasari kepentingan bagi kita semua mempunyai kesedaran menangani masa sebagai perkara utama.

Kesedaran inilah perlu ada untuk dipupuk oleh setiap peringkat pengurusan dan kepimpinan.

Masa dan kedatangan adalah segalanya sebagai perkara utama.

Page 194: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

370 371

Selagi kita mempunyai masalah mengenainya ia tetap tidak boleh diambil ringan apatah lagi diambil andaian yang masalah ini akan terurus sendirinya.

Pergerakan produktiviti negara-negara maju mempunyai fokus berlainan. Mereka sudah sampai ke peringkat untuk menemukan teknik-teknik produktiviti baru, membiak dan menyebarkan teknik-teknik itu untuk digunakan dan sasaran strategik mereka ialah untuk menambah baik keberkesanan dan kualiti di dalam pembuatan untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Kedudukan mereka ini berlainan kerana mereka sudah memenuhi perkara-perkara wajib seperti kedatangan, komitmen, dedikasi, disiplin dan integriti. Sebab itu mereka memfokus kepada cara-cara meningkatkan kapasiti pengurusan, inovasi dan optimasi pekerja.

Di dalam keadaan Perkhidmatan Awam kita masih menghadapi isu-isu perkara wajib seperti kedatangan, pendekatan kita adalah penting untuk lebih bersifat pragmatik.

Pendekatan kita ialah untuk tidak tertinggal di dalam usaha-usaha pergerakan produktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan efisiensi, keberkesanan, kebertanggungjawaban, penjimatan kos, ketelusan dan kecepatan.

Pada waktu yang sama kita tidak akan lalai mengenai perkara utama dan wajib seperti kedatangan.

Di dalam hal ini, JPA, Jabatan Perdana Menteri sesuai dengan peranan dan tanggungjawabnya menyediakan beberapa langkah untuk membantu meningkatkan kesedaran dan penanganan kedatangan di dalam Perkhidmatan Awam.

Pertama, JPA akan menyediakan laporan mengenai sistem-sistem kedatangan yang digunakan di kementerian-kementerian dan jabatan jabatan di bawahnya. Tujuan utama laporan ini ialah untuk mengetahui keberkesanan setiap sistem dan isu-isu berkaitan. Maklumat ini akan

digunakan untuk langkah-langkah bersepadu di dalam menemukan sistem yang lebih reliable dari segi pengawasan dan analisa permasalahan untuk penyelesaian. Penyediaan laporan ini akan menggerak kempen berterusan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kedatangan.

Kedua, JPA akan lebih proaktif di dalam kerjasama dengan kementerian- kementerian untuk memudahkan usaha-usaha bagi meningkatkan kesedaran mengenai kedatangan.

Ketiga, JPA akan merebiu bahagian kedatangan di dalam sistem penilaian prestasi yang ada supaya penilaian kedatangan individu mempunyai perincian yang melebihi peratus kedatangan semata-mata untuk langkah-langkah insentif dan sebaliknya.

Keempat, JPA akan menemukan kaedah yang bersesuaian di dalam memantau dan melapor mengenai isu-isu yang berkaitan dengan amalan meninggalkan pejabat untuk rehat minum di masa waktu bekerja.

Kelima, JPA akan merebiu tatacara bagi melaporkan ketidakhadiran supaya tindakan-tindakan di semua peringkat akan dapat dibuat dengan cepat pada waktunya.

Keenam, JPA dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam akan memperkesankan kursus induksi bagi pegawai dan kakitangan baru dengan penekanan kepada peraturan-peraturan utama seperti kedatangan.

Betapa kedatangan itu perkara biasa bagi pengurusan, tetapi di dalam konteks Perkhidmatan Awam kita, betapa ianya menimbulkan kesulitan untuk diurus.

Sebagai pengetahuan umum kita mengetahui mengenai komitmen menghantar dan mengambil balik anak-anak sekolah dan kesesakan jalan raya sebagai sebab-sebab utama menyebabkan pekerja lewat ke pejabat dan awal meninggalkan pejabat.

Ini adalah satu kenyataan untuk diurus supaya ianya tidak dijadikan alasan semata-mata sehingga menjadi budaya dan hilang rasa

Page 195: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

372 373

tanggungjawab terhadap tugas di pejabat.

Di dalam hal ini pengurusan pragmatik adalah salah satu penyelesaian yang diharapkan. Ianya tetap mencabar dalam mana kepintaran pengurusan sangat-sangat diperlukan. Salah satu pendekatan ialah untuk melihat arah aliran atau trend kedatangan dan membacanya bersama dengan prestasi kerja. Ini adalah untuk menggalakkan arah aliran cenderung kepada kebertanggungjawaban dan pada waktu yang sama untuk mengenal pasti orang-orang yang benar-benar tidak bertanggungjawab.

Pengurusan yang kuat dan bersepadu sangat-sangat diperlukan di dalam menangani hal seperti ini. Tidak syak kewibawaan dan peranan strategik pengurus-pengurus di peringkat pertengahan adalah faktor penting untuk memberi kelainan.

Saya melihat lebih jauh ke hadapan mengenai masa hadapan Perkhidmatan Awam kita di dalam pembangunan yang kian mencabar. Harapan masa hadapan kita ialah di tangan anak-anak muda yang berkualiti, berdaya saing dan lebih bertanggungjawab. Satu-satunya pegawai-pegawai muda kita perlu mempersiapkan keupayaan mereka untuk mengurus dan memimpin dengan penuh berintegriti. Sebagai civil servants kita banyak dinilai oleh orang ramai kerana isu integriti banyak membawa kejatuhan kepada pegawai-pegawai yang berkebolehan. Ini adalah satu kerugian yang perlu dielakkan.

Mengenai dengan kewibawaan ini, kita tidak boleh mudah lupa daratan. Kita perlu mengingati tentang nilai-nilai kita di bawah konsep Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai pegangan dan sempadan jati diri kita orang-orang Brunei.

Pada akhirnya, saya gembira Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan Ke-11 dapat berjalan pada tahun ini. Pegawai-pegawai yang dipilih untuk program ini perlu menggunakannya sebagai satu lagi peluang bagi pembangunan diri.

Dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan dengan

mendahulukan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim peramba/saya melancarakan Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan Kerajaan bagi kali ke-11, tahun 2012.

Page 196: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

374 375

MAJLIS KONvENSYEN KUMPULAN KERJA CEMERLANG (KKC)JABATAN PERDANA MENTERI DAN JABATAN-JABATAN

DI BAWAHNYA TAHUN 2012, DI DEWAN SERBAGUNA, BANGUNAN MAHKAMAH BESAR

BRUNEI DAN MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

PADA HARI SELASA, 20 SYA’ABAN 1433 HIJRIAH / 10 JULAI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, Tuhan Yang Maha Pengasih, kerana dengan limpah kurnia

rahmat serta innayahNya jua, kita semua dapat hadir beramai-ramai di Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Jabatan Perdana Menteri Tahun 2012 pada pagi yang berbahagia ini.

Peramba/kaola/saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi Majlis dan Jawatankuasa Kerja di atasundangan kepada Peramba/ Kaolal Saya untuk hadir dan berucap di majlis ini.

Sudah tiba masa nya kita perlu mengetahui secara substantive mengenai pencapaian KKC setelah lebih 25 tahun kita menggunakannya.

Pada tahun lepas, kita telah melihat laporan mengenai isu-isu pembudayaan KKC, antara lain, menunjukkan kelemahan kita sendiri di peringkat pegawai dan jabatan di dalam memberikan komitmen penuh.

Hasil kajian yang dibuat oleh Institut Perkhidmatan Awam telah menunjukkan yang KKC mengalami krisis kepimpinan dalam mana permasalahan lebih banyak mengenai kelemahan di dalam melaksanakan nya. Kajian yang sama tidak banyak menyentuh mengenai relevence dan keberkesanan KKC ini sendiri. Kajian juga tidak menerokai potensi sebenar KKC untuk diteruskan dan menjalani perubahan.

sistem pemecahan isu pengurusan diajarkan kepada pegawai dan kakitangan pertengahan dan bawahan. lsu-isu untuk dipecahkan oleh KKC terhad kepada isu-isu yang jelas dan mudah, kadang kala terdapat isu-isu terlalu remeh untuk memerlukan KKC.

Sementara itu, penglibatan pegawai-pegawai atasan adalah terbatas kepada peranan sebagai fasilitator. Kajian juga menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran kebanyakan fasilitator adalah rendah. Jika jurang keterlibatan dan kemahiran pegawai-pegawai atasan makin meruncing, apakah asas kita untuk mengharapkan pembudayaan KKC? Tidak heranlah penemuan kajian kita mengenai pencapaian KKC ini menunjukkan banyak kepincangan sungguhpun sudah lebih 25 tahun kita mengamalkannya.

Jika kita mengukur kemajuan KKC kita daripada segi pencapaian pingat di Konvensyen KKC Peringkat Kebangsaan, sudah sekian lama tidak terdapat pencapaian pingat emas. Secara konsisten pencapaian kita yang kita sendiri mengadilinya ialah di tahap pingat perak.

Apakah maknanya semua ini kepada kita? Sudah tiba masanya untuk kita merobah status guo dan mula menyuntik perubahan ke atas KKC.

Pertama-tama, kita perlu menghayati bahawa 25 tahun yang kita lalui sudah cukup lama bagi membolehkan kita menghadapi kenyataan supaya kita tidak terus berhelah dan mencari alasan semata-mata. Kita perlu membuat keputusan sama ada untuk terus memberikan tempat kepada KKC. Jika kita masih untuk memanfaatkan KKC, kita perlu mempunyai pendekatan yang lebih pragmatik.

Jika kita mahu mencapai nilai yang lebih tinggi, pengetahuan dan kemahiran mengenai KKC perlu dibuka luas supaya ia tidak terhad kepada pegawai dan kakitangan peringkat pertengahan dan bawahan sahaja.

KKC perlu diamalkan di semua peringkat pengurusan untuk memecahkan isu-isu pengurusan dari yang mudah kepada yang kompleks.

Page 197: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

376 377

Oleh itu, kita pastikan KKC tidak hanya dalam kalangan pegawai dan kakitangan pertengahan dan bawahan untuk memecahkan isu-isu di peringkat mereka. Sudah tiba masanya bagi KKC dalam kalangan pegawai-pegawai atasan bagi memecahkan isu-isu pengurusan yang kompleks dan mencabar.

Dengan penglibatan di semua peringkat ini, peluang kita untuk membudayakan KKC akan lebih cerah dan realistik. Sementara kita boleh meneruskan format konvensyen KKC kita di dalam bentuk pertandingan, kita juga boleh menemukan format lain yang bersesuaian bagi mengetengahkan penyampaian kejayaan KKC di peringkat atasan.

Kita mulakanlah pada hari ini usaha-usaha bersepadu dan sejajar ke arah bukan saja untuk memperkesankan KKC yang ada malahan untuk membuat transformasi mengikut keperluan dan konteks kita. Kita ambillah peluang untuk menggunakan KKC di dalam meningkatkan produktiviti, menyumbang kepada ease of doing business, merawat minda dan pemikiran yang kurang progresif, memperbaiki disiplin di dalam pekerjaan termasuk kedatangan bekerja dan seumpama nya.

Sementara kita membuat kemajuan pada tahun ini daripada segi peningkatan bilangan kumpulan yang mengambil bahagian, kita juga perlu memberikan perhatian kepada kumpulan-kumpulan yang bergiat dengan penuh semangat pada tahun lepas tetapi terus menghilangkan diri pada tahun ini. Semogalah semangat dan kemahuan kita dapat dipertahankan supaya tidak menjadi rasmi hangat-hangat tahi ayam. Kedudukan ini akan mudah membuka tembelang kita sebagai pihak yang tidak serius dan dedikasi dengan tanggungjawab kita.

Pada kesempatan ini, peramba/kaola/saya tidak lupa dengan tulus ikhlas mengucapkan syabas kepada 14 buah kumpulan dari sebelas jabatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang berjaya mengikuti perlawanan saringan.

Kepada lima pasukan yang terbaik untuk kita saksikan pada hari

ini, peramba/kaola/saya dengan tulus ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas di atas kejayaan mereka. Semoga di antara mereka ini yang akan mewakili JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya ke Konvensyen Peringkat Kebangsaan nanti akan menempah kejayaan yang kita harapkan.

