aktiviti 3

4
MODUL PONTENG SKSM 2016 Aktiviti 3 TUJUH KALAU (Seven If) Aktiviti ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti 2. Ini kerana melalui aktiviti 2, murid telah menilai sama ada tindakan ponteng wajar jika dibandingkan dengan factor-faktor penyebabnya. Oleh itu, melalui aktiviti 3, klien diharapkan dapat melihat kesan positif dan negative yang berganda akibat ponteng. Aktiviti ini juga bertujuan menimbulkan rasa rugi dan takut akibat kesan buruk ponteng. Ini kerana melalui aktiviti “seven If” murid mengaitkan kegiatan ponteng dengan menjangkakan kesan-kesan dan akibat yang lebih buruk dan menakutkan mereka ekoran tindakan mereka itu. Selain itu pendedahan kepada kesan negative ponteng, aktiviti ini juga menonjolkan kesan positif jika murid tidak mengamalkan ponteng di mana kesan akhir “kalau” tadi menunjukkan keseronokan dan kejayaan yang mungkin tidak pernah mereka jangkakan sebelum ini. Pemerhatian Di akhir aktiviti 3, hamper semua murid dapat menjangkakan sebab, kesan dan akibat tindakan yang bakal mereka ambil hingga ke peringkat “kalau” yang terakhir. Murid dapat merumuskan kejayaan mahupun kegagalan yang bakal dihadapi akibat pilihan tindakan mereka sendiri. Aktiviti menjadi semakin rancak apabila murid lain mula bersoaljawab, member pandangan dan komentar. Refleksi Adalah didapati bahawa aktiviti ini telah dapat menambah kesedaran peserta ekoran kesinambungan aktiviti 2 & 3. Di dalam aktiviti ini didapati murid yang menunjukkan perubahan sikap dengan menampakkan kerisauan mereka terhadap situasi yang bakal mereka hadapi kesan perbuatan ponteng mereka. UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SKSM Page 1

Upload: muratrani-murat

Post on 11-Jul-2016

219 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti 3

MODUL PONTENG SKSM 2016

Aktiviti 3

TUJUH KALAU (Seven If)

Aktiviti ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti 2. Ini kerana melalui aktiviti 2, murid telah menilai sama ada tindakan ponteng wajar jika dibandingkan dengan factor-faktor penyebabnya. Oleh itu, melalui aktiviti 3, klien diharapkan dapat melihat kesan positif dan negative yang berganda akibat ponteng. Aktiviti ini juga bertujuan menimbulkan rasa rugi dan takut akibat kesan buruk ponteng. Ini kerana melalui aktiviti “seven If” murid mengaitkan kegiatan ponteng dengan menjangkakan kesan-kesan dan akibat yang lebih buruk dan menakutkan mereka ekoran tindakan mereka itu. Selain itu pendedahan kepada kesan negative ponteng, aktiviti ini juga menonjolkan kesan positif jika murid tidak mengamalkan ponteng di mana kesan akhir “kalau” tadi menunjukkan keseronokan dan kejayaan yang mungkin tidak pernah mereka jangkakan sebelum ini.

PemerhatianDi akhir aktiviti 3, hamper semua murid dapat menjangkakan sebab, kesan dan akibat tindakan yang bakal mereka ambil hingga ke peringkat “kalau” yang terakhir. Murid dapat merumuskan kejayaan mahupun kegagalan yang bakal dihadapi akibat pilihan tindakan mereka sendiri. Aktiviti menjadi semakin rancak apabila murid lain mula bersoaljawab, member pandangan dan komentar.

RefleksiAdalah didapati bahawa aktiviti ini telah dapat menambah kesedaran peserta ekoran kesinambungan aktiviti 2 & 3. Di dalam aktiviti ini didapati murid yang menunjukkan perubahan sikap dengan menampakkan kerisauan mereka terhadap situasi yang bakal mereka hadapi kesan perbuatan ponteng mereka.

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SKSM Page 1

Page 2: Aktiviti 3

MODUL PONTENG SKSM 2016

Aktiviti 3

Tujuh Kalau (Seven If)

Masa : 60 minitAlatan : Kertas lukisan dan pensil warnaPeserta : 8 orang

Objektif1. Supaya murid dapat melihat kesan berganda samada positif atau negative akibat

ponteng2. Menimbulkan rasa rugi dan takut kepada kesan buruk akibat ponteng3. Menimbulkan kesedaran dan celik akal

Langkah-langkah1. Pastikan ahli kumpulan mempunyai sebab ponteng yang berbeza(rujuk aktiviti

sudut risau)2. Kaunselor mengendalikan kumpulan(panduan, arahan & prosuder kelompok)3. Setiap peserta diberikan kertas lukisan dan pensel warna4. Peserta diminta memulakan tulisan pada kertas lukisan masing-masing (mulakan

dengan negative dahulu)a. Kalau saya ponteng……………………………….

Saya akan ………………………..(dibenci orang)b. Kalau saya dibenci oleh orang lain…………………………………………………

Saya akan rasa tertekan.c. Kalau saya rasa tertekan…………………………………………………………….

Saya akan……………………Dan akhirnya saya pasti akan……………………d. Setelah selesai, kaunselor proses seperti biasae. Kemudian buat yang positif pula:

Kalau saya rajin ke sekolah, saya akan…………………………….akhirnya saya pasti akan…………………………………………………………………..

5. Semasa pesert bercerita dalam proses interaksi mengenai jangkaan kalaunya, mengapa dia berkata begitu ? Patutkah dia menjangka begitu atau sebagainya. Peserta lain boleh bersoaljawab, member pandangan dan komentar.

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SKSM Page 2

Page 3: Aktiviti 3

MODUL PONTENG SKSM 2016

Contoh

Kalau saya hadir, saya akan pandai

Kalau saya Pandai, Saya akan dapat ilmu

Kalau saya dapat ilmu, saya akan jadi orang yang berguna

Kalau saya jadi orang yang berguna, saya akan disayangi keluarga

Kalau saya disayangi keluarga, saya akan menjadi anak masyarakat

Kalau saya jadi anak masyarakat, Saya akan tidak menjadi sampah masyarakat

Kalau saya tidak menjadi sampah masyarakat, saya akan ada tempat bergantung

TUNGGU DAN SAYA YAKIN AKHIRNYA SAYA AKAN BERJAYA

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SKSM Page 3