aktiviti membaca bersama kanak kanak

2
Saya kongsikan di sini untuk menjadi panduan kepada ibu bapa yang lain. Ada banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan. Guna kreativiti kita sendiri untuk mencipta aktiviti yang dapat merangsang minat anak-anak terhadap membaca dan menulis. Antara aktiviti yang boleh menarik minat ibubapa dalam menjalankan aktiviti membaca bersama kanak-kanak ialah : 1. membaca buku cerita bersama-sama mereka sambil bermain-main dengan kad-kad perkataan yang dibuat sendiri. Perkataan yang ditulis di atas kad tersebut,boleh diambil daripada buku yang mereka baca ketika itu. 2. Melukis bersama-sama mereka kemudian menulis beberapa ayat-ayat mudah yang menceritakan tentang gambar itu. Gambar berserta cerita tentangnya dilekatkan pada peti sejuk ataupun pinkan pada soft board. Setiap kali mereka terpandang gambar tersebut, mereka akan membaca ceritanya. Untuk menyeronokkan lagi, kanak-kanak diberi hak milik cipta dengan mencatatkan… 'Cerita ini ditulis oleh…" pada bahagian bawah kertas 3. mengajak mereka supaya bersama-sama menulis dan menyenaraikan nama barang- barang keperluan dapur yang perlu dibeli dan meminta mereka menyerahkan senarai tersebut kepada ayah mereka. 4. meminta mereka menulis senarai barang permainan atau apa saja yang mereka inginkan sebagai hadiah harijadi dan meletakkan senarai tersebut di dalam sekeping sampul surat yang dialamatkan kepada saya dan suami. Surat berserta senarai tersebut biasanya mereka lekatkan pada peti sejuk dengan menggunakan magnet. 5. Menggalakkan mereka menulis pesanan ringkas di atas nota kecil. Semua pesanan dan kepada siapa pesanan itu ditujukan dilekatkan pada peti sejuk atau pada soft board. Pada peringkat permulaan, sudah tentu mereka memerlukan bantuan untuk mengeja perkataan dan sebagainya tapi mereka seronok melakukannya apabila mendapat respon yang positif daripada ibubapa mereka. 6. Menggalakkan mereka menulis buku catatan rahsia. Mereka bebas menulis apa saja di dalamnya dan hanya mereka saja yang boleh membacanya. Anak-anak suka kepada idea "rahsia" itu dan sudah tentu tidak menjadi rahsia lagi kepada ibu mereka apabila mereka datang bertanya bagaimana untuk mengeja sesuatu perkataan yang agak susah tetapi ia tetap menjadi rahsia kepada ahli keluarga yang lain.

Upload: eda-muryanti

Post on 15-Apr-2017

108 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti membaca bersama kanak kanak

Saya kongsikan di sini untuk menjadi panduan kepada ibu bapa yang lain. Ada banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan. Guna kreativiti kita sendiri untuk mencipta aktiviti yang dapat merangsang minat anak-anak terhadap membaca dan menulis. Antara aktiviti yang boleh menarik minat ibubapa dalam menjalankan aktiviti membaca bersama kanak-kanak ialah :

1. membaca buku cerita bersama-sama mereka sambil bermain-main dengan kad-kad perkataan yang dibuat sendiri. Perkataan yang ditulis di atas kad tersebut,boleh diambil daripada buku yang mereka baca ketika itu.

2. Melukis bersama-sama mereka kemudian menulis beberapa ayat-ayat mudah yang menceritakan tentang gambar itu. Gambar berserta cerita tentangnya dilekatkan pada peti sejuk ataupun pinkan pada soft board. Setiap kali mereka terpandang gambar tersebut, mereka akan membaca ceritanya. Untuk menyeronokkan lagi, kanak-kanak diberi hak milik cipta dengan mencatatkan… 'Cerita ini ditulis oleh…" pada bahagian bawah kertas

3. mengajak mereka supaya bersama-sama menulis dan menyenaraikan nama barang-barang keperluan dapur yang perlu dibeli dan meminta mereka menyerahkan senarai tersebut kepada ayah mereka.

4. meminta mereka menulis senarai barang permainan atau apa saja yang mereka inginkan sebagai hadiah harijadi dan meletakkan senarai tersebut di dalam sekeping sampul surat yang dialamatkan kepada saya dan suami. Surat berserta senarai tersebut biasanya mereka lekatkan pada peti sejuk dengan menggunakan magnet.

5. Menggalakkan mereka menulis pesanan ringkas di atas nota kecil. Semua pesanan dan kepada siapa pesanan itu ditujukan dilekatkan pada peti sejuk atau pada soft board. Pada peringkat permulaan, sudah tentu mereka memerlukan bantuan untuk mengeja perkataan dan sebagainya tapi mereka seronok melakukannya apabila mendapat respon yang positif daripada ibubapa mereka.

6. Menggalakkan mereka menulis buku catatan rahsia. Mereka bebas menulis apa saja di dalamnya dan hanya mereka saja yang boleh membacanya. Anak-anak suka kepada idea "rahsia" itu dan sudah tentu tidak menjadi rahsia lagi kepada ibu mereka apabila mereka datang bertanya bagaimana untuk mengeja sesuatu perkataan yang agak susah tetapi ia tetap menjadi rahsia kepada ahli keluarga yang lain.