Page 198: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

378 379

MAJLIS PENUTUP PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF BAGI PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KERAJAAN KALI KE-17

TAHUN 2012 DI ROYAL BRUNEI POLO AND RIDING CLUB, JERUDONG

PADA HARI RABU, 28 SYA’ABAN 1433 HIJRIAH / 18 JULAI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana di atas limpah rahmat serta

izin-Nya jua, kita dapat sama-sama hadir di Majlis Penutup Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Kali Ke-17, 2012 pada malam ini.

Terlebih dahulu, peramba/saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Mulia Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di atas jemputan ke majlis ini sebagai kesempatan yang berguna.

Di kesempatan ini juga, peramba/saya mengucapkan penghargaan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan lnstitut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA) Universiti Brunei Darussalam (UBD) sebagai penganjur bersama di atas kejayaan bagi sekali lagi dapat melaksanakan Program Pembangunan Eksekutif ini.

Peramba/saya pada malam ini akan menyentuh serba sedikit mengenai Kepimpinan Perkhidmatan Awam atau Civil Service Leadership kerana inilah core business pegawai-pegawai di peringkat eksekutif. Di dalam konteks ini, peramba / saya akan menyentuh kepimpinan di peringkat pengurusan organisasi, perlaksanaan dan hubungan dengan pelanggan.

Di dalam ketiga-tiga peringkat ini, pada asasinya kepimpinan adalah dari segi untuk menangani perubahan atau change.

Sebenarnya perubahan atau change itu adalah perkara tabii kepada

kemajuan atau sebaliknya.

Di dalam hal ini, kepimpinan adalah pada pokoknya untuk memilih perubahan ke hadapan yang terbaik, amalan terbaik dan menentukan kadar atau pace perubahan termasuklah ketangkasan untuk menangani keperluan perubahan.

Dari segi jenis-jenis perubahan, pada am dan khasnya, kita tidak lagi teraba-raba. Pengetahuan dan pengalaman global telah menunjukkan perubahan-perubahan yang menjadi trend dan cabaran kepada kepimpinan yang tidak unik kepada Perkhidmatan Awam.

Di antaranya, ialah keperluan untuk menangani kadar perubahan yang amat pesat, kemajuan teknologi pada khasnya ICT, perubahan persepsi orang awam, peningkatan ekspektasi orang ramai, pengagihan kuasa atau empowerment, perubahan tenaga kerja dan perubahan suasana atau iklim pekerjaan.

Sejauh yang berhubung dengan jenis-jenis kompetensi kepimpinan yang diperlukan, kita juga tidak lagi teraba-raba. Secara asasinya, penandaarasan atau benchmark utama mengenainya sudah lumrah dan diketahui umum.

Pada misalnya, di antara kompetensi utama yang lumrah diberikan perhatian ialah kebolehan menentukan sasaran strategik dan kaedah yang fokus kepada hasil iaitu service delivery.

Penekanan juga dibuat kepada keupayaan untuk menyesuaikan atau adaptability yang berkaitan dengan kebolehan kreatif dan inovasi.

Kualiti kerjasama dan partnership juga sering ditekankan di peringkat pengurusan organisasi dalaman dan jaringan kerja dengan stakeholders yang lain.

Di tengah-tengah kompetensi yang biasa ini ialah kebolehan lincah pegawai-pegawai awam, lebih-lebih lagi di peringkat eksekutif untuk

Page 199: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

380 381

bijak menggunakan pengetahuan dan maklumat, membuat konsultasi dan seterusnya membuat keputusan yang cepat dan jitu.

Pada amnya, pegawai-pegawai perlu mempunyai ketangkasan dan kelincahan untuk berperanan di dalam pelbagai kapasiti sebagai pegawai awam atau public servant, pentadbir awam atau public administrator, pengurus awam atau public sector manager dan sebagai pemimpin awam atau public leader.

Peranan yang berbilang bentuk ini memerlukan kapasiti yang berbeza untuk dimajukan. Sungguhpun dengan kompetensi global ini, kita perlu juga menghayati kenyataan bahawa kompetensi kepimpinan masih tertakluk kepada tuntutan-tuntutan setempat dari segi visi dan misi kita, keperluan setempat, kebudayaan dan perubahan-perubahan yang unik kepada negara kita.

Kembali kepada pengurusan organisasi, kecekapan pengurusan dan disiplin adalah saling berkait dan bergantungan di antara satu dengan yang lain untuk berkesan. Tidak ada gunanya kita cekap sahaja di dalam kompetensi sedangkan kita lemah di dalam disiplin kerja atau mengamalkan double standards yang melulu.

Organisasi yang berkesan memerlukan tenaga kerja berkualiti sebagai penggerak dan sistem pengurusan sebagai alat pemudah, kedua-duanya diperlukan untuk mencapai kecemerlangan di dalam pemberian perkhidmatan.

Selain dari usaha untuk mengukuhkan tenaga kerja dari segi pengambilan, pengurusan berkesan dan sistematik ke atas kebolehan tenaga kerja, latihan dan kemajuan kerjaya adalah factor penting.

Pengurusan organisasi berkesan memerlukan pengauditan pencapaian yang sistematik dan telus. Pengauditan bukan saja untuk mengetahui pencapaian Key Performance Indicators (KPl) malahan untuk menilai keberkesanan agensi-agensi kerajaan.

Pengauditan bersistem dan telus ini boleh memberikan wadah kepada semua pihak untuk menilai keberkesanan inisiatif dan memikirkan inisiatif baru. Ini adalah perlu supaya kita tidak hanya berkesan di peringkat permulaan atau penubuhan, tetapi yang utama juga keberkesanan yang berterusan untuk mencapai hajat dan value for money.

Mengenai dengan perlaksanaan pada amnya, kepimpinan di dalam Perkhidmatan Awam, khususnya di peringkat pegawai-pegawai eksekutif, perlu memastikan terdapat bimbingan atau guidance kepada agensi-agensi mengenai standards di dalam perlaksanaan yang berkesan.

Pada khasnya, kepimpinan ini adalah strategik dan sangat diperlukan di dalam perlaksanaan dasar, program dan projek pembangunan, lebih-lebih lagi yang berkaitan secara langsung dengan kesejahteraan orang ramai untuk sentiasa menepati sasaran dan pada waktunya.

Di dalam hal ini, kepimpinan di dalam Perkhidmatan Awam, perlu peka terhadap kapasiti dan keupayaan perlaksanaan agensi-agensi kerajaan. Kepimpinan perlu klinikal dan pedantik untuk menentukan yang kapasiti dan keupayaan ini bukan saja dari segi kebolehan dan kewangan tetapi menyeluruh untuk merangkumi nilai-nilai komitmen, kebertanggungjawaban, mindset dan mentaliti dan integriti.

Mengenai dengan hubungan pelanggan, kepimpinan di bidang ini adalah mencabar dan kian mendesak atau demanding. lni adalah jelas dan nyata kerana tujuan Perkhidmatan Awam itu, pada utamanya, untuk memenuhi keperluan awam. Sebagai tuntutan kemajuan itu sendiri, keperluan dan ekspektasi orang awam makin bertambah, pelbagai dan kompleks. Peningkatan pendidikan orang ramai dan ekses mudah kepada maklumat menjadikan orang ramai lebih bermaklumat, vocal dan kritis mengenai perkhidmatan di sektor awam dan juga swasta.

Pendekatan kepimpinan kita di dalam hal ini perlu berubah iaitu untuk lebih mesra kepada orang ramai sebagai pelanggan dan stakeholder. Oleh itu, apa jua dasar, peraturan dan tatacara yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada orang ramai, perlu mengambil kira perspektif orang ramai.

Page 200: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

382 383

Pendekatan ini perlu dimajukan setapak lagi dengan menarik penglibatan orang ramai secara proaktif untuk mendapatkan masukan atau input dan gagasan mereka bukan saja mengenai delivery malahan jenis dan bentuk perkhidmatan.

Perkhidmatan Awam adalah pada asasinya untuk berkhidmat kepada orang awam bagi kerajaan. Pendekatan dan kepimpinan ini amat wajar untuk membina dan mengekalkan kepercayaan orang ramai kepada pegawai itu, pengawal awam. Oleh kebertanggungjawaban atau accountability dan integriti merupakan nilai-nilai yang perlu ada dan diamalkan oleh pegawai-pegawai awam.

Pada khasnya, pegawai-pegawai eksekutif perlu mempunyai pendekatan untuk terbuka dan telus, mudah dihubungi dan dapat menjalin hubungan bagi kepentingan awam.

Begitulah cebisan utama berhubung dengan kepimpinan Perkhidmatan Awam yang sama-sama kita fahami sebagai keperluan.Dari sini, melebihi pemahaman, kita perlu membuat beberapa tindakan untuk memperbaiki lagi keadaan.

Seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-66 Tahun pada 15 Julai 2012, baginda merasakan kecekapan pengurusan dan disiplin dalam Perkhidmatan Awam masih saja tetap di tahap yang memerlukan peningkatan dan kemajuan kerjaya pegawai yang menitikberatkan kepimpinan, masih memerlukan perhatian.

SEMPENA MAJLIS KONvOKESYEN KUMPULAN KERJA CEMERLANG (KKC)

PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-Xv, TAHUN 2012 DI DEWAN PENCAPAIAN INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM

PADA HARI KHAMIS, 25 ZULKAEDAH 1433 HIJRIAH / 11 OKTOBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen Wassalatu Wassalamu ‘alaa Asyrafil Anbiya’l Walmursaleen Sayyidina Muhammadin Wa’ala Alihie

Wasahbihie Ajma’een.

Segala Puji dan Syukur ke Hadrat Allah Seru Sekalian Alam, Selawat Serta Salam Ke atas Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerabat-kerabat Baginda, para-para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Assalamualaikum Waa’rahmahtullah Waa’barkatuh.

Alhamdullilah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, kita semua beramai-ramai dapat mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Peringkat Kebangsaan, Kali Ke-15 pada petang ini.

Dengan sukacita, peramba/kaola/saya terlebih dahulu merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi Majlis dan Jawatankuasa Kerja di atas undangan bagi peramba/kaola/saya untuk menutup rasmi majlis dan menyampaikan anugerah kepada ahli-ahli konvensyen kebangsaan yang berjaya keperingkat ini pada tahun ini.

Pada kebiasaan, dimajlis penutup dan penyampaian anugerah Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang atau KKC ini, kita akan membuat ristaan

Page 201: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

384 385

mengenai penglibatan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya dan status pembudayaan KKC di dalam Perkhidmatan Awam kita.

Ristaan, yang diasaskan kepada kajian yang dibuat oleh pihak Institut Perkhidmatan Awam IPA, adalah ternyata bagi beberapa tahun kebelakangan berkisar mengenai perkara-perkara yang sama. Pertama, secara am, pembudayaan KKC di dalam Perkhidmatan Awam kita adalah di tahap yang rendah. Kedua, tidak semua kementerian-kementerian mengambil bahagian di dalam konvensyen ini. Ketiga, bilangan jabatan dibawah Kementerian-Kementerian yang mengambil bahagian adalah rendah dan seterusnya pihak pengurusan sendiri didapati lemah dari segi pengetahuan dan penglibatan di dalam KKC.

Sejauh mana dan sampai bila kita akan terus merungut dengan irama dan ristaan yang sama ini?

Jawapannya, kita tidak akan terus merungut semata-mata. Selain dari untuk terus menangani isu-isu di belakang rungutan ini, kita perlu tidak berlengah dan lantas berhenti membuang lebih banyak masa dengan menangisi susu yang tumpah. Kita perlu menilai semula pendekatan yang ada untuk menambah-baik nya dan jika boleh untuk menggunakan pendekatan baru supaya kebaikan atau kekuatan strategik KKC dapat diterap secara optima oleh pihak-pihak yang sudah menggunakan nya.

Pada misalnya, di samping kita masih lagi untuk menggerakkan semua pihak di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk membudayakan KKC, kita jangan terlampau terganggu atau terbelenggu oleh masalah keciciran setengah Kementerian dan Jabatan sehingga kita hilang fokus untuk menerap dan menghargai kejayaan-kejayaan di kalangan Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang tidak tercicir.

