aktiviti selepas upsr

11
KATA-KATA ALUAN Assalamualaikum.. Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana kita telah mencurahkan jasa dan bakti serta dapat melaksanakan tanggungjawab kepada anak-anak didik kita yang telah pun menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Tahun 2010, SK KAMPONG KEDA seramai 81 orang murid telah menduduki peperiksaan UPSR dan sasaran kami pada tahun ini adalah, 10 orang 5A . Kami warga pendidik dan juga jawatankuasa UPSR sekolah ini telah berganding bahu dan memerah keringat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti terutama sekali “PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2010” demi untuk kejayaan. Kerjasama semua pihak amatlah dihargai terutama PIBG dan badan-badan tertentu kerana telah membantu dan memberi sokongan kepada pihak sekolah. Akhir sekali pihak Jawatankuasa UPSR mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah, sedang dan telah membantu sama ada berupa wang ringgit, tenaga, buah fikiran, harta benda dan sebagainya demi untuk kebaikan bersama. Sokongan yang telah anda berikan telah dapat melicinkan lagi perjalanan pihak pengurusan kami. Sekian , wassalam.

Upload: anasflyaway

Post on 04-Jul-2015

783 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: aKTIVITI SELEPAS UPSR

KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum..

Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana kita telah mencurahkan jasa dan bakti

serta dapat melaksanakan tanggungjawab kepada anak-anak didik kita yang telah pun

menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Tahun 2010, SK KAMPONG KEDA seramai 81 orang murid telah menduduki

peperiksaan UPSR dan sasaran kami pada tahun ini adalah, 10 orang 5A .

Kami warga pendidik dan juga jawatankuasa UPSR sekolah ini telah berganding

bahu dan memerah keringat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti terutama sekali

“PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2010” demi untuk kejayaan. Kerjasama

semua pihak amatlah dihargai terutama PIBG dan badan-badan tertentu kerana telah

membantu dan memberi sokongan kepada pihak sekolah.

Akhir sekali pihak Jawatankuasa UPSR mengucapkan jutaan terima kasih

kepada semua pihak yang telah, sedang dan telah membantu sama ada berupa wang

ringgit, tenaga, buah fikiran, harta benda dan sebagainya demi untuk kebaikan

bersama. Sokongan yang telah anda berikan telah dapat melicinkan lagi perjalanan

pihak pengurusan kami. Sekian , wassalam.

“BERMUAFAKAT KE ARAH KECEMERLANGAN”

“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Page 2: aKTIVITI SELEPAS UPSR

JAWATANKUASA AKTIVITI SELEPAS UPSR 2010

PENGERUSI : PN ZAINDUN BINTI IBRAHIM

NAIB PENGERUSI : PN HJH. DAHARAH BINTI ZAINOL

SETIAUSAHA 1 : EN MOHD NAZRI BIN MASJUNI

SETIAUSAHA 2 : PN SHAHIZA BINTI HASSAN

SETIAUSAHA PEPERIKSAAN : EN MOHD RASHID BIN ADAM

BENDAHARI : PN NORIHAN BINTI KAMARUDDIN

AHLI JAWATANKUASA : EN MOHAMAD PAUZI BIN KAMSAH

: EN ZAINON BIN AZIZ

: PN NORDANI BINTI AYOUB

: EN MOHD NASROM BIN ABD GHANI

: PN SAFIZA BT ISMAIL

: PN SITI ROKIAH BINTI AHMAD

: PN HASRIAH BINTI MD DAUD

: EN ABD AZIZ BIN ABD GHANI

Page 3: aKTIVITI SELEPAS UPSR

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

1. Merancang program dan aktiviti yang dapat memenuhi masa dan ruang calon

UPSR 2010 selepas tamatnya peperiksaan UPSR 2010.

2. Mengadakan perjumpaan dengan waris/penjaga untuk berbincang perkara yang

boleh dilakukan untuk persediaan calon ke sekolah menengah.

3. Mengkaji dan menganalisa keputusan ujian/peperiksaan calon 2010 berdasarkan

statistik yang diberi.

4. Mencari sumber kewangan bagi pembiayaan sesuatu program.

5. Memperbanyakkan dan mempelbagaikan aktiviti dalaman dan luaran.

6. Mengadakan projek kemahiran hidup sebagai kelas pra sekolah menengah.

7. Menyediakan analisa/laporan untuk tindakan pihak sekolah.

Page 4: aKTIVITI SELEPAS UPSR

PROGRAM AKTIVITI SELEPAS UPSR 1. MATLAMAT

Untuk mengisi masa lapang murid disamping menarik minat murid untuk ke sekolah

dan membina semangat jati diri, setiakawan dan kerjasama antara rakan sebaya.

