aktiviti fizikal

5
Aktiviti Fizikal Hidup cergas dan aktif Aktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan emosi serta boleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang kerap dapat menyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebih baik dan kesejahteraan keseluruhannya. Aktiviti fizikal Ia di definisikan sebagai pelbagai pergerakkan badan yang dihasilkan dari pengecutan otot dan meningkatkan penggunaan tenaga. Contoh-contoh aktiviti fizikal adalah seperti berjalan, berbasikal, bermain, angkat berat, membuat kerja rumah dan lain-lain. Kecergasan fizikal Kecergasan fizikal merupakan satu pencapaian seseorang, berkaitan dengan kemampuannya untuk melakukan aktiviti fizikal. Ia boleh dikategorikan sebagai: : Kesihatan- berkaitan kecergasan Kemahiran - berkaitan kecergasan Untuk seseorang yang bukan ahli sukan, kita perlu meningkatkan komponen kesihatan yang berkaitan dengan kecergasan untuk memperbaiki kesihatan kita. Komponan Kesihatan - berkaitan kecergasan meliputi:

Upload: rasul-hashim

Post on 14-Sep-2015

267 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

vvvvvvvv

TRANSCRIPT

Aktiviti Fizikal

Hidup cergas dan aktifAktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan emosi serta boleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang kerap dapat menyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebih baik dan kesejahteraan keseluruhannya.

Aktiviti fizikalIa di definisikan sebagai pelbagai pergerakkan badan yang dihasilkan dari pengecutan otot dan meningkatkan penggunaan tenaga. Contoh-contoh aktiviti fizikal adalah seperti berjalan, berbasikal, bermain, angkat berat, membuat kerja rumah dan lain-lain.

Kecergasan fizikalKecergasan fizikal merupakan satu pencapaian seseorang, berkaitan dengan kemampuannya untuk melakukan aktiviti fizikal.Ia boleh dikategorikan sebagai: : Kesihatan- berkaitan kecergasan Kemahiran - berkaitan kecergasanUntuk seseorang yang bukan ahli sukan, kita perlu meningkatkan komponen kesihatan yang berkaitan dengan kecergasan untuk memperbaiki kesihatan kita.

Komponan Kesihatan - berkaitan kecergasan meliputi:-Ketahanan Kardiovaskular / kemampuan aerobikKemampuan otot jantung berfungsi secara berkesan untuk membolehkan kita bekerja dalam jangka masa panjang tanpa merasa terlalu letih.-Ketahanan OtotKemampuan sekumpulan otot untuk menjalankan pengecutan berulang dalam satu jangka masa yang cukup untuk menyebabkan otot merasa letih-Kekuatan OtotKekuatan maksima yang boleh diwujudkan oleh satu atau sekumpulan otot tertentu.-KeanjalanKemampuan sendi-sendi untuk bergerak pada kadar sepenuhnya.-Komposisi badan-Merujuk kepada peratusan berat badan, berkaitan lemak dan tisu tanpa lemak.-Komponen kemahiran- berkaitan kecergasan banyak berkait rapat dengan kemahiran sukan

Komponen - komponen kemahiran berkaitan kecergasan termasuk:-KekuatanKemampuan kita mengecutkan otot dengan kelajuan dan kekuatan dalam satu tindakan.-Ketangkasankemampuan kita untuk menukar arah badan dengan pantas-KoordinasiKemampuan kita untuk melakukan pergerakan yang kompleks dengan mudah.-KelajuanKemampuan kita untuk menggerakan bahagian atau badan secepat yang boleh.-Keseimbangankemampuan kita mengekalkan keseimbangan bila statik atau bergerak.-Masa bertindak balasKemampuan kita untuk bertindak balas terhadap rangsangan dengan cepat.

Faedah-faedah kekerapan melakukan aktiviti fizikal

Mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, osteoporosis, diabetes, kanser dan obesiti. Menjaga sendi-sendi, tendon dan ligamen anjal, supaya memudahkan pergerakan. Menguatkan tulang dan otot. Membantu kebolehan menjalankan aktiviti harian dan mencegah kejatuhan, sekiranya anda seorang dewasa tua. Mengurangkan beberapa kesan penuaan. Membantu mengurangkan ketegangan dan kegelisahan. Menambahbaikan kesihatan mental dan mood. Meningkatkan tenaga dan ketahanan. Membantu anda tidur dengan baik Mengurangkan berat badan Membantu kita mengawal berat badan dan mencegah obesiti Program kecergasan

Senaman berterusan baik untuk anda.

Anda dinasihatkan agar berunding dengan doktor terlebih dahulu jika anda telah lama tidak aktif (kehidupan sedentari) mempunyai sebarang masalah kesihatan, anda mengandung dan berumur 40 tahun ke atas.

Satu hari mempunyai 1,440 minit

Umumnya, kita harus melakukan selama 30 minit sebarang aktiviti fizikal setiap hari. Tambahkan setiap aktiviti anda sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali. Mulakan perlahan-lahan dan tingkatkan sedikit demi sedikit.

Mulakan dengan hanya 10 minit berjalan-jalan dan tingkatkan tempohnya sedikit demi sedikit.Selepas mencapai 30 minit melakukan aktiviti sederhana pada kebanyakan hari dalam seminggu, kemudian rancanglah tiga atau empat aktiviti aerobik setiap minggu kira-kira 50-85% kadar maksima jantung (kadar sasaran jantung) untuk sesi 30-40 minit.

Setiap sesi harus bermula dengan memanaskan, regangan termasuk dengan meyejukan badan.

Adalah penting untuk meningkatkan aktiviti dari yang ringan kepada sesi aktiviti-aktiviti fizikal yang lebih intensif. Sediakan satu peningkatan dari berjalan kepada jogging, berlari dan seterusnya melakukan permainan.