Adalah satu pendekatan yang progresif dimana pada tahun ini IPA akan mula memberikan penghargaan khas kepada Kementerian dan Jabatan berasaskan ketekalan atau ‘consistency’ di dalam menerap dan membudayakan KKC sementalahan penyertaan di dalam konvensyen

penghayatan yang tinggi. Hanya dengan pengajaran dan pembelajaran berkesan maka penggunaan kaedah KKC dapat membantu pengurusan iaitu objektif utama KKC. Perlu diingat konvensyen KKC adalah satu jalan atau means untuk membawa kita kepada objektif ini. Justeru itu kita tidak wajar untuk terburu-buru sangat pada semata-mata untuk ikut serta di dalam konvensyen sedangkan pemahaman dan aplikasi nya masih belum mantap dan sempurna.

Natijah yang sering kita alami akibat terburu-buru sangat untuk menyertai konvensyen, antara lain, ialah pengumpulan fakta dan data yang lemah, penganalisaan isu yang kurang objektif, pemilihan isu yang trivial dan perlaksanaan uji cuba yang senget. Jika ini secara tidak langsung

peringkat kebangsaan.

Satu lagi pendekatan yang perlu dibuat ialah bagaimana untuk tidak menjadikan penerapan dan kaedah KKC itu sendiri sebagai strait-jacket atau kongkongan yang tidak berubah. Pada dasar nya, kaedah-kaedah di dalam KKC adalah untuk dipelajari sebagai ilmu. Di dalam latihan KKC, selain dari mempelajari untuk memahami ilmu ini, praktik nya juga dibuat di dalam bentuk aplikasi kaedah-kaedah tersebut. Ini adalah perkara biasa di dalam menuntut apa jua ilmu supaya ia digunakan di dalam perkara-perkara praktik. Tetapi ilmu tidak statik dan ia sentiasa berubah. Begitu juga dengan kaedah-kaedah KKC, ia boleh dimajukan dan diadaptasi sebagai perkembangan kepada ilmu yang asal. Disini lah kita ingin melihat, antara lain, di dalam pengajaran dan pembelajaran kaedah-kaedah KKC ini terdapat penemuan-penemuan yang menambah-nilai ilmu ini. Dari segi aplikasi, penemuan-penemuan ini boleh digunakan dan seperti biasa dikenakan proses-proses penilaian. Peramba/kaola/saya tidak melihat sebarang masalah jika penemuan-penemuan ini diadili sebagai salah satu aspek di dalam konvensyen untuk menggalakkan inovasi dan kreativiti. Ini boleh menghindarkan KKC dari menjadi strait-jacket.

Satu lagi pendekatan ialah bagaimana untuk memastikan penggunaan kaedah KKC yang lebih sempurna. Ini bermula dengan latihan yang berkesan untuk memastikan tahap pemahaman dan

Page 202: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

386 387

dibudayakan, maka makin tersasarlah hasrat kita untuk memanfaatkan kaedah KKC yang ternyata berupaya untuk membantu pengurusan di dalam membuat penyelesaian jika ia digunakan dengan sempurna.

Pendekatan yang perlu diberikan perhatian ialah pemberigaan KKC secara in situ berbanding dengan perlawanan di dalam konvensyen. Secara prinsipnya apa yang dimaksudkan ialah penggunaan kaedah KKC di dalam situasi kerja sebenar dengan aplikasi sepenuhnya untuk kesempurnaan tanpa dipengaruhi oleh faktor terburu-buru untuk membolehkan penyertaan di dalam konvensyen.

Pendekatan ini akan mengenalpasti keberhasilan aplikasi KKC secara in situ dan menilai untuk memperakukan mana-mana yang mencapai mutu yang tinggi untuk dibarigakan di majlis-majlis khas sebagai wadah pembudayaan.

Pendekatan seterusnya ialah untuk memastikan aplikasi KKC tidak terhad semata-mata kepada isu-isu yang menjadi sasaran kepada pegawai-pegawai pertengahan dan bawahan. Ini bererti, kita perlu membawa aplikasi KKC keperingkat pegawai-pegawai atasan untuk memecahkan isu-isu yang lebih kompleks. Dengan cara ini, pada waktu yang sama, kita mungkin boleh menyelesaikan masalah kelembapan pihak pengurusan di dalam memimpin pembudayaan KKC.

Hadirin yang peramba/kaola/saya hormati sekalian.

Sebagai rumusan, peramba/kaola/saya meminta supaya IPA melipat-gandakan usaha untuk menerap KKC ke semua kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan tanpa pengecualian kerana inilah satu-satunya cara untuk membantu meningkatkan kesedaran dan keupayaan terutama nya pegawai-pegawai pertengahan dan bawahan di dalam penyelesaian masalah. Kebanyakan pegawai-pegawai ini adalah terdiri dari common user yang boleh berpindah dari satu kementerian atau jabatan ke kementerian atau jabatan lain. Justeru itu adalah penting untuk dipastikan supaya tidak ada pegawai yang tercicir bagi kepentingan bersama.

Seterusnya, IPA akan lebih memperkasa latihan supaya pengajaran

pencapaian in situ KKC kerana ia boleh menunjukkan penggunaan yang lebih mapan dan sempurna.

IPA perlu juga menggerakkan pengetahuan dan penglibatan di dalam KKC bagi pegawai-pegawai pengurusan supaya dengan ini pembudayaan akan lebih terpimpin dan KKC akan lebih dapat digunakan untuk pemecahan isu-isu yang lebih kompleks.

Bagi mengakhiri ucapan ini, peramba / kaola/ saya sukacita merakamkan ucapan syabas dan tahniah di atasusaha, penyertaan, semangat, serta kesungguhan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang menyertai Konvensyen KKC Peringkat Kebangsaan kali ke-15 pada tahun ini.

dan pembelajaran di dalam bidang KKC ini lebih berkesan, mudah dan sempurna.

IPA perlu meningkatkan jaringan kerjasama latihan dan fasilitasi dengan semua pihak untuk memastikan, antara lain, terdapat kesinambungan latihan termasuk latihan susulan sehingga pengajaran dan pembelajaran menjadi sempurna.

IPA perlu menstruktur penglibatan kementerian dan jabatan dengan lebih sistematik supaya penggunaan kaedah KKC berjalan dengan sempurna sebelum pihak kementerian atau jabatan mengikuti penyertaan di dalam konvensyen.

IPA perlu juga memainkan peranan bagi memastikan yang kaedah KKC dapat dimajukan melalui nilai-tambah yang inovatif dan kreatif supaya KKC tidak akhirnya menjadi kongkongan atau strait-jacket. IPA perlu menilai semula pendekatan latihan yang lebih menggalakkan peserta untuk berfikir sendiri di dalam mengembang-maju kaedah ini. Pendekatan ini boleh dijadikan sebahagian dari kriteria penilaian di dalam konvensyen.

Di samping kita memajukan pendekatan melalui penyertaan di dalam konvensyen yang sudah berjalan, IPA perlu membarigakan

Page 203: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

388 389

Kepada pasukan-pasukan KKC yang berjaya yang akan menerima anugerah pada hari ini, peramba/kaola/saya dengan tulus ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas di ataskejayaan mereka serta diharap kejayaan ini akan menyuntik lagi semangat untuk akan terus meningkatkan lagi usaha dan komitmen ke arah prestasi kerja yang cemerlang. Kepada yang belum berjaya diucapkan jangan putus asa dan semoga mempergiatkan lagi usaha.

Penghargaan dan syabas juga diucapkan kepada Pengerusi Majlis, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC), Peringkat Kebangsaan Kali ke-15 tahun 2012 ini.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga segala usaha kita dalam melaksanakan pembaharuan dan pembaikan yang menjurus kepada Pemodenan Perkhidmatan Awam akan senantiasa mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata’ala jua, Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ucapan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Page 204: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

390 391

MAJLIS PENUTUP KURSUS SIvIK MAHASISWA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 2012 ANJURAN JABATAN PENERANGAN,

JABATAN PERDANA MENTERI DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN DERMASISWA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN,

DI DEWAN PENGIRAN SETIA NEGARA, JABATAN PENERANGAN,

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS PADA HARI KHAMIS,

25 SAFAR 1433 HIJRIAH / 19 JANUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

BERSYUKUR kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya jua maka kita dapat bersama-sama pada petang ini

di Majlis Penutup Kursus Sivik Mahasiswa Negara Brunei Darussalam 2012.

Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur Kursus Sivik ini atas ingatan baik mengundang saya selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan ucapan di majlis ini.

Penuntut-penuntut adalah terdiri daripada belia-belia muda negara dan adalah merupakan aset dan bakal peneraju kepimpinan negara di masa akan datang.

Penuntut-penuntut semua sudah melimpasi alam sekolah menengah.

Oleh itu ianya merupakan satu kejayaan yang patut diakui.

Seperti yang dimaklumi terdapat banyak anak-anak muda kita yang tercicir kerana tidak berjaya di peringkat ‘O’ dan ‘A’ Level.

Sekarang penuntut semua adalah dalam proses mendapatkan ijazah tertentu dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat sarjana muda, sarjana atau Ph.D, peringkat diploma atau profesional.

Saya percaya di peringkat ini penuntut semua sudah maklum

bahawa adalah malang jika peluang untuk melengkapkan diri dengan ijazah yang diidamkan terlepas kerana kecuaian atau kelalaian masing-masing.

Setiap penuntut adalah dibiayai sama ada oleh pihak kerajaan, syarikat-syarikat atau ibu bapa masing-masing.

Dengan yang demikian, harapan pihak-pihak yang menghulurkan biaya adalah sangat tinggi untuk melihat penuntut semua pulang ke Negara Brunei Darussalam dengan keputusan yang cemerlang demi untuk menjamin masa depan penuntut-penuntut sendiri dan masa depan negara kita yang tercinta ini.

Di kesempatan ini, sukacita saya memberikan sedikit nasihat kepada penuntut-penuntut semua.

Penuntut-penuntut mestilah sentiasa fokus dalam pembelajaran dan menyasarkan (target) kepada pencapaian cemerlang dalam mana-mana bidang akademik yang sedang diikuti, malahan menyasarkan untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi dalam pendidikan misalnya ke peringkat sarjana dan Ph.D, atau bidang-bidang profesional lain.

Dalam mana-mana bidang akademik, setiap penuntut mestilah juga berusaha memperkuatkan keupayaan berfikir secara kritikal, analytical dan numerical.

Setiap penuntut juga patut mempelajari kebolehan dan kemahiran menulis dan berkomunikasi secara berkesan.

Untuk tujuan ini, penuntut-penuntut mestilah sering meluangkan masa untuk membaca pelbagai bahan bacaan berbentuk ilmiah dan intelektual yang bersesuaian.

Selanjutnya, setiap penuntut mestilah memperkuatkan keupayaan menggunakan infotelekomunikasi terkini untuk melengkapkan kesemua kemahiran dan keupayaan masing-masing.

Page 205: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

392 393

Sambil memastikan pencapaian cemerlang dalam akademik, penuntut-penuntut patutlah juga melibatkan diri dalam beberapa aktiviti berpersatuan yang bercorak kebajikan dan bersukan, yang mana aktivit-aktiviti seperti ini sedikit sebanyak akan dapat mendedahkan penuntut-penuntut dalam bidang pengurusan dan leadership.

Selain dari itu, aktiviti-aktivti bersukan akan dapat membina kecergasan dan stamina penuntut-penuntut.

Untuk meraih pencapaian yang cemerlang dalam pendidikan dan dalam masa yang sama turut aktif dalam beberapa kegiatan luar, penuntut-penuntut mestilah bijak menguruskan masa dan mestilah mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

Kesemua pencapaian keupayaan, kemahiran, kebijaksanaan, disiplin dan kecergasan yang disebutkan tadi adalah penting sebagai persiapan menghadapi alam pekerjaan nanti sama ada di dalam sektor kerajaan, swasta mahupun bekerja sendiri.

Kesemua ini juga akan menjadi bekal atau persediaan kepada seseorang yang berpotensi menjadi pengurus atau ketua yang baik dan berwawasan di masa akan datang.

Di kesempatan ini juga, adalah tidak lengkap nasihat saya, jika saya tidak menyentuh akan penting setiap penuntut Brunei di luar negara untuk mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi dengan mempertahankan dan mendukung nilai-nilai Melayu Islam Beraja (MIB), sebagai identiti masing-masing.

