aktiviti pejabat bendahari utm kuala lumpur 1. lawatan ke...

7
Aktiviti Pejabat Bendahari UTM Kuala Lumpur 1. Lawatan ke PTJ 2014 Pejabat Bendahari Kuala Lumpur telah mengadakan sesi perbincangan berkaitan dengan proses kerja kewangan universiti semasa lawatan ke PTJ bagi tahun 2014. PTJ yang dilawati adalah IBS MJIIT , PHB, UPMU, HEMA, SPS dan Razak School. Perkara yang dibincangkan adalah proses perolehan Universiti, pengurusan aset , pengurusan kutipan, yuran pelajar dan bayaran. Hasil dari lawatan yang dibuat, pihak PTJ telah mendapat pencerahan berkaitan dengan proses kerja kewangan universiti kerana perbincangan dilakukan secara 2 hala dan hands on. 2. Pemeriksaan Mengejut dari Audit Negara Pada 31 Mac 2014 pihak Jabatan Audit Negara telah datang mengaudit secara mengejut ke Pejabat Bendahari UTM Kuala Lumpur. Seramai 4 orang Juru Audit telah membuat pemeriksaan ke atas Proses Kutipan di Kaunter, menyemak peti besi panjar wang runcit dan mengadakan sesi perbincangan bagi membentangkan penemuan audit serta mencadangkan penambahbaikan keatas penemuan tersebut .

Upload: others

Post on 27-Nov-2019

69 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Aktiviti Pejabat Bendahari UTM Kuala Lumpur

1. Lawatan ke PTJ 2014

Pejabat Bendahari Kuala Lumpur telah mengadakan sesi perbincangan berkaitan dengan proses

kerja kewangan universiti semasa lawatan ke PTJ bagi tahun 2014. PTJ yang dilawati adalah IBS

MJIIT , PHB, UPMU, HEMA, SPS dan Razak School. Perkara yang dibincangkan adalah proses

perolehan Universiti, pengurusan aset , pengurusan kutipan, yuran pelajar dan bayaran.

Hasil dari lawatan yang dibuat, pihak PTJ telah mendapat pencerahan berkaitan dengan proses

kerja kewangan universiti kerana perbincangan dilakukan secara 2 hala dan hands on.

2. Pemeriksaan Mengejut dari Audit Negara

Pada 31 Mac 2014 pihak Jabatan Audit Negara telah datang mengaudit secara mengejut ke

Pejabat Bendahari UTM Kuala Lumpur. Seramai 4 orang Juru Audit telah membuat pemeriksaan

ke atas Proses Kutipan di Kaunter, menyemak peti besi panjar wang runcit dan mengadakan

sesi perbincangan bagi membentangkan penemuan audit serta mencadangkan

penambahbaikan keatas penemuan tersebut .

3. Taklimat Perlaksanaan EFT

Pada 11 Mac 2014 Taklimat Perlaksanaan EFT Fasa ke 2 iaitu pembayaran terus ke akaun

Syarikat Pembekal. Taklimat telah disampaikan olah En Nasimin Bin Ngadi dari Pejabat

Bendahari UTM Johor Bahru. Seramai 80 orang peserta dari PTJ telah menghadiri taklimat

tersebut.

4. Perlupusan Dokumen Kewangan

Perlupusan Dokumen Kewangan bagi tahun 2007 telah dilupuskan setelah mendapat kelulusan

dari Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Audit Negara, Arkib Negara dan Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Negara. Gotong royong telah diadakan secara berperingkat pada 21 Mac, 4

April dan 11 April 2014 .

5. Lawatan Naib Canselor dan Pengarah Kampus ke Pejabat Bendahari UTMKL

Pada 18 Julai 2014 Pejabat Bendahari telah dilawati oleh Dato Naib Canselor bersama dengan

Pengarah Kampus dan beramah mesra dengan semua pegawai Pejabat Bendahari . Beliau juga

meninjau persekitaran ruang kerja Pejabat Bendahari dan bertemu dengan semua staf.

6. Hari Bersama Pelanggan

Pada 23 September 2014 Pejabat Bendahari telah menyertai Hari Bersama Pelanggan UTM

Kuala Lumpur. Majlis telah diadakan di Dewan Besar UTM Kuala Lumpur. Di majlis tersebut

wakil Pejabat Bendahari telah memberi taklimat mengenai isu isu semasa berkaitan dengan

kewangan Universiti. Selain dari itu kaunter juga dibuka untuk bersemuka dengan pelanggan

bagi menyelesaikan masalah berkaitan.

7. Lain – Lain Aktiviti

7.1 Majlis Perpisahan Cik Rosnah Binti Mansor

Pada tahun 2014, Dua orang staf Pejabat Bendahari Kuala Lumpur telah bersara iaitu Cik

Rosnah Bt Mansur bersara pada 30 Januari 2014 dan Puan Noor Rihan Bt Idris telah bersara

pada 15 Oktober 2014. Manakala Cik Saidatul Safura Bt Rashdan telah berpindah ke Majlis

Daerah Tangkak pada 30 Oktober 2014.

Majlis Perpisahan Cik Rosnah Mansur (bersara)

Majlis Perpisahan Puan Noorihan binti Idris (bersara) dan Cik Saidatul Safura binti Saidan

(berpindah).