2. RASIONAL

Dapat membahagikan murid kepada beberapa kumpulan tertentu mengikut tahap

kecergasan dan kecerdasan.

3. OBJEKTIF

Untuk memastikan murid masih lagi mendapat ilmu yang berterusan walaupun

kebanyakkan sukatan dan rancangan pelajaran telah habis dilaksanakan.

STRATEGI PERLAKSANAAN AKTIVITI

1. Menjalankan aktiviti mengikut minggu yang telah ditetapkan.

2. Murid juga terlibat dengan aktiviti peperiksaan akhir tahun

3. Mengadakan program-program bimbingan dan kaunseling.

Page 5: aKTIVITI SELEPAS UPSR

AKTIVITI YANG TELAH DIRANCANG

SEPTEMBER

MINGGU PERTAMA

26 SEPTEMBER 2010 SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2010

AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH

1. Bermain Futsal

2. Bermain Bola Sepak 5 Sebelah

3. Bermain Bola Jaring

4. Bermain Bola Baling

OKTOBER

MINGGU KEDUA

3 OKTOBER 2010 SEHINGGA 7 OKTOBER 2010

AKTIVITI DI DALAM BILIK DARJAH

1. Perlawanan Catur

2. Perlawanan Carrom

3. Perlawanan Scrabble

4. Perlawanan Dam Haji

Page 6: aKTIVITI SELEPAS UPSR

OKTOBER

MINGGU KETIGA

10 OKTOBER 2010 SEHINGGA 14 OKTOBER 2010

AKTIVITI DI DALAM BILIK DARJAH

1. Ulangkaji pelajaran untuk menduduki peperiksaan akhir tahun 2010

2. Ujian Lisan PLBS Daan SBOA

OKTOBER

MINGGU KEEMPAT

17 OKTOBER 2010 SEHINGGA 21 OKTOBER 2010

AKTIVITI DI DALAM BILIK DARJAH

1. Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Page 7: aKTIVITI SELEPAS UPSR

NOVEMBER

MINGGU KELIMA

24 OKTOBER 2010 SEHINGGA 28 OKTOBER 2010

AKTIVITI DI DALAM BILIK DARJAH

1. Projek Kerja Kayu ( Kemahiran Hidup)

2. Lawatan Sambil Belajar ke Melaka dan Kuala Lumpur

3. Taklimat Lawatan

4. Persediaan Akhir sebelum Lawatan

NOVEMBER

MINGGU KEENAM

31 OKTOBER 2010 SEHINGGA 4 NOVEMBER 2010

AKTIVITI DI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH

1. Latihan persembahan untuk hari ucapan dan penyampaian hadiah

2. Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah Kali ke 9 (4/11/2010)

Page 8: aKTIVITI SELEPAS UPSR

NOVEMBER

MINGGU KETUJUH

7 NOVEMBER 2010 SEHINGGA 11 NOVEMBER 2010

AKTIVITI DI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH

1. Gotong Royong Kawasan Sekolah

2. Tayangan Video Berilmiah

3. Ceramah Kesihatan

NOVEMBER

MINGGU KELAPAN

14 NOVEMBER 2010 SEHINGGA 18 NOVEMBER 2010

AKTIVITI DI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH

1. Pemulangan Buku Teks

2. Membersihkan Kelas

3. Terima Keputusan UPSR

4. Budaya Tutup Sekolah

5. Tamat Darjah Enam

Page 9: aKTIVITI SELEPAS UPSR

HARAPAN

Diharap “Program Aktiviti UPSR 2010” ini dapat dilaksana dengan jayanya, semoga

membuahkan hasil yang diharapkan. Apa yang kita mahukan daripada program ini

hanyalah kejayaan anak-anak didik kita dalam UPSR 2010. Pencapaian yang terbaik

dalam kualiti dan kuantiti akan cuba direalisasikan melalui program ini dan kerjasama

semua pihak perlu menjadi satu ikatan yang padu untuk menjayakannya.

Akhir kata, marilah kita sama-sama mendoakan agar program ini akan berjalan

dengan lancar dan bermanfaat kepada anak-anak didik kita di SK. Kampong KEDA.

Semoga segala usaha yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan akan diberkati oleh

Allah s.w.t. Insyaallah.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………… ……………………………….

Mohd Nazri Bin Masjuni Pn Hjh Daharah Binti Zainol

Setiausaha UPSR Penolong Kanan Kurikulum

SK Kampong KEDA SK Kampong KEDA