MIB adalah nilai-nilai yang kita warisi sejak zaman-berzaman yang mana telah terbukti dapat dipertahankan seiring dengan arus kemajuan moden selama ini.

Pendeknya saya berharap agar penuntut-penuntut semua melihat secara positif terhadap konsep MIB sebagai asas kekuatan kita dan bukannya asas kelemahan kita.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengajak penuntut semua membuka minda untuk tidak terlalu bergantung kepada orang lain sama ada pihak kerajaan atau pihak swasta dalam memberi pekerjaan buat selama-lamanya.

Saya percaya terdapat sebahagian daripada penuntut-penuntut mempunyai minat dan bakat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Oleh yang demikian, jika ada di antara penunut-penuntut yang ingin menerokai bidang keusahawanan maka dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi tertentu seperti Brunei Economic Development Board, ringkasnya BEDB, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) dan seumpamanya.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan peluang belajar mengenai bagaimana beberapa pengusaha dan peniaga melalui pelbagai rintangan sebelum meraih kejayaan dalam perniagaan mereka.

Bidang perniagaan dan keusahawanan memanglah mempunyai risiko berbanding dengan bekerja dengan pihak kerajaan.

Oleh yang demikian, perancangan yang rapi mestilah dibuat dan yang paling utama ialah ketabahan dan kecekalan hati, bersedia untuk menghadapi sebarang risiko, malah akan bersedia bangkit semula setiap kali terjatuh sehingga berjaya.

Bidang keusahawanan adalah penting dalam pembangunan negara kerana pengusaha adalah di mana kreativiti mudah berkembang.

Ketika ini, BEDB ada menyediakan bantuan kewangan kepada start-up enterprise untuk memajukan produk baru dan aplikasi dalam pelbagai industri yang mengandungi teknologi inovatif, mempunyai potensi komersial dan eksport.

Skim Kewangan ini dikenali sebagai Local Enterprise Applications and Products (LEAP).

Di samping itu, BEDB juga bekerjasama dengan Authority for

Page 206: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

394 395

Info-Communications Technology Industry (AiTi) dan Datastream Technology (DST) bagi melaksanakan satu inisiatif yang dikenali sebagai The Future Fund yang mana menyediakan benih modal atau seed capital bagi ICT start-ups.

Selanjutnya BEDB juga telah menubuhkan iCentre yang menyelenggarakan program inkubator teknologi (technology incubatee) yang pertama di Negara Brunei Darussalam.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif BEDB bagi menggalakkan local start-ups di mana tujuan utama adalah untuk membantu pengusaha ICT tempatan yang berpotensi untuk mengembangkan minat mereka.

Selain daripada BEDB, pihak KPSSU juga melaksanakan beberapa inisiatif ke arah membantu penguasaha tempatan, misalnya melalui Entrepreneurial Development Centre yang mana berfungsi untuk mengembangkan SMEs.

Selain dari itu pihak Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) juga menyediakan peruntukan khas bagi membantu perkembangan SMEs di negara ini.

Seperti yang saya nyatakan lebih awal tadi, jika ada di antara penuntut-penuntut yang berminat untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan maka ambillah peluang-peluang dan bantuan-bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan seperti yang telah dijelaskan tadi.

Akhirnya saya sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas ingatan baik pihak penganjur menjemput saya hadir selaku tetamu kehormat di majlis pada petang ini dan juga seterusnya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur serta pihak-pihak yang terlibat di atas kejayaan menganjurkan dan menjayakan Kursus Sivik ini.

Kepada penuntut-penuntut semua, diucapkan selamat belajar dan didoakan semoga berjaya.

Ucapan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN

Page 207: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

396 397

MAJLIS PENANDATANGANAN DAN PENGANUGERAHAN BIASISWA PEMERINTAH TERTINGGI ANGKATAN BERSENJATA

DIRAJA BRUNEI (ABDB) DAN BIASISWA ABDB, DI MES PEGAWAI BOLKIAH GARISON

PADA HARI JUMAAT,9 SYA’ABAN 1433 HIJRIAH / 29 JUN 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SEGALA puji-pujian dan kemuliaan hanya bagi Allah Subhanahu Wata’ala, selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi

Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat serta sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana atas izin dan nikmat-Nya memberikan kita kesempatan untuk sama-sama berhimpun di Majlis Penandatanganan dan Penganugerahan Biasiswa-Biasiswa Kementerian Pertahanan pada hari yang penuh bermakna ini.

Alhamdulillah, pada tahun ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Penganugerahan Biasiswa-Biasiswa Kementerian Pertahanan kepada sembilan (9) orang pelajar cemerlang.

Mereka adalah terdiri dari lima (5) orang pelajar yang telah dikurniakan Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan empat (4) orang pelajar dikurniakan Biasiswa ABDB.

Lima (5) orang pelajar penerima Biasiswa Pemerintah Tertinggi ABDB akan melanjutkan pengajian ke Peringkat Sarjana Muda, iaitu:

• Seramai dua (2) orang pelajar akan melanjutkan pengajian ke Imperial College London, di United Kingdom;

• Seorang pelajar ke University of California Berkeley, Amerika

Syarikat;

• Seorang pelajar ke universiti terkemuka di Jordan, dan;

• Pada julung-julung kalinya, seorang penuntut Biasiswa Pemerintah Tertinggi ABDB akan melanjutkan pengajian beliau ke University of Toronto, Kanada.

Manakala empat (4) penerima Biasiswa ABDB akan melanjutkan pengajian ke tahap Sarjana Muda dan mengikuti pengajian Sekolah Tinggi di Peringkat A, iaitu:

• Dua (2) orang pelajar akan melanjutkan pengajian di bidang Syari’ah dan Usuluddin di universiti terkemuka di Jordan;

• Manakala dua (2) orang pelajar lagi akan dihantar ke salah sebuah sekolah berasrama penuh yang terbaik di United Kingdom bagi melanjutkan pengajian Peringkat A.

Pengurniaan biasiswa kepada sembilan (9) orang penerima biasiswa pada petang ini; menjadikan jumlah penerima Biasiswa Kementerian Pertahanan kepada 79 orang sejak ianya diperkenankan pada tahun 2005.

Kita juga merasa amat berbangga kerana sejauh ini 19 orang penerima biasiswa telah kembali dengan berjaya mengekalkan kecemerlangan dan pencapaian yang tinggi dan dua orang darinya telah pun berjaya ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera di dalam ABDB.

Adapun hasrat Kementerian Pertahanan memperkenalkan biasiswa ini ialah untuk menghasilkan pegawai-pegawai yang berkaliber, yang mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan mempunyai wawasan bagi kesinambungan kesejahteraan bangsa, agama dan negara kita.

Ke arah mencapai hasrat ini, tumpuan diberikan dalam membentuk jati diri seseorang pelajar itu. Selain daripada mendapat pendidikan di institusi-institusi yang terbaik di dunia, mereka juga diasuh dan dilatih

Page 208: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

398 399

dengan menjalani program perkembangan diri yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan.

Perhatian juga diberikan untuk meningkatkan lagi daya saing para penerima biasiswa di tempat pengajian masing-masing dengan semangat kompetitif, terutama apabila menghadiri kursus dan seterusnya menceburi di dalam bidang kerjaya mereka nanti.

Bagi sembilan orang para penerima biasiswa petang ini, saya difahamkan mereka sudah memulakan kursus induksi mereka. Perkembangan potensi para pelajar sebagai penerima biasiswa berprestij ini akan digilap bukan setakat di tahun pertama mereka, malahan perkembangan ini akan terus diberikan perhatian pada setiap tahun pengajian mereka melalui kursus atau program khas yang akan membantu pelajar-pelajar dalam pembinaan jati diri serta kerjaya mereka nanti.

Apa yang diharapkan pelajar-pelajar akan membawa balik bukan sahaja pengetahuan yang tinggi nilainya, akan tetapi berpegang teguh kepada janji dan rasa tanggungjawab terhadap negara kita yang tercinta ini amnya dan kementerian ini khasnya, untuk berbakti dan menyumbang kepada kemajuan negara.

Peramba/kaola/saya percaya pelajar-pelajar akan kembali ke negara ini sebagai pemimpin-pemimpin yang akan menerajui perubahan untuk kebaikan dengan membawa kaedah-kaedah baru dalam meningkatkan lagi pertahanan negara ini dan akan membawa kepada masa depan pertahanan yang lebih dinamik dan efisien.

Sebelum mengakhiri ucapan di majlis yang penuh bermakna ini, peramba/kaola/saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para pelajar dan ibu bapa sekalian kerana berjaya dengan cemerlang dalam melepasi liku-liku pelajaran masing-masing dan telah mendapat limpah kurnia biasiswa daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Akhir kata, peramba/kaola/saya berdoa semoga para pelajar

akan terus memperolehi kejayaan di dalam bidang masing-masing, sentiasa dalam keredaan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala, dipermudahkan segala urusan, sihat walafiat dan pulang ke tanah air dengan kejayaan yang kita nanti-nantikan.

Page 209: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

400 401

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN LATIHAN KURSUS PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-9 2012 / 2013 DI DEWAN MAKAN SEKOLAH PEGAWAI KADET

AKADEMI PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB),

PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR PADA HARI JUMAAT,

12 ZULKAEDAH 1433 HIJRIAH / 29 SEPTEMBER 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala yang telah mengurniakan kita dengan segala

rahmat dan kebaikan, serta mengizinkan kita berhimpun di pagi Jumaat yang mulia ini, bagi Majlis Perasmian Latihan Kursus Pegawai Kadet Pengambilan Ke-9, Sekolah Pegawai Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang telah mensyariatkan sinar Islam kepada seluruh umat.

Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, saya sukacita mengalu-alukan penyertaan 48 orang Pegawai Kadet yang terdiri daripada 34 orang lelaki dan 14 orang perempuan yang telah terpilih untuk mengikuti latihan asas ketenteraan dan menceburi kerjaya sebagai pegawai tentera di ABDB.

Pengambilan Pegawai-Pegawai Kadet kali ini, sesungguhnya membawa makna yang besar dan mendalam kepada kita semua, terutama kepada ABDB khususnya dan kepada pembangunan pertahanan negara umumnya.

Penyertaan Pegawai-Pegawai Kadet dan kehadiran para ibu bapa dan keluarga dalam majlis ini mencerminkan keyakinan dan keazaman

kita semua untuk mendukung pertahanan negara, lebih-lebih lagi ketika mana kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, baik dari segi ancaman-ancaman keselamatan serantau dan antarabangsa ataupun musibah yang berlaku kepada kita sendiri.

Keadaan ini jelas membuktikan bahawa perpaduan dan sokongan padu daripada ibu bapa, keluarga dan seluruh masyarakat dan rakyat di negara ini, adalah merupakan asas penting bagi kita terus tegak membina benteng pertahanan, demi kesinambungan keselamatan dan keamanan negara.

Justeru itu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua graduan, serta ibu bapa dan keluarga mereka yang telah memberi segala sokongan dan galakan untuk memasuki kerjaya tentera.

Pada hemat saya, semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan rakyat di negara ini, adalah hasil dari kepimpinan yang berwibawa daripada raja yang kita kasihi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kita bersyukur mempunyai raja yang prihatin terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat, menghargai segala peranan dan sumbangan yang dihulurkan oleh setiap individu, setiap pegawai kadet dan tentera, malah setiap rakyat baginda.

Dalam titah baginda semasa Sovereign’s Parade Pengambilan Ke-7, baginda sangat memberi perhatian kepada peranan dan pengorbanan ibu bapa dan keluarga yang tidak mengenal batasannya.

Atas asas ini ketaatan kita harus kita tumpukan dan berikan sepenuhnya kepada kepimpinan baginda, agar kita bersatu padu dan berpayung di bawah kepimpinan baginda dalam menjaga pertahanan dan keselamatan negara.

Page 210: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

402 403

Dari perpaduan dan keikhlasan ini dan dengan keimanan yang tidak boleh diganggu-gugat, juga lahirnya Angkatan Tentera yang kita harap akan mendapat keredaan daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua dan sentiasa di bawah perlindungannya.

Inilah semangat murni yang harus kita semai, biar akan selama-lamanya subur dan memberi kita kekuatan untuk terus berhadapan dengan sebarang cabaran yang mendatang dan bukan lari daripadanya. Walau seberat manapun tanggungjawab yang harus dilaksanakan itu, insya-Allah akan kita pikul bersama dengan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala jua.

Setiap dugaan dan cabaran tidak akan kita biarkan untuk melemahkan kita, bahkan segala apa yang kita lalui akan dijadikan sebagai sumber perpaduan dan kekuatan tentera.

Bak kata pepatah, biduk lalu kiambang bertaut, pantang mundur, membujur lalu dan melintang patah. Kita bersyukur kerana kita berhadapan dengan para lulusan graduan dan cendekiawan yang menghargai hakikat ini dan peka kepada aspirasi negara.

Dan yang sudah nyata mereka ingin memainkan peranan dengan menceburkan diri dalam kerjaya tentera. Profesion tentera sering sinonim dengan kekuatan semangat, disiplin dan fizikal diri.

Saya percaya Pegawai-pegawai Kadet, yang terpilih daripada kelulusan Diploma dan Ijazah dari pelbagai bidang, sudah menepati kehendak ini.

Tinggal lagi persoalannya, sejauh manakah nilai-nilai ilmu dan jati diri ini dapat membawa perubahan dan pembaharuan kepada diri masing-masing, kepada pasukan dan kepada institusi tentera keseluruhannya.

Kementerian Pertahanan dan ABDB, seperti yang pernah peramba, koala, saya katakan merupakan satu institusi yang dinamik yang terus bergolak dengan mengikut arus peredaran zaman.

Setiap apa yang berlaku, tidak akan terbiar berlalu begitu saja, malah apa yang pernah dialami dan dilalui itu akan terus menjadi iktibar dan pengajaran yang akan meningkatkan lagi azam dan iltizam kita untuk meningkatkan kewibawaan institusi tersebut.

Kita harapkan kepada Pegawai-pegawai Kadet yang akan menjalani latihan supaya akan terus memupuk semangat perpaduan, membawa obor pembaharuan dan perubahan dalam ABDB, atas nama membina pertahanan yang kredible dan profesional.

Masih banyak yang perlu kita perkatakan dalam membuat perubahan. Ia merangkumi perubahan minda, perubahan budaya, perubahan sikap dan sebagainya, semua ini harus membawa objektif pertahanan seperti yang termaktub dalam Kertas Putih Pertahanan bahawa angkatan tentera kita adalah sebuah angkatan yang Professional, Resource Efficient dan Gallantry.

Inilah yang ingin saya tegaskan, bukan saja kepada Pegawai-pegawai Kadet, bahkan juga kepada Sekolah Pegawai Kadet dan Akademi Pertahanan, agar lebih relevan dalam kita meniti arus peredaran zaman.Seperti mana jua halnya dengan organisasi di tempat lain, tidak kira tentera mahupun awam, akan sentiasa berkehendakkan setiap generasi baru itu akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Sejajar dengan tabiat semula jadi bagi seseorang yang inginkan kemajuan, pengetahuan dan kemahiran haruslah berkembang mengikut peredaran masa. Perkembangan ini tidak syak lagi perlulah didorong dengan sokongan dari semua institusi yang terlibat.

Oleh itu, Sekolah Pegawai Kadet, perlu terus mengkaji dan mengkaji dan mempunyai flexibility, bagi meningkatkan lagi kualiti latihan dan pembelajaran untuk mencapai misi penubuhannya.

Tidak lupa juga kepada sokongan dan dorongan ibu bapa serta ahli keluarga dalam perkara ini adalah sentiasa diharapkan, semoga ia akan terus menyuntik semangat kepada semua Pegawai-pegawai Kadet untuk

Page 211: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

404 405

merealisasikan potensi mereka dengan memberikan yang terbaik semasa latihan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Pegawai Kadet serta ibu bapa dan keluarga dan saya berdoa agar semua 48 orang Pegawai Kadet yang ada pada masa ini berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang, insya-Allah.

Dengan berkat kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Latihan Kursus Pegawai Kadet Pengambilan Ke-9, Sekolah Pegawai Kadet ABDB.

Ucapan Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Awang Yusoff

bin Awang Haji Ismail TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN

Page 212: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

406 407

MAJLIS PELANCARAN EKSPO PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN 2012,

DI DEWAN PLENARY, PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA (ICC), BERAKAS

PADA HARI SABTU, 25 RABIULAWAL 1433 HIJRIAH / 18 FEBRUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala atas segala rahmat dan hidayah-Nya yang telah

mengizinkan kita hadir di Majlis Pelancaran Ekspo Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan 2012 pada hari ini.

Saya sukacita merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Ekspo atas ingatan baik menjemput saya hadir dan memberikan penghormatan kepada saya untuk merasmikan Ekspo Pengajian Tinggi, Kementerian Pedidikan 2012 pada pagi ini.

Saya dimaklumkan bahawa ekspo ini adalah kesinambungan kepada Hari Terbuka Bahagian Biasiswa dan Bahagian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan yang diadakan pada setiap tahun di mana lazimnya melibatkan jabatan dan bahagian di bawah Kementerian Pendidikan seperti Jabatan Pendidikan Teknik, Bahagian Biasiswa, Bahagian Pengajian Tinggi, Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja, Urus Setia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Urus Setia Majlis Pendidikan Teknik danVokasional serta institusi-institusi pengajian tinggi termasuk juga institusi-institusi pendidikan teknikal dan vokasional.

Saya mengambil maklum bahawa ekspo pada tahun ini juga disertai oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta yang menawarkan biasiswa seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Perancangan dan Perkembangan Ekonomi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad.

Saya juga difahamkan bahawa ekspo ini turut disertai oleh wakil-wakil dari Suruhanjaya Tinggi dan Kedutaan Besar serta institusi pengajian swasta tempatan dengan tujuan untuk mempromosi kursus-kursus keluaran institusi dan universiti luar negeri dan agensi-agensi perbankan yang berhasrat untuk menawarkan khidmat nasihat kewangan bagi urusan pinjaman atau insurans pendidikan.

Melihat kepada gandingan pelbagai agensi dalam ekspo yang akan berjalan selama dua hari ini, saya penuh percaya bahawa ekspo ini akan mencapai objektifnya iaitu menyediakan dan memberikan ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar, ibu bapa dan orang ramai untuk mendapatkan maklumat terkini (first hand information) mengenai program-program yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta (IPTTS), skim-skim biasiswa bagi mengikuti pengajian dalam dan luar negara dan insentif kewangan bagi melanjutkan pengajian.

First hand information yang dimaksudkan adalah juga termasuk maklumat terkini mengenai syarat-syarat permohonan Skim-skim Biasiswa yang telah dikemas kini, status pengiktirafan kelulusan institusi dan kursus keluaran luar negeri serta syarat dan kriteria kemasukan ke IPTTS di mana maklumat-maklumat berkenaan adalah penting untuk diketahui dan difahami oleh para pemohon bagi mengelakkan kesalahfahaman atau kekeliruan.

Perlu diingat bahawa maklumat-maklumat tersebut hakikatnya berubah-ubah tertakluk kepada perkembangan semasa, keperluan-keperluan negara dan stakeholders yang lain, peningkatan dan persaingan dari segi kualiti akademik para pelajar.

Dengan demikian, saya sukacita menyeru supaya Ekspo Pengajian Tinggi ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para pelajar, ibu bapa dan orang ramai bagi mendapatkan panduan yang jelas dan tepat sebagai perancangan dalam menentukan bidang pengajian yang akan diikuti. Pada dasarnya, ekspo ini adalah peluang terbuka bagi para pengunjung untuk mengajukan persoalan dan menghadapkan permohonan kepada pihak-pihak tertentu secara langsung.

Page 213: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

408 409

Khusus bagi peserta-peserta ekspo, saya berharap supaya maklumat-maklumat yang dikongsikan akan dapat membantu para pelajar membuat pilihan terbaik dalam menentukan bidang pengajian yang bukan berdasarkan minat sahaja tetapi mestilah bersesuaian dengan kelulusan akademik yang diperolehi. Peserta ekspo adalah juga disarankan untuk bersikap transparent dan profesional dalam melayan para pengunjung bagi sama-sama mendapat faedah dari ekspo ini.

Khusus dalam usaha memastikan calon-calon pelajar yang berhasrat untuk mengikuti kursus-kursus di institusi pendidikan teknik dan vokasional yang mempunyai kelulusan dan kelayakan yang menepati kriteria-kriteria tertentu, saya difahamkan bahawa dalam ekspo ini, Jabatan Pendidikan Teknik akan memperkenalkan Technical and Vocational Education Centralised Admission System (TVeCAS) iaitu subsistem kepada Technical and Vocational Education Student Information System (TVeSIS) yang sedang diguna pakai pada masa ini bagi menyelaras dan memudahkan lagi prosedur permohonan calon-calon pelajar tersebut.

Sistem yang akan diguna pakai pada sesi pengambilan pelajar pada mulai Julai tahun 2012 ini adalah tambahan kepada Sistem Kemasukan Berpusat Pengajian Tinggi (Higher Education Centralised Admission System [HECAS]) yang telah diperkenalkan sejak tahun 2009.

Sehubungan dengan ini, saya berharap dengan adanya TVeCAS, calon-calon pelajar akan mendapat peluang sama rata, adil dan telus dalam proses pemilihan bagi mengikuti kursus-kursus di institusi-institusi yang berkenaan selaras dengan keperluan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21) bagi menyediakan pendidikan yang berkualiti yang dapat memberikan rakyat Negara Brunei Darussalam ilmu pengetahuan dan kemahiran serta mampu bersaing mengharungi perubahan globalisasi pada masa ini dan akan datang.

Akhirnya, saya sukacita merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta ekspo di atas kesudian menyertai ekspo ini dan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Ekspo Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan

2012 di atas usaha dan kesungguhan semua pihak sehingga ekspo ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga usaha berkebajikan dan kerjasama yang ikhlas dalam mengungkayahkan majlis ini akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah Subhanahu Wata’ala jua.

Dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan mengambil tabaruk dari kalimah tayyibah lagi mulia : Bismillahir Rahmanir Rahim, Wassalaatu Wassalaamu’alaa Asyrafil Ambiyaa’i Wal Mursalin Sayyidina Muhammadin Wa’ala Alihee Wasahbihee Ajmaeen, saya sukacita merasmikan Ekspo Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan 2012 dengan iringan doa semoga ekspo ini mencapai matlamat dan objektif penganjurannya.

Page 214: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

410 411

MAJLIS PENUTUPAN PESIDANGAN ANTARABANGSA HARI GURU 2012

(BRUNEI TEACHER'S DAY INTERNATIONAL CONFERENCE 2012) SEMPENA HARI GURU BAGI TAHUN 2012,

DI CONFERENCE HALL 2, PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS

PADA HARI KHAMIS, 25 ZULKAEDAH 1433 HIJRIAH / 11 OKTOBER 2012 MASIHI

Bismillah Hirrahman NirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SEGALA puji dan syukur hanya untuk Allah Subhanahu Wata'ala, selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad

Sallallahu Alaihi Wasallam dan pengikut-pengikut Baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Terlebih dahulu saya sukacita merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Pengerusi bersama majlis dan ahli-ahli jawatankuasa di atas ingatan baik mengundang saya dan seterusnya memberikan penghormatan kepada saya untuk memberikan ucapan dalam Majlis Penutupan Rasmi Persidangan Antarabangsa Hari Guru Tahun 2012 pada petang ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pengerusi bersama majlis dan ahli-ahli jawatankuasa di atas usaha gigih dan inisiatif pada menganjurkan persidangan antarabangsa Hari Guru tahun 2012 yang julung-julung kalinya diadakan selama dua hari mulai kelmarin.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada kedua-dua keynote speaker dari Republik Persekutuan Jerman dan juga dari Republik Korea Selatan. Pendapat mereka dalam pendidikan dan analisa-analisa mendalam mengenai isu-isu kontemprori telah memberi kesedaran dan akan setentunya memberi panduan bagi para peserta dalam meneroka hala tuju masa depan dalam pembelajaran dan pengajaran, ucapan terima kasih dan tahniah juga ditujukan kepada semua pembentang kertas kerja

yang berjaya menghuraikan kertas kerja mereka masing-masing.

Saya difahamkan bahawa persidangan antarabangsa Hari Guru tahun 2012 ini bertemakan 'Crafting Innovative Instruction; A 21st Century Perspective' adalah merupakan salah satu acara keilmuan sempena sambutan Hari Guru yang acara kemuncaknya telah pun berlangsung pada 24 September yang lalu, untuk itu saya mendoakan semoga objektif penganjuran persidangan ini akan tercapai dan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Profesion keguruan memerlukan asas pengetahuan yang luas mengenai sesuatu bidang ilmu dan juga memerlukan latihan dan kemahiran dalam menjalankan amalan pengajaran, situasi dan masalah pembelajaran-pengajaran adalah pelbagai dan sukar untuk menyelesaikannya secara rutin. Dengan itu, guru sentiasa perlu menggunakan kebijaksanaannya berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya untuk menyelesaikan masalah pembelajaran-pengajaran dalam konteks yang berlainan, oleh kerana itu, penyediaan seseorang guru yang berwibawa itu adalah memerlukan satu siri latihan yang formal yang meliputi isi beberapa teori dan prinsip pendidikan.

Sebagaimana yang maklumi bersama, tiada jalan pintas untuk profesion keguruan menjadi satu profesion yang utuh dan mantap serta istimewa yang diiktiraf dan dihormati oleh masyarakat, melainkan ianya perlu diperkembangkan dan dipupuk melalui peningkatan ilmu pengetahuan yang menjadi asas profesion keguruan dan dengan meninggikan lagi 'darjah' amalan dan kecekapan ahli-ahli profesion keguruan.

Perkembangan pesat dan pelbagai ragam dalam sistem pendidikan telah menambahkan 'kesukaran' dalam permasalahannya. Ilmu pengetahuan ikhtisas pendidikan yang diperlukan untuk menyelesaikan pelbagai masalah itu adalah juga kompleks. Pendidikan menjadi bercabang dan bertambah specialised dan tiap-tiap bidang khusus itu memerlukan ilmu yang mendalam mengenainya.

Page 215: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

412 413

Sebagai contoh, bidang-bidang penilaian dan pengukuran, perancangan dan pentadbiran pelajaran, pendidikan pemulihan, bimbingan dan runding cara, pembinaan kurikulum mata-mata pelajaran tertentu, juga pelajaran pendidikan teknik dan vokasional semuanya ini memerlukan pengetahuan profesional lanjutan yang lebih dari pengetahuan asas.

Bidang pendidikan khususnya para guru dan tenaga pengajar adalah memainkan peranan penting dan bertanggungjawab sebagai salah satu pengerak kepada pembangunan ekonomi negara iaitu melalui penyediaan sumber tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran yang dapat memenuhi salah satu teras utama dalam Wawasan Brunei 2035 iaitu penduduk yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.

Dalam arus perubahan yang drastik dan kepelbagaian cabaran dan hambatan di abad ke 21 ini telah menjadikan peranan dan pelaksanaan tanggungjawab para guru semakin bertambah dan kian mencabar.

Kerana itu, bagi melengkapkan para guru dan tenaga pengajar dengan pengetahuan dan ilmu pendidikan terkini, maka persidangan seumpama ini adalah salah satu jawapannya, diadakan bagi memberikan peluang kepada para guru, pegawai-pegawai pendidikan dan pelajaran berbincang dan bertukar maklumat dan fikiran bagaimana sepatutnya berhadapan dengan cabaran-cabaran dunia pendidikan masa kini.

Saya difahamkan bahawa, persidangan ini juga membawa beberapa tema-tema sisipan untuk dibincangkan dalam kumpulan-kumpulan kecil dengan tujuan supaya setiap pembentangan kertas kerja akan dapat dibincangkan dengan lebih menyeluruh dan terperinci serta bagi memberi peluang kepada semua peserta berinteraksi dan memainkan peranan dalam perbincangan, kaedah dan format persidangan yang seumpama ini akan dapat membantu memperkembangkan budaya dan kemahiran penyelidikan dan inovasi para guru dan tenaga pengajar di institusi-institusi pendidikan.

Dalam usaha untuk mengangkat dan memartabatkan profesion

perguruan di negara ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan satu skim khas bagi para guru dan tenaga pengajar serta mereka yang mempunyai minat yang mendalam di bidang pengajaran dan pendidikan. skim ini dinamakan sebagai skim perkhidmatan perguruan atau dikenali juga sebagai SPG yang telah berkuat kuasa mulai 1 Jun 2008.

Antara rasional mengadakan skim perkhidmatan perguruan ini ialah menyediakan skim perkhidmatan yang lebih bersesuaian dan berkesan dalam mengendalikan peranan dan tanggungjawab guru-guru di semua peringkat pendidikan selaras dengan cabaran dan perkembangan pendidikan negara masa kini dan akan datang.

Penyediaannya juga dihasratkan sebagai satu skim perkhidmatan yang menggalakan dan kompetitif serta dapat menarik lebih ramai graduan yang cemerlang untuk menceburi profesion perguruan, di samping berupaya mengekalkan guru-guru dan pegawai-pegawai yang berkelibar dan cemerlang perkhidmatannya untuk terus berkhidmat dalam profesion ini.

Skim ini juga bagi menggalakkan guru-guru yang mengajar di sekolah untuk meningkatkan profesionalisme sehingga ke tahap pegawai pendidikan pakar (master teacher) di samping membolehkan mereka mencapai kecemerlangan perkhidmatan sehingga mencapai tanggagaji tinggi kumpulan dan yang lebih tinggi walaupun masih bertugas di bilik darjah.

Pada mengakhiri ucapan ini, sukacita saya menyarankan kepada jawatankuasa penganjur dan jabatan-jabatan berkenaan dibawah Kementerian Pendidikan supaya akan dapat mengamat-amati resolusi persidangan ini dan menjadikannya sebagai panduan bagi memperbetulkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam metode pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakai masa ini, juga melalui amalan-amalan terbaik (best practices) yang telah dibincangkan akan dapat dikongsi sama dan dilaksanakan.

Page 216: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

414 415

Adalah menjadi harapan saya agar melalui persidangan ini akan menyemarakkan semangat ingin tahu dan menambah ilmu pengetahuan di kalangan para peserta dan seterusnya akan kembali bertugas dengan semangat yang baru dan lebih komited.

Dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan mendahulukan kalimah tayyibah Bismillahir Rahmanir Rahim, selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, saya rasmikan Penutupan Persidangan Antarabangsa Hari Guru Tahun 2012 dengan iringan doa semoga resolusi persidangan ini akan memberikan faedah dan manfaat yang sebanyak-banyaknya kepada perkembangan dan kemajuan pengajaran dan pembelajaran di Negara Brunei Darussalam.

Ucapan Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B)

Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, TIMBALAN MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI

Page 217: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

416 417

ACARA LARIAN SIHAT KAMPUNG KULAPIS ANJURAN BERSAMA MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG DAN BIRO

WANITA KAMPUNG KULAPIS DI KAWASAN LAPANG KEDIAMAN KETUA KAMPUNG KULAPIS

PADA HARI JUMAAT, 3 RABIULAWAL 1433 HIJRIAH / 27 JANUARI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

SEGALA puji hanya bagi Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan pencipta dan sumber segala nikmat alam semesta yang telah dengan izin-Nya

jua membolehkan kita berkumpul di acara pada pagi hari ini.

Seafdal-afdal selawat serta salam ditujukan kepada Junjungan Besar ikutan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, ahli kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat serta jujur hingga ke akhir zaman.

Terlebih dahulu peramba/saya dengan perasaan tulus ikhlas sukacita merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Acara Larian Sihat Kampung Kulapis dan penduduk-penduduk Kampung Kulapis di atas kesudian abiskita menjemput saya pada acara pagi ini. Saya juga sukacita ingin menyampaikan ucapan tahniah dan syabas kepada Majlis Perundingan Kampung Kulapis serta penduduk Kampung Kulapis yang telah berusaha untuk menjayakan acara ini. Saya merasa bersyukur kerana dapat hadir pada ‘Acara Larian Sihat Kampung Kulapis’ ini yang juga memberi peluang saya dan jemputan-jemputan yang lain untuk berkunjung lagi dan mengenali Kampung Kulapis secara dekat dan bersilaturahim bersama penduduk-penduduk dan orang kampung di sini.

Sesungguhnya setiap mukim dan kampung di bumi Darussalam ini ada keindahan, kelebihan dan keunikannya. Keindahan, kelebihan dan keunikan ini hendaklah disyukuri dan dimanfaatkan. Kita juga bersyukur Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga tidak putus-putus memberikan kemudahan-kemudahan pada menjaga dan meningkatkan

kesejahteraan rakyat dan penduduk baik di bandar, mukim dan kampung di pedalaman. Dalam erti kata lain dengan niat murni tidak akan ada kampung/mukim yang akan terpencil, terpinggir dan tersisih dari usaha perkembangan dan pembangunan. Saya percaya Kampung Kulapis mempunyai keindahan, kelebihan dan keunikan tersendiri yang memberi banyak ruang untuk ianya terus berjaya dikenali, dikunjungi dan dibanggakan juga tidak ketinggalan di dalam arus perkembangan dan pembangunan ini. Saya penuh berharap usaha terus ditingkatkan di dalam menjayakan beberapa projek kerajaan melalui kementerian-kementerian seperti projek Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri seperti Anugerah Kampung Cemerlang dan Satu Kampung Satu Produk yang mana sedikit masa lagi keputusan Anugerah Kampung Cemerlang bagi tahun 2010/2011 akan diumumkan; Projek Kenali Negara Kitani dan sebagainya.

Saya difahamkan bahawa acara seperti ini bukanlah buat pertama kalinya dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung Kulapis. Menyedari akan peningkatan kes-kes penyakit kronik yang tidak berjangkit seperti kanser, kencing manis, jantung dan paru-paru yang dikenal pasti sebagai penyebab utama kematian di Negara Brunei Darussalam, mengadakan acara seperti ini adalah salah satu daya usaha yang baik dan sewajarnya berkesinambungan.

Saya berpendapat untuk menjayakan acara atau majlis seperti ini peranan Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung dan ketua kampung selaku pemimpin akar umbi setempat adalah penting. Majlis Perundingan Kampung adalah jentera penggerak kepada agenda atau program pembangunan kemasyarakatan dan kebajikan yang disusun atur dalam kalendar tahunan atau apa jua rancangan yang akan diungkayahkan oleh kerajaan atau majlis perundingan itu sendiri.

Ke arah itu, saya menyarankan supaya Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Kulapis ini khusnya akan sentiasa bermesyuarah merapatkan barisan bersatu hati menyokong dan menjayakan projek-projek dan perancangan demi untuk perkembangan dan kemajuan Kampung Kulapis dan sekali gus mengekalkan suasana yang selesa dan harmoni dengan perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Kampung Kulapis yang

Page 218: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

418 419

indah permai ini. Marilah kita sama-sama juga berdoa agar Negara Brunei yang kita cintai ini akan terus aman makmur berkekalan.

Untuk mengakhiri ucapan ringkas peramba/saya ini sekali lagi peramba/saya mengucapkan tahniah kepada Majlis Perundingan Kampung Kulapis kerana telah pun menunjukkan persefahaman dan perpaduan yang erat di kalangan biskita dalam mengungkayahkan dan menjayakan acara Larian Sihat Kampung Kulapis pagi ini. Saya juga terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang acara larian pagi ini.

SEMPENA MAJLIS DOA ARWAH DAN TAHLIL SEKAMPUNG BAGI PENDUDUK KAMPUNG PUTAT, MUKIM LUMAPAS,

DI MASJID KAMPUNG PUTAT PADA HARI AHAD,

18 SYA’ABAN 1433 HIJRIAH / 8 JULAI 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

TERLEBIH dahulu peramba / saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis

Doa Arwah dan Tahlil Sekampung bagi penduduk-penduduk Kampung Putat, Mukim Lumapas di atas kesudian abiskita menjemput peramba / saya hadir selaku tetamu kehormat dan isteri di dalam majlis keagamaan yang penuh kebajikan di bulan Sya’aban mulia ini.

Di awal kesempatan ini peramba / saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli penduduk Kampung Putat kerana dapat bermuafakat bersatu hati dan bekerjasama dalam mengungkayahkan acara tradisi tahunan iaitu Majlis Doa Arwah dan Tahlil Sekampung ini yang mana peramba / saya telah difahamkan bahawa majlis ini telah diadakan setiap tahun sejak 20 tahun yang lalu.

Inisiatif murni Majlis Doa Arwah dan Tahlil Sekampung ini memanglah amalan tradisi yang baik dan sewajarnya diperturunkan dan diwarisi dari generasi ke generasi khususnya kepada generasi muda hari ini. Ianya juga merupakan suatu ibadah yang dituntut oleh agama Islam dan menjanjikan pahala berganda dari Allah Subhanahu Wata'ala. Mengingati mereka terutamanya kaum keluarga yang telah dahulu meninggalkan kita ke alam barzakh juga akan mengingatkan kita kepada jasa-jasa dan ikatan silaturahim kepada mereka sambil mendoakan mereka. Di samping akan dapat mengingatkan kita bahawa suatu hari nanti kita juga akan mengikuti mereka kembali ke rahmatullah.

Kerjasama yang erat di antara penduduk kampung seperti majlis pagi ini adalah sangat dihargai dan patut diteruskan dalam sama-sama

Page 219: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

420 421

berganding bahu menanai keharmonian kesejahteraan dan keamanan kampung ini.

Berkat daulat kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kita di Negara Brunei Darussalam bersyukur dengan nikmat keamanan keselamatan dan kemakmuran yang berterusan telah membolehkan kita untuk memanfaatkan nikmat ini bagi melaksanakan program pembangunan dan kemajuan negara dan juga kita selaku penduduk di dalamnya. Program pembangunan dan kemajuan ini hanya akan tercapai dengan semangat perpaduan jati diri dan suasana harmoni.

Kerajaan Kebawah DYMM khususnya melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) telah dan sedang menyediakan pelbagai projek dan perancangan ke arah ini iaitu antaranya melalui institusi penghulu / ketua kampung, Majlis Perundingan Mukim / Majlis Perundingan Kampung (MPM/MPMK).

Dengan semangat perpaduan dan usaha kerjasama inilah juga MPK Putat telah berjaya memasuki Anugerah Kampung Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 yang telah diadakan pada 31 Mac 2012 yang lalu. Meskipun hanya mendapat hadiah penghargaan akan tetapi apa yang dapat dibanggakan dan dijadikan contoh dan teladan di sini adalah konsistensi dan semangat kental MPK yang mengharapkan kejayaan kebaikan dan kesejahteraan kampung menuju kecemerlangan.

Pihak Kerajaan Kebawah DYMM dan KHEDN dan jabatan-jabatan daerah juga telah banyak menyediakan bantuan dan kemudahan bertujuan meningkatkan kesejahteraan penduduk mukim dan kampung, baik di kawasan bandar mahupun di luar bandar.

Dalam hal ini, Kampung Putat juga tidak ketinggalan menikmati kemudahan-kemudahan serta prasarana-prasarana yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah DYMM seperti kemudahan jalan-jalan raya yang telah dinaik taraf, pemasangan lampu-lampu jalan, tempat pembuangan sampah, tempat penurunan perahu dan seumpamanya.

Peramba / saya juga telah dimaklumkan bahawa pembinaan jeti di Kampung Pengkalan Batang dan Kampung Putat akan dilaksanakan pembinaannya. Saya yakin masih banyak projek-projek kerajaan yang termasuk di dalam Rancangan Kemajuan Negara yang akan menjana kemajuan di dua tebing Sungai Brunei juga akan memberikan kemanfaatkan kepada Kampung Putat dan kampung-kampung di sekitarnya di masa akan datang.

Selaras dengan Wawasan Negara 2035 dan pada mencapainya kita semua berperanan untuk menentukan projek pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan penduduk di luar bandar, termasuk di kampung-kampung hendaklah terus dipertingkatkan bagi sama-sama memastikan kemajuan dan kesejahteraan yang dicapai oleh negara pada masa ini dan akan datang dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

Selain daripada sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan, tanggungjawab membangunkan kampung atau mukim juga hendaklah diterajui atau diambil peranan oleh ketua kampung serta MPK dan juga bergabung dengan Jawatankuasa Takmir Masjid, Pengawasan Kejiranan Kampung serta anggota masyarakat kampung yang lainnya.

Saya difahamkan Kampung Putat ini masih mempunyai banyak kawasan tumbuhan hutan hijau (flora dan fauna) yang masih belum banyak terganggu keasliannya dan MPK Putat telah menerokai dan mengusahakan apa yang terbaik iaitu dengan mengadakan sebuah Taman Herba yang mana juga telah disediakan laluan jalan, lot letak kereta dan tandas awam oleh pihak kerajaan.

Adalah diyakini usaha berkebajikan dan perekonomian seperti ini jika berterusan dan dijaga akan pasti memberikan keuntungan besar dan kemanfaatan yang berpanjangan.

Memandangkan pada waktu ini kita dalam persiapan dan persediaan bagi sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni

Page 220: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

422 423

Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-66 tahun saya, selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Perayaan dan juga Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam sekali lagi menyeru iaitu pada menzahirkan rasa kecintaan dan kasih sayang kita kepada raja dan pemimpin yang dikasihi dan disanjungi dan Negara Brunei Darussalam yang kita cintai marilah kita sama-sama (bagi yang belum berbuat demikian) mengibarkan bendera negara dan beramai-ramai menghadirkan diri bersama keluarga ke masjid-masjid untuk bersama-sama memohon doa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan dilanjutkan usia dan kekal memerintah di atas takhta kerajaan dan Negara Brunei Darussalam yang kita semua cintai ini akan terus aman damai sejahtera berkekalan. Amin.

Buat akhirnya sekali lagi diucapkan terima kasih di atas undangan yang diberikan kepada peramba / saya selaku tetamu kehormat pada pagi ini dan seterusnya diberikan peluang untuk menyampaikan sedikit ucapan pada majlis ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi bagi kita menunaikan ibadah fardu puasa dan akan meraikan Hari Raya di penghujungnya nanti. Insya-Allah.

Ucapan Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman, TIMBALAN MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA dan SUKAN

Page 221: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

424 425

MAJLIS SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 2012, DI DEWAN CANSELOR UNIvERSITI BRUNEI DARUSSALAM

PADA HARI KHAMIS, 15 RABIULAKHIR 1433 HIJRIAH / 8 MAC 2012 MASIHI

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad

Sallallahu Alaihi Wasallam, kerabat dan para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat dan setia sehingga ke akhir zaman.

Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya jua kita semua dapat berhimpun pada pagi ini bagi sama-sama menyambut Hari Wanita Antarabangsa (HWA) bagi tahun 2012.

HWA adalah hari yang penting kerana pada satu hari ini seluruh dunia dapat menumpukan perhatian dan fokus kepada isu wanita. Negara Brunei Darussalam juga tidak ketinggalan dalam menyambut hari yang mulia ini dan harapan kita semua agar isu wanita akan dapat diberi tumpuan yang sewajarnya pada hari ini. Isu wanita adalah banyak. Bagi Negara Brunei Darussalam, alhamdullillah, dengan adanya keprihatian yang ditunjukkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam maka status wanita di negara ini telah mencapai status yang tinggi, berdasarkan hukum Islam yang meletakkan kedudukan wanita di tahap yang tinggi. Walau bagaimanapun, seperti mana juga dengan negara-negara lain termasuk negara-negara maju, Negara Brunei Darussalam juga tidak terkecuali menghadapi beberapa isu wanita yang negatif. Isu-isu yang dimaksudkan adalah seperti keganasan terhadap wanita dan perempuan, wanita dalam kemiskinan, penderaan, tuntutan nafkah serta penglibatan wanita dan perempuan dalam gejala-gejala sosial seperti kegiatan-kegiatan kurang bermoral.

Menyedari hakikat ini, maka Kerajaan Kebawah DYMM telah mengenal pasti bahawa salah satu isu sosial yang memerlukan perhatian ialah isu wanita. Dengan ini satu Jawatankuasa Khas Institusi Keluarga

dan Wanita telah ditubuhkan di bawah Majlis Kebangsaan Isu Sosial. Keahlian Jawatankuasa Khas tersebut termasuk agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dan merupakan usaha bersepadu oleh semua stakeholders dalam menangani isu yang melibatkan institusi keluarga dan wanita. Alhamdulillah, jawatankuasa tersebut telah baru-baru ini meluluskan Pelan Tindakan yang bertujuan untuk mengukuhkan institusi keluarga dan ekuiti gender atau isu-isu yang dihadapi oleh wanita melalui program-program jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Di antara Pelan Tindakan itu termasuk meningkatkan kemahiran keibubapaan, meningkatkan sikap bertanggungjawab bagi setiap ahli keluarga, keseimbangan pekerjaan dan keluarga bagi pekerja-pekerja wanita, perkhidmatan guaman bagi isu wanita termasuk tuntutan nafkah serta menangani cabaran negatif dunia siber.

Tema HWA bagi tahun ini ialah ‘Connecting Girls, Inspiring Futures’ dan bagi Negara Brunei Darussalam ini telah ditumpukan kepada penjagaan dan perlindungan kanak-kanak perempuan. Sudah setentunya isu pembesaran dan perlindungan kanak-kanak perempuan ada kaitan secara langsung dengan wanita kerana keperibadian dan penghidupan sosial kanak-kanak perempuan akan menjadi penentu kepada pembentukan personalitinya bila mereka menjadi wanita nanti. Di Negara Brunei Darussalam, 47 peratus daripada penduduknya terdiri daripada kaum wanita dan impak mereka kepada pembangunan negara sudah tidak dapat dinafikan. Dengan ini adalah penting bagi kita untuk memastikan bahawa kaum wanita dan perempuan diberi peluang untuk mencapai potensi mereka yang maksima. Kerana jika kita gagal dalam hal ini akan mengakibatkan kerugian besar bagi negara kita, bukan sahaja dari segi ekonomi, malah juga dari segi sosiobudaya kita.

Justeru itu, bagi Negara Brunei Darussalam, semua kanak-kanak mempunyai akses secara percuma kepada kemudahan dan perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan dan pembangunan sosial. Alhamdulillah, penjagaan rakyat dan penduduk di negara ini telah menerima pengiktirafan antarabangsa melalui pencapaian negara dalam UNDP Human Development Index di mana Negara Brunei Darussalam menduduki tempat ke-33 daripada 187 buah negara.

Sambutan HWA pada hari ini akan memberi tumpuan kepada isu

Page 222: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

426 427

keganasan rumah tangga dan penjagaan diri kanak-kanak perempuan dan wanita dari sebarang penganiayaan. Keganasan rumah tangga berlaku setiap hari di seluruh dunia dan beribu-ribu wanita menderita dalam kesepian. Keganasan rumah tangga terhadap wanita pada umumnya berakar umbi dalam semua masyarakat dan budaya, sehingga ramai wanita yang menganggapnya sebagai sesuatu yang lumrah dalam kehidupan. Menurut kajian antarabangsa, sekurang-kurangnya satu dari tiga wanita mengalami keganasan rumah tangga dan serangan seks dalam seumur hidup mereka dan selalunya pelaku adalah terdiri dari kalangan keluarga.

Malangnya Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali daripada mengalami kejadian keji ini. Mengikut data daripada Pasukan Polis Diraja Brunei menunjukkan bahawa di antara kes-kes penderaan, kes penderaan isteri adalah yang paling tinggi. Baru-baru ini masyarakat Brunei telah dikejutkan dengan kejadian kematian seorang anak yang berumur dua tahun akibat penderaan fizikal. Perbuatan yang kejam ini yang berlaku di negara kitani sendiri amat mengejutkan lebih-lebih lagi Negara Brunei Darussalam terkenal sebagai sebuah masyarakat penyayang, masyarakat pemedulian, masyarakat prihatin dan masyarakat di mana kebajikan rakyat dan penduduk diberi keutamaan. Titah Kebawah DYMM semasa perasmian Kompleks Bangunan Baru Sekolah Al-Falaah pada tahun lepas menekankan kesucian kanak-kanak dan kepentingan menyayangi kanak-kanak. Baginda bertitah, “Kerana itulah beta pun turut hairan, bagaimana boleh berlaku orang menganiaya kanak-kanak tergamak mendera dan malah membunuh mereka?”

Baginda juga bertitah semasa perasmian Mesyuarat Majlis Mesyuarat Negara baru-baru ini, akan kepentingan institusi keluarga adalah unit terkecil dalam masyarakat yang harus dijaga dan dipupuk. Jangan mengambil ringan institusi keluarga kerana institusi keluarga yang kukuh mempunyai kesannya terhadap masyarakat dan negara. Dengan ini keganasan dalam apa jua bentuk boleh menghakis institusi keluarga dan sistem nilai negara. Lebih penting lagi keganasan terhadap manusia merupakan pencerobohan hak asasi manusia. Keganasan bukanlah jawapan untuk menyelesaikan masalah. Pelaku-pelaku keganasan atau mereka yang berpotensi untuk melakukan keganasan perlu mengetahui

bahawa mereka boleh mendapat bantuan, bahawa mereka tidak perlu menggunakan keganasan. Mereka bolehlah berhubung dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat atau agensi-agensi lain untuk mendapatkan khidmat kaunseling terutama yang berkaitan dengan anger management dan bagaimana menyelesaikan masalah mereka dengan cara yang lain.

Alhamdulillah, di Negara Brunei Darussalam kanak-kanak dilindungi dengan beberapa rang undang-undang bagi menjamin keselamatan mereka. Di antara undang-undang yang telah diluluskan dan dilaksanakan termasuklah Akta Perlindungan Wanita dan Perempuan 1972, Perintah Kanak-Kanak dan Remaja 2006, kemasukan ‘Dahrar Syarie’ atau Keganasan Rumah Tangga Jun 2010 dalam Perintah Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan), 2010 dan Perintah Akta Perempuan Bersuami (Pindaan), 2010 serta Unlawful Carnal Knowledge Act. Pelaksanaannya jelas terbukti dengan adanya kemudahan dan eksploitasi. Walau bagaimanapun usaha yang lebih gigih dan bersepadu adalah penting untuk memasyarakatkan undang-undang ini. Peranan dan pemedulian ahli-ahli masyarakat juga sama pentingnya untuk memastikan kanak-kanak kita dapat membangun dan membesar dalam persekitaran yang selamat dan kondusif.

Page 223: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

428 429

MAJLIS PELANCARAN ‘CINTAI WARISAN KITANI’, DI JABATAN MUZIUM-MUZIUM, KOTA BATU

PADA HARI KHAMIS, 2 RABIULAKHIR 1433 HIJRIAH / 15 MAC 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SEGALA pujian bagi Allah Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi

Wasallam, keluarga dan para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya jua maka kita dapat bersama-sama hadir di Majlis Pelancaran Program ‘Cintai Warisan Kitani’ pada petang ini.

Warisan budaya adalah sesuatu yang penting untuk kita jaga dan pelihara kerana ianya lambang kewujudan atau tamadun sesebuah bangsa. Sebagai bangsa yang merdeka dan berdaulat, Negara Brunei Darussalam mempunyai warisan budaya yang tersendiri yang membezakannya dengan negara-negara dan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Warisan ini telah kita warisi sejak zaman berzaman iaitu sejak negara kita wujud lebih daripada seribu tahun yang silam dan setelah negara mengamalkan agama Islam kira-kira 600 tahun yang lalu. Sebagai bangsa yang bertamadun, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga warisan budaya ini supaya ianya tidak hilang ditelan oleh arus pembangunan dan modenisasi yang kian mengimpak kehidupan kita sehari-hari. Dengan kesedaran ini maka kita akan terus dapat melihat budaya kita terus hidup seiring dengan pembangunan negara kita yang moden dan dinamik.

Saya difahamkan bahawa Program ‘Cintai Warisan Kitani’ yang dilancarkan pada petang ini akan diadakan di keempat-empat daerah dan memfokuskan terhadap kanak-kanak sekolah di negara ini. Setiap negara dan penduduknya perlu mengetahui dan menghargai warisannya, keadaan kita hari ini adalah kerana pengalaman yang kita lalui. Negara yang ingin maju ke hadapan perlu mempelajari dari pengalaman manis

pahit yang pernah dilaluinya. Dengan ini, golongan kanak-kanak, yang merupakan masa depan kita, perlu didedahkan dengan setiap aspek pembelajaran, hatta dalam menerapkan kesedaran terhadap warisan budaya. Pembelajaran dari peringkat akar umbi adalah sesuatu yang amat ditekankan dalam dunia pembelajaran dan ini juga ditekankan dalam Islam. Dalam dunia serba moden ini, kanak-kanak lebih banyak terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh asing yang boleh mengubah cara hidup dan daya pemikiran mereka. Kita tidak boleh menolak kemajuan-kemajuan ini, namun dalam masa yang sama kita tidak mahu gemerasi muda kita ini hanyut dengan arus kemodenan tanpa hala tuju dan tujuan.

Inilah peranan institusi muzium serta agensi-agensi warisan negara yang lain yang merupakan gedung ilmu yang bertanggungjawab memasyarakatkan warisan bangsa agar semua mencintai warisan bangsa.

Page 224: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

430 431

MAJLIS PELANCARAN PROJEK RINTIS KEDUA PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA (PKBN),

DI DEWAN SERBAGUNA, KOMPLEKS SUKAN NEGARA HASSANAL BOLKIAH, BERAKAS

PADA HARI ISNIN, 10 JAMADILAWAL 1433 HIJRIAH / 2 APRIL 2012 MASIHI

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SEGALA puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata’ala, selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu

Alaihi Wasallam, kaum keluarga, para sahabat serta pengikut Baginda yang taat lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala jua kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya jua kita semua dapat berkumpul di Majlis Pelancaran Projek Rintis Kedua Program Khidmat Bakti Negara pada petang ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada 89 orang pelatih yang telah terpilih bagi mengikuti Projek Rintis Kedua Program Khidmat Bakti Negara yang bermula semalam 1 April hingga 23 Jun 2012. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa dan penjaga pelatih kerana telah memberikan sokongan ke arah pelaksanaan Projek Rintis Kedua Program Khidmat Bakti Negara ini.

Projek Rintis Program Khidmat Bakti Negara yang bermula pada 4 Disember 2011 baru berakhir pada 27 Februari 2012. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli ke Kem Projek Rintis Pertama pada 25 Februari 2012 bagi melihat dengan lebih dekat lagi pelaksanaan Projek Rintis Pertama tersebut telah menunjukkan keprihatinan baginda ke atas projek yang berperingkat nasional ini.

Alhamdulillah daripada maklum balas yang telah diterima daripada

bekas pelatih, para ibu bapa dan orang ramai terhadap projek rintis pertama menunjukkan kejayaan projek rintis pertama. Komen-komen yang diterima melalui evaluasi semua pihak ke arah mempertingkatkan lagi keberkesanan Program Khidmat Bakti Negara telah diambil kira dalam merancang projek Rintis Kedua. Dengan ini modul latihan pada kali ini akan memasukkan beberapa ciri baru seperti modul asas menembak di bawah kawalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta pengetahuan asas mengenai Undang-Undang Kemanusiaan atau ‘Humanitarian Law’ yang akan dikelolakan oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC). Manakala komponen keagamaan, keusahawanan dan khidmat komuniti yang dimantapkan dari segi kepelbagaiannya ke arah merealisasikan visi Belia Brunei Cemerlang yang berteraskan Melayu Islam Beraja (MIB).

Dari segi prasarana, satu padang kawad dan tambahan penginapan dan bilik-bilik darjah sedang dalam proses pembinaan bagi menambah jumlah kemasukan pelatih ke PKBN nanti. Dalam masa yang sama persediaan untuk membina bangunan kekal PKBN yang berkonsepkan mesra alam yang berharga sekitar BND23.5 juta dengan keluasan 40 ekar di Mukim Batu Apoi, Temburong sedang giat dijalankan. Kem baru ini nanti dijangka akan dapat memuatkan sekitar 700 orang pelatih dalam satu-satu masa.

Program Khidmat Bakti Negara atau lebih dikenali lagi dengan gelaran PKBN adalah Program Khas Pembangunan Belia Kebangsaan yang memfokuskan kepada pembinaan jati diri atau character building ke arah ketahanan dan kekuatan mental, fizikal dan kerohanian mengikut lunas-lunas budaya, kenegaraan dan agama. Selama 12 minggu program ini berjalan, para pelatih akan diasuh dari segi disiplin bertanggungjawab dan untuk memupuk sifat peri kemanusiaan. Di samping latihan jasmani, latihan kawad, menembak dan yang lain yang menjurus kepada sifat tahan lasak para pelatih akan juga didedahkan kepada kerja-kerja kemasyarakatan yang mana insya-Allah akan dapat meningkatkan kesedaran para pelatih belia kita kepada realiti golongan masyarakat yang vulnerable. Pengalaman ini diharap akan dapat menjadikan belia kita sebagai individu dan golongan yang prihatin akan kebajikan dan

Page 225: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

432 433

kesejahteraan masyarakat sekeliling, di samping mempunyai keyakinan diri, semangat berdikari dan berusaha gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan.

Daripada maklum balas yang diterima dari bekas peserta projek rintis pertama jelas menunjukkan dinamik program ini yang dapat membina belia dengan mindset yang positif, belia yang tidak mudah putus asa, belia yang mempunyai keyakinan diri dan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran di masa depan.

Adalah menjadi hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahawa melalui PKBN ini nanti akan dapat melahirkan golongan belia yang dapat membawa kepada perubahan yang dinamik dan progresif kepada negara dengan sentiasa mempertahankan kedaulatan raja, bangsa, negara dan agama tanpa menjejaskan atau merosakkan kemurnian adat istiadat, budaya dan tatasusila bangsa Brunei.

Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir yang mempunyai masyarakat prihatin, masyarakat pemedulian hanya akan dapat mengekalkan nilai-nilai murni ini dengan komitmen dan penglibatan para belia. Iltizam ini adalah penting bagi membolehkan negara kita mencapai Wawasan Brunei 2035 untuk menjadi sebuah masyarakat yang berpendidikan dengan tahap kualiti kehidupan yang tinggi. Negara ini memerlukan belia yang mempunyai semangat kenegaraan yang kental, yang prihatin dan memahami akan peranan mereka terhadap sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan negara.

PKBN adalah program nasional program yang dimiliki oleh semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat. Walaupun Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan merupakan agensi utama dalam pengendalian program ini PKBN adalah milik semua dan adalah tanggungjawab semua pihak untuk sama-sama menjayakan program ini.

Sehubungan dengan ini, peranan semua agensi yang terlibat, ibu

bapa, keluarga, para penyelia dan tenaga pengajar, masyarakat umum dan juga para pelatih belia itu sendiri adalah penting sebagai penyumbang ke arah peningkatan keberkesanan program ini. Saya difahamkan bahawa seramai 29 bekas peserta program rintis pertama akan ikut terlibat sebagai sukarela dalam pengendalian projek rintis ke-2 ini.

Syabas saya ucapkan kepada mereka dan penyertaan mereka adalah sebagai bukti kepada kejayaan projek rintis pertama yang dapat menimbulkan perasaan rindu dan perasaan kekitaan di antara pesertanya dengan PKBN sehingga ingin membantu menjayakan PKBN. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang telah memberikan kerjasama bagi pelaksanaan projek rintis kedua ini.

Buat mengakhiri ucapan saya ini saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada para pelatih yang akan mengikuti projek rintis kedua PKBN ini dan berharap para pelatih akan menggunakan peluang yang diberikan ini dengan sebaik-baiknya kerana kejayaan projek rintis kedua ini nanti adalah juga tertakluk kepada komitmen penuh para pelatih itu sendiri. Peranan para pelatih dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tiga bulan nanti sangat penting.

Tunjukkan kebolehan, kepimpinan serta komitmen abiskita sepanjang projek ini berjalan nanti. Kautlah sebanyak ilmu dan sebanyak nasihat yang dapat, yang mana apabila tamat menjalani latihan nanti akan menjadi sukat-sukat abiskita dalam mengharungi realiti kehidupan yang semakin mencabar di luar sana. Jadikanlah projek ini sebagai medan perjuangan ke arah mempersiapkan abis- kita untuk menjadi belia harapan bangsa dan penyumbang kepada pembangunan negara.

Page 226: HALUAN 2012_20.8.14.pdf

434 435